CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ila_damia

BF pandai, kurang pandai, kaya or gaji rendah??

  [Copy link]
Post time 17-5-2012 12:37 PM | Show all posts
dapat laki keje jawatan tinggi, gaji besar.. ade master, phd bagai.. pastu balik umah pukul bini.. menjalang ngan betina lain..

or

dapat laki miskin.. pangkat rendah.. gaji kecik.. tapi rajin keje.. rajin tolong bini.. sayang bini.. sayang anak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2012 01:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by mbhcsf at 17-5-2012 14:34
dapat laki keje jawatan tinggi, gaji besar.. ade master, phd bagai.. pastu balik umah pukul bini.. m ...
ajis_kg Post at 17-5-2012 12:37



    ada je lelaki aeronautical engineer , good son to his mom, good hubby to the wife and anak anak...cuma masa


  ade je lelaki yg professional, very supportive , sesen pun tak ambil duit wife, jaga anak sebab wife kerja , okay je

ade jer lelaki kerja god knows what , kahwin dengan a lady kpli ended curi duit wife dia in 3 different banks  = 21 000  dan difasakhkan dan tak jaga pun anak ?


hmm...

ada a lady lecturer menikah dengan hubby yg biasa saje okay je


it tells us what ?


a) segala hidup ni ujian je
b) you make the choices and live with that
c) org boleh bagi pelbagai senario ye, pelabagai gambaran TAPI KENA INGAT ni based on subjective experience secara personal bukan boleh dijadikan prinsip asas bagi SEMUA keadaan
d) ada  pros and cons (seperti mana seorang  forumner tu cakap )
e) apa apa pun istikhorah ( beli majalah solusi - ada dicakap tentang hal ini )
f) you make the decision then live and stand by it
g) have 'calculated risk'
i) yg penting in anything you hubby and wife  yg kena WORK on the relationship tak kisahlah dedua PhD holders ke aper ke , SPM ke god knows what
j) pilihlah yg matang, sensible, you rasa secure dan boleh jadi HUSBAND  bukan lelaki dan you boleh respect dia sebab you knwo deep down dia hubby ( walak kat situ dan di samping itu you know he is  beriman, wise, mature, intelligent person, sensible, responsible, secure individual)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2012 01:36 PM | Show all posts
Reply 87# aina_nabila


   thanks aina..good advice..hope TT akan ikut cara aina..sume ni kena byk toleransi n saling memahami kan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 01:38 PM | Show all posts
I respek lelaki yg x educated tp ada initiatif nk smbg blaja bile couple ngan pompuan educated.  kite tak bole samakan taraf education ngan duit. ramai je yg x skola tinggi kaya raya..tp kan, ada beza tau kaya tanpa pelajaran tinggi ngan kaya tp educated..


Ape bezanye?

Pemikiran. nuff said.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2012 01:55 PM | Show all posts
bende ni x jadi issue kalau perempuan  tu mmg baik n memahami n jenis xkesah dgn ape org ckp. tp dlm kes ni TT BUKAN perempuan mcm tu..TT mgaku mmg TT ni masih lemah mcm manusia biase, masih memandang ape org ckp, memandang harta (keduniaan), etc...

so, TT yg kena tanye diri sendiri n buat pilihan yg btol. tapi TT rase mmg TT kuat syg kt bf TT sebab sebelum ni ngn ex2, asik gaduh je..yg bf ni xbyk gaduh  n rilex je..

so, masalah skng ni adalah PANDANGAN org..tp pedulik kan la asalkan TT hepi kn? tp mls la nk pkir lebih2..jodoh ni rahsia allah..huhu..

thanks to all yg bg pndapat n pengalaman yg ikhlas..TT akn cube pkir baik2 pasal ni..hope, TT akan brsabar n tabah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 01:57 PM | Show all posts
ok..ak mster..bf aku spm je..hoho..

xksh la dik pape pn..pilihan atas ko..

nsihat sis,klu ko da rs ragu2,better jgn troskn..gud luck ya!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2012 03:33 PM | Show all posts
wang tak menjamin kebahagiaan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 04:01 PM | Show all posts
klu da hati sama2 suke...kawin je la..

xperlu pandang pangkat tu sume...
duniawi je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2012 05:11 PM | Show all posts
salam gurl2 kat sini semua,, sebenarnya, baca siket je thread ni

ni nak tanyalah,
kalo lelaki , keje gomen, gaji starting 2k sebulan, dan naik tiap2 tahun, gread U29
keje sebagai jururawat

ade ke gurl2 berkenan,,,
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 07:17 PM | Show all posts
erm..kesian kat tt...
tapi bagi aku..kalo die ada nampak usaha tuk cari makan...ada kegigihan tu..kira ok dah tu...bg aku xdek masalah....at least die x MALAS...hehehe
kelulusan x menjamin kebahagiaann....
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 07:20 PM | Show all posts
Bagi aku satu je....TT mahupun ur Bf msti kukuhkan or mantapkan nilai2 murni dlm kehidupan cth: Taat kpd Allah..........InsyaAllah tkkan ade ungkit-mengungkit pd masa akan dtg.....gaduh kecik2 tu biasala.......
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 10:25 PM | Show all posts
isu psl pasangan kurg pndai, kurg gaji ni...aku perhatikn org2 keliling aku, ramai yg demand..awal2 da set nk boyfren yg dgree...klu dip pn kna tgk dlu bidang apa..tp org2 yg demand tu aku tgk ade la mcm jenis komited serius bagai...

contoh mcm kwn2 aku la, klu aku kuar ngn dorg duk borak psl K-POP je manjang,lagu tu, movie tu, video klip itu ini, artis itu...xde topik isu semasa pn....tp dorg mcm ni nk hrpkn dpt bf yg ada dgree, mtang la kot...hbs dorg x matang xpe kot ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 08:35 AM | Show all posts
pandangan wawa la kan...

spm,sijil, diploma atau ijazah tu bukan penentu kebahagiaan sesebuah rumah tangga....realitinya kehidupan berumahtangga tu memang memerlukan sumber kewangan yang kukuh...biasala tu,semua ibubapa nak yang terbaik utk setiap anaknya...nasihat wawa,kalu TT betul2 yakin bf tu leh menampung kehidupan selepas berkahwin tu,tekadkan niat dan teruskanlah hubungan tu...jgn jadikan alasan tidak belajar tinggi tu tidak boleh menjadi suami yang baik....ada jer somi zaman skang yg berpendidikan rendah tapi mempunyai pendapatan yang tinggi....pendidikan tu sebagai satu tiket untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik...tp bukan satu kepastian akan dpt kerja yang bagus2...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 08:57 AM | Show all posts
Uncle ni baru terjumpa thread ni, so Uncle daftar untuk reply sebab kes TT sama mcm apa yg berlaku dgn anak Uncle.

Dikisahkan, uncle ni ada ramai anak (6 orang), salah seorang dr anak Uncle (lelaki) ni berkawan baik dengan kawan setaman perumahan kat rumah Uncle ni. Perhubungan mereka ni memang lama sampai satu tahap dah bercinta. Keluarga kami terima je perhubungan mereka ni dan begitu juga dengan keluarga belah budak perempuan tu. Apatah lagi, Uncle memang kenal parent budak perempuan tu sebab selalu berjumpa kat surau taman perumahan kami ni.

Anak uncle ni cuma kerani kerajaan, N17..dia agak kurang berjaya berbanding dengan abang2 dan kakaknya yg dr lulusan luar negara (ada dr UK, Mesir dan Jepun)..tapi ok la, yg penting anak uncle ni baik, menjaga solat dan aurat (main bola pun kami larang pakai seluar pendek) dan beberapa lagi disiplin keluarga.

Then, keluarga pihak perempuan ni ada tanya bila nak masuk meminang sebab dah lama anak2 kami berkawan. Lebih kurang sebulan selepas tu, kami masuk merisik. Pihak perempuan terima. Time tu, anak perempuan mereka baru graduated ijazah dr sebuah universiti kat area Selangor ni.

Then, selang 1 minggu Uncle pi rumah parent perempuan ni untuk setup date bertunang (sebab masa dlm merisik tu, pihak perempuan nak discuss asing untuk majlis bertunang..katanya nak buat besar-besaran skit sebab menantu sulung). Tapi, kali ni, masa kami jumpa, mcm ada something wrong..seolah2 keluarga perempuan tidak berminat untuk teruskan komitmen perhubungan ni. Last-last, mak si perempuan ni kata yg mereka tak jadi nak teruskan kepada majlis bertunang (dlm erti kata lain, putus je la..).

Uncle ada tanya, so, mcmana dgn anak2 kita..Ila (anak perempuan depa) tahu ke dan kenapa? bapa si budak tu kata Ila tahu dan dia pun setuju untuk tidak sambung ke pertunangan demi masa hadapannya (yg ni uncle keliru betul pada masa tu)..tapi no deeper explanation given, so kami terima dan cincin merisik dipulangkan kembali.

jap lagi sambung...makcik panggil breakfast sat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 09:00 AM | Show all posts
Post Last Edit by balikkampung at 18-5-2012 09:06

Sambung balik..pekena nasik lemak..ngantuk plak rasanya.

Uncle panggil anak uncle yg lelaki tu dan inform yg komitmen dia untuk ‘dapat’kan budak perempuan tu ditolak. Anak uncle diam dan tunduk, dia kata dia tahu yg family perempuan tu reject proposal dr keluarga kami. Rupa-rupanya, selepas kami merisik (kebetulan la plak), keluarga sepupu budak perempuan ni datang dan siap promote anak mereka yang baru balik dr UK (kerja kat sana sebagai doctor)..3 tahun tinggal kat sana, so now nak kembali kat Malaysia. Keluarga family perempuan tu memikirkan yg anak uncle ni hanya berjawatan N17 sahaja, pastu rumah pun takdak (sebab duduk ngan uncle..lagipun banglo uncle ni ada 3 bilik kosong..so what?) anak uncle plak, hanya mampu sediakan apartment sahaja untuk anak mereka (ye la, nak bayar kereta lagi, rumah lagi..kahwin lagi..banyak jugak kos tu..lagipun, budak perempuan tu tak kerja lagi).

Budak perempuan tu pun ada datang rumah, minta maaf (dulu dia la yg suka sangat panggil auntie sebagai mak la..dah rapat sampai selalu berjumpa..), tapi kami hormati keputusan dia, sebab key point dia, duit tu penting untuk kehidupan..perasaan cinta sahaja tak cukup (seolah2 anak uncle tak mampu langsung nak bagi dia makan bila dah kahwin nanti). Tapi ok la, kami tetap berbaik dengan keluarganya. In fact, (lepas 4 bulan dr tarikh kami datang merisik) masa mereka kahwin, kami sekeluarga pergi (kecuali anak uncle..agaknya dia sedih). Balik dr kenduri, Uncle tengok anak uncle tengah duduk atas sejadah, baca al Quran. Uncle tanya, “Awat Amin takmau pi kenduri Ila? Awat dok baca al Quran time tengahari ni..zohor pun belum masuk lagi?”, anak Uncle yg duduk kat atas sejadah tu, tetiba menitik air mata dia..kata dia “Amin sedih..orang takmo kat Amin, Amin baca Al Quran sebab Amin tak mampu berfikir yg Ila dah kahwin, Amin perlukan kekuatan..”, tersentuh gak kami sekeluarga, puas kami pujuk anak kami tu.  6 month jugak masa untuk Amin back to normal.

Then,  Amin ada berkenalan dengan bos tempat kerja dia (gred 44), tapi sama usia, cuma budak perempuan ni ada ijazah jugak. Then, after 3 months kenal, Amin bagitau yg ‘boss’ dia ni suka kat dia, then, Amin takut nak proposed sebab sejarah dgn Ila.  Kami mintak Amin bawa ‘boss’ tu datang rumah, dan kami berkenalan..memang soft spoken, baik, masa pun banyak dihabiskan kat dapur..then, my wife asked, “betul ke Nur suka kat Amin?..kalo makcik minang Nur boleh?”, then, Nur bagitau yg dia memang suka kat Amin..dan dia setuju untuk dipinang.  Masa meminang tu, kami tanya direct pada keluarga Nur dan juga pada Nur sendiri, samada boleh ke mereka terima anak kami yg kelulusan biasa ni compare dengan anak mereka, Nur yg ada degree dan berjawatan besar.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 09:01 AM | Show all posts
Post Last Edit by balikkampung at 18-5-2012 09:09

Kata bapak Nur, orang kampung pun boleh hidup, inikan plak dengan orang yg bergaji RMXXXXX (gaji anak saya), depa langsung tak kisah..janji ada orang nak kat anak depa jadi la..bagi Nur plak, Nur pun tak kisah, dia sedia maklum dan Amin pun dah cerita ‘sejarah lama’nya dan pada pendirian Nur, suami adalah ketua dan dia wajib taat dan patuh pada suaminya.

Yg best, hantaran pun ikut keluarga kami, RM1 pun mereka terima, RM10 pun boleh, RM100 pun boleh, RM1000 pun boleh, RM10,000 pun boleh…mudah untuk kami.  Kenduri dibuat selepas 4 bulan dari tarikh merisik. Alhamdulillah, selepas 2 tahun berkahwin, rumahtangga Amin dan Nur cukup aman dan bahagia. Dan, drpd mereka, Uncle dapat lagi seorang cucu (cucu yg ke 9 dlm turutan).

Bila uncle dan auntie balik dr Haji tahun lepas, kami ada buat kenduri kesyukuran skit. Keluarga Ila pun dijemput. Mak bapak, Ila dan anaknya  serta adik beradik yg lain turut datang. Bila berborak panjang (hal lama, kami dah lupakan..jiran tetap berjiran), saya tertanya, awat menantu tak mai..rupanya, baru la kami tahu yg Ila diceraikan waktu kami ada kat Mekah (kira baru lagi la) sebab Ila tak tahan dgn kehidupan bersama suaminya yg agak kebaratan. Kami pun kelu..Uncle ingat lagi kata2 bapak Ila, “kalaulah aku tau mcm ni, baik aku terima pinangan anak ko..tak la nasib Ila jadik macam ni..tapi ntah la..aku yg silap melihat kepada masa depan yg pentingkan duit semata2..”,
Time kenduri tu, Nur pun ada..dok tolong menghidang dan mengemas pinggan mangkuk..Amin pun dah ok, dan Amin pun taktau pasal Ila dah divorced.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2012 09:01 AM | Show all posts
Apa yg uncle boleh cakap kat bapak Ila, (mak dia pun ada..time tu kami kat pagar rumah menghantar mereka keluar), “takpalah..pengajaran untuk kita menjadi lebih baik sebenarnya ni..yg penting, janganlah dipandang rendah kalo orang tu bergaji kecik..sebab rezeki tu dr Allah, kita yg berusaha untuk dapatkanya..”..kami berpeluk dan saya bersyukur atas apa yg berlaku, sekurang2nya Amin dapat yg lebih baik, isteri yg solehah dan sentiasa bersama suaminya.

pada uncle, apa yg berlaku ni juga adalah satu bentuk lesson untuk uncle belajar bagi menghadapi kehidupan, terutamanya adik pada Amin ni perempuan yg sedang sambung master, sementara tunangnya plak hanya bertaraf diploma dan bekerja di site..so, dr awal lagi uncle tanamkan pada anak perempuan untuk belajar membezakan keperluan duniawi dan keperluan ukhrawi..bahagia tidak diukur dengan duit selagi mana keperluan asas sudah mencukupi..yg penting, utamakan keperluan, bukan kehendak..sekiranya keperluan dah boleh dipenuhi, dah mencukupi.

Nasihat uncle.

So, TT, fikirlah elok2..pada Uncle, tak semestinya orang kaya tu mesti jahat, buruk atau teruk..ada juga yg lebih baik..kalo BF TT dah cukup baik, jangan amik risiko untuk cari yg lain, takut yg dikejar terlepas..yg dikendong keciciran..pada Uncle, dah cukup BF tu ada kerjaya, cukuplah..lagipun, dia ada effort untuk berusaha lebih untuk bagi makan minum keluarga dia. Fikirlah bebaik. Kalo TT tak yakin dgn BF, tinggalkan dia segera supaya dia berpeluang untuk mencari pasangan lain yg lebih baik (InsyaAllah) daripada menunggu TT dan akhirnya dibuang disaat akhir..

Maaflah bercerita panjang..tapi apa ada hal, uncle ada kemahiran keyboarding speed..hehehe..so, banyak yg uncle boleh taip.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 09:05 AM | Show all posts
dh ada degree, keja elok, duit banyak haruslah peratusan untuk curang tu tinggi... ramai pompuan minat ooo... lebih baik amek yang sedang2 janji bahagia...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 09:36 AM | Show all posts
Apa yg uncle boleh cakap kat bapak Ila, (mak dia pun ada..time tu kami kat pagar rumah menghantar me ...
balikkampung Post at 18-5-2012 09:01


tersentuh baca cerita uncle...sya mencari spti amin juga..tp yg selalu jmpa, yg kebaratan..smpi ada yg sggup ckp 'sex b4 mariage is common'..sedih bila dgr walhal yg berckp org islam...aper lah yg nk dicapai kalau hidup asyk menentang allah
sya pasrah...tglkan hubungan tu...biarlah dia cari perempuan yg sekapal dgn pemikiran dia sb pd sya, tak kemana hubungan yg tak berkat..seumur hidup menentang allah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 09:55 AM | Show all posts
tersentuh baca cerita uncle...sya mencari spti amin juga..tp yg selalu jmpa, yg kebaratan..smpi  ...
wan_fizah Post at 18-5-2012 09:36


Takpalah fizah, benda dah berlaku..kita pun tak jangka apa yg akan berlaku dimasa hadapan.

Uncle pun tak pernah pandang serong dengan orang yg lebih kaya, bagus, berharta dan sebagainya. Tak semestinya yg kaya tu begitu jahat atau teruk. Yg penting pada orang tu, sebab tu Uncle tak marah pun pada budak perempuan tu sebab mungkin dia akan dapat lebih baik dr anak Uncle..takpa la kan.

Dlm hal ni, yg uncle sedihkan ialah Ila dapat orang yg lebih teruk dr sedia ada (bukanlah nak kata Amin tu bagus serba serbi), sedangkan dia dah dapat yg dah ok, dilepaskan untuk ambik yg lebih buruk..so, kat situ rugi sebenarnya.


Dlm hal ni, cik TT pun kena fikir panjang, jangan menilai kehendak sebagai satu keperluan, sebab biasanya anak muda lelaki ni mereka mampu untuk sediakan keperluan asas (rumah, kereta dan makan minum dll), cuma secara asas je la..tak la rumah besar, mungkin flat/apartment kecik, kereta pun kecik dll.. Bila TT tengok rumah/kereta/dll sebagai kehendak yg mana rumah nak besar, kereta nak besar..memang tak mampu la anak2 muda yg bergaji biasa ni, dan akhirnya mereka ditaktifkan sebagai 'tak mampu'.


Kat sinilah silap dan salahnya pandangan mak bapak yg tak melihat isu ni dlm skop yg besar.

TT jangan tamak, dah dapat yg ok tu sudah la, ingat..orang tamak selalu rugi.

Nak share skit..masa keluarga tunang anak perempuan saya datang minang anak saya, memang keluarga pihak lelaki mcm takut2 sebab anak saya ni further study master sedangkan anak dia ni kerja kat site sahaja. Tapi, saya tegaskan, as long anak dia dah bekerja, jaga urusan agama dan berusaha untuk memajukan diri..dah cukup. Kami terima pinangan mereka dan dari segi hantaran, memandangkan anak perempuan kami tak bekerja dan tak mampu nak tolong tunangnya, kami rendahkan hantaran kepada RM5k sahaja. Tu pun boleh dikurangkan kalo pihak lelaki mahu.

Terkejut jugak la rombongan dr pahang masa mai meminang tu, kata mereka..mudahnya mcm ni. Saya bagitau, "anak saya tak mampu nak tolong anak pakcik bagi memudahkan urusan kahwin mereka..so, saya pun taknak bebankan pihak lelaki".

InsyaAllah, hujung tahun ni (lepas bulan puasa) ni dapat lagi sorang menantu..hehehe..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.067547 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list