CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lengkuas8883

JPAM dekat di hati Masyarakat

[Copy link]
Post time 4-5-2015 01:28 AM | Show all posts
Cadang perkhidmatan JPAM dipercepat kepada 8 minit



PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu perkhidmatan kecemasan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dipercepatkan kepada lapan minit daripada 15 minit, mulai Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).
   
Beliau berkata, usaha itu merupakan Bidang Fokus Utama dalam Teras Strategik di bawah RMK-11 (2016-2020) untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan kecemasan kepada mangsa.
   
"JPAM sebagai sebuah agensi perkhidmatan kecemasan negara, kini tiba kepada mangsa dalam masa 15 minit dalam jarak 10 kilometer.
   
"Untuk meningkatkan perkhidmatan kecemasan, JPAM dicabar untuk memastikan tempoh masa tindak balas bantuan kecemasan dapat dikurangkan kepada lapan minit," katanya pada majlis sambutan peringkat kebangsaan Hari Ulang Tahun ke-63 Pertahanan Awam 2015 di sini hari ini.
   
Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Adenan Ab Rahman. Hadir sama ialah Ketua Pengarah JPAM, Datuk Zaitun Abdul Samad.
   
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata pindaan Rang Undang-Undang Pertahanan Awam 1951 untuk menambah baik peranan JPAM dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat Jun ini.
   
Beliau berkata, pindaan itu memasukkan elemen-elemen penambahbaikan dan penjelasan fungsi JPAM yang selaras dengan agensi pertahanan awam di negara lain.
   
"Rang undang-undang ini bermatlamat mengembali dan memperkasakan peranan JPAM berlandaskan nas perundangan serta meletakkan kembali JPAM sebagai barisan ketiga pertahanan dan keselamatan negara, seperti dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan selepas Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia," katanya.
   
Ahmad Zahid berkata, kerajaan juga telah meluluskan penubuhan Unit Ambulans Udara JPAM secara perjanjian sewa beli dengan syarikat terpilih dengan kos RM24 juta setahun untuk selama lapan tahun bagi menyediakan perkhidmatan ambulans udara kepada pesakit atau mangsa yang kritikal.
  
Beliau juga mengesyorkan kerajaan mempertimbangkan penambahan peruntukan sebanyak RM20 juta setahun kepada JPAM bagi mendidik orang ramai kemahiran pertahanan awam melalui program Latihan Kesiapsiagaan Awam Menghadapi Kecemasan (LKAMK).
   
Beliau berkata, usaha itu akan memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus rakyat Malaysia diberi pendedahan menghadapi kecemasan menjelang 2020.
   
Selain itu, beliau juga mencadangkan Sistem Amaran Awam dibangunkan secara berperingkat di lokasi strategik dan berisiko seluruh negara.

- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2015 01:29 AM | Show all posts
Tambah aset bagi menaikkan imej JPAM



KUALA LUMPUR - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)  akan menerima penambahan aset dan beberapa peralatan agar agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri itu dapat memainkan peranan dengan lebih berkesan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, JPAM perlu diperkukuhkan fungsinya dengan aset-aset tambahan bagi memastikan ia sentiasa bersiap siaga ketika berlakunya bencana yang melibatkan masyarakat.

"Aset-aset yang diperlukan antaranya helikopter, bot Amfibia, bot berkuasa tinggi, lori 10 tan dan lima tan serta dapur bergerak.

"Peruntukan yang diperlukan bagi aset ini mencecah ratusan juta ringgit," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke ibu pejabat JPAM di sini hari ini.

Menurutnya, jika aset diperbanyakkan mengikut nisbah keanggotan JPAM maka tindakan yang lebih efisien boleh dilakukan, selain menarik minat lebih ramai masyarakat menyertai JPAM.

"JPAM telah mengambil langkah menarik ramai tokoh dalam pelbagai bidang untuk membantu agensi kerajaan ini," katanya.

Ahmad Zahid berkata JPAM sebenarnya memainkan peranan yang besar terutamanya dalam menangani masalah bencana dan malapetaka.

"JPAM membuktikan ketika malapetaka terutamanya banjir yang berlaku sebelum ini, agensi ini berada di hadapan walaupun mengalami kekangan kekurangan aset dan peralatan yang digunakan sebagai bantuan," katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid turut meninjau beberapa logistik milik JPAM yang dipamerkan di ibu pejabat JPAM.

- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2015 01:31 AM | Show all posts
JPAM tangkap ular sawa 100kg



SEGAMAT - Anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Segamat berjaya menangkap seekor ular sawa betina seberat 100 kilogram (kg) dengan panjang lapan meter dekat Kampung Pudu, di sini, petang kelmarin.

Pegawai JPAM Segamat, Staf Muda Mohd Nazlan Ruslan berkata, anggotanya menerima panggilan daripada seorang penduduk kampung yang terlihat ular tersebut berhampiran rumah penduduk kira-kira  pukul 3.30 petang.

“Empat anggota saya bergegas ke kawasan tersebut dengan membawa peralatan menangkap ular kerana dilaporkan reptilia berkenaan sangat besar.

“Kerja menangkap ular tersebut juga agak mudah kerana ia tidak bertindak ganas seperti sudah keletihan, dipercayai keluar dari habitatnya untuk mencari makanan,” katanya.

Menurutnya, operasi menangkap ular tersebut mengambil masa lebih kurang 10 minit dan anggotanya juga turut mendapat bantuan daripada penduduk kampung sebelum dimasukkan ke dalam sangkar yang disediakan JPAM.

Jelasnya, ular ini adalah tangkapan kedua ular terbesar di Segamat sehingga bulan April tahun ini.

“Sebelum ini pada 1 Mac lalu juga, kita berjaya menangkap seekor ular sawa yang hampir sama besarnya di Kampung Sepinang.

“Ular ini akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Segamat untuk tindakan selanjutnya dan saya nasihatkan kepada orang awam jangan terus bertindak sesuka hati sekiranya terserempak haiwan ini kerana bimbang boleh mencederakan dan mendatangkan  bahaya,” katanya.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/mo ... sawa-100kg-1.380873
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2015 01:32 AM | Show all posts
Anggota JPAM dilatih guna senjata api



IPOH - Pegawai dan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan diberi pendedahan mengenai latihan kemahiran menggunakan senjata api dalam tempoh terdekat.

Ketua Pengarahnya Datuk Zaitun Ab Samad berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan sebuah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi berkenaan bersetuju untuk memberi latihan kemahiran menggunakan senjata api kepada pegawai dan anggota JPAM.

"Mengikut Akta Pertahanan Awam 1951, JPAM merupakan 'security force'. Dalam angkatan keselamatan terdapat tentera, polis dan JPAM. Apabila polis dan tentera keluar untuk mempertahankan negara, jadi kita yang tinggal di dalam negara menjaga keselamatan orang awam. Cuma perbezaannya anggota JPAM tidak terlibat  dengan tempur senjata.

"...setakat ini, kita memberi latihan dari segi bencana, kebakaran, lemas, kecemasan...kemahiran menggunakan senjata bukan bermaksud untuk berperang, tetapi sekiranya terdapat ancaman dan kita perlu mempertahankan orang awam, maka anggota kita perlu tahu menggunakan senjata," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Malam Anugerah Kecemerlangan JPAM Perak 2014 di sini, malam tadi.

Beliau berkata, latihan kemahiran itu akan dijalankan secara berperingkat bermula dengan latihan kepada pegawai tetap.

Zaitun juga mengesyorkan setiap pegawai dan anggota JPAM mempelajari seni mempertahankan diri seperti silat dan karate.

"Kita akan bekerjasama dengan agensi di bawah KDN untuk menyediakan latihan seni mempertahankan diri kepada pegawai dan anggota JPAM," katanya.   

Sementara itu, Zaitun berkata sebanyak 50,000 anggota telah bersiap sedia sekiranya berlaku sebarang kemungkinan pada musim kemarau ini.

"Setiap anggota JPAM telah diarahkan bersiap sedia, kita akan memberi bantuan dengan menghantar air dan sebagainya ke kawasan terlibat sekiranya kemarau berlaku," katanya.

- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2015 01:35 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2015 01:36 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2015 01:38 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2015 01:38 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2015 01:39 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2015 01:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2015 01:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2015 01:41 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2015 01:42 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2015 01:43 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2015 01:44 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2015 01:44 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2015 01:44 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2015 01:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2015 01:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2015 01:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 1.386336 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list