CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hatilara

[Tempatan] Pelajar perempuan maut dipercayai ditikam di sekolah

[Copy link]
Post time 14-10-2025 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Tinot7 at 14-10-2025 04:44 PM
mrsamz replied at 14-10-2025 04:25 PM
Facebook thrive well. panjang lah cerita nih nanti


Pelajar sekolah maut ditikam menjerit minta tolong
Oleh Kasthuri Jeevendran - 14 October 2025

PETALING JAYA – Pelajar perempuan tingkatan empat yang meninggal dunia dipercayai ditikam pelajar lelaki tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, pagi tadi menjerit meminta tolong.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, seorang guru yang terdengar jeritan mangsa telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Seorang guru yang berada berhampiran terdengar jeritan minta tolong daripada mangsa dan cuba membantu, namun ‘terlambat’ kerana suspek sudah menikam mangsa,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati terdapat beberapa kesan tikaman di bahagian badan mangsa dan polis telah merampas dua senjata tajam dipercayai digunakan suspek dalam kejadian tersebut.

“Kita rampas dua senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam kejadian ini. Jenis senjata akan disahkan kemudian.

“Ketika ini kita tunggu laporan bedah siasat dari hospital bagi mengesahkan jumlah sebenar tikaman yang dialami mangsa.

“Terdapat kecederaan beberapa tikaman didapati di bahagian badan mangsa. Apabila laporan bedah siasat keluar nanti, kita akan tahu berapa jumlah tikaman sebenar,” katanya.

Menurut Shamsudin, setakat ini siasatan mendapati tiada unsur buli dikesan.

Namun polis tidak menolak kemungkinan wujud faktor lain dan siasatan memberi tumpuan kepada pelbagai aspek termasuk latar belakang kedua-dua pelajar terbabit.

Tambah beliau, polis kini dalam proses merakam keterangan beberapa individu termasuk guru, rakan mangsa dan suspek bagi membantu siasatan.

Mangsa berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan pelajar tersebut dihantar ke Hospital Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, suspek berusia 14 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Kita akan jalankan siasatan lanjut dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kemudian,” jelas Shamsudin.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut bawah Seskyen 302 dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok bagi permohonan reman. – MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2025 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
BungaKencana replied at 14-10-2025 04:23 PM
aah betul yg ni

Seram sgt.. bebudak sana mesti ketakutan.. cikgu2 pun takut.. cikgu yg masuk toilet tu lagi la, taktau apa prasaan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2025 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Mata stim cam bawah pengaruh dadih je
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2025 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai_kiu replied at 14-10-2025 04:08 PM
Disclaimer: gambar tak sensod

Allah, baju putih jadi kaler lain dah

Gambar pelaku merata orang duk share tanpa tutup muka
Hati2 koramg mendapat lod, mak pak dia bleh saman tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2025 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 14-10-2025 04:35 PM
Allah, baju putih jadi kaler lain dah

Gambar pelaku merata orang duk share tanpa tutup muka

Alamak lod fulek.. ai edit skang
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2025 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes pelajar maut ditikam: KPM tubuh jawatankuasa khas
Mohd Iskandar Ibrahim
[email protected]

Putrajaya: Kementerian Pendidikan (KPM) menubuhkan jawatankuasa khas bagi memastikan semua aspek berhubung kes seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang maut ditikam pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah dapat disiasat secara tuntas, telus dan adil.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, kes terbabit sedang berada dalam siasatan polis dan KPM akan memberi kerjasama penuh dalam proses siasatan.

"KPM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga murid yang kematian kerana ditikam di sebuah sekolah di Selangor hari ini.

"Semoga keluarga diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Media hari ini melaporkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah, maut selepas dipercayai ditikam seorang pelajar lelaki, pagi hari ini.

Sumber berkata, kejadian dikatakan sekitar 9.30 pagi, yang mana suspek, iaitu pelajar lelaki Tingkatan Dua dipercayai membawa senjata tajam, dipercayai pisau ke sekolah.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, pasukan kaunselor dan guru bimbingan sudah digerakkan untuk melaksanakan intervensi psikososial kepada murid, guru dan seluruh warga sekolah berkenaan.

Disiarkan pada: Oktober 14, 2025 @ 3:11pm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2025 04:39 PM | Show all posts
kisah cinta ditolak eh? seriuslah? budak tingkatan dua?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2025 04:40 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 14-10-2025 04:35 PM
Seram sgt.. bebudak sana mesti ketakutan.. cikgu2 pun takut.. cikgu yg masuk toilet tu lagi la, ta ...

tu la.. trauma budak2 situ silap2 ada yg mnta tukar skolah tp mana2 pun ttp ada bahayanye juga.. kesian dkt parents yg kne tikam tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2025 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Cassieopeia replied at 14-10-2025 04:24 PM
pisau tu dia beli online katanya alahai

Cepat smpainya,sah suspek mmg dh rancang awal.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2025 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 14-10-2025 04:35 PM
Seram sgt.. bebudak sana mesti ketakutan.. cikgu2 pun takut.. cikgu yg masuk toilet tu lagi la, ta ...

Nasib baik ada cikgu yg meronda pagi tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2025 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
akuchenta replied at 14-10-2025 04:26 PM
alaahhh budak normal pun ada yg xda manner!!
Semoga autism ada cure selepas sdh penemuan ubat utk  ...

Pelaku tu autism ke bukan ke ada masalah mental? Katanya Sedang jalani kaunseling kat sekolah
Dorang ni pelajar peralihan maybe sebab dari sjkc kan hat mana slow tu tak reti BM biasanya masuk kelas peralihan dulu jd umur tua setahun laa
Budak Melayu pun ada masuk peralihan kalau zaman iols sekolah dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2025 04:45 PM | Show all posts
kalau cikgu nak cek pun cikgu takut. tak pasal cikgu pulak jd mangsa. eh risau lah kes2 cmni. anak2 sedang membesar...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2025 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
hart_attack replied at 14-10-2025 04:42 PM
Nasib baik ada cikgu yg meronda pagi tu.

Laporan ada yg habaq guru buat rondaan.. ada yg habaq,kawan lari dapatkan cikgu.. tatau mana betui.. yg pasti, siapa yg buka pintu, for sure trauma..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2025 04:46 PM | Show all posts
hart_attack replied at 14-10-2025 04:40 PM
Cepat smpainya,sah suspek mmg dh rancang awal.

x sync la citer2 yg kuar pas abis sekolah ni...bebudak baru dpt hp habis nk hupdate ke semua pollower dia..mak2 baru dgr citer anak, habis semua share versi memasing kt group whatapps...kalau btl cinta di tolak semalam, pisau beli online, mmg dh tau kna reject ke cane so dh prepare awal...tlg la polis wat kje cepat sikit ya..byk sgt plot twist kes2 kt sekolah mnggu ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2025 04:48 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 14-10-2025 04:46 PM
Laporan ada yg habaq guru buat rondaan.. ada yg habaq,kawan lari dapatkan cikgu.. tatau mana betui ...

jgn caye dlu apa kuar kat online ni..tnggu berita malam ni at least yakin sket nk dgr dr awani tulis lain, yg ini tulis lain, yg itu tulis lain...byk versi dh ni..

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2025 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Friska replied at 14-10-2025 01:29 PM
Iya Kakak, karena beberapa tahun lagi anak semata wayang saya akan mulai ke sekolah.

Oleh itu waja ...

Apa hal ko nk banding dgn menteri indon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2025 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
kelapaparut replied at 14-10-2025 03:51 PM
Ingatkan kisah budak2 sekolah melayu pantai timur, biasenye dieorg sinonim kan dgn kes2 keganasan ka ...

Aritu pun budak sekolah gak budak bunuh mak dia dan cina gak
So cina teruss bunuh, yg melayu buli dan membirah, india plak tumbuk cikgu
Lengkap
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2025 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahu pulak dia nak tikam tpt yg boleh bawa mati.  Kalau tikam kat lengan ke ada harapan sempat selamat lg.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2025 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts


Ankel niama ni kata ada 2 kedai je kat Malaysia pisau ni ada, tp on9 mesti byk direct terus dr caina bagai

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2025 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
BungaKencana replied at 14-10-2025 07:37 AM

Ya Tuhan...Hapa la rasuk budak tu sampai boleh panjat toilet pi tikam mati mangsa dalam cubicle...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.670911 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list