CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ariellin

~ Harum Subur Di Hati (BPR) ~ T.A.M.A.T ~

 Close [Copy link]
Post time 8-7-2010 01:21 PM | Show all posts
alamak, penyelamat jadi secret admire kawan sendiri ke...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2010 03:19 PM | Show all posts
Reply 100# ariellin


    misti la ade cik ariellin...bahkan eberi year tukar org..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2010 04:13 PM | Show all posts
alamak, penyelamat jadi secret admire kawan sendiri ke...
shahrinas Post at 8-7-2010 12:21


x tau g....ngeh3...
harap teruskn baca nukilan aku yg x seberapa ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 04:26 PM | Show all posts
merah dulu duk hostel makan sekali student lelaki n perempuan. lelaki belah kiri dewan makan , pompuan belah kanan. tp jeling tetap jeling gak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2010 04:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by ariellin at 21-8-2010 20:06

Aku di court bola tampar sekarang dengan kawan-kawan junior yang lain. Dan inilah first time kami dibenarkan turun beriadah di kawasan yang sepatutnya. Selama hampir 3 bulan, selalunya kami hanya beriadah di kawasan padang Asrama Perempuan sahaja. Alasan senior, takut kami akan bebas laku. Sangat tidak logik! Mereka yang miang tapi tak masih nak letak salah tu dibahu kami.

Aku dan Marshila ambil tempat di bawah pokok ketapang (aku main agak aje nama pokok ni). Lailawati telah masuk ke court bersama-sama team yang lain.

Shakira pula sedang berbaris menunggu giliran menggunakan public phone sekolah. Katanya panggilan ke rumah famili. Tapi Shakira tu bukan boleh percaya sangat, entah-entah ambil kesempatan dating nyorok-nyorok sebab Marshila pernah terserempak dengan Shakira ber'dating'an dengan seseorang di belakang sekolah, walhal sebelum itu Shakira beri alasan untuk ke Koperasi memberi buku rujukan. Kami bertiga tidak membangkitkan perkara itu selagi Shakira sendiri belum membuka mulutnya untuk bercerita.

"Atau dia dating dengan budak chinese look tu?", hati ini berkira-kira. Aku gigit kuku. Tiba-tiba juga jantung aku berdegup laju. "Ishhh...aku ni sakit ke?", cuba memandang ke tengah court.

Huh! Tak ada yang menarik pun permainan ni. Pemain team lawan baling bola dari hujung court sampai ke court lawan. Lepas tu, team lawan balas semula. Balas balik sampai kebas tangan.

Dan mata aku tiba-tiba terpandang susuk tubuh itu. Tubuh itu yang berhadapan dengan aku disebelah court sana. Budak lelaki chinese look itu. Dia sedang memerhatikan aku. Aku yakin sangat. Bukan sebab aku perasan tapi memang aku yakin yang dia sedang pandang aku.

Aku alihkan pandangan mata. Terasa berpeluh-peluh. Tiba-tiba terasa cuaca sangat panas.

"Lima...empat...tiga...", aku berkira..."dua...satu", aku dongakkan kepala dan sah ! Dia memang pandang aku !

"Nak lawan main mata ke budak ni? Eleh, macam aku takut. Meh kita tengok sapa yang kalah", aku merengus keras. Pandangan tidak ku alihkan lagi. Kenapa ada perasaan aneh bila tengok dia..?? Tapi kenapa dia..?? Dan aku kalah sebab mata aku yang berkelip dulu..

Kesudahannya, team Lailawati juga kalah. Itupun Shakira yang beritahu dengan secara tidak sengaja semasa kami nak ke surau untuk berjemaah Solat Maghrib.

Dan kenapa aku asyik terbayangkan budak chinese look itu? Realistik Juwita !!..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2010 04:30 PM | Show all posts
~ Belahan Jiwaku 13


Sekarang sabjek Prinsip Akaun. Aku hanya nampak papan hitam tu dah bertukar jadi putih. Aku dengar suara Cikgu Lina semakin garau. Aku cuba tahankan mata dengan membuntangkannya menggunakan jari aku. Kalau boleh sendal dengan batang mancis, dah lama aku buat.

Aku menguap pula. Lailawati sedang tekun. Benar-benar tekun. Kenapalah aku tak boleh setekun dia? Banyak sangat agaknya syaitan yang direjam bertenggek di atas mata aku.

Aku beralih memandang Cikgu Lina. Aku lihat dia semakin mengecil. Eh ! Kenapa Cikgu makin kecil ni?..

"Juwita!", sesaat itu juga aku tersedar. Terbangun. Dan tersegar. Ishhh, apa pasal lah boleh terlelap lagi ni, aku kutuk diri sendiri.

Cikgu Lina memandang aku. Entah denda apa lagi yang dia hendak aku laksanakan. Redha je lah Juwita, salah sendiri!

Teringat sebulan yang lalu, gara-gara markah Prinsip Akaun aku hanya cukup-cukup sifat, aku kena ketuk ketampi sebanyak seratus kali. Hanya aku seorang. Kalau ada kawan, tak ada lah malu aku menebal sangat.

"Saya tak tahu nak buat apa lagi dengan awak Dian Juwita. Orang lain pun sama saja waktu tidurnya dengan awak. Apa yang awak makan, itu jugak yang mereka makan. Awak ada masalah ke? Cuba cerita pada saya", lembut bunyi suara Cikgu Lina membuatkan aku hampir tidak percaya. Kalau di operet dadah aku ni, boleh nampak lah betapa terjojolnya biji mata aku menandakan aku tidak percaya.

Namun, untuk menjawab soalan Cikgu Lina, itu tidak sama sekali. Silap-silap itu cuma umpan dia je. Dan seperti sudah diduga, aku tetap didenda. Menyelesaikan sebanyak empat puluh masalah akaun. Terburai usus besar aku semasa mengambil sebeban kertas A4 yang diberikan oleh Cikgu Lina. Aduh...kenapa mesti aku !!!!!!!

"Next week on Monday, Cikgu nak semua jawapan ada di atas meja Cikgu", arahannya sebelum meninggalkan kelas. Dan aku memandang Lailawati tanda pohon bantuan. Dan Lailawati hanya menunjukkan barisan giginya yang putih bersih itu sambil mengangkat ibujari tangannya di hadapan mukaku tanda padan muka aku !!  Aku hentak kaki !

Zalim gila ..!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-7-2010 04:33 PM | Show all posts
~ Belahan Jiwaku 14

Jumaat malam Sabtu selepas supper. Kami berempat masih di Bilik Prep di tingkat satu Asrama. Kebanyakan penghuni lain telah balik ke bilik masing-masing. Dan kami masih lagi di sini kerana menyudahkan denda yang diberikan oleh Cikgu Lina. Dipendekkan cerita, aku yang paksa mereka membantu aku sebab salah mereka juga menyebabkan aku ketiduran di dalam kelas. Alasan yang aku berikan memang tak boleh diterima dek akal waras mereka, namun aku tetap mempertahankan fakta itu.

"Lai tak kejut aku, sapa suruh? Bukan aku tidur kat kelas sebelah sampai dia tak nampak aku dah tidur..", dan kerana kedegilan aku, akhirnya antara ikhlas atau tidak rela, mereka turun padang bersama-sama aku membanting tulang empat kerat.

"Siap jugak akhirnya. Ha ha ha, thank's kat korang semua. Kalau tidak kerana jasa baik kalian, tak mudah lah aku nak settlekan semua denda ni. Thank's guy's", ikhlas aku memuji sambil aku cium kertas jawapan yang sebeban itu. Walau pandangan mereka kelihatan pelik, namun aku tidak peduli. Kalau bukan kerana pertolongan mereka bertiga, harus merangkak aku nak menyiapkan denda Cikgu Lina. Harus luruh bulu-bulu roma aku nak memandang nombor-nombor tu semua. Namun yang penting, kerja aku beres !!


Aku letakkan envelop yang mengandungi jawapan Prinsip Akaun itu di atas meja Cikgu Lina. Baru sahaja ingin memusingkan badan, tiba-tiba aku terlanggar seseorang. Habis berterabur buku yang berada di tangannya.

"Opss..sorry...eh Cikgu Ali..maafkan saya. Saya tak sengaja", baru tersedar yang aku langgar tadi tu Cikgu Ali Rustam. Dia memandang aku dan menghulurkan senyuman.

"Oh Tuhan, Cikgu sangat jambu", ishhhh aku menggelengkan kepala. Fuh !! Mujur cepat sedar diri.

Aku kembali tunduk dan mengutip sisa-sisa buku yang bertaburan kemudian berdiri dan memulangkan buku tersebut kepada Cikgu Ali Rustam. Dia menyambutnya dan masih lagi tersenyum memandang aku. Seorang dua guru yang berada di situ juga turur tersenyum dan kembali menyambung tugas.

Aku membetulkan letak baju dan beredar. "Cikgu, sebelum saya kidnap Cikgu masuk dalam peti ais, baik saya blah!!", hati berniat jahat. Aku memanjangkan langkah dan keluar dari Bilik Guru. Ngeri memikirkan kegatalan aku sejak kebelakangan ini. Penyakit berjangkit ke apa ni? Shakira juga ada penyakit yang sama. Lailawati juga begitu walau pun nampak skema. Aduh !!
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 04:47 PM | Show all posts
x tau g....ngeh3...
harap teruskn baca nukilan aku yg x seberapa ni...
ariellin Post at 8-7-2010 16:13


ye ke...
memang sentiasa membaca semua nukilan kat sini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-7-2010 09:04 PM | Show all posts
Reply 108# shahrinas

sume masih dlm teka teki...jd harap anda bersabarrrrr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2010 09:44 PM | Show all posts
~ Belahan Jiwaku 15


"Ju, bangun cepat. Subuh dah nak habis ni. Nanti tak sempat nak solat", sayup-sayup aku dengar suara Encik Hussin Abu di tepi telinga. Aku garu kepala. Cuba untuk membuka mata tapi dengan tahi mata yang bergumpalan penuh, rasanya sayang sekali nak mencelikkan biji mata aku ni. Nanti kalau mata dah terbuka luas, aku hilang nikmat tidur. Aku mengeliat ke kiri. Bantal ku peluk di celah peha.

"Ju, cepat bangun", terasa tangan kasar mengggoyang-goyangkan kakiku. "Memang macam suara ayah, lah...tapi kenapa ayah datang asrama?", aku masih bertanya-tanya. Aku pusing pula ke kanan. "Ah...mimpi je ni", aku menyejukkan hati. Selimut ku tarik hingga ke dada. Sejuknya. Mesti kerja Shakira ni. Dia tu mana boleh panas sikit pun. Dasar anak manja.

Tak semena-mena aku rasa badan aku basah! Sepantas kilat aku bangun dari katil. Bumbung asrama bocor ker? Tapi yang paling membuatkan aku rasa terkejut beruk (kasihan beruk) bila Encik Hussin Abu tegak berdiri di hadapan aku sambil memegang sebiji gayung yang berisi setengah air. Patutlah aku kebasahan, ayah jirus aku rupanya.. hu hu hu dan aku juga lupa aku sekarang ada di rumah sebab cuti sekolah.

"Ya lah, Ju nak pergi solat ni. Tadi Ju ingat Ju mimpi bila dengar suara ayah", kedengaran serak-serak basah suaraku pagi ini bila memberi alasan kepada ayah.

~~~

"Assalamualaikum, ini rumah Lailawati ke?", aku memulakan bicara. Rasanya memang nombor telefon rumah Lailawati kalau berdasarkan nombor yang diberikan. Dan pemanggil di hujung talian mengiyakannya. Tidak lama kemudian kedengaran suara Lailawati menjerit kegembiraan (aku mengagak) apabila mendengar suara aku.

"Ada hal apa telefon ni? Homework dah siap?", betullah Lailawati ni macam emak-emak. Belum apa-apa dah tanya pasal homework. Leceh betul makcik sorang ni.

"Aku on the way buat homework lah ni. Tiba-tiba pulak teringat kat kau. Tu yang telefon tanya khabar", aku jelaskan sambil tangan memintal wayar telefon.

Aku jengah mencari kelibat emak tapi tidak kelihatan. Mungkin solat Isyak barangkali.  Ayah seperti biasa di masjid kalau wakktu-waktu begini.  

"Chup, aku nak tanya kat kau something, kau janji jangan nak gelakkan aku", teringat tujuan sebenar aku menelefon Lailawati.

"Pasal apa?", soal Lailawati. Aku rasa dia sedang mengunyah sebab aku rasa juga yang mulutnya penuh dengan makanan dan aku rasa dia memang sedang makan sebab dari gaya dia bercakap tu memang menunjukkan dia sedang makan. Tapi tak pe lah, tujuan aku hanya satu. Untuk mendapatkan satu penjelasan dan perhitungan perlu dibuat.

"Pasal Cikgu Math kita lah, Ali Rustam yang menggegar jiwa tu", terdengar batuk kecil Lailawati. Aku mengenyih dan aku yakin dia tak tahu pun kalau aku ketawakan dia sekarang ni.

"Kau ni kenapa, malam-malam yang mulia dan penuh dengan keindahan, boleh teringatkan si Ali Rustam tu? Tuttttttttt atau kau suka Ali Rustam tu, Ju!", dia ni bercakap ke menjerit. Bingit betul. Aku dah jumpa calon yang sesuai untuk menggantikan Kakak Suara Bingit for the next junior. Tiba-tiba tak sabar nak jadi senior. Time for revenge !! Ha ha ha

"Wei makcik, kau dengar tak?", jeritan itu sekali lagi membawa aku ke alam nyata. Dan tanpa segan silu aku terus meluahkan persoalan.

"Kau rasa Cikgu Ali Rustam tu suka aku tak? Sebab dia tu macam lain macam lah lately ni. Asyik senyum aje", dan terhambur ketawa Lailawati di sana.

"Wei, aku serius lah...", nada aku seakan merajuk. Betul lah, aku cuma nak clearancekan benda ni. Sebab Cikgu Ali Rustam tu selalu senyum-senyum dengan aku. Kalau pandang aku tu gaya macam nak telan aku ni hidup-hidup. Tapi aku tak suka dekat dia pun. Aku cuma nak tanya aje.

Dan Lailawati masih lagi ketawa. Hampeh punya kawan...geramnya aku !!!!!!!!!!!!!

Dan saat itu jugalah emak datang terkocoh-kocoh mendapatkan aku yang disangkanya tersampuk jembalang tanah bila aku menjerit dengan tiba-tiba. Kan aku dah kata, kalau kejadian tu berlaku pada aku, semuanya secara tiba-tiba. Macam mana nak buat keadaan bukan seperti tiba-tiba..??

Siap kau Lailawati..ishhhhh geram aku ngan makcik sorang ni..dengan darah yang membuak-buak aku teruskan gagang telefon..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2010 10:16 PM | Show all posts
~ Belahan Jiwa 16


Cuti sekolah telah habis dan aku telah kembali ke Tunas Setia. Cuti seminggu itu aku habiskan di rumah sahaja. Tak ada program menarik yang dirancang untuk mengisi masa lapang aku. Ayah sibuk di pejabat. Maklumlah ayah hanya seorang kerani di Jabatan Kerajaan. Mana boleh sesuka hati bercuti. Emak pula hanya suri rumah tangga sepenuh masa. Lagipun aku tak rasa perlunya meminta ayah dan emak bawa aku berjalan-jalan. Cuma sekejapan kami melawat Nek Ngah, ibu kepada Puan Tina a.k.a nenek aku di Sungkai, Perak. Biasalah orang tua, sakit tua.

~~~

Bisingnya kelas aku sekarang ni sebab ketiadaan guru ganti bagi menggantikan Cikgu Lina yang masih dalam cuti berkahwin. Sana bercakap, yang sini ketawa, umpama langau hendak menetas. Bingit.

Tiba-tiba bahuku dicuit. Ayumi, budak kelas Business rupanya. Motif dia datang kelas aku? Aku menoleh ke belakang memandang ke dinding pemisah kelas aku dan dia. Patutlah, dah terbuka rupanya. Senang lah dia nak curi masuk.

Seakan tahu persoalan aku, Ayumi terus mengambil tempat di sebelah aku. Maknanya dia duduk di kerusi Lailawati. Aku tak tahu kemana perginya makcik tu. Aku lihat tempat Shakira juga kosong. Mungkin ke tandas berdua.

Ayumi memegang tangan aku tiba-tiba. Dan dia letakkan bintang-bintang kecil yang dibuat dari kertas kaler berwarna hijau striking di atasnya.

"Dari siapa?", perlahan nada suaraku. Terkejut sudah tentu. Aku pegang bintang-bintang itu. Kesemuanya ada tujuh biji. Aku mengangkat kembali muka memandang Ayumi yang sedang tersenyum.

"Dari dia. Kau ingat tak aku ada sampaikan salam seseorang untuk kau?", aku cuba untuk men'refresh' kembali memori aku. Dan..

"Yup..ingat. Tapi kau tak cakap pun siapa dia. So aku anggap lah kau saja-saja nak mainkan aku", aku menjungkit bahu.

"Fadzwan orangnya. First time dia nampak kau masa kau orang sume nak ke Library. Aku ingatkan dia tanya pasal Shakira sebab kami tahu yang Shakira suka dia. Dan jangan tanya aku kenapa dia suka pada kau.  Aku rasa itu hanya dia saja yang boleh explain.  Dan dia minta kau simpan bintang-bintang ni. Dia yang buat...", boleh tak aku tak nak percaya semua cakap-cakap Ayumi.  Sangat tak logik.  Bercakap pun kami tak pernah.  Berdepan juga tak pernah.  Hanya pandang, itupun kalau boleh dikira pandang.   Yang lebih tepat, aku hanya jeling pada dia aje.  Tu aje lah.  Seingat aku lagi, tak pernah pulak aku menggedik depan dia sampai dia suka pada aku yang biasa-biasa ni.  

Dan baru aku tahu nama dia Fadzwan.  Orangnya memang chinese look.  Kurus.  Putih kulitnya. Rambut cacak-cacak.  Aku perasan dia ada tahi lalat dekat muka.  Handsome...

Aku pegang bintang-bintang itu. Dan jantung aku turut berdegup laju. Kenapa setiap kali semua benda yang berkaitan dengan budak chinese look itu, aku rasa tak sedap hati.

Dan kenapa mesti budak chinese look itu? Kenapa mesti Shakira suka dia? Kenapa dia mesti suka pada aku? Kenapa dia tak suka pada Shakira? Ishhhhh gatal kepala aku ni...senak perut aku...

Aku suka dia ke..?? Aku tak kenal dia macam mana aku nak suka dia. Tapi dalam hati aku ni macam dah tersuka pada dia. Sekarang ni memikirkan dia saja, aku rasa macam dah suka. Walau hanya bintang-bintang yang comel ni pun, aku rasa macam dia bagi aku rumah banglo sebiji.

Itu bukan suka ke maknanya..??? Help me.........!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 08:45 AM | Show all posts
Reply  shahrinas

sume masih dlm teka teki...jd harap anda bersabarrrrr
ariellin Post at 8-7-2010 21:04


memang sentiasa bersabar...
kalu x sabo dah lama korg kena paksa letak n3...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 08:59 PM | Show all posts
aduhhh..n3 da bis la plak..ariellin sila sambung lagik...best2..bila shakira nk tau ni..misti putus sahabat nnti...kawan rampas...huhuhu..tekaan ku sajork....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2010 02:05 AM | Show all posts
aahhh rindunya zaman sek dgn hostel...
aku pn penah suker kt cekgu yg mengajar ktorg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2010 12:20 AM | Show all posts
aduhhh..n3 da bis la plak..ariellin sila sambung lagik...best2..bila shakira nk tau ni..misti putus  ...
entahmengapa Post at 9-7-2010 19:59


tah...x tau g...sumenya masih blur sbb aku ngah blur2 ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2010 12:21 AM | Show all posts
aahhh rindunya zaman sek dgn hostel...
aku pn penah suker kt cekgu yg mengajar ktorg...
mijot Post at 10-7-2010 01:05



rindu kan...rasa nak refresh lik moment2 10thn yg lalu....zaman noti2...best jek...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-7-2010 12:33 AM | Show all posts
~ Belahan Jiwa 17  (title akan diedit kendian.  skrg sgt bz)


Dari muka surat 65, aku baca pula fakta di muka surat 15 Buku Rujukan Tingkata 4 Bahasa Melayu. Ishhh, semua tak masuk kepala. Perlukah aku tukar berfikir dan masukkan semua fakta-fakta ni ke dalam kepala lutut? Tiba-tiba juga sakit hati aku datang kembali.Bila difikir-fikir memang aku boleh gila! Kalau tak fikir pun, aku asyik teringat-ingat aje. Geram sangat!

Tadi masa keluar dari kelas, aku pulang sendiri ke Asrama. Selalunya kami berempat. Cuma hari ini aje, Lailawati dan Marshila ada tugas yang diamanahkan oleh Cikgu Lina. Dari risikan yang diperolehi, nama budak berdua tu naik untuk mewakili sekolah dalam perbahasan peringkat daerah. Shakira pula macam nak mengelak dari aku. Bila aku tanya, dia cuma tersengih-sengih menampakkan barisan giginya yang cantik itu. Tapi dia sengih pun, nampak cantik bersinar-sinar. Jadi aku balik seorang.

Semasa menaiki tangga yang menghubungkan bangunan sekolah ke Asrama, mata aku ni 'tertangkap' dua orang manusia sedang 'berdating'. Automatik hati di dalam ini sakit. Sudahlah hati sakit, kaki pulak tersadung di tangga terakhir. Mujur jugak aku tak jatuh terjelepok di situ. Kalau tidak, harus ke hospital lah aku jawabnya.

Aku sakit hati bukan sebab aku jelaous tengok orang 'berdating' sebabnya aku ni tak ada masa dengan semua tu. Nak cari boyfriend pun tak sempat. Tapi fakta yang lebih tepat, sebenarnya tak ada pun budak lelaki kat Tunas Setia ni yang tersangkut dengan aku.  Nampak sangat aku tak laku.  Namun yang jadi permasalahan dalam hati aku ni, manusia berdua itu ialah Fazdwan dan Shakira. Depan mata aku yang masih jelas ni, aku nampak sendiri mereka berpegang-pegang tangan.  Lepas tu, Fazdwan tu pulak, bagi statement yang dia suka aku.  Walau pun bukan direct dia beritahu dia suka aku, hakikatnya dia dah beritahu perkara "saya suka awak" tu melalui Ayumi.  Dan sekarang, dia berdating syok-syok dengan Shakira.  Habis, aku ni terus lah keliru.  Dia suka aku ke tidak ?  Atau dia saja-saja nak main-main..?? Ishhhhhhhhh siap dia ! Kalau aku dapat, aku buat masak lemak cili api, dua-dua ekor tu sekali !

Kalau perkara ni terjadi pada orang lain, aku jamin dua ratus peratus orang lain tu dah meronta-ronta sambil hentak-hentak kaki dekat situ. Cuma oleh sebab aku ni masih waras, muda belia pulak tu, jadi aku terus berlagak 'cool'. Tapi kalau aku ada kuasa psikik, memang aku terus menghalimunankan diri aku saat itu juga. Geram sangat.

Dan yang menyebabkan darah aku ni naik dengan mendadak, boleh aje budak Fazdwan tu buat tak tahu bila dia terang-terang nampak aku melintasi dia dan Shakira. Tak pulak dia lepaskan tangan Shakira tu. Dan tak pulak Shakira tu terkantoi dengan kakak senior !!

Geramnya ! Geram sangat ni. Menggigil-gigil seluruh badan aku masa menuju ke bilik. Sebab sakit hati punya pasal, aku tak turun Dewan Makan pun. Biarlah, tak ada siapa pun yang nak ambil peduli.

Lepas Solat Zuhur, sementara menunggu waktu prep, aku duduk di birai katil . Dengan telekung masih di badan, aku tenung bintang-bintang kecil yang tergantung di hujung katil. Aku cakap aku yang buat bintang-bintang tujuh biji tu bila minah kipochi yang bertiga tu tanya dari mana aku dapat bendalah tersebut. Senang cerita.

Nak aje aku buang tapi mengenangkan sayang punya pasal, aku biarkan aje bintang-bintang tu. Biarlah, dia pun tak cakap apa-apa, so aku just ignore, habis cerita dan mungkin hati aku tak lah sakit sangat.  Mungkin hasilnya akan jadi lebih baik.  Mana tahu.  

"Wei, berangan!" tersentak aku. Ya Allah, baru perasan, habis buku rujukan tu aku 'terconteng' dengan pensil. Aduh ! Aku raup muka dengan tapak tangan.   Marshila menyambung semula bacaannya. Namun Lailawati masih memandangku tajam. Aku angkat kening. Pe hal lak minah ni !

"Kau kenapa?", soal dia. Masih memandang aku. Saat itu juga, Marshila mengangkat muka memandang aku. Dan Shakira, aku tak tahu kemana dia pergi. Selalunya kami prep bersama-sama. Mungkin dia ada hal lain, agaknya, aku serkap jarang.

Sedar yang mereka masih menanti jawapan aku, aku tutup buku tersebut. Mengemas stationary yang berselerakan di atas meja. Mereka masih lagi memerhatikan aku.

"Apa pasal dengan kau orang ni? Aku nampak pelik ke?", aku bertanya tanpa memandang mereka. Aku yang pelik atau dia orang yang pelik?

"Okey, aku okey, okey. Tak ada yang tak okey melainkan okey-okey belaka. Okey?", aku senyum. Dan aku harap mereka okey dengan jawapan aku.

Tidak semena-mena, aku mendapat satu semangat.   Aku bulatkan dalam hati yang aku kena buang rasa suka itu. Lagipun, baru aje rasa suka, jadi senang cerita. Malas aku nak merungsingkan kepala dengan memikirkan hal yang bukan-bukan. Dan lagi, exam dah tak lama lagi. Kalau tak lulus periksa, harus ayah kawin kan aku dengan Ali Buncit, gelaran yang aku berikan kepada anak Encik Ismail, jiran belakang umah yang gemuk dan busuk itu. Eeee tak nak lah aku !

"Tapi Fazdwan itu sangat manis!", jerit hati aku.  Dan aku sedar harapanku musnah belaka bak kaca terhempas ke batu.  Kalau dekat dengan kaca-kaca yang bersepai tu pun, kaki aku yang akan sakit dan cedera.  Dia jahat !!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2010 01:02 AM | Show all posts
~ Belahan Jiwa 18


Hari ini, sempena menyambut Hari Sukan Tunas Setia yang hanya akan berlangsung satu minggu dari sekarang, larian merentas desa akan diadakan. Ketika ini kami berada di padang sekolah. Semua pelajar terlibat dan tidak ada seorang pun yang terkecuali.

Walau bagaimanapun, kami sebagai junior tetap dan wajib menjaga tingkah laku kami. Kalau didapati 'tertangkap' dengan aksi-aksi yang dikira melangkaui batas, haruslah menjawab ke pihak Displin Senior. Tapi aku anggap diorang kakak-kakak senior tu, jealous dengan kemolekkan sebahagian dari kami. Itu aje !

Aku dan Shakira diletakkan di Rumah Biru. Lailawati dan Marshila pula di Rumah Merah. Dan kebetulan yang sangat kebetulan, Fazdwan juga satu rumah dengan kami. Sangat-sangat kebetulan ni. Semasa menunggu tiupan wisel dari Guru Sukan, kami bertiga berdiri sangat hampir. Shakira di sebelah kanan aku dan Fazdwan di kiri aku. Jadinya, aku berada ditengah-tengah antara mereka.

"Dian Juwita, awak tak nak cakap apa-apa pasal bintang tu ke?", Gulp..tiba-tiba aku tertelan air liur. Dia tahu nama aku? Dia tahu nama aku, ke? First time aku dengar suara dia. First time dia panggil nama aku. Nama penuh aku. Mujur juga dia tak sebut nama ayah aku sekali. Aku jeling dengan ekor mata. Jelas dia berlagak biasa. Nak pandang ke tak? Kalau pandang, Shakira nampak. Kalau buat-buat tak pandang..

"Maknanya, awak tak nak cakap apa-apa lah ya. OK", dan dia beralih ke sisi Shakira. Dan aku baru tersedar yang aku membazirkan waktu hanya untuk berangan yang bukan-bukan. Juga mengandaikan yang bukan-bukan. Yang akhirnya merugikan peluang yang datang. Dan si dia sedang beramah tamah dengan Shakira. Mesra lagaknya menimbulkan api curiga. Sakit dalam hati juga muncul kembali. Benci ! Aku benci dengan perasaan aku sendiri. Sikapnya yang menimbulkan jelek juga aku benci.

Dan tiupan wisel pun kedengaran. Kami memulakan larian. Shakira dan Fazdwan beriringan. Aku juga yang terpaksa meratap sendu keseorangan. Padanlah dengan muka seorang aku yang konon-kononnya nak jual mahal. Walhal dah ada sessi tawar menawar pun. Siapa yang rugi? Dian Juwita Hussin, lah!

Sepanjang merentas desa memasuki kawasan kampung berhampiran Tunas Setia ni, mata aku sudah hampir berkarat menyaksikan kemesraan 'Uda dan Dara' dihadapan aku. Aku baru nak speed je, Shakira merengek-rengek minta aku temankan dia berjalan. Dia tak pe lah, ada kekasih hati. Aku ni yang seksa, macam tertelan kapur barus rasanya. Pahit maung semua ada.

"Aku lari dulu, lah. Tunggu kau orang berdua, lambat", aku melintasi mereka. Gasak.

Dan sampai juga aku di garisan penamat walaupun aku tahu, aku lambat tiba. Termengah-mengah aku mendapatkan Lailawati dan Marshila yang sedang menikmati air mineral. Penat !!

Lima belas minit kemudian, dari jauh kelihatan kelibat mahkluk perosak berdua tu. Masih tersenyum-senyum sesama sendiri. Membangkitkan semangat menyampah aku, je.

"Jealous ke?", soalan Lailawati itu membuatkan air yang aku tahan-tahan di dalam mulut tersembur keluar dan terkena Marshila. Menjerit-jerit makcik tu akibat perbuatan spontan aku sehingga menarik perhatian pelajar yang ada di situ.

Tawa ingin ditahan, namun terburai juga akhirnya. Dan aku sedar, Fazdwan sedang meratah wajah aku dari kantin sekolah. Aku tahu itu tapi aku buat-buat tak tahu.  Sebab aku tak nak ambik tahu.  Tak nak !
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 02:16 AM | Show all posts
Tapi aku anggap diorang kakak-kakak senior tu, jealous dengan kemolekkan sebahagian dari ka


memang setujuk 500%
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2010 04:10 PM | Show all posts
~ Belahan Jiwa 19


Marshila cuit Lailawati. Lailawati pula cuit aku. Aku anggukkan kepala kepada Marshila. Masing-masing ada simbol tanda soal di muka. Sesungguhnya, kami bertiga sangat terperanjat bila masuk saja ke bilik, Shakira tengah menggogoi kesedihan.

Kami yang cuak ni bergegas untuk busy body bertanyakan kenapa dan siapa yang membuatkan dia menangis, namun dia hanya terus menangis. Menangis bukan yang perlahan. Dia menangis teresak-esak sampai keluar semua hingusan dia.

Kipas aku lajukan ke nombor 5. Tiba-tiba terasa hangat. Dan Lailawati masih cuba untuk memujuk Shakira bercerita tentang masalahnya.

"Aku sakit hati...", dia menangis semula. Ishhh, geram pulak aku dengan budak ni tapi aku cuma biarkan dia menangis sepuas-puas hatinya. Mungkin benar dia ada masalah besar. Dan kami masih menunggu kalau-kalau dia ingin menyambung luahan perasaannya.

Aku perhatikan matanya dan bengkak bagai di smack down. Dengan hidung yang merah menyala itu, Shakira sudah tidak cantik seperti selalu. Ada tawa meletus dalam hati aku.

Marshila pula rebahkan badan dia katil. Dan Shakira masih juga menangis.

"Cuba kau cerita kenapa kau sakit hati. Cerita satu-satu", soal Lailawati dan nada suaranya menunjukkan dia macam sudah hilang sabar namun masih setia di sisi Shakira. Aku masih mendengar sambil menyambung semula melipat baju di dalam loker.

Shakira menyapu air mata. Menghembuskan baki-baki hingusnya di tisu yang aku bekalkan tadi. Habis stok tisu aku!

"Fazdwan...", automatik tangan aku terhenti. Degup jantung juga begitu (tipu je!) Dan aku rasa berdebar-debar menantikan ayat seterusnya yang akan dilontarkan Shakira. Saat itu juga Marshila mengerling aku dan aku pamer muka tidak bersalah kepadanya.

"Kenapa dengan dia? Kau bergaduh dengan dia, ke?", intonasi suara Lailawati agak mendatar. Bunyi tak berminat nak ambil tahu tapi dek kerana sebilik, terpaksa jugalah menjaga tepi kain orang lain supaya tak jadi kera sumbang.

"Dia cakap...dia tak pernah suka aku. Dia just anggap aku ni macam kawan-kawan dia yang lain. Bila aku tanya kenapa, dia kata kami muda lagi. Hati aku sakit sangat, Lai", terangnya. Dan perasaan aku kendur semula. Fuh !! selamat. Ada sedikit rasa lega. Dan aku juga berjaya mengemas loker aku. Marshila pula sudah selamat belayar.

"Dia kata dia suka orang lain dalam Tunas Setia ni", ayat seterusnya yang keluar dari kerongkong Shakira membuatkan aku terasa dicekik tali cemeti. Dan automatiknya Lailawati memandang aku yang masih dengar tak dengar dengan patah-patah kata Shakira. Yang paling lawak, bila Marshila yang kononnya tertidur tadi terus bangun dan duduk menyeringai di atas katilnya. Juga memandang aku.

Saa itu juga, aku tahu yang Shakira seolah-olah telah bertukar menjadi raksasa lalat yang paling hodoh dan hanya menunggu untuk memusnahkan aku dengan kuuasa jahatnya.

"Wei...apa hal pulak dengan korang ni?", aku cuba men'cover' diri dan terus bangun mencapai gayung menuju ke bilik air. Baik blah sebelum Perang Dunia Ketiga meletus dan melahar dan menyebabkan kucar kacir. Aku geleng kepala dan terus mencari arah tuju. Tak sanggup untuk membayangkan yang bukan-bukan.

"Kira, aku tak berdosa...Ya Allah, lindungilah hambamu ini", doaku di dalam hati. Moga-moga bala dijauhkan dari aku. Kalau disuruh mandi bawah jambatan Sungai Seget pun, aku sanggup lakukannya saat ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.523551 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list