CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

AKU, DIA, MY BFF ( TAMAT SUDAHHHHH)

[Copy link]
 Author| Post time 27-11-2012 12:51 PM | Show all posts
UsuFie posted on 23-11-2012 10:39 AM
Setelah di recap...

Datin Wan Hamidah ---> Ibu Redza

ya betul.... 100 markah milik anda
tp akak eja nama dia salah... mula mula Fazilah pastu Fadila
my bad
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2012 12:52 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 22-11-2012 11:23 PM
skarang Nurul.. I need you!
lepas neh.. Nurul... I hate you!

nak buek camno
cinta tak leh di paksa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2012 12:53 PM | Show all posts
qimi08 posted on 23-11-2012 11:13 AM
part elly gok goda redza ini tetiba terbayang si Dee tgk mengoda si Adam mukriz dlm A&A

juna tak follow lah Adam & Hawa sbb takde Mustika
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2012 12:57 PM | Show all posts
Bab 8
“ Yuyu! Jom minum teh. Ada keropok lekor yang aku bawa dari kampung” Pintu bilik Nurul di ketuk.

Yeay! Feveret aku!  Nurul bingkas bangun dari katil.  Aireen, teman serumahnya sejak tiga tahun lalu baru pulang dari Marang. Sehiris keropok lekor yang masih panas di cicah dalam sos  dan terus masuk ke mulut. Yumm! Heaven….

“ Sedapnya. Lama aku teringin nak makan keropok lekor sampai termimpi mimpi.”

“ Hissyy… teruknya , sampai mimpi? Kemaruk betul kau ni” PAPP! Botol sos hinggap ke lengan Aireen.

“ Kau tahu tak, aku ada masaalah besar. Aku nak minta pendapat kau” Kebelakangan ini Elly susah di hubungi. Tinggal pesanan suara pun tak berbalas. Sibuk benar kawan aku itu, entah entah tengah buat persiapan perkahwinan.  Selepas Elly,  Aireen lah teman paling rapat. Mereka sudah lama kenal , sejak mula bekerja sebagai pramugari. Namun  mereka jarang ada masa untuk berbual panjang sebab jadual penerbangan yang ketat. Kalau Nurul ke Sydney, Aireen ke US. Bila Nurul ke  Mumbai, Aireen ke New Zealand.

“ Apa dia? Ceritalah” Tanya Aireen sambil mengunyah

“ Masa aku balik kampong baru ni, ada orang datang merisik.

“ Ciss! Nampak gaya aku kena cari housemate baru lah” Muka Aireen mendung. Dia dan Nurul serasi bersama. Nurul tak pernah masuk campur dalam hal peribadinya, dan dia juga begitu.

“Relax lah. Aku tak tahulah nak terima atau tidak. Tok aku bukan main suka lagi dengan dia tapi aku kurang pasti. Aku nak tanya kau, apa criteria yang kau cari dalam seorang calon suami?”

“ Senang je. Duit , duit, duit. No money, no honey, no bini. “ Aireen menarik sila atas kerusi makan. Seluar bermuda yang di pakai menyerlah peha yang putih gebu. Tubuhnya yang gebu dan montok sering di gunakan untuk mengumpan mangsa.
Nurul tergelak kecil. Hampeh punya jawapan. Kriteria si watimang landok ni memang tak boleh pakai!

“ Kalau dia banyak duit tapi perangai tak senonoh, tak sakit hati ke? Boleh kah kau bahagia dengan bershopping hari hari? Suami  pembimbing kita, syurga kita terletak padanya. Aku ni tak alim jadi aku perlu suami yang ada ilmu agama yang kukuh.”

“ Kalau baik dan alim tapi poket kosong, apa kau nak makan? Kau kena ingat, jangkahayat pekerjaan kita ni pendek. Aku ni high maintenance.  Aku kena cari laki yang boleh jamin masa depan aku. By the way, calon suami kau tu kerja apa?”

“ Advertising. Aku tak suka lifestyle dia dan kenkawan dia. Late nights, parties, drinking, clubbing, one night stands. Seram aku!”

“ He he. Apa bezanya dengan lifestyle cabin crew? Eh, aku lupa… kau budak baik. Apa kata kau beri dia peluang? Bukan semua orang yang kerja dalam advertising agency berperangai liar. Mungkin dia pun budak baik, macam kau”

“ Masaalahnya, aku pernah kenal dia dulu. Dia mungkin boleh tipu Tok aku, tapi sorry... not me!”
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 01:05 PM | Show all posts
jadi betulllah yg merisik tue mak dan ibu tiri Redza patutlah senang benor
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2012 01:05 PM | Show all posts
flashback
***************************************************************************
Malam itu temujanji Nurul dan Redza yang ketiga. Redza menjemputnya ke Majlis Penganugerahan untuk industri pengiklanan di Hotel Hilton. Redza menang besar malam itu. Meja mereka riuh rendah. Botol botol champagne , wain, brandy dan segala spesis air kencing syaitan berselerak atas meja. Yang hairannya tiada siapa yang mabuk. Masing masing steady saja. Aku pula yang dah pening lalat. Nurul asyik menjeling jam tangan. Tak sabar nak tunggu majlis  berakhir.

Bila tetamu mula meninggalkan majlis, seorang lelaki Inggeris berhenti di meja mereka dan menepuk bahu Redza
“ Congratulations Redza! You did a good job. Come over to my place, we are having a  party to celebrate. Bring your date along” Matanya mengerling nakal pada Nurul sebelum meninggalkan mereka
“ Itu David Garner, Chairman Persatuan Agensi Pengiklanan. Kita pergi sekejap ke rumah dia, ya”
“ I dah penat. Hantar I balik dulu, boleh?” pinta Nurul
“ Please, Ecah. Kita pergi sekejap saja. Rumah David di Pantai Hills, tak jauh dari sini. Rumah dia cantik sangat. Mesti you suka.  I kena  tunjuk muka, David is very influential. “
“ Okay lah. Tapi I nak balik sebelum pukul 1”

Berderet kereta mewah sudah terpakir di luar rumah agam David sebaik mereka sampai. Redza memaut pinggang Nurul sambil berjalan. Nurul yang keletihan membiarkan saja. Pintu rumah di buka oleh seorang wanita Cina kecil molek berbaju singkat. Dia berbalas ciuman di pipi dengan Redza, kemudian menghulur tangan pada Nurul.
Betul kata Redza, rumah David cantik gila dengan hiasan serba mewah. Di satu sudut kelihatan mini fountain dan kolam yang di isi ikan koi. Tetamu yang hadir rata rata mengenali satu sama lain, cuma aku macam kera sumbang. Pakaian tetamu perempuan bukan main sexy lagi. Walaupun Nurul mengenakan dress hitam paras lutut tapi dia paling konservatif di situ.

“ You duduk lah, I ambilkan air. You nak makan apa apa?” Tanya Redza

Nurul menggeleng. Perut masih kenyang lepas  10 course Chinese dinner tadi. Dia melabuhkan punggung di sofa kulit yang empuk. Di depannya beberapa pasangan sedang menari dengan pelbagai aksi ghairah ala tiger show.

“ Hi, boleh I duduk sini? I’m Yuni” Seorang gadis Melayu berambut perang menyapanya. Baju tiub warna merah melekat di tubuhnya.
“ Duduklah. I’m Nurul Aishah” Mereka berbalas senyuman.
“ I tak pernah nampak you sebelum ni. You kerja dengan advertising company mana?”
“  I tak kerja dengan advertising company. I datang dengan kawan I, Redza”
Yuni memandangnya tajam dengan senyum sinis “ Oh, so you are Redza’s latest girl. Hmm. Taste dia semakin bagus. You dah lama kenal Redza?”
Nurul menggeleng. “ Baru lagi. Kenapa?”
“ You tak tahu kah? Redza tukar pasangan macam lampin pakai buang. Kalau you just nak have fun , go ahead lah. Redza is one hot guy. You tengok semua tetamu perempuan di sini. Hampir separuh dah pernah kena pakai buang dengan Redza. Tapi kalau you nak a serious relationship, you dah tersalah pilih. Redza is not that kind of guy. ”
Yuni senyum meleret sebelum mengikut seorang lelaki Caucasian yang mengajaknya menari.  Hissy…. . Betulkah apa yang Yuni kata?

“ Sorry I lambat. Ramai orang kat luar tadi. Here is your Coke” Gelas bertukar tangan. Nurul menyisip sedikit untuk melegakan kekeringan tekak.
“ Jom menari dengan I” Redza menarik tangannya. Nurul cuma menurut langkah Redza. Tubuhnya meliuk lintuk ikut rentak muzik yang mengasyikkan.  Bila muzik berubah rentak jadi perlahan, kepalanya di sandarkan ke dada Redza yang sasa. Aikk.. kenapa aku jadi macam bohsia ni? Tapi dia tak mampu menahan diri. Pelukan Redza semakin kemas.

“ Jom kita balik” bisik Redza
“ Er.. I nak pergi bilik air ”
“ Okay. Bilik air kat belakang tangga sana. I tunggu you di sini.”

Sebaik masuk ke bilik air yang serba canggih itu, Nurul tersentak melihat imbasan wajahnya di cermin. Shit! Apa ni? Bekas gigitan merah di leher mesti kerja si Redza. Takkan Dracula kot. Tidak syak lagi! Segala yang Yuni cakap tadi memang benar. Entah entah dia letak pil khayal dalam minuman aku. Dia menyimbah muka dengan air sejuk. Aku kena cabut dari sini sebelum aku jadi lampin pakai buang yang  entah ke berapa puluh.
********************************************************************************
“ Itu saja cerita engkau? Laa.. aku ingat ada scene 18 SX. Antiklimaks lah cerita kau ni. Apa jadi selepas itu?” omel Aireen
“ Aku sembunyi dari dia pastu keluar ikut pintu lain. Geram punya pasal, aku calarkan kereta dia dengan kunci. Kemudian aku pecah cermin kereta dia dengan batu. Kalau ada paku aku dah pancitkan tayar dia. “ Ketawa mereka pecah.
“ Brutal betul lah kau ni Yuyu. Dia tak cari kau?”
“ Aku cuak juga jadi aku tukar nombor telefon. Kebetulan kau ajak aku pindah ke sini. Dia cuma tahu tempat tinggal aku yang lama. Aku ingat aku tak akan jumpa dia lagi. Terkejut aku bila terserempak dengan dia di kampung.”
“ Allah dah takdirkan yang korang berjumpa semula sebab dia nak minta maaf dari engkau.. Kau pun berdosa  dengan dia. Baik kau terima saja pinangan dia. Aku rasa dia jodoh kau”


Last edited by sang_arjuna on 27-11-2012 01:11 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2012 01:11 PM | Show all posts
lampin pakai buang


betul ke apa yg yuni kata atau yuni jeles dgn yuyu aka ecah aka apa lagi ek
dan nie flash back seblm pertemuan di kg yuyu ke,
cam nak ekna baca balik
tetiba lost memory
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 01:12 PM | Show all posts
ok kaka smiley dah edit kat post last tue
so mmg kejadian berlaku seblm Redza muncul kt kg yuyu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2012 01:16 PM | Show all posts
fatehana posted on 27-11-2012 01:12 PM
ok kaka smiley dah edit kat post last tue
so mmg kejadian berlaku seblm Redza muncul kt kg yuyu

yup... ni kejadian 3 tahun lalu
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 03:14 PM | Show all posts
best....
karya smiley memang berbaloi2
hehehe...

nak lagi
x sabar ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 03:49 PM | Show all posts
dari awal memang lebih berkenan kat mike dari redza......sebab redza pandang rupa dulu x pandang hati budi.... mike suka kat yuyu walau yuyu hanya pakai baju kampung je pun.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 03:53 PM | Show all posts
sang_arjuna posted on 27-11-2012 12:49 PM
belum tau lagi apa nak buat dgn watak Mike
bagi Mike kat Elly nak?



usu ok jer mike --- elly...

kan dah biasa 2nd hero watak lagi menyerlah...

jgn maree kaka juna...

tp kaka juna buatlah elly berjaya menguruskan badan beliau dgn bantuan marie france atau slim world.. then barulah si redza ni ternga-nga mulut bila tengok elly yg dah selim melim...   tapi elly dah bo layan ler sb mike lagi encem dari redza...

sekianlah imejinasi mengarut usu..











Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2012 03:16 PM | Show all posts
nest....
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 02:09 PM | Show all posts
dah tak de updates ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2012 07:08 PM | Show all posts
iwimz posted on 27-11-2012 03:14 PM
best....
karya smiley memang berbaloi2
hehehe...

salam iwimz
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2012 07:12 PM | Show all posts
redsentra posted on 27-11-2012 03:49 PM
dari awal memang lebih berkenan kat mike dari redza......sebab redza pandang rupa dulu x pandang hat ...

hmm... kena tukar hero nih
tengah fikir nak buat camner
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2012 07:13 PM | Show all posts
UsuFie posted on 27-11-2012 03:53 PM
usu ok jer mike --- elly...

kan dah biasa 2nd hero watak lagi menyerlah...

ok...boleh di pertimbangkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2012 07:23 PM | Show all posts
Bab 9

Redza melangkah ke tepi untuk memberi laluan pada jemaah yang berpusu pusu meninggalkan masjid. Bila keadaan lebih tenang, dia mula bergerak ke arah rak  kasut. Langkahnya mati bila seseorang yang amat di kenali tercegat di depannya.

“ Kenapa? Terkejut? Muka kau macam nampak hantu” Lelaki berkopiah putih itu tersengih lebar.

“  Ini masjid lah, mana ada hantu? Tapi aku memang terkejut. Kau tak cakap kat aku pun. Apa punya kawan kau ni!” Bahu Mike di tampar. Kemudian mereka berpelukan. Pelukan yang penuh mahabbah. Brothers in Islam.

“ Aku tengok kau sibuk benar dua tiga hari ini. Jadi aku tak nak kacau”

“Bila kau masuk Islam, Mike?”

“Masa kau ada di Kuching dua hari lepas. Actually I wanted you to be around masa aku lafaz dua kalimah syahadah tapi schedule kau penuh sangat. Dan nama aku bukan lagi Mike, tapi Abdul Rahman. “

“ Alhamdulillah. I am really happy for you. Tapi bagi aku sedikit masa untuk latih diri aku untuk guna nama baru kau. I am so used to Mike. Macam mana dengan mak bapa kau? Mereka dah restu ?”

“ Aku nekad, inilah jalan yang aku pilih  walaupun mak bapa aku masih susah nak terima. Lagipun aku tak nak buang masa. “

Perasaan Redza bercampur baur. Dia sendiri yang banyak mempengaruhi Mike untuk memeluk Islam tapi  rasa risau bermain di benak hatinya. Apa maksud Mike? Tak nak buang masa untuk melamar Cik Ecah aku? Ini tak boleh jadi… berani dia lawan towkay! Ecah pun masih belum bagi jawapan. Adakah aku yang melopong dan  gigit jari nanti?

“ Teh tarik, jom! Aku belanja. ” ajak Mike. Sambil menghirup teh pekat dari mamak bawah pokok kesidang mereka berbual tentang penghijrahan Mike.

“ Honestly, I owe it to you Ray. Kau lah yang tunjukkan aku jalan yang benar. Sekarang aku rasa tenang dan puas.“

Redza menggeleng perlahan. “ Semuanya kuasa Allah. Kau dah di pilih olehNya. Macam aku juga. Walaupun aku Islam sejak lahir tapi peristiwa 3 tahun lalu yang buat aku berubah. Aku bersyukur. Kalau tidak sampai sekarang aku cuma Islam atas Mykad dan surat beranak saja, hukum hakam halal haram semua tolak tepi.”

“ Betul kata Ustaz Yusuf. Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Walaupun accident dulu hampir meragut nyawa, kau ambil positif. “  Jeda. Masing masing mengimbau kisah lalu sambil meneguk minuman berkalori tinggi dan berkhasiat rendah tapi tetap menjadi kegemaran majority penduduk Malaysia.

“ Sekarang kau kena carikan aku isteri  Melayu Muslim. Adik kau Izreen single lagi kan?”  Mike memecah suasana hening.

“ Single and available. Kau punya pasal, sekarang pun aku boleh chup. Tapi kau kena tunggu sampai Izreen habis belajar. Dua tahun lagi saja, tak lama pun. “ Kalau Mike suka Izreen, Alhamdulillah. Tiada saingan untuk Ecah.

“ Just kidding, bro. Bukan sebab aku tak nak jadi adik ipar kau, tapi aku takut kat mak engkau.” Dia pernah bertandang ke rumah keluarga Redza waktu Hari Raya. Datin Wan Hamidah tidak segan silu bertanya dengan terperinci pasal latarbelakang keluarganya walaupun pertama kali berjumpa. Sesiapa yang masuk meminang anaknya kena submit Income Tax Form  J ,  penyata bank dan geran tanah agaknya.

“ Ha ha.. aku faham. Aku sendiri  pun takut dengan mak aku!”   Redza menggosok dagu. Dua tiga hari kebelakangan ini panggilan telefon dari ibunya tidak di jawab. Aku memang sibuk pun. Kemungkinan besar Elly sudah  mengadu pasal aku dan tentunya Mama akan basuh aku cukup cukup. Nasib baiklah ada Abah dan Makcik Ila.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2012 07:30 PM | Show all posts
“ Kau ni sibuk pasal calon isteri aku, kenapa? Kau sendiri dah jumpa ke ? Sampai bila nak jadi eligible bachelor? Bernikah itu sunnah Rasulullah. Takkan kau tak nak tambah umat Nabi” nasihat Mike.

Redza menarik nafas. Baik aku berterus terang sekarang agar Mike @ Abdul Rahman bin Abdullah tahu di mana kedudukannya.

“ Aku dah ada calon isteri. Si Ecah anak Tok Nah dari Kampung Sungai Besar. “ tutur Redza. Matanya di paku ke arah kawan baiknya. Apa reaksi kawan aku ni? Aaah.. aku dah agak!

Mike pantas menelan teh hingga terbatuk. “ You mean Nurul? You are joking , right? Bila masa kau kenal dia? Takkan jumpa sekali terus nak kahwin?”

“ It’s a long story. Sebenarnya aku kenal dia dah lama. We lost touch for three years. Bila aku jumpa dia semula masa shooting dulu, aku bersyukur yang takdir membawa aku ke sana.  Aku perlu buat sesuatu sebelum aku kehilangan dia sekali lagi. Jadi aku terus suruh parents aku masuk meminang. This is it. She is the one I am going to marry” tegas Redza

Siapalah aku kalau di banding dengan Redza. Dia boss aku, pemilik syarikat yang sukses, anak jutawan, kacak, berpersonaliti hebat. Pakej yang sempurna yang di dambakan kaum wanita. Mustahil Nurul akan memilih aku.  Mike menutup kekecewaan dengan senyum segaris yang tak sampai ke matanya.

“ Pilihan yang tepat, Ray. Korang memang sepadan.  So, when is the big day?”

Apek ni tak boleh jadi pelakun langsung. Kasihan pula bila melihat senyum paksa Mike. Tapi ada aku kisah? Siapa cepat , dia dapat. Er…  harap harap begitulah. Ameen. Spontan Redza meraup muka.

“ Insyaallah bulan ini. “ Ya lah tu. Ecah belum pun bagi jawapan. Tapi ni Redza Fahmy. Kalau nak sesuatu, mesti ada keyakinan.  Lagipun setiap kata itu doa. Harap harap Allah  makbulkan niat baik aku.

“ Cepatnya.  Sempat ke nak buat persiapan? ”

“Aku nak buat majlis yang simple saja di kampung Nurul. Tak payah  reception di hotel and all that over the top stuff.  Membazir! Anyway, benda yang baik wajib di cepatkan.”

“ Kau anak lelaki tunggal Datuk Aminuddin dan Datin Wan Hamidah, takkan mereka tak nak buat besar besaran? Mesti kena ajak Sultan dan Menteri. Kawan kau pun ramai , kecil hati mereka nanti kalau tak di jemput.”

Kata kata Mike ada benarnya. Tapi tentunya aku tak boleh  buat majlis di hotel 5 bintang di KL. Pecah rahsia nanti. Silap haribulan Ecah kena serang. Bukan oleh awek yang kena tinggal tapi mak pengantin lelaki.  Aku boleh bayangkan Mama datang terjah. Ngeri!

“Yang wajib ialah nikah dan kenduri untuk bagi tahu orang yang kami dah kawin.  Reception tu semua biar aku fikirkan kemudian. Tapi jangan risau. Kau  BFF aku,  mesti lah aku jemput ke kampung Ecah. “

“ Aku doakan segalanya di permudahkan. Kau dah buat pilihan yang terbaik. Jom lah kita balik. Hari macam nak hujan. Banyak lagi kerja aku yang tak habis.” Mike meletak se keping not RM5 atas meja. Langkahnya tidak bermaya. Hatinya mendung seperti awan yang berarak. Inilah dugaan pertamanya sebagai umat Muhammad. Bila seorang wanita sudah di pinang, maka lelaki lain tidak boleh potong jalan. Lebih kurang begitu lah hadith yang dia pernah baca, dalam versi bahasa pasar. Dalam ertikata lain, hasratnya untuk menggapai cinta Nurul Aishah yang manis menawan terpaksa di batalkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2012 08:46 PM | Show all posts
Bab 10

“ You ada appointment dengan Encik Redza?” Tanya wanita yang berada di kubikel sebelah pejabat CEO Trapezium Communications. Wanita berbaju kurung batik dan bertudung itu  memandangnya tajam.  

Tak percaya pula akak ni. Macam lah aku sengaja terjah boss dia yang perasan diri nya terhangat di pasaran, dengus Nurul dalam hati.

“ Encik Redza suruh saya datang jumpa dia lepas waktu pejabat.  Nama saya Nurul Aishah” jawab Nurul.
Ini tentu seorang lagi model yang mencuba nasib. Boss tak cakap apa apa pun.  Dia menyemak diari lagi sekali. Tak ada pun nama Nurul Aishah.

“ Baru sampai? I ingat you dah lupa appointment kita” getus Redza yang tiba tiba muncul  menjenguk dari pintu ofis. Nadanya agak keras, maklumlah hati  cuak menunggu jawapan yang belum pasti. Asyik naik angin saja dua tiga hari ini. Hari ini aku perlu dapat jawapan yang pasti.

“ Apahal nak marah pula? Susah nak cari tempat ini, tau. Saya  tak biasa datang area Dutamas. Lain kali kalau nak saya sampai cepat, tolong hantar driver jemput saya ” balas Nurul.  Mana ada lambat pun. Redza kata datang lepas office hours, sekarang pukul 6. Kalau aku datang pukul 9 malam pun belum di kira lambat. Tension lah!  Jenuh berpusing sampai berpeluh ketiak. Sign board di sini mengelirukan. Kereta aku bukannya ada GPS.

“ Bukan marah, saya risau saja, takut something happened to you. Putih mata I nanti tak dapat kawin. Jom lah masuk my office. ” Suara Redza lebih lembut. Macam mana aku nak marah. Nurul sangat comel dengan rambut di ikat ekor kuda. Kemeja putih dan jeans yang di sarung membuatnya kelihatan seperti pelajar kolej.

“ Lepas habis taip clients feedback report, Kak Amy email kat saya.   By the way, ini Nurul Aishah. Ecah, ini Kak Amiza atau  Amy, my secretary”  Redza memperkenalkan mereka. Siapa Nurul Aishah tak perlu di hebahkan sekarang. Malu aku kalau kena rejek.

“ Apa khabar? Nice to meet you” tegurnya penuh hormat.  Tanpa perlu di beritahu, Kak Amy sudah dapat meneka siapa Nurul Aishah di hati Redza. Renungannya, bahasa tubuhnya … jelas sangat boss sudah jatuh cinta. Sudah lama pejabat ini ketandusan gossip sebab boss tak ada skandal. Akhirnya, Encik Redza sudah ada teman wanita. Terror dia simpan rahsia. Tentu ada  hati yang berkecai.

“ Bersepahnya ofis” komen Nurul sebaik melangkah masuk ke ofis Redza. Alat tulis, kertas pelbagai saiz, drawing board, alat perakam dan laptop berselerak. Semak gila sam[ai kucing pun takut nak beranak di sini.  Buku buku di rak tunggang langgang, tak ada sistem langsung. Pening kepala aku!

“ Ini bukan sepah tapi organized disorder. I boleh cari apa yang I nak dalam sekelip mata. “

“ Rumah awak bersepah macam ini juga kah?” Kalau jawapan nya positif, sekarang juga aku cabut. Bye bye! Aku paling benci orang pengotor.

“ Tak, rumah saya sangat bersih. Spick and span. Kalau tak percaya, saya boleh bawa awak ke sana. Saya tinggal di kondo Dutamas Towers, depan ni jer” Tempat tinggal yang cuma beberapa langkah dari pejabat sangat ideal untuk  Redza yang  workaholic. Tak perlu buang masa dalam traffic jam. Kerja lewat pun tak jadi hal. Bila kena kejar deadline, staf lelaki selalu tumpang tidur dan mandi di kondonya.

“ Tak nak, terimakasih saja” Gila haper, nak pergi rumah bujang?  Nurul mengerling ke luar tingkap. Cuaca yang mendung agak merisaukan. Aku  takut memandu dalam hujan. Tapi kalau strategi aku berjaya, tentunya aku akan di halau kejap lagi.  Dia ketawa dalam hati.

“Jom duduk di sofa sana. Ecah nak minum apa?”  Redza membuka peti ais kecil di sebelah ruang duduk tetamu.

“ Tak payah lah. Saya nak cepat. Kenapa awak nak jumpa saya?”

Haissyyy.. tak sempat aku nak bermukadimah. Gelojoh betul lah Ecah ni. Redza mengambil botol air mineral dan melabuh punggung sebelah Nurul.  Dua butang teratas kemejanya yang terbuka mendedahkan dada Redza yang bidang. Lengannya kekarnya pernah memeluk aku.  Nurul membenamkan segala memori silam  dan gelodak rasa  yang mula menular.  Tiga tahun lalu dia hampir tewas dan sekarang Redza makin matang dan kejantanannya lebih terserlah. Chaittt!

“ You know why I asked you here. Keluarga saya merisik dah lebih dua minggu lalu tapi awak belum lagi bagi jawapan. Tok Nah suruh saya tanya awak sendiri.  ”

“ Saya tahu. “ Mata Nurul terpaku pada karpet kelabu yang menutup seluruh ruang lantai. Perasaannya  gemuruh bila di tenung Redza.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.175544 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list