CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: angel01

~ ♥ ~ B e r i t a__P u l a u__M u t i a r a ~ ♥ ~

[Copy link]
Post time 5-4-2008 03:46 PM | Show all posts


          The Star Online   Red Bridge to open next month
[table=90%,lemonchiffon][tr][td]



By ANDREA FILMER
Saturday April 5, 2008



Link to original article



The Red Bridge over a monsoon drain next to the Bayan Baru coastal road will open next month to ease traffic flow to the Bayan Lepas Free Industrial Zone (FIZ).

The bridge, which is an alternative route to FIZ Phase 3, will allow motorists to bypass the busy Bayan Baru roundabout.

The bridge is scheduled to open on May 15.

揟he bridge was completed early last month but we have yet to install gantry barriers to set a maximum height for vehicles to pass through,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2008 01:13 PM | Show all posts


          Utusan Online   Lebuh Campbell kini tempat tumpuan pelancong



Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
7 April 2008



Link to original article



PULAU PINANG - Medan pejalan kaki yang menelan kos sebanyak RM2.37 juta di Lebuh Campbell pada mulanya dibina untuk melancarkan pergerakan trafik di bandar Georgetown, selain memudahkan pejalan kaki.

Bagaimanapun, medan pejalan kaki tersebut kini menjadi tumpuan orang ramai termasuk pelancong asing untuk membeli-belah.

Terkenal sebagai sebuah kawasan membeli-belah tradisional, Lebuh Campbell merupakan antara kawasan yang sentiasa sesak di bandar ini dengan gelagat penjual dan pembeli dapat dilihat di setiap sudut.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Datuk Zainal Rahim Seman berkata, kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk menambah keperluan infrastruktur di tempat itu memandangkan ia menjadi tumpuan ramai.

"Kami tahu Lebuh Campbell sentiasa menjadi pilihan orang ramai membeli belah sama ada pelancong atau rakyat tempatan. Maka kerajaan akan sentiasa memajukan tempat itu," ujarnya ketika dihubungi di pejabatnya di sini hari ini.

Ketika Utusan Malaysia melakukan tinjauan di Lebuh Campbell, keadaan amat sesak dengan orang ramai yang sibuk membeli belah dengan keluarga masing-masing.

Beseri Din, 48, yang berasal dari Perlis berkata, dia dan keluarganya tidak akan melepaskan peluang untuk datang ke Lebuh Campbell membeli belah setiap kali hujung minggu.

"Saya sendiri mengetahui tentang keunikan tempat ini sejak tahun 1985 lagi. Setiap kali ada kelapangan saya akan membawa keluarga membeli belah di sini.

"Barangan yang dijual di sini murah dan berpatutan berbanding tempat lain maka tempat ini menjadi pilihan saya setiap masa,'' katanya.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan, G. Mani, 47, turut memuji keunikan Lebuh Campbell yang ada menyediakan pelbagai jenis barangan untuk pilihan pengguna.

"Tempat ini lebih popular berbanding pusat membeli belah Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) kerana ia lebih dulu dibuka. Setiap tahun sewaktu merayakan Deepavali, saya dan keluarga akan membeli-belah di sini," jelasnya.

Seorang peniaga kain batik, Lim Teik Lian, 70, pula berkata, walaupun lebih 40 tahun meniaga di Lebuh Campbell, dia masih dapat bertahan sehingga kini kerana kawasan itu tidak lekang daripada kehadiran pengunjung.

"Walaupun hasil jualan saya turun naik, namun perniagaan saya tetap bertahan kerana sokongan daripada penduduk tempatan dan kehadiran pelancong yang ramai," katanya.

Bagi peminat barangan antik, lawatan mereka tidak sah jika tidak datang ke Lebuh Campbell kerana di sini terdapat sebuah kedai yang menjual pelbagai barangan antik sejak tahun 1960 an.

Malah beberapa buah radio jenama Phillips yang digunakan pada zaman merdeka dulu masih boleh berfungsi dengan sempurna begitu juga dengan barangan lain seperti mesin jahit, seterika yang menggunakan arang dan kamera lama.

Pemilik kedai antik, Ong, 35, berkata, hobinya mengumpul barangan tersebut telah mendorongnya untuk membuka kedai itu untuk berkongsi minat dengan orang ramai.

Katanya, kebanyakan pembeli adalah pelancong yang meminati barangan antik malah ada yang sanggup menawarkan harga yang tinggi untuk beberapa jenis barang seperti patung Buddha dan radio antik tersebut.

Seorang lagi pengunjung, John Stoker, 36, berasal dari United Kingdom (UK) berkata, walaupun baru dua hari menjejakkan kaki ke negeri ini namun dia telah tertarik dengan keunikan Lebuh Campbell.

"Saya suka berjalan-jalan di sekitar tempat ini kerana binaan bangunannya sejak zaman kolonial lagi malah dapat berjumpa dan bergaul dengan rakyat negara ini," katanya.







Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2008 06:40 AM | Show all posts


          Utusan Online      Perkhidmatan RapidPenang dipuji


Oleh FAIROL REDZA ISMAEL ALABAS
8 April 2008


Link to original article



PULAU PINANG 7 April - Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Alam Sekitar negeri, Chow Kon Yeow memuji RapidPenang Sdn. Bhd. (RapidPenang) kerana menggunakan sistem yang teratur dalam pengendalian perkhidmatannya di Pulau Pinang.

Menurutnya, perkhidmatan RapidPenang adalah lebih baik berbanding sistem pajakan bas yang digunakan oleh kebanyakan syarikat bas awam di negeri ini.

Sebagai contoh, katanya, sistem RapidPenang mempunyai jadual perjalanan yang teratur selain pengendalian laluan operasi yang terkawal dan pemandunya juga berdisiplin serta kemas.

''Berbanding sistem pajakan bas, pemandu bas hanya beroperasi pada waktu puncak dan berehat apabila penumpang tidak ramai bagi membolehkan mereka menjimatkan bahan bakar agar dapat melunaskan sewa harian bas yang dipajak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di Terminal Bas Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, beliau difahamkan ada syarikat bas yang menggunakan sistem pajakan itu terpaksa menghentikan perkhidmatan mereka kerana tidak mampu bersaing di dalam industri pengangkutan awam di negeri ini.

''Saya simpati terhadap syarikat bas yang menggunakan sistem pajakan itu kerana terpaksa berebut-rebut untuk mencari penumpang setiap hari bagi memastikan mereka dapat membayar sewa harian bas berkenaan," katanya.

Katanya, bagi memastikan perkara berkenaan tidak berlaku, beliau meminta supaya Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) menghentikan penggunaan sistem pajakan itu dan menggantikannya dengan sistem lain yang lebih baik dan efisien.

Langkah berkenaan, katanya, perlu diambil sekiranya LPKP ingin melihat sistem pengangkutan bas awam di Pulau Pinang berjalan lancar dan sistematik.

''Tanpa sistem pengangkutan yang baik, ia akan menjejaskan ekonomi Pulau Pinang di samping membebankan rakyat.

''Sistem pajakan sebenarnya tidak boleh diguna pakai lagi kerana ia sudah tidak relevan dan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan," katanya.

Sementara itu, Kon Yeow berkata, RapidPenang telah menyambung kembali perkhidmatan mereka di Terminal Bas Komtar setelah 10 hari menggantung perkhidmatan di situ atas alasan keselamatan pemandu dan penumpang bas tersebut yang didakwa kerap diganggu oleh pihak tertentu sebelum ini.








Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2008 08:03 AM | Show all posts


          Utusan Online      Puting beliung landa Pulau Pinang



Link to original article


TASEK GELUGOR 10 April - Angin kencang diikuti puting beliung yang disifatkan paling buruk pernah berlaku, melanda beberapa buah kampung sekitar sini hari ini.

Ribut hampir lima minit mulai pukul 3 petang itu merosakkan kira-kira 50 buah rumah di samping banyak tanaman penduduk musnah.

Di Kampung Padang Chempedak, penduduk menjadi cemas dan bertempiaran menyelamatkan diri apabila bumbung rumah mereka diterbangkan angin sehingga ada yang tersangkut di pokok.

Ribut turut melanda Kampung Jarak Atas dan Jarak Tengah mengakibatkan beberapa rumah dihempap pokok ketapang dan pokok pinang.

Selain itu, ribut yang turut disusuli hujan lebat itu turut menyebabkan penduduk mengalami kerugian harta benda apabila siling yang rosak menyebabkan air hujan mencurah masuk ke dalam rumah mereka.

Seorang mangsa, Osman Lazin, 68, berkata, ribut yang melanda hari ini adalah yang paling teruk pernah dialaminya sepanjang lebih 40 tahun menetap di Kampung Padang Chempedak.

"Ribut pernah berlaku tahun lalu tapi sekadar hujan dan ribut biasa sahaja, tidak pernah pula mencapai tahap seperti ini, bumbung rumah habis diterbangkan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.

Katanya, semasa kejadian dia tidak berada di rumah dan bergegas pulang selepas menerima panggilan daripada isterinya mengenai angin kencang itu.

Suri rumah, Saodah Abdul Rahman, 51, berkata, dia melihat sendiri bumbung rumah diterbangkan angin dan tersangkut pada sebatang pokok.

"Rumah saya bergegar kuat ketika itu dan saya merasa amat takut dan melaungkan azan," katanya sambil menambah suami dan anak-anaknya tiada di rumah ketika kejadian.

Seorang lagi mangsa, Jamal Mohamad, 38, berkata, sebahagian bumbung dan dinding rumahnya di Kampung Jarak Atas rosak dihempap pokok dalam kejadian itu.

Kejadian itu, katanya, mengakibatkan banyak peralatan elektrik di ruang tamu dan bilik rosak kerana ditimpa hujan air batu dan serpihan kayu daripada bumbung yang diterbangkan angin.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati banyak pokok yang tumbang di sepanjang laluan menuju ke pekan Tasek Gelugor dan beberapa anggota bomba sedang membantu mangsa mengalihkan pokok tersebut.







Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 02:08 PM | Show all posts


          The Star Online     Something good about leeches
[table=90%,lemonchiffon][tr][td]


CATCH some mother leeches and sell them to a new breeding farm looking to meet its full capacity. You can do that in Penang where farmers Muhamad Mohd Ali and Badrul Hisham Ramli have set up 50 breeding ponds.

Each leech can fetch you RM1 or more, de-pending on size.

Just dip your leg into a murky swamp and wait for the leeches to latch on, said one young man, who recently brought some samples to show Badrul.

The farm in Penaga, North Seberang Prai, breeds the big variety which the Malays called lintah, seven to 12cm long when fully mature and up to 30cm when they stretch.

Worldwide, there are 600 species of leeches and Malaysia has six species. The farm breeds mainly leeches with the green or brown belly, said Badrul.

Theirs currently is the biggest indoor leech farm in the state, using cement and poly tanks, versus the outdoor farm that uses ground ponds.

揥e require 30,000 breeder leeches to breed at full capacity and now have some 16,000 of them. Each of the 50 ponds can eventually hold up to 30,000 leeches,
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 07:07 AM | Show all posts


          Utusan Online     Bekas pekerja kilang cari kerja daftar di laman web



PULAU PINANG 15 April - Seramai 131 bekas pekerja kilang telah mendaftar di laman web www.pantaijerejak.com yang dibangunkan khas untuk membantu mereka mencari pekerjaan sejak ia dilancarkan Sabtu lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin berkata, beliau gembira kerana laman web yang dibangunkan 10 sukarelawan yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing itu mendapat sambutan menggalakkan.

Menurutnya, ekoran sambutan yang baik itu, beliau akan membuka pejabatnya yang beralamat di No. 20, Jalan Solok, Bukit Jambul (berhadapan Hotel Vistana) untuk pengisian borang dan pendaftaran secara talian pada Sabtu ini mulai pukul 2 hingga 4 petang.

''Sistem ini terbuka kepada semua khususnya pekerja kolar biru seperti operator dan perkhidmatan ini ditawarkan secara percuma.

''Selain itu, ia juga mudah diisi, mesra pengguna dan lebih berciri tempatan," katanya selepas memberi taklimat cara-cara mengisi resume di bilik Operasi PKR di sini semalam.

Tambahnya, sukarelawan itu akan memberi bantuan dengan mengambil segala butiran diri dan pengalaman kerja untuk didaftarkan di dalam laman web bagi memudahkan majikan mencari pekerja.

Jelas beliau, laman web itu akan disambung secara terus dengan kilang-kilang yang memerlukan pekerja di negeri ini.

''Melalui data yang dimasukkan ia mampu menarik perhatian syarikat yang mencari pekerja secara besar-besaran daripada mencari kerja secara manual atau secara perseorangan dari satu kilang ke kilang lain.

''Pengilang atau syarikat yang menawarkan kerja akan terus menghubungi individu ini dan urusan mengambil pekerja akan dilakukan oleh mereka," ujarnya.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2008 02:40 PM | Show all posts
http://my.jobstreet.com/announcement/2008/m/mycefpg_01.htm

My Career & Education Fair 2008
Venue : Penang International Sports Arena (PISA)
Date : 25th - 27th April 2008
Time : 10am - 7pm
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 02:26 PM | Show all posts


          The Star Online   Food production park for Juru
[table=90%,lemonchiffon][tr][td]




Link to original article



FOLLOWING the success of Penang抯 pilot Permanent Food Production Park (TKPM) in Ara Kuda, Tasek Gelugor, a similar farm will open in Juru by December.

State Agriculture and Agro-based Industry Committee chairman Law Choo Kiang said a 112ha plot of land had been identified for the RM4mil Juru park.

揟he Juru park would see three major components
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2008 01:20 PM | Show all posts


          The Star Online     Discounts for hill rail commuters
[table=98%,lemonchiffon][tr][td]



By ANDREA FILMER


Link to original article



THE Penang Hill funicular railway train is up and running and regular passengers who were inconvenienced by the recent breakdown are in for a treat
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2008 11:04 AM | Show all posts


          NST Online   Teachers mum about how girl was hurt



Link to original article








Nordin Isa showing his daughter Nor Afina's injured toe.





NIBONG TEBAL: Six-year-old Nor Afina Nordin will spend the rest of her life with part of a toe missing. And, she may never know why.

Doctors had to amputate two centimetres off the toe after a television fell on it at the kindergarten she attends.

She cannot tell her father, lorry driver Nordin Isa, how the March 30 incident occurred, nor will anyone at the kindergarten tell him either.

Nordin, 39, is furious that he has not been given an answer, even though he has enquired many times. The teachers at the kindergarten have been giving him the runaround.

He is now thinking of taking the kindergarten owner to court. "I am not convinced by their (the kindergarten staff's) answers as they cannot explain how a 29-inch TV set, which was placed on a table, fell on my daughter's foot.

"I cannot imagine what would have happened if it had fallen on her head or body," he said at Jawi assemblyman Tan Beng Huat's service centre here yesterday.

Nordin said that the incident clearly showed teachers at the kindergarten had been negligent.

He said Nor Afina was still undergoing treatment for the injury.

Nordin said the kindergarten administration told him that the school insurance only covered permanent disability.

He has since lodged a police report.







Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2008 12:20 PM | Show all posts


          Berita Harian Online   Taman Sains Pulau Pinang tarik pelaburan RM1 bilion



Link to original article



BUKIT MERTAJAM: Taman Sains Pulau Pinang yang terletak bersebelahan Lebuhraya Utara-Selatan di Bukti Tambun di sini, berjaya menarik pelaburan bernilai lebih RM1 bilion.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata kebanyakan pelaburan yang dijanjikan di taman yang berkeluasan 149 hektar itu adalah oleh syarikat yang bergiat dalam industri berasaskan teknologi.

Katanya, pelabur sudah bersedia untuk membangunkan kemudahan masing-masing di taman itu tetapi mereka belum boleh berbuat demikian sehingga kerja menyediakan kemudahan asas siap.

"Kerajaan mahu meyakinkan pelabur bahawa kita benar-benar komited dan serius dalam menguruskan taman ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau taman itu, kelmarin.

Tapak bagi pembangunan taman itu adalah milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Progenix Research Sdn Bhd adalah syarikat pertama yang akan beroperasi di taman itu yang membabitkan pelaburan sebanyak RM60 juta.

Selain menempatkan kilang yang beroperasi dalam bidang bioteknologi dan farmaseutikal, taman itu menyediakan kemudahan bagi syarikat yang terbabit dalam pembuatan peralatan perubatan dan elektronik.

Di GEORGETOWN, Guan Eng berkata, penggunaan air di kalangan rakyat Pulau Pinang meningkat 34 peratus daripada 195.7 bilion liter pada 1998 kepada 262.5 bilion liter pada tahun lalu.

Sehubungan itu, beliau menasihati rakyat supaya menjimatkan penggunaan air kerana sumber terhad kerana kerajaan negeri bergantung kepada bekalan dari Sungai Muda yang turut dikongsi dengan Kedah.

Ketua menteri mencadangkan supaya rakyat mengamalkan penjimatan air untuk kegunaan domestik daripada 287 liter seorang sehari kepada 260 liter menjelang 2010, bagi mengelak masalah kekurangan bekalan.

Bagaimanapun, katanya, jika berlaku peningkatan penggunaan air secara berterusan sebanyak 3.4 peratus setiap tahun, ia akan menyebabkan sumber air yang baru perlu dicari yang akan membabitkan kos yang besar.

"Kita mungkin bekerjasama dengan Perak bagi mengurangkan kebergantungan terhadap Sungai Muda tapi kosnya amat tinggi dan projek itu mengambil masa panjang.

"Tetapi jika rakyat berjimat menggunakan air, masalah ini boleh dielak sekali gus menyelamatkan jutaan ringgit bagi menampung projek pembinaan sumber air baru," katanya ketika berucap merasmikan Hari Air Sedunia anjuran Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP), kelmarin.








Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 06:13 AM | Show all posts


          Utusan Online     Pampasan RM137 juta dibayar tiga bulan lagi



Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN


Link to original article



BUKIT MERTAJAM 23 April - Pemilik tanah di beberapa kampung yang tanah mereka diambil bagi memberi laluan terhadap projek pembesaran Empangan Mengkuang di sini dijangka menerima pampasan bernilai RM137 juta dalam tempoh tiga bulan lagi.

Pampasan tersebut adalah bayaran susulan secara berperingkat selepas sejumlah RM34 juta sudah disalurkan kepada sebahagian pemilik tanah sebelum ini.

Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri, Jee Ooi Chuan Aun berkata, projek pembesaran empangan berkenaan membabitkan pengambilan 152 lot tanah dan baki pampasan akan disalurkan selepas pemilik tanah menyelesaikan proses dokumentasi.

Menurutnya, kerajaan Pusat yang membiayai sepenuhnya projek tersebut dijangka melakukan pembayaran secara berperingkat dengan mengutamakan pemilik tanah kecil.

"Pemilik tanah yang belum menerima pampasan akan diminta mengisi borang khas yang akan dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dalam masa terdekat,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bersama sebahagian pemilik tanah di Pejabat Daerah dan Tanah SPT di sini semalam.

Turut hadir, Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan Negeri, Lim Hock Seng.

Akhbar sebelum ini melaporkan rintihan pemilik tanah berhampiran kawasan tersebut yang mendakwa belum menerima pampasan yang dijanjikan walaupun projek pembesaran empangan berkenaan sudah dimulakan.

Para pemilik tanah tersebut mendakwa, kerajaan negeri yang baru sudah menerima wang pampasan tersebut daripada kerajaan Pusat tapi sengaja melengah-lengahkan bayaran kepada mereka.

Chuan Aun bagaimanapun menjelaskan, nerajaan negeri belum menerima sebarang bayaran daripada kerajaan Pusat untuk disalurkan kepada pemilik tanah berkenaan.

"Memang bayaran pampasan sepatutnya melalui kerajaan negeri tetapi kerajaan Pusat belum menyalurkan bayaran untuk diserahkan kepada pemilik tanah.

"Hanya sebahagian daripada mereka sudah mendapat pampasan tetapi perkara ini sedang diuruskan dan jika semua berjalan lancar, mereka akan menerimanya dalam tempoh tiga bulan lagi," jelasnya.






Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 12:14 PM | Show all posts


          The Star Online   Help save the dams



By CAROLYN OOI


Link to original article



DO you know that by cutting down the number of times we flush the toilet we would be able to save four dams.

Water Watch Penang president Prof Dr Chan Ngai Weng said nine litres of water were used for every flush of the conventional WC.


[table=85%,black]




The water level at Air Itam Dam.




揟he average Penangite uses 287 litres of water per day but you can do your part by reducing one flush per day,
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 02:05 PM | Show all posts


          The Star Online    Contractor has no right to demolish homes, says rep
[table=98%,lemonchiffon][tr][td]




Link to original article


VILLAGERS of Kampung Lorong Buah Pala in Bukit Gelugor, Penang, had a rude shock when a contractor threatened to demolish their homes yesterday morning.

Kampung Lorong Buah Pala action committee secretary J. Steven, 40, said he immediately called Seri Delima assemblyman R.S.N Rayer as the residents were worried.

揂t 9am, the contractor, who was escorted by a group of police personnel, came and wanted to demolish the houses. How can this be when our injunction application against them is still pending in court?

揥e immediately contacted Rayer who came with Batu Maung assemblyman Abdul Malik Kassim and Ba-tu Uban assemblyman Raveen Tharan. They managed to get the group to leave after about two hours of negotiations,
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 02:46 PM | Show all posts


          Berita Harian Online    Ekspedisi berbasikal ke China mula bulan depan




Link to original article







CABARAN: Teh (kiri) menunjukkan peta mengenai laluan ekspedisi berbasikal Pulau Pinang ke Wilayah Xiamen, China di Komtar, kelmarin.




GEORGETOWN: Empat pengayuh basikal diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu, 50, akan memulakan ekspedisi berbasikal sejauh 5,000 kilometer dari Pulau Pinang ke Xiamen, China, bulan depan.

Misi bagi mengutip derma untuk membantu golongan memerlukan itu turut disertai jurupandu, Errol Theodor Rinsche, 35; Sam Yeoh Bang San, 30 dan Tan Chai Khim, 48, bermula 10 Mei.

Ekspedisi merentasi lima negara iaitu Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam dan China, dijangka mengambil masa 50 hari. Kumpulan itu dijangka pulang ke Pulau Pinang pada 10 Julai depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita dan Komuniti negeri, Ong Kok Fooi, berkata selain merapatkan hubungan dengan negara berkenaan, kumpulan itu mensasarkan mengutip sebanyak RM500,000.

Hasil kutipan itu akan dibahagikan kepada beberapa pertubuhan sukarela iaitu St John Ambulans, Pertubuhan Kanser Kebangsaan Malaysia Pulau Pinang, Persatuan Perancangan Keluarga Pulau Pinang, Kumpulan Pencinta Alam Sekitar Remaja, Persatuan Pendidikan Du Zhong dan Tabung Pendidikan Tamil.

"Mereka akan dilepaskan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada 10 Mei ini di Ibu Pejabat Persatuan St John Ambulans Pulau Pinang kira-kira jam 7 pagi," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Kumpulan itu akan diiringi oleh kumpulan sokongan kenderaan pacuan empat roda daripada Persatuan St John Ambulans Malaysia hingga ke sempadan Laos dan Vietnam.

Mereka akan disambut oleh Ong di Xiamen, China, bersama beberapa pegawai Jabatan Belia dan Sukan (JBS) negeri pada 30 Jun depan.

"Saya dimaklumkan kerajaan negeri dan Ketua Menteri memberikan sokongan kepada Teh untuk melakukan ekspedisi yang pertama seumpamanya dalam sejarah negara," katanya.

Beliau berkata, pihaknya memerlukan peruntukan antara RM30,000 hingga RM40,000 bagi menjayakan ekspedisi itu dengan sebahagian daripadanya ditanggung oleh JBS negeri.

Pemerintah St John Ambulans negeri, Datuk Dr Yee Thiam Sun, berkata walaupun kesihatan peserta kini berada pada tahap terbaik, pihaknya memantau keadaan dengan memberikan bekalan ubat-ubatan.  







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 09:48 AM | Show all posts


          Utusan Online     Lencongan dari jambatan Pulau Pinang



BUTTERWORTH 27 April - Pengguna Jambatan Pulau Pinang yang menghala ke Bayan Lepas atau Sungai Nibong dinasihatkan supaya membuat pusingan 'U' di Jalan Udini Lebuh Raya Jelutong bermula Selasa ini.

Menurut kenyataan akhbar Penang Bridge Sdn. Bhd. (PBSB), lencongan tersebut akan bermula pukul 12 tengah malam sehingga 5.30 pagi pada 29 dan 30 April serta 3 Mei depan.

"Lencongan tersebut adalah bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan acuan konkrit dan membina tiang jambatan di 'Bridge 3' yang melibatkan susur keluar ke Bayan lepas Sungai Nibong dijalankan tanpa mengganggu aliran trafik," katanya.

Pengguna Jambatan Pulau Pinang yang ingin mendapatkan maklumat terkini trafik atau mendapatkan bantuan Pasukan Bertindak Jambatan, termasuk perkhidmatan kenderaan tunda boleh menggunakan perkhidmatan sistem pengurusan Informasi Trafik Dalam Talian (OTIM) atau menelefon talian Bridgeline di talian 1300-1300-03.

Pasukan Bertindak Jambatan dan perkhidmatan kenderaan tunda beroperasi selama 24 jam setiap hari.

PBSB turut menasihati pengguna supaya berhati-hati ketika memandu di atas jambatan dan memastikan kenderaan sentiasa berada pada jarak selamat serta mematuhi arahan papan tanda termasuk yang dipaparkan melalui Paparan Elektronik (VMS) sepanjang kerja-kerja pelebaran berjalan.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2008 03:56 AM | Show all posts


          Utusan Online     Sindiket judi libat taruhan RM14.5j tumpas



PULAU PINANG 28 April - Polis berjaya menumpaskan sindiket perjudian membabitkan jumlah pertaruhan kira-kira RM14.5 juta sebulan di sini baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner II Wan Abdullah Tuanku Said berkata, serbuan di dua premis berasingan itu adalah kejayaan terbesar yang dicapai pada tahun ini.

Beliau yakin kejayaan itu akan memberi kesan positif dalam usaha untuk membendung kegiatan perjudian haram di Pulau Pinang.

"Lapan orang termasuk tiga wanita ditahan dalam serbuan pada 13 dan 26 April lalu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, dalam kes pertama melibatkan perjudian ekor haram, tiga lelaki dan tiga perempuan berusia 24 hingga 42 tahun diberkas di sebuah rumah di Jalan Ong Yee How, Butterworth pada pukul 7 petang.

"Sebanyak sembilan mesin faks, dua unit komputer riba serta 250,000 helai kertas yang dipercayai mengandungi nilai taruhan dirampas," jelasnya.

Beliau menambah, dalam serbuan kedua berkaitan perjudian kuda, dua lelaki berusia 37 hingga 55 tahun yang bertindak sebagai bookie ditahan.

Menurutnya, dalam serbuan di sebuah rumah di Kepala Batas, Seberang Perai Utara pukul 3.30 petang kelmarin itu, sebanyak tiga buah komputer riba turut dirampas.






Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 03:58 AM | Show all posts


          Utusan Online     OKU diberi peluang anggotai Exco



PULAU PINANG 28 April - Wakil daripada golongan orang kurang upaya (OKU) akan diberi peluang menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) negeri ini tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Menteri I, Mohammad Fairus Khairuddin berkata, beliau akan melantik seorang wakil OKU yang bakal diletakkan di bawah portfolionya iaitu Hal Ehwal Agama, Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat.

Beliau yang memulakan inisiatif tersebut berkata, langkah itu diambil bagi memudahkan kerajaan negeri merancang program-program melibatkan golongan OKU pada masa depan.

Menurutnya, adalah kurang tepat program kebajikan atau pembangunan untuk OKU yang dirancang tidak disertai golongan itu sendiri.

''Buat masa sekarang, seorang wakil akan menyertai portfolio saya dan pada masa sama berharap rakan-rakan yang lain juga akan memberi peluang kepada wakil OKU lain,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian pembukaan pejabat Institut Akauntan Malaysia (MIA) cawangan Pulau Pinang yang baru di Leboh Light di sini hari ini.

Mohammad Fairus menambah, pemilihan wakil OKU berkenaan serta bahagian mana golongan itu akan diletakkan di bawah portfolio tersebut hanya akan diketahui pada minggu ini.

''Kerajaan negeri tidak pernah menghalang pengambilan OKU untuk menyertai mana-mana Exco dan ia terpulang kepada Exco itu sendiri," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebuah sekolah agama khas untuk OKU akan dibangunkan bagi memudahkan mereka mendalami agama Islam.

Katanya, beliau akan cuba merealisasikan pembangunan sekolah khas agama tersebut untuk golongan OKU berikutan terdapat banyak permintaan terhadap keperluan seumpama itu.






Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 04:47 AM | Show all posts


          Utusan Online     Ekspo Usahawan Bumiputera mulai esok



KEPALA BATAS 28 April - Ekspo Usahawan Bumiputera Malaysia (EUBM) 2008 akan berlangsung selama 10 hari di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang di sini, bermula 30 Mei depan.

Syarikat Tunas Indah Niaga Enterprise (TINE) dari Tasek Gelugor diberi tanggungjawab mengendalikan ekspo itu pada tahun ini bertemakan Usahawan Glokal Produk Berkualiti.

Pengurus TINE, Zaini Aboo Hassan berkata, ekspo berkenaan sebelum ini diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).

"Dengan adanya ekspo ini, semua usahawan bumiputera di seluruh negara, termasuk 100 ahli persatuan usahawan bimbingan Perda boleh mempamer dan mempromosikan produk masing-masing," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, penganjur menyedia 600 petak ruang niaga untuk disewa pada harga RM800.

Selain produk tempatan, pengunjung berpeluang melihat hasil kraftangan, produk herba dan barangan makanan ringan dari Indonesia dan Thailand.

Pada tahun lepas, kira-kira 200,000 pengunjung menyaksi pelbagai aktiviti di ekspo itu.

"Kita jangka bilangan pengunjung akan meningkat kepada 300,000 orang pada ekspo kali ini," kata Zaini.

Sepanjang ekspo itu, berbagai-bagai acara diadakan, termasuk persembahan pentas, pertandingan mewarna, bakat bintang ekspo, bintang kecil, busana muslim, pameran kereta dan lain-lain.







Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 07:35 AM | Show all posts


          Berita Harian Online     Tujuh kedai dan empat rumah musnah dalam kebakaran
[table=98%,lemonchiffon][tr][td]


BUTTERWORTH: Satu deretan tujuh buah kedai, serta empat buah rumah di belakang kedai berkenaan, musnah dalam satu kebakaran di Jalan Chain Ferry di sini, awal pagi ini, menyebabkan kira-kira 20 penduduk di kawasan itu kehilangan tempat tinggal.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Butterworth, Mazhuki Shafie, berkata premis yang musnah dalam kejadian itu termasuk kedai emas, kedai motosikal, kedai pajak gadai.

Beliau berkata, 30 anggota bersama empat jentera bomba dari Balai Bomba Butterworth, Prai dan Perda bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada kira-kira jam 2 pagi.

揔etika sampai, api sedang marak. Api berjaya dikawal jam 2.38 pagi dan dipadamkan kira-kira 20 minit kemudian,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.081265 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list