CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fossil

Merged : Pokok Paku Pakis

[Copy link]
Post time 13-12-2007 09:34 AM | Show all posts
Originally posted by afyyzuul at 13-12-2007 09:11 AM
Kalau tak buang biji betik busuk tu nanti pokok tu bertukar nama. Org tak panggil paku langsuyar......org panggil paku betik sebab sure pokok betik tumbuhnya....


Tau x per......

Kui kui kui
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2007 02:29 PM | Show all posts

Reply #100 afyyzuul's post

heheheh ...dlm pokok ader pokok
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 10:00 AM | Show all posts

taman fernarium - species paku pakis

Makmal semula jadi
Oleh SUBASHINI RAJANDRA


Taman Fernarium mengetengahkan koleksi hidup spesies tumbuhan paku-pakis untuk kajian saintifik dan pelancongan.




"TAMAN Fernarium Universiti Kebangsaan Malaysia ini mempunyai hampir 150 spesies paku-pakis selain pokok renek, pokok berakar atau liana dan tumbuhan lain yang ditanam secara berperingkat semenjak ia dibuka pada Mei 1990," ujar pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi (FST) UKM, Dr. Noraini Talip.

Dr. Noraini ialah penyelaras Taman Fernarium atau Paku-Pakis UKM di Bangi, Selangor. Beliau kerap mengembara dalam usaha mengenali dan membawa pulang spesies paku-pakis yang jarang ditemui di seluruh dunia.


GAZEBO sumbangan ExxonMobil
memberi wajah baru kepada taman
botani ini.

Baru-baru ini Noraini berada di Cameron Highlands, Pahang untuk mendekati komuniti Orang Asli yang menggunakan paku-pakis sebagai medium perubatan tradisional.

Khasiat yang terkandung dalam paku-pakis sememangnya diketahui sejak dahulu dan telah dibuktikan dari segi saintifik.
"Orang Asli menggunakan sejenis paku-pakis sebagai agen penyembuh atau rawatan. Ini termasuk untuk penyakit artritis, penyakit kulit dan cirit-birit," katanya.

Pakis akar ru (Lycopodium carinatum) misalnya sering digunakan sebagai ubat penyubur rambut. Daunnya dan batangnya direbus dengan air sampai lembut dan hancur kemudian disaring. Airnya digunakan sebagai pencuci rambut sewaktu mandi.
Paku lain yang popular ialah daripada spesies Selaginella Willdenowii. Ia dikenali sebagai paku merak, paku selemah, paku tanjung atau paku lumut dan banyak tumbuh di kawasan yang agak teduh seperti di tepi hutan, semak dan di pinggir jalan.

Dalam perubatan tradisional paku ini dikenali sebagai ubat penyakit kulit. Caranya ialah dengan membuat ramuan daripada paku-pakis tersebut bersama-sama kemenyan, adas pulasari dan sedikit air. Setelah ditumbuk halus, ia ditampalkan pada bahagian yang sakit seperti gatal-gatal dan kurap.


POKOK paku-pakis dikenali menerusi bentuk daun dan pucuknya.

Di Semenanjung Malaysia paku tunjuk langit daripada famili Ophioglossaceae sangat terkenal dengan khasiatnya selain sedap dibuat sayur.

Pakis ini juga berguna sebagai penawar lemah syahwat, iaitu dengan minum air rebusan keseluruhan tumbuhan tersebut.

Dengan kawasan seluas kira-kira lapan hektar, Taman Fernarium UKM muncul sebagai taman pertama seumpamanya di rantau Asia Tenggara.


TAMAN seluas lapan hektar ini menempatkan 53 spesies paku-pakis.

Lebih membanggakan lagi ialah kedudukannya sebagai taman paku-pakis yang ketiga terbesar di dunia.

Terletak di hadapan Bangunan Sains Biologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Taman Fernarium diasaskan oleh Profesor Dr. Abdul Aziz Bidin dari fakulti berkenaan.

Lima tahun kebelakangan ini, taman ini kurang diberi perhatian disebabkan kekurangan dana di samping persaraan 'penjaga utamanya', Abdul Aziz.

Namun atas keprihatinan dan kesedaran di kalangan syarikat tempatan dan antarabangsa, taman ini baru-baru ini berjaya menarik perhatian syarikat tenaga ExxonMobil.

Bantuan disalurkan dalam bentuk pembinaan gazebo, pondok informasi, rel pejalan kaki dan kerusi taman baru.





Pada Hari Fernaria pula, seramai 150 kakitangan ExxonMobil dan keluarga mereka hadir untuk melakukan kerja-kerja pemuliharaan bagi menyelamatkan spesies yang terancam.

Seramai 100 kakitangan UKM menyertai aktiviti ini dengan menanam paku-pakis dari tapak semaian ke dalam tanah dan di atas pokok. Mereka turut melabelkan pokok serta membersihkan belukar.

Istimewanya, taman ini mempunyai 53 spesies paku-pakis daripada 33 genus dari 18 keluarga.

Antara koleksi paku-pakis yang tersimpan selamat ialah lycopodiaceae, selaginellacceae, ophioglossaceae dan schizaeaceae.
Paku-pakis mempunyai ciri-ciri khas yang tidak dijumpai pada kumpulan tumbuhan yang lain. Ciri utama yang membezakannya ialah setiap daun muda yang dikeluarkan berbentuk seperti satu gelungan tali (krozier).




Ciri lain yang sangat nyata ialah semua tumbuhan ini menghasilkan spora yang terbentuk di dalam sporangium yang kelihatan seperti tompokan debu-debu halus. Susunan dan bentuk sorus berbeza-beza bergantung kepada spesies paku-pakis tersebut.

Secara kasarnya tumbuhan paku-pakis dapat dibahagikan kepada dua kelompok utama - paku-pakis sejati dan tumbuhan mirip paku-pakis.

Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 500 spesies paku-pakis daripada sejumlah 10,000 spesies yang terdapat di seluruh dunia.

Sesetengah daripada spesies pakis sukar ditemui atau hanya tumbuh di tempat-tempat tertentu.
"Brainea Insignis hanya boleh didapati di Mersing, Johor. Osmunda Vachelli pula terdapat di China dan Taiwan dan juga di Taman Negara.

"Jadi, kalau paku-pakis ini diancam kepupusan, ia akan hilang dari muka bumi selama-lamanya," kata seorang lagi pensyarah dari FST, Profesor Datuk Dr. Abdul Latiff Mohamad.

Kini, terdapat hampir 50 spesies paku-pakis yang memerlukan perhatian segera memandangkan habitatnya dinodai dan populasinya semakin menurun.

Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin menyifatkan kerjasama pemuliharaan paku-pakis di Taman Fernarium sebagai sesuatu yang penting.

"Taman botani ini mengetengahkan koleksi hidup spesies tumbuhan pteridofit (paku-pakis) untuk kajian saintifik, rujukan orang ramai, rekreasi dan menjana sektor pelancongan.

Menyifatkannya sebagai sebuah makmal semula jadi, taman ini turut dihadiahkan lebih 600 spesies tumbuhan herba oleh Dr. Abd. Ghani Hussain dari Herbawalk, Langkawi.

"UKM adalah satu-satunya universiti yang mempunyai hutan asli yang luas iaitu Hutan Simpan Bangi selain Herbarium, Muzium Zoologi, Muzium geologi.

"FST sedang merancang kesinambungan Taman Paku-Pakis untuk diintegrasikan dengan Taman Herba, Taman Nepenthes, Taman Roselle dan beberapa taman spesies flora yang lain yang akan membentuk Taman Biodiversiti," rangkum Sharifah Hapsah.


aku suka paku pakis.. pucuk paku tu je.... masak lemak cili padi letak ikan bilis sikit.. pedas pedas.. giler wooo       tapi nak beritahu ler.. kat rumah aku   aku mmg suka tanam pokok gak.. cuma  aku tak reti jaga... semua aku main watering aje.. tapi so far pokok herbs aku wokey...  tu pun mak aku datang once a week.. tolong tengok2 kan..  tee hee

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 10:18 AM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

menariknya....

kalo ferns nih kena letak kat kawasan yg redup

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 10:59 AM | Show all posts
merged
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 02:29 AM | Show all posts
Paku Pakis Antara kesukaan ku dari kecil.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2009 12:35 AM | Show all posts
ADA LAGI SEJENIS POKOK PAKU PAKIS YG CANTIK "BLECHNUM GIBBUM"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 01:24 PM | Show all posts
107# mildse7en

Ko ada ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2010 04:35 PM | Show all posts

nk tempek gambo gak..





byk tumbuh di tepi telaga lama kat kg..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2010 05:18 PM | Show all posts


ni milik kakak kat opis sy.. dia letak kat pantry..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2010 04:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.072447 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list