CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Bateesta

[Tempatan] Peg. bank maut dtembak guard(PNJNAYAH MSIH BBAS & SAH MAMAT INDON HARAM)

   Close [Copy link]
Post time 25-10-2013 08:48 AM | Show all posts
niceghost2005 posted on 25-10-2013 08:41 AM
Aku teramat suka bila baca kenyataan PULIH "Kami akan buru suspek habis habisan."

ha'ah, KPN pun ada tweet pasal ni. janji akan buru suspek sampai ke lubang cacing.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2013 08:53 AM | Show all posts
Santeira posted on 25-10-2013 08:37 AM
Kes pegawai bank ditembak: Kasih sampai hujung nyawa
2013/10/25 - 07:11:31 AM Oleh Nor Fazlina Abdu ...

hmm akak bkn nak ckp apalah...itulah lelaki ni ego sangat...bila dah jadi mcm ni menyesal dan menangis air mata darah pun dah tiada gunanya lagi...'apasalahnya jawab pertanyaan isteri' walaupun kdg2 agak menjengkelkan...tapi naluri seorang wanita tu lain....jawablah selagi bernafas, dah jadi mcm nih...hmmmm dah tak boleh undur walau seinci dan sesaaat pun....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Menangis tgk gmbr anak dia. Sungguh sedih dan tragis. Bkn saje nyawa org tk berdosa hilang,jiwa anak2 kecik turut 'terkorban'  
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 08:55 AM | Show all posts
Pembunuhan pegawai bank: Tiada perikemanusiaan


Suami serta dua anak Allahyarham menabur bunga rampai ke pusara Norazita selepas tiba di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Itam Labu, Kampar, semalam.



Ibu Allahyarham, Norsham terpaksa di papah oleh sanak saudaranya sebaik tiba di kediamannya, semalam.

KAMPAR - Ahli keluarga mangsa tembakan, Norazita Abu Talib, 37, menyifatkan insiden pembunuhan pegawai bank itu sebagai tindakan kejam.

Sepupu, Musa Othman, 50, berkata, meskipun mereka reda dengan kematian berkenaan, namun terkilan dengan insiden yang dilakukan tanpa rasa perikemanusiaan itu.

“Pada mulanya kami sangka ia kematian biasa, tak sangka Allahyarham pergi dalam keadaan tragis begini.

“Dia cuma seorang perempuan, kenapa masih ada orang sanggup lakukan sebegitu? Kalau nak kata marah, memang kami marah, geram pun ada, beberapa saudara lain ada yang tak sanggup nak lihat gambar kejadian pun,” katanya ketika ditemui di Kampung Air Itam Labu, di sini, semalam.

Musa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Poliklinik Kampar berkata, berita kematian itu hanya diketahui kira-kira jam 8 malam sebelum memaklumkan kepada ibu dan bapa Norazita.

Katanya, ibu Allahyarham, Norsham Abd Kadir, 63, rebah di kediaman sebaik mengetahui insiden itu sebelum dibawa ke Kuala Lumpur bersama suaminya, Abu Talib Md Isa, 75.

“Pada mulanya mereka dimaklumkan Allahyarham kena tembak, hanya pada panggilan kedua, barulah kami dimaklumkan yang Allahyarham sudah tiada,” katanya.

Kali terakhir dia bertemu dengan anak bongsu daripada lima beradik itu ketika cuti Aidiladha, 15 Oktober lepas.

Suasana pilu dan sedih menyelubungi kampung halaman sebaik jenazah Allahyarham tiba kira-kira jam 7 malam menggunakan kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Itam Labu kira-kira jam 7.15 malam untuk disemadikan.

Idam makan tilapia

Sempena cuti Aidiladha lepas, Allahyarham dikatakan menyatakan keinginan untuk makan ikan tilapia kegemarannya.

Musa berkata, keinginan itu disuarakan kepada ibunya sementelah Allahyarham sukar mendapatkan ikan itu melainkan di kampungnya sahaja.

“Mujur secara kebetulan saya dapat ikan itu di kolam berhampiran dan memang niat saya untuk berikan kepada dia dan kakak saya di belakang rumah.

“Saya bersyukur apabila keinginan dia dapat dipenuhi sebelum pergi,” katanya.

Musa berkata, lagak Norzita yang diibaratkan orang mengidam itu begitu asing kerana Allahyarham jarang bersikap sedemikian.

Katanya, ketika cuti itu juga, Allahyarham turut menunjukkan sikap pelik apabila membasuh kereta Toyota Wish miliknya dalam hujan.

“Dalam hati sudah berdetik, mungkin dia buang tabiat basuh kereta pada waktu itu, tetapi tidaklah menegur pula,” katanya.

Pendiam, pentingkan keluarga

Seorang lagi sepupu mangsa, Suhana Abd Aziz, 48, menyifatkan Allahyarham sebagai pendiam, namun mementingkan hubungan kekeluargaan.

Katanya, meskipun tidak terlalu akrab, namun setiap kali cuti, mereka kerap bertemu di kampung.

“Suaminya orang sini juga, jadi mereka sekeluarga memang selalu balik kalau cuti panjang dan perayaan.

“Allahyarham memang tak banyak cakap tapi mesra dengan ahli keluarga dan saudara lain.

“Saya tak sangka, dia pergi dalam keadaan zalim begitu, sampai sekarang saya tak sanggup nak tengok gambar kejadian, terlalu kejam,” katanya.

Kami reda

“Perkara dah berlaku, apa pun kami reda dan terima ketentuan ini,” itu kata luahan yang dapat dilontarkan bapa Allahyarham, Abu Talib Md Isa, 75.

Abu Talib ketika ditemui di kediamannya di Kampung Air Itam Labu, di sini, kelihatan tenang meskipun suara tangisan silih berganti mengiringi jenazah Allahyarham.

Menurutnya, tiada perasaan marah atau dendam terbit kepada suspek atas insiden itu, sebaliknya menganggap ia satu takdir.

“Nak marah macam mana.. Biarlah polis yang menyiasat, pakcik serahkan kepada polis sahaja,” katanya.

Beliau berkata, Allahyarham memang dikenali sebagai seorang yang komited bekerja.

“Dia memang begitu, tunggu sampai semua kerja betul-betul siap baru akan balik,” katanya.

Kali terakhir mereka bertemu pada cuti Aidiladha lepas apabila arwah sekeluarga bercuti selama tiga hari di kampung berkenaan.

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 08:56 AM | Show all posts
'Abang masih sayang saya?'



SERDANG - Panggilan singkat Norazita yang beria-ia benar hendak tahu sejauh mana kasih suaminya, rupanya petanda ajal wanita itu hendak pergi buat selama-lamanya.

Suaminya, Irwan Kamarudin, 37, sama sekali tidak menyangka itulah panggilan terakhir dan paling singkat daripada isteri tersayang.

“Abang masih sayang saya?” Begitu pertanyaan Norazita dan berkali-kali dia mengulang soalan itu menerusi panggilan telefon kepada suaminya sekitar jam 5 petang, kira-kira sejam sebelum dia ditembak mati oleh perompak.

"Kemudian saya jawab, 'abang sayang awak seperti kita mula berkahwin dulu. Tidak pernah berubah kasih sayang abang pada awak," ucap Irwan dalam nada suara menahan sebak.

Dalam kejadian sekitar 6.20 petang kelmarin, isterinya, Norazita Abu Talib, 37, mati tragis ditembak perompak dalam kejadian rompakan di bank tempatnya bekerja.

"Tetapi saya tidak boleh bercakap lama dengan isteri saya, kerana waktu itu saya sedang bekerja," luah Irwan yang bekerja sebagai pemandu peribadi di sebuah syarikat di Bukit Jelutong.

Sambungnya, sekitar 6.20 petang, dia beberapa kali menghubungi Norazita  untuk bertanya sama ada isterinya itu sudah pulang ke rumah ataupun belum tetapi panggilan  tidak berjawab namun pada ketika itu dia tidak mengesyaki sebarang perkara buruk sehinggalah seorang pengurus bank menjawab panggilan itu dan memintanya segera datang ke bank tersebut.

"Saya tanya dia apa yang berlaku tapi dia tidak jawab soalan saya, cuma suruh saya datang ke sana. Beberapa minit kemudian, seorang kawan beritahu saya yang dia mendengar ada rompakan di bank isteri saya bekerja, menerusi laman sosial Facebook.

"Ya ALLAH, ketika itulah hati saya mula terdetik memikirkan sesuatu dan menjadi tidak tenteram," katanya.

Sehinggalah pada waktu dia sampai, dia begitu terkejut setelah melihat ramai polis di tempat kejadian dan polis tidak membenarkannya masuk ke dalam bank itu.

Jantungnya berdebar dan katanya, dia bertanyakan keadaan isterinya tetapi polis mengatakan isterinya berada dalam keadaan baik.

“Pada awalnya, seorang anggota polis memberitahu, isteri saya baik saja, tetapi kira-kira 9 malam, salah seorang anggota polis beritahu  yang isteri saya sudah tiada lagi (mati ditembak).

"Pada saat mendengar berita itu, hati saya bagaikan hancur. Sedih dan pilu berpadu," luah Irwan dan ini bermakna panggilan singkat sejam sebelum kejadian itulah kali terakhir dia mendengar suara Norazita.

Irwan  benar-benar tidak menyangka  nasib malang menimpa Norazita sedemikian rupa kerana isterinya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan tingkah laku sebelum ajal, dan kesedihan apalagi yang boleh diceritakan saat mendengar khabar, isterinya telah mati ditembak.

Menceritakan kisah isterinya itu, Irwan berkata, Norazita memang seorang yang agak pendiam, namun sangat baik hati dengan orang lain dan tidak menyangka Norazita terkorban secara kejam di tangan perompak.

Menurutnya, dia sudah 13 tahun mendirikan rumah tangga bersama arwah dan dikurniakan dua cahaya mata bernama Nurnisa Nabilah, 12, dan Muhd Hazimy, 8.

“Arwah akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Air Itam Labu, Kampar pada hari ini (semalam),” katanya di Jabatan Forensik, Hospital Serdang, semalam.

Sementara itu, berkongsi sedih dengan ayahnya, anak sulung arwah, Nurnisa Nabilah berkata dia telah kehilangan ibu yang selama ini menjadi tempat bermanja.

“Walaupun ibu seorang yang garang, tapi dia sangat sayangkan saya dan Hazimy.

"Sekarang mak dah tak ada,” kata kanak-kanak itu dalam nada sayu.  

Dalam kejadian kelmarin, Norazita yang bekerja sebagai pegawai bank di Ambank USJ, ditembak mati oleh perompak yang juga pengawal keselamatan di bank yang sama.

Seisi rakyat Malaysia turut  merasai kekejaman  yang berlaku terhadap wanita itu apabila perompak berkenaan tergamak menembaknya tanpa sebab sedangkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Norazita langsung tidak melawan.

Lebih mengerikan kerana insiden tembak itu dimuat naik menerusi laman sosial Facebook  yang memaparkan Norazita ditembak pada muka hingga menyebabkan separuh dan otaknya hancur.

Dalam pada itu, perompak kejam tersebut berjaya lari dengan membawa wang rompakan itu dan kini polis sedang memburu pembunuh Norazita. Al Fatihah.

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 08:57 AM | Show all posts
dzaraa posted on 25-10-2013 08:53 AM
hmm akak bkn nak ckp apalah...itulah lelaki ni ego sangat...bila dah jadi mcm ni menyesal dan mena ...

Kepada yg HIDUP..................ambil IKHTIBAR dari kisah ini.

Kalau/Biler sang isteri tanyai......."Abg sayang saya tak??"
Jawab............................"I asked God for a flower, HE give a garden. I asked God for an angel, HE give me u!!"


Aku ambik/quote dari Nigerian punya mengayat...........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2013 08:57 AM | Show all posts
takziah...
al fatihah....

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 08:57 AM | Show all posts
highcastle posted on 23-10-2013 10:44 PM
Pegar tu merujuk kpd burung pegar, betuk tu merujuk kepda pencedok air buat basuh kaki.

Batok, bukan betuk. kan. tempurung kelapa cedok air tu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2013 08:58 AM | Show all posts
iskans posted on 25-10-2013 12:09 AM
Orang Kampar  ghupernyer.....

Jenazah Norazita selamat disemadikan malam tadi

alamat je kt kampar, tp bukan kt kampar tu..
antara tg tualang dgn kampar..
tronoh mines ni byk lombong..

takziah kt family arwah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 09:00 AM | Show all posts
miawpink posted on 25-10-2013 08:56 AM
'Abang masih sayang saya?'

Miawwww....................

Aku ghaser ler SANG Suami nie dah banyak AUTA laaaaaa (or pemberita mula memutar piring hitam)
Memula cakap............"Saya x jawab akan soklan arwah sb sibuk." (refer video/tv)

Nw cakap.............."Sy sayang awk seperti kita mula mula bla bla bla"

Ini SESI nak pujuk jiwa sendiri(kerana rasa bersalah) ataupun nak simpati dari oghang ghamai??
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 09:02 AM | Show all posts
miawpink posted on 25-10-2013 08:56 AM
'Abang masih sayang saya?'

haah..
ada contradiction dgn laporan lagi satu
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 09:03 AM | Show all posts
miawpink posted on 25-10-2013 08:56 AM
'Abang masih sayang saya?'

menangis aku baca....uuwwawaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 09:04 AM | Show all posts
niceghost2005 posted on 25-10-2013 09:00 AM
Miawwww....................

Aku ghaser ler SANG Suami nie dah banyak AUTA laaaaaa (or pemberita ...

ke mungkin ayat yang saya sayang awak seperti....... bla bla tu
dia x ckp kat arwah
tapi itu la ayat yang ingin di sampai kan kepada arwah
mungkin sesal kot x dapat nk sampai kn ayat tersebut
so dia suh repoter tulis
konon dia ckp ayt tu

atau.....
repoter saje tulis nk sedap kan bahan

sape tau kan??
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 09:06 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
niceghost2005 posted on 25-10-2013 08:57 AM
Kepada yg HIDUP..................ambil IKHTIBAR dari kisah ini.

Kalau/Biler sang isteri tanyai. ...

org pompuan mmg suka tnya soklan gitu
suka tnya byk kali..
sbb tu kita neh gaduh laki bini ka jgn lama2 5 minit jer.. pastu berbaik n beromantik semula.
kita xtau bila ajal kita tiba kalo bleh jgn ada ralat di hati
kalo laki/ bini ajak ehem2 ke apa layankan je.. biarlah laki/bini pi kije ngn hati puas gumbira..
sbb kita xtau masihkah dpt jumpa lg atau tidak nnt.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 09:07 AM | Show all posts
fifie_olin posted on 25-10-2013 07:59 AM
lom kena tgkp lg kan jantan lahanat tu
aku dh tgk cctv kejadian tembakan tu...
drp pe yg aku ...

staf yg ada sama pun da kena tahan reman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2013 09:08 AM | Show all posts
ringcat posted on 25-10-2013 07:50 AM
mana satu company?

Kawalan Prima ke Securiforce?

dlm blog cakap Securiforce. wanita besi Last edited by tapibukanaku on 25-10-2013 09:10 AM

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 09:09 AM | Show all posts
Bank officer's family shocked over shooting
KAMPAR: The family members of bank officer Norazita Abu Talib are puzzled as to what had prompted the security guard to shoot her.

Her father Abu Talib Md Isa, 75, said if the guard’s intention was only to rob the bank, there was no need for him to kill his daughter.

The retired army personnel said his daughter was a hardworking and responsible employee.

He said the last time the family met Norazita was during the Hari Raya Haji holiday recently. She was the second child in the family of five siblings.

“I received a call from a relative on the day of the incident but did not have the heart to tell my wife Norsham Abd Kader as I knew she would not be able to take the news.

“So I just told her that our daughter was involved in an accident and that we needed to rush to Kuala Lumpur. She only found out the truth once we reached there,” he told reporters at their house in Kampung Baru Air Itam Labu here before Norazita was buried at a Muslim burial ground nearby yesterday.

Over 100 people including her two children, relatives, friends and colleagues paid their last respects.

Norazita’s body arrived at about 7pm, and her distraught mother had to be held by family members as she could not even stand.

Her cousin Musa Othman, 50, said the family was very angry and wanted the killer to be brought to justice especially after a few of them watched the CCTV recording of the shooting.

“Why did he have to shoot her? He could have taken away the money without hurting anyone,” he said.


Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 09:10 AM | Show all posts
miawpink posted on 25-10-2013 09:04 AM
ke mungkin ayat yang saya sayang awak seperti....... bla bla tu
dia x ckp kat arwah
tapi itu l ...

Oghang yg tengok tb/video, depa tau..........
Memang dier TAK CAKAP pung.
Dia cakap...............Saya sibuk/busy.

Itu laaaa.............lain kali jangan jawab pertanyaan reporter.
Kan dah SESAL.

Ia akan menghantui hidup nya sehingga dier kahwin laen. (i'll give 1-2 years laaaa)
Laki mana bley idup soghang soghang.
Anak saper nak jaga?
Makan minum plak sapa nak buat?

Mcm aku nie.............laen laaa
6 bulan aku masak, minum, kemas(bab nie k.o.) sendiri...
Tu pung...........tergolek gak.
Kena busykan diri 24/7

Kalau tidak, mau jadi gilaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 09:12 AM | Show all posts
niceghost2005 posted on 25-10-2013 08:57 AM
Kepada yg HIDUP..................ambil IKHTIBAR dari kisah ini.

Kalau/Biler sang isteri tanyai. ...

amboi engko..ayat NIgerian jugak yang sedap noo..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.090015 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list