|
[Tempatan]
EDISI U-TURN dan edit berita oleh harakah (PKR tak jadi boikot)
[Copy link]
|
|
tapibukanaku posted on 13-6-2013 02:31 PM
Iyo iyo lah rafizy
sanggup ke hilang kelayakan sbg MP?
Kat Sabah PR angkat sumpah plak.
60 Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah Angkat Sumpah KOTA KINABALU, 13 Jun (Bernama) -- Semua 60 Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah termasuk 12 wakil pembangkang daripada DAP, PKR dan Parti Reformasi Sabah (Star), Khamis mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said.
Majlis itu bermula dengan upacara angkat sumpah oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, diikuti tiga timbalannya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Datuk Seri Yahya Hussin dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah.
Ini disusuli dengan menteri-menteri Kabinet Sabah dan pembantu-pembantu menteri serta anggota dewan yang lain, dikuti 12 anggota DUN daripada pembangkang.
Mereka termasuk Datuk Seri Lajim Ukin (PKR-Klias), Datuk Seri Wilfred Bumburing (PKR-Tamparuli), Datuk Dr Jeffrey Kitingan (Star-Bingkor) dan Hiew King Cheu (DAP-Luyang).
Pada pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lepas, BN mengekalkan pemerintahan Sabah dengan majoriti dua pertiga apabila menguasai 48 daripada 60 kerusi DUN.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Musa yang juga Adun Sungai Sibuga meminta semua anggota dewan menjalankan tugas yang diamanahkan rakyat khususnya wakil BN dengan berkhidmat sebaik mungkin sepanjang persidangan berlangsung.
"Kepada ADUN BN kita anggap tanggungjawab yang diamanahkan rakyat itu harus ditunaikan bagi mewakili kawasan masing-masing.
"Ahli dewan juga diminta berbahas dengan berwibawa, sopan santun dan mengikut peraturan sedia ada kerana ini adalah dewan yang mulia," katanya.
Perasmian pembukaan persidangan akan disempurnakan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin pada Isnin, 17 Jun manakala persidangan DUN akan diadakan selama tiga hari bermula Selasa, 18 Jun.
Sementara itu, Salleh yang juga Adun Usukan mengangkat sumpah secara berasingan di hadapan Timbalan Speaker Datuk Johnny Mositun pada sebelah petang.
-- BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
oni313 posted on 13-6-2013 07:29 PM
Sesuai sangat mintak si rafizy tu gi angkut sampah kat area2 mdan slera Pandan jaya smpai ke ...
bagi dia keje part time.. hadap sampah tuuu
|
|
|
|
|
|
|
|
cer citer apa keputusannya?.. |
|
|
|
|
|
|
|
dragger posted on 13-6-2013 09:08 PM
bagi dia keje part time.. hadap sampah tuuu
aku prnah trnampak tikus besar anak kucing...kotor yg amat area pandan jaya skrg ni
yg boleh diharap, iskandar samad, adun chempaka, dia sorg je yg bg aku, boleh buat kerja sikit...
|
|
|
|
|
|
|
|
totokreturn posted on 13-6-2013 05:23 PM
Org kata boikot majlis taklimat parlimen... puak bodo gi konar kata boikot majlis angkat sumpah.. pa ...
Penjilat bontot nuart mcm ko memang percaya....tau tak totok malaysiakini yg lapor kan mula2.....
|
|
|
|
|
|
|
|
oni313 posted on 13-6-2013 09:17 PM
aku prnah trnampak tikus besar anak kucing...kotor yg amat area pandan jaya skrg ni
yg bole ...
sihat sgt tikus tu kalau dah beso kucing
nampak sgt kawasan tu kotor
|
|
|
|
|
|
|
|
Woi! apa keputusan malam tadi woi? takkan senyap je... Macai mana Macai? aku up balik!
nota kaki: MACAI (Mempercayai Apasaja Cakap Anwar Ibrahim) |
|
|
|
|
|
|
|
pengundi undi dorang supaya dorang menyalak apa yang rakyat nak di parlimen..
kalau dorang tak mahu masuk parlimen baik letak jawatan ... |
|
|
|
|
|
|
|
Macam budak2 kan. geli siot tgk MP PKR ni...diorang ingat rakyat suka tgk perangai sekor2 mcm tu. Lagi menyampah ada la. Menyampah siotttttttt! |
|
|
|
|
|
|
|
dah buat keputusan belum ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Mohammad Agus Yusoff
12 hours ago
Saya memerhati dengan penuh minat laporan media tentang tindakan PR yang memulau majlis taklimat parlimen pada 11 Jun dan cadangan untuk memulau majlis angkat sumpah ahli parlimen baru pada 24 Jun ini.
Laporan yang menarik minat saya ialah pandangan bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menyatakan ahli dewan yang tidak mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan selepas hari pertama persidangan Dewan Rakyat tanpa alasan akan gugur kelayakan sebagai ahli parlimen. Beliau memetik peruntukan Perkara 59 (1) Perlembagaan untuk mengukuhkan kenyataannya. Petikan kepada Perkara 59(1) adalah tidak tepat kerana yang tepat dengan kenyataan beliau tersebut adalah Perkara 59(2).
Mengulas lanjut, Pandikar berkata anggota Dewan masih boleh mengangkat sumpah pada hari lain selepas majlis berkenaan, dengan alasan tertentu. Tetapi "kalau sengaja dengan alasan memboikot tidak mahu mengangkat sumpah dalam temph enam bulan, maka gugur kelayakan, menurut perlembagaan. Itu tafsiran saya," katanya.
Media kemudiannya melaporkan sekiranya ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak mengangkat sumpah, ia juga disifatkan sebagai "penghinaan" terhadap sistem di negara ini, sebagai satu penghinaan terhadap parlimen dan Yang di-Pertuan Agong.
Peruntukan Perkara 59(2) di atas adalah tidak lengkap untuk menggambarkan tindakan yang boleh dikenakan ke atas ahli parlimen baru yang tidak mengangkat sumpah pada 24 Jun ini. Saya kecewa dengan laporan yang tidak lengkap seperti itu kerana ia menyembunyikan satu lagi peruntukan yang juga perlu diketahui rakyat.
Yang tidak lengkapnya ialah media tidak melaporkan Perintah Tetap 5(2) Peraturan-Peraturan Mesyuarat yang menyatakan bahawa ahli yang belum mengangkat sumpah boleh menghadirkan diri dalam sidang Dewan dan boleh mengangkat sumpah di bawah Peraturan ini. Setiausaha Dewan Rakyat terikat untuk mengendalikan sumpah kepada mana-mana Ahli Parlimen yang belum lagi mengangkat sumpah.
Tidak ada peruntukan yang menyatakan Setiausaha Dewan Rakyat mempunyai kuasa untuk menolak angkat sumpah daripada Ahli Parlimen kerana ahli parlimen tersebut ialah mereka yang telah dipilih oleh rakyat. Sebab itu saya tidak bersetuju dengan cara menggertak ahli parlimen dengan menggunakan kuasa untuk menakutkan ahli parlimen. Tidak perlu gertak kerana kita hidup di bawah undang-undang dan perlembagaan negara.
Lalu, saya tidak nampak di mana relevannya laporan media yang menyatakan memboikot aturcara parlimen sebagai menghina demokrasi, menghina institusi parlimen dan Agong. Ini kerana apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen PR adalah masih dalam skop yang dibenarkan oleh undang-undang. Jika kita mahu menyatakan mereka menghina kesemua di atas, maka pindalah perlembagaan dan peraturan yang ada. Begitulah sepatutnya cara berpolitik.
Saya faham tujuan PR boikot majlis taklimat dan cadangan untuk memboikot majlis angkat sumpah adalah sebagai bantahan kepada keputusan pilihan raya ke-13 yang PR anggap tidak adil, berat sebelah, tidak berpuas hati dengan SPR dan lainnya.
Namun, saya ingin tegaskan saya tidak bersetuju dengan cara PR memulau majlis taklimat dan juga majlis angkat sumpah. Kenapa?
i. Masih ada remedi lain yang boleh diambil oleh PR. Masih ada mahkamah untuk merayu dan menyemak penyelewengan jika ada. Tapi apabila PR membuat petisyen pilihan raya, saya lihat tidak banyak pun, hanya 25 untuk kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN sahaja, iaitu jumlah yang hampir sama dengan petisyen yang dibuat oleh BN sebanyak 21.
ii. Jika pulau majlis angkat sumpah pada 24 Jun nanti, maka ahli parlimen PR kehilangan peluang untuk memilih Speaker. Jika PR menyatakan, mereka tidak perlu hadir kerana memilih Speaker hanya memerlukan majoriti mudah, maka hujah seperti ini menunjukkan cara berpolitik PR yang tidak gentleman.
iii. Hujah PR mereka mendapat suara undi majoriti dengan 52% berbanding BN 47%, maka mereka layak membentuk kerajaan tidak masuk akal sama sekali kerana sistem pilihan raya kita menggunakan sistem majoriti mudah, bukannya sistem perwakilan bernisbah.
Saya fikir cukuplah PR berterusan mencetuskan penentangan. Saya fikir sampailah masanya BN mendengar keluhan dan bantahan yang dibuat oleh PR. Sudah sampai masanya kedua-dua pihak ini duduk semeja, berunding dalam beberapa perkara ‘fundamental yang boleh dipersetujui’ bagi membawa politik negara ke depan. Impian saya ialah rekonsiliasi!
Banyak yang ingin saya tulis tentang hal ini. Tak mengapalah! Esok 14 Jun jam 10 pagi, saya bertolak ke Westminster International University di Tashkent bagi mengongsi pandangan saya tentang ilmu politik di sana. Saya akan membentangkan tajuk mudah sahaja: Political power and democracy in Malaysia in the aftermath of the 13th general election: decline of democracy or change in democracy? Selepas itu, untuk seketika saya bercuti ke Bukhara dan Samarkand.
Sahabat, doakan yang terbaik untuk saya dan negara kita
http://www.facebook.com/mohammadagus.yusoff?fref=ts
jadi sebenarnya bolehlahh mrk tak angkat sumppahh pun ....
|
|
|
|
|
|
|
|
macam sial haramkah ni....semalam dia keluar berita "KR putus boikot angkat sumpah malam ini"
ari ni dia dah tukar tajuk pulak, mmg sial haramkah ni
ni tajuk baru dia dah edit "PKR tidak boikot majlis angkat sumpah anggota Parlimen"
kitab lobai pas pis pus same haram...... kencing lebat.....kehulu kehilir kata utusan pembohong, lu pun same la haramkah....haaakkkkk tuuuiii.......... |
|
|
|
|
|
|
|
rugi aku tak printscreen......hamdalah punye kitab |
|
|
|
|
|
|
|
sape ade printscreen haramkah semalam......gampang..... |
|
|
|
|
|
|
|
nota kaki: MACAI (Mempercayai Apasaja Cakap Anwar Ibrahim)
cam sial....buat u-turn |
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 13-6-2013 08:57 PM
Kat Sabah PR angkat sumpah plak.
60 Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah Angkat Sumpah KOTA K ...
bangkai idup dah buat statment u-turn
|
|
|
|
|
|
|
|
kecimpret posted on 14-6-2013 10:02 AM
PKR mmg nak putuskan samada nak boikot ke tak pada mlm tuh..esok pagi keputusannya dorang tak boik ...
aku bace harakah bro....kat posting aku yg first tu...tu berita dari harakah aku copy smlm....posting no.2 tu baru berita dari utusan....tapi hari ni aku bukak harakah...berita semalam dah kene edit cam haram......aku tepek dua dua berita dari harakah....sayangnye aku tak printscreen smlm......sbb aku ingat harakah ni tak la mcm yg ko duk cerita konon utusan je yg edit berita online......rupe2nye same je harakah pun tak leh pakai....tuiiiii
|
|
|
|
|
|
|
| |
|