CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hani85

3 series dan masih single ^^

[Copy link]
 Author| Post time 18-1-2016 02:37 PM | Show all posts
d7007 replied at 17-1-2016 02:33 PM
My sentiments exactly!

Ramai sangat jumpa orang-orang yang macam ni. Cakap pasal agama memang t ...

Kan? sangat benci orang yang menjual agama. Tak guna kalau post-post pasal agama sekali borak tengok, kau nak borak geli-geli. Like hell.
Dan lelaki yang berilmu dan suka mencari ilmu tu bagi saya sangat seksi. Aww~!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2016 02:38 PM | Show all posts
cheezzy replied at 17-1-2016 02:36 PM
Bgusla memilih noks. Sbb kawen ni bukan main2. Dh terlajak tu x dpt nak tukar gear R

Bukan sahaja kawin, malah berkawan pun saya sangat memilih sampai banyak jejanz sentap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2016 02:41 PM | Show all posts
nurbaya replied at 17-1-2016 02:37 PM
Aku beberapa tahun lagi nak masuk 4 series... kertue kan.. being single ni bagusnya tak stress stres ...

I feel you dearie. You are strong. Kenapa teruskan hubungan tu? Kalau saya dah cha alif but dah. Sebab bagi saya pada umur 30 and above ni jika orang tak ambil serius kita maka no need to pursue the relationship. Saya sangat particular pasal ni. Kesediaan individu terbabit dalam memberi komitmen bagi saya amat penting. We women deserved to be respected.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2016 02:42 PM | Show all posts
sofiazara replied at 17-1-2016 02:42 PM
i think kadang kala kamu terlalu memilih yg terbaik..kamu perfectionist
menyebabkan kamu tak jumpa  ...

Tidak juga, sis.
Kalau sis tahu kriteria yang saya mahu, sangat simple.
Cuma bagi banyak orang lelaki ianya terlalu berat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2016 02:43 PM | Show all posts
dusunmind replied at 17-1-2016 03:40 PM
tak perlulah nak rush kawen sbb umur da 3 series. kita tidak sedar rupanya jodoh tu depan mata jer. ...

Siapa, siapa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2016 02:46 PM | Show all posts
little_sis replied at 17-1-2016 03:43 PM
ada la hikmahnya tu.. Allah Maha Tahu..
aku kalo tgk tv citer psl parents yg anak sakit jantung be ...

Ya lor, saya pun ada berfikir juga benda yang sama.
Aritu kucing saya lumpuh sekejap sebab kena serang dengan kucing liar, sedihnya tu Allah. Tuhan je tahu.
Kemudian saya terfikir orang2 yang anaknya kena sakit itu ini tu macam mana lah perasaan mereka?
Saya tak pernah tahu, dan faham.
Tapi bila jadi macamtu kat kucing saya, baru saya tahu, pedihnya rasa tu, dan mungkin saya tak mampu hadapi
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-1-2016 02:47 PM | Show all posts
mommymonster82 replied at 17-1-2016 03:44 PM
Kalu dah kahwin nak join jugak boleh?

Join apa akak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2016 02:52 PM | Show all posts
Knowlee replied at 17-1-2016 04:04 PM
Ai sedang berusaha. Ai menunggu sambil berdoa. Ikhtiar selagi boleh. Pengalaman masa umur 20an, jump ...

I doakan yang terbaik untuk u. Inshaa Allah jika dia jodoh u maka tak kemana. Solat istikharah pun jangan lupa.
My sis, sebelum dia kawen, dia mimpi bakal suaminya selamatkan dia dari lemas di laut.
How beautiful is that?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2016 02:58 PM | Show all posts
setokinpurple replied at 17-1-2016 04:13 PM
I ok je bila org kata memilih. Memang memilih pon.. Sebab memilih? I ada alasan sendiri.. Tak kisa ...

U speak my mind! Setuju sangat-sangat, takkan nak main rembat je orang tah apa-apa. Baru-baru ni ade sorang laki tak puas hati bila i cakap i ada kriteria yang i tengok dalam berkawan. Kemudian u tahu dia cakap apa, "U rasa diri u terlalu berharga dan bernilai ke sampai perlu2 nak filter orang?"

Hah bila da orang kata kita lagu tu, memang nak kena la. Terus i maki dia habis-habis kemudian i block dia. Kemudian dia x puas hati agaknya sbb dia x leh reply makian i, dia guna akaun lain dan maki i habis-habis kemudian block i balik. Hahahah. So bangang lelaki macam ni. Tu pun sama juga status konon baik2 tapi perangai noharom. Sorry la, i mmg taleh tahan jantan jenis ni, jenis yang tak pandai komunikasi dengan baik, jantan sentap takdak teloq. Ade je jenis guy yang cool bila i cakap camtu, dia cakap elok-elok, kenal dengan kita elok2. Ni kalau dah jenis sentap2 ni, memang x guna sesen pun dan tak layak jadi laki.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2016 02:59 PM | Show all posts
suka2 replied at 17-1-2016 04:15 PM
antara sebab aku was2 nak approach lelaki dulu sebab aku risau kalau lelaki yang aku beria kejar s ...

Exactly!Sebab orang boleh je berlakon baik kan?
Kita pun nampak bagus je mamat ni, sekali bila dah kenal2 hampeh.
So sekarang memang malas pun nak jadi perigi cari timba ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2016 03:01 PM | Show all posts
shuk_one replied at 17-1-2016 04:47 PM
Dah tergolong dlm group nih...Parents i macam x kisah, tak tau lah kalau buat2 x kisah. Tapi adik2 p ...

Selalu u pegi backpackers dengan siapa dan kemana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2016 03:04 PM | Show all posts
becir replied at 17-1-2016 05:29 PM
member jawab apa, time cakap nak caras laki dia? hahaha

ada this ex colleague of mine, sukaaaaa ...

Really? Kesian nya. Macam pathetic pun ada.
Tapi tu lah kan, i lagi suka mommies yang kool dan relak2.
Tak ada nak menunjuk sangat.
Sikit-sikit tu boleh la. Common.
Jangan kerap sangat nak cerita sampai orang jadi annoyed.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2016 03:05 PM | Show all posts
Missy_la replied at 17-1-2016 06:02 PM
Will be 30 soon. Dulu tak kisah pasal kahwin sebab fokus pada kerjaya. Lately je baru terasa sedikit ...

Itu lah sis. Saya pun fikir mungkin sbb saya tak cukup kuat lagi maka Allah tak temukan lagi saya dengan jodoh. Dugaan orang dah berkahwin ni pun bukan mudah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2016 03:08 PM | Show all posts
merrissa replied at 18-1-2016 12:23 AM
kekadang geram juger......typical malaysian sangat anggap tak kahwin under 3 series itu tak laku.... ...

I cukup menyampah orang cakap camni, "jangan memilih sangat nanti sampai tua tak de sapa nak/ membujang."
Selalu yang cakap-cakap gini adalah jejanz frust yang tak dapat mencairkan hati gue. Huehuehue.
Lebih baik bujang dari kawen dengan orang macam kau tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2016 03:14 PM | Show all posts
ifanonline replied at 18-1-2016 07:22 AM
salam hani85,

it is refreshing for u to share your relationship experiences, i share your conce ...

Sebenarnya i tertarik dengan lelaki tersebut bukan atas sebab2 yang u fikirkan. Ia bermula sebagai rakan. Kami banyak berkongsi hobi dalam melukis (i can draw pretty well, but he can draw like amazingly wow and look so real). N banyak benda-benda lain lagi yang membuat i sukakan dia seperti keserasian, bagaimana dia selalu nasihat bila saya ada masalah etc. Which is tak banyak lelaki yang ada. Kemudian tengok pula dia punya agama nya bagus, lebih buat i lagi suka dia. Rupa dan harta itu bonus semata. Dah memang dia ada benda tu. I bukanlah terlalu tipikal untuk menyandarkan cinta pada sesuatu yang rapuh seperti itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2016 03:20 PM | Show all posts
Intanmahsuri replied at 18-1-2016 12:52 PM
35 this year. Single and available and ready to mingle. I think being single is suitable for me, cum ...

Sama lah, i pun sebenarnya bukan nak cari yang baik sangat pun. As long as lelaki tu ada niat nak berubah kepada lebih baik. Tapi somehow i can sense bila mana seorang lelaki tu faking it atau memang betul2 sedang usaha nak jadi baik. Pengalaman mengajar.

For me lah, lelaki yang betul2 kool dia takkan memandang paras rupa (kalau kita betul2 percaya alam akhirat, kenapa kita mesti fikir nak bini cantik je kan? kat akhirat nanti sapa masuk syurga pasti cantik). So i takleh brain kalau lelaki2 yang dok puji rupa ni. Nampak sangat masih tak cukup pemahaman dia. So no matter how good someone tries to potray tentang agamanya, bila i tengok dia dok puji2 perempuan bila pempuan tu upload picture, bagi i lelaki ni tak leh pakai hahaha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2016 03:21 PM | Show all posts
CikJuliey replied at 18-1-2016 01:12 PM
TT asal dari mana yer ?

Jodoh itu memang rahsia Allah tapi kita kena jugak berusaha untuk mencar ...

I dari melaka sis.
U?
I tak bergaul secara luaran, tapi atas talian ehehehe.
Dah banyak dah join  laman-laman cari jodoh tapi takdak yang kenan hihi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 03:36 PM | Show all posts
Hakak dulu kawen umur 32...rasa biasa jur..bila orang tanya bila nak kawen..hakak jawap.."belum jodoh..bila dia orang pot pet..hakak jawap.."biasalah orang cantik memang lah kawen lambat"..terus mereka senyap...biasalah..orang kita mana suka jawapan memuji diri..so bagi mendiamkan mulut orang dari tanya bertubi2..itu saja jawapan yang boleh menutup mulut mereka walaupun pada dasarnya jawapan hakak tu..hakak sendiri nak muntah dengar..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 04:04 PM | Show all posts
hani85 replied at 18-1-2016 03:21 PM
I dari melaka sis.
U?
I tak bergaul secara luaran, tapi atas talian ehehehe.

ouh ingatkan TT dari utara sebab cara tu mcm dari utara heheh

Ermm samalah kita tak larat nak join dah mcm2 page cari jodoh dok join. Tapi hampeh semata !

I pun kawan2 dlm talian jer. Kawan2 ada suggest yg klu nak mencari kena pandai bergaul secara luaran sbb di alam cyber ni tak semua boleh percaya .


Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 04:27 PM | Show all posts
CikJuliey replied at 18-1-2016 04:04 PM
ouh ingatkan TT dari utara sebab cara tu mcm dari utara heheh

Ermm samalah kita tak larat na ...

its ok take it easy...life ni semua terletak pada diri kita..how kita adjust mind set kita. The hardest we try and think to much ...wont change the fact that we are still single.

Doubt , i feel alone too sometimes but i twist my mind set..and i think alhamdulillah.  

Tawakal and selalu hapy2 kan diri tu...jodoh akan dtg bila waktunya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.063268 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list