CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: viscose

SEPAH & SEPAHTU VOL 7 ~ MISI MEMENANGI HATI JEP MASIH DITERUSKAN

 Close [Copy link]
Post time 13-5-2013 03:55 PM | Show all posts
Honey_Inara posted on 13-5-2013 03:43 PM
si hunny ni pon lame dah tak masuk sini..
uols g mane wahai @HunnYNunnY ??

yuhuuuuu.. hai semuaa! iols bz sket nyah hari ni.. huwaaaaa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2013 04:09 PM | Show all posts
EllaJepp posted on 13-5-2013 03:53 PM
pastu buat iolls rasa bersalah, apa kekdahnyeeee  grrrrr

Alololo..jgn la majuk lalink...

iols tak tahu byk pon lah sal abam...
iols khenn agak kelewatan cket meminati abam..
byk tahu pn drp uols..


Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 04:12 PM | Show all posts
HunnYNunnY posted on 13-5-2013 03:55 PM
yuhuuuuu.. hai semuaa! iols bz sket nyah hari ni.. huwaaaaa....

haaa..muncul pon...hye uols..
haha..standard la tu noks..
ade mase kite mmg bizi
sampai takde mase utk diri sendiri

ni iols pn beberapa hari lagi bakal bizi...
tak sempat nak jengah umah ni kerap sgt..


Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 04:24 PM | Show all posts
Honey_Inara posted on 13-5-2013 04:09 PM
Alololo..jgn la majuk lalink...

iols tak tahu byk pon lah sal abam...

tenang rasanya hari ini, tidak perlu bercerita apa2 tentang abam...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 04:27 PM | Show all posts
EllaJepp posted on 13-5-2013 04:24 PM
tenang rasanya hari ini, tidak perlu bercerita apa2 tentang abam...

Alaaaa...jangan la uolsss...


Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 04:47 PM | Show all posts
Honey_Inara posted on 13-5-2013 04:27 PM
Alaaaa...jangan la uolsss...

hahahahaha. baru uolls tau!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2013 05:12 PM | Show all posts
EllaJepp posted on 13-5-2013 04:47 PM
hahahahaha. baru uolls tau!

ngehehehe...
uols nie pandai je wt iols risau..


Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 05:21 PM | Show all posts
Honey_Inara posted on 13-5-2013 05:12 PM
ngehehehe...
uols nie pandai je wt iols risau..

hahaha. xkanlah iolls nak simpan cerita2 pasal kebaikan abam jep sorg2

mende yg baik, harus dikongsi bersama. khensss!

iolls xkedekut kalau bab2 abam jep. ihik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2013 06:32 PM | Show all posts
uols..
iols ada baca review dari bod sebelah..
shuib ngan jep sangat kelakar dalam citer oh mak kau tu..
tapi banyak sangat kekurangan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 09:20 PM | Show all posts
Honey_Inara posted on 13-5-2013 04:12 PM
haaa..muncul pon...hye uols..
haha..standard la tu noks..
ade mase kite mmg bizi

hehehe.. slalu kalau iols jenguk sini time x bz, haram xde org.. sadis..

rindu kt korang laa.. @masterdyanna91 @viscose @EllaJepp @dheya_hanna n kwn2 yg lain...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 09:22 PM | Show all posts
EllaJepp posted on 13-5-2013 03:40 PM
hahaha! @HunnYNunnY ada daulat uollsss!

iols mmg bdaulat pun.. hahahaha...
Last edited by HunnYNunnY on 13-5-2013 09:26 PM

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 10:35 PM | Show all posts
HunnYNunnY posted on 13-5-2013 09:20 PM
hehehe.. slalu kalau iols jenguk sini time x bz, haram xde org.. sadis..

rindu kt korang la ...

biasa la uols..
kadar bizi masing2 lain..


Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 11:44 PM | Show all posts
masterdyanna91 posted on 13-5-2013 06:32 PM
uols..
iols ada baca review dari bod sebelah..
shuib ngan jep sangat kelakar dalam citer oh mak ka ...

ye ke uols?
dh tayang eh cter tu? hampun abam..tak tau..


Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 12:11 AM | Show all posts
Honey_Inara posted on 13-5-2013 11:44 PM
ye ke uols?
dh tayang eh cter tu? hampun abam..tak tau..

belum tyg lgi uols...
cuma pratonton je
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 08:25 AM | Show all posts
masterdyanna91 posted on 13-5-2013 06:32 PM
uols..
iols ada baca review dari bod sebelah..
shuib ngan jep sangat kelakar dalam citer oh mak ka ...

tgk trailer pun rasa kureng dah dyanna. haha. tp nak tengok pun sbb jep n shuib je.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 08:25 AM | Show all posts
HunnYNunnY posted on 13-5-2013 09:20 PM
hehehe.. slalu kalau iols jenguk sini time x bz, haram xde org.. sadis..

rindu kt korang la ...

rindu uolls jugakkk!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2013 08:30 AM | Show all posts
Artikel Harian Metro semalam tentang filem OMK

FILEM Melayu masih rancak dihasilkan dan terbaru, produksi Star Scope Productions Sdn Bhd milik usahawan muda, Nurul Ain Nordin muncul bersama karya mereka, Oh Mak Kau! (OMK!). Menariknya, filem itu adalah arahan sulung Nurul Ain, 25.

Mengetengahkan elemen komedi dan aksi, percaturan Ain dilihat tepat kerana genre dipilih itu sememangnya menjadi perhatian penonton. Apatah lagi, ia menggabungkan lakonan Shuib dan Jepp yang selalu menghiburkan dengan jenaka mereka.
Ain yang ditemui pada majlis previu OMK! di Cathay Cineleisure @ Curve, Damansara, baru-baru ini berkata, dia sangat bersyukur kerana dapat menyiapkan filem itu.

Katanya, walaupun dia menggalas empat tugas besar iaitu sebagai penerbit, pengarah, penulis skrip dan pelakon, semuanya dapat dilakukan dengan baik atas sokongan tenaga pasukan yang bagus.

“Walaupun masih baru dalam industri, peluang bekerjasama dengan ramai bintang ‘otai’ tanah air memudahkan tugas saya. Ini kerana mereka memberikan komitmen sangat baik.

“Saya gembira sepanjang menghasilkan filem ini dan berharap agar penonton juga terhibur,” katanya.

Ain yang juga lulusan bidang pengarahan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, sebelum ini pernah menimba pengalaman berlakon filem Suatu Malam Kubur Berasap (SMKB) di samping Angah Raja Lawak dan Along Cham.

Katanya, selama setahun bekerja dengan produksi yang menerbitkan filem SMKB banyak memberinya pengalaman serta pengetahuan mengenai penghasilan filem. Jadi, kini dia bersedia tampil dengan hasil buah tangan sendiri.

Menyentuh soal debaran hatinya, Ain tanpa berselindung berkata, sebagai penerbit dan pengarah baru, dia tidak mampu mengelak perasaan berdebar dan bimbang menunggu maklum balas penonton OMK!

“Apatah lagi, saya paling takut dan tidak sanggup dengar kalau penonton memberikan maklum balas OMK! tonjol lawak bodoh,” katanya.

Berkongsi pandangannya mengenai risiko yang bakal dihadapi sekiranya filem OMK! gagal di pawagam, Ain berkata, dalam soal itu, dia hanya berserah.

“Kalau kurang menyerlah di pawagam, mungkin ada saluran lain boleh digunakan untuk mendapatkan keuntungan semula. Apapun, saya tetap yakin semua ini rezeki Tuhan.

Selain Ain yang melakonkan watak Que, filem ini membabitkan barisan pelakon popular seperti Didie Alias, Abon, Syamsul Yusof, Jepp dan Shuib (Sepah Tu), Yassin Elias, Faiz Raja Lawak dan Yank Kassim.

Membabitkan RM1.7 juta untuk pembikinan dan promosi, Ain berharap masyarakat tidak merendahkan kredibilitinya sebagai pengarah filem berkenaan. OMK! bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara pada 16 Mei ini.

Kisah dua beradik

Filem ini mengetengahkan elemen kasih sayang dan kekeluargaan. Ia mengisahkan dua adik-beradik, Sam (Jep Sepah Tu) dan Mun (Shuib Sepah Tu) bekerja membantu ibu mereka, Mama San (Wan Maimunah) sebagai peniaga ayam di pasar.

Bagaimanapun, sayangnya Sam dan Mun mempunyai tabiat suka mencuri. Setiap kali mencuri, mereka menyamar dalam bermacam-macam gaya dan paling melucukan mereka pasti mengemas semula tempat itu selepas mencuri.

Kenakalan dan sikap negatif Sam dan Mun membuatkan Mama San sering memarahi mereka. Bagaimanapun, ia tidak begitu diendahkan sehinggalah kepulangan Que (Nurul Ain) ke kampung itu.

Sikap mesra Que cukup menjadi perhatian Sam dan Mun hinggakan mereka berdua bersaing untuk memikat hati Que. Sementara itu, Embun (Didie Alias) pula begitu digeruni peniaga pasar bersama kumpulan samseng dipimpinnya.

Selain itu, kehadiran Que juga membuatkan Embun berasa tergugat kerana menganggap wanita genit itu cuba menentang dan merampas kawasan miliknya. Apatah lagi, Embun bekerja dengan Lutfan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/12
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 08:31 AM | Show all posts
ini pulak artikel dalam ruang gosip Soseh soseh semalam.

PRODUSER BENGANG DENGAN JEP?

      Selama SS mengenali Jep dari kumpulan Sepah,dia seorang yang profesional dan tidak pernah buat hal dengan mana-mana produksi apatah lagi urusan memberi kerjasama terhadap wartawan mahupun drama atau filem yang dilakonkannya.

     Namun baru-baru ini,rakan SS bertemu dengan produser,pengarah dan pelakon filem OMK! (Oh Mak Kau!),Ain Nordin.Tiba-tiba Ain meluahkan rasa kecewa dan kesal dengan sikap pelakon yang lahir daripada program Raja Lawak itu.

      Ain mendakwa,sudah tiga kali promosi filem Jep tidak hadir dengan memberikan pelbagai alasan yang tidak masuk akal.Kata Ain lagi,pernah dia menghantar mesej merayu supaya Jep hadir ke sesi pratonton filem itu baru-baru ini namun hasilnya 'hampeh'.

    Jep yang pada awalnya berjanji akan hadir tiba-tiba dikatakan tidak dapat muncul kerana dia terpaksa pulang ke kampung gara-gara demam.

    Pelik pula SS mendengar alasan yang diberikan Jep kerana takkan demam sampai perlu pulang ke kampung.Kalau kampungnya dekat di daerah Selangor boleh juga diterima akal,ini tidak,nun jauh di Johor Bahru.Kalau memandu pun makan masa kira-kira empat jam.

    SS tidak pasti apa sebenarnya masalah yang dilalui Jep tetapi dalam soal kerja dia tentu faham kena ambil serius sebab jangka hayat filem bukannya lama sangat.Kalau minggu pertama tidak ligat promosi di pihak produser dan pelakon,susah juga dibuatnya nanti.
   
    Malah artis Hollywood pun masih pergi promosi atau turun padang untuk membantu filem mereka di sana sini walaupun pasaran mereka cukup besar.Ini pula Malaysia dan kita kena lebih kerja keras atas nama satu pasukan.

     Sebenarnya SS ada dengar beberapa rakan artis yang pernah berlakon dengan Jep mengatakan perkara yang sama.Kata mereka Jep sekarang sudah mula buat hal dengan tidak memberi komitmen sepenuhnya terhadap promosi filem lakonan.

      Bukannya apa,dulu SS ingat ketika rakan mereka,Mamat buat hal,Jep juga banyak menasihatkan Mamat,takkan sekarang Jep pula dah berjangkit?

    Sebenarnya ini perkara kecil dan boleh diubah kata orang,semuanya belum terlambat dan SS harap,Jep ada penjelasan terhadap semua dakwaan yang dilemparkan kepadanya.

SS : Ada pelawak yang hanya mahu lucu diatas pentas atau dalam lakonan saja.Dalam realiti,mereka lebih serius seperti Imuda .


sepanjang iolls kenal abam jepp, mmg heolls anak manja emak. kalau heolls demam mmg heolls balik kampung. sakit hati dgn SS ni! Last edited by EllaJepp on 14-5-2013 08:32 AM

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 08:37 AM | Show all posts
Jawapan abam di MStar Online hari ni.

Jep Sepah Tidak Lari Komitmen Promosi Oh Mak Kau!         

PETALING JAYA: Pelawak Mohd Nadzri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep Sepah, 28, kesal dengan dakwaan tidak bertanggungjawab dan lari dari komitmen dalam mempromosikan filem terbaru lakonannya Oh Mak Kau! (OMK!).

Jelas Jep, dia tidak hadir pada sesi pratonton filem berkenaan berikutan tidak sihat dan perkara tersebut sudah dimaklumkan kepada pihak produksi.

"Saya demam dan ketika itu berada di Johor, perkara sakit begini kita pun tidak jangka akan berlaku dan saya tidak main-main. Shuib dan rakan-rakan yang rapat dengan saya tahu keadaan saya kalau demam adalah agak teruk.

"Saya juga sudah beritahu produser dan minta maaf kerana tidak dapat hadir," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Jep diminta mengulas tentang ruangan pojok sebuah akhbar yang mendakwa produser filem tersebut kesal dengan tindakannya yang gagal menghadiri tiga kali sesi promosi yang dijalankan.

Jelasnya lagi, sementara dua promosi lain yang tidak dapat dihadiri adalah disebabkan terlibat dengan penggambaran sitkom Karot Komedia terbitan sebuah stesen televisyen berbayar.

"Saya bukan sengaja tidak mahu datang, lagi pula ini filem lakonan saya sudah tentu saya mahu ia berjaya. Tapi keadaan memang tidak mengizinkan dan ada komitmen yang lebih penting.

"Insyaallah promosi pada 16 Mei ini dan seterusnya saya akan datang," ujarnya.

Katanya, dia redha jika isu ketidakhadiranya ini mampu menjadi salah cara promosi filem tersebut biarpun menjejaskan kradibilitinya sebagai seorang pelakon.

"Saya kesal namun biarlah, saya anggap perkara ini adalah salah satu promosi filem tersebut," katanya.

Filem yang berkisarkan dua beradik, Sam (Jepp) dan Mun (Shuib) dengan kata simbol mereka, ‘kemas balik selepas mencuri’ sering mencetuskan kemarahan ibu mereka.

Segalanya berubah dengan kedatangan Que (Ain), seorang wanita yang berjaya mencuri hati mereka berdua.

Kehadiran Que juga membuatkan Embun (Didie) terasa tergugat kerana menganggap Que cuba menentang dan merampas kawasan miliknya.

Filem ini bakal ditayangkan pada 16 Mei 2013.


Kann iolls dah kateee! abam bukan jenis main2. heolls btol2 komitmen dgn kerjaya heolls. ini semua cik pengarah tu punye pasal! menggelabah, kutuk2 luah xpuas hati kt media pasal abam. tak pasal2 nama abam dah buruk. eiii dpt jumpe pengarah tu, iollsss

tp cian abam demam. baru iolls tau, bila heolls demam, heolls demam teruk. cian abammmmmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 10:07 AM | Show all posts
EllaJepp posted on 14-5-2013 08:25 AM
tgk trailer pun rasa kureng dah dyanna. haha. tp nak tengok pun sbb jep n shuib je.

tu la pasal..
trailer tu banyak tonjol pengarah dia tu je...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.270238 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list