CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nat12

LOVE YOU MR ARROGANT ISTANA 34

 Close [Copy link]
Post time 18-3-2014 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
pauliza posted on 18-3-2014 11:35 AM
alo alo sayam bulat..jgn nangis..lap air mata tu..hehehe..dah join ig LYMA UNITED??kalau belom cep ...

Mode pengamin iols pun.Tak pernah off paling tak pause je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2014 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
bulat81 posted on 18-3-2014 08:54 AM
wawawawa  jangan lah AK kawen dgn org brunei...sian kt zara...pasni klau AK ada gf baru dh  ...

Angan la nangesss.... jom doa kuat2..... insya allah kalau ada jodoh.... pasti bertemu... jom karoks lagu afghan
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 03:16 PM | Show all posts
nat12 posted on 18-3-2014 12:27 PM
Kalau Lee betul2 kawen dgn org Brunei, asal nak kesian kat Zara pulak. Zara boleh cari lain....  ...

jangan la ckp mcm tu..nk jg azli tawen dgn zara..en azli oiii cepat2 lah msuk meminang... zara krg di kebas org padan muko ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2014 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
bulat81 posted on 18-3-2014 03:16 PM
jangan la ckp mcm tu..nk jg azli tawen dgn zara..en azli oiii cepat2 lah msuk meminang... zara k ...

Iols bukannya apa sayam.. iols takut kadang2 yg empunya diri takde apa2, peminat yg lebih. Dari dorang selesa bersama, sampai tak selesa bersama. Tu yg iols tak nak.

Yg tadi tu, iols gurau jah sayam... ;)
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 11:13 AM | Show all posts
Helo uols.... pekejadahnyer rumah ni ter lalu slow ... mcam kure2 pakai hihgheels....?

Uol tambah ler dialog2 lawak dlm ig .... macam zaman mula2 ig itubuhkan ....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 11:17 AM | Show all posts
Kabhi alvida naaa kehna.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2014 11:22 AM | Show all posts
La la la la la la ................. hoi hoi ya hoi ....

Biler nak wat zafril irham diapit 3 biniknyer , zara amirah , ariana rose , dan felix ...wat dialog lucu2 ....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 11:24 AM | Show all posts
Luper lak semuaorgdh sibuk berwechat ber wassaup ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2014 01:58 PM | Show all posts
lavendernovella posted on 20-3-2014 11:24 AM
Luper lak semuaorgdh sibuk berwechat ber wassaup ...

wakakaka bender..

dialog sengal ader bender tp kena simpan buat pekasam dulu...admin semua tgh kemarok buat bideo...lg2 dah nak dekat abpbh

Abam pon rindu dialog sengal LU
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 11:40 AM | Show all posts
aincomey posted on 20-3-2014 01:58 PM
wakakaka bender..

dialog sengal ader bender tp kena simpan buat pekasam dulu...admin semua tgh  ...

Abam rindu kt ig lu ... camner uol boleh tau ...heol ckp ker?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 08:00 PM | Show all posts
lavendernovella posted on 20-3-2014 11:24 AM
Luper lak semuaorgdh sibuk berwechat ber wassaup ...

Iols sgt bz this week kaka bender...tak sempat nak menjuyah mana2 pun huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2014 10:06 AM | Show all posts
khaizarina posted on 21-3-2014 08:00 PM
Iols sgt bz this week kaka bender...tak sempat nak menjuyah mana2 pun huhuhu

Hi uol..... semua org pon menyembunyikan diri jer .... nak wat camner ....

Uol sihat?

Biri2 sumer comey 2 x? Hehehehehe


Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2014 08:34 AM | Show all posts
assalamualaikum & morning uolsss
hari ni paper BH Ssisipan BPOP ada citer abam kaka

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2014 08:34 AM | Show all posts
selamat membaca ...


Tak berlaku cinta lokasi
Bersandarkan drama bersiri Love You Mr Arrogant (LYMA) yang disiarkan tahun lalu di TV3 menerusi slot Akasia dan mendapat rating 4.6 juta penonton, nama dua teraju utama yang membintangi karya sentuhan Eoon Suhaini itu - Azlee Khairi, 25, dan Zara Zya, 28, pantas mencipta populariti mendadak.
  Mereka kian digilai ramai peminat gara-gara drama itu. Watak Zafriel Irham dan Zaara Amirah yang dibawa mereka ternyata memberi tuah dan impak tersendiri dalam kerjaya lakonan mereka. Jadi, tidak hairan kedua-duanya mula mencuri tumpuan termasuk layak ke peringkat final beberapa anugerah dalam industri hiburan, sekali gus sudah mencipta kemenangan.
  Menang anugerah Ini dibuktikan Zara yang meraih gelaran Artis Top Top MeleTop pada Anugerah MeleTop Era, pada 8 Februari lalu. Terbaru, dia dan Azlee memenangi kategori Hero & Heroin Pilihan untuk Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (ADFKL) anjuran TV3 dan TV9, baru-baru ini.
  Bagi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2013 pula, Zara bolos untuk kategori Artis Baharu Wanita Popular dan kategori dalam talian bersama Azlee untuk Gandingan Serasi Di Layar. Cuma, Azlee belum ada rezeki bertanding untuk kategori utama ABPBH 2013. Bagaimanapun, dia baru saja menang Pelakon Lelaki Pilihan di ADFKL.
  Menyatukan mereka dalam sesi fotografi, baru-baru ini, sambil hirup udara petang di Taman KLCC, Kuala Lumpur, ada cerita yang cuba dikorek mengenai hasrat peminat yang mahukan mereka menjadi pasangan kekasih seperti mana yang disaksikan menerusi LYMA.
  "Tak dinafikan, memang ada peminat kami dan drama berkenaan yang harap kami menjadi apa ditonton di kaca TV diterjemahkan ke alam realiti. Tapi, sejujurnya tak pernah wujud cinta lokasi antara kami. Saya pun bukan jenis lelaki pilihannya," pintas Azlee.
  `Peminat mahu kami bercinta'
  Zara akui, dia turut menyedari keinginan peminat yang mahu melihat mereka bercinta.
  "Memang tak boleh nak kata apa... tapi dalam hal sebegitu ia memang tak mampu dibendung. Kalau setakat bercinta dalam lakonan bolehlah. Dengan kesibukan dan jadual kerja kami kini, nak bercinta macam mana. Jadi, memang tak mungkin kami bercinta apatah lagi bercinta di set.
  "Tapi, dalam soal jodoh, kita tak mampu menebak. Sekarang mungkin cakap tidak, di kemudian hari siapa tahu. Tapi apa yang boleh saya katakan kini kerja, kerja dan kerja menjadi keutamaan saya. Kalau nak tahu macam mana Azlee menyakat saya di set penggambaran, macam itulah juga dapat dilihat ketika sesi fotografi ini berlangsung," katanya yang tidak menafikan Azlee memang suka bergurau senda dengannya.
  Nafi sombong
  Ditanya mengenai kerjayanya kini yang kian memuncak berikutan dia antara hero pilihan yang sering mendapat kepercayaan penerbit dan pengarah, Azlee menafikan dirinya sebenar seperti mana wataknya yang dikatakan berlagak sombong atau `arrogant' pada saat namanya mula popular.
  Menyedari ada cerita kurang enak mula bertebaran apabila dikatakan mengelak atau tidak mampu memenuhi undangan ke sesi fotografi dengan media massa, Azlee tampil menjelaskan situasi sebenar dan jauh sekali cuba mewujudkan jurang antaranya dengan wartawan.
  "Dalam hal ini, saya tak menyalahkan sesiapa. Cuma, mungkin ada wartawan tidak tahu dan terus meletakkan apa saja yang mereka rasa. Pada saya, keutamaan hanya kerja dan kerja. Kadang-kadang apabila tiada produk mahu diperkatakan, saya jadi segan untuk tampil memenuhi undangan sesi fotografi.
  Susah curi masa
  "Bukan saya mengelak. Bayangkan, kalau sibuk di lokasi penggambaran, memang susah untuk saya curi masa dan lari ke sesi fotografi. Saya tak mahu ambil risiko dan mengganggu jadual penggambaran. Saya pernah kerja sebagai kru dan tahu seksanya menunggu pelakon.
  "Jadi, saya terpaksa tolak permintaan wartawan untuk fotografi. Kalau saya menjalani penggambaran di Selangor dan lokasi fotografi di Kuala Lumpur, saya perlu redah kesesakan lalu lintas berjam-jam. Saya faham tugas wartawan cuma tak dapat memenuhi permintaan mereka. Melainkan ada wartawan sanggup datang ke lokasi penggambaran," katanya yang empat kali membaca novel You Mr Arrogant sebelum ke lokasi penggambaran drama berkenaan.
  Azlee mahu jadi pengarah filem
  Sekalipun namanya belum pernah disenaraikan dalam kategori utama sebagai finalis ABPBH, Azlee Khairi akui dia tidak kisah kerana pembabitannya sebagai pelakon bukan untuk mengejar trofi dan dia tidak pernah untuk mengejar anugerah.
  Andai diiktiraf, ia satu bonus buatnya. Bermula sebagai krew produksi, kemudian menjadi pelakon tambahan dan pembantu, kini Azlee sering diberi kepercayaan untuk membawa watak utama.
  Akui Azlee, dia bekerja di belakang tabir selama lima tahun sebelum terjun ke bidang lakonan sejak dua tahun lalu. Drama Impian Illyana musim kedua menjadi percubaan sulung Azlee dalam arena lakonan. Drama Mahabbah menjadi pertaruhan Azlee diberi kepercayaan memegang watak hero di samping Nur Fathia menerusi slot Samarinda TV3.
  Tak macam artis
  "Saya selesa menjalani kehidupan macam biasa dan tidak sebagai artis. Sejujurnya, memang jauh gaya hidup saya dengan hidup mereka yang bernama artis. Sebenarnya saya bukannya nak lama dalam bidang lakonan. Saya hanya mahu jadikan dunia lakonan sebagai persinggahan sebelum ke bidang pengarahan filem dan drama TV. Ikut tempoh sasaran, saya sudah lebih tersasar kepada lakonan.
  "Cuma, tak sangka rezeki dalam dunia lakonan cukup murah. Tapi, saya bersyukur kerana rezeki ini menjadi ruang untuk saya terus menimba pengalaman. Kalau ada peluang mengarah, saya nak cuba kerana itulah impian saya," katanya yang pernah mengambil jurusan perfileman di UiTM, Shah Alam sejak 2007 hingga 2010.
  Sempat ditanya mengenai hubungan rapatnya dengan bintang Akademi Fantasia musim kedua, Zarina Zainoordin yang pernah diketahui sebelum ini, Azlee memberitahu sejak awal tahun lagi, masing-masing memilih untuk memberi tumpuan kepada kerjaya yang dibina.
  `Saya pernah gagal uji bakat'
  Mengalih cerita kepada Zara Zya, bintang hangat masa kini ini jelas membuktikan bersandarkan bakat dan kerja keras, dia mampu meraih perhatian masyarakat.
  Selepas 10 tahun menceburi dunia lakonan, hanya setahun lalu namanya mekar di pasaran Benar baik Azlee mahupun Zara, mereka menumpang tuah ledakan drama LYMA.
  Zara juga menepis senario biasa atau dominasi pelakon wanita yang hadir dengan pakej jelita di samping bakat. Bukan memperkecilkan wajah yang dimilikinya tetapi apabila diamati masih ada manis pada wajah pelakon genit itu.
  "Apa yang saya pelajari, kita tidak mampu mengagak apa kemahuan peminat atau penonton. Saya sendiri hanya mencuba nasib berkongsi bakat yang ada. Alhamdulillah, mereka tidak melihat paras rupa saya sebaliknya bakat. Kini saya menghargai peminat seperti kawan.
  Cuba hargai peminat
  "Saya cuba sehabis baik menjaga hati mereka. Kalau jumpa pada acara tertentu atau kelab peminat menganjurkan acara, saya akan cuba luangkan masa. Itu cara saya untuk menghargai mereka. Alhamdulillah, jumlah ahli kelab peminat saya dan pengikut di laman sosial pun kian bertambah.
  "Ironinya sejak awal berlakon, saya banyak main-main daripada bersikap serius. Ada tawaran berlakon, saya tak terima kerana masih ada perasaan takut.
  Hanya sejak dua tahun lalu, saya betul-betul serius dengan dunia lakonan dan Alhamdulillah kehadiran saya mula disedari ramai," katanya.
  Zara mengakui dia juga barangkali seperti kebanyakan pelakon lain diuji pelbagai dugaan sewaktu masih baharu di persada seni.
  "Saya pernah merasai pengalaman di mana uji bakat dijalani gagal. Itu lumrah dan proses. Orang tidak tahu bukan semuanya indah dalam dunia lakonan ini. Saya pernah berdepan penerbit dan pengarah ajak dating atau pergi karaoke. Saya sedar ada niat tak baik sebab itu saya tak layan.
  Jadi, tak adil apabila saya dengar saya dapat berlakon LYMA kerana mempunyai kabel besar dengan orang tertentu. Sedangkan saya melalui perjalanan biasa bermula dari bawah," katanya.
  Tak letak harapan
  Mengenai harapannya pada ABPBH 2013, Zara sejujurnya tidak meletakkan harapan besar biarpun namanya dilihat mempunyai potensi menang.
  "Kalau menang, Alhamdulillah rezeki. Itu juga tanda kerja keras peminat saya. Kejayaan lalu sudah mula menjadi kayu pengukur untuk saya terus bekerja keras lagi pada masa mendatang," katanya yang turut pernah berlakon dengan Azlee menerusi telefilem berjudul Dari Ibu.
32

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2014 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
hrezkh posted on 23-3-2014 08:34 AM
selamat membaca ...



Thanks @hrezkh tepek cerita
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2014 02:48 PM | Show all posts
pesal lah rumah ni dah terlalu sendu ...


@nat12
@Puteri19
@emilia2649
@pauliza
@icahaya
@zuri154
@adididi
@OSEMMM
@khaizarina
@aincomey
@morata

dan sumer porumers
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2014 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
lavendernovella posted on 23-3-2014 02:48 PM
pesal lah rumah ni dah terlalu sendu ...



Kaka benderrrrr... i mish uolsss
memang sendu teramat uols. Lama jugak iols tak masuk sini
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2014 07:19 PM | Show all posts
x nak buat telefilem untuk raya ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 08:59 AM | Show all posts
lavendernovella posted on 23-3-2014 02:48 PM
pesal lah rumah ni dah terlalu sendu ...

sayammmm, iols datang ni... jangan la nangessss.... wakakaka... mishyu kaka bender... @zuri154 @Puteri19 rindu sangat-sangat....
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 09:01 AM | Show all posts
noqiz posted on 23-3-2014 07:19 PM
x nak buat telefilem untuk raya ke

Ada sayam..... akan start shooting dalam bulan 5 kot... kalau x silap lepas azlee shooting Jauh dari Cinta, zara shooting Delina..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.726785 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list