|
Engku Damit membawa mereka ke kaki sebuah bukit kecil dan terus masuk ke dalam dinding batu di hadapan mereka diikuti oleh anak-anaknya meninggalkan Hadi terpinga-pinga di luar. Seketika kemudian, Engku Damit muncul keseorangn sambil tersenyum. Itulah senyuman pertamanya yang pernah dilihat Hadi.
tersenyum sy baca part tu..pandai tu pokcik masukkan unsur lawak dlm seram..teruskan usaha...![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
menjejakkan kaki 1st taim ke umah ni
karang cat baca balik dr page 1 k |
|
|
|
|
|
|
|
Engku Damit membawa mereka ke kaki sebuah bukit kecil dan terus masuk ke dalam dinding batu di hadapan mereka diikuti oleh anak-anaknya meninggalkan Hadi terpinga-pinga di luar. Seketika kemudian, Eng ...
yt79 Post at 23-12-2009 18:08 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Keno ado gak takut boringkan oghang ![](static/image/smiley/grapeman/19.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
menjejakkan kaki 1st taim ke umah ni
karang cat baca balik dr page 1 k
catstitch Post at 23-12-2009 18:33 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Oghang Johor dah masukkkk....silo oii silokannn![](static/image/smiley/grapeman/19.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Hadi tersenyum gelihati. Dia mengekori Engku Damit ke arah kanan bukit itu sehingga tiba ke sebuah busut yang agak besar. Terdapat banyak juga pokok kemuning wangi dan belimbing pantai di sekitarnya. Bau wangi bunga kemuning menusuk hidung anak muda itu. Engku Damit menolak rimbunan pokok-pokok belimbing pantai dan kelihatanlah sebuah lubang yang cukup untuk meloloskan seorang lelaki dewasa tetapi dengan cara merangkak masuk. Engku Damit masuk dahulu diikuti Hadi. Pokok-pokok belimbing pantai kembali bertaup di belakang mereka. Pergerakan dengan merangkak memang agak sukar tetapi lantai berpasir dan kedinginan daripada batu-batu gua itu membantu mengurangkan kelesuan. Seketika kemudian, mereka tiba di sebuah ruang yang agak luas dan membolehkan mereka berdiri. Engku Anggun, Engku Tumiran dan Engku Budin telah sedia berada di situ. Mereka sedang sibuk memperasapkan keris masing-masing. Mereka kelihatan begitu khusuk dengan pekerjaan mereka. Inilah kali pertama Hadi melihat mereka begitu serius sekali. Hadi kagum melihat keris-keris itu mengeluarkan cahaya keemasan yang terang sekali sehinggalah ia kembali disarung .
“Keris-keris itu adalah kembar mereka masing-masing yang hadir ketika mereka diperanakkan.” Jelas Engku Damit sambil membelai janggutnya yang telah keputihan.
“Dari mana datangnya keris-keris itu sebenarnya?” tanya Hadi dengan penuh berminat.
“Kami daripada keturunan Pendekar Adi Putera, guru Panglima Hang Tuah di tanah seberang. Setiap kali kelahiran anak lelaki, keris-keris warisan daripada Nenda Adi Putera akan muncul mengikut keserasian masing-masing.” Jelas Engku Damit dengan wajah bangga.
“Wah, ada kesinambungan turun-temurun pulak! Hebat betul ni!” kata hati Hadi.
“Maafkan ayahnda tetapi kamu tak nampak seperti Melayu tulin. Benar begitu?” tanya Engku Damit.
“Saya berdarah Pakistan, Aceh dan Jawa. Macam rojaklah.” Kata Hadi sambil tersenyum sambil duduk memerhatikan anak-anak muda yang sibuk dengan senjata-senjata mereka.
“Daripada firasat ayahndalah, kamu ini berdarah Raja Majapahit, benarkah begitu?”
“Kalau mengikut cerita bapa saya, ada kena mengena dengan Damar Wulan , begitulah tetapi daripada titidan darah nenek saya.”jawab Hadi. Dia teringat kepada mimpinya yang agak aneh suatu ketika dulu. Hadi bermimpi berdiri di tepi sebuah tasik kecil yang indah sekali. Telinganya menangkap bunyi seperti gadis-gadis sedang bermandian tidak jauh daripadanya dan hanya dilindungi oleh rimbunan buluh berhampiran. Dia lantas menjenguk di sebalik rimbunan itu dan terlihat beberapa gadis cantik sedang riuh bermadian. Segera Hadi menoleh ke belakang, seperti malu dengan perbuatannya mengendap itu. Entah mengapa dia berpaling dan merenung ke seberang tasik kecil itu dan kelihatan seorang lelaki yang tampan dalam pakaian Raja besar dahulu kala sedang tersenyum memandangnya.
'Kamu tidak kenal aku siapa? Akulah kakekmu....Damar Wulan.." kata lelaki itu dan Hadi lantas terjaga dari tidurnya.
Damar Wulan...tokoh lagenda Majapahit..... |
|
|
|
|
|
|
|
salam pokcik merah ku,
pu3 kembali setelah membaca setiap perisai cerita itu..
sungguh menyelubungi minda juga perasaan pu3..
seolah2 tenaga persilatan muncul disebalik penceritaan ini..
pu3 harap ade lagi sambungan selepas ni...thniah |
|
|
|
|
|
|
|
salam pokcik merah ku,
pu3 kembali setelah membaca setiap perisai cerita itu..
sungguh menyelubungi minda juga perasaan pu3..
seolah2 tenaga persilatan muncul disebalik penceritaan ini..
pu3 har ...
pu3_fiona Post at 24-12-2009 12:38 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
TQ. Keep on bagi semangat kek pokcik yo...Semangat silat ok tapi jangan carik pasai ngan oghang lain dah le ![](static/image/smiley/grapeman/19.gif)
Ekau baghu 23, mudo bona laie...tuntutlah ilmu bermanfaat dan jangan lupo asal usul he he. |
|
|
|
|
|
|
|
ala..mana sambungannya...tgh best2 baca ni...huhu |
|
|
|
|
|
|
|
“Kenapa ayahnda, ada apa-apa keistimewaan ke?” tanya Hadi mengusik kononnya.
“Sudah tentu. Kamu sendiri tahu ada kewujudan yang sentiasa bersama-sama kamu sejak lahir. Sekarangpun mereka berada bersama-sama kita kan?”
Hadi tidak terus menjawab.
“Mata hati Pak Engku ni hebat juga.” Fikirnya. Memang Hadi menyedari ada beberapa makhluk yang sentiasa bersamanya di mana sahaja dia berada. Menurut bapanya, mereka adalah Rijalul-rijalul Ghaib atau ‘lelaki-lelaki terpilih’ yang pernah hidup di mukabumi ini dan diizinkan Tuhan untuk roh-roh mereka terus berbakti kepada manusia. Sudah tentu mereka adalah daripada golongan yang beriman teguh dan warak tetapi Hadi faham bahawa segala pertolongan adalah daripada Allah jua semata-mata.
Hadi pernah berkomunikasi dengan mereka dan mengetahui nama-nama dan tempat asal mereka. Sheikh Abdullah datangnya dari Maghribi, Sheikh Khairunnisa’ daripada Madinah dan Kiyai Taslim daripada kerajaan Majapahit. Benar, kerajaan Majapahit adalah kerajaan Hindu lama tetapi ada penduduknya yang mengamalkan pegangan Tauhid, lama sebelum datangnya Islam ke Nusantara. Mereka percaya ada satu Tuhan sahaja yang mesti disembah. Di alam Baqa, mereka telah bertemu dengan Islam sebenarnya. Wallahualambissawab, itulah yang diberitahu orang-orang dahulu. Sebagai pengetahuan, bukan untuk dipercayai bulat-bulat.
“Mereka datang sendiri, tidak dijemput dan tidak ditolak. Saya pun tak tahu mengapa mereka ikut saya. Cuma kadangkala mereka turut membantu dalam banyak hal. Alhamdulillah.”
Engku Damit tersenyum penuh erti.
“Izinkan saya bersemadi sekejap ayahnda,” pinta Hadi.
“Silakan anaknda,” kata Engku Damit. Dia juga turut mencari sebuah sudut dan duduk bertafakur sepertimana Hadi.
Hadi merenung jauh ke seluruh Pulau Semberani itu melalui pancaran mata hatinya. Pemandangannya seperti yang dilihat seekor burung. Secara tiba-tiba Hadi terasa kedinginan yang teramat. Ketika itu juga dia terlihat berbagai makhluk muncul di sepanjang pantai timur pulau itu dan di bekas perkampungan yang musnah itu. Makhluk yang berbagai rupa itu bergerak ke sana sini dan ada yang terbang sambil mengilai-ngilai. Berbagai rupa yang dilihatnya. Ada yang bertanduk, ada yang rupanya seperti keldai berbadan manusia, ada yang berkepala manusia dan berbadan seperti harimau, ada yang tidak berwajah dengan rambut panjang mengurai dan bermacam-macam rupa lagi. Hadi meninjau-ninjau lagi tetapi kabus hijau masih tidak kelihatan.
“Tentera jin-jin itu dah ada di pulau ini.” Kata Hadi. |
|
|
|
|
|
|
|
“Tentera jin-jin itu dah ada di pulau ini.” Kata Hadi.
huh suspen dah nii...huhu :@ |
|
|
|
|
|
|
|
“Mari kita hancurkan mereka,” kata Engku Damit sambil menghunus kerisnya, Ayam Berlaga Saktimuna. Urat-urat tangannya timbul jelas membayangkan kemarahannya yang tidak terperi. Entah kenapa ketika itu, Engku Damit kelihatan lebih sasa dan lebih muda pada pandangan Hadi.
“Sabar Ayahnda. Lebih baik tunggu sehingga jin-jin itu tiba. Mungkin ini juga adalah umpan mereka. Mungkin juga mereka telah tahu kedatangan kita.” Ujar Hadi sambil menepuk tanah berpasir itu dan menulis sesuatu di atasnya, gerak jurus halimunan sebagai ikhtiar menutup gua itu daripada pandangan makhluk-makhluk syaitan yang sedang berpesta. Kemudian matanya dipejamkan seketika buat menghening sukma. Hadi menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Rasanya jin bertiga itu telah tahu kedatangan kita dan sengaja menghantar bala tentera mereka untuk memusnahkan kita,” kata Hadi lagi.
“Apa ikhtiar kita, anaknda?” tanya Engku Damit. Wajahnya sedikit resah.
“Nampaknya terpaksalah kita menyambut gayungnya,” jawab Hadi perlahan. Hadi merangkak keluar melalui lubang yang dilaluinya tadi sementara keempat-empat beranak itu terus keluar melalui tembok batu. Mereka bertemu di luar dan Hadi mencadangkan mereka menuju ke bekas perkampungan itu. Di telinga mereka, berbagai bunyi yang mengerikan terdengar membingitkan suasana sedangkan ketika itu waktu masih awal, belumpun Asar lagi. Gerak hati Hadi berkata mereka sedang diperhatikan oleh banyak pasang mata, Langkahan tetap diteruskan. Segala pancaindera difokuskan. Mata mereka liar memerhatikan sekeliling dan bersedia dengan senjata terhunus kecuali Hadi. Hadi telah siap membuat pagar diri buat kesemua mereka andaikata diserang hendap secara halus. Jantungnya berdegup kuat kerana dia tahu ini adalah episod hidup dan mati. Walau apapun Hadi yakin yang hak akan menang dan yang bathil akan hancur! |
|
|
|
|
|
|
|
Hari ni manyak koje, nanti pokcik updatekan I.Allah.![](static/image/smiley/grapeman/12.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Walau apapun Hadi yakin yang hak akan menang dan yang bathil akan hancur!
sungguh mndebarkan...Hak akan menang...Bathil akan hancur![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
SERANGAN
Setibanya mereka di bekas perkampungan yang pernah bermandikan darah itu, segala bunyi-bunyi yang sentiasa mengiringi perjalanan mereka tadi hilang sebegitu sahaja. Bunyi nafas Hadi yang sedikit termengah jelas kedengaran. Tiada kelihatan sebarang makhluk berkeliaran di situ. Kesunyian yang meresahkan. Malah masa pun dirasa seakan terhenti.
“Jangan tertipu, mereka ada di sekitar kawasan ini.” Kata Hadi. Segala pancainderanya ditumpukan kepada dimensi puaka-puaka itu. Hadi dapat merasakan getaran yang hebat disekeliling mereka.
“Berhati-hati, apa-apa sahaja boleh terjadi.” Pesan Hadi. Mereka berehat di tempat bermalam Hadi sebelum itu .
Belum sempat mereka menenangkan diri, Engku Budin tiba-tiba bingkas bangun melangkah menuju ke rimbunan pokok pisang berdekatan.
“Anaknda Budin, ke mana kamu?” tanya ayahndanya.
“Budin!” tempik Engku Damit buat kesekian kalinya.
Engku Budin melangkah terus tanpa sebarang jawapan. Hadi dapat melihat Engku Budin tidak menjejak tanah dan sebelum sempat mereka berbuat apa-apa, tiba-tiba Engku Budin seperti melayang masuk dengan pantas ke dalam rimbunan pisang itu dan terus hilang dari pandangan.
Mereka berempat terus bingkas bangun menuju ke pepohonan pisang itu. Puas mereka mencari tetapi tidak berjumpa di celahan rimbunan pisang hutan itu dan di sekitarnya.
“Ayahnda, rasanya Engku Budin telah dibawa masuk ke dimensi lain.” Kata Hadi perlahan.
“Apa yang perlu dilakukan sekarang anaknda?” tanya Engku Damit penuh kerisauan. Peluh merenek laju di dahinya.
“Bertenang ayahnda, biar saya tengok dulu.” Ujar Hadi sambil menarik tangan Engku Damit kembali menuju ke tempat rehat mereka diikuti Engku Tumiran dan Engku Anggun. Suasana tegang ditambah keheningan teramat memang mengujakan sebarang hati walau yang sekeras waja sekalipun.
Hadi kemudiannya melakukan semadi. Di dalam kalbunya, Engku Budin kelihatan terkurung di dalam sebuah sangkar dan dikelilingi beberapa ekor hantu pari yang ganas menjelirkan lidah mereka seperti kelaparan. Engku Budin masih di dalam keadaan tidak sedarkan dirinya walaupun beberapa kali diseru Hadi. |
|
|
|
|
|
|
|
huh suspennn lagi2 ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf ari ni mgkin tak sompek update.....![](static/image/smiley/grapeman/20.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
waaaaa...sambungan sambungannn![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
“Engku Budin masih selamat ayahnda. Saya akan cuba masuk ke dimensi itu. Pohon ayahnda dan Engku-Engku sekelian jaga tubuh anaknda sementara anaknda berada di dalam dimensi itu.” Sememangya jasad yang ditinggalkan perlu dipagar dahulu agar tidak diganggu oleh kuasa jahat. Kaedah perjalanan roh ini sangat berbahaya dan hanya ada peristiwa roh tidak dapat pulang ke jasad.
Setelah membuat pagaran ghaib di sekeliling pokok itu, Hadi duduk bersandar di pangkalnya dalam posisi tafakur. Engku Damit dan putera-puteranya mengawal di sekeliling jasad Hadi. Seketika kemudian Hadi telah berada di sebuah tempat yang kelihatannya seperti di bawah tanah. Dia disinari oleh cahaya kuning lembut yang entah daripada mana datangnya. Terdapat beberapa lubang besar di hadapannya. Hadi berjalan perlahan-lahan mengikut firasatnya melalui lubang di kanan sekali. Angin yang agak kuat bertiup di dalam lubang itu. Hadi terhidu bau yang memual dan memeritkan lubang hidungnya.
“Bau apa pula ni, seperti bau bangkai reput saja,” fikirnya. Hadi berhati-hati melangkah. Tanah yang dipijaknya semakin licin dengan sejenis pekatan lendir yang berbau. Wananya merah kehitaman.
“Ishh.., ini darah ni, dari mana pula datangnya?”
Geli geleman pula rasa hati Hadi tetapi demi sebuah perjuangan, dikuatkan tekadnya. |
|
|
|
|
|
|
|
seronok bebeno baca catatan pakcik yg tak merapu nie, mmg real....
teruskan pakcik kayo, teruskan....:pompom::pompom: |
|
|
|
|
|
|
| |
|