CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

Tujuh Hari - Tamat

[Copy link]
 Author| Post time 6-2-2012 03:11 AM | Show all posts
“Rasenye obvious sangat yang saye kerja kat sini” tergelak kecil gadis itu dengan kenaifan Ajis.

“Ha’ah ye kan…” macam orang bodoh, Ajis termangu-mangu sambil menggaru kepala.

“Saye Aina…student UAM…Law” Aina mengenalkan diri.

“Ohh ..hai Aina…saye..”

“Aziz…Aziz Mohamed” tidak sempat Ajis hendak mengenalkan dirinya, Aina sudah pun menyebut namanya, nama penuh lagi.

Tersentak Ajis. Macam mana pula si Aina ini tahu nama penuhnya.

“Kite satu batch…awak tak perasan saye kot..tapi saye kenal awak mase orientasi dulu…ingat tak mase second day awak kena denda dengan fasi sebab datang lambat mase LDK?”

Ajis teringat kembali semasa minggu orientasi. Dia di paksa membuat teknik ‘henshin’ Space Cop Gaban sebagai hukuman kerana tiba sejam lambat untuk aktiviti Latihan Dalam Kumpulan. Apa yang menambah lagi pada ‘keglamoran’ nya apabila dia tiba di dewan hanya dengan memakai t-shirt tertera gambar karekter adiwira jepun, Gaban dan seluar jeans di masa semua pelajar baru diwajibkan memakai kemeja dan seluar slack.

"Laa..awak ingat lagi ke?”

“Mestilah ingat…puas gelak tengok awak berputar-putar jadi Gaban” kata Aina sambil senyum tersipu.

“Saye tak tau nak cakap ape dah…” merah padam muka Ajis mengenang kejadian malang itu.

“Smart awak hari ni?...selalunya awak pakai t-shirt je” Aina merujuk pada penampilan Ajis yang lain dari kebiasaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2012 03:17 AM | Show all posts
Ligat kepala otak Ajis mencari perkataan sesuai untuk menjawab pertanyaan Aina. Baru sahaja dia membuka mulut…

“Biar saye teka…saje je kan?” sekali lagi Aina tergelak kecil.

“Ha’a…saje ..”

“So…awak sorang-sorang ni…ade tunggu sape-sape ke?”

“Tunggu…tunggu kawan”

“…Kawan…perempuan yang jemput awak hari tu ke?”

Semakin pelik Ajis. Banyak betul yang Aina tahu pasal dirinya.

“Errr…ye..yang tu”

“Dia tu…girlfriend awak ke?” tanya Aina serius.

“Eh tak la…kawan je”

Lebar senyuman Aina mendengar jawapan Ajis.

“Aziz minum je ke? tak nak makan?”

“Eh takpela…saye kenyang lagi”

“Aina takde kelas ke hari ni?”

“Oh hari ni..”

“Ehemm…” deheman suara misteri mematikan perbualan mereka. Aina memberikan senyuman seakan terpaksa pada Ajis dan tetamu di belakangnya. Kemudian dengan senyap, si pelayan comel berambut pendek beredar menuju ke ruangan dapur Kafe Fikri.

Tergamam Ajis melihat Nadira.

“Harini ade ape-ape ke?” tanya Ajis.

“Kenape?”

“Apasal tetibe je awak pakai macam ni?”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2012 03:22 AM | Show all posts
Post Last Edit by dammerung at 6-2-2012 03:42

“Apsal? Tak boleh?”

“Takdela…pelik”

“Suddenly I feel like matching classic with…leather” kata Nadira selamba.

Ajis melihat Nadira dari atas ke bawah. Rambut panjang ikal mayang yang biasanya di biarkan mengerbang atau di ikat ringkas, hari ini di sanggul kemas. Kebaya nyona Melaka berwarna biru di padankan secara kontra dengan sepasang but kulit jenama Doc Martens dan sebuah beg kulit berjenama PUMA bergalas di bahu kanan .

“You look like you’re gonna attend some weird wedding in the middle of a jungle” kata Ajis pada Nadira.

“You tak suka I pakai macam ni?” muka Nadira berubah. Masam.

“Well…it’s weird but I think it’s cool” kata Ajis tersenyum.

“Ye ke?”

“Yeap”

“You tak rase I overdressed?”

“Noooo…I think you look great”

“I..I..just want..to look great…today”

“Kenape?”

“Well…to be honest…I sebenarnye was in wreck tadi…I tak tau nak pakai ape”

“Laaa..apesal pulak…bukan ke awak selalunya…I mean, that’s weird coming from you”

“Sebab you…” kata Nadira dengan suara merajuk.

“Kenape dengan saye?”

“I nervous sangat sampai I tak tau nak pakai ape…I tak nak la pakai biase-biase je”

“Hah..saye tak paham..kenape awak nak nervous? Apa yang special sangat harini? Dan apa yang tak kene dengan saye?”

“Sayangggg…..kan harini first date kite…I tak nak la pakai macam I pakai selalu bila keluar dengan you sebelum ni”

Sayang?. Terhenti sebentar jantung Ajis.

(bersambung)
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 11:00 AM | Show all posts
hehehe...
AJIS ngan NADIRA...kita suka...kita suka...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 01:35 PM | Show all posts
Salam.

Muncul jugak Nad & Ajis ni....

Good effort Damm.... Semoga idea mencurah2 keluar selepas this extended weekend...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 06:12 PM | Show all posts
yeah....nadira n aziz...i loike....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2012 07:35 PM | Show all posts
Mode:tunggu sambungan dgn sabar
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 04:16 PM | Show all posts
penantian satu penyiksaan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2012 11:10 AM | Show all posts
dammmm!!! wk brtapa kat gng himalaya ke?..

ni kna tkar tjuk dr 7hari ke 700hari..he3...{:4_185:}
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 03:05 PM | Show all posts
alamakaiiiii... best giler baca citer 7 hari nih... terleka sambil melayang2 ke udara.. eceh.. hehe.. good job damm!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2012 09:48 PM | Show all posts
“Ohh..oh..okay” Ajis terpinga-pinga.

Mereka jalan beriringan menuju ke kereta Fiat Punto. Tiada sepatah perkataan diucapkan. Langit cerah kelihatan membiru. Lopak-lopak air berkerlipan di sinari cahaya matahari. Rimbunan daun-daun dan rumput-rumput yang masih lembap dek hujan begitu menghijau disirami sang suria.

Hari yang amat sempurna untuk bersama sang kekasih.

“Ajis…” panggil Nadira dengan lembut.

“Yeap?”

“You boleh drive?”

“Kenape?”

“Susah la nak drive pakai macam ni…tadi pun nasib baik kereta tak banyak”

“Okay” Ajis mengambil kunci kereta yang dihulurkan.

Kereta Fiat Punto melewati pintu gerbang UAM dan berhenti di simpang memasuki jalan utama. Jalanraya agak lengang tetapi Ajis masih tidak memijak pedal untuk menggerakkan kereta.

“Hei!” terkejut Ajis apabila Nadira mengejutkannya dari lamunan.

“You kenape? Apasal tak jalan?” tanya Nadira.

“Oh yea sorry sorry”  Ajis terkial-kial menukar kepada gear satu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2012 09:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by dammerung at 28-3-2012 21:53

Kereta Fiat Punto memasuki jalanraya dan terus menuju ke pusat bandaraya, jika mengikut signboard yang tertera di tepi jalan.

“Nadira”

Nadira tidak menjawab sebaliknya berpaling kepada Ajis. Tidak keruan Ajis apabila melihat wajah ayu Nadira. Dia menelan air liur sehingga jelas kelihatan halkumnya yang ternaik.

“Kite nak pergi mane ye?” tanya Ajis.

“Eh bukan kita nak tengok wayang ke?”

“Tengok wayang? Cerita ape?”

“HEIIII…bukan ke you semalam kate nak bawak I tengok Film Festival tu kan?”

“Ha ah ye ye…sorry sorry”

“You kenapa blur gila ni?”

“Errrr…saye…saye…” Ajis tidak  dapat membentuk ayat. Seolah-olah mindanya masih tidak dapat menerima hakikat bahawa lelaki bernama Aziz bin Mohamed sedang bertemujanji dengan gadis bernama Nadira binti Tajuddin.

“Why is it today you look so…confused?..selalunya you ni bukan main lagi dengan loyar buruknye”

Ajis menghela nafas.

“Sebab awak…” kata Ajis dengan tenang.

Tersentak Nadira tetapi dia cuba berlagak seperti biasa.

“Kenape dengan I?”

“Awak buat saye…nervous”

“Nervous? Ape pulak I dah buat kat you?”

“Awak takde buat ape-ape kat saye…it just …you”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2012 09:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by dammerung at 28-3-2012 22:04

“Me?”

“Yes…”

“What about me that makes you nervous”

“…Everything” kata Ajis. Dia langsung tidak memandang gadis di sebelahnya ketika diucapkan perkataan tersebut. Tak berani.

Ajis begitu fokus memandu. Itu sahaja yang menjadi distraction kepada gemuruh yang mencengkam jiwa. Di luar nampak tenang tetapi di dalam, liang-liang roma aktif mengeluarkan peluh. Jika tidak kerana dia mengawal pernafasannya, sudah pasti terkeluar jantung dari dada.

Dengan kata lain, Ajis secara tidak langsung baru sahaja meluahkan perasaan pada Nadira. Dia tidak pasti jika Nadira memahaminya.

Tiada sebarang suara kedengaran. Ajis mula risau. Hendak ditoleh takut pula. Takut hendak melihat reaksi Nadira.  Sebenarnya dia sendiri tidak tahu apa yang ditakutkan sangat.

Ajis mengenggam kuat hulu batang gear. Dia menjeling pada tangan kanan Nadira yang hanya beberapa inci dari tangan kirinya. Seperti di pukau, teragak-agak dia cuba menyentuh tangan Nadira tetapi cepat-cepat ditarik balik.

Tiba-tiba kulitnya terasa panas.

Terasa seperti sesuatu yang lembut mengusap-usap bahagian atas tangan kiri Ajis. Hampir terapung Ajis dari tempat duduk kereta apabila mendapati Nadira mengenggam dan mengusap tangannya.

Tubuh yang terapung kini hampir melayang di saat Nadira menyandarkan kepalanya pada bahu Ajis.

“Ajis…can we skip the movie today?” tanya Nadira lembut.

“Kenape?”

“I just want to spend every moment today looking at you..be with you…we can watch it another time…sorry okay?”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2012 09:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by dammerung at 28-3-2012 22:05

Pergi jahanam sama itu festival filem. Sedikitpun Ajis tidak memikirkan mengenainya. Apa yang sedang di alami sekarang adalah terlalu surreal untuk dia mempercayai apatah lagi untuk memproses akan kebenarannya. Dia sudah tidak pasti samada ini adalah benar-benar terjadi ataupun mimpi.

“Okay…” Ajis mematikan ayat. Ditarik nafas dalam-dalam dengan perlahan. Dia tidak mahu Nadira perasan bahawa dia sedang bersusah payah di tahap maksima untuk menuturkan perkataan yang akan keluar dari mulutnya selepas ini. Di kiranya dalam hati…

1, 2, 3…

“Sayang…nak kite pergi mane?”

Sebaik sahaja perkataan 'sayang' didengari, Nadira memeluk erat tangan kiri Ajis.

“I don’t know…I don’t care…anywhere…I’m happy just like this…”

Ajis tidak tahu kenapa tetapi tubuhnya seperti memasuki mode auto-pilot. Dia mengambil susur keluar dari jalan utama dan memandu ke arah suatu tempat yang dia sendiri tidak pasti.

“Where we’re going?” tanya Nadira.

“Zoo” kata Ajis pantas.

“Zoo?” tanya Nadira.

“Zoo?” kata Ajis pula di dalam hati.

(Bersambung)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2012 10:07 PM | Show all posts
sorry guys...lambat update...aku agak busy kebelakangan ini...

akan cuba mengupdate sekerap dan sepantas yang boleh lepas ini.

terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 10:43 PM | Show all posts
Salam.

Welcome back Damm.

Dlm byk2 tempat, zoo juga merupakan destinasi pilihan....

Diharapkan Damm dpt terus berkarya....

Waiting patiently for your next entry....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2012 12:42 PM | Show all posts
Nak pergi zoo ????
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 03:41 PM | Show all posts
lovely...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 04:47 PM | Show all posts
ala....cepatla update, baru nak terbuai2...dah kn tggu plak
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 10:59 PM | Show all posts
zoo???very matching dgn dressing nadira tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.346612 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list