|
Terkini
Kedah 5 - 1 Perak
1st goal : own goal oleh S.Subramaniam minit ke-12 hasil cubaan Meen
2nd goal : Meen minit ke-20
3rd goal : Meen minit ke-28
4th goal : Marlon minit ke-39
5th goal : Fadzli Baharom minit ke-78
1st goal Perak : Razali Umar Kandasamy minit ke-71 |
|
|
|
|
|
|
|
Muktamad
Kedah 5 Perak 1 Tahniah....!! |
|
|
|
|
|
|
|
congrats...dapat laukkan perak
tapi apesal perak macam sayur sangat...
kalo kalah sikit-sikit takpe jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Oleh SHARIZA ABDULLAH

Pemain Kedah, Ahmad Fauzi Shaari (kiri) berebut bola dengan pemain Perak, Mario Estaban pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, malam tadi.
--------------------------------------------------------------------------------
ALOR STAR |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Kedah..! :pompom:  |
|
|
|
|
|
|
|
patut la skor manyak......... bulan cerah......... senang nampak bola.......  |
|
|
|
|
|
|
|
KFA tiada masalah selesaikan bayaran levi
Oleh Bashah Zainol Abidin
[email protected]
PERSATUAN Bolasepak Kedah (KFA) tidak ada masalah menyelesaikan pembayaran levi kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ekoran memberikan 30,000 tiket percuma kepada peminat pasukan Hijau Kunig, demikian kata Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kesenian dan Warisan Kebudayaan, Dr Hamdan Mohamed Khalib.
Kelmarin Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin menyatakan KFA perlu membayar cukai walaupun tiket untuk menyaksikan perlawanan di antara Kedah dengan Perak diberikan percuma.
Menurut Dr Hamdan, seminggu sebelum pertemuan dengan Perak, beliau telah bertemu dengan pegawai KFA dan juga Pegawai Perundangan Negeri Kedah bagi mendapatkan nasihat mereka.
揝aya faham akan pembayaran cukai kepada FAM walaupun penonton yang menyaksikan perlawanan Kedah bertemu Perak tidak dikenakan sebarang bayaran dan kami memang sudah menyediakan peruntukan bagi melangsaikan pembayaran itu kepada badan induk bola sepak negara.
揚emberian tiket percuma ini semata-mata sebagai penghargaan kepada seluruh penyokong Kedah.
揧ang penting, kehadiran 30,000 peminat pada perlawanan itu telah membakar semangat barisan pemain muda untuk membelasah Perak 5-1, |
|
|
|
|
|
|
|
tak nampak muka othman aziz pun, takkan silau kot ? |
|
|
|
|
|
|
|
Kedah selesa ke suku akhir

PEMAIN tengah Kedah, Ahmad Fauzi Saari (kanan) mengawal bola daripada dirampas pemain Sarawak, Irwandy Jampaka pada aksi di Stadium Sarawak malam tadi.
JUARA bertahan, Kedah mendahului senarai lapan pasukan yang mara ke suku akhir selepas tamat perlawanan kedua pusingan kedua Piala FA malam tadi.
Mengiringi Kedah ialah Selangor, Sabah, Pahang, Melaka, Felda United, Terengganu dan Kuala Muda Naza.
Di Stadium Sarawak, Kedah menewaskan Sarawak 2-0 untuk selesa ke suku akhir dengan kelebihan agregat 5-0.
Dua gol Kedah dijaringkan Mohd. Fadly Baharom pada minit ke-28 dan 37.
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Terengganu layak ke suku akhir selepas menewaskan Negeri Sembilan Naza dengan agregat 5-1.
Pada aksi semalam, Terengganu menewaskan NS Naza 4-1 selepas skuad Peteh itu menang 1-0 pada aksi pertama minggu lalu.
Pemain tengah Terengganu, Zairol Anuar Zalani meledak dua gol pada minit kelima dan 90, Gleisson Jorge (28) dan Ismail Faruqi (90) sementara gol tuan rumah dihasilkan menerusi Udo Fortune (39).
Di Stadium Likas, Sabah menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 3-1, sekali gus mara ke suku akhir dengan agregat 4-3.

Kokhrei Dze Irakli menjaringkan dua gol Sabah sementara Salvester Sindih menyumbang satu gol.
Gol tunggal PDRM dijaringkan oleh Sanjos Sundawat pada minit ke-47.
Di Stadium Shah Alam, jaringan Safee Sali pada minit ke-86 membolehkan Selangor menewaskan Perak 2-1.
Perak membuka jaringan pada minit ke-45 sebelum Frank Seator menyamakan kedudukan pada minit ke-65.
Pada aksi pertama, kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 4-4.
Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, hasrat pendahulu Liga Perdana, KL Plus mara ke suku akhir tidak kesampaian apabila tewas 0-2 kepada Pahang.
Gol Pahang dijaringkan Redouane Barkaoui pada minit ke-36 dan Norfazly Alias (56).
Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Felda United tewas 0-1 kepada Kuala Lumpur.
Gol tunggal perlawanan dihasilkan melalui jaringan sendiri Azwadi Embong pada minit ke-61.
Sekalipun tewas, Felda United masih meneruskan kemaraan hasil kelebihan agregat 5-3 selepas membelasah Kuala Lumpur 5-2 pada aksi pertama.
Di Stadium Darul Aman, jaringan Liew Kit Kong pada masa tambahan membolehkan Kuala Muda Naza melangkah ke suku akhir.
Pulau Pinang yang membawa bekalan 1-0 pada perlawanan terdahulu dikecewakan dengan gol Jose Antonio Vega pada minit ke-67 sebelum jaringan Kit Kong membolehkan Kuala Muda mara ke suku akhir dengan agregat 2-1.
- Kosmo -
|
|
|
|
|
|
|
|
kedah brunei apa cerita?
aku lalu tepi stadium ja tadi |
|
|
|
|
|
|
|
KEDAH 4 - 1 BRUNEI
badrol bakhtiar
fadly baharom
marlon james
brunei didier belibi skor...
tim belasahan ja brunei ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
KEDAH 4 - 1 BRUNEI
badrol bakhtiar
fadly baharom
marlon james
brunei didier belibi skor...
tim belasahan ja brunei ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
blahhh arr kedah.. jore lagi la ini tawun..itu gergasi jek sedang follo..tim haku dah bye2.. |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh.... yg skor utk brunei tuh adik badik drogba ker..? |
|
|
|
|
|
|
|
Kedah tidak akan berangan
|
|
|
|
|
|
|
Azraai belum mahu berpesta
Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
[email protected]

PENJAGA gol Brunei DPMM, Mohd. Wardun (tengah) menyelamatkan percubaan pemain Kedah pada saingan liga di Alor Star kelmarin.
--------------------------------------------------------------------------------
SEKALIPUN trofi Liga Super semakin menghampiri Kedah, namun pengendalinya, Mohd. Azraai Khor Abdullah tetap menyifatkan laluan anak buahnya bergelar juara masih berliku.
Jelas Azraai, laluan berliku yang dimaksudkannya ialah kecederaan yang menimpa sebilangan besar tonggak utamanya ketika ini.
"Dua lagi pemain disahkan mengalami kecederaan serius pada perlawanan semalam (kelmarin) dan perkara ini memberi satu tekanan kepada saya dan penolong jurulatih, Radhi Mat Din.
"Saya terpaksa melakukan percaturan lain selepas ini memandangkan Hasmawi Hassan dan Syafiq Jamal merupakan pemain penting di bahagian serangan," kata Azraai ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Malam kelmarin, Kedah dilihat mampu mempertahankan gelaran Liga Super selepas membelasah Brunei DPMM 4-1 pada aksi di Stadium Darul Aman.
Kedah memperoleh jaringan melalui Badrol Bakhtiar pada minit kedua dan 29, Mohd. Fadly Baharum (38) dan Marlon Alex James (83) manakala gol tunggal Brunei DPMM pula dijaringkan oleh Didier Belibi (45).
Kemenangan itu membolehkan Kedah mengumpul 47 mata, lima mata di hadapan pencabar terdekatnya, Selangor.
Dalam pada itu, Azraai memberitahu, beliau bangga dan berpuas hati dengan aksi mantap pemain mudanya yang baru dua bulan diserap dari skuad Piala Presiden.
"Mereka (pemain muda) telah menunjukkan kematangan dengan masa yang singkat dan perkara ini semestinya meningkatkan lagi kekuatan pasukan Kedah.
"Saya akan terus menguji mereka dalam perlawanan selepas ini agar mereka tidak tertekan ketika berada dalam perlawanan penting seperti perlawanan akhir," ujar Azraai.
Kata Azraai lagi, Kedah kini membariskan sepuluh pemain bawah umur 23 tahun pada setiap perlawanan dan sekurang-kurangnya empat daripada mereka akan diturunkan dalam kesebelasan utama.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... an&pg=su_06.htm |
|
|
|
|
|
|
| |
|