CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sakura_ungu

Dia dan Satu Impian

 Close [Copy link]
Post time 31-3-2010 10:27 AM | Show all posts
Keluarga Zulfadli nak cari yg sekufu kut......sbb tu cari pilehan mereka.
Syifa anak yatim piatu x tau asal usul....
Fitrah manusia @ org kita hu hu hu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2010 11:50 AM | Show all posts
101# qimi08


yelah kak... kalau bole nak cari yg baik2 dikalangan keturunan baik2...
mcm la yg tak de ibubapa tu (yatim piatu) tak baik...
silap2 sejuta kali baik dari yg ada parents....
sbb dia lebih sedar diri .....

baru abis baca... berhari2 menapak sini....
sibuk kat umah sembang main masak2

sakura.... next..next..next...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2010 12:48 PM | Show all posts
102# Jaza2008 sibuk kat umah sembang main masak2

kelakar ayat jaza ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2010 01:07 PM | Show all posts
ye lah.. anak2 yatim n terbuang ni mana la ada salahnya.. yg salah mak bapak diorg..

xpe sakura, teruskan ye..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2010 02:58 PM | Show all posts
best citer ni... dah lama tak masuk forum tetiba lak ada citer baru .  mmg best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2010 09:45 AM | Show all posts
Wafiyyah termangu di bangku batu berhadapan bangunan kuliahnya. Matanya meliar memandang pelusuk dataran Queen's Law yang luas saujana mata memandang, diapit oleh beberapa bangunan kuliah termasuk bangunan kuliahnya. Kelihatan beberapa pelajar Imperial College lepak di satu sudut dataran, berbual dan ketawa dengan kuatnya. Jam ditangan dipandang untuk kali keberapa. Pukul 10.00 pagi.

Sudah setengah jam dia tercongok di situ, menanti seseorang namun kelibatnya langsung tak kelihatan. Aduh Maya!dengusnya agak geram. Program suai kenal dan usrah bersama senior akan bermula dalam tempoh sejam lagi. Mana pergi minah ni? gerutunya dalam hati lantas dia bingkas. Perjalanannya ke Malaysian Hall pun mengambil masa lebih kurang sejam. Dia perlu cepat. Duduk di London banyak mengajarnya erti menghargai masa dan ketepatan waktu. Maaf Maya, bisik hatinya. Aku perlu pergi. Dihayun kakinya menghala keluar dari dataran Queen's Law menuju ke MSD.

Program suai kenal itu sepatutnya diadakan pada hari Rabu minggu lepas tetapi kerana beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, program berkenaan ditunda ke hari ini, Sabtu. Mujur juga Sabtu, jadualnya kosong. Tetapi Maya, teman serumahnya pula ada kelas dalam makmal selama sejam setengah, bermula dari jam 8.00 pagi tadi, dan sepatutnya tamat 9.30 tadi. Dek kerana mengenangkan Maya yang agak sukar mengingati jalan ke Malaysian Hall dari Imperial, maka dia memutuskan untuk pergi bersama-sama dengan teman serumahnya itu. Namun bayangan Maya langsung tak kelihatan. Rasa bengang dan geram bercambah subur dalam dirinya saat itu, namun sejenak dia beristighfar. Mungkin kelasnya dilanjutkan lebih masa, dan Maya tidak dapat memaklumkan kepadanya. Agak sukar bagi mereka berdua untuk berhubung kerana tiada handphone. Loan semester ini banyak dihabiskan pada yuran dan buku. Next loan lambat lagi.

Dia melangkah laju merentas jalan batu disepanjang Bayswater, sesekali berselisih dengan warga London yang berbasikal dan ada yang berjalan kaki. Jalan agak sepi, mungkin kerana cuti hujung minggu. Ramai yang lebih selesa berehat di rumah.  Dia sendiri sudah mula biasa dengan keadaan itu. Seminggu lebih di London mengajarnya pelbagai perkara. Syukur, itu hikmahnya duduk di tempat asing. Langkahnya dihayun semakin pantas, merentasi Westbourne Park, tempat Aqielah dan beberapa orang teman sekelasnya menginap. Kawasan itu jauh lebih luas berbanding tempat tinggalnya. Luas dari segi jalan dan tempat persiaran laluan jalan kaki. Sesekali angin dingin meniup, menyebabkan dia mengigil sejenak. Nyata cardigan hijau tua yang menyaluti tubuhnya belum mampu memanaskan tubuhnya. Musim dingin semakin menapak tiba nampaknya, dan warga London nyata sudah bersedia untuk menghadapinya apabila dia terpandang banyak kedai sepanjang Bayswater mula menjual aksesori dan pakaian musim sejuk. Wah...musim sejuk pertama dalam hidupnya, desis hati agak girang. Berpeluang juga dia merasai salji nanti. Pohon maple yang semakin membotak, meluruhkan seluruh daun kuning, menghiasi sepanjang jalan. Sungguh indah panorama itu seperti di dalam lukisan.

Hampir 40 minit dia menapak, keletihan mula menguasai diri. Termengah seketika dirinya tatkala membelok ke kanan, menyusuri jalan-jalan kecil di Chilworth sehingga ke Cleveland. Orang agak ramai di sini, dengan kerenah tersendiri, menghabiskan masa di Queen's Garden yang terletak di sebelah kanannya. Selang dua taman lagi, dia akan sampai ke Malaysian Hall. Langkahnya semakin pantas, dia tiba di Leinster Garden. Sepi sahaja di sini, tidak kelihatan kelibat seorang manusia pun. Rumah-rumah batu di sini agak unik, seperti rekaan rumah lama namun semuanya sepi membeku seperti dilanda ribut.

"Hai sweetheart!"

Dia terkejut mendengar suara garau menyapanya. Belum sempat dia menoleh ke belakang, terasa tangan kasar menolaknya ke tepi dan dia tak dapat mengimbang dirinya lalu jatuh terlentang, kepalanya terhantuk pada tembok batu di sebelah kanannya. Sakitnya, hanya Allah yang tahu. Pandangannya berpinar, dan nafasnya terasa sesak seketika. Perasaan takut mula berkembang dalam dirinya dan dia cuba bangun, memandang siapa yang menolak dirinya. Dalam kekaburan itu, terasa olehnya tangan kasar yang sama menyentap beg sandang belakang dengan ganas sekali dan mulutnya ditekup. Ya Allah! Dia meronta kuat, tetapi tangannya pula disentap dan dipulas ke belakang. Terasa tegang seluruh urat sarafnya dan dia berpusing, berjaya menolak tangan yang menekup mulutnya lantas menjerit sekuat hati. "Tolonggggg!!"

"Damn it!"
Pang!
Wajahnya ditampar dengan kuat, dan pandangannya berpinar-pinar. Pening rasanya dan matanya mula bergenang. Lutut mengigil kuat tatkala dia merasakan tubuhnya diseret. Ya Allah! Lindungilah hamba-Mu ini. Bantulah aku Ya Allah...

"Hoiiii!"
Jeritan kuat dari seseorang bergema di sekitar Leinster. Serentak dengan itu, dia merasakan tubuhnya ditolak lagi dan dia tertiarap mencium jalan batu. Kedengaran bunyi derap kaki berlari meninggalkan dirinya sambil suara menyumpah dalam bahasa Inggeris pekat. Namun dia tak berdaya hendak melihat siapa yang memperlakukan dirinya sedemikian rupa. Sakit seluruh tubuhnya seakan-akan dilanggar kereta dengan kadar kelajuan 100km sejam. Perlahan dia cuba bangun, namun gagal. Terasa sesuatu yang dingin melekit di bibirnya.

"Cik...cik...ok ker?" Suara lelaki berkumandang, serta-merta menegakkan seluruh bulu roma badannya dan dia pantas merangkak ke belakang. Takut menguasai diri, jika lelaki tadi kembali datang dan menyeretnya lagi. Apakan dia hendak melawan, kudrat seorang wanita yang tak seberapa.

"Cik...jangan risau. Cik selamat,"

Dia berhenti merangkak,lantas menoleh. Pandangannya agak kabur, namun dia cuba mengecam siapa yang bersuara. Dua orang lelaki berdiri di hadapannya dengan wajah risau. Dari gayanya, seperti orang Malaysia. Ah...memang orang Malaysia kerana mereka berbahasa Melayu! Untuk seketika dia terkesima, cuba menenangkan diri dan mengingat apa yang terjadi sebentar tadi. Ya Allah...seketika kemudian bibirnya bergetar, dan matanya bergenang. Air mata jatuh membasahi pipi. Lemah seketika rasanya dan sesaat kemudian, tanpa dapat ditahan, dia menangis.

"Dia okey ke Zaf?" kedengaran suara lelaki kedua, bunyinya agak risau.
"Okey kot. Mulut dia berdarah tu," lelaki yang dipanggil Zaf menjawab, juga risau. "Kita bawa dia ke MSD, Fuad,"
"Aku rasa dia memang nak ke sana ni. Agaknya ni student baru kot,"

Dia tidak mengendahkan perbualan mereka, hanya rasa takut menguasai dirinya kini. Syukur perlahan-lahan bercambah dalam hati, syukur kepada Allah kerana menyelamatkannya dari perkara yang tidak diingini. Dia ingin berterima kasih kepada dua lelaki itu, tetapi tidak berdaya. Dia hanya mampu menangis ketika ini, melepaskan segala rasa takut dalam diri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2010 09:58 AM | Show all posts
Wafiyyah - Alhamdullillah selamat... ALLAH MAHA BESAR...

Akak pule klu jenjalan kat area tu memanjang je peminta sedekah minta duit yg minta tu bkn org tempatan org turki or pakistan  perempuan pule tu cantik2 pakaian pun okeh.. nak duit besar je ..memang x berani jln sorang2..... dah lah mat saleh tu semua besar nak pule time winter klu mereka sorok kita dlm winter coat pun blh ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 10:24 AM | Show all posts
Wafiyyah - Alhamdullillah selamat... ALLAH MAHA BESAR...

Akak pule klu jenjalan kat area tu memanjang je peminta sedekah minta duit yg minta tu bkn org tempatan org turki or pakistan  perempuan pul ...
qimi08 Post at 1-4-2010 09:58


Salam semua,

Qimi dulu belajar kat sini ya. Mesti byk pengelaman ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2010 11:03 AM | Show all posts
Salam semua,

Qimi dulu belajar kat sini ya. Mesti byk pengelaman ni.
anieaina Post at 1-4-2010 10:24


Cite lama le aina....mungkin masa tu si sakura ni pun masih sek rendah lagiatau belum lahir lagi
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 12:52 PM | Show all posts
best sambung la panjang2 ye sakura
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 11:08 PM | Show all posts
baru mengikuti cerita ni..not bad..teruskan menulis cik sakura, jangan berhenti ye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2010 02:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by sakura_ungu at 2-4-2010 15:48

***************************************************************

“Macam mana keadaan dia kak?”
“Dah ok sikit. Tadi masa akak masuk dia tengah solat,”
“Alhamdulillah....”
“Macam mana boleh jadi macam tu?”
“Err.....”
“Zaf...ceritakan kat akak,”


Senyap seketika. Zafran dan Fuad saling berpandangan. Tidak tahu bagaimana hendak menyusun ayat. Fadhila duduk bersimpuh di hadapan dipandang silih berganti dengan kakak senior yang lain. Suasana di bilik mesyuarat itu agak riuh juga, tetapi dikelompok pelajar lain, yang berkumpul di satu sudut bilik, bercakap sesuatu. Sekelompok pelajar lelaki pula duduk di satu sudut kanan bilik, berbincang dengan serius bersama pengerusi persatuan pelajar Malaysia, Ustaz Azwan. Kumpulan mereka, Zafran dan Fuad berhadapan dengan 3 kakak senior, Fadhila, Kak Husna dan Rafidah, bersedia untuk menceritakan apa yang terjadi.

Di dalam surau kecil Malaysian Hall, Wafiyyah bersimpuh di atas sejadah, membaca surah Al-Insyirah dengan nada perlahan. Rasa syukur terjarum di hati, berkali-kali. Syukur pada-Mu Ya Allah. Air matanya menitis untuk kali keberapa. Mujur ada dua pelajar Malaysia itu. Ya...mujur ada mereka, desis hatinya lagi.

Zafran mengerling ke pintu bilik, dengan harapan terselit di hati. Dia ingin menjenguk gadis itu sebenarnya, tetapi menyedari itu bukan haknya maka dipendamkan sahaja hasrat itu. Mendengar penerangan dari Fadhila sudah cukup membuatkan dia lega. Fuad di sisi mula bercerita apa yang terjadi, dan 3 kakak senior mula berpandangan sesama sendiri sambil mengerut dahi.

“Mujur juga ikut jalan tu, sebab tube Bayswater ditutup. Jadi kami berdua naik train, berhenti kat Paddington. Memula memang nak ikut shortcut kat Cleveland tapi baru nak membelok, Zaf dengar perempuan menjerit dalam bahasa Melayu,” Fuad memandangnya dan dia mengangguk. Jeritan itu yang membuatkannya berhenti melangkah. Siapa lagi yang boleh menjerit dalam bahasa Melayu jika bukan rakyat Malaysia sendiri? Dia dan Fuad mengambil masa hampir 15 minit untuk menenangkan gadis itu, dan memujuknya ke MSD. Agak teruk juga keadaannya, dengan cardigan dan lengan baju kurungnya terkoyak, tudung pula comot, dan wajahnya kelihatan merah serta bibir berdarah. Mungkin dia dipukul sebelum diseret.

“Dah jadi balik keadaan macam ni,” suara Kak Husna memecah suasana sepi antara mereka. “Leinster tempatnya ok, ini kali pertama ada kes membabitkan pelajar kita kat area tu,”

“Rasanya lelaki tu dah follow Wafiyyah sejak dari Imperial kot,” Fadhila membetulkan duduk.

“Apa yang kita nak buat sekarang ni?” Rafidah pula bersuara. Gadis bertudung labuh dan sentiasa berjubah itu merupakan pelajar jurusan Undang-undang di Imperial College.

“Discuss dengan Ustaz Azwan,”Kak Husna selaku ketua jemaah wanita mula mengemukakan cadangan. Zafran dan Fuad sepi membeku. Antara mereka masih ada perasaan terkejut, memikirkan apa yang terjadi. Kak Husna dan Rafidah kemudiannya bingkas, menghampiri kumpulan Ustaz Azwan yang masih berbincang dengan begitu serius sekali.

“Kak Dila,”Zafran mengambil peluang itu. “Boleh saya tahu, dia pelajar mana?”
“Pelajar baru, mendaftar sekali dengan group Rizal dan Faiz. Imperial student,” Fadhila memandangnya dengan wajah tanda tanya. “Zaf tak datang ke masa hari suai kenal?”

“Tak,” dia mengeleng perlahan. Mana taknya, semasa hari suai kenal, dia bersua dengan Ainul Mardhiah untuk kali terakhir.

“Akak nak pergi jenguk dia sat,” Fadhila bingkas, meninggalkannya dan Fuad termangu. Dia memandang Fuad dan temannya itu membalas pandangannya dengan mengeleng kepala. “Tak sangka jadi perkara macam ni,”ucapnya perlahan. Dia sekadar mengangguk. Tidak tahu bagaimana hendak menjawab kata-kata Fuad.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 02:58 PM | Show all posts
kesian waffiyah
traumatic betul kena attack camtu
ingat lagi kawan akak kat US dulu kena kejar dgn black.. Pak Tam tu acah jer tp dia sampai histeria & takut keluar rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 04:10 PM | Show all posts
bestnyer....keep it up!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2010 04:13 PM | Show all posts
Bahagian 7

***************************************************************************

Wardah meletakkan pen di atas meja. Entah mengapa gundah gulana rasa hatinya. Dia terbayangkan Wafiyyah. Ya Allah, kenapa hatiku bergetar begitu hebat sekali ini?desisnya tidak selesa.

“Wardah!” Dia menoleh ke meja Haikal. Lelaki itu kelihatan segak mengenakan kemeja biru laut dipadankan dengan tali leher biru gelap, memandangnya dengan wajah serius. “Soalan semua dah sedia ke?”

“Erm...dah,” Dia mengangguk laju. Soalan temuramah eksklusif bersama Pengarah Urusan Best One Holdings dah lama disiapkan. Cuma dia mengambil masa untuk meminda, membuang dan menambah soalan yang perlu. Petang nanti dia dan Haikal akan menemuramah orang tertinggi di syarikat mereka dan itu membuatkannya cukup berdebar, tetapi debaran kali ini dirasakan lain. Lebih ke arah Wafiyyah. Kenapa dengan Wafiyyah? Sihatkah dia? Ya Allah, Kau lindungilah saudaraku itu, doanya dalam hati.

“Encik Is nak tengok dulu soalan tu semua,” Haikal tetiba tercegat di hadapan mejanya, mengembalikannya ke alam nyata.

“Err...ok,” dia menoleh, menghadap komputernya. Pandangan Haikal dirasainya agak berlainan. “Kau kenapa? Lain macam je hari ni,” nada seriusnya tidak berubah. Wardah buat bodoh. Diam membisu. Tangannya menekan mouse, mencetak soalan untuk temuramah. Dua mukasurat semuanya. Dihulurkannya kertas itu ke pada Haikal dan lelaki itu menyambutnya, masih dengan wajah serius tetapi kali ini bersulamkan tanda tanya.

“What?” soal Wardah, cuba bernada selamba. Haikal mendengus. “Kau nampak lain. Senyap je hari ni,” ujarnya dengan nada aneh.

Wardah mengeleng. “Takde apa. Kerja banyak,”dia kembali menghadap komputer. Berbual lama bersama Haikal menimbulkan perasaan lain di dalam hati. Nanti akan timbul soalan lain dan seterusnya identiti dirinya akan perlahan-lahan diketahui umum. Dia buat-buat tak endah gelagat Haikal yang masih berdiri di hadapan mejanya.

“Aku pun banyak kerja. Tapi tak ada la serius macam kau,” Haikal menarik kerusi di meja Asya dan duduk menghadapnya, membuatkan Wardah menjadi tak keruan. Mujur Asya dan Zul keluar berjumpa client. Fahmi pula dari pagi tadi tak nampak kelibat. Mungkin turun ke bawah, menyelesaikan tugasnya di unit operasi. Yang lain pula melekat di meja masing-masing, khusyuk dengan kerja. Printing untuk edisi bulan Oktober adalah pada minggu hadapan, dan ini menuntut tanggungjawab berat semua staf untuk menyiapkan semua tugasan sebelum tarikh ditetapkan.

“Wardah.....kerja kat sini menyeksakan kau ke?” Haikal menajamkan pandangan, semakin membuatkan Wardah tak senang duduk. Dia berkalih, memandang lelaki kacak itu. “Seksa tapi bahagia. Haikal, kita nak kena prepare banyak untuk interview petang ni. So please, jangan tanya aku yang bukan-bukan ok?” Ambik kau!desis hatinya.

Haikal terkesima sejenak. Bingkas dari kerusi kembali menghala ke mejanya. Wardah sekadar memerhati. Puas hati. Dalam keadaan tidak tenteram sebegini, ada pula yang memuntahkan pertanyaan demi pertanyaan. Dia kembali menghadap komputer. Inbox emailnya masih kosong. Wafiyyah tidak menitipkan sebarang berita. Kenapa dengannya? Perasaan risau kembali bergetar di dada. Ya Allah, lindungilah Wafiyyah walau di mana jua dia berada, dalam diam dia berdoa seribu harapan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 04:36 PM | Show all posts
Ada orang kata bila kembar jika sesuatu buruk berlaku ke atas kembarnya ia akan rasa sama.
Tp xtau samada betul atau x?  Ini kena tanya hubby Uda yg kembar gak.  

Tp kalau ttng hal lain Uda pernah tengok dia org beli benda yg sama cuma warna aje beza padahal sorang kat KL dan sorang lagi  jauh nun jauh  di utara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2010 05:58 PM | Show all posts
Wardah n haikal tu cam ada ape je kanhmy3:
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2010 09:22 PM | Show all posts
Bahagian 7

***************************************************************************

Wardah meletakkan pen di atas meja. Entah mengapa gundah gulana rasa hatinya. Dia terbayangkan Wafiyyah. Ya ...
sakura_ungu Post at 2-4-2010 16:13


Ooo..baru baca cite ni..dah 5 ms rupanya... ketinggalan.... cite ni 'cool'... Semoga Sakura terus di ilhamkn idea2 bernas... Kita hanya pandai baca je ... Selamat berkarya.. TK kongsi cite ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2010 01:29 AM | Show all posts
selalunya kembar ni punyai instinct yg kuat...klu ada2 sesuatu yg berlaku kt satu kembar,kembar yg lg satu dpt merasakannya...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2010 09:14 AM | Show all posts
Wardah n haikal tu cam ada ape je kanhmy3:
qimi08 Post at 4-4-2010 17:58


Wardah- Haikal
Wafiyyah- Zafran...hehe

Baru habis baca buku Ryana...heroin dia nama Wafiyah gak....best
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.082929 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list