|
Contoh perlembagaan 'penjajah' yang bertentangan syariatNYA
[Copy link]
|
racerX This user has been deleted
|
Originally posted by adnancarut at 30-12-2003 08:37:
So dlm kes tu, Suzie Teoh menang ke kalah Aji? And why kes tu gagal dibicarakan di mahkamah syariah, instead take over by undang-undang sivil? Kalau kuasa mahkamah syariah begitu luas spt yg Aji ka ...
Bicara kat mahkamah sivil sebab itu hak ibubapa budak tu, sebagai bukan Islam. Dalam syariat pun diperbolehkan orang bukan Islam menuntut supaya kes dibicarakan dalam mahkamah pilihan mereka. Jadi kalau ibubapa budak tu berasa mahkamah syariah mungkin ada prejudis terhadap mereka, maka mereka ada hak nak mintak tukar.
Budak tu pulak, tak boleh tuntut apa-apa, sebab dalam undang-undang sekarang umur baligh pemikiran ialah 18 tahun. Jadi dia belum ada hak nak tuntut apa-apa. Dan orang lain pun tak de hak nak kata apa juga, because this is a family matter. Tak gitu ke, mengikut syariat?
Encik Aji tanya engkau belum jawab lagi, Nankarut: dalam syariat Islam, umur baligh akal budak pempuan berapa tahun? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau perlembagaan diikuti dan undang2 (either syariah or otherwise) dibuat berasaskan peruntukan perlembagaan maka tidak ada masalah yg timbul sebenarnya. Kalau perlu pinda untuk accomodate undang2 syariah then do it. Itu saja.
Apa yg menjadi masalah di sini yg aku nampak ialah bila negeri nak buat undang2 yg dia tak berkuasa nak buat atau kerana kuasanya terhad... itu saja. Oleh kerana Pas mahu menggunakan konsep dualiti sistem keadilan secara total, iaitu seme kuasa agama termasuk semua undang2nya hendaklah terletak pada negeri tanpa had, maka dengan sendiri masalah akan wujud sedangkan pada masa ini ada sebahagian kuasa itu terletak pada kerajaan persekutuan, contohnya undang2 jenayah seperti mencuri, merompak, bunuh, rogol. Ini sebenarnya bukan soal perlembagaan itu menghalang pelaksanaan syariah tetapi kerana masalah dualiti sistem keadilan mutlak dan pembahagian kuasa yg dicadangkan oleh Pas memerlukan perubahan pada Perlembagaan.
Alangkah baiknya kalau Pas dapat menyediakan satu rangka draf perlembagaan yg boleh kita lihat bagaimana konsep tersebut boleh dan mahu dilaksanakan. Ia akan menjawab banyak persoalan dan perbincangan kita dan rakyat tentu lebih bermanfaat. Pas kena kosentret pada how drp what... sesuatu yg sangat lacking pada Pas yg membuatkan kita semua meraba2... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by racerX at 2003-12-30 10:24 AM:
Itu yang aku dok tunggu gak ni... Tak abih-abih lagi hujahnya, tapi setakat ni tak terbuktipun pelembagaan tu bercanggah dengan prinsip Islam.
Kalau ada yang tak berapa betul pun, perlembagaan ...
Purak-purak tak baca pula bukti yg aku sebut. Kes pembunuhan yg dilakukan oleh Dato' Mokhtar Hashim, bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan itu ikut syariat Islam ke racerX? Kalau ia mematuhi syariat Islam tolong buktikan. Aku tunggu, dan akan tanya sampai anda boleh buktikan. Amacam? Boleh? Berani?
Terimakasih juga dgn statement dari racerX "Kalau ada yang tak berapa betul pun, perlembagaan kata boleh diubah". So anda dah pun setuju dgn hujah aku bahawa perlembagaan yg ada sekarang perlu dipinda. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Camar at 2003-12-30 12:04 PM:
Kalau perlembagaan diikuti dan undang2 (either syariah or otherwise) dibuat berasaskan peruntukan perlembagaan maka tidak ada masalah yg timbul sebenarnya. Kalau perlu pinda untuk accomodate undang ...
so Camar sudah pun bersetuju bahawa perlembagaan yg ada perlu dipinda utk membolehkan syariat Islam berjalan. Secara tak langsung Camar bersetuju dgn penjelasan Hadi Awang tentang DNI bahawa ada bahagian perlembagaan yg perlu dipinda. Dan pastinya Camar bersetuju dgn Dokumen Negara Islam (DNI page 29) yg menyatakan "kedaulatan negara boleh dicapai melalui keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang selama mana ia tidak bercanggah dengan perintah Allah SWT.".
Setakat ini penyokong UMNO di thread ini yg telah bersetuju bahawa perlembagaan yg ada perlu dipinda untuk accomodate syariah Islam ialah Camar & RacerX. Terimakasih aku dahulukan. |
|
|
|
|
|
|
racerX This user has been deleted
|
Originally posted by adnancarut at 30-12-2003 12:07:
Purak-purak tak baca pula bukti yg aku sebut. Kes pembunuhan yg dilakukan oleh Dato' Mokhtar Hashim, bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan itu ikut syariat Islam ke racerX? Kalau ia mematuhi sy ...
Ginilah, Nankarut. Aku masuk sini bukan nak buat musuh dengan engkau. Jadi okaylah engkau dah letak pendirian engkau, aku tak mo komen lagi thread ni. Salam. |
|
|
|
|
|
|
racerX This user has been deleted
|
Memang dari dulu aku setuju perlembagaan ni, mana yang tak kena dengan syariat, kenalah pinda. Tapi yang aku tak setuju bila engkau kata, perlembagaan ni bercanggah dengan Islam. Dua perkara yang berbeza.
Sorry, terpaksa mungkir janji, sebab nak bagi clear apa aku punya pendapat. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by adnancarut at 2003-12-30 12:15 PM:
so Camar sudah pun bersetuju bahawa perlembagaan yg ada perlu dipinda utk membolehkan syariat Islam berjalan. Secara tak langsung Camar bersetuju dgn penjelasan Hadi Awang tentang DNI bahawa ada ba ...
Kalau syariah (hudud saja sebenarnya) mahu atau perlu dilaksanakan pada peringkat negeri dan oleh kerajaan negeri dan berasaskan konsep dualiti sistem undang2 secara mutlak, maka perlembagaan perlu dipinda secara merata.
Kalau syariah (hudud saja sebenarnya) mahu dijadikan undang2 persekutuan maka perlembagaan tak perlu dipinda. Kalau perlu pun sangat minimal bagi menyempurnakannya.
Ini kesimpulan aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by racerX at 2003-12-30 12:23 PM:
Memang dari dulu aku setuju perlembagaan ni, mana yang tak kena dengan syariat, kenalah pinda. Tapi yang aku tak setuju bila engkau kata, perlembagaan ni bercanggah dengan Islam. Dua perkara yang b ...
Sebelum RacerX pergi dari thread ini tolonglah buktikan bahawa kes pembunuhan yg dilakukan oleh Dato' Mokhtar Hashim bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan itu ikut syariat Islam atau tidak? Kalau benar ianya mematuhi syariat Islam tolong buktikan. Aku akan tanya sampai anda boleh buktikan. Aku tunggu ni. |
|
|
|
|
|
|
racerX This user has been deleted
|
Originally posted by adnancarut at 30-12-2003 12:34:
Sebelum RacerX pergi dari thread ini tolonglah buktikan bahawa kes pembunuhan yg dilakukan oleh Dato' Mokhtar Hashim bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan itu ikut syariat Islam atau tidak? Kal ...
OK, aku jawab. Tapi engkau kena tolong sket lah. Apa dia syariat Islam berkenaan kes bunuh, mengikut pendapat engkau? Kenapa engkau rasa kes ni tak mengikut syariat, ikut mata engkau? (Bukan ikut benda cut and paste, yek!) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by racerX at 2003-12-30 12:43 PM:
OK, aku jawab. Tapi engkau kena tolong sket lah. Apa dia syariat Islam berkenaan kes bunuh, mengikut pendapat engkau? Kenapa engkau rasa kes ni tak mengikut syariat, ikut mata engkau? (Bukan ikut b ...
Tak usah berdolak dalik lagi racerX. Buktikanlah. Aku tunggu ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Camar at 2003-12-30 12:31 PM:
Kalau syariah (hudud saja sebenarnya) mahu atau perlu dilaksanakan pada peringkat negeri dan oleh kerajaan negeri dan berasaskan konsep dualiti sistem undang2 secara mutlak, maka perlembagaan perlu ...
kes Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan yg terlepas dari hukuman bunuh tu tak mau komen ker camar? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by adnancarut at 2003-12-30 01:06 PM:
kes Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan yg terlepas dari hukuman bunuh tu tak mau komen ker camar?
Macam ni nankarut:
1. Kalau seseorang tu tak mencukupi pembuktian Hudud adakah dia tak boleh dihukum dibawah hukuman Takzir pemerintah? takkan tu pun tak tau? Kalau tak tau balik baca balik draf Hudud Terengganu dan kelantan.
2. Soalan aku belum terjawab ialah menatang apa yang Hadi awang nak ubah perlembagaan tu? Cuba bagi tau apa dia yang dia nak ubah, ayat dia macam mana...kalau tak sebijik pun kira sipi-sipi lah bagi kita boleh bincang.
3. Pada pendapat aku, Hudud memang tidak praktikal dilaksanakan di Malaysia buat masa ini berdasarkan pelbagai sebab dari komposisi agama, ekonomi, keilmuan dan juga kemampuan. Sebab tu aku tak sokong pas. Sebab aku tak percaya kalau pas menang pun Pas boleh buat dengan adil. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by adnancarut at 2003-12-29 04:11 PM:
Beberapa perkara yg menghalang perlaksanaan undang-undang menurut syariat Islam yg telah aku sebut itu ialah spt perkara 42 (berkenaan kuasa memberi pengampunan), perkara 123 (berkenaan syarat kelayakan hakim terutama dlm kes yg melibatkan hukum Islam yg dinaskan dlm al-Quran dan sunnah), perkara 145 fasal 3 (kuasa peguam negara yg terlampau luas), perkara 183 (kekebalan drp prosiding undang2 melainkan dgn izin peguam negara) dan , perkara 75 (percanggahan undang2 negeri dgn undang2 persekutuan, merupakan halangan pelaksanaan enakmen undang2 syariah yg digubal oleh kerajaan negeri).
Itulah yg diperjelaskan dlm pembentangan DNI baru2 ni. Dokumen Negara Islam (mukasurat 29) menyatakan kedaulatan negara boleh dicapai melalui keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang selama mana ia tidak bercanggah dengan perintah Allah SWT.
Fakta Kesnya ialah dalam kes Che Omar bin Che Soh lwn Pendakwaraya, tertuduh telah didakwa di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang boleh membawa hukuman mati mandatori. Dalam hujah pembelaannya tertuduh mendakwa bahawa tuduhan yang dikenakan ke atasnya adalah tidak sah kerana bertentangan dengan undang-undang Islam dan sekali gus bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Hujah pembela itu ditolak oleh Mahkamah Agung yg penghakimannya menyebut bahawa walau pun Islam adalah satu cara hidup, maksud agama Islam dalam contacts article 3 perlu dilihat berasaskan sejarah dan penggubalan Perlembagaan serta peruntukan lain di dalam Perlembagaan terutamanya article 4. Article 4 menyebut bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi dan mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan adalah terbatal setakat yang bercanggah itu. Mahkamah Agung memutuskan bahawa Islam dalam contacts article 3 hanya meliputi soal upacara rasmi dan adat istiadat semata-mata.
Kes di atas menunjukkan secara jelas kedudukan agama Islam dari sudut perundangan. Secara keseluruhannya Islam tidak menjadi tonggak kepada sistem perundangan negara. Walau bagaimana pun masih terdapat ruang perlaksanaan undang-undang Islam dalam skop yang terhad melalui beberapa peruntukan lain terutamanya berkaitan undang-undang peribadi dan keluarga seperti yang terdapat di dalam Senarai Negeri Jadual Kesembilan.
Contoh yg lain ialah kes pembunuhan Datuk Taha, ikut syariat Islam adakah pembunuhnya Datuk Mokhtar Hashim patut terlepas begitu saja? Yang Dipertuan Agong (kini Majlis Raja-Raja) sebagai tribunal rayuan tertinggi, boleh mengampunkan kesalahan membunuh yg dilakukan oleh Datuk Mokhtar Hashim terhadap Datuk Taha. Adakah ini memenuhi syariat Islam? Dalam undang-undang sekular, keluarga mangsa tidak ada hak untuk memberi pengampunan, sebaliknya hak tersebut telah diberi kepada pihak yg tidak layak terhadap hak pengampunan tersebut. So adakah perlembagaan memberi hak tersebut kepada keluarga mangsa mengikut apa yg diperintahkan oleh syariat Islam?
So Kunta Kinte, kalau Perlembagaan tak dipinda bagaimana contoh2 yg aku sebutkan itu dapat dilaksanakan?
1. Kalau hang baca jawapan aku sebelum ni, clear cut aku kata kalau nak buat hudud perlembagaan kena pinda. Tapi Tunsalleh Abas kata tak perlu sebab tu dia nak bawa pi mahkamah isu Hudud terengganu.
2. Isu Datuk Mokhtar Hashim ni ia dijatuhkan hukuman bersandarkan pembuktian-pembuktian untuk takzir bukannya untuk Qisas. Beliau juga menjalani hukuman takzir yang dikenakan. Jadi pengampunan ke atas beliau setelah sekian lama menjalani hukuman penjara adalah atas belas ihsan pemerintah atrau ulil amri. Dalam zaman rasulullah, umar, abu bakar dan khalifah-khalifah Islam dahulu juga terdapat konsep memberi kemaafan atau keampunan ini. Dalam Isu hudud sendiri pun, rasulullah sebagai rasul dan ulil amri pernah melepaskan kesalahan di bawah hudud. IUni merupakan precedent case yang jelas terhadap konsep keampunan dari hukuman dunia oleh pemerintah.
Memang dalam perlembagaan malaysia tidak ada hak untuk keluarga mengampunkan pesalah kes bunuh kerana:
i. ia bukan hukuman bersandarkan qisas sebaliknya takzir.
ii. Konsep hari ini bukan lagi pemerintahan berdasarkan kabilah atau ketua-ketua puak sebaliknya merupakan pemerintahan berpusat. Justeru isu pembunuhan atau sega jenis jenayah bukan lagi isu pertikaian kabilah tetapi merupakan isu kententeraman dan keselamatan dalam negara. Sebab itu ia diberi kepada pemerintah sebagai kuasa penentu bukannya kepada individu atau ketua kabilah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by KuntaKinte at 2003-12-30 01:12 PM:
Macam ni nankarut:
1. Kalau seseorang tu tak mencukupi pembuktian Hudud adakah dia tak boleh dihukum dibawah hukuman Takzir pemerintah? takkan tu pun tak tau? Kalau tak tau balik baca balik dra ...
Cubaan kedua kunta kinte nak alih tiang gol nampaknya. Tak berani stick dgn thread ni ker Kunta Kinte? Kes Menteri Belia & Sukan tu diadili ikut syariat Islam ker? Macammana dia boleh terlepas dari hukuman? Siapa yg berhak ampunkan jenayah beliau? Perlembagaan Malaysia ikut syariat ker dlm kes Mokhtar Hasyim ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by KuntaKinte at 2003-12-30 01:23 PM:
Memang dalam perlembagaan malaysia tidak ada hak untuk keluarga mengampunkan pesalah kes bunuh kerana:
i. ia bukan hukuman bersandarkan qisas sebaliknya takzir.
ii. Konsep hari ini bukan lagi pemerintahan berdasarkan kabilah atau ketua-ketua puak sebaliknya merupakan pemerintahan berpusat. Justeru isu pembunuhan atau sega jenis jenayah bukan lagi isu pertikaian kabilah tetapi merupakan isu kententeraman dan keselamatan dalam negara. Sebab itu ia diberi kepada pemerintah sebagai kuasa penentu bukannya kepada individu atau ketua kabilah.
Tengok betul2 apa yg anda dah tulis. Jika ada kes bersandarkan qisas adakah Perlembagaan yg ada membenarkan keluarga mangsa memberi keampunan or hak itu diberi kpd pihak lain (Majlis Raja2). Perkara tentang pengampunan itu masih disitu dan hingga bila2 pun hak itu tak kan diberi kpd keluarga mangsa oleh Perlembagaan Malaysia. Setuju tak? So ikut syariat ke tidak Kunta Kinte? Perlu dipinda atau tidak Kunta Kinte? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by adnancarut at 2003-12-27 12:28 PM:
Contoh 3:
Kes Suzie Teoh memeluk agama Islam di hadapan Majlis Agama Islam Kelantan.
iSuzie Teoh seorang penganut agama Budha berusia 16 tahun telah memeluk agama Islam di hadapan Majlis Agama Islam Kelantan.
Walaubagaimanapun, dalam Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkan seseorang yang berusia 18 tahun ke bawah menentukan agamanya sendiri.
Bapa Suzie Teoh telah mencabar keIslaman anaknya dan meminta mahkamah mengisytiharkan pengIslaman anaknya adalah tidak sah dan terbatal.
...
ini kes yang sering diguna pakai oleh puak pas terutamanya peguam gili Isim, Encik zulkifli untuk menyatakan perlembagaan kita tidak islamik dan sekular (dalam pemahaman bertentangan dengan islam).
Dalam kes ini sebenarnya adalah konsep menjaga kepentingan yang lebih besar. Dengan meletakan umur 18 tahun bukannya akil baligh dalam konsep yang diterangkan oleh Islam adalah menyelamatkan lebih banyak akidah remaja Islam berbanding menghalang orang bukan Islam masuk Islam.
Sekiranya seorang remaja seperti Suzie Teoh yang berusia 15 tahun ingin masuk islam tetapi dihalang oleh mahkamah kerana belum mencapai umur matang 18 tahun, maka seseorang remaja Islam yang belum mencapai 18 tahun juga akan dihalang dari memeluk agama lain. Jadi ia sekaligus memberi hak kepada penjaga Islam untuk menyelamatkan akidah anaknya yang dibawah 18 tahun daripada dipengaruhi oleh kristian mahu pun agama lain. Suzie Teoh tetap akan masuk Islam baik secara terang mahu pun senyap sekiranya ia mempercayai kebenaran Islam. Soal terpaksa menunggu hingga umur 18 tahun bukanlah satu halangan. Beliau mungkin tidak dapat menyempurnakan ibadat Islam tetapi keislaman beliau tetap diterima oleh allah hanya dengan niat sahaja sekalipun tanpa pengisytiharan.
Nak kira masuk Islam..mengucap ajalah tak payah isytihar di Jabatan pendaftaran negara pun tak apa. apa masalahnya? Cukup 18 tahun isytiharlah. tapi malangnya dia berjumpa dengan orang yang tidak bijaksana dan tiada ilmu dunia demikianlah jadinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Perkara ini perlu kepada perbincangan yang mendalam...
Originally posted by adnancarut at 2003-12-27 12:24 PM:
Contoh 1:
Nombor Ekor: Menjual boleh Membeli tak boleh.
Fakta tentang Pembeli Nombor Ekor:
KUALA LUMPUR: Saya mohon tarikh baru Yang Arif, kata seorang lelaki ketik ...
Salam,
Kamu tahu ke Nan, ta'rif judi? Sila kemukakan.
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Okeyyyyyyy what!
Originally posted by adnancarut at 2003-12-27 12:28 PM:
Contoh 3:
Kes Suzie Teoh memeluk agama Islam di hadapan Majlis Agama Islam Kelantan.
Suzie Teoh seorang penganut agama Budha berusia 16 tahun telah memeluk agama Islam di hadapan Majli ...
Salam,
Aku rasa okey. Tak de yang salah. Perlembagaan menetapkan 18 tahun sebagai umur yang sesuai bagi sesaorang untuk menentukan agamanya.Aku rasa okey.
Tak ada salahnya mengikut syariat islam.
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
racerX This user has been deleted
|
Originally posted by adnancarut at 30-12-2003 12:56:
Tak usah berdolak dalik lagi racerX. Buktikanlah. Aku tunggu ni.
Gini, Nankarut, aku explain kenapa aku perlu tahu. Aku kena tahu dulu, pendapat engkau pasal syariat Islam dalam kes membunuh ni macamana? Dari mana engkau dapat ilmu tu - Quran dan hadis semata-mata ke, atau tafsiran oleh tok guru? Sebab kalau pemahaman engkau berlainan dengan pemahaman aku, maka bila aku jawab engkau takkan setuju. Dan kita takkan boleh bersetuju selamanya sebab asas masing-masing berbeza. Jadi benda tu akan jadi sia-sia.
Sebab tu lah aku mahu tahu dulu, mengikut pendapat engkau, apa dia yang berlaku dalam kes tu yang tak memenuhi syariat? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by KuntaKinte at 2003-12-30 01:23 PM:
2. Isu Datuk Mokhtar Hashim ni ia dijatuhkan hukuman bersandarkan pembuktian-pembuktian untuk takzir bukannya untuk Qisas. Beliau juga menjalani hukuman takzir yang dikenakan. Jadi pengampunan ke atas beliau setelah sekian lama menjalani hukuman penjara adalah atas belas ihsan pemerintah atrau ulil amri. Dalam zaman rasulullah, umar, abu bakar dan khalifah-khalifah Islam dahulu juga terdapat konsep memberi kemaafan atau keampunan ini. Dalam Isu hudud sendiri pun, rasulullah sebagai rasul dan ulil amri pernah melepaskan kesalahan di bawah hudud. IUni merupakan precedent case yang jelas terhadap konsep keampunan dari hukuman dunia oleh pemerintah.
Kunta Kinte,
aku minta anda bawa ke sini contoh kes bunuh yg diampunkan sendiri oleh Rasulullah dan bukan oleh keluarga mangsa bunuh yg menjadi precedent case dalam undang-undang Islam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|