CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matamata

[Jenayah] Edisi gelupur buka thread, letupan di Amcorp Mall

[Copy link]
Post time 22-12-2015 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
ninjago replied at 21-12-2015 05:05 PM
dahla takleh claim insurans

Tak leh klaim insurance ke??? Masakkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2015 07:06 AM | Show all posts
Masalah rumah tangga punca 6 kereta terbakar
Nasional


Polis tidak menolak kemungkinan kebakaran melibatkan beberapa kenderaan di tempat letak kereta di Taman Jaya di sini hari ini berpunca daripada masalah rumah tangga.

Menurut polis, siasatan awal mendapati seorang lelaki bermotosikal telah menghampiri sebuah kereta yang diletakkan di kawasan itu sebelum bertindak membaling botol berisi petrol yang dinyalakan api ke arah tempat duduk belakang kenderaan itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata seorang lelaki dan wanita, kedua-duanya berusia 20-an, yang berada dalam kereta bagaimanapun sempat menyelamatkan diri sebelum api marak membakar kenderaan itu.

"Siasatan awal mendapati wanita berkenaan mengenali suspek dan mereka dipercayai mempunyai masalah rumahtangga dan dalam proses perceraian," katanya kepada pemberita mengenai kebakaran kira-kira 1 tengah hari itu.

Selain Proton Wira berkenaan, lima kereta lain yang diletakkan berhampiran turut terbakar dengan gambar-gambar yang menunjukkan kebakaran dan asap tebal kejadian itu menjadi viral di laman sosial .

Mohd Zani menegaskan dakwaan terdapat letupan bom di lokasi kejadian seperti yang tersebar di laman sosial adalah tidak benar dan meminta orang ramai menghentikan penyebaran berita sumpama itu.

"Saya ingin memberi peringatan bahawa menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sekiranya menyebarkan berita tidak benar," katanya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan tiada sebarang letupan bom berlaku dalam insiden itu.

"Seseorang telah menyebabkan kebakaran sebuah kereta di tempat letak kenderaan di Taman Jaya, Petaling Jaya, tiada letupan bom @PDRM masih menyiasat perbuatan khianat dengan menggunakan api ini," katanya dalam catatan di laman Twitter.

Mohd Zani berkata kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat menggunakan api dan menjelaskan kerugian dianggarkan RM200,000.

Seorang saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Siti, 30-an, berkata kepulan asap mengejutkannya yang sedang makan tengah hari di premis berhampiran sebelum melihat orang ramai mengalihkan kenderaan masing-masing dari lokasi kebakaran.

"Sebelum nampak asap tebal, terdapat bau asap yang sangat kuat namun saya tidak menjangka terdapat kebakaran melibatkan beberapa kereta, dan paling membimbangkan ia berlaku berhampiran pencawang TNB," katanya.

Kebakaran itu menyebabkan kereta jenis Toyota Vios dan Proton Wira terbakar sepenuhnya manakala sebuah Suzuki Swift terbakar 80 peratus dan Proton BLM (70 peratus). Sebuah Proton Gen2 dan kereta jenis Honda pula terbakar 20 peratus.

Kebakaran bermula dari kereta Proton Wira sebelum merebak ke kenderaan lain yang diletakkan berhampiran. Api dipadamkan sepenuhnya pada 1.32 tengah hari.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Jilake..ni mesti wira tu yg overheat meletup abis keta sebelah2 tebako....

Btol2 menyusahkan orang..dah tahu keta ko tu dah expired lama pi la servis ke buat full maintenance ke....

Hauk hauk hauk..sepatutnya jpj tahan semua keta2 lama ni n paksa masuk puspakom buat full check habis
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 07:12 AM | Show all posts
Jadi betullah ada 'bom'. Molotov cocktail
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Letupkan balik tiga tiga ekor tu. Menyusahkan org je :
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 09:03 AM | Show all posts
Cemburu cetuskan kebakaran kereta di stesen LRT

http://www.malaysiakini.com/news/324156
21 Dis 2015, 7:44 malam      21 Dis 2015, 10:54 malam



Siasatan polis mendedahkan bahawa bekas suami yang cemburu mungkin punca serangan yang menyebabkan kebakaran yang memusnahkan beberapa kereta di tempat letak kereta stesen LRT Taman Jaya, Petaling Jaya petang ini.

Menurut sumber polis, mangsa yang keretanya dibakar itu mengendalikan sebuah kedai makan di kawasan itu.



Adalah dipercayai mangsa adalah kawan rapat bekas isteri suspek dan kedua-dua mereka mengenali antara satu sama lain sejak kecil.

"Ini bukan serangan pengganas di mana bahan letupan digunakan. Orang ramai perlu berhenti menyebarkan khabar angin itu," kata sumber polis kepada Malaysiakini.

Sumber itu berkata, suspek menghampiri kenderaan apabila mangsa dikatakan mahu pulang ke rumah.

"Suspek pada mulanya memakai topi keledar, tetapi dia kemudian membukannya. Ini membolehkan mangsa mengenalinya," katanya.

Suspek kemudian mencampakkan bom petrol ke atas kereta mangsa lalu ia terbakar.



"Mangsa berjaya melarikan diri dan cuba mengejar suspek tetapi gagal untuk menangkapnya," kata sumber itu.

Api kemudian merebak menyelubungi beberapa kereta lain yang berdekatan. Dua daripadanya musnah teruk.

Sumber itu juga berkata, polis sedang mengesan suspek.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 435.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2015 09:08 AM | Show all posts
oh mai..
vangang yg abadi,,
bodoh tol gado lepas tu mnyusahkan org lain..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg patut kena sniper je yg buat hal ni, dia pny masalah org lain yg susah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2015 09:28 AM | Show all posts
mesti terkejut badak owner kete2 lain tue kan bila balik dari keje.....kesiannnnn
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 09:31 AM | Show all posts
Bodoh la...hal dlm rumah bwk kluar bgtau 1 malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 09:55 AM | Show all posts
mommymonster82 replied at 22-12-2015 12:50 AM
Jiran me pnh letak deodorant spray tu..kat cerming blkg lak tu..park keta tgh panas skali ko..mele ...

owh yeke! kesiannya jiran mommy..

me akan beringat2 lps ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata seorang lelaki dan wanita, kedua-duanya berusia 20-an, yang berada dalam kereta bagaimanapun sempat menyelamatkan diri sebelum api marak membakar kenderaan itu.

Mohtip ko nyembang dlm keter smpai future-ex baling molotov?
menyusahkan orang la korang ni dik.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 10:49 AM | Show all posts
umo baru 20 dah kawen
bila ada masalah dlm rumahtangga mcm gini plak gaya korang eh
menyusahkan org
saman je depa 3 org nih
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes jeles la ni.klu da bodo jgn menyusahkan org lain boleh x..???bodoh tu simpan sikit dalam poket.

cer bayangkan ko nak balik umah tibe2 kete ko molotop..uwaaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 11:25 AM | Show all posts
xley bayangkan balik keje. tgk kete tuka jd hitam. hanguss. mauuuu pitamm.. dh la xley cover insurance kan? still tiap2 bulan kene bayar kt bank.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu ambik insurans yg cover special perils (fire/flood/landslide etc) tu, boleh claim la kot?

Sian org lain yg terbabit sbg mangsa. Jawablah nanti puas2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2015 12:29 PM | Show all posts
patutnya baling la molotov kat umah ex tu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Jiran aku ari tu parking kete kat tgh panas, pas tu biarkan lighter kat dashbord belakang, meletup la lighter tu. Dah bnyk kali org tegur jgn letak lighter kat situ, degil sngt. Aku padankan muka bila kete dia terbakar, ujung2 tuduh org bakar kete dia sbb dengki kat keluarga dia.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila dendam menguasai diri. Kira yg meroyan di social media psl pasangan curang lg mulia dr yg buat action hardcore mcmni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 04:05 PM | Show all posts
inikaH kerana nyamuk sekor bako abes kelambu.. ke camneh??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.091878 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list