imah70 posted on 7-11-2014 08:19 PM
Tp lagu ciptaan dia pun tgk sape penyanyi yg bwk..mcm hafiz...dia bwk lagu apa pun jd sedap..lagu ...
bab lagu mmg la x dinafikan heols komposer yg bagus...tp dalam sejarah hidup dia, dah berpuluh penyanyi yg x boleh nyanyi dia produced lagu/album... dr fazley, maya karin, syed azmir, tunku mimi kerabat negeri sembilan tu... dah lupa? pastu ada hati nk hencap org merosakkan industri..padahal dia yg bebal ekonomi dan industri
Konsert Kesembilan #AF2014, Demam Hampir Berakhir - Badrul
Hampir ke minggu terakhir Akademi Fantasia 2014 ini, saya rasa tak perlulah nak buat review tentang konsert minggu kesembilan. Semua orang sudah tengok, semua orang sudah tahu, dan semua orang bakal menyaksikan konsert akhir Ahad ini.
Saya bangga dengan produksi AF2014 ini kerana banyak janji-janji di awal sebelum bermulanya musim ini, dikotakan mereka! Mengembalikan nostalgia musim-musim awal Akademi Fantasia di samping menyerapkan ‘kejutan-kejutan’ baharu yang segar! Tahun ini saya tidak banyak bercakap tentang pakaian pelajar kerana terlalu banyak perkara baru yang saya ingin sentuh.
AFserap adalah satu konsep yang saya anggap genius! Sebenarnya sudah lama saya cadangkan ketika saya menulis blog persendirian lagi. Pada saya, ada ketikanya pihak fakulti ‘berhak’ diberikan suara dan pendapat untuk memasukkan balik pelajar yang mereka rasakan bagus! Bukan untuk meraih keuntungan, tetapi untuk sama-sama membangunkan industri seni tanahair.
Semua orang ada pendapat masing-masing. Ada yang positif dan ada yang negatif! Ada yang merasakan AF hanya membazirkan wang, dan ada yang merasakan AF sekadar cuba meraih keuntungan. Ya, anda berhak dengan pendapat anda! Tetapi pendapat saya mungkin agak berlainan.
Seperti yang saya pernah katakan, Akademi Fantasia adalah rancangan realiti hiburan terbaik di Malaysia. Belum ada rancangan realiti sepertinya yang menyediakan tenaga pengajar yang terpilih, dan dipilih daripada antara tenaga pengajar yang terbaik di Malaysia.
Bukan mudah untuk belajar percuma dengan Cikgu Linda Jasmin, Cikgu Fatimah Abu Bakar, Cikgu Siti Hajar, Cikgu Acis, Cikgu Marlia Musa, dan tentunya daripada pengetuanya, Dato’ Hattan. Kerat jari pun belum tentu anda mampu untuk mendapatkan ilmu walaupun berbayar daripada kesemua mereka.
Belum tentu juga anda mampu mendapatkan mendapatkan kritikan-kritikan yang membina daripada Dato’ Ramli MS, Raja Azura dan pengkritik-pengkritik jemputan yang memberikan imput untuk anda, untuk memberbaiki diri apabila melangkah ke dunia seni sebenar.
Belum tentu juga bila anda keluar dengan single terbaru, single anda akan terus meletop di radio, anda ditemubual oleh pelbagai pengamal media, sesi bergambar dan banyak lagi! Sebab itu saya katakan, Akademi Fantasia adalah rancangan realiti hiburan terbaik di Malaysia!
Tidak kira sama ada anda masuk ke final atau tidak, kerana selepas ini, semuanya bergantung kepada usaha keras, keinginan untuk membaiki diri, kemahuan untuk berjuang dan rezeki yang ditentukan-Nya.
Jom bercakap tentang lima pelajar yang bakal keluar daripada Akademi Fantasia tidak lama lagi. Ini adalah pandangan peribadi saya tentang mereka dan pengamatan saya melalui pengalaman menulis dan menonton Akademi Fantasia sejak musim yang pertama lagi.
Bakal Juara #AF2014 Firman
Kelebihan Firman adalah vokalnya yang unik terutama apabila menyampaikan lagu-lagu bergenre rock & roll. Keyakinannya di tahap paling tinggi apabila lagu-lagu sebegini diberikan sebagai tugasan. Firman bukan penyanyi pop ballad mahupun lagu-lagu irama Malaysia. Dia tidak versatil, tetapi bila keluar daripada Akademi Fantasia, itu bukan lagi persoalannya kerana Firman harus pandai membawa diri. Seperti yang saya pernah katakan, Firman memerlukan ‘guide’ yang betul, bertemu dengan komposer yang tepat dan bekerjasama dengan mereka yang sealiran. Dia akan pergi jauh jika dia bekerja keras untuk mencapai cita-citanya. Kefahaman tentang ‘rock’ juga perlu berubah. Bermakna, bukan hanya pakai sempoi, jeans koyak dan sebagainya. Identiti dan imej juga perlu dijaga.
Bakal Juara #AF2014 Nuha
Vokal Nuha belum ada di dalam industri kita. Sesuatu yang saya nanti-nantikan. Dia boleh menyanyikan apa jua genre lagu dan paling penting dia mempunyai kapasiti untuk mengubah lagu asal menjadi lagu miliknya. Oleh kerana itu, saya nampak Nuha mampu pergi jauh dalam industri seni ini dan bakal menjadi cabaran kepada vokalis-vokalis wanita yang sedia ada. Paling penting, adalah dia perlu menukar imej, cara pertuturan dan pemakaian. Saya sangat pantang *bukan bercakap pasal Nuha, tetapi keseluruhan* apabila ada ‘artis’ yang mengatakan ‘ohhh, saya hanya ingin jadi diri saya*. Anda tidak boleh jadi diri anda di atas pentas, kerana di atas pentas anda harus menjadi penghibur.
Bakal Juara #AF2014 Ewal
Bakat semulajadi Ewal sangat besar. Badan sahaja kecil tapi range suaranya sangat besar. Ewal harus belajar untuk ‘enjoy’ menyanyi. Maksud ‘enjoy’ menyanyi ialah bukan untuk menghiburkan diri sendiri atau pun menunjuk-nunjuk, tetapi lebih kepada menghiburkan penonton. Dia ada sesuatu yang besar yang boleh dikongsi dengan industri seni. Dia juga perlu mencari identiti corak lagunya yang tersendiri. Saya pernah menonton persembahan Ewal sebelum dia mengharungi pentas Akademi Fantasia lagi. Saya tahu dia boleh pergi jauh, cuma jalan yang dipilih tidak bersesuaian dengan apa yang boleh dia berikan. Semoga dengan apa yang diperolehi daripada Akademi Fantasia, Ewal sudah mampu melihat arah tuju perjalanan seninya nanti.
Bakal Juara #AF2014 Adel
Adel adalah pelajar yang saya lihat mempunyai satu pakej yang lengkap. Suara, rupa, gaya. Apa yang mungkin perlu diperbetulkan adalah pertuturan beliau. Memang betul, ramai yang kata Adel sangat ‘dull’ dalam Diari Akademi Fantasia’. Tetapi sekarang adalah minggu akhir, bermakna perkara tersebut sudah boleh diketepikan. Vokal Adel sangat bagus untuk dibazirkan. Saya lihat Adel ada potensi jadi global, tetapi dia sangat perlu memperbetulkan bahasa pertuturannya. Jangan salah anggap, saya tidak suruh dia melupakan cara bertutur dalam bahasa Sabah kerana itu adalah sebahagian daripada dirinya. Cuma, untuk berdiri di pentas luar dan antarabangsa, pembetulan itu penting. Kita tidak hanya mahu jadi jaguh kampung bukan? Kita mahu global. Perkara yang sama pernah saya cakap kepada juara Akademi Fantasia musim yang keempat, tapi dia lebih suka cakap loghat Terengganu. Apa boleh buat.
Bakal Juara #AF2014 Aman
Aman perlu lebih banyak belajar. Kalau dia betul-betul tahu ini adalah kehendaknya, selepas tamat Akademi Fantasia, sambung kembali belajar dengan Cikgu Siti Hajar atau mana-mana guru vokal lainnya. Ya, dia comel dan tidak dinafikan ianya menjadi tarikan peminat-peminat. Tidak ada salahnya! Itu kelebihan Aman. Cuma nasihat ini saya berikan untuk digunapakai bila dia berdepan dengan realiti industri seni nanti. Ada beberapa rancangan realiti dan Akademi Fantasia musim depan pun mungkin hanya menunggu setahun sahaja lagi sebelum bermula musim baru. Bermakna, tidak ada masa yang panjang untuk Aman memperbaiki diri. Terlalu ramai artis baharu yang akan muncul dan wajah yang comel sahaja tidak akan bertahan lama. Saya benar-benar berharap Aman mempergunakan segala kepercayaan yang diberikan oleh peminat-peminat beliau untuk terus memajukan diri selepas tamat Akademi Fantasia nanti.
Saya rasa itu sahaja yang saya ingin tuliskan minggu ini. Siapa sahaja yang menjadi juara tidak menjadi hal kepada saya. Saya berharap kelima-lima mereka mampu menggegarkan industri hiburan tanahair dan mampu bersaing.
Sangat tidak mustahil untuk melihat nama-nama mereka tersenarai dalam lima terbaik Anugerah Industri Muzik, Anugerah Planet Muzik, Anugerah Juara Lagu, Anugerah Bintang Popular, Anugerah Meletop ERA dan pelbagai anugerah lainnya.
Dan saya tidak akan terkejut jika mereka bukan sekadar tercalon, tetapi turut membawa pulang trofi! Sekalung tahniah untuk team produksi Akademi Fantasia musim 2014 dan semua yang terlibat!
meols rasa tahun depan ABPBH pasti ada student AF2014 yang tercalon. selepas sendu ABPBH baru ni takde student AF2013 puntyang tercalon sebagaimana AF musim2 sebelumnya..