CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KAULAT

Tetamu tak diundang

   Close [Copy link]
Post time 7-12-2011 12:52 AM | Show all posts
Reply 1180# sofiera


    Ni jalan lain rasanya kak.. Jalan saya lalu ni lain.. Jalan ni memang terkenal dengan gangguan2 yang macam ni.. Biasanya sekadar penampakkan je la.. Tapi bayang la sapa pulak nak berjalan pukul 2,3pagi kat tengah2 jalan yang gelap gelita tu kan hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2011 12:56 AM | Show all posts
Reply  sofiera


    Ni jalan lain rasanya kak.. Jalan saya lalu ni lain.. Jalan ni memang terke ...
chefmizan Post at 7-12-2011 00:52



    Oohh....salah gamaknya....tapi kat area jengka mmg den amatlah takut
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 01:01 AM | Show all posts
Reply 1182# sofiera


    Biasa la kak tempat macam tu.. Macam2 ada.. Cuma nampak dengan tak je.. Silap cara ada amoi serba merah tahan kereta minta tumpang hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 02:00 AM | Show all posts
aku nak tumpang cerita hehe

guru besar skolah akak aku penah crite........
dia ada kebun atas bukit... mmg jauh la dari kampung......
dia pegi pon siang2 hari je.....
ada satu hari tu.......... ada anak ular masuk dalam pondok kat kebun dia tu
dia pun pukul la anak ular tu sampai mati
waktu petang.. time dia nak bersiap balik
tetiba datang sorang ppuan mengerbang rambut, pjg,, pakai pakaian serba putih
ppuan tu tanya ..ada nampak anak dia tak...
guru besar tu hanya mampu geleng2 je..sora dah tak kuar.....
pastu tak berani dia kekebun tu lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2011 08:33 AM | Show all posts
Assalammualaikum...
salam sejahtera dan selamat pagi...disebabkan bebanan kerja dan sering tiada diopis menyebabkan kegagalan untuk meng update cerita dan status disini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2011 09:23 AM | Show all posts
Hmmmm....disini saya nak kongsi satu cerita dimana cerita ni saya perolehi semalam dari kawan baik yang sekarang sedang menerima rawatan di hospital berikutan telibat satu kemalangan ...sewaktu mahu pulang ke KG isterinya yang sekarang sedang berpantang di Kg...

Kesan kemalangan...kereta teruk sebab melanggar pokok,kawan saya kaki patah,tulang rusuk retak satu...selain luka2 kecil berikutan cermin hadapan yang pecah..

Berdasarakan apa yang dia cerita...masa tu dia otw balik..habis kerja pukul 12.00 sebab kawan ni manager salah satu rangkaian kedai makanan fast food...dia terus shoot drive balik Kg...masuk Higway tol gombak dan terus menuju ke destinasi...
masa lalu higway semua berjalan lancar,lagi satu dia niii memang suka drive malam,memang saya kenal dia masa belajar lagi...suka merayau malam...

Setibanya di Exit keluar untuk ke Kg akan melalui jalan lama dengan kata lain jalan Kg laaa masa tu dia cakap jam dah pukul 3 lebih....dia drive macam biasa..sebab dia selalu balik Kg...nak masuk ke Kg dia niii...lebih kurang 45 minit perjalanan..masa tu dia dah 20 minit perjalanan..tiba2 ada satu kawasan tu berkabus...dia slow sikit..dia drive lagi tekan minyakkk...sebab nampak dah clear...tiba2 dia kata kereta dia dah langgar pokok dah...pokok kekabu...nasib baik masa tu dia baru tekan minyak dengan kata lain keta baru nak meluncur pegi...

Dia sedar masa tu..tapi kaki dia sakit,dia nak keluar tak bole...sebab staring dah rapat dengan dada dia...dia bawak satria..pastu dengan tak pakai sit bell,dengan kerusi yang dah agak loose..so dia terkedepan..nasib baik ada sebijik kereta berhenti...tu pun dekat 5 minit gakk lee...maklum laaa jalan kg pepagi mana ada orang...satu family orang tu turun...orang tu naik naza ria...

Orang bawak keluarkan dia,baringkan tepi jalan,10 minit lepas tu baru ada orang kg datang tu pun orang yang seberang jalan sana...yang bestnya...diorang tak bawak gi hospital dulu..sebab dia cakap,dia ok..bawak balik umah orang yang seberang jalan tu...family naza ria tu pun balik teruskan perjalanan..dia call bini dia suruh abg ipar dengan pak metua jemput dia kat umah pakcik yang tolong tu...sebab pakcik tu takde keta...

Sementara tunggu pak metua dia sampai...pakcik tu dok sembang dengan dia...tapi sebelum dia cite pakcik tu dah tanya dia..."tak nampakkan jalan tu? jalan tu luruskan?"...terkejut laaa kawan saya nii...pakcik tu cakap dah selalu excident kat situ...orang akan nampak jalan tu lurus...sebenarnya dia selekoh 35 darjah...sebab tu kalau bunyi dentuman pakcik tu mesti bukak tingkap jenguk kat pokok kekabu tu mesti ada excident...

Saya tanya kat dia,"ko ngantuk kot"..mati2 dia cakap dia tak ngantuk...tapi memang betul lepas je kabus tu..dia nampak jalan tu lurus jee...cantik jee..tau2 poko kekabu..dia cakap...

Pakcik tu siap cakap kat dia..siang2 pegi lee tengok kat pokok tu banyak kesan kemalangan,pokok tu besar,dah ada yang hilang nyawa kat situ...kat pukul 5 baru pak metua dia sampai...pakcik tu gi jemput pak metua dia kat depan pagar umah,tu pun jenuh gak nak menerangkan kat mana umah...

Terus dia di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan...pagi semalam baru di transfer ke Hospital Pusrawi KL..sebab family dia kat sini..malam tadi saya lepak ngan dia..melawat dia kat hospital..kesian dia...keta terukkk..tapi memang dia cakap jalan tu lurus yang dia nampak...

Tu sebahagian dari pengalaman kawan yang ingin dikongsi yee...jadi berhati-hati memandu bila hari sudah berangsur gelap..

Nanti sambung cite lagi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2011 11:11 AM | Show all posts
Reply 1186# KAULAT


Salam...

harap kawan kaulat cepat2 sembuh. kaulat ade ape2 tips tak kalau kite berhadapan dengan kabus2 tebal nie? nak kene stop dulu baru teruskn jalan ke? atau mmg bole jln pelan2 ke?

kalau sesiapa ade tips bole la share2 kan ye.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2011 12:04 PM | Show all posts
Reply 1187# akashiro


Hmmmm betul jugakkan...
Tapi apa yang saya faham dan tau...kalau jalan berkabus jangan sesekali menggunakan lampu berwarna putih sebab reflaks cahaya warna putih terhadap kabus tiada apa,sebab tu kena guna warna kuning ataupun warna mentol lampu standart baru bole lihat dan memberi keselesaan pemanduan,selain tumpuan pemanduan dan pandu perlahan serta just follow line putih,sebab line putih dijalan akan memantulkan cahaya bila disuluh dengan lampu standart....itu dari segi sains..

Dari segi ilmiahnya dan panduan serta bacaan....banyakkan berzikir mudah,ayat kursi,serta surah2 mudah...itu ayat antara amalan biasa yang saya amalkan..bila memandu jauh,memandu waktu malam,melalui jalan2 lama,ladang2 ke...yelaaa biasanya kalau travel waktu malam penumpang lain syok tido kita yang driver kena fokus....

Amalan2 lain insyallah Cheff akan tambah...

wallahuallam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2011 12:30 PM | Show all posts
Reply  akashiro


Hmmmm betul jugakkan...
Tapi apa yang saya faham dan tau...kalau jalan berkab ...
KAULAT Post at 7-12-2011 12:04



   kg aku di bawah gunung............ kabus2 sudah pasti............kadang kabus tebal sampai tak nampak apa dah... kena jalan pelan2 ... kalau yang tatau jalan, better berhenti..

jalan nak balik kg pon mmg berkabus... nak2 lagi time hujan... jam 6 ptg.. kabus dah turun
jalan pun kena berpandukan garis putih ... kena jalan slo sebab garis putih tu pon bule nampak sebaris2 je..
tapi skarang banyak garis putih tak di apdate... seb baik ada lampu 4 segi kecil kat tengah permukaan jalan tu... boleh memberi cahaya juga time garis putih ilang... tapi ada tempat yang lampu tu takde... pnh aku brenti sebab takde garis putih dan lampudi tengah permukaan  jalan tu... baca selawat dan fatihah.. minta Tuhan tolong anjakkan kabus tu... alhamdulilah... kabus tu beredar..

bahaya jalan dalam kabus........ penglihatan sangat terhad
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2011 12:48 PM | Show all posts
Reply 1189# perembes


Kg perembes kat mana?Kg awah ke?
Kg awah,kuala medang...jalan dari cameron highland ke kuala lipis..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 01:10 PM | Show all posts
Pasal2 kabus nie mmg selalu berlaku pada malam nya ujan....pernah balik ke Jengka kabus putihh tebal....hati bergelodak kat dada....mmg suruh en.somi bwk plan2....dalam kereta ayat ruhqah jer tak berhenti2
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 02:32 PM | Show all posts
Reply 1187# akashiro


    Sebelum memulakan perjalanan seeloknya baca doa menaiki kenderaan la kan.. Lepas tu baca ayat 33 iaitu surah Al-Baqarah ayat 1-33.. InsyaALLAH sepanjang perjalanan ALLAH akan lindungi kita...

Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 02:52 PM | Show all posts
terima kasih kaulat dan chefmizan atas penjelasan n tips yg diberikan....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 03:46 PM | Show all posts
Reply  aKudaRikayanGan


    Kat Taman Putra Permai..hehe
chefmizan Post at 6-12-2011 14:08



   laaaaaaaaaa putra permai ke???kat rumah kedai ke???belah mana tu??
senang2 blh jmp chef....rmh sy kt sni la......huhuhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 04:16 PM | Show all posts
Reply 1194# aKudaRikayanGan


    Lot bungalow 1tingkat... Masih dalam proses untuk tenantcy agreement..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 04:47 PM | Show all posts
Reply  aKudaRikayanGan


    Lot bungalow 1tingkat... Masih dalam proses untuk tenantcy agreemen ...
chefmizan Post at 7-12-2011 16:16



    Tahniah ler...tak lama lagie leh dapat umah baru,....tak dpt kwn2 dok main bola golf kol 2-3pagie laa yer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2011 05:42 PM | Show all posts
SALAM,
aku SR jer kat sini, bercakap pasal kemalangan ni, aku teringin nak berkongsi cerita dengan pengalaman aku dan kawan kawan aku, yang merupakan Sukarelawan badan politik, dipendekkan cerita, aku dan 4 orng kawan aku telah ditugaskan untuk satu Program Pembukaan Majlis Lombong Emas di Pahang, dirasmikan oleh MB Pahang. Pada hari sebelum Majlis itu diadakan, kami berlima telah menginap di satu penginapan rasmi tapi tempat tuh macam scary jek, yelaa banyak pokok besar-besar.

kami sampai di penginapan tersebut, dalam pukul 11malam, esok paginyer sebelum kami bertolak ke lombong tersebut, kami telah bergambar di bawah pokok besar , tapi bermula dari situ hati aku macam tak sedap, sebelum bertolak kami semua memulakan dengan doa menaiki kenderaan, tapi aku baca ayat kursi untuk diri aku.., terus ke tempat lombong emas dan perasmian telah dimulakan, selesai majlis, kami pun beransur, waktu tuh petang, dalam perjalanan ke genting sempah, kawan aku melalui terowong genting tersebut dan dalam terowong tuh kawan aku tekan minyak untuk memotong beberapa kereta, akhir kereta yang dipotong ialah kereta berwarna kuning.

sehabis memotong, kereta kami telah keluar dari permukaan pintu terowong, dan kami nampak kabus, setelah kabus hilang, rupanya kereta kami telah menuju ke penghadang jalan, kerana kereta kami agak laju yelaa selepas memotong tadi.. so kereta kami pun langgar penghadang jalan tersebut.

hentaman kuat di  bahu kiri kereta membuatkan kereta waja kami telah melanting ke kanan lalu melanggar kaki bukit dan terus masuk muat muat dalam parit besar. Dalam kereta hanya seorang sahaja yang pitam iaitu kak H, dia tersangkut depan aku dengan mata hitam memandang ke atas..

aku rasa macam nak nangis sebab aku fikir adakah kak H dah meninggal? kami memanggil Kak H, tapi tiada respon, yang paling kami takuti, bunyi kereta kami macam bunyi nak meletup TIT..TIT..TIT.. disebabkan hujan renyai renyai aku bayangkan kereta itu akan hanyut dan membawa kami terus ke gaung yang beberapa kaki jer depan kami...

kerana kereta muat muat sebesar parit, pintu kereta tak dibuka, so kami pun cuba membuka tingkap alhamdulillah tingkap dapat dibuka, dan ada ruang untuk aku keluar, sebab di sebelah aku jer ada ruang sebelah kiri tak de ruang kerana kereta senget sikit di sebelah sana..

aku pun keluar melalui tingkap, dah laa pakai tudung putih dan t shirt putih, yang peliknya, satu kereta pun tak berhenti, mereka hon jer, pelik betul.. aku bengang betul, akhirnya dengan susah payah aku pun dapat berdiri di tepi jalan lalu aku menahan kenderaan yang lalu lalang di situ, kebetulan ada bas, dan bas tuh berhenti jauh sangat, aku pelik sungguh, dan aku terpaksa berlari dengan berkaki ayam mengharung hujan, berlari mengejar bas tersebut, dua lelaki dalam bas tuh, aku pun cakap, aku dan kawan kawan kemalangan dan kawan kawan masih di parit, kami perlukan pertolongan.. alhamdulillah, kami semua selamat dibawa ke hospital selayang.

selang seminggu, kejadian misteri kami ialah hp kak H, bunyi deringan dan kak H pun angkat dan terdengar suara-suara kami dalam kejadian kemalangan itu. Bila Kak H hubungi nombor tersebut, tak de suara. ianya dalam voicemail. aku dan kawan kawan yg lain turut mendengar voicemail tersebut, dan kami pelik kerana sewaktu mendengar tuh memang sebijik apa yng berlaku, siapa pulak buat rakaman, kalau kak H masa tuh dia lah org yang paling tak hidup ketika itu.. jadik sapa pulak yang buat rakaman suara kami ni??

selang beberapa minggu, rupanya ada kawan aku cakap, adik ipar dia pun kemalangan di situ dan kenapa kereta kereta tak mahu berhenti sebab mereka nampak lembaga hitam berbadan besar atas kereta yang alami kemalangan, kerana itu kereta tak berani berhenti mereka cuma bunyikan hon sahaja..

Wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 07:05 PM | Show all posts
Reply 1197# aiva


   Assalamualaikum aiva,selamat datang dan terima kasih kerana sudi memeriahkan lagi thread ni.. Pengongsian anda amat dialukan.. Maaf bertanya,kemalangan selepas terowong menghala KL atau Pahang?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 07:09 PM | Show all posts
Reply 1196# sofiera


    Bukan la kak.. Rumah tu bakal dijadikan ofis PERSATUAN CHEF-CHEF MELAYU MALAYSIA.. Saya pilih pun sebab kat situ privasi dan kalau kami ada buat aktiviti apa2,tak mengganggu kejiranan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 07:10 PM | Show all posts
Reply 1157# chefmizan
haha mungkin jgak chef,
gun pun memang jenis jual mahal sket{:4_242:}

'dia' pon mesti fed-up dengan gun...{:4_227:}
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.096752 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list