CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: safiya

Pls Share cara @ pengalaman melupakan bekas suami/bakal suami...

[Copy link]
Post time 4-10-2013 05:51 PM | Show all posts
tablet posted on 4-10-2013 05:42 PM
kaka bling.. x menahan bila ckp tanggung rindu sampai menggigil...

rasanya semua org kat sini tgh imagine perasaan gigil tu...tapi tak dapat2, cinta tak sampai kot. Cinta yg boleh sebabkan gigil tu kira cinta agong kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2013 10:41 PM | Show all posts
tablet posted on 4-10-2013 05:42 PM
kaka bling.. x menahan bila ckp tanggung rindu sampai menggigil...

alang2 nie, bleh tanya tak?
ada tak ko rindu seseorg sampai mengigil badan dan  masa tu ko dah bercerai?





Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 08:15 AM | Show all posts
Hana posted on 4-10-2013 10:41 PM
alang2 nie, bleh tanya tak?
ada tak ko rindu seseorg sampai mengigil badan dan  masa tu ko dah ...

adoi.... tergelak besar aku nak jawab soklan ko ni..

kalau kita dah benci kat org tu, takkan la nak rindu sampai gigil2 badan..

time aku cintan cintun dulu pun xde la rindu tahap cipan.. tu yg aku x paham napa si piah ni rindu sampai gigil2..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 04:42 PM | Show all posts
keraskan hati cari pengganti.. jgn sedih2 meroyan bagai.. benda yang dah lepas patutnya jgn diingat sngt..tumpukan pada anak lagi bgs dr pk pasal jantans x guna menyakitkan hati.. Insyallah 1 day akan bertemu jua dengan jodoh yang sesuai..Allah tu adil..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 10:10 AM | Show all posts
Eh piah ni, kenapa postings ko, nampak macam kesah ko ni, wujud tak wujud jer....?

Ke.... Ko seronok kenakan org2 kat sini...?

Jawab piah, jawabbbbb
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 10:50 AM | Show all posts
Safiya..

Saya ada mengikuti beberapa thread awak sebelum ini..Ini adalah pandangan ikhlas dari saya. Safiya jgn terlalu mengikut perasaan. Jangan dilayan perasaan sehingga membebankan diri sehingga menjadi tak keruan. Ikhlaskan diri dengan seikhlas2nya mengharap merayu merintih kepadaNya.  Jika kita benar2 ingin melupakan seseorang bekas suami atau teman baru..berusaha untuk melupakan dia.Bukan terus mengingati dia. Teus melayan perasaan dengan kenangan2 lama. Safiya belum dapat memisahkan diri dari kehidupan masa lalu. Safiya terus melayan dan melayan masa yang sudah berlalu. Masa yang tak akan kembali lagi amapai bila pun jua.  

Safiya..bulatkan tekad untuk melangkah ke hadapan.  Safiya begitu cepat membuka ruang mencari pengganti.  Apakah kerana ingin  melupakan bekas suami safiya mencari seseorang untuk mengisi ruang yang kosong dengan harapan kenangan lalu akan diganti dengan saat2 indah yang baru. Dan apabila harapan berkecai di pertengahan, safiya terduduk seolah2 hancur sebuah masa depan.

Safiya..berilah ruang untuk diri sendiri.  Untuk menerima ujian yang telah diberikan kepada Safiya.  Ruang untuk berfikir dan muhasabah.  Ruang untuk mengenal erti kehidupan dan kasih sayang Allah.  Ruang untuk berfikir apa sebenarnya yang Safiya inginkan dan rancanglah untuk kehidupan seterusnya.  Di sini mohonlah kekuatan dariNya untuk memudahkan segala urusan.  Jangan meletakkan kebahagian itu dengan hanya apabila memiliki seseorang (lelaki) yang menyayangi kita.  Kita masih mampu miliki bahagia walaupun tanpa lelaki untuk dicintai.  Bukankah safiya ada keluarga dan yg paling berharga adalah anak.  

Safiya..mungkin bekas suami telah mempunyai wanita lain dalam hidupnya tetapi tidak bermakna kita juga perlu mencari lelaki lain dalam hidup kita.  Safiya jangan terlalu mengharapkan seseorang untuk hidup gembira dan merasa bahagia.  Saya pasti safiya ingin mencari gembira dan bahagia. Tapi bukan dengan mempunyai seseorang sahaja kita boleh gembira dan bahagia.  Mengapa tidak Safiya tumpukan masa-masa yang ada dengan mencari bahagia dengan menjadi seorang ibu yang terbaik untuk anak Safiya.  Buatlah sesuatu yang Safiya minat. Penuhi masa dengan kegemaran.Berkemas, berjumpa kawan, berjalan2, berkunjung ke rumah keluarga.  Usah dibiar terus bersedih dan banyak ruang untuk termenung dan mengenang masa lalu yang tak akan kembali.  

Safiya..bangkitlah lah dari mimpimu dik. Mimpi tentang masa lalu mahupun mimpi masa akan datang yang mungkin sekadar untuk melupkan masa lalu yang pahit. Dekatkan diri kepadaNya. Mohon seikhlas2nya diberi kekuatan dan petunjuk untuk kehidupan hari esok.  Jangan dilayan perasaan.

Maaf jika pandangan akak menyinggung perasaan.  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2013 10:52 AM | Show all posts
actually..
there is no specific way to forget ur EX...
x kiralah ex hubby.. ex bf.. or whatever ex pun..
but kata org kita.. time will heal..
masing2 punyer cara x sama..
yg pasti pelbagai fasa yg u akan tempuhi..
jatuh bangun.. ingat.. nanges.. sedih.. rindu.. itu biasa
human being katakan.. lagi2 kalau bekas pasangan hidup..
lagi2 yg pertama dlm hidup..
bukan senag nak erase terus2...
cuma kalau me lah..
just happy2 kan diri sndri.. kalau dia boleh bahagia
why not usssssssss...???
adatlah kalau frust tertonggeng tu...
lama2 dgn x sndrinyer akan beransur2 lupaaaaaaaaaa...
cuma yg buang terus dari kotak memory itu mmh imposible laaaaaa...
kita bukan pc yg boleh reformat semula...

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam tt..
Untung ank dduk dgn tt..jd dh kurg ms utk pikir psl ur xx..lbihkn ms utk ank..lg best..n dekatkn dr dgn Allah..kalo boring2 or sunyi bwk jer ank2 kluar g jln2 or melancong..or skali skala ble gak kluar dgn kwn..
Skali skala terpikir psl ur xx tu biasa la..otak kta bkn komputer ble delete data mcm tu jek..
Tp lama2 dh biasa nti in syaa Allah tt ok blik..hti n semangat kna kuat..jgn lembik sgt..buktikn tt mampu utk hadapi rintangan yg dtg..gud luck..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2014 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Mula2 tu no hal if you nak layan sedih tu. Tapi pastikan ada keluarga or kawan yang kita boleh luahkan apa kita rase. Nangislah puas2 kasi all out. Tapi jangan ler sampai tak ingat Tuhan, bodo namanya tu.
Bila rase da ok sket carilah kebahagian baru, lau rase nak berteman lagi tak salah cari len, tapi beringat ler....
Bahagia ngan anak2...jangan abaikan mereka
And ingat orang keliling yang ada waktu kita susah...hargailah mereka n lau ada peluang tolonglah mereka juga bila mereka pulak susah
Lau hidup bujang sampai mati pon ok...sebab dunia sementara...di sana nanti yang abadi nun penting,..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2014 08:41 AM | Show all posts
Begini lah.....
Pertama, you bukan seorang saja yg mengalami masaalah ini. Ramai yg telah lalui dan ramai yg berjaya mengatasinya. You juga insya'Allah boleh.
Kedua, cuba lihat bahwa ada hikmah di sebalik masaalah ini. Pada penghamatan saya, you di pilih untuk melaluinya kerana Allah mahu you mendekatinya.Sekarang you dah lancar mengaji, so berpaut lah pada Allah dengan ikhlas dan tingkatkan ibadah...dan cuba jangan lalai lagi.
Ketiga, jangan biar ada masa tanpa sesuatu aktiviti. Keep busy...keep very busy!
Ke empat, buatlah kebajikan pada org lain..saperti volunteer rumah anak yatim dsb. bila kita berbakti pada org lain, kita lupa akan segala masaalah kita.
Ke lima,improve diri mana2 yg perlu....penampilan,kesihatan, ambik kursus .....

Buat masa ini jangan layan lagu jiwang....dan jangan ingat si dia. Try not to be alone.

OK dik, cuba ya. you can do it! i know....many years ago I pernah mengalaminya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2014 01:34 PM | Show all posts
tak perlu melupakan kisah cinta lama...biar segala-galanya hilang secara semulajadi...makin kuat kita nak melupakan makin kuat ingatan kita tentang dia...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 12:22 PM | Show all posts
Salam Safiya...
Tu sebab masa kita tengah susah...
Kita kena cari orang yang satu-satunya kita boleh percaya...
Kalau tak... akan tersebarlah semua cerita kita ni kan...
Akak dulupun sama..belas tahun..tak pernah cita masalah kat kengkawan ofis atau kawan baik..
Susah nak cari orang yang paham dengan masalah yang kita hadapi....
Dah penghujung cerita mereka baru tau...tu pun dah nak selesai..tak apa lah...
Kuat kan hati dan semangat...
Satu lagi kalau kita ni berjiran..
Hati2 la..
Pengalaman akak..bini2 jiran takut nak menegur akak dan tak suka akak menegur suami dia orang...
Yang sebelum ni elok jer ramah tamah ngan kita....
Rupanya takut kita kebas laki dia orang hik hik hik....
So..akak balik keje..terus kemas luar kejap..terus masuk tak kuar dah... wat hal sendiri dalam rumah...
Kalau nak beli apa2 time keje.. time rehat tu beli siap2...so jarang g kedai area rumah...
Sibukkan diri dengan macam2 benda yang dulu kita tak ada masa.... ha macam2 hobi kita boleh buat...
Dari tak minat timbul minat....mesti boleh dik....
Jangan bagi can kat orang nak kutuk diri kita....
Syaratnya..pepandailah jaga diri dan tingkah laku..in Sha Allah..selamat dunia akhirat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2014 08:41 AM | Show all posts
Assalamualaikum semua..dh lama x jenguk sini sbb bz dgn kerja dan anak2..Alhamdulillah sekrg aku dh berjaya melupa kan ex..tp mmg diakui masih ade sisa syg tp x berbaloi...ex dh pun mulakan hidup br dgn pasangan yg lebih tua tp kaya..ex ckp dgn saya dia x nak hidup ssh lagi so dia x kisah bercinta dgn org tua asalkan hidup dia sng..xpela tu rezeki dia...

cuma aku agk terkilan sbb dia buang anak2 terus..call 2 bln sekali tu pun ssh..nafkah x de lgsg..anak2 ade gak bertanya ttg dia tp aku terpaksa pusing2 cerita..

minggu depan aku nak failkan hak penjagaan anak2...doakan yg terbaik utk aku yea..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2014 08:46 AM | Show all posts
dkzue posted on 17-2-2014 12:22 PM
Salam Safiya...
Tu sebab masa kita tengah susah...
Kita kena cari orang yang satu-satunya kita bol ...

walaikumsalam kak..pengalaman akak sama dgn saya..kwn2 dh takut nk berborak dgn saya sbb takut sy ambik laki diaorg..so sy yg asal dr seorg peramah dah jadi pendiam saya senyum je..saya x nak org fikir yg bkn2 ttg saya...

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
safiya posted on 24-4-2014 08:41 AM
Assalamualaikum semua..dh lama x jenguk sini sbb bz dgn kerja dan anak2..Alhamdulillah sekrg aku dh  ...

Bila bercerai mmg kena sedia bila ayah turut ceraikn anak. Itu mcm dah jd resam pd lelaki melayu islam kat malaysia ni...mmg ramai yg mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 09:37 AM | Show all posts
tabahkan hati ya safiya. JD rasa safiya ni muda lagi orgnya. JD pun sama. dan JD juga masih dlm proses cerai. JD faham lebih kurang situasi safiya. dlm syg ada benci dlm lupa ada ingat. hehe.

saya doakan safiya yang terbaik. dan berjaya di sini dan 'sana'.

dia buang anak, dialah yang rugi. esok tua2 dah kertu nak mampos (sorry bahasa), baru lah terkedek2, terbongkok2 cari anak2 yg selama ni dia tolak tepi buat xpeduli. waktu tu lah dok sibuk kata : "aku ni bapak kamu, darah daging kamu. yang lepas tu, lepaslah..." ala2 filem dulu-dulu keh3


buat masa sekarang JD ucapkan tahniah dan syabas kepada safiya sebab berjaya harungi 'satu fasa' hidup. insya-Allah JD dan kami forumer sini akan sentiasa doakan safiya diberikan kekuatan, ketabahan, kemudahan dlm sgla urusan olehNya. JD secara personally bila solat hajat, sentiasa titipkan doa kpd semua wanita yang berada di tempat kita, yg alami perkara yg sama. kalau x kita, siapa lagi kan???

salam, sayang dari JD (hamba yang khilaf ini)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2014 12:48 PM | Show all posts
JimatDuit posted on 24-4-2014 09:37 AM
tabahkan hati ya safiya. JD rasa safiya ni muda lagi orgnya. JD pun sama. dan JD juga masih dlm pros ...

saya x muda..sy dh nk masuk 40an..sekrg ni hati tenang bila dekat kan diri dgn Allah..sy dh semakin redha..Allah tahu ape yg terbaik utk saya..

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 04:47 PM | Show all posts
yes!! ni ada pesta buku sdg berlangsung di PWTC, JD nak seru kawan2 di sini (terutama yg sdg berada dlm kesulitan) blh beli buku Tuhan Sedang Menguji Kita oleh ust kazim elias. JD sdg baca, Alhamdulillah, bagus w/pun JD xsetuju dgn semua isi buku itu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 06:06 AM From the mobile phone | Show all posts
JimatDuit posted on 26-4-2014 04:47 PM
yes!! ni ada pesta buku sdg berlangsung di PWTC, JD nak seru kawan2 di sini (terutama yg sdg berada  ...

Jd...bel ada buku tu tp baru baca x sampai suku
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 08:44 PM | Show all posts
smlm JD baca lagi buku tu. ada satu topik yang pajang lebar dikupas oleh UKE tentang hak2 wanita, pengorbanan seorg isteri dan pengalaman dia dgn wanita yg minta tlg dia. sedikit sebyk JD sgt terkesan jgk sbb ada juga ustaz yg sudi 'menegur' suami dan 'ingatkan' mereka sdikit sbyk tentg pengorbanan si isteri dlm prkhawinan. sbb JD agak skeptikal dgn ustaz2 kita ni. semua dok pongpang pong pang hal isteri kena taat suami, tapi tak terangkan taat sampai takat mana.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.074480 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list