CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kifanum

Masalah sulit

 Close [Copy link]
Post time 19-11-2007 12:15 AM | Show all posts

Kalau..

Originally posted by kifanum at 14-11-2007 12:11 PM
Kif nak tanya satu soalan sulit sikit...

Kalu Kif bersatuboh dgn sesama jenis, yakni kalu lelaki dgn lelaki, apakah Kif kena mandi junub juga. Sbb apa pasangan Kif kata mengikut kitab2 dalam I ...


Kalau nak ikut hukum biasa..secara amnya..ko kena mandi wajib sebab mungkin esok lusa ko nak sembahyang ke apa ker..

Tapi kalau nak ikut hukum yaNG LEBIH DALAM..KO TAK PAYAH MANDI PUN TAK PER..SEBAB KALAU KO SEMBAHYANG PUN TAPI STILL JADI GAY..KO MASUK NERAKA JAHANNAM GAK..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2007 11:34 PM | Show all posts
naperlah jwpn yg aku post minggu lepas sampai hari ni tak kluar2... really testing my patience lah forum nih... apalah masalhnya nih....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 11:35 PM | Show all posts
tengok tu ! aku wat post baru pun, balik2 kluar pg ni jugak... ish...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2007 03:37 PM | Show all posts

Nabi Luth Diutuskan Oleh Allah Kepada Rakyat Sodom

Masyarakat Sadum adalah masyarakat yang rendah paras moralnya dan rosak akhlak. Masyarakat Sadum tidak mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusiaan yang beradab. Maksiat dan kemungkaran bermaharajalela dalam pergaulan hidup mereka. Pencurian dan perampasan harta milik merupakan kejadian hari-hari di mana yang kuat menjadi kuasa sedang yang lemah menjadi korban penindasan dan perlakuan sewenang-wenang. Maksiat yang paling menonjol yang menjadi ciri khas hidup mereka adalah perbuatan homoseksual {liwat} di kalangan lelakinya dan lesbian di kalangan wanitanya. Kedua-dua jenis kemungkaran ini begitu bermaharajalela di dalam masyarakat sehinggakan ianya merupakan suatu kebudayaan bagi kaum Sadum.

Seorang pendatang yang masuk ke Sadum tidak akan selamat dari diganggu oleh mereka. Jika ia membawa barang-barang yang berharga maka dirampaslah barang-barangnya, jika ia melawan atau menolak menyerahkannya maka nyawanya tidak akan selamat. Akan tetapi jika pendatang itu seorang lelaki yang bermuka tampan dan berparas elok maka ia akan menjadi rebutan di antara mereka dan akan menjadi korban perbuatan keji lelakinya dan sebaliknya jika si pendatang itu seorang perempuan muda maka ia menjadi mangsa bagi pihak wanitanya pula.

Kepada masyarakat yang sudah sedemikian rupa keruntuhan moralnya dan sedemikian paras penyakit sosialnya diutuslah nabi Luth sebagai pesuruh dan Rasul-Nya untuk mengangkat mereka dari lembah kenistaan ,kejahilan dan kesesatan serta membawa mereka alam yang bersih ,bermoral dan berakhlak mulia. Nabi Luth mengajak mereka beriman dan beribadah kepada Allah meninggalkan kebiasaan mungkar menjauhkan diri dari perbuatan maksiat dan kejahatan yang diilhamkan oleh iblis dan syaitan. Ia memberi penerangan kepada mereka bahwa Allah telah mencipta mereka dan alam sekitar mereka tidak meredhai amal perbuatan mereka yang mendekati sifat dan tabiat kebinatangan dan tidak sesuai dengan nilai-nilai kemanusiaan dan bahwa Allah akan memberi ganjaran setimpal dengan amal kebajikan mereka. Yang berbuat baik dan beramal soleh akan diganjar dengan syurga di akhirat sedang yang melakukan perbuatan mungkar akan di balaskannya dengan memasukkannya ke dalam neraka Jahanam.

Nabi Luth berseru kepada mereka agar meninggalkan adat kebiasaan iaitu melakukan perbuatan homoseksual dan lesbian. Luth menyatakan perbuatan itu bertentangan dengan fitrah dan hati nurani manusia serta menyalahi hikmah yang terkandung didalam penciptaan manusia menjadi dua jenis iaitu lelaki dan wanita. Juga kepada mereka di beri nasihat dan diajukan supaya menghormati hak dan milik masing-masing dengan meninggalkan perbuatan perampasan, perompakan serta pencurian yang selalu mrk lakukan di antara sesama mereka dan terutama kepada pengunjung yang datang ke Sadum. Diterangkan bahawa perbuatan-perbuatan itu akan merugikan mereka sendiri, kerana perbuatan itu akan menimbulkan kekacauan dan ketidak amanan di dalam negeri sehingga masing-masing dari mereka tidak merasa aman dan tenteram dalam hidupnya.

Demikianlah Nabi Luth, melaksanakan dakwahnya sesuai dengan tugas risalahnya.Ia tidak henti-henti menggunakan setiap kesempatan dan dalam tiap pertemuan dengan kaumnya secara berkelompok atau secara berseorangan mengajak agak mereka beriman dan percaya kepada Allah dan menyembah-Nya. Diajaknya Luth terhadap kaumnya untuk melakukan amal soleh dan meninggalkan perbuatan maksiat dan mungkar. Akan tetapi keruntuhan moral dan kerusakan akhlak sudah hidup lama di dalam pergaulan sosial mereka dan pengaruh hawa nafsu dan penyesatan syaitan sudah begitu kuat menguasai tindak-tanduk mereka, maka dakwah dan ajakkan Nabi Luth yyang dilaksanakan dengan kesabaran dan ketekunan tidak mendapat tempat di dalam hati dan fikiran mereka dan berlalu laksana suasana teriakan di tengah-tengah padang pasir .Telinga-telinga mereka sudah menjadi pekak bagi ajaran-ajaran Nabi Luth sedang hati dan fikiran mereka sudah tersumbat rapat dengan ajaran -ajaran syaitan dan iblis.

Akhirnya kaum Luth merasa dan kesal hati mendengar dakwah dan nasihat-nasihat Nabi Luth yang tidak putus-putus itu dan minta agar ia menghentikan aksi dakwahnya atau menghadapi pengusir dirinya dari sadum bersama semua keluarganya. dari pihak Nabi Luth pun sudah tidak ada harapan lagi masyarakat Sadum dapat terangkat dari lembah kesesatan dan keruntuhan moral mereka dan bahawa meneruskan dakwah kepada mereka yang sudah buta-tuli hati dan fikiran serta mensia-siakan masa. Ubat satu-satunya, menurut fikiran Nabi Luth untuk mencegah penyakit akhlak itu yang sudah parah itu menular kepada tetangga-tetangga dekatnya, ialah dengan membasmikan mereka dari atas bumi sebagai pembalasan ke atas terhadap kekerasan kepala mereka juga untuk menjadi ibrah dan pengajaran umat-umat disekelilingnya. beliau memohon kepada Allah agar kepada kaumnya masyarakat Sadum diberi pengajaran berupa azab di dunia sebelum azab yang menanti mereka di akhirat kelak.

**************Harap Kif Bertaubat sebelum terlambat....jgn cuba campur adukkan yg halal ngan haram....tapi kalau Kif khunsa sekali pun sbg s'org Islam kita tidak boleh menjalin hubungan Homoseksual....carilah yg halal.....kalau Kif buat baik tapi masih tidak meninggalkan yg terlarang perkara yg baik tue tetap tidak di terima...solat akan mencegah maksiat tapi kalau dah dirikan solat then still buat maksiat maknanya solat kita masih tidak di terima....renung2 kanlah
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2007 10:13 PM | Show all posts

Thread untuk lanjutan perbincangan kepada 'Masalah Sulit' kifanum

Salam All

Thread ini saya buka sebagai lanjutan kepada thread 'Masalah Sulit' oleh kifanum untuk kita meneruskan perbincangan di sini kerana saya dapati thread asal telah mengalami kerosakan i.e. post macam masuk tapi page tak keluar

saya tak pasti samada masalah ini dialami juga oleh forumer lain.

Saya merasakan isu yang cuba ditimbulkan relevan dan konsisten dengan tema bod untuk membantu ke arah kpendidikan dan kesedaran seks di kalangan remaja bukan setakat teknik bersetubuh, zakar siapa panjang, bengkok dsbnya. Oleh kerana ruang lingkup seks luas, kefahaman terhadap seksuality juga sama penting dalam menghayati seks yang lebih sihat.

Jika ada yg bersetuju perbincangan kita teruskan.

OK. Saya chow nak pergi gym dulu...

Cheers.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2007 11:09 PM | Show all posts
pasal gay tu ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2007 08:23 AM | Show all posts
Ye la tu...satu lagi...server CAri tengah mengong la ni...bukan kat bod ni aje....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2007 12:53 AM | Show all posts
Originally posted by thedoctor46 at 20-11-2007 10:09 PM
pasal gay tu ke?


he just happens to be gay, tapi soalan dia sama shj dengan soalan mereka yang bukan gay. sbb dia muslim, ada kesedaran dalam diri dia untuk menurut feqah agamanya.

malangnya, dari responses yang kita baca, all the homophobics came out in force attacking dia sedangkan soalan yg ditanya tak dijawab. Dia tanya pasal mandi wajib tapi ada yang menjawab seolah2 since dia dah berdosa may as well go all the way menjalanx, rob the bank, commit murder segala. (and of course don't bother nak mandi wajib... )

I know many gay men yang kuat sembahyang and yes, nafsu mereka songsang. So nak kata apa kat depa, jangan sembahyang sebab tak guna pun tonggang tonggek sebab dijamin neraka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2007 12:58 AM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 21-11-2007 07:23 AM
Ye la tu...satu lagi...server CAri tengah mengong la ni...bukan kat bod ni aje....


Oh Ya ka? thx for the clarification, that was comforting.

It did cross my mind for one minute wondering if the posts were deemed unfit and went to trash for some mysterious reasons.

so we are true to our pledge for free speech and sex education. so far so bravo...

p/s : bila server CARI dah pulih demam nanti, mod merge jer lah ya...

[ Last edited by  Decaffeinated at 21-11-2007 11:59 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2007 01:15 AM | Show all posts
try jolok sket thread nih... up benang, up!
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2007 01:16 AM | Show all posts
jolok lagi, dan lagi dan lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2007 08:30 AM | Show all posts
Korang janganlah ambik hati sangat ngan kif ni... AKu tengok dia punya IP addresspun aku dah gelak....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2007 08:45 AM | Show all posts

Reply #1 Decaffeinated's post

Thanks caffien for helping out with a new thread on this issue. I almost lost hope when I can't even see my own postings.

Actually, bukan senang Kif nak tinggalkan cara hidup Kif. Hanya Allah yg tahu bagaimana Kif berdoa dan terus menerus berusaha nak ubah hidup. Tapi so far, belum termakbol agaknya. Mungkin juga sbb kami bahagia hidup bersama. Tak pernah rasa ada kekurangan dan ditimpa musibah...

But life must go on. Takkan Kif tak boleh solat, puasa dan buat ibadah lain hanya sbb Kif songsang. Allah lebih mengetahui apa yg org lain tak tahu betul tak?? Bagi Kif ini suma pon part of ketentuan Allah. Yg penting Kif sanggup jalani hidup macam muslimin sejati.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 06:41 PM | Show all posts
Originally posted by kifanum at 23-11-2007 07:45 AM
Thanks caffien for helping out with a new thread on this issue. I almost lost hope when I can't even see my own postings.


No problems, except aku takut juga orang kata aku yg lelebih drp tuan rumah...

You have your life to live, and I can tell you it's not the worst anybody could hope for. Kalau kita berfikiran positif, apa yang orang lain kata kekurangan boleh kita terbalikkan jadi kelebihan. And yes, teruskan mendekati Tuhan even if that means 5 showers a day...

eerrr, my name by the way is Decaffienated (but you can call me decaf)... caffien was that naughty cousin I love to avoid.... esp near bed time...

[ Last edited by  Decaffeinated at 23-11-2007 05:42 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 08:23 AM | Show all posts
Sorry if I am harsh here but 'homosexual' and 'muslim sejati' cannot be in the same sentence...

But I pray that you will leave your current lifestyle...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 04:02 PM | Show all posts

Reply #6 kifanum's post

satu cara ko nak ubah, usaha ko.
ko kene ubah nickname ko tu... kifanum=munafik
nape ko pilih nikname tu. tu tnda ko seolah2 bangga ko jd munafik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2007 08:35 PM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 26-11-2007 07:23 AM
Sorry if I am harsh here but 'homosexual' and 'muslim sejati' cannot be in the same sentence...

But I pray that you will leave your current lifestyle...


setuju... err tak berapa setuju.... errr tak berapa sure...

mungkin lebih elok guna perkataan 'practicing muslim wannabe', entahlah... unless he has a completely different interpretation of homosexuality (as a lifestyle) in Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 08:39 PM | Show all posts
Originally posted by kazaraf at 26-11-2007 03:02 PM
satu cara ko nak ubah, usaha ko.
ko kene ubah nickname ko tu... kifanum=munafik
nape ko pilih nikname tu. tu tnda ko seolah2 bangga ko jd munafik...


tapi bukankah dia dah terbalikkan perkataan tu. mungkin membawa maksud menterbalikkan sifat tersebut kepada yang elok.

that's how I prefer to interpret it. memula heran jugak banyak2 nama itu yg dia pilih but he has his reasons I'm sure.

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2007 08:19 AM | Show all posts
Tapi apasal aku rasa macam clone aje....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2007 09:07 AM | Show all posts
Kif rasa di sini tak perlu lah persoalkan kenapa Kif jadi songsang. Kif hanya ingin pendapat tentang hukum mandi wajib kalu Kif bersanggama dengan pasangan sejenis. Sesongsang2 Kif pon ada kalanya Kif rasa perlu solat, puasa dan buat ibadah2 lain. Kadangkala Kif juga rasa bersyukur pada Allah sebab diberi kebahagiaan. Parents Kif pon sudah redho keadaan Kif dan sedia menerima pasangan Kif yg banyak membantu dari segi wang ringgit utk mereka. Sampaikan tercapai hasrat parents Kif pergi haji tahun ini.

Pasal nama Kifanum itu, itu hanya nama sebenar kami yg dicantum dan diterbalikkan. Pasangan Kif pon guna nama ini juga utk password dia.. Bukan bermaksud utk jadikan nama itu "munafik"... nauzubillah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.069104 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list