CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ninoZ

[kompilasi] MAKANAN LAUT

 Close [Copy link]
Post time 23-7-2005 10:00 PM | Show all posts
KETAM MADU[RasaCinta]

Bahan-bahannya:
2 ekor ketam saiz besar
1 biji tomato ] dihiris
2 sudu kecil cili boh
1 sudu kecil rempah beriani
1 cawan santan
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil madu
minyak utk menggoreng dan menumis

Bahan kisar:
1 cm halia
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

how to cook:
1. Bersihkan ketam dan goreng hingga masak.
2. Tumis kesemua bahan kisar sehingga naik aroma.
3. Masukkan bahan lain kecuali santan, madu dan ketam. Biarkan sehingga pes naik bau baru dimasukkan madu dan santan.
4. Setelah mendidih, baru masukkan ketam dan biar sebati.
5. Apabila kuah pekat barulah diangkat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2005 06:07 AM | Show all posts
SOTONG MASAK HITAM ALA PENANG [Mak Lang]

7 ekor sotong } dipotong bulat2
Serbuk kari daging
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
1 biji bwg besar } dihiris bulat
cili merah } dihiris serong
ciili api }

Cara
Sotong dibersihkan dan digaul bersama2 serbuk kari daging dan perapkan selama 30'. Panaskan minyak, gorengkan sotong separuh masak dan ketepikan. Masukkan pula hirisan bwg dan cili.Kacau.Masukkan sos tiram dan kicap. Kacau.Akhir sekali masukkan sotong, goreng sekejap.Siap dan boleh dihidangkan bersama nasi putih.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2005 05:36 PM | Show all posts


IKAN MASAK ASAM REBUS TEMPOYAK [NoorMasri]

Bahan-bahan:

600 g ikan mackerel/seabass/kembung/patin atau apa-apa ikan yg digemari
3-4 sudu besar tempoyak
10 tangkai cili api }ditumbuk - nak lagik pedas boleh tambah
2 cm kunyit hidup }ditumbuk
1 cm lengkuas } dihiris
garam secukup rasa
setangkai daun kesom
1 keping asam keping
2 1/2 cawan air  

Cara membuat:

Ikan dibersihkan dan di toskan.
Masukkan air, asam keping, lengkuas dan bahan tumbuk ke dalam periuk
Kemudian masukkan ikan dan tempoyak.
Renihkan. Masukkan daun kesom.
Rasakan  garam secukupnya, bila ikan masak bolehlah diangkat
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2005 05:39 PM | Show all posts


SINGGANG PEDAS [NoorMasri]

Bahan-bahan:

600 g ikan kembung/selar kuning atau apa2 ikan yg digemari (gambo diatas menggunakan ikan butir nangka)
air secukupnya
2 keping asam keping
beberapa tangkai daun kesum
garam secukup rasa

Bahan tumbuk:

6 tangkai cili merah } nak lagi pedas boleh tambah cili api
3 ulas bawang merah
1.5 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup

Cara membuat:


Ikan dibersihkan dan di toskan.
Masukkan air, asam keping, lengkuas dan bahan tumbuk ke dalam periuk
Kemudian masukkan ikan.
Renihkan sehingga mendidih dan ikan masak. Masukkan daun kesom.
Rasakan  garam secukupnya, bolehlah diangkat
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2005 05:45 PM | Show all posts
GULAI TEMPOYAK UDANG [noor_hannah]

1 kg udang tanpa kulit - besarlah sedap!
pucuk ubi
tempoyak - kalau masam sedap
beberapa papan petai
cili padi
kunyit hidup
1 biji pati santan
2 - 3 helai daun kunyit

(sukatan agak2 lah ya!)

CARA MEMASAK:

1.  Pucuk ubi di rebus kemudian di hiris kasar2.

2.  Cili padi di mesin bersama kunyit hidup.

3.  Masukkan dalam periuk dan keringkan airnya dengan api yang perlahan.

4.  Masukkan pucuk ubi, santan dan tempoyak - kacau perlahan2.

5.  Bila mendidih, masukkan udang, daun kunyit yang dihiris halus2 dan petai.

6.  Garam secukup rasa
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2005 05:50 PM | Show all posts
Masak Rong Ikan Semilang Dan Pucuk Paku[Kacip Fatimah]

caranya..
masukkan rong[apa mende lerr rong nie..itu lerr nak tanya..especially owang Pahang] ke dalam sebuah bekas..kendian masukkan cili yang telah ditumbok..masukkan garam,gula paling sedikit jerr..bahan perasa..ikan semilang..dan pucuk paku..gaulkan kesemua bahan2 nie sampai dia berbalut semua[sebati]
kendian..jerang air dalam periuk dan masukkan bahan2 yang digaul tadik ke dalam periuk..Kacau2 dan biar ikan masak..Siap!

Nampak cam asam pedas..menurut makcik tu..rong tu sebagai ganti kepada tempoyak..sebab owang pahang tak reti makan tempoyak..[makcik tu yang kata erkk..bukan aku kata arr..]satgi owang pahang marah laks..ekeke..

itu lerr..kut2 sapa penah rasa..leh arr share..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2005 05:55 PM | Show all posts



SAMBAL TIGER PRAWNS[cranko21]

1 kg tiger prawns - bersihkan (jgn buang kulit) dan cuci dan gaul dgn kunyit, garam dan sedikit gula
(fungsi gula - tuk mengekalkan rasa udang dan juga agar isinya mampat)


Bahan2 kisar
2 gengam lada kering
8 ulas bawang putih (mmg I suka lebihkan sedikit bawang putih)
2 biji bawang besar (atau 15 ~ 18 biji bawang kecil)
sedikit halia
2 buah keras


Bahan2 lain
2 biji bawang besar - hiris bulat2
1/2 cwn air
2 sdm tomato puree
garam & gula secukup rasa


Cara

Panaskan minyak dan gorengkan udang tadi hingga 1/2 masak. Angkat dan ketepikan
Gunakan minyak tadi (kerana all the juices dari udang tadi yg tambah sedap sambal tu nanti) dan tambah minyak jika perlu, tumiskan bahan2 kisar di atas api yg sederhana hingga benar2 hilang bau cili mentah tadi.
Bila lada tadi dah benar2 garing masukkan sedikit air, tomato puree, lada hiris dan sedikit air... biarkan mendidih seketika.....
masukkan udang dan rasa garam dan gula.
hidangkan.


nota: dlm gambar tu.. I tak masukkan udang sekali ngan sambal.. kerana I tak kuat pedas.. sooo I goreng udang tu betul2 masak .. dan masa menghidang.. just curah jer sambal tu kat atas udang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2005 05:56 PM | Show all posts


UDANG GORENG BERCILI ALA MINANG [NoorMasri]

Bahan-bahan:

1/2 kilo udang besar
1 labu bawang besar  } dihiris
minyak untuk mengoreng
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
7 biji cili merah           }
1 biji tomato merah    } dikisar
3 ulas bawang merah  }
gula

Cara membuat:


Udang dibersihkan, kemudian dilumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit lalu digoreng hingga masak, angkat .
Dengan menggunakan  minyak yang telah digoreng udang tadi , tumiskan bawang besar kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Goreng hingga garing dan pecah minyak dengan api yg perlahan.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Jika ingin masakan ini masam sedikit bolehlah di masukkan sedikit air limau nipis.
Akhir sekali masukkan udang goreng, balik-balikkan biar sebati dan bolehlah diangkat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2005 05:58 PM | Show all posts
SMABAL TUMIS UDANG [hanieliza]

Bahan
500 gm udang besar [bersihkan]
1 labu bawang besar [mayangkan]
3 s/b tomato sos
1 batang serai [ketukkan]
garam
kunyit
minyak

bahan mesin
15 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
secubit belacan [jika suka]

Cara.
1. Udang digaulkan dengan garam dan kunyit.
2. Panaskan minyak dan gorengkan udang sehingga garing.
3. Bila udang telah masak dan garing angkat dan ketepikan.
4. Tumiskan bahan mesin dan serai dalam minyak lebihan gorengan udang tadi.
5. Bila telah garing masukkan sos tomato dan kacau.
6. Bila sambal telah naik minyak masukkan udang dan bawang besar yg telah dimayangkan.
7. Bila telah naik minyak dan pekat boleh angkat dan hidangkan bersama nasi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2005 06:00 PM | Show all posts
Udang Garlic [nmc2004]

Udang basah (buang kulit, kepala dan ekor dan belah belakang)
Bawang putih (potong kecil-kecil)
Butter (3 atau 4 kiub)
sedikit olive oil.
I cili merah besar potong kecil kecil.
garam dan lada hitam secukup rasa
sedikit gula (optional)


masukkan olive oil dalam periuk. kemudian masukkan butter. bila dah cair masukkan bawang putih dan cili. bila wangi, masukkan udang. kacau. masukkan garam, (sedikit gula, jika suka) dan lada hitam secukup rasa. bila udang masak angkat dan hidangkan panas panas. makan dengan nasi atau mash potato pun boleh ataupun couscous.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2005 11:39 PM | Show all posts
Bahan Perap utk BBQ Seafood [ninoZ]

4 bwg besar
sedikit halia
2 btg serai [kalau x suka serai takyah taruk pun x pe]
3-4 cili merah
santan pekat secukupnya
garam n gula secukup rasa
daun kunyit
sedikit kunyit hidup
lada hitam - jika suka
sedikit cuka

kisarkan semua bahan hingga halus [bahan kisar shud be kekuningan..jgn too generous dgn cili]
perapkan bhn mentah yg hendak dibbq terlebih dahulu [agak2 la dlm 20-30 minit..kalau lama sgt nanti berair] tp kalau takde masa tak marinate pun tak pe :D
pastu bakar/grill seperti biasa
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2005 12:14 AM | Show all posts


UDANG MASAK SWEET SOUR[hanieliza]


Bahan-Bahan:
500 gm udang besar [bersihkan]
1 s/b kunyit
1 s/k garam

Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)  
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2005 11:03 PM | Show all posts
IKAN PANGGANG PERCIK DIANA [hanieliza]
[sumbangan DIANA]



Bahan-bahannya:
1 ekor ikan siakap,dicuci bersih dibuang perut dan dikelar-kelar

Bahan-bahan sambal percik:
2 cm halia
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
2 batang serai dimesin sampai lumat
3 helai daun limau purut
5 biji buah keras
4 biji cili padi
7 biji cili merah
3 cawan santan pekat (dari 3/4 biji kelapa yang diparut)
jus dari sebiji limau nipis atau lebih
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng
beberapa helai daun pisang
2 helai daun pandan
sekeping kertas timah (aluminium foil)

Cara-caranya:
1.  Panaskan minyak dan tumis rempah-rempah yang dimesin sampai wangi.Masukkan santan dan masak perlahan-lahan sampai ianya pekat.Masukkan garam,gula dan jus limau nipis.
2.  Letakkan ikan yang beralaskan daun pisang dan daun pandan diatas kertas timah dan sapukan kuah percik di rata-rata ikan.Bungkus rapat-rapat (kalau tidak bungkus pun tak apa) dan dibakar pada suhu 180 darjah C selama 20 minit sampai masak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2006 06:48 AM | Show all posts


GULAI IKAN KERING[hanieliza]


Bahan-A
1 kepala & tulang ikan talang kering
1/2 biji nenas [potong keci]
1 biji kelapa [ambil 4 cawan santan]
4 sudu besar rempah kari ikan
Garam secukup rasa

Bahan B [tumis]
2 sudu besar minyak
3 pelepah daun kari
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih


Cara:
1. Bersihkan kepala ikan kering dan kerat ikut sebesar yang disukai.
Rendamkan supaya hilang masinnya.
2. Masukkan semua bahan A dalam periuk dan renehkan sehingga mendideh.
3. Hiris bawang merah dan bawang putih. .
4. Panaskan minyak dan tumiskan sehingga agak separuh garing.
5. Bila bawang telah kuning, curahkan adunan tumis kedalam periuk yg berisi nenas dan ikan kering tadi. Tutupkan sekejap.
6. Hidangkan untuk makan



GULAI IKAN SELAR KERING DGN NENAS (versi TRG )[NoorMasri]

Bahan-bahan:

10 ekor ikan selar kering } direndam dlm air terlebih dahulu
3 1/2  cawan santan
2 cm lengkuas    } diketuk
1/2 biji nenas } potong kecil
10 tangkaii cili api  } jika suka pedas boleh tambah lagi dikisar
5 ulas bawang merah      }
1 ulas bawang putih        } dikisar
2 cm halia                       }
2 cm kunyit hidup        }

Cara membuat:

Bersihkan ikan. Masukkan ke dlm periuk kesemua bahan-bahan kecuali nenas, biarkan mendidih.
Bila hampir masak  baru masukkan nenas
Kacau dan biarkan mendidih seketika bolehlah dihidangkan
Selalunya masak gulai ikan kering tak perlu tambah garam sbb ikan kering dah sedia masin..

[ Last edited by NoorMasri at 14-1-2006 06:55 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2006 06:55 AM | Show all posts
Ikan Pekasam [sig]

ni yg jenis asam keping.

ikan
asam keping
garam kasar.

cara buat dia...
mula2 isi ikan passtu lapikkan dgn asam keping kemudian isi garam. kemudian isi ikan semula.. dan ulangi langkah yg sama sehingga habis ikan kemudian di tutup semula dgn asam keping dan garam kasar.

ni yg jenis beras plak.

beras yg di goreng kemudian di kisar.
asam keping
garam.

buat mcm resepi atas tu tapi taburkan dgn beras goreng tadi.

hehehe cuba ler....ikan pekasam memang sedapppp
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2006 07:11 AM | Show all posts


KARI UDANG[hanieliza]


Bahan
500 gm udang besar/sederhana [bersihkan]
1 cawan yogurt [1 biji kelapa..2 cawan santan]
2 cawan air
3 s/b rempah kari ikan [bancuh ngan air sikit]
2 biji tomato [belah 4]
3 biji cili hijau
1 labu bawang besar [belah 4]
minyak
garam

Bahan Tumis [hiriskan]
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 cm halia

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan rempah kari yg dibancuhkan. Kacau rata sehingga naik minyak.
3. Masukkan air, yogurt dan biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan udang, cili, bawang besar  dan tomato buah dan kecilkan api. Biarkan sehingga mendideh semula dan naik minyak.
5. Bila dah naik minyak  [20 minit] boleh lah diangkat dan hidangkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2006 07:13 AM | Show all posts


KARI KEPALA IKAN [hanieliza]

Bahan-Bahan:
1 ekor kepala ikan merah/tenggiri/jenahak [dibersihkan]
5 ulas bwang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 s/b halba campur
2 bungkus serbuk kari [bancuh ngan sikit air]
5 biji bendi
3 biji cili hijau
2 biji tomato [belah 2]
2 tangkai daun kari
1 cawan air asam jawa
1/2 cawan santan pekat
minyak
garam

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih dan halia yg dimayangkan sertakan daun kari, halba campur sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan rempah kari yg dibancuh masak sehingga pecah minyak.
3. Asam jawa tadi digaul dengan pati santan dan tapiskan apabila ingin memasukkanya kedalam rempah yg telah pecah minyak tadi.
4. Masukkan kepala ikan dan tambahkan air sedikit supaya santan tak berapa pekat.
5. Kecilkan api dan biarkan mendideh dan naik minyak.
6. Apabila mendidih masukkan bendi, tomato dan garam. Biarkan naik minyak lagi sikit dan tutup api.
7. Hidangkan dengan nasi putih..atau roti biasa/canai

Kari Ikan [sapi]


2 biji bawang merah-dihiris
5 biji bawang putih-dihiris
se ibu jari halia-dihiris juga
2 biji lada merah dan 2 biji lada hijau di belah tengah(jgn dipotong dua ..cuma belah
separuh aje)
serbuk kari cap Babas setengah mangkuk digaulkan bersama air agar pekat.
air asam
Ikan tenggiri atau pari atau bawal 6 atau 7 keping.
2 biji bendi dibelah dua (jgn dipotong 2 cuma belah tengah aje)
2 biji tomato dipotong 4
2 tangkai daun kari(setangkai dipetik daunnya,ambil daun aje,tangkai jgn ambil....lagi setangkai ambil dgn tangkainya sekali,tak payah dipetik)


Peraturannya:

Panaskan 1 senduk minyak dlm periuk.Bila minyak dah panas masukkan hirisan bawang merah,bawang putih dan halia hiris tadi.Tumis hingga bawang layu,setelah itu masukkan campuran kari tadi.Gaul dan kecilkan api..jangan sampai kari hangus.Bila dah 1 minit,masukkan air asam 3 mangkuk besar.Tunggu hingga kuah mendidih baru boleh masukkan ikan dan bendi.Tunggu sampai bendi lembut,masukkan tomato,daun kari,sesudu garam,secubit ajinimoto.Setelah 1 minit,tutup api.Dah masak.Ringkas dan sedap!

[ Last edited by NoorMasri at 14-1-2006 07:23 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2006 07:56 AM | Show all posts


SOTONG GORENG KUNYIT [hanieliza]


Bahan
500 g\m sotong  sedang[buangkan kulit dan bairkan sekor2]
1 s/b kunyit
1 s/k garam
12 biji tomato [belah 4]
3 biji cili  merah [mayang]
3 biji cili hijau [mayang]
1 pokok daun bawang [potong pendek]
minyak

Bahan Tumis [hiriskan]
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 cm halia

Cara
1. Gaulkan sotong dengan kunyit dan garam. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan sotong dan kacau.
4. Masukkan tomato buah dan cili merah dan cili hijau. Kacau rata.
5. Bila sotong dah mendideh tutup api dan masukkan daun bawang.
6. Masukkan sotong dalam pinggan dan hidangkan
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2006 07:58 AM | Show all posts
SOTONG MASAK ASAM [shidaaziz]

6 -7 ekor sotong
15 biji cili api
3 bawang kecik
2 bawang putih
air asam jawa secukupnya
1 bawang besar
garam & kunyit

1. potong sotong & gaul dengan garam & kunyit.
2. tumbuk cili api, bawang kecik & bawang putih.
3. goreng sotong seketika & ketepikan.
4. tumis bahan2 tumbuk.
5. masukkan air asam jawa.
6. masukkan bawang besar.
7. masukkan sotong & rasa garamnya. kuah biar pekat sikit baru ada umphhh...
8. sedia dihidangkan
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2006 11:53 PM | Show all posts
pais ikan[shidaaziz]

1. anak ikan
2. bawang merah - tumbuk
3. bawang putih - tumbuk
4. cili blender
5. sedikit santan
6. daun kunyit hiris halus
7. garam secukup rasa
8. daun pisang

gaul semua bahan dengan anak ikan & bungkus dengan daun pisang. bakar.

Pais Ikan[pentium_catz ]


bahan2:
1. ikan tengiri-potong2
2.bawang merah
3.bawah putih
4.serai
5.halia
6.buah keras
7.kunyit
8.daun limau purut
9.cili kering
10.daun pisang - utk membungkus otak2 (layukan atas api dahulu)
garam dan gula secukup rasa

cara2:
blend semua bahan dia atas ((bhn no 2 - 9)
ikan bersihkan.potong- letak dlm mangkuk
tuangkan bahan yg dah di blend tadi ke dalam magkuk berisi ikan..gaulkan..masukan garam dan gula secukup rasa.
letak seketul ikan atas daun pisang yg dah dilayukan atas api tadi- sertakan rempah /bahan yg diblend tadi- bungkus cam bungkus tapai..
buat sampai habis.
kukus dalam 20 minit ..
siappppp......

PAIS IKAN [hanieliza]


Bahan
500 gm ikan tenggiri atau kembung
1 biji telur ayam
1/2 cawan jus asam jawa
1 helai daun kunyit [hiris halus]
daun pisang [layurkan dulu]
garam

Bahan Mesin
1/2 biji kelapa parut
1 s/b rempah ketumbar
1 s/k jintan kasar
10 tangkai cili kering
3 batang serai
2 biji buah keras
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara
1. Ikan dibersihkan dan toskan sehingga kering.
2. Gaulkan bahan mesin dengan daun kunyit, jus asam jawa, telur dan garam sehingga sebati.
3. Letakkan bahan gaul diatas daun pisang dan letakkan ikan. Letakkan lagi bahan gaul sehingga menutupi ikan.
4. Lipat daun pisang dan kukuskan selama 20 minit. Boleh juga gunakan microwave pada setting MEDIUM selama 15 minit. Boleh juga kalau nak bakar..gunakan kuali jer pada api perlahan selama 20 minit tetapi kena terbalikkan dan kalau boleh ada penutup kuali.
5. Hidangkan dengan nasi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.058342 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list