CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AdsMsia

[Tempatan] Prof Muhaya: Solusi keluar dari bebanan hidup

 Close [Copy link]
Post time 28-12-2013 12:03 PM | Show all posts
Kassim_Patalon posted on 28-12-2013 11:51 AM
prof muhayal cakap hati urang berkeladak
prof muhayal cakap sakit mata ni semua sebab dosa-dosa ter ...

Agak2 kalau orang lubang idong besar dongak tercangap melopong tu apa maknanya ye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2013 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pelik ngan org komplen pasal caj lasik yg mahal tu..kau tau ke kos beli peralatan segala tuu...kos operasi lagik..haiyyoo...muhaya tu bukan kerajaan nk bg subsidi mcm celah gigi je...kot la dia mmg ada subsidi kat org susah tp kita je taktau ..takkan nak.heboh kot
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 12:23 PM | Show all posts
Bagus Prof ni menjawab isu orang meroyan dengan dia.. benda sama aku dok ulang2.. tapi ramai tak paham.. diri tu tak pernah coba bermuhasabah & perbaiki.. tapi seronok maki & menyalah orang laeen sana sini..

Donia ni memang cabaran bagi orang berkemampuan dengan tidak berkemampuan .. so, bagi kemampuan tuu.. tunaikan hak orang2 laeenn walapun hanya bernilai RM 2.. musti ada balasan baeekk kelak... cuba rancang perbelanjaan betul2, banyakkan amal saleh, banyak doa... ni dok menyalak senantiasa dok mencari & menuduh orang laeenn.. bukan nak mencari jalan penyelesaian terbaik

Sorang pakcik penjual sate di kg suatu ketika dahulu, habis meniaga, dia akan pecahkan duit hasil jualan kepada 3 yakni untuk modal perniagaan, perbelanjaan keluarga & sedekah ... walaupun hanya memiliki sebuah moto Honda EX5 ( buat meniaga ) & sebuah kereta buruk tanpa langganan ASTRO kaa smartphone kaa .. hidop dia senang jaa wpun kadang2 tu diuji.. dia terima dengan hati terbuka
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Babai posted on 28-12-2013 12:03 PM
Seingat aku ada jer Dr MAZA tegur direct kat PR, cuma aku tak perasan la kalau ada yang direct kat ...

Dr maza pnh tegor nuat pasal sumpah..yg ni mommy tgk sendiri video.. Dia xckp nm nuar tp time tu dia ckp isu sumpah..

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 01:46 PM | Show all posts
mommymonster82 posted on 28-12-2013 01:43 PM
Dr maza pnh tegor nuat pasal sumpah..yg ni mommy tgk sendiri video.. Dia xckp nm nuar tp time tu d ...

Oh, kira ok dah tu. Tak mesti nak kena sebut nama baru leh dikira, betul tak? So isu menegur si nuwart dah boleh tutup kot?

OK, yang pasal tegur TGNA ada tak saper2 leh share info?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 01:53 PM | Show all posts
Tadi d radio ikim akak muhaya nangis esak2 di ujung2 ceramah. Mungkin terkesan sedikit di facebook beliau d hentam. Moga2 beliau telahpun tersedar jua, kata kata motivasi bukan lah perkara yang rakyat mahu hadap buat masa sekarang, walaupun itu semua perkataan yang bagus, ada eloknya beliau simpan dulu

Walaubagaimanapun, sy gemar mendenfar motivasi beliau kerana penuh dengan penyampaian yang positif.. Ayat2 beliau mengandungi nasihat yang berguna utk dipraktikkkan dlm kehidupan seharian.

Semoga akak muhaya tabah menghadapi laharan rakyat jelata. Anggap shj lah cabaran, kerana akak muhaya bukanlah taraf malaysia's sweetheart pun..akak muhaya  tidak dilahirkan dgn  aura sebegituh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2013 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Babai posted on 28-12-2013 01:46 PM
Oh, kira ok dah tu. Tak mesti nak kena sebut nama baru leh dikira, betul tak? So isu menegur si nu ...


Saya suka dr maza.. Sbb pemikiran n tulisan ni menunjukkan dia ni byk membaca dan bergaul dgn pelbagai lapisan,  kaum dan agama tanpa menggadaikan prinsip islam..
Dan dia juga buka ahli agama yg asyik suh org zuhud membuta tuli...
Nak tru nabi mesti pakai gitu gini...
Walau ahli agama dia nampak sesuai dengan zaman...tanpa melacurkn agama...

Suka tulisan tajuk...
"Agama bukan candu untuk mengkhayalkan orang miskin"
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 02:04 PM | Show all posts
freebird posted on 28-12-2013 10:09 AM
after watching the video, saya paham maksud Prof. Dr. Muhaya.
Bukan semua orang mahu di pancing unt ...

Pada aku pula, apa yang muhaya berikan itu kata kata yang baik, elok jua di ikuti, cuma bila beliau keluarkan dengan situasi semua orang tengah menggelupuh, kata kata beliau yang baik itu kedengaran spt menceceh shj lah.. Beliau tidak jangka barangkali utk berkata manis sedemikiah rakyat jelata mnjadi marah sebegitu.

Apa pun akak muhaya punya motivasi tidak lah melalut. Amat bagus untuk di ikuti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2013 02:09 PM | Show all posts
Babai posted on 28-12-2013 01:46 PM
Oh, kira ok dah tu. Tak mesti nak kena sebut nama baru leh dikira, betul tak? So isu menegur si nu ...

bagi aku, it's never about the WHO, but the WHAT
takkan kerana semata taknak nampak bias kena kritik orang itu org ini walau pun pada isu yg takde merit pun utk dikritik?
contoh, takkan sebab kritik rosmah, maka jika siti hasmah silap sikiiiiiittttt pun nak dikritik juga? tengok isu lah
rakyat malaysia mmg suka take things personally, serang isu pun dianggap serang peribadi
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
AGAMA BUKAN CANDU UNTUK MENGKHAYALKAN ORANG MISKIN
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

(Artikel ini ditulis pada Jun 2008 semasa penulis menjadi Mufti Kerajaan Perlis. Artikel turut disiarkan oleh Akbar Utusan Malaysia pada masa itu. Artikel ini merujuk kepada isu harga minyak melambung naik pada zaman itu. Pihak kerajaan berkempen agar rakyat berjimat cermat dan ‘mengubah gaya hidup’. Golongan agama juga digunakan untuk berkempen. Kenaikan harga minyak secara mendadak yang dilakukan oleh pihak kerajaan ketika itu amat membebankan lapisan masyarakat yang berpendapatan rendah. Beberapa langkah cuba diperkenalkan oleh kerajaan ketika itu, termasuk memberikan wang rebate/subsidi secara tunai RM 150 untuk pemilik motorsikal (enjin berkapasiti 250cc ke bawah) dan 625 kepada pemilik kereta (enjin berkapasiti 2000cc ke bawah). Pembahagian itu hanya berlaku sekali sahaja selepas itu ditamatkan ‘riwayatnya’)

Saya tertarik apabila membaca kisah al-Imam al-Nawawi r.h (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga. Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab:

Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Candu Jimat Cermat

Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi r.h ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun –atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat. Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis-menangis –seperti seorang pelakon yang berjaya menerima anugerah- bercerita kepada mak cik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir ‘nasi lemaknya’. Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol.


Gambar Hiasan

Adapun penceramah, datuk-datuk pengajur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah. Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya.

Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka. Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, “apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?”. Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.

Sambungan...

http://drmaza.com/home/?p=2457
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 02:14 PM | Show all posts
Entahnya...macam sakai pulai forumer babai ini dari semalam duduk persoal maza ga tebur nik aziz dan anwar ibrahim...tgk isulah...jika isu bangang yang sengaja dicreate oleh UMNO dan utuseks...apa ke babee pula maza perlu tegur? Celaka sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 02:14 PM | Show all posts
tak abis lagik? bosan...next
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 02:17 PM | Show all posts
Bedah.Cun posted on 28-12-2013 11:17 AM
Politik ade kaitan dengan Sosial dan Ekonomi, yang. Kalau kau pecahkan bidang2 tu memang kau akan ja ...

betul.setuju.pada mentaliti org kita yg  di zaman batu, bawah tempurung politik hanya berlegar pada  bn,umno,pas,pkr dan dap
Last edited by gibrana on 28-12-2013 02:18 PM

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 02:19 PM | Show all posts
addamnor posted on 28-12-2013 01:53 PM
Tadi d radio ikim akak muhaya nangis esak2 di ujung2 ceramah. Mungkin terkesan sedikit di facebook b ...

Yang part dia suka jatuhkan hukum ke orang atas nama AUDIT diri itu memang muhaya perlu muhasabah diri dan dgr serta tonton kembali ceramah2 motivasi dia dik...yang itu memang ga boleh diterima dek akal apanila muhaya bertindak selaku tuhan kedua...satu lagi part dia suka UPkan diri dia dan anak2 dia...haha..secara positif (seperti yang dianjurkan oleh muhaya sendiri) nya saya ambil...muhaya hanya jadikan dirinya serta anak2nya sebagai contoh...mashalahnya contoh yang dia bahagi itu terlalu Upkan dirinya dan anak2 dia....tiada pula contoh2 kelemahan dirinya dan anak2nya..saya sudah berhenti mendengar rancangan muhaya di IKIM...walaupun saya masih pendengar radio IKIM
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Prof nak menangis sbb terasa kena sindiran pun takpa la. Setiap bulan dah 60k dpt...tu tak termasuk duit bayaran sumber lain.

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 02:25 PM | Show all posts
kenapa menangis? bukankah kita kena positif positif positif sentiasa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2013 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
hzln posted on 28-12-2013 02:25 PM
kenapa menangis? bukankah kita kena positif positif positif sentiasa?

Ha ha . Mau lepas ni prof berhenti jd motivator. Full time doc je
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 02:34 PM | Show all posts
C.K posted on 28-12-2013 02:19 PM
Yang part dia suka jatuhkan hukum ke orang atas nama AUDIT diri itu memang muhaya perlu muhasabah  ...

saya tak suka muhaya
sbb suka2 keluarkan hadis palsu utk kuatkan penyampaian beliau
don't get over excited or obsessed about yourself ye muhaya
get your facts right!

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 02:35 PM | Show all posts
C.K posted on 28-12-2013 02:19 PM
Yang part dia suka jatuhkan hukum ke orang atas nama AUDIT diri itu memang muhaya perlu muhasabah  ...

Saya tiada masalah akan itu kakak. Boleh lagi saya hadam kalaupun beliau guna kaedah audit kaedah up diri. Saya cuma cerap benda2 positif yang beliau sampaikan.

Akak muhaya bukan taraf sweetheart di mata rakyat malaysia, sbb itu kakak jelik, saya ok ok shj, orang lain pula gemarkannya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 02:35 PM | Show all posts
aku tak nampak salah nyer pun mesej yang cuba dia sampaikan. cuma disebabkan secara zahirnya nampak dia stabil dari sudut kewangan, ramai yg tak dpt nak terima mesej dia. itu je. well, don't hate the player, hate the game . plus, sbg motivator, of course dia bg pandangan dr sudut seorang motivator. mungkin pasal ramai yg dah mengadu kat dia psl hidup yg makin sesak, dia bagi pandangan camni. ye la. lagipun, dia selalu cerita ttg menjadi positif, mestilah dia fokus pada yg positif shj.

mungkin dlm masa yg sama, ni ujian utk dia jugak. segala benda yg kita ckp mahupun post kat forum akan dipulangkan balik pada kita. semoga tabah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.248748 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list