CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bnmbnm

Novel: Sekadar Di Hati ~ Hanni Ramsul (bab 6: page 6) UPDATED 6/10

[Copy link]
Post time 4-8-2010 08:56 AM | Show all posts
minggu depan baru ada n3 baru...penulis balik kg minggu ni )
bnmbnm Post at 4-8-2010 08:41


x pelah kalu camtue...
yg penting ada n3...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2010 09:17 AM | Show all posts
Reply 98# bnmbnm


    ok nanti kita gi mph. kinokuniya tak de juga.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2010 01:16 PM | Show all posts
xda lg ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 02:47 PM | Show all posts
rindunya....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2010 09:21 PM | Show all posts
lama da x msuk
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2010 09:21 PM | Show all posts
bila nk bg n3 ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-8-2010 01:32 PM | Show all posts
BAB 4

Ketukan bertalu mengganggu tidurnya yang baru mahu lena.
“Aja…Zarith cari kau,”
        Sayup-sayup suara Atirah menyentuh gegendang telinga. Najwa kaku seketika. Zarith datang mencarinya? Matanya laju menangkap jarum jam di meja. Pukul sembilan malam. Apa pula yang diingini lelaki itu?
        “Aja…,”
        “Kejap. Aku datang,”dia bersuara sebaik namanya dipanggil sekali lagi. Perlahan bergerak turun dari katil. Seketika menghadap cermin dan merapikan wajahnya yang layu, dia bergerak menuju ke pintu. Daun pintu dibuka dan wajah Atirah tercegat di depannya.
        “Zarith kat luar. Dia cakap ada hal nak cakap dengan kau,”
        Najwa diam. Berdiri seketika di situ. Untuk apa lagi dia berjumpa dengan lelaki itu? Apa lagi yang ingin lelaki itu katakan padanya?
        “Pergilah. Selalu bukan main suka pakwe datang. Malam ni, muka masam semacam pula?,”
        Usikan Atirah tidah menyentuh perasaannya. Membuat senyum Atirah juga pudar perlahan-lahan.
        “Korang gaduh ya?,”
        Najwa memandang wajah Atirah. Kemudian menggeleng perlahan.
        “Aku jumpa dia kejap ya,”dia bersuara dan Atirah cuma mengangguk.
Dengan malas dia mengorak langkah menuju ke laman. Memang peraturan di rumah sawanya, tiada lelaki dibenarkan masuk. Zarith bersandar santai di keretanya di gigi jalan. Memerhati langkahnya. Dia sedar itu. Pintu pagar dibuka dan kini dia tercegat di hadapan lelaki yang telah meranapkan seluruh masa depannya. Tidak tahu apa yang dia rasa. Marah? Lebih dari itu. Benci? Juga lebih dari itu. Sayang? Dia keliru. Wajah itu direnung tanpa suara. Ditatap tanpa perasaan.
Zarith juga tidak ubah sepertinya. Mematung di sisi kereta. Hilang segala kemesraan Zarith. Tiada senyum senang di bibir lelaki itu. Tiada juga sapaan mesra. Jauh sekali tautan jemari seperti selalu. Sudah hilangkah segunung cinta Zarith hanya kerana dia kini membawa benih lelaki itu?
“Kenapa cari saya?,”akhirnya dia bersuara melihat kebisuan Zarith.
“Kenapa jumpa abang I? Ini hal kita. Tak perlu libatkan dia. Jangan ingat bila you libatkan abang I, I akan bertanggungjawab,”
“Saya tak pernah libatkan abang awak. Cuma sekali, minta dia tolong pujuk awak. Tapi, cuma sekali itu saja. Saya dah kenal siapa awak sebenarnya. Lepas ni, saya tak akan merayu lagi,”
“Betul ke anak I?,”
Najwa mengangkat muka. Sungguh dia berasa terhina mendengar soalan itu. Bagai dapat membaca apa yang ada di dalam fikiran Zarith.
“Awak tahu saya. Awak kenal saya. Tak perlu saya jelaskan. Dan tak perlu hina saya macam tu kalau awak tak mahu bertanggungjawab,”
Zarith tersenyum. Memandang wajah yang kini kelihatan sedikit lesu. Dia pernah sayang wajah ini. Dan, rasanya sayang itu tetap mekar di hati. Namun, untuk satu perhubungan yang benar-benar serius, ini bukan pilihannya. Waktunya juga masih belum sesuai. Perlahan dia bergerak hampir pada Najwa. Mengeluarkan wallet dari poket seluar.
“I sayang you. Tapi, tidak sejauh itu. Terus –terang, ciri-ciri isteri yang I mahu, tak ada pada you,”
Najwa mengangkat muka. Lembut kata-kata Zarith. Namun, kelembutan alunan suara itu  bagai belati yang menghempas pedih di hatinya. Baru terlihat di matanya keangkuhan lelaki ini.
“Tak ada? Jadi, janji-janji awak selama ini? Untuk apa?,”

“Susah bila bercakap pasal perasaan. And, bohong kalau I cakap I tak concern pasal ni. I pun tak mahu sampai jadi macam ni,”
Najwa tergelak sinis.
“Terima kasih untuk perhatian tu,”sindirnya sambil berpeluk tubuh. Tiba-tiba mual berdepan manusia seperti Zarith. Tiba-tiba hilang kasih. Tiba-tiba hilang sayang.
“Ambil ni,”
Najwa tunduk. Berkeping-keping not seratus terhulur padanya. Membuat nafasnya bagai terhenti seketika. Tidak percaya dengan tindakan Zarith. Semudah itu penyelesaian lelaki ini. Mungkin dengan duit itu, semua masalah bakal selesai untuk Zarith.
“Bayaran untuk saya tidur dengan awak, atau bayaran untuk saya kandung anak awak?,”perlahan soalan itu meniti di bibirnya. Menjaga intonasi suara di kawasan kejiranan itu. Tidak mahu aib diri tersebar lebih jauh. Namun, tindakan Zarith tidak boleh dia diamkan saja. Begitu rendah Zarith letakkan maruahnya.
“Aja… jangan sinis sangat,”
Najwa membuang pandang. Sakit hati bukan sedikit menanggapi Zarith.
“Saya tak hairan dengan duit awak,”gumamnya menahan marah.
“Guna duit ni. Buang kandungan tu. Lepas ni, kita akhiri semua ni dengan cara baik. You mulakan hidup baru, and, I pun ada perancangan masa depan I sendiri,”
Najwa ternganga. Segunung geram  menghimpit dadanya saat ini. Memang Zarith tidak berguna. Langsung tidak berguna.
“Awak suruh saya bunuh anak ni? Awak tahu tak? Dalam perut saya sekarang ada nyawa manusia. Bukan nyawa nyamuk. Bukan nyawa semut. Dan, nyawa manusia tu… adalah anak awak!,”dalam tertahan dia menghambur marah. Memang dalam tekanan yang tidak tertanggung, mahu saja dia membuang benih yang dikandungnya. Namun, mendengar cadangan itu dari mulut Zarith, baru dia sedar kejamnya tindakan itu.
“Apa lagi jalan penyelesaian yang kau nampak?,”nada suara Zarith turut berubah. Atas nama manusia, dia datang untuk menolong. Dan, sesinis ini reaksi Najwa pada niatnya itu.
“Saya tak akan membunuh,”
“Jangan salahkan I, kalau you nak teruskan juga. I dah tawarkan pertolongan. Demi maruah you. Demi masa depan you,”
“Terima kasih banyak-banyak Zarith. Besar maknanya pertolongan awak ni,”
“Oh please! Stop perli-perli aku macam ni. Apa sebenarnya yang kau nak, hah? Kau nak aku kahwin dengan kau? Jangan mimpi. Kau ambil saja duit ni, buat apa yang aku suruh,”
Jemari Najwa ditarik kasar lalu helaian-helaian not seratus kini bertukar tangan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2010 01:32 PM | Show all posts
“Buang anak tu, dan aku dah tak ada apa-apa hubungan dengan budak kilang macam kau! Faham?! Jangan cari aku lagi lepas ni. Dan, pergi dari sini. Jangan cari abang aku lagi untuk suruh dia paksa aku terima kau,”nada itu dibisikkan cukup keras di telinga Najwa sebelum dia bergerak membuka pintu kereta.
“Zarith!,”
Dia menoleh. Memandang wajah Najwa yang kemerahan. Menahan marah. Itu dia pasti. Sedikit tergamam apabila kepingan not seratus melayang ke mukanya.
Belum sempat bersuara, satu tamparan singgah ke mukanya. Pedih. Tamparan yang membangkitkan segunung marahnya.
“Ini untuk penghinaan kau!,”
“Kurang ajar!,”
“Kau yang kurang ajar,”jerit Najwa tertahan. Sedikit sukar bernafas apabila tangan Zarith mencengkam lehernya.
“Jangan salahkan aku, kalau kau nak teruskan semua ni!,”
“Aku tak akan salahkan lelaki pengecut macam kau. Aku akan buktikan satu hari, kau akan datang melutut pada aku!,”
Zarith tertawa sinis. Ugutan itu membuat marahnya hilang. Najwa mengugutnya?
“Jangan mimpi, minah kilang,”
Najwa diam bersama nafas yang laju. Bagai tidak percaya mulut yang selama ini penuh dengan pujian, hari ini memberi penghinaan sebegitu padanya. Malam ini, terasa sedihnya ditinggalkan Zarith hilang entah ke mana. Rasa sayang yang sebentar tadi membuat dia keliru, kini terus lenyap dari hati. Tidak akan ada sedikit rasa kasih pun untuk lelaki itu. Tidak akan.
“Aku benci kau, Zarith…,”
Zarith menentang renungan marah itu tanpa suara. Cukup berlainan dengan Najwa yang dia kenali sebelum ini. Tapi, itu semua sudah tidak penting. Dia sudah datang untuk membantu. Dia sudah datang untuk akhiri semuanya. Bukan salahnya kalau gadis itu mahu terus menanggung beban yang padanya masih boleh dibuang itu.

****

        Dia tersentak. Bingkas bangun dari baringnya.
        “Astaghfirullahal’azim…,”
Segera dia meraup wajah. Sekali lagi mimpi yang hampir sama menghantui tidurnya. Cuma kali ini, lebih membuat dia gerun. Mungkinkah dia terlalu banyak berfikir? Mungkinkah semua itu hanya mainan tidur? Pengaruh fikirannya di alam luar sedarnya? Atau satu petunjuk untuknya?
Perlahan dia menoleh. Mencari jam. Pukul dua pagi. Sungguh mimpi itu memberi kesan padanya. Seketika dia teringatkan Najwa. Gerak hatinya meminta dia menghubungi gadis itu. Dia mahu tahu keadaan Najwa. Namun, melihat pada jarum jam, rasanya mungkin gadis itu sedang lena. Kejam rasanya mengganggu Najwa dalam keadaan gadis itu sebegitu.
        Satu keluhan berat meniti di bibirnya. Termenung seketika mengingatkan mimpinya yang berulang-ulang. Juga mimpi barunya yang sedikit berlainan. Deringan telefon bimbitnya menarik perhatian. Sedikit hairan dengan gangguan panggilan pada waktu sebegini. Lebih hairan melihat nama Najwa yang terpamer di screen. Segera panggilan itu dijawab.
        “Najwa?,”
        Diam. Cuma nafas laju yang terdengar di telinganya.
        “Najwa. Kenapa ni?,”
        “Saya mimpi bang. Saya takut,”
        “Mimpi apa?,”
        “Saya…saya mimpi saya nak bunuh baby. Saya dengan Zarith nak bunuh baby…,”
        Luqman menelan liur.
        “Baby tu nangis. Zarith nak pukul dengan batu…Saya nak halang tapi, saya tak berani…,”
        Jantung Luqman bagai terhenti.
        “Abang jauh. Abang tak boleh nak tolong…. Saya takut bang,”
        Kali ini, dia benar-benar kelu. Sukar untuk dia percaya.
        “Saya takut, bang,”
        Luqman menarik nagas dalam.
        “Itu cuma mimpi. Najwa banyak sangat fikir ni. Jangan fikir banyak-banyak. Dah jaga tu, ambil wuduk. Kalau larat, buat solat sunat ya. Jangan fikir bukan-bukan ya. Abang yakin, Najwa tak akan nak buat macam tu, kan?,”perlahan-lahan pujukan itu ditiup ke telinga Najwa. Sepi.
        “Najwa?,”
        “Maaf bang. Ganggu abang malam-malam macam ni. Saya cuma ingat abang aje tadi. Abang yang cuba nak tolong dalam mimpi tadi. Tapi, abang jauh sangat…,”
        “Tak apa. Kebetulan abang belum tidur pun. Dah lewat ni. Lepas solat nanti tidur semula. Okay?,”
        Diam, dan perlahan-lahan talian terputus. Dia pula terus terkedu. Mimpi yang sama? Pada masa yang sama? Itulah yang dia nampak. Najwa menangis di sisi Zarith sedang tangan Zarith memegang batu merenung anak kecil yang menangis di atas rumput. Dia pula terlalu jauh rasanya untuk membantu.
        “Subhanallah…,”akhirnya dia berbisik perlahan. Bergerak turun dari katil. Barangkali memang panggilan untuk dia sujud padaNya pada dinihari sebegini. Perlahan dia melangkah ke bilik air. Mahu berwuduk.

****
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2010 02:16 PM | Show all posts
:@...ZARITH...
org mcm nie memang berani buat x berani nak tanggung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2010 02:18 PM | Show all posts
...ZARITH...
org mcm nie memang berani buat x berani nak tanggung...
shahrinas Post at 9-8-2010 02:16 PM



    sabar2.....naik angin nampak,,,,,,,,,
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2010 02:22 PM | Show all posts
sabar2.....naik angin nampak,,,,,,,,,
bnmbnm Post at 9-8-2010 14:18


x suka org camnie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2010 02:23 PM | Show all posts
x suka org camnie...
shahrinas Post at 9-8-2010 02:22 PM



    dunia hari ni...memang banyak kan?  :@

klu dapat tangkap pastu buang kat kolam buaya jer...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2010 03:19 PM | Show all posts
dunia hari ni...memang banyak kan?  

klu dapat tangkap pastu buang kat kolam buaya je ...
bnmbnm Post at 9-8-2010 14:23



agak agak dari bekas ayor nujum pak belalang ni...biler la gamaknya buku ni nak keluar dari oven....aku nak siapkan bajet tuk tabung cap ayam ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2010 03:27 PM | Show all posts
agak agak dari bekas ayor nujum pak belalang ni...biler la gamaknya buku ni nak keluar dari ov ...
kaypo Post at 9-8-2010 03:19 PM



    salam kaypo..kata hanni, tahun depan insyaallah...  doa2kan lah ya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2010 05:53 PM | Show all posts
salam...
x puasnya, sikit sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2010 06:15 PM | Show all posts
salam kaypo..kata hanni, tahun depan insyaallah...  doa2kan lah ya..
bnmbnm Post at 9-8-2010 15:27



tahun depan ada 12 bulan yang....bulan berapa...masa pesta buku?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2010 07:37 PM | Show all posts
da ada n3...
tq
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2010 07:39 PM | Show all posts
baiknya c luqman ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2010 08:07 PM | Show all posts
Aku akan buktikan satu hari, kau akan datang melutut pada aku!,”
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2010 08:08 PM | Show all posts
akan kubuktikan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.943836 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list