CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL ( Rating U)

   Close [Copy link]
 Author| Post time 18-12-2010 08:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 18-12-2010 21:01

“ TADAAA!!!!! SURPRISE!!!”

“ Surprise bongok hang! Nasib baik aku tak pengsan! Datang tak bagi warning” omel Ellisya. Matanya bulat memandang tetamu yang tercegat di depan pintu. Senyum lebar macam tak bersalah.

“ Ala.. kalau kau marah, aku balik lah. Susah payah aku datang KL nak jumpa kau dengan Wawa, tapi kau tak appreciate pun.  Baik aku tumpang rumah Encik Idham kat sebelah.”  

Ellisya membuka mangga  pintu.

“ Pergilah. Biar bini dia halau dengan penyapu. Cik Abang Idham baru kahwin minggu lepas. Woi… masuklah. Takkan nak bagi semua jiran terjaga. Kau tau tak pukul berapa sekarang?” Beg Dahlia di angkat ke dalam.Tubuh Dahlia di peluk.

“ Tahulah. Mulanya aku nak drive tapi Babah aku tak bagi. Last minute  book tiket, bas subuh ni jerlah yang aku dapat”

“ Rindunya kat kau Lia. Tak sama lah bila kau tak ada. Aku dengan Wawa boring tau.”

“ Rindu konon. Kalau rindu kenapa tak datang jenguk aku? Eh, Wawa mana? “ Dahlia memandang sekeliling apartmen lama nya. Segalanya tak berubah. Ya lah, bukan lama mana pun aku tinggalkan tempat ini.

“ Dia ada team building di PD. Petang nanti dia balik lah.  Berapa lama kau nak duduk sini? Kau tidur bilik aku lah. Aku boleh tidur kat luar. Tak pun , kita bertiga hampar lemek kat depan TV.” Dahlia membontoti Ellisya ke dapur.  

“ Aku kat KL dua malam. Tapi aku duduk di kondo Datuk Azmi”

“ HA!!! Kau dah gila?! Sejak bila… kau..kau ..dengan Datuk..” Muka Ellisya macam tercekik tulang ayam. Merah dan hampir menggelupur. Dia terus menarik kerusi dan duduk.

“ Eh.. relaks lah, Sya. Takkan aku tergamak jadi gundik Datuk gatal tu. Kau ni macam tak kenal aku pula. Puan Sri Sabiha yang ajak aku datang.  Dia ada kat hospital, sakit apa entah. Tiba tiba dia teringin nak makan masakan aku. Pai ayam lah, cupcakes lah. Nak kata mengidam , dah lama menopos. Tapi aku kesian  pula. Lagipun ini peluang baik nak datang jumpa korang dan ronda ronda di sini. Datuk suruh aku duduk kondo dia yang kosong sebab dekat dengan hospital. Senang lah aku nak masak dan hantar makanan kat Puan Sri. Tak payah nak kacau korang.” Jelas Dahlia.

Ellisya mengurut dada. “ Phew!! Terkejut aku tadi. Sayang betul Puan Sri dengan Datuk Azmi  kat kau. Sampai bagi tempat duduk free. Tapi orang kaya kalau baik mesti ada muslihat. Kau kena jaga jaga. Nanti malam malam kalau Datuk Azmi masuk kondo tu macam mana? Silap haribulan dia dah plan dengan orang JAWI nak tangkap kau dengan dia. Siapa nak jawab?”

“ Tak baik bersangka buruk, Sya. Tapi aku pun seriau kalau duduk di kondo seorang. Kau dengan Wawa datang tidur dengan aku, okay?. ” Dahlia tersenyum lebar. Pandai tak aku? Selamat aku.

“ Boleh juga. Bila lagi nak merasa duduk kondo orang kaya.  Eh, kau nak makan apa?” Ellisya memasang cerek letrik dan mengeluarkan bahan untuk memasak.

“ Jangan susah susah lah Sya. Kita pergi makan kat Pelita lah. Aku dah lama tak makan tosai”

“Okay. Tapi kena tunggu kejap. Bangla Pelita pun tak bangun lagi. Kalau kau nak apa apa, buat macam rumah sendiri. Lia, bila kau nak pindah balik KL? Takkan bapak kau tak dapat lagi cari pekerja.” Keceriaan Dahlia turun 50%.

“ Nampak gayanya macam aku jadi penduduk tetap Kuala. Aku dah nak tunang minggu depan” Tamparan Ellisya hinggap di lengannya.

“ Mangkuk! Teruk betul perangai kau! Tak cakap pun kat kita. Dengan siapa? Cikgu  tu kah?”  Baki 50% keceriaan Dahlia lenyap terus. Dia terus menggeleng sambil menopang dagu. Sudah seminggu lebih kelibat Cikgu Amir tidak kelihatan di KK. Mungkin ada hikmahnya. Kurang godaan sejak aku buat keputusan untuk menerima Farid.

” Farid.” Jawabnya lemah. Dahlia bangun untuk membuat kopi. Buat macam rumah sendiri kata Ellisya.

“ Farid Buncit ? Ha .. ha ..ha” Ellisya ketawa sambil memegang perut “ Aku dengan Wawa dah cakap.  Jangan benci sangat , nanti kena kawin. Masin mulut kita. Tapi best juga, kau kahwin dengan childhood sweetheart. Romantic tuh.”

“ Childhood sweetheart apakebenda? Childhood enemy ada lah.  Itu lagi satu sebab kenapa aku datang. Aku nak cari baju dan hantaran untuk pertunangan aku. Kau temankan aku shopping ya?”

“ No problemo. Aku kan hantu shopping. Tapi kenapa Farid? Dari cara kau cerita pun aku tahu kau lagi suka Cikgu Amir.”

Dahlia meletakkan dua mug berisi kopi panas di meja. Itulah soalan yang dia sendiri pun tak tahu jawapannya.

“ Cikgu Amir tak pernah pun cakap terus terang dia suka aku. Dah lama aku tak jumpa dia. Dia balik kampung pun tak cakap kat aku. Entah entah dia balik kahwin. He is a very mysterious guy. Dia tak pernah cerita pasal family dia, pasal asal usul dia. ”

“ Habis tu, kau nak kahwin dengan Farid sebab tak dapat Cikgu Amir? Atau sebab Farid lagi kaya?”  Dahlia menjegil.

“Eee… minah ni. Kalau aku materialistic ,aku dah layan Tok Mi.  Bukanlah. Aku terpaksa” Dahlia mengherotkan mulut. Macam mana ni, aku dah cuba tapi masih tak boleh. Bila jumpa Farid perasaan aku tetap mendatar saja. Macam lagu satu chord. Sedap tidak, janggal pun tidak. Tapi amat membosankan.

“ Terpaksa macam mana tu? Nak kata kau dah ter.. dot..dot, aku tengok badan kau macam anak dara lagi.” Ellisya mengaduh bila di cubit.

“ CHOIII! Mulut capoi. Farid sentuh aku pun aku dah buka silat. Kau tahu lah kenapa aku kata aku terpaksa. Bapa aku  dengan arwah Mak dari dulu dah rancang nak berbesan dengan best friends dia orang tu.” Dahlia meneguk sedikit kopi. Biar celik sikit. Dalam perjalanan tadi dia cuma tidur tidur ayam.

“You must be kidding. Kalau aku jadi kau, siang siang aku tolak. Kau yang nak kahwin bukan bapa kau. Dia pilih mengikut criteria dia, apa yang dia suka. Tak semestinya kau pun suka. Katalah bapa kau suka ciri A, B, C, D tapi kau suka ciri C, D, E, F. Kalau Farid punya ciri A sampai F, semua happy. Tapi nobody is perfect. Sama ada kau kena berkorban, atau bapa kau. Tapi selalunya kau yang tak dapat apa kau nak.  You tend to settle for less.” Ellisya berhujah

“ Perghhh! Sejak bila kau berguru dengan Dr Fadzillah Kamsah. Terror kau punya falsafah. Atau pun  kau baca dalam Cosmopolitan. Tapi betul apa kau cakap. Sampai sekarang pun aku tak ada chemistry dengan Farid. Dia memang dah cuba bersungguh sungguh. Dia selalu hantar bunga kat aku, bagi macam macam kat aku. Tapi aku rasa biasa biasa saja. No fireworks. “ keluh Dahlia. Hakikatnya bila Cikgu Amir bagi mee goreng pun aku dah rasa macam langit KLCC di malam sambutan tahun baru.

“ Aku rasa kalau kau bagi masa pun, perasaan kau tak akan berubah. Sebab dia bukan “ gu” engkau. Kau faham kan? Your other half is out there. Farid bukan orangnya.”

Dahlia mengangguk. “ He is not the icing to my cupcake, or the filling to my pie crust, or the cili sos to my cekodok. Farid bukan soulmate aku. Tapi aku dah buat keputusan untuk terima dia. Minggu depan aku bertunang, enam bulan lagi kahwin. Nak atau tidak, aku kenalah cuba jadi isteri yang baik. ”

“ Jangan risaulah. Kau ada enam bulan sebelum kahwin. Anything can happen”

”  Betul tu. Semuanya di tangan Allah. Aku berserah saja, dah malas  nak fikir.” Dahlia mengerling jam tangan.”  Jom kita pergi serang Pelita. Pastu kita pergi shopping.” Wajahnya kembali ceria.

……………………………………………………………………………………….
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2010 08:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 18-12-2010 21:03

“ Thanks Sya.  Jangan lupa malam karang datang teman aku tau. Nanti aku text address”

Dahlia di turunkan depan Prince Court Medical Centre. Dua orang lelaki berpakaian baju melayu membuka pintu kereta. Pertama kali dia melawat pesakit di hospital yang serba eksklusif ini. Rupa pun tak macam hospital swasta lain. Sunyi dan tenang , dinding di hiasi dengan lukisan abstrak. Lif pun jenis kaca. Kelibat pesakit dan jururawat langsung tak kelihatan. Kalau bukan sebab ada tanda yang terpampang, mesti aku ingat dah salah tempat. Lobinya macam lobi hotel 5 bintang.

“ How do I get to Room 111?”  Dia bertanya pada receptionist.

“ You are Puan Sri Sabihah’s visitor?”

“ Yes”

Gadis receptionist itu memanggil seorang petugas untuk mengiring Dahlia ke bilik Puan Sri. Sepanjang perjalanan, Dahlia tertegun melihat seni hias dalaman. Memang kelas. Berapalah agaknya bil pesakit di sini?

Sampai di bilik 111, Dahlia mengetuk perlahan sebelum menjengukkan kepala. Manalah tahu kalau dia datang pada masa yang salah.  Puan Sri yang sedang baring di katil terus menggamit padanya..

“ Masuklah Dahlia.” Mata Dahlia berkeliaran ke sekitar bilik  yang di penuhi jambangan bunga pelbagai spesis. Nasib baik aku tak belikan bunga. Puan Sri Sabihah keseorangan. Ada ruang tamu kecil yang memuatkan empat kerusi dan TV plasma. Bersebelahan dengan ruang itu ada meja makan bulat dan kitchenette. Perghh.. ini tempat bercuti , bukan tempat orang sakit.

“ Apa khabar Puan Sri? This is for you“ Dahlia mendekati Puan Sri dan menghulurkan gift box dari Crabtree & Evelyn. Tangan di hulurkan untuk bersalaman tapi  Puan Sri menarik Dahlia lalu mencium pipinya. Terkejutnya bukan main. Oh tidak! Sakit sakit pun pakai perfume overdose. Dahlia menahan nafas.

“ Dah lama auntie nak jumpa Dahlia. Auntie rindu kat Dahlia. Dahlia sihat? “ Erkk.. sejak bila aku  naik pangkat jadi anak saudara dia? Rindu kat aku? Silap orang kah? Puan Sri ni mesti di bawah pengaruh ubat ubatan yang kuat.

“ Saya sihat, alhamdulillah. Thank you for the handbag. Maaflah sebab saya tak dapat datang lebih awal untuk tengok Puan Sri tapi bapa saya demam dua tiga hari lalu. Sekarang baru sembuh.” Babah terlampau teruja nak bermenantukan Farid sampai demam.  Ini belum aku kahwin lagi, baru nak bertunang. Haila! Aku kena jumpa doctor minta ubat penenang untuk Babah nanti.

“ Tak apa, Dahlia sudi datang  dari jauh pun dah cukup baik. And please don’t call me Puan Sri. Panggil lah Auntie. Sekarang Dahlia sudah tak bekerja dengan Perkasa lagi” Muka Puan Sri Sabihah nampak lebih lembut dan keibuan sekarang. Lipstik merah menyala sudah di ganti dengan warna pastel. Lebih sesuai dengan umurnya.

“ Puan Sri  sakit apa ?” tanya Dahlia sambil melabuhkan punggung di kerusi kulit sebelah katil.

“ Balik balik Puan Sri. Please, Auntie tak selesa,  Dahlia. ” tegur  Puan Sri Sabihah.
“ Sebenarnya Auntie kena colon cancer. Tapi Auntie masuk hospital minggu lepas sebab blood pressure tinggi dan lung infection. Mungkin sebab Auntie terlalu stress bila doctor beritahu tentang penyakit kanser. Auntie tak selera nak makan, tak boleh tidur. Satu malam tu, Auntie sakit kepala teruk. Bila Auntie cuba bangun Auntie terus tak sedarkan diri. Next thing I knew I was here. ” Dahlia tersentak. Kasihannya. Tak sangka Titanium Lady sedang menderita.

“ Oh, I’m sorry. Saya harap Puan Sri… eh, Auntie cepat sembuh” Itu saja yang mampu di luahkan.

“ Insyaallah. Doktor kata cancer Auntie baru stage satu jadi peluang untuk sembuh masih ada. Dua hari lagi Auntie akan di bedah. Tapi ada hikmah juga semua ini berlaku. Tuhan masih sayangkan Auntie. Dia bagi masa untuk Auntie bertaubat. Sekarang Auntie nak gunakan masa yang ada untuk beribadat dan beramal. Selama ini Auntie tak sudah sudah mengejar harta. Bukan boleh bawa masuk kubur pun.”

Adakah dia panggil aku sebab nak bagi harta? Ha..ha.. berangan kejap. Dahlia mengangguk kepala.

“ Betul , betul. Auntie tak usah fikir lagi pasal kerja, pasal syarikat Auntie. Sekarang Auntie kena tenangkan fikiran, ingat pada Allah. Banyakkan zikir dan salawat. Pesakit kanser kena kuatkan mental dan berfikiran positif. Saya doakan Auntie cepat sembuh.”

Senyuman memekar di wajah Puan Sri Sabihah. “ Thanks Dahlia. Sebenarnya ada  benda yang Auntie nak tanya. Betulkah Dahlia dah nak bertunang?” Aku nak dengar dari mulutnya sendiri walaupun Azmi dah bagi tahu. Manalah tahu kalau Amir masih ada peluang.

“ Ya. Hari Sabtu depan saya bertunang. Kami buat kecil kecilan saja. Maaflah kalau saya tak jemput. Tapi untuk majlis kahwin nanti, saya akan hantar kad undangan untuk Auntie sekeluarga.”

“ Oh, its not that. Sebenarnya, Auntie berkenan sangat dengan Dahlia. Kalau Dahlia masih single, Auntie nak pinang Dahlia untuk anak bungsu Auntie. Tapi tak mengapalah. Tak ada jodoh.” Puan Sri Sabihah senyum tawar untuk menutup kekecewaan nya.

Gila ke haper Puan Sri ni? Fuhhh… buat pertama kali aku bersyukur yang aku dah terima lamaran Farid. Tak boleh nak bayangkan aku berkahwin dengan ahli korporat yang kaya raya. Sungguh tak sekufu. Aku lebih layak jadi tukang masak dari menantu. Lagipun  adik Datuk Azmi mesti ada tempias perangai tak semenggah abang dia sebab di hasilkan  dari kilang yang sama. Makan hati lah siapa jadi bini dia. Sorry Puan Sri, carilah orang lain saja.

“ Ya, betul tu. Tak ada jodoh. Tunang saya tu kawan saya sejak kecil. Keluarga kami dah lama kenal. Lagipun anak Auntie tak sesuai dengan orang macam saya”

“ Kenapa pula Dahlia kata macam tu? Sebab Dahlia bukan anak orang kaya? Auntie dan anak Auntie tak pandang semua tu. Yang penting calon menantu Auntie mesti sopan, pandai menghormati orang tua, ada pengetahuan ugama, rajin ke dapur.”

Ya lah tu. Susah aku nak percaya. Sopan? Tengok Datin Elly Umur dah hampir 40 tapi masih pakai skirt dan baju bertali halus. Selalu keluar majalah Tatler terkinja kinja di parti. Tapi tak boleh salahkan dia saja, suami pun dua kali lima. Tak pandai bimbing isteri. Rajin ke dapur? Apa gunanya ada tiga orang pembantu rumah kalau menantu kena masak. Bibik bibik goyang kaki sambil layan sinetron.

“ Jangan risau lah Auntie. Mesti anak Auntie akan jumpa jodohnya. Lebih elok kalau dia yang cari sendiri, kan”

Puan Sri Sabihah mengeluh perlahan. Apakan daya, dia dah terlambat. Mudah mudahan Amir dapat gadis seperti Dahlia. Dia menukar topik.

“Auntie nak minta tolong Dahlia buatkan pai ayam, boleh tak? Macam yang Dahlia pernah buat untuk birthday cucu Auntie dulu. Auntie teringin sangat nak makan sebelum operation. Lepas operation nanti  dah kena pantang. ”

“ Boleh. Nanti saya pergi beli bahan organic. Makanan organic lebih baik untuk pesakit kanser. Er… Auntie, mana kondo Datuk Azmi? Kalau saya balik masak sekarang, malam nanti saya boleh bawa for dinner.”

Sebaik soalan di ajukan, Puan Maya, PA  Puan Sri Sabihah masuk bersama Datin Elly. Mata Datin Elly mencerun memandang Dahlia. Dari dulu dia kurang senang melihat keakraban ibu mertuanya dengan gadis muda ini. Suaminya sendiri pun tak habis habis memuji kehebatan masakan Dahlia. Datin Elly makin menjeruk rasa bila semua cupcake yang di buatnya tak menjadi. Kucingnya pun tak nak makan. Tanpa membalas sapaan Dahlia,  Datin Elly duduk di birai katil Puan Sri Sabihah.

“  Mummy okay? Dah makan? Nak Elly belikan apa apa?” Tangan Puan Sri Sabihah di usap.

“ No, I’m fine. Maya , bagi kunci spare kondo Azmi pada Dahlia. Kemudian suruh Pak Wan bawa dia ke Cold Storage untuk beli barang. Dahlia boleh guna driver Auntie selama Dahlia ada sini.” Datin Elly mencebik. Lebih lebih pula Mummy ni. Sayang sangat kat budak kampung ni. Who the hell is Dahlia to her? Anak bukan, menantu pun bukan.

Dahlia bersalaman dengan Puan Sri Sabihah sebelum meninggalkan bilik. Puan Maya memberikan kunci kondo dan kad access.

“ Bila sampai di lobi, Dahlia naik lif A terus ke tingkat 8. Kondo nombor 8- 3A. “

“ Boleh tak saya ajak dua orang kawan saya temankan saya malam ini? Saya sunyi lah tinggal seorang. Malam malam tak tahu apa nak buat.”

“ Ya, that’s fine. No problem. Kalau Dahlia nak makan, di bawah kondo tu ada 24 hour café. Kondo tu tak jauh dengan Great Eastern Mall, KLCC. Very convenient”

Kereta Audi Quatro sudah menunggu di depan pintu masuk utama. Puan Maya menghulurkan envelop. “ For your expenses”

Dahlia mengucapkan terimakasih. Rugi kalau di tolak. Duit aku dah kering masa shopping tadi. Best wo... dapat duit belanja, dapat duduk kondo. Boleh buat "slumber party" dengan Sya dan Wawa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2010 09:05 PM | Show all posts
Reply 1199# ADRIANAQISTINA
amir ni memang slow la

lembam gila
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2010 09:31 PM | Show all posts
mesti akan terjumpa dgn cikgu amir kt kondo tu kan??
pastu mesti cikgu amir salah sangka...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2010 10:44 PM | Show all posts
mesti amir n dahlia masing2 terkujat tgk sesama sendiri... tak sabar nak tau part seterusnya...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2010 11:24 PM | Show all posts
amir cepatlah bertindak! ingat dia ada masa dalam bilik puan sri tadi tenkiuk kak smileyy update
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2010 02:30 AM | Show all posts
mula2 dahlia surprisekan sya n wawa....
lepas ni dia pulak kena surprise kat konda dato azmi....

cikgu azmi dah dpt gambar2 farid, letak atas meja, dahlia nmpk....
YES!!!!! 2X surprise....


tq smiley, sambung lg k.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 08:58 AM | Show all posts
Reply 1203# sang_arjuna


    kalu slow motion sgt
alamatnya melepas la....:cf::cf:
tp kalu biasanya kalu org kalate kate
"hero x gaduh"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2010 10:18 AM | Show all posts
best..sambung lg smiley..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 10:50 AM | Show all posts
dahlia masuk kondo tok mi, tiba2 ckegi amir ada kat dalam tu
terkezuk lerr si dahlia........
tambahan pulak cekgi amir baru keluar
bilik air dengan bertuala,,,,,,,,,,,,, tak ke pingsan dak lia ni
hahaha. jahatkan aku.....kesian kome ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 11:54 AM | Show all posts
dahlia masuk kondo tok mi, tiba2 ckegi amir ada kat dalam tu
terkezuk lerr si dahlia........
tamba ...
wwannurr Post at 19-12-2010 10:50



    Wakakaka best2 kalau Dahlia pi kondo tu cikgu Amir baru lepas mandi tgh pakai towel hahahahah mesti cute
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 12:43 PM | Show all posts
Reply 1203# sang_arjuna

akak...
x baik tau kutuk cikgu amir..
dia bkn lembam..
tp slow & steady....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 01:24 PM | Show all posts
besh ne......sape tekezut tgk sape...n333333.....heheh
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 02:55 PM | Show all posts
akak smiley....sambungla lagiii....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 03:05 PM | Show all posts
nak tgk dahli adan azmi terkezut nanti......
silam TERkongsi bilik tidur wah ha ha ha ha
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 03:15 PM | Show all posts
Reply 1215# qimi08


   bukan terkonsi bilik tidur ngan tok mi tapi
.....jeng...jeng....ngan cekgi amir....hahhaha
tiba2 datang pak lebai, jirus dorang ngan air
jadi basah terus bawa balai,,,,,hahaha

bagus...bagus.....jahat aku kannn..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2010 03:18 PM | Show all posts
Reply 1216# wwannurr

Dgn tok mi x blh mak dating Elly kan tahu yg dahlia tinggal kat kondo tu.......

Kena mandi?????? jangan lah kesia dua2 masih teruna dara kasi lah
cara2 perkahwinan mereka mengikut adat....
Laki pun kedua-dua mereka orang yang baik
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 03:30 PM | Show all posts
Reply 1217# qimi08

alaaa qimi, aku tau dorang budak baik (budak ke)

saja aku nak hangetkan rumah arjun ni,,, dah lama aku tak
speku kat rumah ni, sekali2 kite bagi hangettt.......

tapi kan memang si dahlia terkezuk bila masuk kat rumah tok mi,
tiba2 je cekgi amir ada ?? bertuala lagi, dengan rambut basah lagi
dengan kegabraan si dahlia lagi, kan dia takleh tengok si amir
terus je mengalabah.....wee...wet....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 03:33 PM | Show all posts
Reply 1218# wwannurr

Okeh speku haku

Nanti sama2 penat masuk bilik terus tidur
tau2 bsk bangun pagi terkejut tgk masing2 ada atas katil
wah kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 03:36 PM | Show all posts
Reply 1219# qimi08


   ingatkan bantal golek kekabu
rupe-rupenye bantal golek idupppp.......wakakaka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.097984 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list