CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GuaAnakMelaka

KISAH PARA NABI,SAHABAT,TABIIN,WALI ALLAH,ULAMA',PEMIMPIN

[Copy link]
 Author| Post time 8-2-2013 11:01 AM | Show all posts
KISAH 64

Ibn-ul-Khattab, juga dikenali sebagai Khattab adalah pejuang Chechnya.dILAHIRKAN PADA 1970 mASEHI.

Khattab pada satu ketika ditembak di bahagian perut dengan sebutir peluru Mesingan Berat 12.7mm di Afghanistan. (Peluru 12.7mm digunakan untuk menebuk kereta perisai dan menembusi posisi pertahanan yang kuat: peluru ini menjadikan daging manusia seperti daging cincang, fakta yang diketahui oleh mana-mana pakar ketenteraan.):

“Ketika salah satu operasi, kami sedang duduk di dalam sebuah bilik sebuah rumah di Barisan Kedua. Hari sudah lewat dan pertempuran di Barisan Hadapan sangat hebat.

Tidak beberapa lama kemudian, Khattab memasuki bilik tersebut; wajah beliau kelihatan pucat, tetapui selain daripada itu beliau berkelakuan seperti biasa. Beliau masuk ke dalam bilik, berjalan perlahan-lahan ke satu arah bilik tersebut dan duduk bersebelahan dengan kami. Khattab kelihatan luarbiasa diamnya, maka kami merasakan tentu ada sesuatu yang tidak kena, walaupun beliau tidak sedikitpun mengerutkan muka walaupun sekali mahupun menunjukkan apa-apa tanda kesakitan. Kami bertanyakan beliau samada beliau mendapat kecederaan; beliau menjawab bahawa ketika di Barisan Hadapan, beliau mendapat luka ringan, tiada apa-apa yang serius. Salah seorang dari kami kemudiannya pergi kepada beliau untuk melihat luka tersebut. Khattab enggan membenarkannya, terus mengatakan bahawa luka tersebut tidak serius. Mujahid tersebut terus memaksa Khattab untuk membenarkannya melihat dan kemudiannya beliau meletakkan tangannya ke bahagian perut Khattab.

Pakaian Khattab basah dengan darah dan beliau mengalami pendarahan yang teruk. Kami kemudiannya terus memanggil sebuah kenderaan dan menghantar beliau ke hospital kami yang paling hampir; di sepanjang perjalanan beliau terus mengatakan bahawa kecederaan beliau itu ringan dan tidak serius.”

Selepas Tentera Rusia berundur dari Chechnya pada musim luruh 1996, Khattab telah diberi penghargaan sebagai wira Chechnya. Beliau telah dianugerahkan dengan pingat keberanian dan ketabahan oleh Kerajaan Chechnya dan diberi pangkat rasmi sebagai Jeneral, di dalam sebuah majlis yang turut dihadiri oleh Shamil Basayev dan Salman Raduyev, dua komander paling penting dalam peperangan Chechnya. Sebelum Jeneral Jawhar Dudayev meninggal dunia, beliau juga sangat menghormati Khattab. Ini adalah penghormatan yang diterima atas tindakan, bukan perkataan semata-mata.

Khattab percaya akan Jihad melalui media. Beliau pernah dilaporkan berkata,"Allah SWT memerintahkan kita memerangi orang kafir sebagaimana mereka memerangi kita. Mereka memerangi kita dengan media dan propaganda, maka kita juga patut memerangi mereka dengan media kita.”





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2013 06:17 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 8-2-2013 10:48 AM
KISAH 62

Nabi Mohd saw memilih kawasan tanah di mana untanya berhenti ketika berhijrah ke Madinah ...

salam

masyAllah ..
Amal yang berkekalan .. amal jariah .. alhamdulillah

wassalam
Nabi Mohd saw memilih kawasan tanah di mana untanya berhenti ketika berhijrah ke Madinah al-Munawwarah.


'Sebahagaian tanah itu kepunyaan Asad bin Zuharah "kata Abu Ayob al-Ansari.



Pabila mendapat tahu Rasulullah saw mahu membina masjid,Asad berkata "Wahai rasulullah,kami mahu mewakafkan tanah ini kepada Tuan".

Sahal dan Suhail yang yatim juga turut mewakafkan tanah mereka untuk dibina masjid.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2013 02:49 AM | Show all posts
insya-Allah brsambung.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2013 12:14 AM | Show all posts
KISAH 65

Fatimah az-Zahra binti Rasulullah SAW pernah mengalami kelaparan selama beberapa hari...

Saat itu, suaminya Ali ra melihat wajahnya pucat pasi. Maka ia bertanya kepadanya, "Kenapa engkau pucat demikian, wahai Fatimah?"

Fatimah menjawab, "Sejak tiga hari yg lalu kami tidak mempunyai makanan di rumah!"..

Ali berkata, "Mengapa engkau tidak memberitahuku?". Ia menjawab, "Sebab, pada malam pernikahan kita dahulu, Rasulullah saw pernah berpesan kepadaku seperti ini :

"Wahai Fatimah, Jika Ali ra datang kepadamu dgn membawa sesuatu, makanlah!

Namun, bila ia tidak membawa apa-apa, janganlah sekali-kali menanyakannya"

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2013 09:33 PM | Show all posts
KISAH 66



Amru bin al-Jamuh dan Abdullah bin al-Amru r.a  telah dikuburkan dalam satu kubur dalam waktu yang sama, kemudian ternampak air sedang mengalir menerusi kubur mereka lalu digali semula untuk dipindahkan ketempat lain, sebaik sahaja digali lalu orang ramai nampak bahawa jasad mereka tidak dimakan oleh tanah (tidak hancur), salah seorang dari mereka telah meninggal dalam keadaan berdarah kerena syahid pada jalan Allah, sedangkan tangannya sedang menutup  tempat yang berdarah itu, mereka cuba nak mengubahkan tangannya tetapi tangannya tetap bergerak ketempat lukanya, akhirnya mereka kuburkan di tempat lain.

Peristiwa ini terjadi  setelah empat puluh enam tahun lamanya mereka telah meninggal dunia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2013 10:36 AM | Show all posts
KISAH 67

Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata.

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.

Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu. Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur’an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.


Ia akan duduk dan membelek alqur’an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.

Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya.



http://www.blogammar.com/


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-3-2013 06:28 PM | Show all posts
KISAH 68

Bekas Menteri,SANUSI JUNID BERCERITA DALAM BLOG

Di rumah George W. Bush kami telah diperkenalkan oleh isterinya Barbara Bush kepada kucing kesayangannya dalam usaha memeriah dan memaniskan majlis.


eorge W. Bush pula telah menyatakan kegemarannya kepada 'Nasi Lemak' dan telah bertanya kepada Tun Dr. Mahathir akan cara membuatnya.

Tun, sebagai seorang yang hobinya juga memasak, telah mengkuliahkan para hadirin mengenai cara membuat 'Nasi Lemak'', yang saya dengar seolah-olah ianya satu produk teknologi tinggi....

pergh.nasi lemak tu..bagus3......promo makanan Malaysia!





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.074634 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list