CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: babyanah

Untold Story.

  [Copy link]
 Author| Post time 1-6-2010 05:37 PM | Show all posts
Episod 17

“Hmmm…boleh tahan. Kau masak ker?” Aku yang ketika itu masih geram padanya kerana merahsiakan tempat tinggalnya hanya mendiamkan diri.
“Mama Daniel yang masak.” Daniel yang menjawab. Memang ayam masak merah itu Kak Anis yang masak. Apa-apa jenis masakan, kalau Kak Anis punya air tangan memang sedap-sedap belaka.
“Tak, mama Sarah yang masak.” Tiba-tiba si adik pula memangkah. Segera Hafizz menoleh memandang Sarah. Sarah nampak comel dengan rambut kerinting mencecah pinggang dan diikat satu. Agaknya sedari kecil rambutnya itu tidak dipotong dan dibela sehingga panjangnya mencecah pinggang. Berbeza dengan abangnya Daniel. Rambut Daniel lurus sahaja. Ikut ayah agaknya.
“Mama Daniel dan Mama Sarah bukan orang yang sama ker?” Soal Hafizz sambil mengangkat kening pada Daniel dan Sarah. Kak Anis cuma tersenyum melihat gelagat anak-anaknya. Daniel dan Sarah tergelak-gelak kecil. Manja.

“Habis tu, Auntie Zulaikha masak apa?” Tanya Hafizz semula sambil matanya jatuh menatap wajahku. Aku terpinga-pinga, tanpa sempat menjawab kedengaran suara Daniel mengalihkan perhatian.
“Cuba uncle rasa yang ini. Sup ni Auntie Zulaikha yang masak. Sedap tau.” Daniel mengunjukkan Sup Kentang Manis yang aku masak. Baik punya promote si Daniel ni.
“Sini, biar Sarah yang suapkan uncle.” Sarah pula bangun berdiri atas kerusi dengan sesudu sup di tangan. Umur baru mencecah tiga tahun tapi petah berkata-kata. Tak kedengaran sedikit pun pelat kanak-kanak yang baru belajar bercakap.
“Buka mulut…aaaa…” Sarah ngangakan mulutnya sendiri seolah-olah menyuapkan bayi yang baru hendak belajar makan. Si Hafizz pula menurut aje rentak anak-anak Kak Anis itu. Budak-budak itu mulalah, kalau dah ada orang melayan.

Tidak banyak perbualan semasa makan sebab aku masih hangin dengan Hafizz lagi. Sepatah ditanya, sepatah jugalah jawapan aku. Sesekali Kak Anis bertanyakan soalan-soalan tentang keluarga dan pekerjaan Hafizz. Hafizz menjawab tanpa berselindung. Selebihnya pula Hafizz lebih asyik melayan kerenah dan keletah Daniel dan Sarah. Budak berdua itu dah macam kenal si Hafizz lebih lama dari aku kenal mereka berdua. Dengan aku pun dorang tak layan macam itu. Jealous ker? Manakala aku pula, lebih banyak melayan perasaan sendiri. Heh! Kak Anis buat-buat tak faham bahasa bisu aku. Hafizz pun sama. Agaknya mereka semua tak tahu kut.

Setelah selesai makan tengahari, aku mula mengemas meja. Kak Anis turut sama membantu  Awal-awal lagi Daniel dan Sarah sudah menarik tangan Hafizz ke ruang tamu mengajak Hafizz menonton rancangan kegemaran mereka. Apalagi kalau bukan rancangan kartun Hagemaru dan Fukuchan. Tak sah dalam sehari tak menonton rancangan tersebut walhal isi cerita yang sama diulang-ulang sepanjang minggu. Hinggakan dialog dan babak seterusnya sudah boleh dihafal.

Kak Anis membersihkan meja sementara aku membawa pinggan mangkuk yang telah digunakan ke sinki yang terletak di dapur untuk dibersihkan.

“Apasal masam jer?” Aku sedang leka membasuh ketika suara itu menerjah pendengaran. Begitu hampir di telingaku. Hembusan nafas terasa meremangkan bulu roma.
“Mak!” Jeritku terkejut serentak cawan yang sedang aku basuh itu melambung tinggi menunggu masa untuk jatuh semula. Aku pula terkial-kial ingin menyambutnya kembali membuatkan imbangan badan aku tak betul. Hampir saja aku jatuh ke lantai kalau Hafizz tidak pantas memaut pinggang aku dan menyebabkan aku jatuh keribaannya. Sebelah tanganku memegang cawan manakala sebelah lagi berpaut pada lengan Hafizz . Tindakan refleks yang tidak disengajakan.

Hmm…sesaat…..dua saat….tiga saat….masih lagi terperangkap dalam posisi begitu. Aku memandang dia, dan dia memandang aku. Tak berkelip mata. Masa yang berhenti ker atau kami yang menghentikan masa. Entah apa perasaanku pada ketika itu, tidak dapat aku gambarkan. Aku cuma rasa degup jantung aku yang berdetak kencang. Dup! Dap ! Dup! Dap! Kenapa kadarnya lebih cepat dari yang biasa aku tidak tahu, renjatan elektrik kut? Bukan renjatan elektrik yang buat orang putus nyawa, bukan itu maksud aku. Walaupun detik yang ini pun lebih kurang buat aku macam nak jatuh pengsan. Tapi, entahlah…aku yang sudah putus fius kut. Ergh!

“Ehem…hem..” Suara Kak Anis berdehem. Daniel dan Sarah ada sekali, tergelak-gelak kecil melihat kami. Darah panas terasa pantas menyerbu ke muka. Cepat-cepat aku bangun cuba melepaskan pautan tanganku pada lengan Hafizz. Hafizz segera menarik tubuhku supaya berdiri tegak lalu dengan perlahan meleraikan pautan dipinggang sambil menguntumkan senyuman. Tanpa rasa bersalah. Malunya aku bukan main dengan insiden itu.

“Zulaikha ni, cuai. Cuba akak tengok macamana dia membasuh. Habis basah lantai dapur ni, mau tak licin. Itu nasib baik tak jatuh berdebab kat lantai.” Baik punya cover si Hafizz ni. Aku hanya tersenyum tanpa mampu berkata apa-apa. Kalau difikirkan memang salah akupun, yang aku melatah tak tentu pasal tu sapa suruh. Free-free jer kena peluk dek Hafizz. Sengal!

“Akak nak balik. Terima kasih sebab sudi ajak akak makan sekali.” Aku dan Hafizz menurut langkah Kak Anis dan anak-anaknya hingga ke muka pintu.
“Ika yang patut ucapkan terima kasih sebab akak susah-payah tolong masakkan untuk Ika dan tetamu Ika.”
“Hafizz, seronok kenal dengan awak.” Kak Anis memandang Hafizz.
“Saya pun sama Kak Anis, lain kali bolehlah ajar si Ika ni masak lagi.” Segera aku menampar lengan Hafizz.
“Ahaha…Hafizz, Ika tu bukan tak pandai masak, cuma malas mengasah bakat jer…” Balas Kak Anis tatkala mendengarkan seloroh Hafizz.

“Daniel, Sarah salam dengan Uncle Hafizz.” Daniel dan Sarah berebut-rebut nak bersalaman dengan Hafizz.
“Dengan auntie tak nak?” Daniel dan Sarah tersengih-sengih sebelum menghampiriku lalu bersalaman denganku pula.
“Auntie, Sarah nak cakap sesuatu.” Tiba-tiba Sarah bersuara.
“Apa dia?” Soalku tak berprasangka.
“Auntie tunduklah. Nanti Sarah bisikkan.” Aku menurut sahaja permintaan Sarah.
Cupp! Satu ciuman singgah dipipi. Aku tersenyum.
“Itu dari uncle Hafizz.” Bisik Sarah tapi boleh didengari oleh semua orang. Terus merah wajahku jadinya. Kemudian dia mengucup pipiku yang sebelah lagi.
“Yang ini barulah dari Sarah.” Aku menegakkan diri semula dengan rona yang tak hilang panasnya lagi.
“Bye, uncle Hafizz. Bye aunti Zulaikha.” Lambai Daniel dan Sarah sebelum membuntuti Kak Anis masuk ke dalam apartment. Aku dan Hafizz membalas lambaian itu semula.
“Rasanya aku pun harus beransur dulu…thanks for the lunch. Sedap sangat-sangat.”  Aku masih tak mampu meluahkan apa-apa. Masih terasa segan dengan insiden tadi ditambah pula dengan kejutan dari Sarah.
“Nanti aku call kau…”
Dia pun menyarungkan selipar ke kaki sebelum melangkah pergi. Ketika tiba di selekoh sebelum menuruni tangga, apartment aku dekat jer dengan tangga… dia angkat tangan ke telinga seolah-olah memberitahu yang dia akan menelefon…aku sekadar mengangguk…bukan ker tadi dia dah bagitau?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2010 11:05 PM | Show all posts
nampaknya cinta dah ketuk pintu hati zulaikha...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2010 08:43 AM | Show all posts
hehe..hafizz tersambut lak ye..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2010 09:54 AM | Show all posts
eee... cinta sudah berputik...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2010 10:02 AM | Show all posts
hu hu pandai la hafizz gunakan sarah
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2010 12:33 PM | Show all posts
makin lama makin best la cite ni...
cinta sudah berputik...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2010 02:25 PM | Show all posts
benang2 yg sama yg TT bkk sblm ni mek dh lock ye !
sbb mek rasa isi dia sama je kan
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 11:26 AM | Show all posts
Bieeee...mana N3 ni??? cepattt!!..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2010 01:52 PM | Show all posts
best la..nk lg n3...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2010 01:46 AM | Show all posts
Reply 107# jingga007


    tima kasih bebanyak, memang nak minta tolong 'delete'kan pun.. tapi tak tau nak bgtau mod camana...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2010 01:47 AM | Show all posts
Episod 18

Dua hari aku bertapa dalam bilik. Dua hari aku menangis tak berlagu (silap tu! Sebenarnya aku dah menangis dengan bermacam-macam versi lagu dan bunyi) mengenangkan nasib diri. Bodoh! Aku mengutuk diri sendiri. Bengong. Aku yang tak faham ker aku yang salah faham. Entah apa yang membuatkan aku terfikir yang si ‘makhluk’ itu sememangnya mempunyai secebis perasaan terhadap aku. Aku yang perasan!

Sepanjang malam aku menangis untuk dua malam berturut-turut. Dah jadi macam marathon. Entah kenapa. Sedih ler kut? Takkanlah sebab aku gembira, tak logiklah jadinya. Walaupun aku tahu memang ada orang yang menangis kerana terlalu gembira tapi dalam kes aku ini, tak mungkinlah jawabnya. Aku yang jadi tuan punya badan sendiri pun tak faham. Tak mungkinlah aku mencintainya. Kalau bukan kerana itu, kenapa aku dengan mudah mengalirkan airmata. Sebab aku sakit hati. Sungguh! Aku pun tak tahan sakit hati begini! Makanlah apa jenis ubat pun, tidak mungkin ada penawarnya. Bak kata pepatah, makan hati berulamkan jantung? Begini ke rasanya?  

Nak mengadu, tak tahu nak mengadu dengan siapa. Takkan nak mengadu dengan Hafizz. Dia yang buat aku jadi nanar. Heh! Dengan mak? Hmm….tak naklah buat mak pening kepala dengan benda remeh begini. (remeh ker?) Dengan Adli, adik aku tu? Ishh…..agak-agak ler…. Rozaini? Syila? Farah? Kak Anis? Argh!!!!!

Entah berapa koyan air mata aku yang dah tumpah. Dah berkoyan-koyan kut. Dah boleh buat hantaran untuk Puteri Gunung Ledang kalau dikumpul-kumpul. Betul ker? Tujuh tempayan air mata dara? Atau air mata darah? Huh, nampaknya aku kena kaji balik semula kisah klasik itu.

Pelbagai macam persoalan yang timbul. Berlegar-legar di ruang minda. Buat sesak sampai jammed. Salah akukah kalau aku jatuh cinta? Silap akukah kalau aku menaruh hati? Bukan aku yang minta tapi ia lahir sendiri. Mampukah aku menolak perasaan ini? Menidakkan perasaan ini? Bolehkah aku membina tembok sekukuh Tembok Besar China agar perasaan ini dapat dihalang dan tidak terus bercambah?

Oh dear! Aku memanggung kepala sendiri. Malangnya, aku sudah salah sangka! Aku sudah silap menilai! Hah…  aku menghela nafas panjang. Bagaimana harus aku hadapi hari-hari esok, tulat dan yang berikut-berikutnya? Tak cukup pun dua bulan, kehadiran Hafizz sudah membuatkan hidup aku porak-peranda. Dua hari aku jadi macam zombie. Pergi-balik kerja menonong aje. Aku pergi dan balik tanpa dihantar dan dijemput sebab Hafizz sibuk sepanjang minggu ini dan minggu depan, maka jadual aku dah balik semula kepada yang asal. Pergi dan balik dengan menggunakan public transport  

Zombie tu sebab aku….entahlah. Makan pun tak lalu, cakap pun sepatah-sepatah macam orang kena sampuk. Hmm….iyelah tu kena sampuk dek ‘makhluk’ yang bernama Hafizz. Serupa orang sasau pun ada juga. Isyhh! Dahsyat mulut aku ni. Baik aku pergi menunaikan solat dulu dari teruskan bercanda dengan minda aku yang tengah sarat dengan pergolakkan. Mau mereng aku jadinya kalau tak berhenti sekarang. Aku kesat air mata yang hampir mengering, penangan aura ala-ala vampire si Hafizz. Nasib baik bukan air mata darah yang keluar.

Hari ini, setelah dua hari berhempas pulas melawan perasaan, akhirnya aku menguatkan diri dan semangat untuk menelefon mak.. Aku sudah nekad dengan keputusan aku. Apa nak jadi, jadilah! Begitulah tekadku ketika mendail nombor telefon rumah kat kampung.

“Mak.”  Sebutku sepatah setelah proses mukadimmah selesai. Mak senyap aje menunggu patah-patah perkataan yang selanjutnya.
“Mak, kalau orang yang datang tempohari datang lagi sekali untuk Ika. Mak terima ajelah.” Laju aje aku melafazkan. Sekali nafas. Macam lapaz akad nikah pula. Ahaks! Dalam keadaan macam ini, aku masih boleh buat lawak yang aku sendiri tak berapa nak gelak. Iyelah, nak menggembirakan hati aku yang terluka.
“???? Sungguh ni?” Terkejut mak aku. Sangkanya aku akan meminta agar tempoh dua bulan yang diberi agar dilanjutkan. Dia bukan tak tahu anaknya yang seorang ini, kalau bab-bab bersangkutan dengan jodoh agak liat untuk dibawa berbincang.
“Iye, mak. Sesiapa pun yang datang lepas ni, mak terima ajelah. Ika akan ikut jer kehendak mak. Ika tak akan membantah.” Aku buat-buat suara gembira padahal airmata ketika itu sedang jatuh berjuraian. Ingatkan setelah dua hari berendam air mata, kolamnya sudah kering. Rupa-rupanya tidak, agaknya jenis kolam mata air yang airnya tidak akan pernah haus. Mak tidak tahu yang hati aku sedang menangis. Janganlah mak bertanya lanjut, takut keputusan yang muktamad itu jadi sebaliknya.
“Syukur Alhamdulillah, sampai juga hajat mak. “ Nampaknya mak pun tidak berdolak-dalik, terus setuju aje tanpa bersoal jawab. Tentulah mak suka sebab mak akan menerima menantu sulung yang dinanti-nantikan sekian lama. Aku pula, entah-entah merana di kemudian hari. Nasib kau lah Zulaikha, siapa suruh buat keputusan drastik begini. Soal jodoh bukan boleh dibuat main-main. Cukupkah dua hari untuk kau berfikir tentang jodoh yang mak kau pilih ini? Tapi, mak dah bagi tempoh dua bulan. Ah! Sudah-sudahlah Zulaikha. Terima ajelah. Pasrah ajelah. Usah difikir-fikirkan lagi. Biarlah masa yang menentukan perjalanan jodoh aku. Siapa pun dia, aku akan akur dengan kehendak takdir.  
“Mak, apa-apahal nanti mak telefon Ika. Ika minta diri dulu, ada kerja yang Ika nak buat.” Aku singkatkan perbualan kerana aku tidak betah menanggung sebak yang menyesak dada minta diluahkan, mohon dimuntahkan.

Setelah talian telefon dimatikan, aku menangis untuk kesekian kalinya.

Kebetulan pula lagu Nakal dendangan kumpulan Gigi sedang berkumandang dicorong radio. Memang sesuai sangatlah dengan keadaan aku. Aku pun apalagi turut berlagu sama dengan sepenuh hati melepaskan perasaan. Release tension, kata mat salleh. Pelik jugak ekk, kenapa mat salleh digunakan sebagai kata ganti diri untuk orang berbangsa inggeris. Mat dengan Salleh itukan nama melayu.

Oh
Kuhanya Bisa Menahan Perasaan
Oh
Semua Karena Kelakuan Nakalmu

Panas Panas Panas
Panas Badan Ini
Pusing Pusing Pusing
Pusing Kepala Ini


Hmm…tiba-tiba aku rasa menyesal pula kerana membuat keputusan untuk menerima pinangan entah siapa-siapa itu. Oh Zulaikha, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya! Nasi sudah menjadi bubur. Relakan ajelah.

Tapi, masih sempat lagi kalau nak bagitahu mak yang kau dah silap buat perhitungan dan memusnahkan kegembiraan mak tadi. Argh!!!! Akhirnya aku tidur dengan perasaan yang bercampur-baur.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2010 10:08 AM | Show all posts
lagiiii...hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2010 10:54 AM | Show all posts
Reply 102# mijot


    cinta di luar sedar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2010 10:56 AM | Show all posts
Reply 103# tzaraz


   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2010 10:57 AM | Show all posts
Reply 108# tzaraz


    sorry...month-end & awal2 bulan...time kiter buzy....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2010 10:58 AM | Show all posts
Reply 106# my_dahlia


    thxs....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-6-2010 11:00 AM | Show all posts
Reply 109# nera85


    thxs nera...n3....ptg2 sikit sbb ke'buzy'an sdg melanda kat ofis....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2010 11:01 AM | Show all posts
Reply 110# babyanah


    sama2 next time,pm je k,kt mana2 mod
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2010 11:02 AM | Show all posts
Reply 112# tzaraz


    n3....kalau sempat kiter post....nak buat touch up cket....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2010 11:05 AM | Show all posts
Reply 118# jingga007


    wokey...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.546076 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list