|
[Tempatan]
Ummu Jah Telah Meninggal Dunia #86
[Copy link]
|
|
uniq61 replied at 21-10-2015 10:25 AM
TIAP PENYAKIT YANG DATANG TU MENGHAPUSKAN SEGALA DOSA...
BANYAK JUGA BAGUSNYA KUMPULAN AL ARQAM N ...
Lahanat2 kafir pun kau hidup sekarang dengan teknologi mereka kan.
Dasar hipokret. |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah wainna ilaihi rojiun |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah wainna ilaihi rojiun.. salam takziah.... |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya kagum jugak diorang bina empayar dulu, ada kedai sendiri, sekolah, 'stesen'tv sendiri everything sendiri tak sempat buat polis askar bomba jeee...
|
|
|
|
|
|
|
|
iols konpius al arqam dgn almaunah |
|
|
|
|
|
|
|
Ummu Jah meninggal dunia
Alor Setar: Balu kepada Allahyarham Ashaari Muhammad, Hatijah Aam, 62, atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah meninggal dunia di Kedah Medical Centre (KMC), di sini, 7.45 malam tadi.
Jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar berkata, difahamkan, jenazah akan disembahyangkan di Masjid Mustaqim, Bandar Darulaman, Jitra, dekat sini, esok.
"Hingga kini kita difahamkan jenazah akan dibawa pulang Tanah Merah untuk dimandikan serta dikafankan malam ini, sebelum dibawa pula ke rumah ibunya di Kampung Temalang, Mukim Putat untuk penghormatan terakhir.
"Jenazah akan dikebumikan esok di Tanah Perkuburan Islam Kampung Putat, Batu 20, Jalan Kodiang," katanya.
Hatijah Aam atau lebih mesra dengan panggilan ‘Bonda Ummu Jah’ mengalami kematian otak (brain death) sejak Khamis lalu dan terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.
Difahamkan, Ummu Jah sebelum ini berada di Australia hampir empat bulan atas urusan kerja dan bertemu bekas pengikut kumpulan al-Arqam.
Bagaimanapun, Allahyarhamah terpaksa dimasukkan ke hospital di Australia pada Khamis lalu selepas mengadu sakit dan tidak sedarkan diri sebelum doktor mengesahkan beliau mengalami koma dan terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.
Bagaimanapun, undang-undang di negara itu hanya membolehkan penggunaan mesin bantuan pernafasan selama dua hari dan terpaksa membawanya pulang ke Malaysia.
Pada 9 November 2013, Ummu Jah bersama 300 pengikut kumpulan itu melafazkan taubat kerana melanggar arahan mufti yang mengharamkan ajaran kumpulan al-Arqam dalam satu majlis anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Beliau melafazkan taubat dan menandatangani dokumen pengisytiharan taubat ketika itu di hadapan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Abdul Shukur Hussein; Timbalan Mufti Jabatan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar dan Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Hussin.
Sementara itu, usaha wartawan untuk menemubual ahli keluarga Ummu Jah gagal.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2015 @ 11:37 PM
« »
Ummu Jah meninggal dunia 7.45 malam tadi. FOTO arkib NSTP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/87325#sthash.oxCBhS51.dpuf
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dia diampuni Allah dan diterima amalnya.
The END.
The final chapter.
Game over.
Untuk semua yang masih taksub, kembalilah kepada Islam yang sebenar. |
|
|
|
|
|
|
|
meninggal persis nik ajis
brain dead, pastu meninggal hari jemat
dua- dua dari PAS |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah wainna ilaihi rojiun |
|
|
|
|
|
|
|
Apalah agaknya nasib kawan2 semasa di Univerisiti dulu, yang sanggup mengorbankan segalanya untuk Arqam. Duit biasiswa semua bagi kat jemaah Arqam. Dipulangkan balik untuk sekadar makan asas, dibayarkan roadtax dan sewa rumah. Sanggup sewa booth masa konvokesyen untuk tujuan pameran DBI (Dunia Baru Islam).
Masa membongkar segalanya.
Ramai juga yang keluar arqam kemudiannya. Rupa2nya, orang yg paling cerdik ialah yang paling dulu keluar.
Apa yang dibangga-banggakan sangat pasal poligami versi arqam, akhirnya menunjukkan wajah sebenarnya.
Apa yang dibangga2kan sangat pasal pendidikan arqam, akhirnya tak ke mana jua. Kasihan anak2 yg berpotensi tak dapat dimajukan akademiknya.
Apa yang dibangga2kan pasal ekonomi, rupa2nya ada cerita di sebaliknya.
Belum lagi cerita pasal tabung taqwa, sumbangan zon kepada pusat, istana RSA, power kaabah, tokoh seks suci Islam, buku SSI, isu tsunami, isu tawassul RSA dan macam2 lagilah. Sungguh umat ini telah terfitnah dengan fitnah yang memalukan. Semoga ianya akan menjadi sempadan kepada yang tinggal.
Harap2 fikrah mendewa2kan abuya akan berkubur dan dilupakan orang, walaupun masih banyak website yang tidak ditutup lagi. Wasilah kepada abuya (ummu jah ) pun dah takda.
Semoga yang tinggal dari kalangan pengikut dan keluarga mengisafi bahawa apa yang di bawa oleh ust Ashaari banyak yang salah. Itulah sepatutnya asas taubat pengikut arqam. Menginsafi kesalahan Ust Ashaari dengan hati yang kembali kepada Allah. Jika tidak, aqidah maka masih status quo.
Bgai yang bersih aqidahnya, semoga tuan-tuan berjaya dalam bisness, rumah tangga dan kehidupan dunia akhirat..! Kepada Allah jualah kita semua akan kembali dan dihisab.
Wassalam
Din Taliban :-apa khabar Syeikh Belalang agaknya..?
|
|
|
|
|
|
|
|
Inalillah .....
semuga diampuni segala dosa aruah dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman |
|
|
|
|
|
|
| |
|