CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
 Author| Post time 22-5-2015 02:16 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 22-5-2015 01:46 PM
kalau la citer ni dlm versi buku..memang aku skip2 part rouman zaffar segala neh..
baca part qi nga ...

Saja nak kasi panjang. Publisher punya syarat, setiap manuskrip mesti at least 400 ms. Kalau takde part watak crook segala ni, tak sampai 400 ms ler manuskrip aku.

Kalau ada rezeki jadi buku (KALAU ), aku cubalah buat 'renovation' mana yang patut .  



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2015 02:31 PM | Show all posts
zameyla replied at 22-5-2015 01:43 PM
Kena bunuh jugak ka Rouman nie...percaya lg kat Zaffar..

Kalau kena bunuh pun lambat la....nak abes cerita kot baru kena bunuh...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 02:33 PM | Show all posts
kalau dh jadi buku, jgn lupa inform k...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 04:47 PM | Show all posts
zameyla replied at 22-5-2015 02:33 PM
kalau dh jadi buku, jgn lupa inform k...



InsyaAllah...doakanlah ye. Nak habeskan cerita ni pun rasa mcm hazab jah....
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 04:49 PM | Show all posts
x pa, pelan2 kayuh...
We all setia menunggu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 04:49 PM | Show all posts
“Rouman…”

Suara itu memanggil lagi. Tanpa dipelawa, kedua-duanya melangkah masuk lalu berdiri betul-betul dihadapannya. Rouman mengukir senyum hambar di bibir. Sebenarnya, pada saat ini dia tidak mahu diganggu, apatah lagi melayan tetamu. Hati masih gusar, masih rasa sesal. Namun, tidak mungkin dia dapat menolak kehadiran mereka ini.

“Duduklah…Kai…” Pelawa Rouman setelah terdiam beberapa saat.

“Kau juga Gora.” Rouman bersuara lagi. Gora pantas menanggalkan penutup kepala. Oleh kerana wajahnya yang cacat, dia terpaksa menyembunyikannya dari padangan ramai, terutama ketika keluar ke Pekan Keramat.

“He..He..He…” Gora membalas dengan sengihan.

Pelawaan Rouman mereka turuti. Di atas kerusi kayu usang, mereka melabuh duduk, berhadapan dengan Rouman.

“Dua hari kau hilang berkelana…” Tutur Kai.

“Aku ke Amariya, kau tahu itu bukan?” Balas Rouman, agak tinggi nada suaranya. Kai mengangguk, sedikit kaget dengan tingkah laku Rouman yang menjadi perengus secara tiba-tiba.

“Jadi, bagaimana? Dapat bantuan seperti yang kau hajatkan?”

“Iya..” Rouman mengangguk dua kali.  

“Lalu, rancangan apa yang telah kau aturkan?”

“Aku akan membawa Inang berjumpa dengan pemerintah Amariya. Zaffar sudah berjanji untuk membantu membawa aku dan Inang ke Istana Suriyan. Harap-harap, usaha kita mencari anak Raja Zulkhan itu berhasil.”

Mereka terdiam kemudiannya. Kai tidak tahu apa lagi yang perlu dibicarakan. Lagipun, tujuan dia ke mari adalah untuk mendapatkan berita dari Rouman. Gora pula memang sedari tadi, tidak bersuara apa-apa. Hanya memandang ke sekeliling. Sesekali, dia membebel sendirian tanpa diketahui biji butirnya. Tampak benar yang dia kebosanan duduk sahaja tanpa melakukan apa-apa.

“Kai…” Rouman memecah sunyi.

“Iya Rouman?”

“Aku mahu kau tahu bahawa aku melakukan semua ini demi Lembah Keramat. Aku mahu membebaskan tanah ini dari sumpahan, Kai.”

Kening Kai berkerut. Wajah tua Rouman dipandang lama. Lelaki itu kelihatan gusar dan berserabut.

“Kau nampaknya runsing, Rouman.” Tegur Kai. “Apa sebenarnya yang berlaku padamu?”

“Tiada apa-apa.” Rouman membalas seraya tersenyum hambar.

“Jika begitu, aku mohon untuk pulang.” Kai meminta diri lalu bangkit.

“He..he…he…” Gora kekal dengan ulahnya yang tersengih-sengih. Gembira kerana dapat keluar dari tempat ini.

“Nanti Kai….” Rouman menahan. Kai memandang Rouman lagi.

“Ini…” Seutas kalung perak dikeluarkan dari poket jubah usangnya lalu diletakkan atas meja. Wajah Kai berubah riak. Dia cukup mengenali akan pemilik kalung itu.

“Aku rasa, kau patut memilikinya. Dia sahabat baikmu.” Ujar Rouman.

“Bagaimana kalung ini boleh berada di tanganmu, Rouman?” Suara Kai meninggi tatkala bertanya.

“Ianya berada dalam simpanan seseorang.”Jawab Rouman.

“Siapa?”

Rouman membisu kali ini.

“Jadi, Judasi masih hidup?”

“Dia sudah mati.”

Kai terdiam lagi.

“Judasi tidak siuman, Kai. Dan dia sudah pun mati.”

Kalung di atas meja itu direnung lama. Sukar sekali untuk Kai menafsir apa yang dia rasa saat ini.

“Ambillah…” Suruh Rouman. “Kau berhak ke atas kalung ini.”

Rouman menarik nafas. Perlahan-lahan, kalung itu di ambil lalu digenggam.

“Judasi…” Kai berkata perlahan. Nafas berat terhembus dari mulutnya.

“Aku pergi dulu.” Kai meminta diri. Kali ini, Rouman tidak menahan. Hanya memerhatikan saja Kai dan Gora berlalu meninggalkan kedai kecilnya hingga kelibat mereka hilang.

“Maafkan aku…”

Rouman meraup wajahnya dengan dua tapak tangan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2015 09:48 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 22-5-2015 04:49 PM
“Rouman…”

Suara itu memanggil lagi. Tanpa dipelawa, kedua-duanya melangkah masuk lalu berdiri  ...

macam mana judasi tu mati? siapa bunuh??
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 10:13 PM | Show all posts
Ipo replied at 22-5-2015 09:48 PM
macam mana judasi tu mati? siapa bunuh??

Sah!ko baca citer ni sambil lompat2 kingkong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2015 10:17 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 22-5-2015 10:13 PM
Sah!ko baca citer ni sambil lompat2 kingkong

alah ko ni..mana ada lompat kingkong..lompat katak je..

aku dah lost
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 10:29 PM | Show all posts
Ipo replied at 22-5-2015 10:17 PM
alah ko ni..mana ada lompat kingkong..lompat katak je..

aku dah lost

sila ulang baca dari mukasurat 1
jangan lupa sambung citer leya ngan faliq..


Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 01:01 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 22-5-2015 10:29 PM
sila ulang baca dari mukasurat 1
jangan lupa sambung citer leya ngan faliq..

oh dah tahu..aku terlompat satu bab..
Rouman yang bunuh judasi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2015 07:14 PM | Show all posts
Ipo replied at 23-5-2015 01:01 PM
oh dah tahu..aku terlompat satu bab..
Rouman yang bunuh judasi..

Oh...sudah tidak lost rupanya.

Baru aje nak tunjuk where is the right road...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2015 07:18 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 23-5-2015 07:21 PM

BAB 42

Pagi sudah lama menjengah. Masih ada lebih kurang satu jam lagi sebelum matahari benar-benar tegak. Pada waktu begini, urusan di kota itu seperti biasa, sedang rancak berjalan. Yang berjual, sedaya-upaya menawan hati pembeli dengan pelbahai gaya. Yang membeli, ralit memilih dan tawar-menawar harga.

Di tengah-tengah kawasan berjual itu juga, wujud sebuah warung yang agak terkenal. Pelanggan yang datang tidak pernah kurang. Tidak kira kasta, baik yang marhaen mahupun dari golongan bangsawan, warung itu menjadi pilihan.

Dan warung itulah, tempat yang dituju oleh dua orang sahabat.

Mereka memilih meja yang masih kosong, yang terletak di bahagian tengah warung. Lalu pemuda pertama melambai kepada pelayan warung. Pesanan di ambil lalu mereka kemudiannya berbual sesama sendiri sementara menantikan pesanan makanan mereka sampai.

“Baiklah, Qaish.” Yang berbaju warna biru itu memulakan bicara. “Cerita apa yang hendak kau khabarkan kepada aku?”

Lelaki yang dipanggil Qaish itu mengangkat muka. Tersenyum sedikit sebelum menegakkan badan. “Begini Mada...”

Mada memberikan tumpuan.

“Aku mendengar cerita dari seseorang mengenai anak Raja Zulkhan.”

“Anak Raja Zulkhan?” Suara Mada meninggi. Matanya membulat. “Bukankah anak kepada raja gila itu sudah mati?”

“Pada mulanya, aku pun sangka begitu. Tapi...” Sengaja Qaish membuatkan Mada tertunggu-tunggu.

“Tapi apa?” Mada sudah hilang sabarnya.

“Dari cerita yang aku dengar, anak Raja Zulkhan masih hidup.”

“Benarkah?”

Qaish mengangguk.

“Dan...dari cerita yang aku dengar...” Qaish menyambung kata. “Anak kepada raja gila itu dibela dalam Istana.”

Buntang lagi mata Mada. “Istana? Jadi maksud kau, anak Raja Zulkhan itu adalah puteri...”

“Ssshhh. Perlahankan sedikit suaramu.” Tegur Qaish tapi nampaknya perbualan mereka telah menarik perhatian beberapa pengunjung warung.

“Kau tidak berlucu bukan? Mana mungkin, Baginda Raja mahu membela anak kepada musuhnya sendiri? Tidakkah Baginda Raja sedar, rakyat akan murka jika mendapat tahu, waris Raja Zulkhan masih hidup? Malah, ditatang pula bagai minyak yang penuh?” Walau ditegur Qaish, Mada masih tidak merendahkan suaranya.

Qaish mengangkat bahu.

“Sejauh mana kebenaran cerita ini, Qaish?” Soal Mada.

“Aku tidak tahu, Mada. Aku hanya mendengar cerita dari mulut ke mulut. Tapi, andai cerita ini benar, maka kau perlu sedar satu perkara.”

“Perkara apa?”

“Bakal pemerintah Amariya yang seterusnya adalah pewaris Raja Zulkhan. Adakah kau rasa, ianya patut berlaku seperti itu? Apakah kau bersetuju, Amariya ini akan diperintah oleh keturunan dari seorang raja yang gila?”

Berkerut kening Mada. Perbualan mereka terhenti seketika apabila pesanan makanan mereka sampai. Setelah pelayan warung berlalu, mereka kembali menyambung bicara yang terputus.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2015 07:19 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 25-5-2015 04:04 PM

Di satu sudut warung, kelihatan seorang lagi pemuda tersenyum. Dia benar-benar yakin, ada beberapa pengunjung warung yang sedang memasang telinga, mendengar perbualan dua sahabat itu. Berita yang dibawa mereka pastinya menjadi buah mulut jelata nanti.

“Mereka menjalankan tugas seperti yang diarahkan.” Zamzam berkata dengan perlahan. Zuhril dihadapannya hanya mendiamkan diri.

“Mari kita pulang, Zuhril. Aku perlu khabarkannya kepada bapa.” Tutur Zamzam lagi lalu bangun dari duduknya.

Zuhril mengeluh berat. Jauh di sudut hati, dia tidak bersetuju dengan rancangan Zaffar. Tapi, sebagai anak, dia tidak punya kuasa untuk menentang. Gementar untuk membangkang.

“Apa lagi yang kau tunggu?” Suara Zamzam meninggi sedikit apabila melihat Zuhril tidak berganjak. Zuhril akhirnya bangkit juga namun kekal membisu. Langkah Zamzam dituruti lalu mereka terus meninggalkan warung.

***
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 08:14 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 23-5-2015 07:19 PM
Di satu sudut warung, kelihatan seorang lagi pemuda tersenyum. Dia benar-benar yakin, ada beberapa p ...

“Mari kita pulang, Zuhril. Aku perlu mengkhabarkannya kepada bapa.” Tutur Zamzam lagi lalu bangun dari duduknya.



Nicki...mengkhabarkannya ke...atau khabarkan?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2015 08:27 PM | Show all posts
Ipo replied at 23-5-2015 08:14 PM
“Mari kita pulang, Zuhril. Aku perlu mengkhabarkannya kepada bapa.” Tutur Zamzam lagi lalu bangu ...

bapa atau ayahanda?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-5-2015 04:05 PM | Show all posts
Ipo replied at 23-5-2015 08:14 PM
“Mari kita pulang, Zuhril. Aku perlu mengkhabarkannya kepada bapa.” Tutur Zamzam lagi lalu bangu ...

Khabarkan ek?

Dah tukar. Maafkanlah tatabahasaku yg tunggang terbalik ittewww...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2015 04:08 PM | Show all posts

Dua-dua pun boleh.                 (kot?)  

Guna Bapa sebab 'orang istana' dah guna Ayahanda
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2015 04:18 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 30-5-2015 01:46 AM

Istana Surian

Syakilla menolak pintu kamar milik Arania. Dengan dulang di tangan berisi sedikit makanan, dia berjalan masuk lalu dulang itu diletakkan di atas meja, di bahagian tengah kamar. Sunyi sekali. Tiada kelibat Arania di mana-mana di dalam kamar. Syakilla menjeling ke arah katil. Tiadalah Arania berada di situ.

Tidak kaget. Arania pastinya berada di beranda lalu dia menjengah ke situ. Telahannya tepat. Arania sedang duduk seorang diri. Bayu lembut berpuput, menyebabkan rambut Arania juga terbuai-buai menari.

Kesihatan Arania telah beransur pulih dalam dua hari ini. Tiada lagi kedengaran puteri itu meracau-racau pada waktu malam. Tiada lagi Arania mengadu akan kepalanya yang sakit mencucuk-cucuk. Namun Ratu Malaeka masih tidak membenarkan Arania mengikut Raja Amsyar mempelajari urusan tadbir Amariya. Ratu mahu Arania benar-benar sihat seperti sediakala sebelum kembali kepada tugas.

Perlahan-lahan, Syakilla berjalan ke arah beranda. Arania yang sedang membelakanginya langsung tidak sedar akan kehadiran seseorang. Puteri itu sepertinya tenggelam dalam lamunan.

Semakin menghampiri Arania, barulah Syakilla melihat dengan jelas apa yang Arania sedang lakukan. Puteri itu membelek-belek gelang emas di tangan kirinya. Begitu asyik sekali.

Nada yang kudendang, berlagu
Rindu dalam hatiku
Cinta yang terpendam, ku pasti
Datang sekejap lagi
Sendiri aku terus diransang
Ke langit sedang biru
Menanti aku dalam nantimu
Nanti kau datang lagi


Syakilla terpaku seketika. Ulah Arania serta puisi yang puteri itu sedang dendangkan menyentak perasaan. Sudah pasti dia tahu, pada siapa puisi itu ditujukan. Syakilla mengeluh perlahan. Rasa bersalah, pedih dan entah mengapa, terselit juga sedikit rasa cemburu tatkala mendengar Arania berpuisi.

Sehingga kini, Arania tidak pernah tahu apa yang berlaku. Arania tidak tahu, mereka meletakkan hati pada pemuda yang sama. Arania tidak tahu, dia dan pemuda asing itu sering berjumpa mesra. Arania tidak tahu, yang dia juga merindukan pemuda asing itu.

Tapi Arania tidak perlu tahu semua itu kerana, dia telah membuat keputusan. Pemuda asing itu akan di suruh pergi dan jangan muncul lagi. Biarlah hatinya sakit dan calar berdarah. Biarlah. Itu yang sebaik-baiknya. Semangat perlu kuat. Tanggungjawabnya menjaga puteri itu lebih penting dari soal hati.

“Asyik benar kau berpuisi…”      

Puisinya terhenti serta-merta. Arania segera berpaling ke belakang. Terukir senyum manis berbaur segan di bibir.

“Boleh aku tahu, pada siapa puisi itu ditujukan?” Sengaja Syakilla bertanya begitu walaupun sudah dapat meneka.

“Bukan untuk sesiapa.” Arania juga sengaja tidak memberi jawapan tepat. Hanya memandang dan membelek-belek gelang emas di pergelangan tangan. Syakilla menahan perasaan. Terdetik di hati untuk memberitahu bahawa gelang itu bukanlah daripada Qi tapi dia tahu, pastinya Arania akan terasa hati jika tahu perkara yang sebenarnya.

“Jangan di rindui pada yang tak pasti.” Syakilla berkias.

“Tidak salah berpaut pada harapan.” Balas Arania.

“Harapan atau mimpi?”

"Mimpi boleh bertukar nyata, bukan?"

Syakilla mengeluh. Dia melangkah perlahan lalu bersandar di tiang beranda, berhadapan dengan Syakilla.

"Awan itu terlalu tinggi untuk digapai, Arania." Syakilla berkias lagi. Arania menarik nafas panjang lalu kembali membelek gelang emas di tangan.

“Lama benar rasanya aku tidak berjumpa dengan dia, Syakilla.” Arania melahirkan rasa hati.  “Apakah dia memang tidak sudi lagi datang ke mari?” Ada sayu dalam suara Arania. Syakilla menarik nafas panjang.

“Begitulah nampaknya.” Jawab Syakilla.

“Syakilla.” Arania menggenggam jemari Syakilla. “Selalunya, gerak hatimu begitu kuat. Adakah benar, dia tidak akan datang lagi?” Soal Arania sekali lagi.

“Arania, aku perlu menyatakan ini kepadamu. Terimalah hakikat, pemuda itu tidak akan muncul lagi di Amariya. Kehadirannya hanya untuk seketika, tanpa diundang. Tambahan pula, pemuda itu berasal dari dunia yang berlainan dari kita. Andai ada rasa yang kau titipkan buat dia, aku mohon kau lupakan. Ianya tidak akan menjadi kenyataan.” Nasihat diberi buat Puteri itu. Dalam masa yang sama, Syakilla terasa sayu. Yang sebenarnya, nasihat itu bukan saja untuk Arania. Ia lebih sesuai untuk dirinya sendiri.

Mereka akhirnya terdiam melayan perasaan. Membuang pandangan pada keindahan taman Di Raja yang terbentang luas dihadapan.

Secara tiba-tiba, hati Syakilla berdetak. Matanya semakin tajam memandang ke depan.

“Arania.” Panggil Syakilla.

“Iya?”

“Aku sudah bawakan hidangan untukmu. Marilah bersantap dahulu.”

“Ah, Syakilla. Aku tiada selera untuk menjamah apa-apa hidangan.” Arania beralasan.

“Janganlah begitu. Tidak elok perutmu dibiarkan kosong. Lagipun, kau sedang beransur pulih. Aku tidak mahu kau kembali gering.” Pujuk Syakilla. Arania memandang Syakilla lalu memuncungkan bibir. Pura-pura merajuk kerana dipaksa untuk menjamah makanan. Terlepas tawa Syakilla melihat ulah Arania yang begitu.

“Marilah.” Syakilla dengan senyuman yang masih terukir di bibir.

Arania mengangguk. Dia kemudiannya bangun untuk kembali ke dalam kamar.

Untuk seketika, Syakilla kembali membuang pandang ke arah Taman Di Raja sebelum menuruti langkah Arania.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 04:39 PM | Show all posts
Qi muncul lagi lettewwwww... tron ngekor sekali dop??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.880593 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list