CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Malaysia Yang Kotor : Latest - Tandas Awas Terus Menangis -

[Copy link]
Post time 30-4-2008 01:21 PM | Show all posts

Reply #100 arasham's post



opss off topic#

wendu kat k nita   
ade kenduri jgn malew2 jmpt la tite
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2008 01:49 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 30-4-2008 06:20 AM
The Star reported that a 73-year old man living alone at a double storey link house in Taman Cempaka, Ipoh developed a strange hobby in 2003 - collecting old furniture, clothes, broken flower and ...


org macam nie ada masalah kesunyian. penah tgk oprah last week, this old couple ada hobi pelik suka kumpul gift sejak sekian lama tp gift2 tu tak dpt nk bagi kat org pun, masalah bermula selepas anak2 diorg dah tak tinggal lagi ngan diorg...jadi mereka tidak sedar, mereka telah menggantikan anak mereka dgn barang2 sebagai pengubat kesunyian mereka....ended up umah diorg penuh ngan hadiah yg teramatlah byk....

back to the topik, yes, i do believe at least 30% malaysian kurang menitik beratkan bab2 kebersihan nih....ada jugak aku berdepan dengan spesis yg mcm konon2 benci tgk jalan yg kotor, longkang yg penuh sampah sarap belum lagi campur bau2an bagai, but at the same time buang air kotak kosong tepi jalan......
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 02:14 PM | Show all posts
aku rase ini seme tentang didikan dr rumah lg.. anak2 kecil kene diajar..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 04:45 PM | Show all posts

Reply #87 Muntz's post

:@ :@ :@ :@  mmg tandas kat restoran kotor...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 05:47 AM | Show all posts
'Pengotor berpelajaran' jejaskan imej negeri
UTUSAN MALAYSIA

KOTA BHARU 30 April - Kerajaan negeri kecewa dengan sikap segelintir penduduk negeri ini yang disifatkan sebagai 'pengotor berpelajaran' apabila mengabaikan kebersihan awam dan menjejaskan imej negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, mereka memiliki perangai bermuka-muka iaitu hanya mengamalkan kebersihan di tempat tertentu terutama semasa berada di rumah.

Menurut beliau, keadaan bertukar sebaliknya apabila berada di tempat awam, golongan ini kebiasaannya akan menjadikan kawasan persekitaran untuk membuang sampah sesuka hati.

"Saya kategorikan mereka sebagai pembuang sampah berpelajaran kerana hanya mereka yang berpelajaran sahaja mampu memiliki kenderaan tetapi sayangnya menjadikan cermin kereta sebagai 'pintu utama' membuang sampah.

"Saya sedih dengan perangai seperti ini kerana kerajaan negeri pada masa yang sama melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) telah memperuntukkan bajet besar setiap tahun bagi kerja-kerja menjaga kebersihan,"katanya.

Takiyuddin berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Mohamad Mustapha (Pas-Demit) pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai kelancaran dan kecekapan PBT menguruskan sistem pungutan sampah di negeri ini.

Sementara itu, Takiyuddin berkata, pada awal tahun lalu, kerajaan negeri telah memperkenalkan langkah pemberian habuan kepada orang ramai yang menjual sampah kepada PBT.

Katanya, habuan yang diberi bukannya dalam bentuk wang tetapi berbentuk barangan harian seperti sabun, minyak masak dan gandum.

"Tujuan utamanya ialah untuk mendidik orang ramai menjaga kebersihan dan menjadikannya sebagai amalan, ia bukannya bagi mengajar mereka membuat sesuatu demi ganjaran tertentu," katanya.

Tambah beliau, projek perintis itu telah dilaksanakan di Pasar Wakaf Bharu dan ia telah mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

Katanya, sebagai langkah perancangan masa hadapan, kerajaan negeri akan memperluaskan kaedah ini ke seluruh negeri.

---

pengotor memang wujud dimana2 aje, dan bukan berasal dari satu2 tempat aje
bagus la kalau kerajaan kelantan mula menegur sikap rakyat dari/di negeri tu utk lebih jaga kebersihan
langkah yg baik dgn 'membeli' sampah dari orang ramai & beri barangan keperluan harian camtu
sokongan moral sebenarnya, utk menggalakkan & memupuk kesedaran (walaupun ada yg kejar habuan aje)
tapi at least dapat jaga kebersihan dgn cara yg mcm tu..
harap rakyat2 malaysia, bukan aje dari kelantan, dapat jaga kebersihan negara..
secara tak langsung dapat jaga kesihatan jugak & jaga kebersihan tu kan tuntutan agama..
ni biar je kotor2, sampah merata2, malu beb! kat pelancong yg datang..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 07:31 AM | Show all posts
ha... aku tgk mmg ramai org tak sekolah...buang sampah suka hati jek dari kereta.
aku paling anti dgn spesis manusia cenggini...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2008 07:38 AM | Show all posts
Originally posted by nazurah at 1-5-2008 07:31 AM
ha... aku tgk mmg ramai org tak sekolah...buang sampah suka hati jek dari kereta.
aku paling anti dgn spesis manusia cenggini...

buang sampah dari tingkap kereta tu aku leh sabar lagi
tapi aku paling takleh tahan kalau tengok orang MELUDAH dari tingkap kereta
nak lagi kalau ludah dia tu kena cermin kereta kita

ARGHHHHH!!! :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 07:47 AM | Show all posts
Originally posted by Jiman at 1-5-2008 07:38 AM

buang sampah dari tingkap kereta tu aku leh sabar lagi
tapi aku paling takleh tahan kalau tengok orang MELUDAH dari tingkap kereta
nak lagi kalau ludah dia tu kena cermin kereta kita

ARGHH ...


biasanya yang meludah tu... depa buat masa tengah
tunggu kat traffic light... buka pintu  TOING...
depa ludah.... geli dibuatnya..

jadi macam news saya baca dulu yang banyak berlaku kat negara China -
orang2 nya jalan .. jalan.. jalan... pastu main ludah aje tengah jalan...

kat malaysia ada yang buat camtu tapi tak ramai .. tapi ada.. memang
pengotor macam tu...

sampai ada kat sesetengah restaurant tu letak sign board: DO NOT SPIT..
much to my friend's chagrin.. sampai letak sign board minta jangan meludah -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2008 07:59 AM | Show all posts
hari tu aku turun tangga kat sg wang, depan aku main sedap jer org tu meludah...pengotor betul..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 08:00 AM | Show all posts

Reply #1 car閒actor_z閞o's post

setujus:@
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2008 12:18 AM | Show all posts
Pantai PD dipenuhi ulat
Oleh Nor Aziah Othman



PORT DICKSON: Sikap pihak berkuasa tempatan (PBT) yang tidak prihatin dengan sistem perparitan di Dataran Sri Kemang, di sini, bukan saja menyebabkan kawasan percutian itu berbau busuk malah terdapat banyak ulat bersepah di tepi pantai sekitar kawasan itu.


Ulat itu jelas kelihatan apabila air laut surut dan kelihatan amat menjijikkan sehingga menjejaskan pemandangan pantai peranginan yang menjadi tumpuan pelancong itu.

Tinjauan kami mendapati keadaan perparitan tersumbat dengan pembuangan sampah ke dalam longkang menjadikan aliran air tersekat sehingga menimbulkan bau meloyakan kepada pengunjung yang berkelah.

Lebih mengejutkan, tinjauan juga mendapati di sekitar paip saluran yang dialirkan ke laut itu terdapat ulat.

Sehubungan itu, PBT disaran mengkaji sistem pembetungan yang ada kepada lebih selamat dan terjamin kebersihannya.


Sistem sedia ada dilihat hanya memasang jeriji di bahagian akhir pembetungan dan membiarkan air kotor dan berminyak dari gerai makanan berhampiran mengalir terus ke laut.

Selain itu, penyelenggaraan hanya dilihat umpama 憁elepaskan batuk di tangga
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2008 12:34 AM | Show all posts
Engkau ni kan,..... asal bukak thread je.....
jangan suruh org itu... jgn suruh org ini....
hari tu jgn suruh m'sian masuk s'pore...
sekarang..., jgn suruh pegi PD....
hmm... agak-agak.... kat mana dlaam dunia yg ko rasa m'sian patut pegi....
Originally posted by dexa at 3-5-2008 12:18 AM
nampaknya nak berkelah  dan mandi manda - tak payah la pergi
ke PD.. nanti bawa penyakit pula  - kulit gatal2 .. sebab air dah kotor tu -
PORT DICKSON: Sikap pihak berkuasa tempatan (PBT) yang tidak prihatin dengan sistem perparitan di Dataran Sri Kemang, di sini, bukan saja men ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2008 06:57 AM | Show all posts
Sikap punca bandar raya kotor

KOTA KINABALU 3 Mei - Sikap membuang sampah di merata-rata tempat merupakan penyumbang utama masalah kebersihan bukan sahaja di bandar raya Kota Kinabalu tetapi juga di semua kawasan di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, bagi menangani masalah itu, semua pihak perlu berganding bahu menjayakan kempen besar-besaran Anti Kutu Sampah yang dijalankan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

''Usaha DBKK ini amat bertepatan. Ia perlu dijadikan contoh oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri sebagai langkah meningkatkan tahap kebersihan di kawasan masing-masing," katanya.

Beliau berucap pada majlis pelancaran Bersenam Sambil Berkempen Anti Kutu Sampah anjuran DBKK di Padang Merdeka, Kota Kinabalu di sini hari ini.

Masidi berkata, hanya persekitaran yang bersih dan kondusif sesuai untuk aktiviti pelancongan.

Beliau turut mengingatkan masyarakat supaya mengamalkan budaya kebersihan dalam kehidupan seharian.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

tak ramai rakyat yang akan stop bila ternampak sampah merata... malah
ramai lagi yang tak ada rasa segan pilu membuang sampah sama ada dari
dalam kenderaan atau waktu berjalan kaki... bila sikap negative begini
tidak diubah maka sampai bila2 lah.. kebersihan tidak dapat dicapai -
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 06:09 AM | Show all posts
Penduduk tunjuk perasaan
Oleh A. JAILANI ABDULLAH



BANTAH.... Penduduk beberapa kampung dan taman perumahan
di Sungai Kertas, Selayang mengadakan tunjuk perasaan untuk
meminta kerajaan negeri menutup tapak pelupusan sampah haram
di kawasan itu, semalam.


SELAYANG 4 Mei
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 06:19 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 5-5-2008 06:09 AM
Penduduk tunjuk perasaan
Oleh A. JAILANI ABDULLAH


http://www.utusan.com.my/pix/2008/0505/Utusan_Malaysia/Kota/wk_03.1.jpg
BANTAH.... Penduduk beberapa kampung dan taman perumahan
di Sung ...


aku rasa dah kuar tv last year...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 06:40 AM | Show all posts
dulu ade india maen pancot je pas berhadas kecil... dah tu bukan nak flush... yuck
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2008 10:20 PM | Show all posts
Penduduk muak hidu sampah
Oleh Umi Nadirah Abdul Rahman


TINJAU: Liu (kiri) berbincang dengan Amiruddin
(tengah) mengenai masalah dihadapi penduduk
sekitar Gombak, Selayang dan Batu Caves.



50,000 penghuni sekitar Gombak, Selayang dan Batu Caves minta pihak berkuasa atasi masalah berlarutan dua tahun


SELAYANG: Apabila membangkitkan persoalan mengenai sampah, pelbagai reaksi yang diterima. Ada yang hanya ketawa sinis mungkin kerana malas untuk memperkatakannya, ada yang menggelengkan kepala mungkin kerana bosan dan ada pula yang menunjukkan mimik muka seperti ingin muntah kerana loya dengan sikap pihak berkenaan.


Walau apa pun reaksi yang diberikan, masalah sampah seakan-akan sudah mendarah daging, malah semakin lama semakin menjadi-jadi sehingga menimbulkan pelbagai reaksi kepada mereka yang menghadapinya.

Itulah yang dialami kira-kira 50,000 penduduk di beberapa taman perumahan dan perkampungan sekitar Gombak, Selayang dan Batu Caves yang mengalami keadaan dan persekitaran yang sungguh menyakitkan mata serta menyesakkan nafas akibat aktiviti pembuangan sampah secara haram di kawasan mereka yang berlarutan sejak lebih dua tahun lalu.

Kemuncak kepada kemarahan penduduk ialah apabila mereka mengadakan bantahan secara aman Ahad lalu, bermula di padang bola Taman Pinggiran Batu Caves dan kemudiannya bergerak beramai-ramai ke tempat pembuangan sampah yang terletak hanya kira-kira 200 meter dari kawasan perumahan itu
.

Kegiatan pembuangan sampah secara haram di kawasan atas bukit seluas empat padang bola di Kampung Sungai Kertas, Batu Caves itu turut mendapat perhatian Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu yang turut bersama lebih 1,000 penduduk mengadakan bantahan.

Pelbagai tulisan pada kain rentang dan sepanduk memperjelaskan kemarahan mereka yang sudah tidak tahan dengan keadaan itu.

Riak wajah penduduk yang marah dan kecewa jelas terpancar apabila kesemua mereka menyatakan masalah ini sudah banyak kali disuarakan kepada pihak berkuasa tempatan, tetapi jawapan diterima umpama mencurahkan air ke daun keladi.


Tinjauan kami mendapati, dari kawasan perumahan itu jelas kelihatan beberapa lori keluar masuk mengangkut pelbagai jenis sampah tanpa menghiraukan keselesaan penduduk berhampiran.

Malah kehadiran orang ramai yang mengadakan bantahan seperti tidak memberi kesan kepada mereka dengan terus melakukannya, walaupun menyedari aktiviti itu sedang diperhatikan.

Menghampiri tempat pembuangan sampah itu, bau busuk yang sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata mula menusuk hidung dengan beberapa longgokan sampah yang bertimbun di kawasan berkenaan cukup menyakitkan mata.

Ronnie ketika ditemui berkata, Kerajaan Negeri akan mengarahkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membina penghadang kekal bagi menghalang dan menyekat aktiviti haram itu yang didakwa penduduk aktif dijalankan pada waktu malam.

"Penghadang kekal itu akan dibina dalam masa tujuh hari piket diadakan dan beberapa pegawai penguat kuasa MPS akan ditempatkan di kawasan itu 24 jam sehingga notis menghentikan aktiviti haram itu dikeluarkan," katanya.

Turut sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amirudin Shari dan pegawai MPS.

Ronnie berkata, pihaknya akan mengarahkan Pejabat Tanah untuk merampas tanah berkenaan kerana kesalahan menyalahgunakan kawasan itu yang sepatutnya digunakan untuk aktiviti pertanian.

Beliau juga katanya, akan berbincang dengan Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong untuk meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengkaji dan melakukan pemulihan ke atas tanah dan kolam di atas bukit terbabit kerana dikhuatiri mengandungi sisa toksik dan kimia.

"Selain mengesyaki terdapat sisa toksik dan kimia, kami juga mengesyaki mungkin wujud unsur perlakuan rasuah dan pembabitan pekerja asing yang bekerja di kawasan ini. Justeru, penduduk disaran supaya membuat laporan polis berhubung dakwaan ini," katanya.

Sementara itu, wakil penduduk Taman Pinggiran Batu Caves, Mohd Suffian Mohd Noor, 39, berkata penduduk sudah tidak dapat bertolak ansur lagi dengan masalah bau busuk yang mengganggu kehidupan seharian mereka sejak dua tahun lalu.

"Hampir setiap hari lebih berpuluh-puluh lori mengangkut pelbagai jenis sampah antaranya bahan binaan, sampah domestik, najis dan kemungkinan sisa toksik dan kimia berdasarkan air yang turun dari kawasan berkenaan berwarna hitam dan mengeluarkan bau yang amat busuk," katanya.

Seorang lagi penduduk, Maslina Abdul Fuad, 42, berkata masalah bau busuk itu menjadi-jadi terutama pada waktu pagi, waktu senja dan selepas hujan. Ia juga turut mengakibatkan masalah kulit berlaku terutama kepada kanak-kanak.

"Bila cuaca agak sejuk, bau busuk itu dapat dihidu dengan kuat sekali, terutama pada waktu pagi, selepas Maghrib dan selepas hujan. Ia amat mengganggu kehidupan kami.

"Malah, apa yang lebih teruk, kanak-kanak turut mengalami masalah kulit yang berkemungkinan daripada persekitaran kotor di kawasan kami. Mangga kunci di rumah kami juga bertukar menjadi warna kebiru-biruan," katanya.

Seorang lagi penduduk, Ghazali Othman, 47, berkata masalah bau busuk itu turut menjejaskan pembelajaran lebih 1,500 murid di dua sekolah di kawasan itu ekoran pencemaran bau yang melampau.

"Murid di sekolah bukan saja tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran mereka, malah bau terbabit turut melekat pada pakaian yang dijemur dan ini betul-betul mengganggu kehidupan kami.


"Kami berharap agar masalah ini dapat diatasi dengan segera kerana ia bukan saja mencemarkan udara, tetapi juga turut menjejaskan kesihatan kami di sini," katanya.


--------------------------------------------------------------------------------------------------

tak leh nak imagine.. dah tahan sangat sampai 2 tahun.. terpaksa bear
with this kind of pollution -- now that PR dah ambil alih negeri -- hopefully
something is going to be done - asap!! -- dan saya percaya it will --

harap penduduk selayang batu caves tu bersabar sikit aje lagi  and yang penting
tindakan akan diambil dengan segera dalam menangani masalah ini -
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2008 10:23 PM | Show all posts
biasanya orang yg pembersih ni kena tuduh skema
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2008 10:24 PM | Show all posts

Reply #117 dexa's post

ni ke yg keluar dlm news NTV7 td?...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 10:02 AM | Show all posts
Sampah cemari Taman Negara
UTUSAN MALAYSIA


LONGGOKAN sampah-sarap mencemarkan pemandangan berdekatan jalan raya
ke Taman Negara Kuala Tahan di Felda Padang Piol, Jerantut.


JERANTUT 12 Mei - Imej Taman Negara Kuala Tahan dekat sini terjejas apabila sebuah tapak pelupusan sampah haram wujud di laluan utama ke destinasi pelancongan itu di Felda Padang Piol, kira-kira 40 kilometer dari sini.

Longgokan sampah itu dipercayai dibuang oleh pihak tertentu dari kawasan lain memandangkan tempat itu lapang dan mudah dimasuki.

Timbunan sampah tersebut dapat dilihat dengan jelas oleh para pelancong asing yang keluar masuk ke Taman Negara itu setiap hari.

Tinjauan Utusan Malaysia ke tapak pelupusan haram itu mendapati longgokan sampah itu menimbulkan bau busuk.

Pada waktu siang ia dihurung lalat manakala pada waktu malam banyak binatang liar berkeliaran di situ.

Lebih malang lagi, ada pihak cuba membakar sampah itu sehingga mengakibatkan pencemaran asap di Taman Negara.

Gejala itu mencacatkan pemandangan kawasan Felda Padang Piol yang menjadi tempat persinggahan pelancong sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Pusat Pelancongan Taman Negara di Kuala Tahan.

Seorang penduduk, Mat Johari, 46, kesal dengan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di situ.

Katanya, masih ada banyak kawasan kosong lain yang jauh dari jalan raya boleh dijadikan tapak pelupusan.

Mat berkata, pihak pengurusan Felda sepatutnya menyediakan tempat pelupusan sampah yang jauh dari jalan raya untuk mengelakkan gangguan pencemaran dan pandangan orang ramai.

"Sampah sudah mula ditimbunkan di sini sejak tiga bulan lalu. Dulu, tempat ini menjadi longgokan kayu balak sebelum diangkut ke kilang," katanya.

Menurut Mat, longgokan sampah itu juga terletak betul-betul di hadapan jalan masuk ke perkampungan Orang Asli.

Seorang penduduk Kuala Tahan, Baba Ibrahim, 52, berkata, perbuatan membuang sampah berdekatan jalan raya ke Taman Negara memberi perspektif negatif tentang budaya kebersihan rakyat Malaysia.

" Para pelawat luar pasti akan mendapat gambaran yang tidak elok mengenai sikap kita yang mengetepikan aspek kebersihan," katanya.

Baba sendiri tidak tahu siapa yang harus dipersalahkan dalam masalah tersebut.

"Mungkin pihak pengurusan ladang sawit berdekatan memilih kawasan itu kerana tiada lokasi lain untuk dijadikan tempat pelupusan sampah.

" Perbuatan itu telah mencemarkan pemandangan kawasan berkenaan," ujarnya.

Seorang penduduk Orang Asli, Mat a/l Semeh, 46, berkata, kawasan itu tidak sewajarnya dijadikan tapak pelupusan sampah kerana ia merupakan laluan yang sibuk dengan kenderaan pelancong ke Taman Negara selain menjadi jalan masuk ke perkampungan Orang Asli.

Tegasnya, semua pihak mesti bertanggungjawab menangani masalah itu. "Kegagalan mengatasi isu tersebut dengan segera akan menyebabkan imej Taman Negara terus tercemar," kata beliau.

Sementara itu, seorang pelancong dari Denmark, Sammi Haddad, 60, berkata, kawasan di sepanjang jalan ke Taman Negara perlu bersih dan sentiasa hijau dengan tumbuh-tumbuhan.

Beliau kesal kerana keindahan Taman Negara Pahang itu kini dicacatkan dengan ingatan para pelancong kepada longgokan sampah sarap di Felda Padang Piol.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.076344 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list