CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] Nurse dakwa diskriminasi kerana isu aurat UPDATE Pg1 Damai Disimbah Cat!

[Copy link]
Post time 7-12-2015 12:33 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 7-12-2015 12:08 PM
Hospital tak cakap, tapi dia ada tanya tak pasal ni masa interview? If not, salah die jugak la in a  ...

ni statement sesorg yg dekat ngan die kot kat fb

Kamil Cucu Pak Sepeli Naziah telah diberi kebenaran utk berlengan panjang sewaktu interview, tetapi setelah 2bulan bekerja, baru pihak hospital menekan dia utk memotong lengan baju. Kemudian menghalang dia berada di hospital tanpa hitam putih hanya kerana memakai handsock. Tiba2 dua hari kemudian hanya dengan menghubungi dengan WHATSAPP, Regina memberitahu dia telah self-terminate. Saya tahu jalan cerita from A-Z. So dont you worry Regina and whole hospital management. If you want to settle this in court then bring it. We will continue to viral this discrimination on Naziah and her principles issue til the end.
Cc: Mohd Mu'adz Alias, Reezy Butterscotch, Rebecca IeKha.
klau cite pihak ni btul mmg hauk pngurusan spital ni..... dr bukti statement yg lain2.... mmg nmpk celaru management spital..... skjp ckp dua hari... pastu 5 hari....
pastu gigih backup diri kat fb.... mmg tak pro langsung.... regina ke apa namanya... patut diam.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2015 12:53 PM | Show all posts
Edited by cmf_conan at 7-12-2015 12:56 PM
dino replied at 7-12-2015 12:33 PM
ni statement sesorg yg dekat ngan die kot kat fb

klau cite pihak ni btul mmg hauk pngurusan spi ...

beri kebenaran tu ada hitam putih tak?
kalo cakap mulut je, mmg takleh pakai laa..
apa2 pon 3 hari ke 5 hari ke.. kalo setakat cakap mulut je sume tu..
nak bring it on to court?? hope they have enough evidence..
bukan setakat cakap mulut je.

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:55 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 7-12-2015 12:53 PM
beri kebenaran tu ada hitam putih tak?
kalo cakap mulut je, mmg takleh pakai laa..

tunggu je kes ni.... cuma yg pasti imej hospital ni dah ke laut
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:58 PM | Show all posts
dino replied at 7-12-2015 12:55 PM
tunggu je kes ni.... cuma yg pasti imej hospital ni dah ke laut

aku ada dengar gak sepital ni byk orang komplen itu ini..
tapi kalo minah misi ni takdek statement/prove black and white susah la kat court nanti..

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 01:02 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 7-12-2015 12:58 PM
aku ada dengar gak sepital ni byk orang komplen itu ini..
tapi kalo minah misi ni takdek statemen ...

aku rasa die byk bahan bukti..... byk backup....

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Di msia, agama digunakan sebagai senjata untuk paksa org lain mengikut kehendak diorang. Org yg buta agama pun tiada cara lain, ikut saja...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2015 03:06 PM | Show all posts
Edited by |-0-| at 7-12-2015 03:37 PM
Redskin replied at 7-12-2015 11:04 AM
Bila masa saya tokok tambah hadith ??
Ayat Surah An Nur sememangnya sudah JELAS, sangat te ...

Anda tambah andaian bahawa lelaki dan wanita dalam hadis itu sebagai mahram.
Kemudian anda sibuk bangkitkan perkara tak relevan seperti takrif mahram pula.
Hadis sahih Bukhary itu jelas mengesahkan bahwa anggota wudhu adalah bukan aurat dan boleh dilihat oleh bukan mahram.

Wanita muslimah sudah pon memakai tudung singkat (Khimar) ketika itu sebelum ayat 24:31 turun.
Mereka menutup dada dgn baju tetapi di celah2 belahan leher baju mungkin boleh ternampak
cleavage.

Kalo gitu kenapa muslimah Madinah terpaksa potong bahagian bawah kain lilit pinggang (izar) mereka untuk dibuat khimar sebaik saja diperintah menutup buah dada ? Kenapa tak labuhkan saja tudung kepala mereka seperti yang selama ini didakwa pejuang tudung ?
Istilah khimar sebelum turunnya surah 24:31 hanya bermaksud sebarang penutup. Tak spesifik ke atas sebarang benda atau pakaian.
Satu perkara yang amat penting lagi ialah pemalsuan terjemahan istilah "yadhribna" dalam surah berkenaan. Ia sebenarnya bererti "pukulkan" . Bukan "labuhkan" seperti didakwa pihak yang terpesong. Mesej surah ini amat jelas sekali. Muslimah diperintah memukulkan penutup ke atas buah dada masing masing.


Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Redskin replied at 7-12-2015 11:46 AM
Sebab tudung2 kepala yg singkat ketika itu (Khimar) yg menampakkan hujung2 rambut terjurai, perhia ...

Belahan buah dada dan hujung rambut mereka terdedah tapi Allah suruh tutup belahan buah dada saja ?  Maka memang betullah hakikat bahwa rambut wanita dan anggota wudhu lain adalah bukan aurat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2015 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by |-0-| at 7-12-2015 03:32 PM

@Redskin
Berkenaan agama lain mewajibkan tudung pula itu satu lagi hujah bahwa tudung adalah asing kepada Islam. Kalau anda belum tahu, Rasulullah amat sensitif dalam isu menyamakan hukum Islam dengan hukum agama lain. Apa saja perkara yang dilakukan atas nama ugama lain baginda pastikan tidak ditiru oleh Islam.

Pemakaian tudung tidak menunjukkan seseorang perempuan itu bermaruah. Muslimah bermaruah adalah yang berakhlak.
Muslimah bertudung pula hanyalah pengikut ajaran yahudi dan nasrani yang baik.

Ulama penegak tudung juga adalah penggiat ajaran nasrani dan yahudi yang baik. Hingga sanggup memalsukan terjemahan kalam Allah demi memuaskan semangat rahib gereja yang menebal dalam jiwa mereka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 03:17 PM | Show all posts
Hospital tak mengaku larang tutup aurat.. Mahu saman Persatuan Pengguna Islam dan Nurse


Damai Services Hospital (Melawati) Sdn Bhd akan mengambil tindakan saman terhadap seorang bekas jururawatnya, Naziah Sauni Samat dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam tempoh terdekat.

Tindakan saman itu, susulan kenyataan media yang dikeluarkan Naziah di Pejabat PPIM kelmarin.

Naziah dalam kenyataannya berkata, beliau diberhentikan oleh pihak pengurusan sebuah hospital swasta kerana memakai baju lengan panjang dan tudung. Perbuatan itu dianggap kesalahan besar.

Susulan tindakan Naziah, Pengurus Kewangan dan Sumber Manusia Damai Services Hospital (Melawati) Sdn Bhd, Regina Sundram berkata, pihaknya akan mengambil tindakan kerana perbuatan Naziah telah merosakkan imej hospital dan kakitangan mereka.

“Sejak semalam (kelmarin), pihak hospital tidak berhenti menerima panggilan telefon bertanyakan hal berkenaan sehingga ada pihak yang mahu memboikot serta mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya.

“Bahkan laman sosial Facebook hospital turut dihujani pelbagai dakwaan dan kata-kata yang tidak baik sehingga memaksa kami menapis setiap komen pengguna sebelum disiarkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurut Regina, orang luar hanya membuat tuduhan berdasarkan kenyataan sebelah pihak tanpa merujuk dan mendapatkan penjelasan sebenar dari pihak hospital.

“Kami akan berbincang dan mendapatkan menasihatkan peguam Isnin ini, sebelum tindakan lanjut diambil.

“Kita juga sedang mengumpul segala dokumen termasuk laporan akhbar dan komen pengguna laman sosial yang menjurus kepada merosakkan dan menjatuhkan imej hospital dan kakitangan kami,” katanya.

Jelasnya, hospital berkenaan sudah beroperasi sejak 1989 dan kini mempunyai seramai 120 kakitangan, 41 daripadanya beragama Islam.

Dalam pada itu, mengenai dakwaan Naziah diberhentikan tugas kerana faktor pakaian, Regina menafikannya.

“Pihak hospital tidak pernah mengeluarkan sebarang surat rasmi berkaitan pemecatannya. Sebaliknya beliau diberi surat yang mana kami memberi tempoh untuknya mematuhi peraturan hospital.

“Naziah bagaimanapun tidak hadir bertugas selama lima hari sejak 25 November tanpa sebarang penjelasan dan kami dianggap beliau berhenti secara sukarela,” katanya.

Regina berkata, pihak hospital turut memberi ruang kepada Naziah untuk berfikir sama ada  meneruskan kerja di situ atau berhenti sendiri.

"Naziah bagaimanapun hadir bertugas pada 30 November dengan memakai stoking lengan. Ia masih melanggari peraturan pemakaian hospital.

“Teguran dibuat, tetapi Naziah tidak mematuhinya sehingga tamat waktu bertugas. Kalau benar kami berhentikan Naziah, gajinya masih dibayar mengikut jadual,” katanya.

Mengenai larangan memakai baju lengan panjang dan tudung, Regina akui peraturan hospital tidak membenarkan jururawat mengenakan pakaian seragam berlengan panjang.

“Peraturan ini telah diguna pakai sejak hospital beroperasi. Jururawat tidak dibenarkan memakai lengan panjang kerana dikhuatiri akan menyebabkan jangkitan kuman ketika mengurus pesakit.

“Ia juga atas faktor keselamatan dan demi memudahkan tugas jururawat. Jadi tidak perlulah jururawat  menyingsing lengan baju sehingga mengganggu tugas yang memerlukan tindakan segera dan pantas,” katanya.

Berkenaan, Sijil Perakuan Amalan Tahunan (APC) milik Naziah yang digantung, pihak hospital tiada kuasa berbuat demikian, sebaliknya ia hanya boleh dilakukan oleh Kementerian Kesihatan. - BH

“Bagaimanapun kami memutuskan untuk tidak  memperbaharui sijil berkenaan, atas faktor keselamatan pesakit,” katanya.

Bagi Regina, Naziah seharusnya bersemuka dan berbincang dengan pengurusan hospital dan bukannya hanya berhubung melalui aplikasi WhatApps atau membuat aduan kepada PPIM.

“Tindakan Naziah hanya membunuh profesion jururawat itu sendiri. Beliau hanya memburukkan keadaan. Ini bukan isu perkauman atau agama. Kami hormati setiap kaum dan agama mereka,” katanya. -Utranews



Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 03:26 PM | Show all posts
“Kita juga sedang mengumpul segala dokumen termasuk laporan akhbar dan komen pengguna laman sosial yang menjurus kepada merosakkan dan menjatuhkan imej hospital dan kakitangan kami,” katanya.


Korang dlm ni or di FB pakat pakat lah kutuk nurse ni so that dia boleh kumpulkan bukti image dan maruah dia telah dicalarkan oleh pihak hospital :- sukar dpt kerja (lead to damages), tekanan perasaan, malu dgn org keliling etc,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 03:31 PM | Show all posts
Isu Aurat: Jururawat sedia pertahankan diri di mahkamah

| December 7, 2015

Naziah Sauni Samat tetap mempertahankan dakwaannya dia dipecat kerana berpakaian menutup aurat.


PETALING JAYA: Bekas jururawat sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur yang mendakwa dipecat kerana berpakaian menutup aurat sedia mempertahankan dirinya di mahkamah.

Naziah Sauni Samat yang dihubungi FMT menjelaskan, walaupun diancam dengan tindakan mahkamah oleh pihak hospital berkenaan, dia tetap mempertahankan dakwaan pemecatannya kerana berpakaian menutup aurat.

“Saya dihalau daripada bertugas. Mereka halau saya daripada menyambung kerja kerana memakai stokin tangan,” katanya.

Naziah juga memberitahu, isu disiplin yang dibangkitkan pihak hospital berkenaan kemungkinan besar mengaitkan perselisihan faham antara dia dan pegawai pengurusan hospital.

“Saya terpaksa mempertahankan diri saya dan akui ada berselisih faham dengan mereka dan melawan kata-kata mereka, mungkin itu yang dimaksudkan sebagai isu disiplin.

“Salahkah kalau saya pertahankan diri? Saya bukan tak datang kerja tetapi dihalau oleh mereka (pihak hospital),” tegasnya lagi.

Naziah sebelum ini mendakwa dia diberhentikan kerja kerana memakai baju lengan panjang serta bertudung.

Manakala pihak hospital pula bertegas tidak pernah mengeluarkan sebarang surat rasmi berkaitan pemecatannya, sebaliknya Naziah diberi surat tempoh untuk mematuhi peraturan hospital.

Pihak hospital itu juga berkata, pihaknya tetap memberi ruang kepada Naziah untuk berfikir sama ada meneruskan kerja di situ atau berhenti sendiri.

Naziah bagaimanapun dilaporkan tidak hadir bertugas selama lima hari sejak 25 November tanpa sebarang penjelasan.

Dia bagaimanapun hadir bertugas pada 30 November dengan memakai stoking lengan yang mana menurut hospital itu masih melanggar peraturan pemakaian hospital.

Damai Services Hospital (Melawati) Sdn Bhd dalam kenyataan media pada Ahad, memaklumkan kenyataan dikeluarkan Naziah di Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah merosakkan imej hospital dan kakitangan mereka.

Pengurus Kewangan dan Sumber Manusianya, Regina Sundram dilaporkan berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan peguamnya pada Isnin ini (hari ini) bagi tindakan lanjut.-FMT

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 03:37 PM | Show all posts
Edited by addamnor at 7-12-2015 03:38 PM
axl_bach replied at 6-12-2015 05:17 PM
Logiknya ko handle pesakit mesti lengan baju bersentuhan dgn pesakit.... if lengan pendek ko bleh  ...

kau selak jah la arm sock itu bila buat procedure. kat gomen elok jah misi duk pakai lengan panjang bagai, in OT puak2 tu pakai je long sleeves, even lab coat pun long sleeves, physcians attend patient pon long sleeves jua.. so kalau stakat nak bring on issue lengan panjang, baik kita bogel terus je sambil cek ptient. kurang lah cross infection gitu..

selling the dresscode with long vs short sleeves itu sekadar alasan choi sahaja. kalau asek kena ikot peraturan ridiculous sebegitu sampai ke sudah masalah syariah compliant tak akan selesai.. asal timbul issue sebegitu puak2 yang nak menutup aurat kena cari kerja lain.. sampai bila perlu discrimation sebegitu. kalau begitu baik hidup di negara kapir jah
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 03:38 PM | Show all posts
main main dgn melayu...habis fb lu kena bedal..

tinted teruk punyer management...

kimak.



Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 03:42 PM | Show all posts
damailah hospital ini nanti

mmg takde la melayu nk ke sane kalo dh sentimen perkauman dimainkan
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 03:45 PM | Show all posts
officemate ex staf nurse kt sana..mmg dorang kata dr thn 2006 pun ada cite cmni
HR kt sana sgt hauk
even sijil apc dorang pun kene charge smpi riban
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2015 03:54 PM | Show all posts
boikot jer.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 03:55 PM | Show all posts
kelentong laa macam mana pun....isunya tetap sama aurat....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 03:57 PM | Show all posts
reenz013 replied at 7-12-2015 03:45 PM
officemate ex staf nurse kt sana..mmg dorang kata dr thn 2006 pun ada cite cmni
HR kt sana sgt hauk ...

wow ye ke, kiranya hospital ni takdela betul sangat

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 04:03 PM | Show all posts
dah sah-sah regina tu kata memang dorang tak benarkan uniform tangan panjang.....

so ada diskriminasi lah tu....

keeling ni cakap belit-belit...pastu nak saman pulak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.092881 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list