CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Santeira

[SERAM HOTEL]kisah seram di hotel (dalam dan luar negara)

  [Copy link]
Post time 23-1-2018 01:54 PM | Show all posts
batu kikir replied at 14-1-2018 10:57 PM
Syarikat antar gi kursus disebuah hotel di Genting (dah lupa nama hotel ni). Yalah bukan aku sorang. ...

mremang plak baca citer chuols. kalau lah meols dlm keadaan tu, maybe meols ketuk pintu ofismate sebelah nak mintak tido sekali. Tido kat lantai pun takpoooo as long tak tido sendirian. kira chuols berani yach!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2018 10:19 PM | Show all posts
BoongaKertas replied at 23-1-2018 01:54 PM
mremang plak baca citer chuols. kalau lah meols dlm keadaan tu, maybe meols ketuk pintu ofismate s ...

Aku lelaki sis.........nak tumpang tidur (sebab takut).......malulah aku. Hilang macho.
Tapi dalam hati takut juga..........itu sebab aku pasang semua lampu dan tidur dalam keadaan terang benderang.
Kursus habis dalam 10 malam......jadi nak gi bilik member.....sendiripun letih.
Jadi balik bilik hotel, konon2 nak rehat dan terus tidur.

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 01:56 AM | Show all posts
batu kikir replied at 14-1-2018 10:57 AM
Syarikat antar gi kursus disebuah hotel di Genting (dah lupa nama hotel ni). Yalah bukan aku sorang. ...

i pon pnh kena sama dgn kes u...kena tinggal dgn roomate sesorang dlm bilik hotel kt GH sbb takut hntu punya pasal
tpi hotel yg mana i x ingt sbb GH tu bnyk sgt hotel.

mlm tu company i de event kt GH dan abis slps 12midnight. dh hmpir nk tamat event, kawan i td baru nk bagitau yg dia x nak duk kt hotel mlm tu, abng dia dh ready kt luar hotel nk jemput dia. dia kata dia takut hantu n dia ajak i balik sekali ikut dia. rumah kami mmg dekat2 tpi dia kena hntar i kt opis dulu sbb kete park kt situ. kami pergi naik bas.

dia kata rmai cite kt hotel tu de hntu sbb tu dlm bilik x de cermin. kebetulan dlm bilik kami tu mmg xde cermin. jgn tnya i apa kaitan cermin dgn hntu sbb i pon x tau. tapi i x nk balik, puas jgk dia pujuk i. then mlm tu i tido la dlm bilik tu sesorang...mmg i bukak semua lmpu dlm bilik sbb dh biasa tido lmpu tpasang. so mlm tu i tido dgn lena sekali, xde penampakan or bunyian yg pelik

so intipatinya di sini, jika kita nk buat sesuatu, jgn mulai dgn fikir bnda2 yg negative...fikir positive, InsyaAllah semuanya akan OK
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
batu kikir replied at 23-1-2018 10:19 PM
Aku lelaki sis.........nak tumpang tidur (sebab takut).......malulah aku. Hilang macho.
Tapi dala ...

Alamak, sorry. Ingtkn chuols sis. Betul gak eh, hilang plak macho kalau g ketuk pintu sebelah. Hehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 01:47 PM | Show all posts
aunty masa kat PD...

1) *NC*S* hotel & apartment tu...nak kata jumpa hantu, alhamdulillah tak, tapi terasa aura seram...dah la sampai situ malam, dan nasib aunty berteman ketika tu...nak cancel dia kata takleh, kena at least tido 1 malam...ikutkan aunty book 5 malam... the next day terus checkout & pindah ke hotel lain

2) *DM*R*L  C*V*, masa ni pun pergi dek ada course. mula dia kasik tingkat paling tinggi. tapi tengah malam dengar kejadian pindah randah tarik kerusi perabut bagai. masa tu antara takut & hangen. takut la sebab sorang2...hangen sebab nak tido takleh tido dek ketakutan..end up tido gak....besok tu mintak turun tingkat lain yang lebih rendah dan lebih banyak occupied room. kowser la nak menabahkan diri ditakutkan...nasib hotel tak banyak songeh, bila dia tanya , aunty cakap, aunty takleh tido dok bilik tu, terdengar bunyi2an.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 01:55 PM | Show all posts
kalau kat selangor, kat hotel B*NG* P*TR*J*Y* tu... tak ingat lak nombor bilik, tapi bilik tu hujung...

sama gak la kejadian, bunyi tarik2 perabut.

aunty plak letih yahamat, tapi still takleh nak ignore bunyi tu...

sudahnya pasang mp3 alquran kuat2, bukak semua lampu ...

i survived that nite...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2018 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa cite hotel impiana cherating, skarang ye
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 01:43 PM | Show all posts
Cerita ini ada mengandungi unsur unsur adegan bagi orang yang dah berkahwin. Mohon jangan bayangkan.

Adhij*** Sun**t Hotel, Kuta.

Cerita ni berlaku tahun 2017. Cerita ini berfokuskan hotel tempat aku menginap ye. Masa tu aku tergedik gedik nak ajak suami aku pergi honeymoon. Aku suruh dia pilih mana nak pegi. Dia pilih Bali jadi aku ikutkan aje la. Sampai kat sana memang aku terkejut. Mana taknya penuh patung patung sembahan di setiap perjalanan dan tempat yang aku lalui. Seram memang seram tapi tawakal aje la. Lagi pun ada suami aku disisi (cewah..) sebagai menghormati agama dan budaya orang lain, maka aku mendiamkan diri sambil tanya tanya tour guide tentang Bali.
Sepanjang perjalanan boleh dikatakan aku memang terserempak dengan patung, barang pujaan serta sekumpulan manusia yang dalam perjalanan untuk pergi memuja. Boleh katakan setiap langkah tu ada je bahan sembahan di kiri dan kanan jalan. Perasaan tu tak la teruja sebab yela bukan sesuatu yang sebati dengan diri kita dan tak ada kena mengena pun. Tapi aku jadikan ianya sebagai pengalaman.

Apabila sampai di hotel Adhij*** Sun**t Hotel, Kuta. Aku rasa teruja sebab tengok bilik kami dihias indah dengan kelopak bunga siap ada angsa atas katil. Ko rasa?? Tazabar nak bergolek golek weii.. tapi sayangnya aku dalam fasa fasa terakhir datang bulan. Jadinya aku harus bertabah. Bukan suami aku ye yang bertabah kerana beliau sangat bersabar. Jadi malam itu berlalu dengan tiada adegan 18sx... tetapi....... jeng jeng jeng... sejak dahulu aku dikurniakan dengan perasaan yang kurang enak apabila aku dapat rasakan ada entity yang tidak diperlukan di sekeliling aku.

Sampai di bilik hotel, pertama sekali yang aku lakukan ialah ambil gambar dan selfie dengan suami aku. Setelah puas bergambar dan berposing dengan angsa, maka aku upload la gambar tu dalam media social.(macam korang selalu buat tu). Lepas selesai muatnaik, maka aku pun berlenggang kangkung pergi mandi. Semasa mandi, yang tak bestnya aku dapat rasakan sesuatu yang memerhatikan aku mandi. Di segenap sudut aku dapat rasakan dalam bilik air tu penuh dengan sesuatu yang aku tak nampak. Yang wujudnya hanya aku. Sepanjang mandi memang meremang tak payah cakap la. Berdiri bulu roma. Dah selesai semua, aku keluar. Aku tak beritahu apa apa pada suami sebab tak nak spoiled kan mood apatah lagi bila tak dapat buat apa apa (heheh..)
Malam itu tak ada apa apa yang pelik yang berlaku. Cuma aku rasa tak selesa. Lagi pulak kita memang ada perasaan kurang enak.

Sampai la keesokkan harinya tiba masa untuk turun breakfast baru aku perasan depan bilik hotel sedang ada pembinaan sebuah kuil. Semalam masa sampai aku tak perasan sebab sampai hotel bila dah gelap, kitorang pergi jalan jalan dulu baru check in. Dalam hati patutla. Lagipun ada bunyi ayam jantan berkokok pada pukul 3 pagi. What do you expect?

Malam kedua, (apesal aku gigih taip panjang panjang eh?) malam kedua berlalu begitu sahaja. Masih lagi tidur dalam keadaan remang remang senja nak merah. Oh ya, nak bagi tahu, sejak bila aku mandi dalam bilik air dan aku rasa something tu, aku dah start mandi sambil buka pintu luas luas. Aku peduli apa. Itupun aku masih tak beritahu suami aku kenapa.

Malam ketiga. Aku masih dalam cubaan.. (aku dapat rasa korang nak menyumpah aku gila sex) wei, honeymoon jauh jauh naik kapal terbang kau nak suh aku diam diam dalam bilik je ke wei? Ok sambung. Setelah percubaan tak menjadi, aku pun tidur. Sempat lagi suami aku kata balik Malaysia nanti dia cerita. Aku jadi pelik. Dalam pukul 3 macam tu aku tersedar nak pergi toilet. Macam biasa memang aku tak tutup pintu. Sebenarnya nak pergi toilet tu pun aku terfikir dan serba salah nak pergi ke tak. Aku takut sebenarnya. Tapi aku gagahkan juga sebab tak elok tahan kencing. Jadi aku pergilah. Lepas aku dah naik katil, suami aku pula yang pergi. Masa dia nak pergi tu pun aku meremang. Entah kenapa setiap kali dia nak tinggalkan aku pergi toilet sekalipun aku dah meremang. Memang dia selalu keluar dari bilik untuk vape (tak baik untuk kesihatan).

Jadi setelah kami balik, aku pun tanya dengan beliau. Apakah yang berlaku dan kenapakah aku dah macam ayam golek pun kau tak pandang. Maka dia menjawab sebenarnya dia ada nampak sesuatu pada malam pertama lagi kami berada di bilik tu.

Malam pertama dia nampak kelibat perempuan berambut panjang berbaju putih di sebalik langsir dekat belah katil aku. Kau rasaa?? Tapi hanya sepintas sahaja. Memandangkan aku pun tak suci jadi dia berjaga jaga sahaja. Malam kedua masa dia nak keluar dari bilik untuk vape dia nampak kelibat hitam or lembaga di tapak pembinaan kuil berhadapan dengan bilik hotel kami. Kelibat tu sedang bertenggek di bumbung kuil dengan mata merah. ni aku confirm bukan patung ye sebab aku memang sempat membelek keadaan tapak pembinaan tu. Hmm.. malam ketiga selepas aku ke toilet, dia pun ke toilet, suami aku nampak ada patung putih di cermin tempat aku berhias dan dekat katil aku. Patung tu dengan keadaan taring terjulur, lidah terjelir ,rambut putih panjang sedang merenung. Kebetulan hari tu kami memang ade pergi ke monument yang ada patung besar serupa itu. Kalau korang pernah sampai bali tau la kan patungnya semua hampir sama. Jadi aku pun beritahu tentang perasaan kurang enak aku hingga aku tega mandi sambil pintu terbuka luas. Dia kata dia tahu. Cuma tak nak takutkan aku sebab itu la dia decide nak cerita bila balik Malaysia nan terchenta...

Itu la pengalaman aku di hotel Bali. Mohon maaf kalau ada tersentuh sensitivity agama lain. Sesungguhnya tiada niat. Aku taip panjang panjang ni ada yang nak baca ke?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2018 04:06 PM | Show all posts
auntie_girl replied at 24-1-2018 01:55 PM
kalau kat selangor, kat hotel B*NG* P*TR*J*Y* tu... tak ingat lak nombor bilik, tapi bilik tu hujung ...

Alamak ye ke? Aku baru pergi sabtu lepas sb ada wedding kat situ. Hotel agak ke dalam & laluan nak ke sana agak sunyi. Rasa gak keseraman tu tapi masuk grand ballroom meriah dah tak rasa apa
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 04:10 PM | Show all posts
nenek_lampir replied at 5-3-2018 01:43 PM
Cerita ini ada mengandungi unsur unsur adegan bagi orang yang dah berkahwin. Mohon jangan bayangkan. ...

Ye ye...aku dah baca pun
Aku dah 2 kali gi Bali. Last aku gi sesorang wakil company ke conference. Hotel mewah tapi biasa la dah nama pun Bali,  patung terjelir tu merata2 boleh jumpa. Aku tido2 ayam je sepanjang 2-3 malam kat sana. Lampu pasang jugak semua tapi lampu pun romantik2 je bukan yg terang benderang. Syukur takde penampakan
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 09:14 AM | Show all posts
hatikudus replied at 5-3-2018 04:10 PM
Ye ye...aku dah baca pun
Aku dah 2 kali gi Bali. Last aku gi sesorang wakil company ke conf ...

fuhh!! ada jugak orang baca
bali ialah tempat yang aku tak akan return untuk berjimba, honeymoon apatah lagi membawa tentera tentera (anak anak).. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 10:28 AM | Show all posts
aku pun ada pengalaman..
tahun 2008 gi honeymoon kat Kuta Bali
masuk hotel ala-ala resort mengadap swimming pool..
suasana bilik  suram je.. terus rasa tak sedap hati..
rasa ada org memerhati.. aura negatif mmg jelas rasa..
pastu dalam bilik kat hujung dinding ada patung mcm utk tujuan keagamaan diaorang..
masuk toilet pun rasa mcm ada menda mememerhati..suspen sgt..
sama mcm nenek_lampir rasa...  hehe
suppose tido 2 malam..
tp ambik 1 mlm je.. mintak en suami tukar hotel.. ambik hotel yg modern terus..haha..
rasa lebih selamat..

masa gi tour Tanah Lot.. sampai dah nak magrib..
mmg byk ambik gambar view cantik sbb nak sunset..
bila review dlm camera.. ada nmpak byk orbs..
tak pastu laa misteri ke tak.. ada yg ckp orbs tu sbb pantulan kamera..
ada yg ckp paranormal activity..

apapun mmg tak akan return vacation ke Bali..
cukuplah sekali..hehe

sorry if cerita pengalaman ni tak seram sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 08:38 AM | Show all posts
sekuntum_nm replied at 6-3-2018 10:28 AM
aku pun ada pengalaman..
tahun 2008 gi honeymoon kat Kuta Bali
masuk hotel ala-ala resort mengadap ...

serius ngeri kan pergi sana
aku dapat tengok ada sedikit penyesalan di muka suami aku kerana memilih Bali
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 12:03 PM | Show all posts
Edited by chikumanis at 12-3-2018 01:40 PM

tapi kenapa ramai yg memilih bali untuk berjimba? ke sbb depa bjimba dah serupa dengan penampakan?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 04:48 PM | Show all posts
Edited by d_anne04 at 12-3-2018 04:56 PM
nenek_lampir replied at 5-3-2018 01:43 PM
Cerita ini ada mengandungi unsur unsur adegan bagi orang yang dah berkahwin. Mohon jangan bayangkan. ...

nenek...

bila aku baca citer kau..teringat zaman honeymoon kat bali jgk 9 thn lepas...nasib baik takde pape...puas hati dengan kedua-dua hotel yang kami stay (di candidasa dan kuta)
cumanya kat sana yang rasa seram sikit masa tgk persembahan kechak dance...

tiba-tiba teringat music bali yang mengasyikkan..

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 09:45 AM | Show all posts
d_anne04 replied at 12-3-2018 04:48 PM
nenek...

bila aku baca citer kau..teringat zaman honeymoon kat bali jgk 9 thn lepas...nasib bai ...

ye lorr..

untung la tak jumpa apa apa.. tapi pantai Bali memang cantik. sebab tu orang suka pergi sana la kottt
tapi untuk return, idok lee.. budaya diorang agak menakutkan jugak,, heheh maksudnya rupa paras patung patung agak scary jugak.. huhu

banyak pengalaman aku kat hotel2 ni tapi kena ingat2 balik la.. maklumla otak dah karatzzz...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2018 10:05 AM | Show all posts
Orang kata sape hanimon kat BALI, balik2 je mesia pregnant. Betol ke? Hahaha.

adik bongsu iols mmg kena terus. Bunting pelamin.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Haii.. uollss .i orang baru here. Tak lama lg nk honeymoon kt bali. So bolehh x suggestkn hotel yg okay? Sbb xnak laa terkena hotel pelik2 , sbb honeymoon kn kena bwak pnglmn manis2.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
sekuntum_nm replied at 6-3-2018 10:28 AM
aku pun ada pengalaman..
tahun 2008 gi honeymoon kat Kuta Bali
masuk hotel ala-ala resort mengadap ...

Adui. Banyak jugak pnglmn pelik2 dkt bali kan..part patung2 tu tak boleh tahan.
Seram plak bce. Dah la nk g honeymoon kt bali tak lama lagi nie
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
nenek_lampir replied at 12-3-2018 08:38 AM
serius ngeri kan pergi sana
aku dapat tengok ada sedikit penyesalan di muka suami aku kerana memi ...

Adakah aku akn menyesal jugak memilih berhoneymooon ke baliii tak lama lgi .huuuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.102520 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list