|
penulisnya Shahril A. Kadir tu sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
hehe...tq for pencerahan....
|
|
|
|
|
|
|
|
sama2... |
|
|
|
|
|
|
|
thanks tun m. |
|
|
|
|
|
|
|
Mitos ‘sultan bunuh’ dan insiden amukan Chow Kit 1987 disorot kembali
Melissa Darlyne Chow
| August 9, 2017
Peristiwa berlaku 30 tahun itu sarat dengan pelbagai khabar angin, dan seorang wartawan berazam merungkai kesemuanya dalam sebuah buku selepas bertemu sendiri dengan Prebet Adam Jaafar.
KUALA LUMPUR : Kisah Prebet Adam Jaafar, yang 30 tahun lalu menembak rambang di pusat bandar raya menggunakan sebuah senapang M16 dari kem tentera di Ipoh, menggemparkan seluruh warga Lembah Klang malah seluruh negara, tetapi sarat dengan pelbagai kekeliruan dan dongeng.
Seorang wartawan Syahril A Kadir, bagaimanapun cuba merungkai pelbagai isu berkait kisah itu, termasuk dakwaan anggota tentera itu cuba membalas dendam pembunuhan adiknya di tangan Sultan Johor.
Syahril A Kadir, penulis buku “Amok at Chow Kit” yang menceritakan insiden berlaku Oktober 1987 di sekitar Chow Kit, berkata Adam mudah membawa keluar senjata M16 daripada kem di Ipoh.
Dia hanya memasukkannya ke dalam beg, sebelum menuju ke Kuala Lumpur.
Menurutnya, pengawal pintu masuk kem tidak mencurigai pergerakan keluar masuk Adam di kem itu kerana Adam selalu keluar masuk menggunakan pintu yang sama.
“Cuma pada waktu berkenaan dia tidak sedar yang Adam menyeludup keluar senjata M16).
“Apabila dia keluar kem, hanya satu tabik hormat kepada pengawal keselamatan di pintu utama kem,” kata Syahril bercakap dalam sebuah wacana mengenai bukunya Isnin lalu.
Ia juga mudah bagi Adam membawa keluar senapang tersebut kerana ia boleh diceraikan menjadi komponen lebih kecil.
Begitulah caranya Adam membawa senjata M16 itu dari Ipoh ke KL pada hari malang itu.
Menurut Brigadier Jeneral (Bersara) Datuk Abdul Ghani Abdullah yang bertanggungjawab memujuk Adam menyerah diri ketika itu, Adam tidak mempunyai masalah ketika tiba di ibu kota.
“Dia pergi ke restoran, menyaksikan perlawanan bola sepak di televisyen dan kemudian kembali ke hotel.
“Masalahnya bermula apabila pemilik hotel bertanyakan bayaran penginapan yang kemudiannya menimbulkan kemarahan Adam.”
Ketika itu, tercetusnya drama yang menjadikan Chow Kit gempar. Adam berlari sambil melepaskan tembakan secara rambang yang membunuh seorang mangsa.
Ghani berkata pagi Isnin itu bermula seperti biasa, sehinggalah saat beliau menerima panggilan telefon dari pasukan operasi pertahanan.
“Saya ketika itu bertugas sebagai pegawai operasi kakitangan dan saya diminta untuk memujuk Adam sebelum tindakan lain diambil.
“Saya diperintahkan untuk ke Chow Kit diiringi pegawai risikan,” kata Ghani.
Beliau berkata, pihaknya tiada rancangan bagaimana memujuk Adam yang ketika itu 23 tahun, untuk menyerahkan diri.
“Ia berlaku sekelip mata.”
Berjaya pujuk Adam
Menurut Ghani, beliau terpaksa memperoleh kepercayaan Adam dengan menunjukkan dirinya tidak bersenjata dan sebagai penggalak keyakinan Adam, beliau tidak memakai jaket kalis peluru.
“Ia suasana yang tegang kerana dia terlatih dan tenang. Dia kelihatan bersedia untuk menyerang bila-bila masa.
“Saya kena bijak, saya tidak cuba merampas senjatanya, tetapi memujuk agar meletakkan senjatanya dan kemudian menyolang tangannya ke belakang.
“Adam kemudian mengambil balik senapang itu. Apa yang membuat saya berdebar adalah ia masih mempunyai 27 peluru yang bersisa.”
Ghani berkata susuk tubuhnya tidak padan dengan Adam yang muda, gagah dan berbadan sasa.
“Saya memegang tangannya, menyilang ke belakang dan kemudian merebahkan badannya.
“Tetapi dia menolak, seolah-olah dia berlawan. Dia masih dalam keadaan keliru,” kata Ghani.
Akhirnya, Adam menyerah diri kepada pihak atasannya selapas mencetuskan sejarah “Amukan Prebet Adam”.
Ketika itu, hangat khabar angin yang mendakwa Adam berbuat demikian sebagai membalas dendam kematian adiknya di tangan Sultan Johor.
Kisah Sultan bunuh adik Adam
Menurut cerita itu, kononnya Sultan Johor ketika itu memukul adiknya dengan kayu golf.
Syahril berkata memang benar adiknya meninggal dunia semasa usianya masih muda.
“Dia meninggal dunia di depan mata Adam apabila rumahnya di Pulau Pinang terbakar dan dia ditimpa sisa kebakaran.
“Dia melihat sendiri bagaimana adiknya mati. Dia bukan mati disebabkan terkena kayu golf yang dihayungkan oleh sultan,” tambah Syahril.
Syahril mengakui beliau turut dipengaruhi khabar angin itu.
“Selama 30 tahun, kita disogokkan cerita Prebet Adam mengamuk kerana adik perempuannya dibunuh sultan.
“Sebagai wartawan, saya turut percaya sehinggalah satu hari saya memuat naik soalan di Facebook: Apakah benar insiden itu bagi membalas dendam kematian adik perempuannya di tangan seorang sultan?”
Beberapa jam selepas soalan itu dimuat naik, Syahril menerima panggilan daripada seseorang yang berkata beliau bersama Adam, lelaki sama yang mencetuskan huru hara pada 1987 itu.
Beliau kemudian ke Pulau Pinang untuk berjumpa Adam, dan mendapati lelaki itu kini sudah berusia, menjangkau 50 tahun tetapi keadaan fizikal menyerupai seorang berusia 60 tahun.
Dalam pertemuan itu, Adam yang merupakan gelandangan, menceritakan kisah benarnya, dan berkata dia disisihkan masyarakat dan keluarganya.
Dia turut menafikan cerita mengenai sultan.
“Ia tidak benar, tiada kaitan,” kata Adam kepada Syahril.
Buku Syahril yang menceritakan insiden itu pada mulanya menerima halangan, susulan kebimbangan penerbit melibatkan diri.
Akhirnya, ia diterbitkan Dubok Press, dan buku itu kini dalam cetakan kedua.
Sources : http://www.freemalaysiatoday.com/
|
|
|
|
|
|
|
|
walau pun tiada kaitan sultan BangsaJ
tp apa punca dia mengamok
tak sabar nak cari buku tu...
menarik walaupun pengakhiran menyedihkan
|
|
|
|
|
|
|
|
P Adam ni pernah dilihat bergelandangan di kl few years back tapi kejap ja la. Mungkin masa tu dia nk jumpa lawyer Tan Sri Shafee. Skrg ni mungkin dh dpt bantuan tempat tinggal dr pusat zakat. Sepatutnya lah sbb dia dh berumur. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku bayangkan klu peristiwa ni xterjadi, mesti byk jasa P Adam boleh taburkn utk negara kita sepanjang perkhidmatannya dgn ATM. Sharpshooter tu. |
|
|
|
|
|
|
|
PREBET ADAM, SEKS ORAL DAN PENDERAAN DI DALAM KEM!
Kes kematian dua anggota TLDM dalam tahanan beberapa hari lalu mengimbau kembali apa yang terjadi kepada Prebet Adam Bin Jaafar, anggota tentera yang telah didera fizikal dan mentalnya hingga menyebabkan beliau mengamuk dan membunuh di Chow Kit kira-kira 30 tahun lepas.
Sewaktu saya menulis mengenai buku mengenai dirinya, Adam telah menceritakan A sampai Z apa yang sebenarnya terjadi. Ternyata jauh menyimpang daripada fitnah kononnya ia disebabkan perbuatan Yang Dipertuan Agong ketika itu, Almarhum Sultan Iskandar yang selama ini dikatakan telah membunuh adik Adam di padang golf.
" Mereka di luar sana dengan tanpa usul periksa menuduh saya mengamuk disebabkan adik saya dibunuh sedangkan ia langsung tidak ada kena mengena. Adik saya meninggal ketika kami semua masih kecil masa rumah kami terbakar. Surat mati, segala bukti pasal kejadian itu masih ada. Kubur adik saya pun ada lagi.
" Jangan cuba NAK ALIH isu, mereka yang terlibat tahu saya jadi begitu sebab saya didera dengan tanpa perikemanusiaan dalam kem. Kesannya saya tanggung sampai sekarang!," katanya yang pada mulanya dijatuhkan hukuman gantung tetapi hakim akhirnya memutuskan untuk dia dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan bagi menjalani rawatan psikiatri yang dialaminya kesan daripada penderaan tersebut..
BERIKUT SAYA BERIKAN PETIKAN ISI KANDUNGAN BUKU KONFESI PREBET ADAM YANG SAYA TULIS BERDASARKAN KISAH BELIAU ITU:
" Semasa dalam kem, budaya sepak terajang ni dah jadi semacam ‘rutin’, denda lain tu tak payah cakaplah. Kata penyelia aku yang berpangkat Koperal, lepas ni bila kau jadi senior, kau pula yang akan buat benda yang sama pada junior yang lain. Aku diam saja. Nak kata kejutan budaya, taklah juga. Sebab aku pun bukanlah ‘kosong’ habis dalam tentera ni, dah dua tahun jadi simpanan jadi bukanlah satu yang mengejutkan sangat pun.
" Aku tahan apa saja yang anggota lama ini buat pada aku dan rakan-rakan. Memandangkan anggota pasukan Renjer ni terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan, tak hairan kalau kita tengok yang Melayu buli yang India, yang India buli yang Iban, yang Iban buli yang Cina… Macam-macamlah!
" Tetapi aku akui, lama-kelamaan aku makin tertekan dengan penderaan fizikal dan mental yang dilakukan oleh anggota-anggota senior ini. Makin lama makin melampau. Apa yang boleh aku katakan, kami semua didera hampir 24 jam! Hanya kalau ada latihan saja kami ‘selamat’. Tak kira siang atau malam, kami akan ‘kena’. Tengah tidur pun mereka kejutkan. Hampir tiga atau empat bulan juga kami dilayan seperti haiwan!
" Tangan aku ni, pernah melecur dicucuh dengan rokok yang menyala. Aku dipaksa menjilat tapak selipar seperti seekor anjing dan dipaksa minum air yang dicampur kicap, cuka, belacan, kuah kari dan gula. Sampai sakit perut dan pening kepala aku dibuatnya.
" Lebih menyakitkan hati, ada antara anggota senior ni bawa kawan-kawan yang terdiri daripada orang awam masuk ke dalam kem sedangkan itu adalah satu kesalahan besar. Bayangkan macam mana malunya aku dan kawan-kawan bila orang awam tengok kami dibuli sebegitu rupa.
" Paling memalukan, dorang suruh aku sapu kemaluan sendiri dengan kiwi hitam sampai habis satu tin! Masa tu kemaluanku melecet dan sakit, ibarat disapu dengan tanah kering. Masa nak buang air kecil, sakitnya Tuhan saja yang tahu. Kemuncak pada penderaan ini, aku disuruh menghisap zakar seorang anggota berketurunan India.
" Serius waktu itu aku memang tak sanggup, apatah lagi zakarnya berkulup kerana tidak berkhatan. Takut punya pasal, aku buat juga sehingga satu peringkat aku muntah sebab ‘benda’ tu sangat busuk. Masa itu, aku betul-betul marah kerana ia telah menjatuhkan maruah dan martabat aku sebagai seorang Islam, sebagai seorang tentera!
" Ada lagi, masa aku disuruh mencium dan menjilat selipar yang macam anjing tu, sambil menjilat mereka menjerit perkataan pariah! pariah! berulang kali padaku. Apa yang aku buat semua tak betul. Ada satu ketika kepalaku dihentak ke dinding bertubi-tubi seperti dalam adegan gusti. Kami juga diarahkan berbogel dan bergusti sesama kami!
" Disebabkan penderaan yang ‘gila’ itu, kepala aku selalu sakit dan pening… Apatah lagi aku sering tak cukup tidur. Aku sering nampak pecahan cahaya yang terang dan terdengar seolah-olah bunyi letupan dalam kepala dan telinga.
" Kalau tanya aku siapa anggota senior yang menderaku itu, sejujurnya aku memang tak ingat kerana ketika itu aku baru dalam pasukan. Yang pasti, aku cukup ingat satu nama ni… Koperal P****!
" Aku pernah laporkan perkara ini kepada Pegawai Pemerintah, tetapi beliau macam buat tak tahu saja. Kerana terlalu marah dengan manusia bernama Koperal P****, pernah aku rasa macam nak tembak saja dia tetapi aku tahu ia salah dalam Islam.
" Membunuh itu salah, kecuali terdesak!,"
-----------------------------------------------------------------
APAPUN saya yakin dan percaya hari ini pelbagai pendekatan dan tindakan telah dan akan diambil oleh peringkat kepimpinan tertinggi ATM bagi mengatasi masalah ini.
Saya merayu, janganlah hanya kerana Adam dan kes dua anggota TLDM itu, kita hilang kepercayaan kepada institusi yang telah memainkan peranan yang besar dalam menjaga keselamatan kita dan negara yang kita cintai ini sejak sekian lama.
Jangan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga.
Selamat Hari Pahlawan!
Nota : Buku Konfesi Prebet Adam dan terjemahannya dalam Bahasa Inggeris, Amok At Chow Kit adalah terbitan Dubook Press. Boleh datang dan beli di Dubook Press, No. 1-5-1, Lot 3, Tingkat Bawah, Jln Medan, Pusat Bandar 8A, Bandar Baru Bangi, Selangor, Harganya cuma RM30. Boleh juga dibeli di kedai-kedai buku terpilih atau belian online di https://dubookpress.com/produk/konfesi-prebet-adam/
Credit : Syahril A. Kadir
https://www.facebook.com/syahrilkadir
|
|
|
|
|
|
|
|
begitu lama kita percaya dia mengamuk sbb sultan johor padahal tak betul pun kisah sebenar keluar sbb nk jual buku. Lol |
|
|
|
|
|
|
|
Prebet Adam & Mitos 'Sultan Bunuh' dan Insiden Amukan Chow Kit 1987
Prebet Adam merupakan seorang askar melayu pada sesuatu masa yang lalu. Peristiwa amukan Prebet Adam pada tahun 1987 sebenarnya berpunca daripada kematian adik kesayangannya. Adik Prebet Adam merupakan seorang ‘Caddy’ atau penolong pemain golf (individu yang bertanggungjawab mengangkat segala batang golf) kepada Sultan Johor pada ketika itu. Dikhabarkan, pada suatu hari, ketika sultan Johor sedang bermain golf, adik Prebet Adam ini telah tertawa kecil melihat bola golf Sultan Johor ini yang tidak masuk lubang pada jarak sejangkal. Terkenal dengan sifat panas baran beliau, Sultan Johor ini lantas bertindak balas dengan menghayunkan kayu golfnya yang keras itu kepada adik Prebet Adam tersebut. Dan secara tidak diduga, adik Prebet Adam mati ditempat kejadian. Disebabkan pada ketika itu raja raja Melayu masih mempunyai kuasa kekebalan, maka pembesar tersebut telah terlepas begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakan undang undang. Sampai sahaja ke pengetahuan Prebet Adam, maka mengamuklah dia. Pada malam 18 oktober 1987, Prebet Adam telah mengamuk di jalan Chow Kit dengan membawa bersama senjata M-16 nya. Prebet Adam telah menembak secara melulu ke arah orang ramai kerana berang dengan kezaliman terhadapnya dan bagi menarik perhatian seluruh negara. Dia lari sambil menembak membuta tuli dan telah terkena seorang cina di hadapan Hankyu dan seorang melayu di hadapan Batu Road Supermarket. Esoknya, sejarah tercipta apabila Chow Kit sunyi dan lenggang apabila seorang pun tidak dibenarkan masuk ke Chow Kit kerana keadaan tegang tersebut. Penembak tepat polis telah ditempatkan di merata bangunan di situ bagi mengesan Prebet Adam namun gagal. Prebet adam dikatakan telah menyorok disebuah reban ayam milik salah seorang penduduk Kampung Baru. Tuan punya reban ayam tersebut yang menyedari kehadiran Prebet Adam tersebut telah melaporkan kepada polis. Namun, setelah dikepung oleh polis, Prebet Adam tetap enggan menyerahkan diri. Dengan kehadiran bos Prebet Adam yang berpangkat kolonel atau jeneral, akhirnya telah berjaya memujuk Prebet Adam untuk menyerah diri. Bagi mententeramkan situasi negara pada ketika itu, Prebet Adam telah dicaj tidak siuman dan telah dimasukkan ke hospital bahagia di sebuah wad khas di Tanjung Rambutan. Sultan Johor tersebut pula terlepas dari hukuman setelah ayahandanya memohon maaf bagi pihak anaknya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Mitos ‘sultan bunuh’ dan insiden amukan Chow Kit 1987 disorot kembali
Syahril-A-Kadir-Amok-at-Chow-KitKUALA LUMPUR: Kisah Prebet Adam Jaafar, yang 30 tahun lalu menembak rambang di pusat bandar raya menggunakan sebuah senapang M16 dari kem tentera di Ipoh, menggemparkan seluruh warga Lembah Klang malah seluruh negara, tetapi sarat dengan pelbagai kekeliruan dan dongeng.
Seorang wartawan bagaimanapun cuba merungkai pelbagai isu berkait kisah itu, termasuk dakwaan anggota tentera itu cuba membalas dendam pembunuhan adiknya di tangan Sultan Johor.
Syahril A Kadir, penulis buku “Amok at Chow Kit” yang menceritakan insiden berlaku Oktober 1987 di sekitar Chow Kit, berkata Adam mudah membawa keluar senjata M16 daripada kem di Ipoh.
Dia hanya memasukkannya ke dalam beg, sebelum menuju ke Kuala Lumpur.
Menurutnya, pengawal pintu masuk kem tidak mencurigai pergerakan keluar masuk Adam di kem itu kerana Adam selalu keluar masuk menggunakan pintu yang sama.
“Cuma pada waktu berkenaan dia tidak sedar yang Adam menyeludup keluar senjata M16,” kata Syahril dalam sebuah wacana mengenai bukunya Isnin lalu.
“Apabila dia keluar kem, hanya satu tabik hormat kepada pengawal keselamatan di pintu utama kem,” katanya.
Ia juga mudah bagi Adam membawa keluar senapang tersebut kerana ia boleh diceraikan menjadi komponen lebih kecil.
Begitulah caranya Adam membawa senjata M16 itu dari Ipoh ke KL pada hari malang itu.
Menurut Brigadier Jeneral (Bersara) Datuk Abdul Ghani Abdullah yang bertanggungjawab memujuk Adam menyerah diri ketika itu, Adam tidak mempunyai masalah ketika tiba di ibu kota.
“Dia pergi ke restoran, menyaksikan perlawanan bola sepak di televisyen dan kemudian kembali ke hotel.
“Masalahnya bermula apabila pemilik hotel bertanyakan bayaran penginapan yang kemudiannya menimbulkan kemarahan Adam.”
Ketika itu, tercetusnya drama yang menjadikan Chow Kit gempar. Adam berlari sambil melepaskan tembakan secara rambang yang membunuh seorang mangsa.
Ghani berkata pagi Isnin itu bermula seperti biasa, sehinggalah saat beliau menerima panggilan telefon dari pasukan operasi pertahanan.
“Saya ketika itu bertugas sebagai pegawai operasi kakitangan dan saya diminta untuk memujuk Adam sebelum tindakan lain diambil.
“Saya diperintahkan untuk ke Chow Kit diiringi pegawai risikan,” kata Ghani.
Beliau berkata, pihaknya tiada rancangan bagaimana memujuk Adam yang ketika itu 23 tahun, untuk menyerahkan diri.
“Ia berlaku sekelip mata.”
Berjaya pujuk Adam
Menurut Ghani, beliau terpaksa memperoleh kepercayaan Adam dengan menunjukkan dirinya tidak bersenjata dan sebagai penggalak keyakinan Adam, beliau tidak memakai jaket kalis peluru.
“Ia suasana yang tegang kerana dia terlatih dan tenang. Dia kelihatan bersedia untuk menyerang bila-bila masa.
“Saya kena bijak, saya tidak cuba merampas senjatanya, tetapi memujuk agar meletakkan senjatanya dan kemudian menyolang tangannya ke belakang.
“Adam kemudian mengambil balik senapang itu. Apa yang membuat saya berdebar adalah ia masih mempunyai 27 peluru yang bersisa.”
Ghani berkata susuk tubuhnya tidak padan dengan Adam yang muda, gagah dan berbadan sasa.
“Saya memegang tangannya, menyilang ke belakang dan kemudian merebahkan badannya.
“Tetapi dia menolak, seolah-olah dia berlawan. Dia masih dalam keadaan keliru,” kata Ghani.
Akhirnya, Adam menyerah diri kepada pihak atasannya selapas mencetuskan sejarah “Amukan Prebet Adam”.
Ketika itu, hangat khabar angin yang mendakwa Adam berbuat demikian sebagai membalas dendam kematian adiknya di tangan Sultan Johor.
Kisah Sultan bunuh adik Adam
Menurut cerita itu, kononnya Sultan Johor ketika itu memukul adiknya dengan kayu golf.
Syahril berkata memang benar adik perempuan Adam meninggal dunia semasa usianya masih muda.
“Dia meninggal dunia di depan mata Adam apabila rumahnya di Pulau Pinang terbakar dan dia ditimpa sisa kebakaran.
“Dia melihat sendiri bagaimana adiknya mati. Dia bukan mati disebabkan terkena kayu golf yang dihayungkan oleh sultan,” tambah Syahril.
Syahril mengakui beliau turut dipengaruhi khabar angin itu.
“Selama 30 tahun, kita disogokkan cerita Prebet Adam mengamuk kerana adik perempuannya dibunuh sultan.
“Sebagai wartawan, saya turut percaya sehinggalah satu hari saya memuat naik soalan di Facebook: Apakah benar insiden itu bagi membalas dendam kematian adik perempuannya di tangan seorang sultan?”
Beberapa jam selepas soalan itu dimuat naik, Syahril menerima panggilan daripada seseorang yang berkata beliau bersama Adam, lelaki sama yang mencetuskan huru hara pada 1987 itu.
Beliau kemudian ke Pulau Pinang untuk berjumpa Adam, dan mendapati lelaki itu kini sudah berusia, menjangkau 50 tahun tetapi keadaan fizikal menyerupai seorang berusia 60 tahun.
Dalam pertemuan itu, Adam yang merupakan gelandangan, menceritakan kisah benarnya, dan berkata dia disisihkan masyarakat dan keluarganya.
Dia turut menafikan cerita mengenai sultan.
“Ia tidak benar, tiada kaitan,” kata Adam kepada Syahril.
Buku Syahril yang menceritakan insiden itu pada mulanya menerima halangan, susulan kebimbangan penerbit melibatkan diri.
Akhirnya, ia diterbitkan Dubok Press, dan buku itu kini dalam cetakan kedua.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kes nh jadi bagi mengelakkan satu lg 13 mei drpd terjadi. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa prebet tu buat amukan kat public
p la amuk dekat yang melakukannya |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa orang dulu panggil prebet ye? |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 11-12-2018 08:23 PM
kenapa orang dulu panggil prebet ye?
Pangkat dalam askar paling rendah, asal dari Private |
|
|
|
|
|
|
|
kt tempat kaka kami panggil prebet sapu ( driver grab uber kakaotalk tiktok).. zaman kaka lahir dah ada semua apps ni cuma handphone je takde lagi..
|
|
|
|
|
|
|
|
So dia mengamuk psl bil hotel je, memang dia gila ke apa??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|