|
awat makpak dia tak terai tambat anak dia ngn rantai besi ka buang 2-3 hari.....tgk bleh ilang jugak ke idak.......jin kan takut besi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bomoh kejar lembaga
Laporan dan foto MOHAMMAD ISHAK
[email protected]
2010/10/10
JERTIH: Rumah gadis misteri di Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini, yang kerap ghaib menjelang senja dan tengah malam diserbu ratusan penduduk apabila dua bomoh yang merawat gadis itu mendakwa berjaya menangkap sembilan jin dan makhluk halus, malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam ketika dua bomoh lelaki itu merawat Siti Balqis Mohd Nor, 22, yang menghadapi masalah gangguan misteri sejak dua bulan lalu menyebabkan dia sering ghaib.
Dua bomoh itu yang datang untuk menawarkan khidmat percuma selepas mengetahui kisah gadis itu menerusi akhbar sejak Selasa lalu, berpecah ketika sesi merawat, dengan seorang mengerjakan solat di dalam rumah dan seorang lagi menggunakan jampi di luar rumah.
Selepas 15 minit kedua-dua bomoh itu merawatnya, rakan bomoh di luar rumah ternampak satu lembaga dan terus mengejar lalu berjaya menangkap makhluk berkenaan.
Kerja menangkap berkenaan berlangsung satu demi satu sebelum sembilan jin atau makhluk halus berjaya ditangkap, menyebabkan beratus-ratus penduduk setempat menyerbu rumah gadis itu dan melihat usaha bomoh menangkap makhluk itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Ramlan Ali serta isteri turut hadir untuk melihat peristiwa yang menggemparkan penduduk daerah ini.
Ramlan berkata, selepas menangkap sembilan jin dan makhluk itu, bomoh terbabit memasukkannya ke dalam bekas khas yang bertutup bagi mengelak ia keluar.
Orang ramai yang menyaksikannya tidak melepaskan peluang mengambil gambar dan video, kebanyakannya menggunakan telefon bimbit, untuk dijadikan kenangan dan bahan bukti kejayaan bomoh berkenaan.
Ibu gadis itu, Norizan Said, 47, ketika ditemui berkata, sejak kisah anaknya disiarkan media ini, Selasa lalu, seramai 17 bomoh datang menawarkan diri untuk merawat Siti Balqis secara percuma, tetapi kejadian malam tadi paling kemuncak apabila bomoh berkenaan menunjukkan kepakaran berjaya menangkap makhluk yang sebelum ini didakwa menjadi punca anaknya ghaib.
Usaha wartawan Berita Minggu untuk mendapatkan komen dan mengambil gambar dua bomoh itu gagal kerana mereka tidak mahu menonjolkan diri, sebaliknya memberitahu makhluk halus yang ditangkap akan dihanyutkan ke laut. |
|
|
|
|
|
|
|
dalam setiap bekas tu ade telur ayam.. tu makanan jin ke? |
|
|
|
|
|
|
|
budak balqis ni jumper...tapi die lum leh kuasai sepenuhnya lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Bomoh kejar lembaga
Laporan dan foto MOHAMMAD ISHAK
2010/10/10
JERTIH: Rumah gadis misteri d ...
cecari Post at 10-10-2010 03:51
agak2 pas bomoh ni dapat tangkap jin, balqis ni ilang lagi tak?? kalo still ilang, bomoh ni temberang ler.. |
|
|
|
|
|
|
|
erkk..kenapa mesti ada telur....dlm bekas tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 106# jaa139
kat berita harian tulis dia da xilang lagi..
Penduduk serbu rumah gadis ghaib rakam gambar jin
2010/10/10
ORANG ramai mengambil gambar jin dan makhlukhalus didakwa dimasukkan ke dalam tabung khas sebelum dihanyutkan kelaut oleh bomoh, malam tadi.
JERTIH: Rumah gadis yang mengalami gangguan misteri yang menyebabkannyasering ghaib di Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini, diserbu ratusanpenduduk selepas dua lelaki datang menawarkan diri merawat gadis itumendakwa berjaya menangkap sembilan makhluk halus malam kelmarin.
Dalam kaedah rawatan tradisional jam 7.30 malam itu, dua lelakimenggunakan kaedah masing-masing bagi merawat Siti Balqis Mohd Nor, 22,yang ghaib ‘dilarikan’ makhluk ketika senja dan dinihari, sejak duabulan lalu.
Dua lelaki itu yang menawarkan khidmat percuma selepas membacakisah itu di akhbar sejak Selasa lalu, berpecah dua ketika sesi rawatandengan seorang daripadanya berada di dalam rumah mengerjakan solat danseorang lagi di luar rumah menggunakan jampi.
Kira-kira 15 minit selepas rawatan, seorang lelaki yang beradadi luar rumah mendakwa melihat satu lembaga yang didakwanya dapatditangkap.
Dia mendakwa dapat menangkap sembilan jin atau makhluk halus yangmenyebabkan beratus-ratus penduduk menyerbu rumah gadis itu.
Selepas menangkap sembilan makhluk itu, bomoh itu memasukkannya kedalam bekas khas bertutup bagi mengelak makhluk berkenaan terlepas.
Orang ramai yang menyaksikannya tidak melepaskan peluang untukmengambil gambar dan video, kebanyakannya menggunakan telefon bimbituntuk dijadikan kenangan dan bahan bukti kejayaan bomoh berkenaan.
Usaha Berita Minggu mendapatkan komen dan mengambil gambar duabomoh itu gagal kerana mereka tidak mahu menonjolkan diri sebaliknyamemberitahu makhluk halus yang ditangkap, dihanyutkan ke laut.
Siti Balqis pula mengakui kini berasa lebih tenteram kerana dalam tempoh 48 jam lalu, beliau sudah tidak lagi ghaib.
“Saya harap usaha murni semua pihak yang menghulurkan bantuan akanmembuahkan hasil dan membolehkan saya kembali menjalani kehidupanseperti biasa,” katanya.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali.
Ibunya, Norizan Said, 47, berkata, sejak kisah anaknya disiarkan,17 bomoh menawarkan diri merawat Siti Balqis secara percuma tetapikejadian malam tadi adalah kemuncaknya apabila bomoh berkenaan dapatmenangkap makhluk yang sebelum ini didakwa menjadi punca anaknya ghaib.
Katanya, sejak kisah anaknya disiarkan media, keluarganya jugaberasa lega kerana tidak perlu lagi menanggung perbelanjaan besar untukmengupah bomoh sama ada berasaskan rawatan Islam atau kaedahtradisional kerana semuanya kini menawarkan khidmat merawat anaknyasecara percuma. |
|
|
|
|
|
|
|
case closed!!
da settle sume...jap lagi ade sape2 terjumpa bekas jin tu kat ingatkan balang kue raya terus buka |
|
|
|
|
|
|
|
clear gak ek...jin2 tu..jin kelas bawahan? |
|
|
|
|
|
|
|
case closed!!
da settle sume...jap lagi ade sape2 terjumpa bekas jin tu kat ingatkan balang kue ...
jaa139 Post at 10-10-2010 14:14
kuih jinn...hehe..org tua2 ckp kalo juper botol berttp tepi pantai jgn memandai nak bukak... |
|
|
|
|
|
|
|
erkk..kenapa mesti ada telur....dlm bekas tuh..
sayangyus Post at 10-10-2010 12:35
rasanya fungsi telur dalam bekas tu umpan / makanan kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
bang medang...gambar kat atas tu...bang medang tak nampak ke?? gambar yg tertulis bomoh tangkap 9 jin tu....ada je isinya dlm balang tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Kekekkeke....sumer pakat amik gambar ( guna Kamera HP..kih..kih..kih)...kot2 boleh nampa ...
medangmru Post at 10-10-2010 18:26
nanti.....tunggu esok punye brita (11/10/10)......hade brita lagikk pasal tis gurl ngan jinn jin neh...dengo kata "big bos" blom kena tngkap lagikk...yg seme dlm botol sekot raya..jinn jinn low class punye |
|
|
|
|
|
|
|
bang medang...gambar kat atas tu...bang medang tak nampak ke?? gambar yg tertulis bomoh tangkap 9 ji ...
linamys Post at 10-10-2010 18:30
Salam lina dan geng2 lain
aku nampak semua balang ada cam kabus putih....tapi yg plg depan tu ada cam membentuk rupa sikit......nanti tunggu sesiapa yg rajin kasi enlarge foto nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by linamys at 10-10-2010 19:10
Salam lina dan geng2 lain
aku nampak semua balang ada cam kabus putih....tapi yg plg depan t ...
lampu_liplap Post at 10-10-2010 19:00
salam lampu..
kak pon / polong kot...yg lampu nampak..kanan kirinya maybe hantu raya ..specis hantu kot semua ni..jin kelas bawahan....lina pun tak reti...nak mengelaskan...tak nah nampak..sapa pernah nampak tau le...jenis hantu apa..
tunggu la....ea enlarge dan main ngan PS gambo2 ni....heehhe....
ea........yuhu...ada kerja csi lagi ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam lina dan geng2 lain
aku nampak semua balang ada cam kabus putih....tapi yg plg depan t ...
lampu_liplap Post at 10-10-2010 07:00 PM
ada dul;u kat Topik Nampak Jin kalau tangkap guna kamera HP 5MP kalau x silap...jenuh kitaorg belek2....mmg haram tak nampak.....yg aku tahu....ramai yg mcm nampak....dan siap edit guna PC kendian tunjuk rope bentuk hantu tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|