CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15148|Reply: 122

Edisi Sukan: 'Saya macam diludah' - Rashid Sidek

[Copy link]
Post time 20-9-2013 11:21 AM | Show all posts |Read mode
sumber: Berita Harian


Rashid Sidek

                                             

  • Rashid dedah Aik Mong punca dia letak jawatan
  • Harap keputusan mengejut itu buka mata BAM

Kuala Lumpur: Berbanding punca sebenar peletakan jawatan abangnya, Datuk Misbun Sidek pada 2011 yang masih misteri hingga hari ini, Rashid yang berbuat demikian secara mengejut semalam tidak berahsia mengenai tindakan itu.      

        Tanpa berselindung, Rashid menuding jari kepada lagak Pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat (TMG) Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Aik Mong yang menjadi punca dia mengambil keputusan drastik mengakhiri khidmatnya selama 10 tahun dengan badan induk itu.
      
  Rashid menambah dia tidak sesuai dengan struktur baru yang diterapkan Aik Mong ketika ini yang disifatkan seolah-olah merendahkan kemampuan jurulatih yang ada.

  “Saya tidak boleh ikut lenggok sistem sekarang, jadi tiada guna saya tunggu lagi. Sebab itu saya buat keputusan untuk meletak jawatan.

  “Rasa macam diludah oleh TMG yang seolah-olah menganggap sumbangan jurulatih sebelum ini sangat sedikit. Ia secara tidak langsung membuat saya dan jurulatih lain fikir kami diletakkan pada tahap paling rendah.

  “Lagi pun saya tidak boleh tahan tengok muka orang yang sebelum ini tiada kuasa, tiba-tiba diberikan kuasa dan sering mencanang dirinya bekas pemain nombor tiga dunia (Aik Mong). Habis saya ini siapa?” kata Rashid ketika dihubungi semalam.


dah ade yg bukak tred ke belum ni?? layan je lahh....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2013 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape aik mong nih?

Compare dgn anak pak sidek..i lebih knl anak pak sidek..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 11:28 AM | Show all posts
yg menariknya ialah.. Razif Sidek pn ada dlm pngurusan TMG. hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 11:29 AM | Show all posts
sejak Mahalel take over BAM, Tan Aik Mong ni macam dah jadi Jenderal dia. asyik muka dia keluar
paper.

sorrylah aku tertinggal ketapi, sapa Tan Aik Mong ni?

sebelum ni tak penah dengar nama dia. juara ke? macam geng Koon Kiat - Cheah Soon Kit etc?
at least depa tu semua ex-ex juara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2013 11:40 AM | Show all posts
chaintea posted on 20-9-2013 11:27 AM
Sape aik mong nih?

Compare dgn anak pak sidek..i lebih knl anak pak sidek..

Arkib Utusan: 23/08/2013

Tan Aik Mong terajui C&T BAM?
            
Oleh NORZIE MOHD. KHASBI
[email protected]

KUALA LUMPUR - Kehadiran bekas jaguh badminton negara, Tan Aik Mong di pejabat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semalam untuk bertemu barisan jurulatih kebangsaan menguatkan spekulasi bahawa beliau adalah calon utama untuk mengisi kerusi Pengerusi Kejurulatihan dan Latihan (C&T).


Aik Mong, 63, yang pernah menghuni ranking ketiga dunia pada zaman kegemilangannya sekitar 1960an, mengadakan pertemuan hampir dua jam dengan semua jurulatih senior, kecuali Rashid Sidek dan Tey Seu Bock yang kini berada di luar negara.
Ini adalah kali kedua beliau mengadakan pertemuan dengan jurulatih kebangsaan selepas kali pertama datang ke pejabat badan badminton kebangsaan itu beberapa minggu lalu, ketika kebanyakan jurulatih berada di Guangzhou, China untuk Kejohanan Dunia.
Ketika persoalan mengenai kehadirannya diajukan, Aik Mong bagaimanapun bingkas menegaskan, bahawa pertemuannya dengan barisan jurulatih kebangsaan buat kali kedua tiada kena mengena dengan C&T atau apa-apa jawatan utama dalam BAM, termasuk Pengarah Kejurulatihan atau Pengarah Prestasi Tinggi.


"Saya berjumpa dengan barisan jurulatih kebangsaan ini hari ini adalah atas kapasiti sebagai PA (pembantu peribadi) kepada Presiden (Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff). Beliau mahu saya mendapatkan alasan daripada jurulatih mengapa mereka mahu menghantar pemain ke tiga kejohanan - Siri Super Terbuka Jepun (17-22 September), Grand Prix Emas Terbuka Indonesia (24-29 September) dan Antarabangsa Malaysia Bawah-19 Tahun (10-15 September).

"Tengku Mahaleel agak sibuk sejak beberapa hari ini, jadi beliau mahu saya mendapatkan pandangan semua jurulatih. Tugas saya cuma mengumpul semua maklumat dan menyerahkan kepada Presiden, itu saja.
"Saya tidak akan memberi sebarang cadangan atau mencampuri apa-apa urusan BAM, saya hanya kumpulan maklumat, serah kepada Presiden. Kalau beliau mahukan pandangan saya, baru saya bagi sedikit pandangan.. tetapi ia cuma pandangan, bukan cadangan jangan salah faham," kata Aik Mong.


Nama Aik Mong sebelum ini disebut-sebut sebagai calon Pengarah Kejurulatihan kerana beliau dikatakan pernah menawarkan khidmatnya kepada Presiden BAM sebelum ini, Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh untuk membantu badminton Malaysia.

Aik Mong, yang merupakan adik kepada legenda badminton negara, Tan Aik Huang mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran BAM.
Dia pernah memegang jawatan Pengerusi C&T pada 1984 dan 1985, iaitu di bawah kepimpinan Tan Sri Mohd. Khir Johari. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi C&T Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA) di bawah Datuk Punch Gunalan.


"Ketika saya menjadi Pengerusi C&T BAM, adik-beradik Sidek antara yang menaungi skuad kebangsaan. Namun sudah tentu, keadaan ketika itu tidak sama seperti sekarang.. banyak yang sudah berubah.
"Malah zaman ketika saya bergelar pemain juga sangat berbeza dengan badminton hari ini. Dulu, kami tidak ada banyak kejohanan antarabangsa, jadi kami akan beraksi dalam semua pertandingan dan bertemu lawan yang sama setiap kali. Kami tidak boleh memilih kejohanan kerana jumlahnya juga tidak banyak," katanya lagi.


Ketika ditanya, apakah beliau mempertimbangkan untuk memegang jawatan Pengerusi C&T BAM di bawah kepimpinan Tengku Mahaleel, yang merupakan rakan baik abangnya, Aik Huang, malah kenalan rapatnya sejak muda, Aik Mong menegaskan, beliau tidak langsung memikirkan tentang perkara itu ketika ini kerana gembira dengan kehidupannya sekarang.
Begitupun beliau mengakui, adalah sukar untuk 'menolak' seandainya ada pihak yang tampil memintanya untuk membantu badminton negara mengembalikan kegemilangannya.


"Selain memiliki pengalaman sebagai pemain dan jurulatih, saya juga mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran serta teknologi maklumat. Namun, sekarang saya sudah berehat dan hanya menikmati kehidupan sebagai lelaki berusia 63 tahun dengan bermain golf sejak 10 tahun lalu. Saya hanya membantu Tengku Mahaleel untuk membangunkan badminton di Kelantan, selain menjadi penasihat, saya juga ada membantu kejurulatihan di sana sejak Mac lalu.

"Tumpuan saya adalah kepada pembangunan pemain-pemain muda dan saya gembira dapat membantu mereka untuk mempelajari badminton dengan cara yang betul," ujarnya lagi.





Last edited by edoraixora on 20-9-2013 11:41 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 11:43 AM | Show all posts
kazaraf posted on 20-9-2013 11:28 AM
yg menariknya ialah.. Razif Sidek pn ada dlm pngurusan TMG. hahaha..

tp siapa lagi berkuasa skrg.Razif terpaksa angguk walaupun tak setuju

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2013 11:57 AM | Show all posts
adoyai BAM ni, cerita pasal pengurusan & coach lagi meriah dari player2nya.. patutla player2 BAM except for DLCW semua kusam je...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 11:59 AM | Show all posts
betul punyer marah si Rashid nie.... nampak ajer lembut sekali dia mengaum!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2013 12:01 PM | Show all posts
zaman skang, pencacai perlu angguk untuk rezeki atau periok nasi wei.....kalau tak..tak berasap wei....ahaks!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 12:02 PM | Show all posts
betul ke Razif dengan Misbun diorang tak ngam?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 12:02 PM | Show all posts

Cina dapat kuasa begitu laaa .....................
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 12:02 PM | Show all posts
ni ke Tan Aik Mong?



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 12:12 PM | Show all posts
minded posted on 20-9-2013 12:02 PM
betul ke Razif dengan Misbun diorang tak ngam?

aku agak razif mmg ada part2 yg tak ngam dgn rashid/misbun/jalani dlm topik kejurulatihan badminton

aku agak sbb razif "tiada" dalam team Nusa mahsuri. hehehe



Last edited by kazaraf on 20-9-2013 12:15 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 12:16 PM | Show all posts
bukan dlm kartun anak2 sidek mmg misbun ngan razif tak ngam ker each other sbb arwah bapak diorg favored razif lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 12:19 PM | Show all posts
chaintea posted on 20-9-2013 11:27 AM
Sape aik mong nih?

Compare dgn anak pak sidek..i lebih knl anak pak sidek..


aik mong ni mahaleel punya leftenan buddy....kalau ikut pencapaian level dunia, aik mong ni lebih baik dari rashid...

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 12:37 PM | Show all posts
minded posted on 20-9-2013 12:02 PM
betul ke Razif dengan Misbun diorang tak ngam?

Kalau baca komik anak2 sidek pn mmg depa tak sekepala
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2013 12:37 PM | Show all posts
dauswq posted on 20-9-2013 12:16 PM
bukan dlm kartun anak2 sidek mmg misbun ngan razif tak ngam ker each other sbb arwah bapak diorg fav ...

Aah. sorg rebel, sorg anak bapak

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 12:41 PM | Show all posts
Aik mong nih li yong bo versi malaysia ka?
Berkuasa penuh dalam pemilihan players & coaches?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 12:43 PM | Show all posts
Thailand dh naik, dalam single pompuan diorg,
Indon lak dh naik dalam beregu laki diorg,
Korea dh lama naik..

Malaysia masih harap DLWC
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 05:28 PM | Show all posts
(before Misbun aku tak familiar)... Misbun Sidek, Foo Kok Keong, Rashid Sidek, Roslin Hashim, Wong Choon Han, Lee Chong Wei.. biasa lepas satu star ada je star pelapis yg ganti walaupun bukan World no 1 tapi yg agak dihormati pihak lawan... tapi sampai sekarang pengganti DLCW yg digeruni takde masih belum ada...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.059270 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list