|
hantukiller posted on 9-10-2014 11:34 AM
Surah Al mukminun adalah ciri ciri orang mukmin yg berjaya, sedangkan banyak juga mukmin yg celaka, terutama yg berbuat dosa besar dan yg lalai dalam solatnya.
Sila beri dalil mukmin yang celaka. Ingat, dalam Al-Quran Allah dah sebut MUKMIN BERJAYA! (Al-Mukminun, 1). Ingat juga, dalam Surah Al-Maa'un disebut celaka pada orang yang bersolat (kerana lalai dalam menyempurnakan solat), tak disebut pun mukmin tu celaka. Walhal ciri-ciri mukmin disebut khusyu' dalam solat (Al-Mukminun, 2).
Sekiranya sesaorang itu telah mempercayai segala rukun iman, menjalankan kewajiban sebagai orang islam seperti rukun islam, tidak terbatal iman dan islamnya jika melakukan dosa besar. Dan matinya tetap dalam islam dan dikuburkan dikubur orang orang islam.
Benar, sekiranya dosa yang dilakukan itu bukan dosa yang menyebabkan murtad.
Last edited by mnm77 on 9-10-2014 12:41 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 9-10-2014 11:39 AM
percayakan Allah adalah beriman pada Allah, percayakan taghut adalah beriman pada taghut, percayakan jin adalah beriman pada jin, percayakan ustaz adalah beriman pada ustaz dan apa yg disampaikannya.
Itu dari segi bahasa, dah banyak kali cakap dah. Kalau nak ikut bahasa semata-mata, jangan cakap ikut bahasa terjemahan MELAYU lah, sebab bahasa Al-Quran itu bahasa Arab, bukan bahasa Melayu. Bahasa terjemahan ni nak memudahkan faham, tapi bukan untuk dihujjahkan berdasarkan bahasa.
Macamanalah tuan kata, orang percayakan Allah tapi tak beriman pulak pada Allah, beriman pada hari akhirat pun tak percayakan hari akhirat??? pelik sungguh
Pelik tu pada tuan sebab tuan hanya kata beriman tu SEKADAR PERCAYA, dari bahasa semata-mata.
Sedangkan beriman pada Allah TAK BOLEH MENSYIRIKKAN ALLAH. Kalau kata percaya pada Allah tapi percaya pada tuhan lain, itu bukan beriman pada Allah, KERANA ENGKAR pada KEESAAN ALLAH. Nak kata percaya pada Allah dari segi bahasa, boleh, setakat tu saja.
tuan BERMATI-MATIAN guna terjemahan bahasa untuk buat kesimpulan pada orang mukmin, sebab tu PELIK.
Saya boleh terima dari segi bahasa, akan tetapi untuk menyatakan MUKMIN, tak boleh guna istilah bahasa semata-mata!
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 8-10-2014 11:25 AM
Sila baca ayat ayat sebelumnya, golongan beriman yg dimaksudkan dalam ayat tersebut ialah pada orang yg islam, kerana ahli kitab ada yg beriman.
Ayat-ayat yang sebelumnya:
Aali-'Imran, 100
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تُطِيعُوا فَرِيقًا مِّنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ يَرُدُّوكُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ كَافِرِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.
Ayat di atas melarang ikut jejak sesuatu puak dari Ahli Kitab, kerana mereka berusaha untuk menjadikan orang yang beriman terkeluar dari Islam (jadi kafir!).
Dari ayat di atas juga jelas kita dapat faham bahawa yang beriman itu sudah tentu Islam, yang mana ada puak Ahli Kitab cuba mengeluarkan orang yang beriman dari Islam kepada jadi kafir.
Aali-'Imran, 101
وَكَيْفَ تَكْفُرُونَ وَأَنتُمْ تُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ آيَاتُ اللَّهِ وَفِيكُمْ رَسُولُهُ ۗ وَمَن يَعْتَصِم بِاللَّهِ فَقَدْ هُدِيَ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ
Bagaimanakah kamu (sampai) menjadi kafir, padahal ayat-ayat Allah dibacakan kepada kamu, dan Rasul-Nya pun berada di tengah-tengah kamu? Barangsiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus.
Ayat di atas bermula merujuk kepada orang yang TOLAK ayat-ayat Allah, jadi KAFIR (Ahli Kitab yang tolak Al-Quran). Tolak ayat Allah bermakna tolak Kitab Allah, walaupun beriman pada kitab Allah yang sebelumnya. Jadi bila TAK beriman kepada salah satu Rukun Iman (Kitab Allah, kesemuanya), maka terbatal Iman, terkeluar dari Islam, jadi KAFIR.
Kemudian disebut dalam ayat yang sama, sesiapa yang berpegang teguh kepada Allah (yakni Agama Islam), maka sesungguhnya dia diberi PETUNJUK kepada jalan yang lurus.
Ayat seterusnya lanjutan kepada orang yang diberi PETUNJUK (Mukmin):
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
(Aali-'Imran, 102)
Harap tuan berlaku adil dalam berbincang, tuan sendiri dah pernah kata ayat yang sebut jangan mati melainkan dalam Islam tu dah tentu lah untuk orang Islam. Maka bila ayat tu merujuk kepada orang yang beriman, JELAS, orang yang beriman tu ISLAM, sebab tu disarankan supaya jangan mati melainkan dalam Islam.
Takkan yang beriman tu ada yang kafir (seperti tuan kata ada yang beriman tu kafir) lalu disarankan jangan mati dalam Islam? Bertentangan dengan apa yang tuan sendiri dah sebut, tentulah Islam yang disaran mati dalam Islam!
Last edited by mnm77 on 9-10-2014 01:04 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 9-10-2014 12:11 PM
Sila beri dalil mukmin yang celaka. Ingat, dalam Al-Quran Allah dah sebut MUKMIN BERJAYA! (Al-Mukm ... Sila beri dalil mukmin yang celaka. Ingat, dalam Al-Quran Allah dah sebut MUKMIN BERJAYA! (Al-Mukminun, 1). Ingat juga, dalam Surah Al-Maa'un disebut celaka pada orang yang bersolat (kerana lalai dalam menyempurnakan solat), tak disebut pun mukmin tu celaka. Walhal ciri-ciri mukmin disebut khusyu' dalam solat (Al-Mukminun, 2). Ciri mukmin yg berjaya ialah yg khusuk dalam solatnya, mukmin yg celaka ialah mukmin yg lalai dalam solatnya.
Sebab tu aku tanya, siapa yg khusuk dalam solatnya??? tuan khusuk???? sentiasa khusuk??? atau kerap lalai dalam solat otak merewang kelain??? kalau lalai berjayakah???
Jika tak jumpa orang yg sentiasa khusuk dalam solatnya(kecuali rasullullah), tiadakah mukmin didunia ini???Benar, sekiranya dosa yang dilakukan itu bukan dosa yang menyebabkan murtad. So, tuan setuju kalau mukmin itu memakan harta anak yatim secara zalim, tidak akan hilang kemukminannya???
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 9-10-2014 12:21 PM
Itu dari segi bahasa, dah banyak kali cakap dah. Kalau nak ikut bahasa semata-mata, jangan cakap i ... Itu dari segi bahasa, dah banyak kali cakap dah. Kalau nak ikut bahasa semata-mata, jangan cakap ikut bahasa terjemahan MELAYU lah, sebab bahasa Al-Quran itu bahasa Arab, bukan bahasa Melayu. Bahasa terjemahan ni nak memudahkan faham, tapi bukan untuk dihujjahkan berdasarkan bahasa.
Macamanalah tuan kata, orang percayakan Allah tapi tak beriman pulak pada Allah, beriman pada hari akhirat pun tak percayakan hari akhirat??? pelik sungguh
Pelik tu pada tuan sebab tuan hanya kata beriman tu SEKADAR PERCAYA, dari bahasa semata-mata.
Sedangkan beriman pada Allah TAK BOLEH MENSYIRIKKAN ALLAH. Kalau kata percaya pada Allah tapi percaya pada tuhan lain, itu bukan beriman pada Allah, KERANA ENGKAR pada KEESAAN ALLAH. Nak kata percaya pada Allah dari segi bahasa, boleh, setakat tu saja.
tuan BERMATI-MATIAN guna terjemahan bahasa untuk buat kesimpulan pada orang mukmin, sebab tu PELIK.
Saya boleh terima dari segi bahasa, akan tetapi untuk menyatakan MUKMIN, tak boleh guna istilah bahasa semata-mata! Adakah tuan bermaksud beriman itu percaya dengan bersyarat? bukan yg seminimanya sekadar percayakan Allah dan Hari akhirat saja? Adakah ini disokong dengan dalil? Bermakna 2 ayat yg saya beri tersebut tak boleh diterima pakai, begitu? iaitu mesti mengikut tafsiran ulama?
Sila beri maksud sebenar perkataan beriman dalam bahasa melayu yg tuan rujuk
Orang yg syirik bukan kafir, tapi ada orang kafir yg syirik, dipanggil
kafir musyrik iaitu tidak percayakan segala rukun iman tu, malah percaya adanya tuhan selain Allah,
kafir pula langsung tak percaya adanya Allah.
Beriman pada Allah pula percaya akan adanya Allah,
syirik; percayakan Allah, tapi dalam masa yg sama percaya ada tuhan lain selain Allah,
sila betulkan jika salah.
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 9-10-2014 12:34 PM
Ayat-ayat yang sebelumnya:
Aali-'Imran, 100
Seperti yg saya dah nyatakan, beriman tak semestinya islam, islam tak semestinya beriman.
Jika sesuatu ayat ditujukan pada orang islam yg beriman, terutama yg beriman pada AlQuran, supaya tidak menolak akan ajaran dalam AlQuran tersebut, menolak atau tidak percayakan ayat Allah dalam Quran atau dalam kitab sebelumnya juga digelar kafir(tidak percaya).
Ahli kitab beriman pada kitab yg dipercayainya, juga beriman pada Allah dan hari akhirat, dan sebolehnya menghalang ajaran agama baru(islam) pada masa tu tersebar, lalu Allah beri peringatan pada orang islam dengan turunnya ayat itu.
Jadi secara jelasnya ayat ini ditujukan pada orang beriman yg islam, bukan pada semua yg beriman kerana Allah secara jelasnya memberitau ahli kitab ada yg beriman, tapi ramai yg kafir.
|
|
|
|
|
|
|
|
Al Muddathsir 31
"Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal Neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami) dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran) dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu) dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini? Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dialah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) Neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
Ali Imran 07
"Dialah yang menurunkan kepada mu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Qur'an. Sebahagian besar dari Al-Qur'an itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata ma'nanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Qur'an. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “mutasyaabihaat” (yang samar- samar , tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecederungan kearah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Qur'an untuk mencari fitnah dan mencari-cari Ta'wilnya (memutarkan maksudnya menurut yang di sukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Ta'wilnya (tafsir maksudnya yang benar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata : "Kami beriman kepadanya , semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami". Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran ."
Ayat Allah yg terang dan jelas maksudnya pun ada yg nak jadikan samar samar |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis:
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan Imam Muslim dari Abu Hurairah Radhiallaahu anhu, ia berkata bahwasanya Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda: "Iman itu tujuh puluh cabang lebih atau enam puluh cabang lebih yang paling utama adalah ucapan "la ilaha illallahu" dan yang paling rendah adalah menyingkirkan rintangan (kotoran) dari tengah jalan, sedang rasa malu itu (juga) salah satu cabang dari iman." (HR. Muslim, 1/63)
Sabda Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam, riwayat Abu Sa'id Al-Khudry, ia berkata, "Saya mendengar Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda: "Siapa yang melihat kemungkaran di antara kalian, maka hen- daklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya, jika ia tidak mampu maka dengan lisannya, dan jika ia tidak mampu maka dengan hatinya, dan yang demikian itu adalah selemah-lemahnya iman." (HR. Muslim, 1/69) |
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 9-10-2014 02:03 PM
Ciri mukmin yg berjaya ialah yg khusuk dalam solatnya, mukmin yg celaka ialah mukmin yg lalai dalam solatnya.
Kalau lalai dalam solatnya tu bukan ciri mukmin. Dah disebut ciri mukmin tu khusyuk dalam solat (Al-Mukminun, 2) - tu dalil tu
Apa yang tuan sebut di atas, hanya kefahaman istilah terjemahan dari pendapat tuan. Mana dalil mukmin celaka? Ingat, Surah Al-Ma'un tak sebut pasal mukmin pun.
Sebab tu aku tanya, siapa yg khusuk dalam solatnya??? tuan khusuk???? sentiasa khusuk??? atau kerap lalai dalam solat otak merewang kelain??? kalau lalai berjayakah???
Jika tak jumpa orang yg sentiasa khusuk dalam solatnya(kecuali rasullullah), tiadakah mukmin didunia ini???
Dah tentu ada mukmin yang bukan Rasul... sebab tu ada Surah Al-Mukminun (jamak/ramai/plural)....dengan ciri-ciri Mukmin yang disebut...
Dalam Al-Quran juga ada Surah Al-Anbiya, yang mengisahkan para mukmin yang berdarjat Nabi.. yang kita sebut Anbiya (para Nabi-Nabi)
Orang mukmin yang khusyuk bukannya jenis melaung sana-sini kata "aku khusyuk".. "aku khusyuk".."aku khusyuk".. itu dah jadi riyak pula. Juga tak patut bertanya orang lain "kamu khusyuk dalam solat tak?", hanya kerana nak cari siapa yang mukmin. Yang patut saling mengajak supaya khusyuk dalam solat, moga-moga dapat masuk dalam kategori mukmin.
So, tuan setuju kalau mukmin itu memakan harta anak yatim secara zalim, tidak akan hilang kemukminannya???
Mukmin yang berbuat salah, akan cepat bertaubat...
Mukmin boleh hilang kemukminannya, bila melakukan kemungkaran yang berterusan, seperti makan harta anak yatim berterusan. Sebab tu dalam Al-Quran, ada banyak ayat nasihat yang merujuk kepada orang yang beriman, supaya bertaqwa. Supaya tidak hilang kemukminan.... Dan yang paling asas, jangan hilang kemukminan sehingga terkeluar dari Islam.
Last edited by mnm77 on 10-10-2014 08:49 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 9-10-2014 02:19 PM
Adakah tuan bermaksud beriman itu percaya dengan bersyarat? bukan yg seminimanya sekadar percayakan Allah dan Hari akhirat saja? Adakah ini disokong dengan dalil? Bermakna 2 ayat yg saya beri tersebut tak boleh diterima pakai, begitu? iaitu mesti mengikut tafsiran ulama?
Dalam Al-Quran cukup BANYAK DALIL tentang pentingnya MENTAUHIDKAN ALLAH. Ini perkara dari cabang IMAN yang paling UTAMA, paling ASAS. Jangan salahkan Ulama jika tuan masih membantah, cukup banyak dalil yang tuan tolak jika hanya kerana tuan ambil 2 ayat SECARA LITERAL tanpa melihat konteks IMAN secara menyeluruh. Perlukah saya menyatakan satu persatu?
Kalau percaya Allah, dan percaya tuhan-tuhan lain, bermakna dah ENGKAR ayat-ayat Allah. Jadi KAFIR. Iman terbatal.
وَإِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ لَّا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الرَّحْمَٰنُ الرَّحِيمُ
Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(Al-Baqarah, 163)
Orang Musyrik TOLAK ayat di atas, jadi KAFIR lah. Kalau mereka terima, tentulah mereka tak akan mensyirikkan Allah!
Orang yang kata ada tuhan lain selain Allah, seperti tuhan anak, juga mensyrikkan Allah, walaupun mereka mengaku ahli kitab. Rujuk Surah Al-Ikhlas, bawakan kepada Musyrik atau ahli kitab yang kata tuhan ada anak. Tanya mereka, samada mereka beriman kepada apa yang terkandung dalam Surah Ikhlas, atau mereka ENGKAR?
Kalau ENGKAR dan tolak ayat Al-Quran (Surah Al-Ikhlas), tak jadi kafir kah?
Perlukah saya letak lagi berulang-ulang kali tentang ayat Allah yang menyatakan siapa yang tolak ayat Allah, jadi kafir?
Sila beri maksud sebenar perkataan beriman dalam bahasa melayu yg tuan rujuk
Saya tak berbahas MUKMIN dari segi bahasa Melayu semata-mata yang tuan bermati-matian guna istilah bahasa terjemahan Melayu semata-mata. Nak bahas makna mukmin yang tepat dan jelas, kena rujuk bahasa Arab dan berdalil dari Al-Quran. Bahasa Melayu tu sebagai pengantar sahaja, bukan untuk membahaskan makna kalimah 'mukmin' dalam bahasa Arab.
Jika tuan nak bahas guna bahasa Melayu untuk membuat hukum siapa yang patut digelar MUKMIN (yang asalnya bahasa Arab), sungguh tak patut sebab bahasa Al-Quran bahasa Arab.
Orang yg syirik bukan kafir, tapi ada orang kafir yg syirik, dipanggil
kafir musyrik iaitu tidak percayakan segala rukun iman tu, malah percaya adanya tuhan selain Allah,
Setiap yang musyrik itu KAFIR, sebab ENGKAR untuk membenarkan Aqidah Tauhid:
LAA ILAHA ILLA-LLAH (paling asas dalam IMAN kepada ALLAH)
Mereka percaya tuhan lain selain Allah, sedangkan sebagai Islam, HANYA SANYA ALLAH ITU SATU-SATUNYA TUHAN YANG LAYAK DISEMABAH.
Sesiapa yang engkar kepada seruan kalimah di atas, jadi kafir. INI YANG PALING ASAS.
Tuan kena tahu perkara yang SANGAT ASAS DALAM AGAMA ISLAM. INI SANGAT-SANGAT-SANGAT-SANGAT-SANGAT PENTING!!!! Yang mana tuan dah salah faham dan menyebarkan fahaman tuan di merata-rata tempat melalui penulisan tuan.
kafir pula langsung tak percaya adanya Allah.
Beriman pada Allah pula percaya akan adanya Allah,
syirik; percayakan Allah, tapi dalam masa yg sama percaya ada tuhan lain selain Allah,
sila betulkan jika salah.
Kategori kafir pun ada banyak, antaranya:
-ada yang kafir langsung tak percaya Allah dan juga tak percaya segala tuhan lain (disebut atheist).
-ada kafir yang percaya satu tuhan (Allah), tetapi menolak kerasulan Nabi Muhammad SAW. Contohnya Yahudi zaman sekarang.
-ada kafir yang sembah matahari, sebagai tuhan mereka.
-ada kafir yang percaya Allah, tetapi percaya juga Allah ada anak.
-ada kafir yang bertuhankan binatang tertentu sebagai tuhan mereka.
-ada kafir yang bertuhankan dewa-dewa, setiap dewa ada peranan masing-masing.
-ada kafir yang percaya Allah sedangkan juga mensyirikkan Allah (disebut Musyrik, atau kafir Musyrik).
TAK ADA istilah musyrik yang Islam, TAK ADA istilah Musyrik yang beriman, semua Musyrik termasuk dalam kategori kafir, sebab tu kadang-kadang disebut dengan istilah KAFIR MUSYRIK, kadang-kadang sekadar disebut Musyrik.
Jika tuan masih membantah, cukuplah apa yang saya sampaikan ini jika ada manfaat kepada orang lain, saya harap orang lain dapat manfaatnya. Tak perlu saya ulang berkali-kali setelah dijelaskan berkali-kali berkaitan istilah musyrik.
Last edited by mnm77 on 10-10-2014 08:54 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 9-10-2014 02:31 PM
Seperti yg saya dah nyatakan, beriman tak semestinya islam, islam tak semestinya beriman.
Tuan masih berpusing-pusing... saya dah jelaskan dengan dalil sebelum ni:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
(Aali-'Imran, 102)
Ayat di atas ditujukan kepada orang yang beriman, sudah tentu lah yang beriman tu ISLAM, sebab tu disarankan jangan mati melainkan dalam Islam.
Dalil yang dah dibawa sebelum ni:
قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا ۖ قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلَٰكِن قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ ۖ وَإِن تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَا يَلِتْكُم مِّنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئًا ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Berkata orang-orang A'raab (Arab pedalaman/Badwi): "Kami telah beriman". Katakanlah (kepada mereka) kamu belum beriman, tetapi katakanlah "kami telah Islam", kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu, dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
(Al-Hujurat, 14)
Ayat di atas bukan untuk A'raab sahaja, walaupun konteks ayat itu membetulkan pengakuan orang A'raab. Kalau orang Melayu, Cina, India pun, jika berkata 'beriman' walhal baru masuk Islam, tentu saja TAK PATUT. Dalil ayat tersebut menunjukkan syarat untuk beriman, kena jadi ISLAM dulu. Kemudian bila taat Allah dan Rasul (memenuhi tuntutan rukun Iman), baru boleh jadi orang yang beriman.
Ayat di atas juga sebagai menyokong syariat MENGISYTIHARKAN ISLAM, bersyahadah sebagai MUSLIM, akan tetapi tak patut Isytihar sebagai MUKMIN. Isytihar diri sebagai Islam termasuk dalam syahadah.
Bagi orang Islam yang masuk kategori mukmin, juga tak wajar isytihar diri sebagai mukmin, kerana itu menimbulkan riyak. Ciri-ciri mukmin termasuklah taqwa, dan dalam taqwa itu ada sifat kehambaan.
Jika sesuatu ayat ditujukan pada orang islam yg beriman, terutama yg beriman pada AlQuran, supaya tidak menolak akan ajaran dalam AlQuran tersebut, menolak atau tidak percayakan ayat Allah dalam Quran atau dalam kitab sebelumnya juga digelar kafir(tidak percaya).
Ahli kitab beriman pada kitab yg dipercayainya, juga beriman pada Allah dan hari akhirat, dan sebolehnya menghalang ajaran agama baru(islam) pada masa tu tersebar, lalu Allah beri peringatan pada orang islam dengan turunnya ayat itu.
Jadi secara jelasnya ayat ini ditujukan pada orang beriman yg islam, bukan pada semua yg beriman kerana Allah secara jelasnya memberitau ahli kitab ada yg beriman, tapi ramai yg kafir.
Pasal Ahli Kitab, memang ada yang beriman, ada yang tak beriman. Mana-mana Ahli Kitab yang beriman, sesungguhnya mereka juga Islam, dengan membenarkan Nabi-Nabi dan rasul. Mana-mana Ahli kitab yang tolak kerasulan, iman mereka terbatal, jadi tak beriman, jadi kafir. Yang ni dah banyak kali saya ulang. Dalil dah diberi dah sebelum-sebelum ni.
Ali Imran 07
"Dialah yang menurunkan kepada mu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Qur'an. Sebahagian besar dari Al-Qur'an itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata ma'nanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Qur'an. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “mutasyaabihaat” (yang samar- samar , tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecederungan kearah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Qur'an untuk mencari fitnah dan mencari-cari Ta'wilnya (memutarkan maksudnya menurut yang di sukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Ta'wilnya (tafsir maksudnya yang benar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata : "Kami beriman kepadanya , semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami". Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran ."
Ayat Allah yg terang dan jelas maksudnya pun ada yg nak jadikan samar samar
Apa yang saya nampak tuan ambil ayat yang dah jelas, menjadi samar-samar dengan terjemahan berdasarkan ciptaan istilah-istilah baru. Nasihat tuan tu berbalik pada diri tuan sendiri.
Cuba tuan terjemah satu-satu kalimah ayat pertama Surah Al-Mukminun:
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
قَدْ =
أَفْلَحَ =
الْمُؤْمِنُونَ =
Apakah makna قَدْ ?
Dari ayat di atas sebelum ni tuan cuba memberi makna dengan berkata ayat tu ditujukan hanya kepada mukmin yang berjaya, kononnya ada mukmin yang gagal/celaka.... sedangkan apa terjemahan asalnya? Kenapa ada tokok tambah pula?
Cukup JELAS ALLAH sebut MUKMIN BERJAYA, dengan kata KEPASTIAN menggunakan kalimah قَدْ
Ayat di atas muhkam dan jelas, tanpa perlu ada tokok tambah!
Tetapi dah tuan yang buat terjemahan tambahan, kononnya HANYA ditujukan kepada yang berjaya. Kononnya ayat tu tuan terjemah:
(Sesungguhnya berjayalah orang-orang Mukmin yang berjaya), kenapa ada tambahan "yang berjaya"? Yang boleh mengubah maksud asal ayat tersebut? Sedangkan ayat asal bukan macam tu?
Hakikatnya ayat itu menyatakan orang-orang MUKMIN BERJAYA (secara pasti), bukannya ditujukan kepada sebahagian Mukmin (yang tuan buat istilah baru kata ada mukmin yang berjaya, ada mukmin yang celaka)
Saya memang terkejut juga, bila tuan berkata macam tu, sebab tu saya berusaha menjelaskan pada tuan, tapi nampaknya tuan semakin 'membara' dengan penjelasan saya pula. Saya dah biasa dah dengan cara tuan, harapnya saya kena terus istiqamah bersabar dengan cara tuan.
Begitu juga ayat di bawah ini:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
(Aali-'Imran, 102)
Ayat di atas merupakan ayat yang muhkam (jelas) memang mudah difahami, bukannya ayat samar-samar yang sukar difahami. Ayat itu jelas ditujukan kepada orang yang beriman, tapi tuan kata ayat itu ditujukan kepada orang yang beriman yang Islam, kononnya ada pula istilah orang yang beriman yang tak Islam.
Ada beberapa istilah yang tuan guna, tanpa sertakan dalil yang jelas, dan ada yang bertentangan dengan ayat-ayat yang saya bawakan. Memang ada juga dalil yang tuan bawa, tapi dalil itu tidak jelas sepertimana dalil yang di atas. Dalil yang tuan bawa sebelum ni, memerlukan tafsir untuk faham. Dalil yang di atas, jika rujuk tafsir pun tetap sama penjelasannya, kerana dah cukup jelas.
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 10-10-2014 09:00 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 9-10-2014 04:24 PM
Hadis:
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan Imam Muslim dari Abu Hurairah Radhiallaahu anhu, ia berkata bahwasanya Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda: "Iman itu tujuh puluh cabang lebih atau enam puluh cabang lebih yang paling utama adalah ucapan "la ilaha illallahu" dan yang paling rendah adalah menyingkirkan rintangan (kotoran) dari tengah jalan, sedang rasa malu itu (juga) salah satu cabang dari iman." (HR. Muslim, 1/63)
Tidakkah tuan lihat apa yang tuan sendiri bawa? Dalil yang saya bawa seolah-olah tuan tak mahu lihat, sekarang lihat dalil yang tuan bawa sendiri.
Musyrik engkar kepada cabang IMAN yang PALING utama (LAA ILAHA ILLA-LLAH), engkar untuk beriman dengan tidak mahu meng-Esakan Allah, sebab tu jadi kafir!!! Tiada istilah musyrik yang beriman, tuan sendiri pun dah bawa dalil yang membatalkan hujjah tuan sendiri. Setiap musyrik itu kafir dengan sendirinya kerana ENGKAR kepada cabang IMAN yang paling utama!
Kalau tuan masih tak faham lagi point saya, cuba tuan terjemahkan dulu: LAA ILAHA ILLA-LLAH
Sabda Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam, riwayat Abu Sa'id Al-Khudry, ia berkata, "Saya mendengar Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda: "Siapa yang melihat kemungkaran di antara kalian, maka hen- daklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya, jika ia tidak mampu maka dengan lisannya, dan jika ia tidak mampu maka dengan hatinya, dan yang demikian itu adalah selemah-lemahnya iman." (HR. Muslim, 1/69)
Alhamdulillah.... mari kita sama-sama ubah kemungkaran jika ada kuasa (perbuatan atau lisan),
setidak-tidaknya kita benci dalam hati ke atas kemungkaran di hadapan kita... (ciri orang yang beriman yang paling lemah imannya)
Iman itu ada tingkatannya... iman paling tinggi seperti iman para Nabi dan Rasul....
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 9-10-2014 06:31 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
mukmin - orang Muslim yg berjaya
dalam surah Al Mukminun tu Allah dah menggariskan ciri ciri dan cara mencapai tahap mukmin tu apa yg depa buat
IMAN = percaya kena ngaku dengan lidah dan amalkan dengan anggota
bukan percaya je ...ada 3 komponen tu
sebab tu hati hati = apabila berbicara tentang hukum = apa bila mulut nak mencerca rasulullah mengihan allah hukum hakam semua = mengHALALkan yg haram ....haa sebab tu jejaga bila nak bincang isu yg sentuh syarak - bukan tak leh bincang tapi ASAS kefahaman tu kena ada kalau tidak senang kita terpesong , heret org sekeliling terpesong - kalau kutuk Rasulullah perbautan baginda yg kita TAHU dan percaya baginda rasul terakhir , rasul ada sifat wajib dan ada mukjizat semua - dan kalau making fun tulis tanpa berfikir ni...boleh tempias nyer akidah sebab tu saya risau sangat ...
tang perbuatan tu obvious lah kan yg membatalkan iman...
Last edited by mbhcsf on 10-10-2014 09:13 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
renungan bersama
Sabda Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam, riwayat Abu Sa'id Al-Khudry, ia berkata, "Saya mendengar Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda: "Siapa yang melihat kemungkaran di antara kalian, maka hen- daklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya, jika ia tidak mampu maka dengan lisannya, dan jika ia tidak mampu maka dengan hatinya, dan yang demikian itu adalah selemah-lemahnya iman." (HR. Muslim, 1/69) |
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 9-10-2014 05:04 PM
Kalau lalai dalam solatnya tu bukan ciri mukmin. Dah disebut ciri mukmin tu khusyuk dalam solat (A ... Kalau lalai dalam solatnya tu bukan ciri mukmin. Dah disebut ciri mukmin tu khusyuk dalam solat (Al-Mukminun, 2) - tu dalil tu
Apa yang tuan sebut di atas, hanya kefahaman istilah terjemahan dari pendapat tuan. Mana dalil mukmin celaka? Ingat, Surah Al-Ma'un tak sebut pasal mukmin pun.
Sebab tu aku tanya, siapa yg khusuk dalam solatnya??? tuan khusuk???? sentiasa khusuk??? atau kerap lalai dalam solat otak merewang kelain??? kalau lalai berjayakah???
Jika tak jumpa orang yg sentiasa khusuk dalam solatnya(kecuali rasullullah), tiadakah mukmin didunia ini???
Dah tentu ada mukmin yang bukan Rasul... sebab tu ada Surah Al-Mukminun (jamak/ramai/plural)....dengan ciri-ciri Mukmin yang disebut...
Dalam Al-Quran juga ada Surah Al-Anbiya, yang mengisahkan para mukmin yang berdarjat Nabi.. yang kita sebut Anbiya (para Nabi-Nabi)
Orang mukmin yang khusyuk bukannya jenis melaung sana-sini kata "aku khusyuk".. "aku khusyuk".."aku khusyuk".. itu dah jadi riyak pula. Juga tak patut bertanya orang lain "kamu khusyuk dalam solat tak?", hanya kerana nak cari siapa yang mukmin. Yang patut saling mengajak supaya khusyuk dalam solat, moga-moga dapat masuk dalam kategori mukmin.
So, tuan setuju kalau mukmin itu memakan harta anak yatim secara zalim, tidak akan hilang kemukminannya???
Mukmin yang berbuat salah, akan cepat bertaubat...
Mukmin boleh hilang kemukminannya, bila melakukan kemungkaran yang berterusan, seperti makan harta anak yatim berterusan. Sebab tu dalam Al-Quran, ada banyak ayat nasihat yang merujuk kepada orang yang beriman, supaya bertaqwa. Supaya tidak hilang kemukminan.... Dan yang paling asas, jangan hilang kemukminan sehingga terkeluar dari Islam. Tak de pun dlm rukun iman yg menyatakan khusuk dlm solat, dan siapa pula yg khusuk dlm solat masih tuan tak bawa, bermakna semua manusia islam didunia ini bukan mukminlah ye jika tak mampu khusuk dlm solatnya??? Sahabat nabi mukmin tak???khusuk tak mereka dlm solatnya???
Dan semua yg beriman pada Allah dan hari akhirat selain islam tak beriman lah sebab tak khusuk kerana tak solat, mana nak letak iman pada Allah dan hari akhirat tu, nak kata mereka kafir(tak percaya) tak boleh, sebab beriman(percaya)
Macamana tuan tau, kemukminan sesaorang tu boleh hilang jika melakukan kemungkiran berterusan seperti memakan harta nak yatim secara zalim sedang dia terus terusan beriman dalam segala rukun iman, malah sentiasa mengerjakan rukun islam???
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 9-10-2014 05:20 PM
Dalam Al-Quran cukup BANYAK DALIL tentang pentingnya MENTAUHIDKAN ALLAH. Ini perkara dari cabang I ...
Saya tak kata huraian tuan tu salah, huraian tu betul, tapi betul yg tak menyeluruh, kerana tuan telah menafikan ayat Allah tentang sesiapa saja beriman pada Allah dan hari akhirat serta beramal soleh samada dia orang beriman, orang yahudi, nasrani dan saabiin adalah dalam kalangan beriman juga. Tuan hanya menjurus pada golongan yg beriman dalam kelompok yg muslim.
Kafir itu berbagai lapisan
Iman juga berpuluh lapisan, yg paling tinggi ialah iman yg islam yg beriman sesungguhnya tentang apa saja yg Allah turunkan melalui segala kitabnya melalui rasul rasulnya terutama kalimah syahadah. Dan iman yg paling lemah ialah setakat yakin, buat baik dibalas baik walau hanya mampu dengan niat.
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 9-10-2014 05:04 PM
Kalau lalai dalam solatnya tu bukan ciri mukmin. Dah disebut ciri mukmin tu khusyuk dalam solat (A ... Orang mukmin yang khusyuk bukannya jenis melaung sana-sini kata "aku khusyuk".. "aku khusyuk".."aku khusyuk".. itu dah jadi riyak pula. Juga tak patut bertanya orang lain "kamu khusyuk dalam solat tak?", hanya kerana nak cari siapa yang mukmin. Yang patut saling mengajak supaya khusyuk dalam solat, moga-moga dapat masuk dalam kategori mukmin. Daripada pernyataan tuan ini, ternyata tuan bersetuju, bahawa ramai manusia yg bersolat, masik tak khusuk dalam solatnya(lalai), tapi tuan telah menghukum mereka yg tak khusuk itu sebagai kafir iaitu tidak beriman. berat tuduhan tu!
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 9-10-2014 05:20 PM
Dalam Al-Quran cukup BANYAK DALIL tentang pentingnya MENTAUHIDKAN ALLAH. Ini perkara dari cabang I ... TAK ADA istilah musyrik yang Islam, TAK ADA istilah Musyrik yang beriman, semua Musyrik termasuk dalam kategori kafir, sebab tu kadang-kadang disebut dengan istilah KAFIR MUSYRIK, kadang-kadang sekadar disebut Musyrik.
Jika tuan masih membantah, cukuplah apa yang saya sampaikan ini jika ada manfaat kepada orang lain, saya harap orang lain dapat manfaatnya. Tak perlu saya ulang berkali-kali setelah dijelaskan berkali-kali berkaitan istilah musyrik. Musyrik dizaman rasullullah memang la tak islam, tapi berimankan Allah.
Tapi sekarang ni, ramai je orang islam yg syirik, tapi bukan murtad.
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 9-10-2014 05:56 PM
Tuan masih berpusing-pusing... saya dah jelaskan dengan dalil sebelum ni:
يَا ... Tuan masih berpusing-pusing... saya dah jelaskan dengan dalil sebelum ni:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
(Aali-'Imran, 102)
Ayat di atas ditujukan kepada orang yang beriman, sudah tentu lah yang beriman tu ISLAM, sebab tu disarankan jangan mati melainkan dalam Islam.
Dalil yang dah dibawa sebelum ni:
قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا ۖ قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلَٰكِن قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ ۖ وَإِن تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَا يَلِتْكُم مِّنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئًا ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Berkata orang-orang A'raab (Arab pedalaman/Badwi): "Kami telah beriman". Katakanlah (kepada mereka) kamu belum beriman, tetapi katakanlah "kami telah Islam", kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu, dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
(Al-Hujurat, 14)
Ayat di atas bukan untuk A'raab sahaja, walaupun konteks ayat itu membetulkan pengakuan orang A'raab. Kalau orang Melayu, Cina, India pun, jika berkata 'beriman' walhal baru masuk Islam, tentu saja TAK PATUT. Dalil ayat tersebut menunjukkan syarat untuk beriman, kena jadi ISLAM dulu. Kemudian bila taat Allah dan Rasul (memenuhi tuntutan rukun Iman), baru boleh jadi orang yang beriman.
Ayat di atas juga sebagai menyokong syariat MENGISYTIHARKAN ISLAM, bersyahadah sebagai MUSLIM, akan tetapi tak patut Isytihar sebagai MUKMIN. Isytihar diri sebagai Islam termasuk dalam syahadah.
Bagi orang Islam yang masuk kategori mukmin, juga tak wajar isytihar diri sebagai mukmin, kerana itu menimbulkan riyak. Ciri-ciri mukmin termasuklah taqwa, dan dalam taqwa itu ada sifat kehambaan. Dah saya jelaskan, ayat ali imran tu untuk orang beriman yg islam saja, kerana ahli kitab pun berman dengan kitab yg dianutinya.
Dan Al Hujurat itu ditujukan khas pada orang Araab(pendalaman/badwi) yg baru masuk islam dizaman Rasululllah tu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|