CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sutungR

[Penerbit] ** JS ADIWARNA **

[Copy link]
Post time 17-5-2013 11:40 PM | Show all posts


Novel umum 1: Nak Kahwin Duit Tak Ada oleh Naufal Tarmizi.
Akan mula dijual pada Pesta Buku Selangor 2013 (24 Mei - 3 Jun 2013). Last edited by chit_ana on 17-5-2013 11:41 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2013 11:40 PM | Show all posts



Novel grafik pertama daripada Adiwarna. Akan mula dijual di Pesta Buku Selangor 2013 (24 Mei - 3 Jun) di SACC, Shah Alam. Nantikan kemunculannya!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2013 09:41 AM | Show all posts
ako_chan posted on 23-4-2013 10:33 AM
finally... ako dah habis baca cintaku luruh di oxford...

falah-zuha-wassim

baru2 ni kawan aku pun memberikan reaksi yang sama bila aku minta review dia. dia kata, letih nak habiskan. terlalu banyak meleret dan meleweh. semua 'benda' nak dimasukkan dalam satu buku. dialog terlalu kurang. begitulah review kawan aku. so aku ambil keputusan untuk gali lagi review lain. lain orang, lain citarasa. mungkin aku kena pinjam dulu kat kawan. kalau kena dgn jiwa, baru beli.

aku harap adiwarna boleh tingkatkan lagi cover yang lebih 'segar dan muda'. setau aku adiwarna untuk bacaan remaja. tapi konsep cover tak ada beza langsung dengan konsep cover novel JS yang lain. konsep 'orang tua'. aku harap pihak adiwarna ambik perhatian akan hal ni. carilah identiti sendiri utk adiwarna. jangan over shadow dengan JS. dari mata jatuh ke hati. pikat mata dulu, baru hati.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2013 12:36 PM | Show all posts
cintalara posted on 18-5-2013 09:41 AM
baru2 ni kawan aku pun memberikan reaksi yang sama bila aku minta review dia. dia kata, letih nak  ...



NOVEL-NOVEL UMUM
JS ADIWARNA PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS. SDN BHD.

Rasanya sampul kulit novel umum Adiwarna ada identiti tersendiri dan ia sebuah syarikat penerbitan yang berdiri sendiri dengan usaha sendiri. Harap tak perlu bandingkan Adiwarna dengan mana-mana syarikat penerbitan.
Ada banyak syarikat penerbitan novel di pasaran dan Adiwarna salah satu daripadanya.
Mahu tahu lebih lanjut tentang Adiwarna boleh lawat laman web mereka di www.jsadiwarna.com



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 03:48 PM | Show all posts
Hari tu gi kedai buku.....
Hello Isteri Hai Suami byk juga permintaan sampai kena repeat order

Sesiapa yg dah baca blh tlg preview...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2013 05:40 PM | Show all posts
qimi08 posted on 21-6-2013 03:48 PM
Hari tu gi kedai buku.....
Hello Isteri Hai Suami byk juga permintaan sampai kena repeat order ...



E-majalah ADIWARNA di http://www.adiwarna2u.blogspot.com/  banyak yang dapat dikongsi termasuk resensi novel-novel Adiwarna.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2013 10:07 PM | Show all posts
best la alang rebus tak empuk tu.. walaupun citer ala budak2 tp ok la.. bole masuk ngn iols..
kelakor pun ye jgk.. tak kering gusi membacanya.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 01:37 PM | Show all posts


Inche' Jamil Menantu Mithali ` Norisah A. Bakar

NOVEL BAHARU TERBITAN JULAI 2013
Kategori: NOVEL UMUM
ISBN: 978-967-0201-79-5
Harga: RM24.00 (SEMENANJUNG MALAYSIA) / RM27.00 (SABAH&SARAWAK)

Pesanan atas talian (online): DISKAUN 20% mulai 15 JULAI 2013

Baca bab awal di sini :
http://www.jsadiwarna.com/images ... menantu_mithali.pdf

Sepuluh perkara yang Nasuha tidak suka tentang Inche’ Jamil:

Saya tak nak pakai baju kahwin...
Kita tak payah pergi bulan madu, kita bukan kahwin suka sama suka.
Terima kasihlah Kak Esah bagi perabot lama dia, tak payah kita beli yang baharu.
Saya tak suka tukar tandas duduk, jadi tak payah tukar tandas mencangkung ni.
Baju ni kita boleh pakai dua kali, jimat sabun dan air.
Jangan baca novel, Nasuha, buang masa saja!
Jangan tonton TV lama-lama, nanti karan mahal.
Belajar menjahit, nanti awak boleh jahitkan baju Melayu saya, jimat sikit.
Beri anak susu bayi, murah belanja, tak payah beli susu tepung.
Saya kena teman emak saya melancong ke Langkawi dan Kuala Lumpur, maaf... awak tinggal ya di sini.

Rasanya ada banyak lagi...

tapi ada SATU perkara yang buat Nasuha suka sangat-sangat pada Inche’ Jamil. Nak tahu kenalah baca sampai habislah, ya!

***
NORISAH A. BAKAR lahir di Johor tetapi membesar di Singapura, NORISAH A. BAKAR meminati bidang penulisan sejak dari sekolah rendah lagi; sehingga kini telah menghasilkan 6 novel umum. Novel Inche’ Jamil Menantu Mithali adalah novel NORISAH A. BAKAR yang pertama dengan ADIWARNA. Seorang ibu yang tegas tetapi penyayang, NORISAH A. BAKAR cenderung menulis tentang keluarga, persahabatan serta kasih sayang dan berharap karya-karyanya dapat memberi manfaat kepada ramai, tidak kira tua mahupun yang muda.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2013 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru selesai baca novel simpan untuk yang halal oleh rinzuas..cerita yang menarik.banyak pengajaran yg boleh diambil dan mengingatkan saya untuk mjadi insan yg lebih baik ..good job untuk penulis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2013 01:14 PM | Show all posts
qimi08 posted on 21-6-2013 03:48 PM
Hari tu gi kedai buku.....
Hello Isteri Hai Suami byk juga permintaan sampai kena repeat order ...

qimi08 boleh baca review yang diletakkan di laman blogspot Adiwarna  Review Helo Suami Hai Isteri di www.adiwarna2u.blogspot.com

di paste kan di sini juga

Hai kawan-kawan. Selamat pagi. Untuk peminat-peminat novel, hari ini Cik Manis nak kongsikan sebuah lagi review novel keluaran JS Adiwarna. Novel kali ini adalah hasil karya Q yang diberi judul Hello Suami, Hai Isteri.

Cik Manis ceritakan serba sedikit kisah di dalam novel ini. Airil dan Shazlin kedua-duanya merupakan anak kepada orang senang. Sentiasa dilimpahi kemewahan dan dimanjakan dengan harta. Ia menyebabkan kedua-dua mereka menjadi terlalu manja dan tidak mampu berdikari. Mereka mempunyai sikap yang hampir sama iaitu kedua-duanya tidak suka bergaul dengan orang lain melainkan keluarga sendiri. Mereka lebih suka terperuk di dalam bilik melayan kegemaran masing-masing. Kisah bermula ketika ibu bapa kepada Airil dan Shazlin berpakat untuk mengahwinkan mereka untuk menjadikan mereka lebih matang dan berdikari. Kedua-dua belah pihak bersetuju bahawa mereka harus segera dikahwinkan memandangkan usia mereka juga sudah sesuai dan kedua-duanya masih tidak mempunyai teman istimewa. Pada mulanya, Airil dan Shazlin cuba menentang rancangan ibu bapa mereka, tetapi akhirnya mereka terpaksa akur. Mereka tidak mahu mengecilkan hati dan mengecewakan ibu bapa masing-masing. Bermula dari situlah kehidupan mereka sebagai suami isteri. Walaupun saling tidak mengenali sebelum ini, mereka boleh bertolak ansur dan bekerjasama dalam menguruskan rumah tangga. Tetapi pelbagai dugaan dan halangan yang menimpa kehidupan rumah tangga mereka sehinggakan wujud konflik antara Aril dan Shalin. Apabila perasaan sayang sudah mula wujud, hadir pula insan yang dengki. Mahu mengetahui kisah selanjutnya, kawan-kawan harus dapatkan novel Hello Suami, Hai Isteri.


Novel ini banyak memberi pengajaran berguna kepada pembaca. Misalnya mengenai sikap tolak ansur yang penting dalam sesuatu perhubungan. Jika mahukan hubungan yang harmoni, kita harus saling memahami antara satu sama lain. Selain itu, sikap saling mempercayai juga penting antara pasangan. Tanpa kepercayaan sesuatu hubungan itu sukar untuk berkembang kerana kepercayaan merupakan asas kepada perhubungan. Penulis juga menyelitkan mengenai pentingnya untuk taat kepada kedua ibu bapa. Walaupun Aril dan Shazlin tidak bersetuju dengan cadangan ibu bapa mereka mengahwinkan mereka namun mereka akur juga demi menjaga hati ibu bapa mereka. Sikap kedua-dua watak ini harus dijadikan contoh ye kawan-kawan. Jangan kita melawan kata kedua ibu bapa kita kerana mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Cik Manis berpendapat  novel ini merupakan novel cinta romantik yang sangat sesuai dengan jiwa remaja khususnya pada mereka yang sedang dilamun cinta. Keseronokan cinta di antara Aril dan Shazlin sangat menghiburkan. Penulis juga banyak mengetengahkan istilah-istilah baru khususnya dalam bahasa Korea dan Jepun sesuai dengan kegemaran watak-watak yang meminati cerita Korea dan Jepun. Bagi Cik Manis yang sangat meminati cerita-cerita korea ini, novel ini sangat masuk dengan jiwa Cik Manis. Apa yang penting bagi sebuah novel untuk remaja seperti Cik Manis adalah ia seronok dibaca, mudah difahami dan mampu dihayati. Untuk novel ini Cik Manis beri 4 bintang kepada penulis. Tahniah! Sampai di sini sahaja review kali ini. Selamat berpuasa kawan-kawan


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2013 01:20 PM | Show all posts
sutungR posted on 23-7-2013 01:14 PM
qimi08 boleh baca review yang diletakkan di laman blogspot Adiwarna  Review Helo Suami Hai Isteri  ...


Novel Umum ADIWARNA: Julai 2013
Judul: REMBAT


NOVEL BAHARU TERBITAN JULAI 2013

Kategori: NOVEL UMUM

ISBN: 978-967-0201-80-1

Harga: RM20.00 (SEMENANJUNG MALAYSIA) / RM23.00 (SABAH &SARAWAK)

Pesanan atas talian (online): DISKAUN 20% mulai 15 JULAI 2013

Blurb:-


“Alang nak sertai pasukan bola sepak Legenda. Nak kejar cita-cita Alang.”      



Hanif boleh meneruskan impiannya menjadi pemain bola sepak profesional, tapi dengan satu syarat. Dia haruslah menamatkan 30 juzuk al-Quran dan menjadi seorang hafiz. Itu janji dia pada ayahnya.
Dan, bermulalah kisahnya sebagai seorang pemain bola.

Saya ingin memiliki hati awak bukan sekadar sebagai teman, malah sebagai puteri nurani.


Dalam pada masa yang sama, Diana, sahabat penjejak impiannya menagih cinta. Jika jawapannya ‘ya’, kirimkanlah poskad Taj Mahal. Jika hubungan mereka dianggap sebagai teman sahaja, maka kirimkan saja poskad Gua Thur.
Dan, Hanif telah mengirimkan poskad yang kedua kepada Diana. Cita-cita lebih penting daripada cinta. Kalau berjodoh, mungkin cinta ini akan terikat juga.

Masih adakah ruang untuk saya memetik kuntuman cinta yang pernah mekar di hati awak dahulu?


Setelah lima tahun, Hanif kembali semula mencari cinta dalam hati Diana. Dia mahu mengikat tali perkahwinan yang sah bersama gadis itu. Namun, selain Hanif, ada Umar yang bersungguh-sungguh meraih cinta Diana.

Dan, Diana harus mengakui kini dia keliru untuk memilih siapa. Hanif, jejaka yang pernah menolak cintanya. Ataupun Umar, pemuda yang bersusah payah memburu cinta. Kedua-duanya memiliki kelebihan untuk menjadi bakal suami yang soleh.

***
Membesar di bumi Tanah Serendah Sekebun Bunga mengajar saya berbicara dengan bahasa indah hingga sentiasa mekar mencoret ilham. Mula dengan menulis di alam maya. Sekadar berkongsi sejemput rasa yang berlabuh di jiwa dengan rakan-rakan. Merantau di kota raya sarat dengan cerita ini, mengilhamkan rasa untuk cekal melakarkan cereka. Berbahasa indah adalah satu nikmat!

Last edited by sutungR on 23-7-2013 01:22 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2013 08:23 PM | Show all posts
sutungR posted on 23-7-2013 01:20 PM
Novel Umum ADIWARNA: Julai 2013
Judul: REMBAT


Berita MENARIK
POS PERCUMA
dengan pembelian ONLINE di www.jsadiwarna.com  (28 Julai - 28 September 2013)


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 01:01 AM | Show all posts
sutungR posted on 23-7-2013 01:14 PM
qimi08 boleh baca review yang diletakkan di laman blogspot Adiwarna  Review Helo Suami Hai Isteri  ...

macam best ja citer nie...nak kena cari nie...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 02:30 PM | Show all posts
chit_ana posted on 18-7-2013 01:37 PM
Inche' Jamil Menantu Mithali ` Norisah A. Bakar

NOVEL BAHARU TERBITAN JULAI 2013

Baru habis baca novel ni....
Puan Norisah A. Bakar memang penulis yg saya minat.
Puas hati baca kisah masyarakat yg biasa2 aje tapi blh dijadikan tauladan.
Kisah kehidupan di Singapore.

So sesiapa yg dah bosan membaca cerita kawin paksa / kontrak
nak ubah selera blhlah baca novel ini.

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 11:13 PM | Show all posts
Jom lari ke cameron highland

Dayah dan Dayu dua orang sahabat baik yang agak ‘pelik’. Mereka pantang bertemu, mesti bergaduh. Perancangan mereka untuk bercuti bersama akhirnya tercapai apabila kedua-dua buah keluarga bersetuju membawa mereka bercuti ke Cameron Highlands. Wah...! Seronoknya dapat bercuti ke Cameron Highlands!

            Tetapi, percutian yang diharapkan tak seindah mana. Belum sampai tempat dituju, Dayah dan Dayu sudah merasakan percutian mereka akan dibatalkan. Mereka ada dua pilihan. Sama ada lari atau lupakan sahaja Cameron Highlands. Tidak! Mereka tidak mahu berpatah balik! Mereka tekad! Jom lari…..

“Abang! Beg Dayah dan Dayu sudah hilang!”

“Apa!”

Mereka lari? Sepanjang perjalanan, macam-macam peristiwa berlaku. Paling utama, sikap Dayah yang sering curiga itu. Dayah merasakan Dayu sengaja mengajaknya lari untuk memerangkapnya. Dayu sebenarnya penculik kanak-kanak!!! Dayu bersama konco-konconya berpakat untuk menculik dan menjual Dayah di luar negara untuk dijadikan peminta sedekah!


            Benarkah? Mengapa begitu. Mereka kan sahabat baik? Apa muslihat Dayu sebenarnya? Bagaimana pula dengan impian mereka untuk ke Cameron Highlands? Semuanya bakal terjawab dalam kisah perjalanan penuh kejutan dan mendebarkan ini.

Last edited by sakurakuri on 25-9-2013 11:17 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 11:19 PM | Show all posts
rasa macam tak malu pomot karya sendiri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2013 04:20 PM | Show all posts




NOVEL BAHARU TERBITAN OKTOBER 2013

Kategori: NOVEL UMUM

ISBN: 978-967-0201-86-3

Harga: RM21.00 (SEMENANJUNG MALAYSIA) / RM24.00 (SABAH & SARAWAK)

Pesanan atas talian (online): DISKAUN 20% mulai 24 SEPTEMBER 2013




   







Hud Nuqman, atau Od, memang rapat dengan Khadeeja, atau Jah, jiran sekampungnya sejak kanak-kanak. Rapat... hingga orang selalu salah sangka hubungan mereka. Rapat... sampai mereka pun tak tahu bezakan antara sayang sesama sahabat dengan cinta sesama tersayang.



* * *



"Jah?"

"Tapi kau nampak sepadan dengan dia."

"Isy, tak adalah. Jah tu luar dalam aku kenal. Dah macam saudara sendiri."

"Tu dia! Luar dalam kau kenal."

"Ke situ pula."

"Haaa... dah kenal luar dalam lagilah senang. Tak perlu ambil masa nak kenal-kenal."



* * *



Tapi Od ada Julie, model, pelakon dan pengkritik filem sambilan yang serba-serbi menawan, dan Jah pula bertunang dengan Ikmal sepupu Od, seorang jurutera petroleum yang cukup semua syarat untuk jadi suami mithali.



* * *



Tapi Ikmal, jangan kahwin dengan Jah!



Kata Od:

“Jah tu, masa kecil comot. Hari-hari main selut kat bendang. Habis kakinya ‘berbintang-bintang’. Entah-entah, sekarang pun masih ada.”

Jawab Ikmal:

“Tak apa, sekarang ada banyak produk yang boleh hilangkan parut.”



Kata Od:

“Jah tu kasar orangnya, mana tahu bersopan-santun.”

Bantah Imal:

“Aku perhatikan elok aje dia. Bersopan dan tertib.”



Kata Od:

“Dia pernah paksa aku makan nasi goreng dia. Perghhh! Seminggu lidah aku kebas. Bibir ni rasa tebal, pijar nak meletup. Entah berapa kilo cabai burung dia bubuh.”

Balas Ikmal:

“Err... sekarang mesti dia dah pandai masak.”



Tapi aku suka Jah lebih daripada kau suka, kata Od dalam hati.








***




AININ NAUFAL dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Besar, Selangor (sangat bangga jadi anak Selangor!), dalam sebuah keluarga yang besar. Sekolah tak tinggi mana, sebab itulah dia hanya mengetuk komputer riba dari dalam bilik sepi saja sepenuh masa. Apa pun, masih berusaha meneruskan cita-cita besar untuk mengubah dunia walaupun sebesar atom melalui penulisan. Wah, tak tahan!
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 04:20 PM | Show all posts


NOVEL BAHARU TERBITAN OKTOBER 2013

Kategori: NOVEL UMUM

ISBN: 978-967-0201-87-0

Harga: RM23.00 (SEMENANJUNG MALAYSIA) / RM26.00 (SABAH & SARAWAK)

Pesanan atas talian (online): DISKAUN 20% mulai 24 SEPTEMBER 2013




   



Apabila Farish, si ulat buku bertemu dengan si drama queen, Fidya, dunia sekeliling akan jadi huru-hara. Semenjak hari pertama mereka bertemu, ‘perang’ pun meletus.

Namun, satu wasiat merubah segala-galanya. Mereka berdua harus berkahwin. Khabar tersebut menggembirakan Fidya. Rupa-rupanya dalam diam, gadis itu sebenarnya mencintai Farish. Manakala si lelaki pula terpaksa menurut kata walau dalam hati betapa hebatnya dia memberontak.

***

Alam rumah tangga yang dilalui mereka tidak seindah seperti pasangan lain. Kehadiran Daryan yang dilihat bagai menaruh hati dalam diam menimbulkan pula rasa cemburu di hati Farish. Lebih parah, kemunculan Julia secara tiba-tiba membawa seribu satu dugaan dalam perkahwinan mereka. Tapi, Fidya sudah berazam satu perkara sejak hari pertama dia menjadi isteri Farish,

“Aku akan tawan cinta si ulat buku!”

Membaca kisah Farish dan Fidya ibarat menaiki roller coaster! Penuh drama dan konflik yang bakal membuat anda teruja untuk menghabiskan naskhah ini.




***






FATIN FARHANAH,  berumur 20 tahun dan merupakan anak jati Kuala Terengganu. Anak bongsu perempuan  daripada lapan orang adik-beradik ini sedang menuntut di Universiti Teknologi MARA, Chendering dalam jurusan  Diploma in Business Studies.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 04:23 PM | Show all posts


NOVEL BAHARU TERBITAN SEPTEMBER 2013

Kategori: BOM (8 hingga 14 tahun)

ISBN: 978-967-0201-84-9

Harga: RM15.00 (SEMENANJUNG MALAYSIA) / RM17.00 (SABAH &SARAWAK)

Pesanan atas talian (online): DISKAUN 20% mulai 19 OGOS 2013










“Ibu dia sudah pesan, jangan jadi chef nanti jadi lembut macam perempuan. Tetapi dia ini degil betul. Terlebih makan jambu batu agaknya sebab itu hati pun keras,” kata Azmi menyindir.



Minat yang mendalam terhadap dunia masakan menjadikan Shanmir tetap tegar meneruskan cita-citanya, walau apa pun dugaan yang menghalang. Tentangan hebat daripada ibunya sendiri serta ejekan ‘musuh-musuhnya’ tidak pernah dihiraukan. Kenapa ya dia tidak hiraukan halangan-halangan yang mendatang? Mesti ada sebab lain!



Sikap Shanmir yang ambil mudah terhadap mata pelajaran selain mata pelajaran ERT, menyebabkan dia sering didenda oleh gurunya. Baginya, tidak menyiapkan kerja sekolah itu perkara biasa! Jadi, apa yang berlaku akhirnya? Apakah dia mendapat persetujuan ibunya untuk menjadi chef? Adakah Shanmir akan berubah? Bagaimana pula dengan ‘musuh-musuhnya’?



Alahai, Chef Shanmir merupakan sebuah kisah teladan yang sesuai dijadikan bacaan orang muda seperti anda. Kisah yang penuh dengan pengajaran yang juga diselitkan dengan nasihat ini mampu menjadikan anda lebih bersemangat!



***



Salbie Salleh kini menjadi penulis sepenuh masa. Tulisan beliau pernah tersiar di Tunas Cipta, Dewan Sastera, Dewan Masyarakat, Pelita Bahasa, Majalah Wanita, Majalah Perempuan, Majalah Al-Fikrah dan Solusi. Beliau juga menghasilkan buku masakan iaitu Hidangan Bajet Caraku dan Cita rasa Melaka, selain novel remaja.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 04:23 PM | Show all posts


NOVEL BAHARU TERBITAN OGOS 2013

Kategori: BOM (8 hingga 14 tahun)

ISBN: 978-967-0201-83-2

Harga: RM15.00 (SEMENANJUNG MALAYSIA) / RM17.00 (SABAH&SARAWAK)

Pesanan atas talian (online): DISKAUN 20% mulai 19 OGOS 2013





Khyra seorang murid yang pintar lagi berani. Kebolehan luar biasanya yang ulung ialah dapat memahami bahasa haiwan. Yang seronoknya lagi, Khyra dapat bercakap dengan semua binatang

– bahasa naga difahaminya; bahasa jerung pun mudah baginya. Bersama sahabatnya Sally, seekor ulat bulu yang suka membaca, Daisy seekor kucing yang bijak dan Super Lawa, makhluk asing

yang comel mereka dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh manusia, mahupun binatang.




Dalam Cerita 9 – Khyra Biota: Misteri Cicit Mahsuri ini, Khyra bersama rakan-rakannya bertemu dengan Cik Maya, seorang gadis yang dipercayai sebagai cicit kepada Mahsuri. Khyra

berasa curiga dan mula mengintip gerak-geri Cik Maya. Ada juga kisah Khyra dan Geng Biota yang membantu seekor makhluk terbang kembali ke tempat asalnya di Zaman Ais. Kemudian,

ada cerita tentang penculikan kucing-kucing di sebuah kampung di Selangor oleh seorang lelaki. Lelaki itu menculik kucing-kucing untuk mendapatkan air mata kucing. Selain itu, ada juga

cerita Geng Biota yang membuat ikrar diri masing-masing. Kemudian, ada cerita mengenai Khyra yang dijadikan tebusan oleh seorang budak lelaki yang digelar Budak Rimau yang

berkelakuan seperti seekor harimau. Yang paling menarik, tentunya cerita mengenai seekor ketua wilayah daripada spesies katak, iaitu Katok yang suka mempercayai mimpi-mimpinya yang

mengarut itu.





* * * * *


ASHADI ZAIN adalah pemegang ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada Universiti Malaya. Beliau sudah Berjaya menulis dan menterjemah lebih daripada 60 buah buku. Mari menambahkan ilmu dan bersantai bersama ASHADI ZAIN!

MAJIDAH MAT JUSOH mendapat ijazah Sarjana Muda Perbandingan Agama dan Usuluddin (minor Psikologi) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Menulis dengan hati adalah terapi, menggali dan meniti ilmu bak jauhari - menjadi falsafah penulisan MAJIDAH MAT JUSOH.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.315301 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list