|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: RAMADHAN MUBARAK
[Copy link]
|
|

Author |
Post time 18-3-2024 07:17 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
ciksurie replied at 18-3-2024 07:16 PM
buat cemok tue jah..nak suh abis laa
xleh wat byk nanti bazir |
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 18-3-2024 07:15 PM
Sero dugal2 KO
hom...terutama time nak makan ubat..muntoh dulu laa..baru bulih mkn...ada hari kawe make sosej..beralun perut |
|
|
|
|
|
|
|
ciksurie replied at 18-3-2024 05:53 PM
dah tak pakai astro dah...pasang android box dah
Ooo. Apa yg menarik box tu?  |
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 18-3-2024 05:57 PM
Esok nk g cari la kot2 ada.
Cari jgn x cari  |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 18-3-2024 07:18 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
ciksurie replied at 18-3-2024 07:13 PM
utk jimat kos dia tue
Jimat Kos 1, sb lain dia nk biskut Tu lebih stabil X lembut sgt.
Selalu kalu guna pure butter sekut lembut sgt, mudah hanco. |
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 18-3-2024 07:15 PM
Kawe buleh sup tule pun jadi doh
adik kawe dua org jah make sup...3 termasuk abah aina...hok dua lagi tak berehi.. esok kawe nak wat gulai kicap daging..wat ikan percik |
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 18-3-2024 05:58 PM
Dah bancuh belom
Esok kot  |
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 18-3-2024 05:58 PM
Yeahhhhh.
Pilihan tepat
Kwang3x itik salai  |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 18-3-2024 07:19 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Nk off dulu meksu, nk siap2 buko poso.
Mlm ni kawe masuk lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 18-3-2024 07:16 PM
Harapnya la.
Pasni mesti dia mitok nk tgk kek pulok
kek deko buat comel comel |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 18-3-2024 07:17 PM
Ooo. Apa yg menarik box tu?
semua channel astro ada...tv singapore tv indon..semua ada... |
|
|
|
|
|
|
|
selamat berbuka puasa semua
 |
|
|
|
|
|
|
|
Cuaca panas dijangka kekal hingga April

Tanah kering dan merekah berpunca dari cuaca panas melampau ekoran fenomena El-Nino di Kampung Gulau hari ini. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Cuaca panas ketika ini dijangka kekal hingga pertengahan April berikutan kurangnya awan yang boleh membawa hujan serta fenomena ekuinoks yang dijangka berlaku Rabu ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Ambun Dindang berkata, dalam tempoh ekuinoks yang menyaksikan jangka masa siang dan malam adalah sama, matahari berada tepat pada garisan Khatulistiwa dalam proses pergerakan dari hemisfera selatan ke hemisfera utara.
Beliau berkata, dalam tempoh itu suhu boleh mencecah antara 35 hingga 38 darjah Celcius bergantung kepada kehadiran awan dan hujan pada masa tersebut.

Anggota JBPM Labuan memadam kebakaran hutan dan belukar di sepanjang Jalan Pesisir Pantai di Kampung Nagalang berikutan cuaca panas dan kering yang melanda sejak beberapa minggu di pulau ini. Foto Bernama Terdahulu, Jabatan Meteorologi Labuan telah mengeluarkan peringatan kepada orang ramai menggesa supaya tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka kerana musim kemarau dijangka berterusan sehingga suku kedua tahun ini. --fotoBERNAMA
"Selepas 20 Mac kedudukan matahari berada di utara garisan Khatulistiwa termasuk di Malaysia, jadi kita menjangkakan suhu akan kekal tinggi hingga April sebab kedudukan matahari berada di utara garisan Khatulistiwa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi tetamu program Bernama Radio dengan tajuk Hari Meteorologi Sedunia di Wisma Bernama hari ini.
Dalam pada itu Ambun berkata, bersempena Hari Meteorologi Sedunia pada 23 Mac ini, pihaknya akan mengadakan sambutan itu esok di ibu pejabat MetMalaysia bermula 9 pagi.
Antara pengisian yang dirangka pada esok ialah penyampaian anugerah tokoh meteorologi, audio siar (podcast) bertajuk "Berbicara dengan Langit” selain agihan bubur lambuk kepada petugas MetMalaysia.
https://www.sinarharian.com.my/a ... -kekal-hingga-april
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
'Anak kecil, susah dijaga sebaiknya tidak dibawa ke masjid'

SHAH ALAM - Kanak-kanak masih kecil dan susah dijaga sehingga boleh mengganggu jemaah ketika bersolat sebaiknya tidak dibawa ke masjid.
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, sekiranya kanak-kanak tersebut tidak menganggu, namun dibimbangi oleh ibu bapa terhadap keadaannya, maka dibolehkan untuk diletakkan bersebelahan ketika solat.
“Kami syorkan dalam keadaan sebegini, ibu bapa bersolat di tepi dinding (hujung saf) dan anaknya diletakkan di hujung sekali.
"Jika mereka mampu berdikari, lebih diutamakan untuk letak di saf kanak-kanak.
"Sepatutnya diwujudkan penyelia yang mengawasi atau membimbing kanak-kanak ketika dalam saf agar mereka dapat bersolat sebaik mungkin, memberi nasihat serta mengajarkan adab menghormati masjid,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi perkongsian di laman web rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan bertajuk Bayan Linnas Siri ke-63: Masjid dan Kanak-Kanak.
Sebelum ini, tular video seorang warga emas yang juga ahli jawatankuasa Masjid al-Falah di Jempol, Negeri Sembilan ditarik kerusi oleh kanak-kanak lelaki menyebabkannya jatuh terduduk.
https://www.sinarharian.com.my/a ... ak-dibawa-ke-masjid |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kanak-kanak menggangu jemaah di masjid: apa hukum, tanggungjawab kita?

DIDIKLAH anak-anak untuk mencintai masjid namun perlu mengawal mereka agar tidak mengganggu jemaah lain.
MINGGU ini riuh mengenai kejadian di mana kanak-kanak mengganggu solat yang sedang dilakukan jemaah di dalam masjid seperti yang viral di dalam media sosial.
Ada kanak-kanak yang menarik kerusi seorang jemaah sehingga dia terjatuh dan ada juga jemaah wanita yang kena pukul dengan kanak-kanak ketika sedang solat.
Perbuatan ini mendapat perhatian warganet sehingga ada yang berpendapat kanak-kanak sepatutnya tidak dibawa ke masjid, bahkan ada mengharamkan mereka daripada rumah ALLAH itu.
Selain itu, timbul banyak persoalan di sebalik kejadian-kejadian seumpamanya. Apakah hukum membawa kanak-kanak ke masjid? Siapakah yang bertanggungjawab menjaga mereka?
Persoalan-persoalan ini dijawab oleh Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam laman web rasmi Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan yang bertajuk Bayan Linnas Siri Ke-63: Masjid dan kanak-kanak.
Menurutnya, sejarah telah membuktikan kanak-kanak telah dibawa ke masjid untuk diajarkan ibadah solat serta pembelajaran ilmu.
"Bahkan kanak-kanak perlulah dibawa ke masjid semenjak kecil supaya perasaan cintakan masjid serta cintakan solat berjemaah dapat dipupuk lebih awal dalam diri mereka," katanya.
Hukum membawa kanak-kanak ke masjid
Dr Zulkifli menjelaskan, para fuqaha membahagikan hukum membawa kanak-kanak ke masjid kepada dua:
1 - Kanak-kanak yang belum mumaiyiz (dapat membezakan sesuatu yang baik dengan yang buruk), dilarang atau tidak dibenarkan untuk dibawa ke masjid menurut sebahagian fuqaha Maliki, Hambali dan Syafie.
Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW: "Jauhilah masjid-masjid kalian daripada anak-anak kecil kalian." (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
2 - Kanak-kanak dibolehkan untuk hadir ke masjid sebagaimana pendapat Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani, Imam Asy-Syaukani dan lain-lain berdasarkan hadis:
"Aku melihat Nabi mengimami solat sedang Baginda mendukung Umamah binti Abi al-As yang juga anak perempuan Zainab binti Rasulullah. Apabila rukuk, Baginda meletakkannya dan apabila bangun dari sujud Baginda mengangkatnya semula." (Hadis Riwayat Muslim)
Menurut Imam Asy-Syaukani, ia menunjukkan keharusan membawa masuk kanak-kanak ke dalam masjid.

SARANAN Dr Zulkifli agar ibu bapa solat di tepi dinding atau hujung saf agar anak-anak dapat solat di tepi ibu bapa. Gambar Hiasan/Gambar Pexels.com
Berdasarkan kedua-dua pendapat tersebut, Dr Zulkifli merumuskan bahawa jika kanak-kanak teramat kecil dan susah untuk dijaga serta mengganggu jemaah, maka lebih utama untuk tidak membawa mereka ke masjid.
"Jika kanak-kanak tidak mengganggu namun dibimbangi oleh ibu bapanya akan keadaannya, maka boleh diletakkan di sebelah ibu bapanya. Kami syorkan dalam keadaan sebegini, ibu bapa untuk bersolat di tepi dinding (hujung saf) dan diletakkan anaknya di hujung sekali.
"Jika kanak-kanak mampu berdikari, aulanya (lebih utama) dia diletakkan di saf kanak-kanak.
"Seyogia juga wujudnya penyelia yang mengawasi dan membimbing kanak-kanak di dalam saf dan solat mereka agar kanak-kanak dapat melakukan solat dengan sebaik mungkin. Di samping itu, dia (penyelia) dapat menasihatkan kanak-kanak daripada berbuat bising dengan mengajarkan adab-adab dan meraikan kehormatan masjid," katanya.
Perkara sama turut dipersetujui pendakwah Ustaz Azhar Idrus dan beliau menerangkan kanak-kanak bermain di dalam masjid ini bukanlah perkara baharu dan ia telah berlaku sejak zaman Nabi Muhammad SAW.
"Kanak-kanak bermain di dalam masjid bukanlah perkara yang pelik dan ia sinonim dengan meraka yang suka bermain. Ke mana sahaja mereka pergi, mereka akan bermain termasuk di dalam masjid.
"Apa yang sepatutnya dilakukan oleh orang dewasa ialah menegur mereka. Walaupun mereka tidak mendengar teguran kita pada awalnya, namun mereka akan ingat teguran itu dan lama-kelamaan mereka akan berubah sedikit demi sedikit," katanya dalam sesi soal jawab yang disiarkan di akaun YouTube miliknya.
Beliau menjelaskan, teguran dan nasihat daripada orang dewasa perlu sentiasa dibuat seperti mana hadis Rasulullah SAW: "Agama itu nasihat." (Hadis Riwayat Muslim)
Tambahnya lagi, ibu bapa juga hendaklah memainkan peranan masing-masing dengan berpesan kepada anak-anak supaya tidak menggangu jemaah lain yang sedang beribadah.
https://www.sinarharian.com.my/a ... -tanggungjawab-kita
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
3 lagi  |
|
|
|
|
|
|
|
2 lagi  |
|
|
|
|
|
|
|
1 lagi  |
|
|
|
|
|
|
|
Turn page  |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|