CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yayah8989

Aeril Zafrel & WawaZainal Mengaku NikahDua Kali

[Copy link]
Post time 17-10-2013 11:42 AM | Show all posts
Pelik betul..memang dasar konar baring punya manusia. Yang kawen x hebahkan tu hal koranglah. tp kalau dah tau benda tu bukan fitnah tapi kenyataan..buat apa nk create cite lain.dah kantoi camni kan malu.nampak sgt menipu.

hinanya rasa bila suami mengaku bujang dan kite bukan isterinye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2013 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe posted on 17-10-2013 11:23 AM
abis dua orang ni berlakon tak berpegang-pegang ke dengan bukan mahram? tak pakai seksi ke si hawa ...

Skrg ni yg korg dok fokus psl kes dorg nikah kan? Ader korg sebut psl mende lain?
Kurang sgt...
Yg byk dok ulng..nikh senyap, xbgtau org..x tulah xinilah..ank xsah taraflah...
Come on lah..get a life ok..
Sibuk sgt hal org.....
Hmm ginilah org memalyu..xde kee nk buat sibuk hakl rg jelah
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 11:46 AM | Show all posts
Dulu-dulu pernah tanya kat peguam syariah. Nikah dua kali memang tak boleh kecuali :

1) Nikah pertama tidak sah

2) Nikah yang pertama telah terbatal melalui talak atau perceraian.


Last edited by sue_0586 on 17-10-2013 12:56 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
lilcountess posted on 17-10-2013 11:18 AM
jadi tak payahlah komen kata org di sini feeling maksum atau nak judge org, ok? teruskan aja sokon ...

Mmg pon..rmi yg kt sini bajet cam diri sendiri bebas dr buat dosa...
Padahal Allah je yg tau betapa bertimbunya dosa kita ni..
Hmm dahla out from here.xnk dah masuk sini..dah busan...
Lgpon dorg dah slamt n dah ada ank dah pon..
Leave them alone..
Utk sesiapa yg dah kahwin tu..tahuknh anda apa yg isteri/suami anda sedg buat skrg?
Thukh ada apa yg ank anda tgh buat skrg?
Betul ke kt solh? Ke ponteng skolh....?
Ke pegi sekolh tp main je..buku xbawa?
Hahah so tgklah keluarga tersyg kn lebih baik?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 11:46 AM | Show all posts
naina posted on 17-10-2013 11:37 AM
klu ikut pe yg kwn saya story tu..fmly die trutama kakak2 die suke shopping kt kl.suke benor g sog ...

Alhamdulillah causin sy dpt yg bukan mata duitan. Tapi rupa
Jeles jugak kdng kuat makan, tp body still maintain...anak da 3!
Causin sy tersangkut masa die keje sana. Tp x heran la sbb die mmpu. Gaji pun dekat 10k, umah + transport company bg. Tak cmpur duit umah yg disewa kan.
Masa majlis kawin diorang paling gempak, 7hari 7malam u! hahahaha...Tapi start hari ke 4 tu cuma kenduri ksyukuran la.





Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 11:52 AM | Show all posts
mommymonster82 posted on 17-10-2013 11:43 AM
Skrg ni yg korg dok fokus psl kes dorg nikah kan? Ader korg sebut psl mende lain?
Kurang sgt...
...

sekarang ni orang cakap derang ni menipu .. sukati dia lah nak kawen senyap2 tapi tak payahlah bila orang tanyer dah kawen /ada anak
jawab kiteroang difitnah blah ..bla ..blaa saya nak saman bla..bla..

tapi last-last ngaku dah kawen and salahkan kontrak si david teo sebab tu sembunyikan kawen ???

cuba terang-terang cakap ya saya dah kawen ..sorry tak bagitau sebab kiteroang kawen bajet tak cukup nak ajak press datang majlis
takder pun orang nak kutuk




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2013 12:04 PM | Show all posts
mommymonster82 posted on 17-10-2013 11:43 AM
Skrg ni yg korg dok fokus psl kes dorg nikah kan? Ader korg sebut psl mende lain?
Kurang sgt...
...

sapa pulak yang marah dorang kawin??
kebanyakkan kat sini marah pasal dorang menipu bertopengkan agama bersumpah buat ayat bagus bagus berhadis bagai..
menafikan perkahwinan dan kelahiran anak dorang sendiri..
pastu buat macam diri teraniaya..
sapa yang aniaya sapa kalu bukan dorang sendiri aniaya diri sendiri dengan anak dorang..
key word is MENIPU..
kalau dari awal dorang tak menipu, benda ni takkan berlarutan..

tak payah la nak tunjuk berilmu nak jahilkan orang, melayu ke sana ke sini, kira dosa pahala forumer lain..
abis yang ko bertungku kat sini, bukan menyibuk hal orang? ko bukan melayu berkerak jugak?



Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 12:08 PM | Show all posts
mommymonster82 posted on 16-10-2013 07:08 PM
Biar jelah kt dorg...xde kena mengena dgn kita pon..
Sy xrs tertipu sbb sy xnk amik tahu pon kish ...

ada org kesah, ada org rasa tak kesah.
aku pun tak kesah gak.
dia nak tipu siapa sebenarnya?
DT?
Peminat?
Tunang?
wartawan?

itu dia punya suka.

mungkin sebab kita bukan peminat dia..jadi tade hal la kakak..
mcm la tak paham retis ni kan?.
masuk sini, seronok2 sudah..
kita sedang menatap drama buatan diorang ni.
takde impak apa2 kat kita.
cuma..


ini semua...


LAGHOOOO..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2013 12:08 PM | Show all posts
adoila.ksian sungguh wawa neh.muka cantik,muda lg..tp kwen cara cmni.
beza sungguh ngn diana n farid time kwen dulu.boleh jer meriah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 12:14 PM | Show all posts
orang banggang jer jadi retis ni......
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 12:16 PM | Show all posts
tak kisahlaa ngko nk nipu ngan saper.dgn manusia ..itulah hasilnya..keji dan cacian yg diterima...biarlah kan....janji bukan dgn Allah.....apapun akak doakan korang bahgia dekk..love both... Last edited by dzaraa on 17-10-2013 12:49 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 12:17 PM | Show all posts
dah mengandung baru kursus kawen....kantoiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 12:18 PM | Show all posts
Wawa Zainal: Hentikan tohmahan!

Wartawan Sinar Harian

17 Oktober 2013


                             Wawa Zainal               
                        
SEHINGGA
ke hari ini, rata-rata masyarakat masih berbicara mengenai kontroversi demi kontroversi yang tercipta setelah isu nikah rahsia pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tersebar.

Tampil mengakui kekhilafan dan memohon maaf di atas tindakan itu, baik Aeril mahupun Wawa mengharapkan lembaran baru dalam kehidupan mereka bertiga.

Bukan sahaja Aeril malah, Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 22, berharap agar masyarakat tidak lagi memandang serong di atas segala apa yang telah berlaku sebelum ini.
Malah, jauh di sudut hati Wawa supaya hubungan suci itu diterima masyarakat dan tiada lagi kata-kata nista pada mereka sekeluarga.

Menurut Wawa, penjelasan mereka ketika sidang media sebelum ini diharapkan dapat menjawab segala persoalan dan tohmahan yang dilempar terhadap dirinya, suami dan anak.

"Saya mohon agar kami diberi ruang untuk memulakan hidup baru sekeluarga. Janganlah kerana peristiwa lalu, tohmahan dan cercaan ini berterusan.

"Kasihanilah anak kami kerana dia tidak berdosa dan dia adalah cinta halal kami. Hentikan tohmahan dan cercaan yang bukan-bukan.

"Kami juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Terima kasih kepada mereka yang mendoakan kebahagiaan kami," kata pelakon filem, 99 Kali Rindu, ini.

Sebelum ini, tindakan Aeril dan Wawa yang menyembunyikan ikatan pernikahan mereka menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat, peminat dan media.

Namun, setelah rahsia ini terbongkar, mereka tampil mengakui perkara sebenar dan mengumumkan telah bernikah sebanyak dua kali apabila perkahwinan pertama tidak sah di sisi Undang-Undang Keluarga Negeri Selangor.

Belum berhijrah penuh

Penghijrahan Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Suhari, 25, bukanlah perkara baru kerana sejak penghujung tahun lalu, dia sudah selesa mengenakan jubah, serban dan bercelak mata.

Namun, ketika sidang media baru-baru ini, Wawa juga dilihat manis bertudung dan mengenakan baju kurung.

Turut menjadi tanda tanya, adakah pelakon filem, 99 Kali Rindu, ini sudah berhijrah dengan mengikut jejak langkah suaminya.

Menurut Wawa yang juga artis residen, Metrowealth International Group (MIG), dia masih lagi dalam proses pembelajaran dan berusaha mendekatkan diri dalam agama.

"Buat masa ini, saya belum lagi berhijrah sepenuhnya. Saya masih belajar dan cuba mendalami ilmu agama.

"Kalau saya keluar, mungkin saya akan pakai tudung. Namun, jika ada tawaran lakonan yang memerlukan saya membuka tudung, saya akan buka.

"Namun, saya akui, memang saya selesa bertudung dan berhasrat untuk ke arah itu. Mungkin sedikit masa lagi," katanya yang mula mencipta nama sebagai pelakon baru menerusi drama, Klik.

Tolak tawaran demi anak

Hasil perkahwinan pada 25 Februari tahun lalu, Aeril dan Wawa dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ahmad Fakharuddin Attar, pada 24 Ogos lalu.

Malah, pasangan ini mula berkongsi wajah puteranya itu bersama peminat dan pengikut di laman sosial, baru-baru ini.

Lebih selesa membesarkan cahaya mata sulungnya itu sendiri, Wawa memilih untuk berehat sementara dari bidang lakonan.

Menurut Wawa, sehingga kini ada beberapa tawaran yang terpaksa ditolak untuk memberi perhatian kepada anaknya itu.

"Walaupun MIG masih belum menghubungi saya untuk sebarang projek, namun saya ada menerima beberapa tawaran dari syarikat produksi lain.

"Namun, buat masa ini, saya belum bersedia untuk bekerja kerana anak masih kecil. Lagipun, saya belum puas untuk menguruskan anak sendiri. Terasa rugi jika saya melepaskan momen indah ini.

"Mungkin dua atau tiga bulan lagi, saya akan kembali bekerja dan tugas itu diserahkan kepada ibu saya atau bergilir-gilir dengan Aeril," katanya yang mengakui masih terikat dengan kontrak bersama MIG sehingga 2015.

Walaupun kontrak masih berbaki dua tahun, namun sehingga kini dia masih belum dimaklumkan mengenai statusnya bersama MIG.

Katanya, sejak dia membuat permohonan untuk bercuti panjang ketika menderita penyakit misteri itu, sehingga ke hari ini, pihak MIG belum menghubunginya untuk sebarang tawaran lakonan.

"Saya juga tidak tahu status saya kini, adakah masih di bawah MIG ataupun tidak. Malah, saya tidak dimaklumkan mengenai apa-apa projek lagi.

"Jadi, selagi saya tidak dipanggil, selagi itulah saya sifatkan, saya masih diberi rehat panjang.

"Pun begitu, saya terima apa jua tindakan daripada pihak pengurusan dengan hati yang terbuka," kata anak kelahiran Lahad Datu, Sabah ini.

Tunangan orang?

Belum pun reda itu nikah rahsia, Wawa diduga lagi apabila akhbar tempatan mendedahkan pelakon filem, Hantu Dalam Botol Kicap, ini bergelar tunangan orang ketika berkahwin dengan Aeril.

Bagaimanapun Ketika sidang media baru-baru ini, ada dalam kalangan media tampil bertanya mengenai statusnya sebelum ini.

Namun, Wawa dengan pantas menjawab, dia tidak pernah bertunang dengan mana-mana lelaki sebelum ini.

Pun begitu selepas penafian itu, seorang guru yang berasal dari Lahad Datu, tampil mengakui dia pernah mempunyai hubungan dan mereka bertunang sebelum Wawa bergelar pelakon.

Malah, mereka tidak pernah memutuskan pertunangan itu walaupun telah bergelar isteri orang.

Bagaimanapun, Wawa bertindak untuk mengunci mulut daripada terus memberi penjelasan mengenai perkara itu.



Credits: sinarharian.com.my
Last edited by achik2009 on 17-10-2013 12:20 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 12:41 PM | Show all posts
tak sangka wawa yang ku minati selama setahun sebagai pengganti lisa surihani rupanya tunang org, isteri org, & mak org.

ini membuatkn aku pikir artis2 baru yg muda & cantik, adakah mereka dah di cop org atau dicelop org.

aeril kau xde dlm dunia hiburan ni pun xpe. nk serius blakon ke, nk menebuk tunang org?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 01:07 PM | Show all posts
my sis one of org production..mase raya tu dia cite la..at wawa ni dah pregnant before nikah..mmg krew production sume tau hal ni...tp diorg malas nk kecoh...xtau lah cite bi betul ke x kan...yg aeril ni pak sanggup je..sebb wawa ni mmg social... sbb my sis cite...make up retis ni pernah g umah wawa ..dia stay ngn mat salleh...tak silap...zubir pernah bukak cte ni..yg bgtau ade retis yg bertopengkan syaitan...adik aku ckp.zubir act cite pasal wawa ni la..sebb mak nyah tu yg cite ngn zubir...


jgn tanya aku lebih2..sebb ni based on ape yg adik aku cite....

ngeri aku ngn life retis ni...adoyaiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 01:14 PM | Show all posts
teha86 posted on 17-10-2013 01:07 PM
my sis one of org production..mase raya tu dia cite la..at wawa ni dah pregnant before nikah..mmg kr ...

Mesti muka baby iras kokesen (base pada story adik uols)...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2013 01:21 PM | Show all posts
teha86 posted on 17-10-2013 01:07 PM
my sis one of org production..mase raya tu dia cite la..at wawa ni dah pregnant before nikah..mmg kr ...

mmg patut pun david teo kuarantin retis2 depa..... malu weh ngan bukan islam

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 01:29 PM | Show all posts
teha86 posted on 17-10-2013 01:07 PM
my sis one of org production..mase raya tu dia cite la..at wawa ni dah pregnant before nikah..mmg kr ...

kalau mengikut cerita uolls ni, baby tu bukan aeril punya dan aeril pun memang tau? sanggup dia kena hina macam2 semata2 nak tutup aib wawa.

tapi still susah dipercayai cerita ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 01:37 PM | Show all posts
isk..macam2 citer disebalik tabir..ngeri
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 02:01 PM | Show all posts
if ct saleha or emma maembong hamil sebulan badan still sexy slim muncul depan pintu umah aku suh jadi pak sanggup pun aku sanggup...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.137709 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list