CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015

[Copy link]
Post time 16-11-2013 11:35 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 14-11-2013 02:21 PM
Haruskah iols menambah colan-colan heroin?

1) Amy -  1 Vote

still vote awek vios
sbb is tambh speku lagik....... awek vios = bos zack = awek asik lemak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2013 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Best ade citer baru...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2013 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
X suke izah..msti gedik kan kan kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2013 12:44 AM | Show all posts
fatehana posted on 15-11-2013 09:15 AM
ada 2 pilihan diberikan nicki
walau akak nak bos marcom tu sebg awek zack tp akak ttp nak si ...

Amboih....   

Haruskah awek vios membuat kemunculan semula?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2013 12:46 AM | Show all posts
UsuFie posted on 15-11-2013 09:33 AM
errr...kalo camtu soh zack amek 2-2 la kan..

cuma siapa yg sudi jadi no.1 & no. 2...

Sanggupkah Zack kawen dua?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2013 12:53 AM | Show all posts
@ismaha   Awek vios tu cameo jeeee......

@ladyFinger12   Thanks for reading Lady. Uols tak busy, jengahlah sini. Anyway, Candy Crush Saga uols dah level berapa?

@kakZue   Thanks for reading kak Zue.




Niat asalnya, cerita ni Cerpen je. Tah macam mana, boleh lak terjadi CerPAN.

Kita tengoklah yek...berapa 'Pan' cerita ni boleh pergi....



entry sambungan dari episode lepas...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-11-2013 01:01 AM | Show all posts
“Masuklah.”

Suara yang menegur, menyebabkan Zack tersentak sedikit. Zack melangkah perlahan. Mata Zareen tepat memandang wajahnya menyebabkan Zack tidak tentu arah. Di hadapan Zareen, Zack berdiri tegak macam nak nyanyi lagu Negaraku.

“Kenapa tercegat macam tu? Duduklah.” Suruh Zareen. Zack menurut. Dah boss suruh duduk, kenalah ikut arahan. Kerusi ditarik lalu dia duduk berhadapan.

“Well, we meet again…” Ujar Zareen. Zack senyum sumbing. Kalaulah Zareen tahu, betapa Zack tidak mahu ‘meet again’ lagi dengannya…

Mereka terdiam sebentar.

“I think…we should introduce our self first, shall we?” Zareen memulakan konversasi. Zack angguk lagi. Langsung tidak membalas kata-kata Zareen.

“Zareen Dalilah Hakim. You can call me Reen.”

“Err…Saya…Zakry. Muhammad Zakry Iskandar. Zack.” Balas Zack.

Pendek saja sesi perkenalan diri antara mereka. Zack tidak tahu apa lagi yang hendak dikatakan pada Zareen. Zareen pula, menyedari yang Zack tidak keruan, tidak mahu menjadikan situasi itu lebih kekok. Dia terus kepada perkara yang lebih penting.

“Let’s discuss about the upcoming newsletter…”

Zack mengangguk lagi.

Mereka berbincang. Zareen yang lebih banyak bercakap, berbanding Zack kerana Zack masih dihantui peristiwa pagi tadi. Segannya juga masih menebal.  Maka, setiap kali mata mereka berlaga, Zack pantas mengalihkan pandangan.

“Zack…you got me?”

Got you? Muka Zack hanya ada riak kabur.

“Kenapa awak macam blur je…” Suara Zareen kedengaran sedikit jengkel. Penat dia bercakap, si Zack dihadapannya macam tak faham saja.

“Zack…”

Zack mengurut tengkuknya lalu mengangkat muka memandang Zareen. Wajah Zareen masih tenang, tapi serius. Zack melihat pula buku nota di tangan. Ada nota yang ditulis tapi, tiada makna. Tulisannya lebih kepada gambar ‘cacing’. Zack pun tak tahu, apa yang dia tulis di situ.

“Chinese New Year promotion, cake of the month, to confirm date of photo shoot...” Zack cuba mengingati butir-butir perbincangan tadi tapi macam tak berapa nak ingat.

“Macam inilah, Cik Reen. Apa kata, Cik Reen emailkan je…task list tu, pada saya…” Akhirnya, Zack memberi cadangan bernas.

Zareen tidak membalas kata-katanya. Wajah Zareen yang tenang tapi serius itu membuatkan Zack tidak dapat meneka – bossnya itu, marah ke…apa ke?

“Lagi senang saya nak follow up nanti…”  Sambung Zack apabila Zareen masih tidak membalas kata-katanya

“You didn’t get what we’re discussing, just now?”

“Tak berapa nak ingat…” Balas Zack, benar-benar jujur.

Zareen mengangkat kening.

“Makan banyak sangat nasi lemak tadi kot. Tu yang tak berapa nak ingat…”  

Zack terlepas cakap lalu terus menundukkan kepala. Kalau boleh, Zack mahu menarik balik ayat-ayat yang disebut tadi tapi tak mungkin dia dapat melakukannya. Zack pun tak tahu, macam mana alasan sebodoh itu boleh keluar dari mulutnya. Kalau bukan disebabkan peristiwa di gerai Makcik Ita tadi, pasti Zack tak akan segugup ini.

Zack masih tunduk, sambil menunggu kata-kata balasan dari Zareen. Dia telah bersiap-sedia dengan apa saja yang bakal diulas oleh Zareen. Sedikit makian dan cacian…mungkin…

Terdengar ketawa kecil dari Zareen, beberapa saat kemudian.

“Okay Zack, I will email it to you…”

Zack mengangkat muka. Lega sedikit bila Zareen tidak lagi serius seperti tadi. Risau juga kalau Cik Reen itu naik angin. Maklumlah, baru pertama kali bekerjasama. Tidaklah Zack mahu memberi impresi kurang baik kepada kepada boss baru.

“Anything else, Cik Reen?” Soal Zack.

Zareen menggelengkan kepala.

“Boleh saya keluar?”

Zareen mengangguk.  

“Saya pergi buat kerja dululah…” Zack bangun dari kerusi dan berlalu. Matanya tetap tidak memandang Zareen.

“Thanks Zack.”

Zack menoleh seketika kepada Zareen, mengangguk sedikit dengan senyuman sumbing seperti selalu. Kemudian, Zack terus keluar.

Zareen tersenyum sendiri. Last edited by Nicki_Meow on 30-11-2013 04:59 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2013 01:05 AM | Show all posts
Apabila Zack kembali ke meja, Zack ternampak Joe Zulkifli sedang duduk di kerusinya sambil makan kuih yang dibeli Zack di kedai Makcik Ita tadi. Kuih hijau berpulut terakhir, yang Zack tak tahu apa namanya itu sudah selamat masuk ke mulut Joe Zulkifli.

“Laparlah, Zack…” Hanya itu penerangan yang diberi oleh Joe Zulkifli. Zack tak membalas. Dia tidak kisah pun kalau Joe Zulkifli menghabiskan kuih itu.

“Kau pergi mana tadi?” Soal Joe Zulkifli.

“Jumpa boss baru.” Jawab Zack.

“Oh…” Joe Zulkifli terangguk-angguk.

“Ni…Job Request dari Sales. Aku dah print.” Kata Joe Zulkifli sambil meletakkan dua buah fail di atas meja Zack.

“Okay.” Balas Zack. Joe Zulkifli kehairanan.

“Kau apahal?”

“Apahal…apa?” Zack menjawab dengan soalan.

“Macam blur je aku tengok kau…”

“Heh…tak ada apa-apalah.” Jawab Zack. Pada mulanya, Zack hendak bercerita pada Joe Zulkifli tentang peristiwa yang berlaku awal pagi tadi. Tetapi, niatnya segera dimatikan apabila menyedari yang itu akan hanya mengundang kutukan dari Joe Zulkifli.

Joe Zulkifli bangun untuk kembali ke mejanya dengan senyap.

Zack duduk di kerusi dan mengadap komputer ribanya semula. Email pejabat diperiksa lagi.

Email dari Angeline Lim - Sales

Dear Graphic,
Attached is the Job Request for function on 16 December.


Tak payah baca habis, kerja Joe.

Email dari Manisah Hamzah - Sales

Dear Graphic,
Attached are the latest changes for backdrop for the wedding of Syed Faizal and Siti Saleha.


Kerja aku.

Kerja Joe.

Kerja joe.

Kerja aku.




Zareen Hakim.

Dear Zack,
As discussed - task lists as follow. Kindly takes note on the deadline.


Email dari Zareen, dibaca berkali-kali. Mengapa dia berbuat begitu, Zack pun tak pasti. Nak kata tak faham Bahasa Inggeris, tidak juga…

Bilik Pengurus Markom dan kubikel tempat Zack duduk, hanya dipisahkan dengan jarak lebih kurang 10 meter. Zack mengagak, jika mengangkat kepala, dia akan dapat melihat Zareen dengan jelas, seandainya tirai di bilik Zareen tidak ditutup.

Zack mengangkat kepala. Memang dia dapat melihat Zareen dengan jelas. Zareen sedang fokus pada skrin komputer, menaip sesuatu.

Mungkin menyedari yang dia diperhatikan, Zareen memandang ke depan, tepat ke arah Zack. Pandangan mata mereka berlaga dan Zack segera menundukkan kepala.   

Jangan cari penyakitlah. Boss tu…  

Zack kembali meneruskan kerjanya. Last edited by Nicki_Meow on 18-11-2013 01:21 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2013 09:58 AM | Show all posts
Episode 6

Jam di tangannya sudah menunjukkan pukul tujuh malam. Maknanya, sudah hampir setengah jam Farizah menanti. Orang yang ditunggu tak kunjung tiba. Beberapa panggilan dibuat tetapi tak berjawab. Tiga pesanan ringkas juga sudah ditinggalkan di telefon bimbit namun, tiada balasan.

“Mana dia ni? Kan dah cakap, pukul enam setengah. Janji tak boleh pakai langsung…” Sudah berkali-kali Farizah merungut. Wajahnya tampak masam namun tidaklah menjejaskan kecantikan yang dimiliki.

“Memang nak kena mamat ni…” Bertambah-tambah sakit hati Farizah apabila panggilannya masih lagi tidak dijawab. Badli sudah berjanji untuk menghantarnya pulang ke rumahnya di Cheras. Kalau dia tahu beginilah jadinya, sudah pasti dia balik dengan orang lain saja.

That’s it, Badli. Aku takkan keluar lagi dengan kau lepas ni.

Farizah merengus geram sambil kepalanya tertoleh-toleh ke arah jalanraya. Kepenatan setelah melakukan penerbangan dari Paris ke Kuala Lumpur menambah sebalnya.

Pin.

Sebuah kereta Mazda 8, membunyikan hon, meraih perhatian Farizah. Kening Farizah berkerut, memerhatikan kereta tersebut. Dia cuba mengingati sekiranya itu adalah salah sebuah kereta milik Badli.

Tidak, itu bukan Badli. Cermin yang agak gelap, menyukarkan Farizah untuk meneka siapa pemandunya.

Si pemandu memberhentikan keretanya betul-betul dihadapan Farizah lalu menurunkan cermin.

“Hey sweetie…” Sapa si pemandu.

“Hey…Aaron.” Farizah tersenyum membalas sapaan.

“Kenapa ni? Masam je muka…” Soal Aaron.

“I tunggu kawan I, tak sampai-sampai lagi ni. I call banyak kali pun, dia tak angkat phone…” Farizah seperti mengadu pula.

“Kawan?” Aaron seperti berfikir seketika. “You tunggu Badli kan?”

Farizah hanya senyum, tak menjawab.

“Dah berapa lama you tunggu Badli?”

“Hhmm. Dah setengah jam…” Jawab Farizah. Aaron tersenyum.

“Come…”

“Come…what? Where?” Farizah kurang memahami maksud Aaron.

“I can send you back…” Terang Aaron.

“Serious?”

“Yup. Anything for you, sweetie…” Balas Aaron. Farizah tersenyum. Badli tak ada, Aaron pun boleh juga.

Aaron keluar dari tempat duduk pemandu. Bagasi milik Farizah dimasukkan ke bahagian tempat duduk belakang. Pintu di sebelah pemandu, dibukakan untuk Farizah. Setelah Farizah masuk, pintu ditutup kembali.

“Dinner?” Soal Aaron apabila berada kembali di tempat pemandu.

Pucuk dicita, ulam mendatang. Dengan senang hati Farizah mengangguk setuju.

Aaron tersenyum. Kereta miliknya meluncur meninggalkan tempat itu. Last edited by Nicki_Meow on 18-11-2013 01:25 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 10:07 AM | Show all posts
hoyeh...ada hapdet...

amboih watak....

ada cik ta..ada aaron....

macam2 ada...  


teruskan nicki...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2013 10:09 AM | Show all posts
UsuFie posted on 18-11-2013 10:07 AM
hoyeh...ada hapdet...

amboih watak....

Ada Jack Sparrow.....

Ikut trend gitu uols....haruslah nama nak kena vassss kevavoom....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2013 10:24 AM | Show all posts
Farizah sampai di rumah sewanya di Cheras ketika jam hampir menunjukkan pukul sepuluh malam. Permintaan Aaron untuk ditemani lebih lama ditolak dengan baik. Bukan tidak mahu, tetapi Farizah terlalu penat untuk berhibur malam ini. Cukuplah sekadar makan malam. Farizah ingin segera pulang dan berehat dan tidur.

Kereta milik Aaron berhenti dihadapan kawasan pangsapuri yang disewa Farizah. Aaron lalu keluar, membuka pintu untuk Farizah. Bagasi milik Farizah dikeluarkan dari bahagian tempat duduk belakang.

“Nasib terjumpa you. Kalau I tunggu Badli…entah-entah I tak sampai rumah lagi.” Kata Farizah.

Aaron tersenyum cuma, memerhatikan si cantik di hadapannya.

“Thanks Aaron.” Ucap Farizah.

“No problem.”

“Izzy…” Panggil Aaron. Farizah mengangkat kening.

“You sudi tak, nak keluar dengan I lagi?” Soal Aaron. Matanya tak lepas memandang Farizah. Aaron tahu, Farizah adalah teman wanita Badli, rakan baiknya. Tetapi, Aaron juga tahu, Farizah bukanlah satu-satunya teman wanita Badli. Dan setahu Aaron juga, Badli bukanlah satu-satunya lelaki yang keluar dengan Farizah.

“Maybe…” Farizah memberi jawapan jinak-jinak merpati.

Senyuman sinis terukir di bibir Aaron setelah mendengar jawapan Farizah.

“Okay Aaron, see you next time…bye.” Farizah pantas meminta diri, tak mahu melayan Aaron lebih lama. Dia sudah masak dengan perangai lelaki. Dia tahu, lelaki seperti Aaron, bukan boleh dipercayai sangat, sama macam Badli. Tetapi Badli ada kelebihan lain. Badli banyak duit.

“Bye sweetie.” Tanpa berbicara lebih panjang, Aaron kembali ke bahagian pemandu. Kereta dipandu meninggalkan tempat itu.

Farizah memerhati sehingga kereta milik Aaron hilang dari pandangan. Farizah tersenyum sinis. Aaron bukan jenis lelaki yang disukainya.  

“Eh…” Secara tiba-tiba, mata Farizah terpandangkan seseorang. Walaupun dibawah lampu suram, Farizah dapat mengenali lelaki itu dengan mudah. Itu adalah Farid, teman lelaki Amelia.

Farid asyik dengan telefon bimbit. Farizah yakin, Farid menunggu Amelia.

“Nasib kaulah Farid.”

Farizah berjalan masuk ke kawasan pangsapuri. Last edited by Nicki_Meow on 30-11-2013 05:16 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2013 10:27 AM | Show all posts
“Amy.” Tegur Farizah ketika melangkah masuk ke rumah. Pintu di kunci.

Amelia yang sedang menonton televisyen di ruang tamu ketika itu berpaling seketika ke arah Farizah, sekadar mengangkat kening tanda menyapa.
Mata Amelia kembali terpaku ke televisyen.

“Penatlah.” Jawab Farizah. Bagasinya di letakkan saja di tepi dinding, lalu Farizah berjalan ke arah Amelia. Farizah duduk di atas sofa, menghilangkan letih.

“Badli hantar kau balik ke?” Tanya Amelia, tanpa memandang Farizah.

“Tak. Jantan tak guna tu tak datang pun.” Jawab Farizah.

“Habis tu, siapa yang hantar kau balik?” Amelia memulakan soal-siasat.

“Tekalah…”

Kening Amy berkerut kala ini. Senarai nama teman lelaki Farizah mula terbit dalam kepala - itupun kalau mereka boleh dikategorikan sebagai teman lelaki Farizah. Yang terbaru, Tengku Badli. Entah dari kerabat mana, Amy tak berminat untuk mengambil tahu. Sebelum itu Azman, Shahir, Helmi, Bob, Razlan, Farihin, Taufiq…dan senarai berterusan.

“Malas aku nak teka…” Balas Amy. “Ramai sangat…”

Farizah tergelak. “Aaron yang hantar…” Terang Farizah.

Kening kiri Amy terjongket sebelah. “Harun mana pulak?” Last edited by Nicki_Meow on 18-11-2013 01:26 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 10:41 AM | Show all posts


"alah...mat harun yang gitu-gitu....." jawab farizah, acuh tak acuh..





harap janganlah zack terjebak dalam list farizah ni..  

oooh...takpe..kak amy penyelamat utk si adik zack..





Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 11:31 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 18-11-2013 12:44 AM
Amboih....   

Haruskah awek vios membuat kemunculan semula?

harus sbb bayangan dia xleh dilupakan
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 11:35 AM | Show all posts
curlastttt betul nicki ni semua nama retis nak buh bg hangat lg ceritera

aaron = haron

oooo si amy dah ada boipren rupanya tp cam x dpt layanan aje kan

tp zack dan zareen cam ok ok jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2013 12:10 PM | Show all posts
UsuFie posted on 18-11-2013 10:41 AM
"alah...mat harun yang gitu-gitu....." jawab farizah, acuh tak acuh..

Jeng Jeng Jeng....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2013 12:14 PM | Show all posts
fatehana posted on 18-11-2013 11:35 AM
curlastttt betul nicki ni semua nama retis nak buh bg hangat lg ceritera

aaron = haron  ...

Haruslah Kaka Hana...nak bagi vasss....






Entah le kaka hana oi... dah lari banyak dari cerita asal ni. Cerita asal, nak buat pendek sajork. ini, dah panjang pulak jadinya...tu yang macam terbantut sekejap nak hapdet. Jenuh nak susun plot balik. Uhuk...  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2013 12:19 PM | Show all posts
“Aaronlah. Ada pulak…Harun.” Marah Farizah.

Amelia tergelak.

“Aaron Dominic Low.” Farizah terus memberikan nama penuh menyebabkan tawa Amelia makin panjang. Gigih sungguh Farizah mahu mempertahankan, yang dia tak keluar dengan lelaki bernama Harun.

“Siapa pulak Aaron tu?” Soal Amelia lagi.

“Aaron tu...kawan Badli. Borneo mari. Nasiblah ada dia. Kalau tak, aku balik naik teksi je…”

Lepas sorang…sorang. Amelia menggelengkan kepala.

“Amy. Aku nampak Farid kat bawah.” Kata Farizah.

“Aku tahu. Biarlah dia…” Jelas kedengaran suara Amy yang bengang.

“Dah berapa lama si Farid tu tunggu kau?” Soal Farizah.

“Dua jam…kot…” Jawab Amy.

“Kau biar dia tunggu macam tu…sampai dua jam?”

“Baru dua jam. Masa kau pergi Paris, lagi lama dia tunggu.” Balas Amy, selamba.

Farizah gelak. “Sanggup dia tunggu macam tu, ek?”

Amy memutarkan biji mata. “Biarkan! Tak faham bahasa punya orang.” Nada jengkel kedengaran terluah bersama ayat yang dituturkan oleh Amy.

Ya, dia memang jengkel dan bengang dengan Farid. Sepanjang hubungannya dengan Farid, mereka selalu bergaduh. Sikap Farid yang terlalu cemburu buta, amat merimaskan. Dan setiap kali Amelia mahu menamatkan hubungan, Farid merayu untuk diberi peluang. Setiap kali itu juga, Farid berjanji untuk berubah sikap. Hubungan yang putus – sambung, putus – sambung sebegitu, berulang-ulang. Amelia sudah jelak.     

Dua hari lepas, mereka bergaduh lagi. Farid memarahinya hanya kerana Amelia tidak mengangkat panggilan telefon. Alasan sebodoh itu juga, Farid jadikan modal untuk bergaduh. Sangat kebudak-budakan! Last edited by Nicki_Meow on 18-11-2013 01:13 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2013 01:04 PM | Show all posts
“Aku kan, tak fahamlah Amy. Macam manalah kau boleh sangkut dengan mamat saiko macam tu?” Farizah cuba mengorek cerita.

“Dulu, dia tak berapa saiko sangat….” Balas Amelia.

“Habis tu, macam mana Farid boleh bertukar jadi sangat saiko?”

Amelia menarik nafas panjang. “Dia pernah ajak aku kahwin.”

“So?”

“Aku tak nak.”

“Kenapa kau tak nak kahwin dengan Farid?”

“Sebenarnya, aku bukanlah tak nak langsung. Aku sayang Farid. Aku beritahu Farid, kalau betul nak kahwin, ubahlah sikap. Kau pun tahukan, perangai Farid yang suka cemburu, marah-marah tak tentu pasal tu…”

Farizah mengangguk, sudah sedia maklum tentang itu. Bukan sekali dua Amelia mengadu tentang Farid kepadanya.

“Aku cuma cakap, bagi aku masa, nak fikir masak-masak dulu. Terus dia tuduh aku ni ada lelaki lain. Makin lama, makin teruk perangai dia. Sampaikan aku nak pergi kerja pun, dia kata aku sengaja nak menggatal. Boleh?”  

Farizah menggelengkan kepala.

“Saiko semacamlah si Farid ni. Kau putus ajelah dengan Farid, Amy. Bukan Farid sorang, lelaki yang wujud dalam dunia ni…” Kata Farizah.

“Dah mintak putuslah ni. Tu yang Farid meroyan. Eeee…tension aku dengan perangai dia.” Balas Amelia.

“Hhmmm…” Farizah menggelengkan kepala sekali lagi.

“Okaylah Amy. Aku nak rehat dulu. Penat…” Sambil menguap, Farizah bersuara. Dia bangun, melangkah malas menuju ke bilik. Bagasinya di tarik sama.

Amylea memerhatikan Farizah hingga hilang dari pandangan. Kemudian, dia cuba menumpukan kembali perhatiannya kepada rancangan CSI Miami yang disiarkan di televisyen tapi, fokusnya sudah tergendala. Wajah Horatio Cane sudah bertukar menjadi wajah Farid…

Amylea memandang telefon bimbitnya diletakkan di atas sofa. Telefon bimbit itu sudah dimatikan seawal empat jam yang lalu. Amelia tahu, sekiranya telefon itu dihidupkan semula, pasti beratus-ratus panggilan dan sms yang akan dia terima dari Farid.

Amylea melepaskan keluhan. Dia kemudiannya bangun perlahan-lahan, menuju ke arah tingkap. Dari tingkap ruang tamu, Amylea dapat melihat Farid walaupun hanya dengan cahaya samar berbalam.

Kali ini, entah berapa lama lagi Farid mahu menunggu di situ…
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.073827 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list