CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

Gangnam University College - PENGUMUMAN BERSEJARAH SETIAP 9.00 PM BERMULA ESOK

 Close [Copy link]
Post time 17-1-2016 05:57 PM | Show all posts
dauswq replied at 17-1-2016 05:56 PM
kau riki2 jah @ismaha camne nk siapkan esemen 20 kredit tu selain anto kuiz
sempat lagi..
fin ...

kekekeke.. okeh boss.. nnt iols roger prof ismaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2016 06:50 PM | Show all posts
Edited by plasterhati at 17-1-2016 07:14 PM
dauswq replied at 18-12-2015 12:33 PM
Jumaat, 18/12/2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini masuknya sesi kuliah ...


LEE JOON THE NEXT WORLD STAR


Untuk research project ini, me akan bentangkan pasal LEE JOON bekas anggota MBLAQ. Maaf kalau tak menarik. Semua intipati research adalah berdasarkan google, youtube, memori me menonton filem, drama dan variety Lee Joon. Me bukanlah kipas susah mati Lee Joon tetapi individu yang mengagumi bakat lakonan pelakon muda ini dan merasakan beliau mempunyai masa depan depan yang cerah dalam bidang lakonan jika attitude-nya dikekalkan di tahap sekarang.
Ok, cukuplah dulu pendahuluan mengapa me memilih pelakon K-Drama bernama Lee Joon. Jom kita terjah dulu segalanya tentang Lee Joon dulu.

BIODATA RINGKAS



Nama Sebenar
Lee Chang Sun


Nama Gelaran Oleh Fans
Honey Abs, Little Rain, Babo Idol, Cheapskate, Muscle-dol


Tarikh Lahir
7 Februari, 1988


Asal
Seoul

Tarikh Debut
Sebagai pelakon: 2008 (melalui drama Here He Comes / MBC)

Sebagai penyanyi: 9 Oktober 2009 ( semasa konsert Legend of Rainism Penyanyi Rain)


Syarikat Pengurusan
J-TUNE Entertainment (2009-2014)
PRAIN TPC (2015-Sekarang)


Pendidikan
Seoul Arts High School

Korea National University of Arts major dalam Modern Dance

Kyung Hee Cyber University.


Personality
4D Character
Babo
Innocent
Mong
Selalu gagap kerana tidak dapat luahkan apa yang difikirkannya atau ketika kantoi sesuatu
jarang mandi
penjimat tegar


Karisma
LEE JOON pada mulanya mengikuti kelas lakonan tetapi diberitahu bahawa dia tidak berbakat untuk menjadi pelakon. Oleh itu, dia belajar menari, tetapi diberitahu pula tariannya tidak bagus dan harus fokus untuk menjadi kareografer kerana mereka rasa dia berbakat dalam bidag ini. Walaubagaimanapun Lee Joon tidak putus asa, meneruskan belajar menari, mengambil course tarian moden di Korea National University of Arts dan sekarang pelajar kelas lakonan tercorot ini menjadi pelakon yang terkenal.

DRAMA DAN FILEM LAKONAN LEE JOON


1. NINJA ASSASSIN (2009)

          Ninja Assassin adalah sebuah filem aksi Hollywood lakonan Rain sebagai Raizo. Filem ini mengisahkan tentang Raizo dan kanak-kanak lain yang diculik sejak kecil oleh suatu kumpulan (clan) rahsia dan dibawa ke suatu kem rahsia di tengah pergunungan yang tersorok untuk dilatih menjadi senjata pembunuhan tidak berperasaan. Setelah kehilangan kekasihnya yang juga tahanan kem neraka tersebut semasa awal remaja, Raizo lari daripada clan tersebut untuk menjejak kekasihnya yang dikejar oleh ahli kumpulan kerana melarikan diri. Lee Joon memegang watak Raizo semasa remaja.
Kebanyakan babak Lee Joon adalah di kem tahanan. Lee Joon telah menunjukkan lakonan yang sangat memberangsangkan bagi seorang pelakon yang baru pertama kali berlakon filem terutamanya filem aksi Hollywood pula tu. Lakonan Lee Joon di dalam filem debutnya ini mendapat respon yang positif daripada pengkritik dan penggilat filem. Ramai yang menjangkakan Little Rain ini akan menggegarkan industri perfileman Korea Selatan suatu hari nanti.
Terdapat banyak babak aksi oleh Lee Joon yang dikatakan tidak sepadan dengan usia dan pengalamannya. Ia melangkaui jangkaan - itulah komen para pengkritik filem yang memikirkan Lee Joon dipilih berdasarkan muka seiras Rain sebagai watak Raizo serta faktor artis bawah label syarikat Rain iaitu J-Tune Ent.
         Tentu tidak masuk akal jika filem aksi Hollywood berbajet besar hanya tangkap muat untuk mengambil pelakon yang babak bukan sedikit di dalam filem mereka. Lagi pula, watak Raizo remaja adalah tunjang jalan cerita yang menceritakan bagaimana proses Raizo menjadi pembunuh ninja jahat dan mengapa ia terjadi.
         Walaupun Lee Joon perlu melalui beberapa English-class untuk memantapkan sebutan agar tidak keterlaluan telor Korean-English nya, Lee Joon tetap mampu menjiwai watak dan dialog bahasa inggeris itu yang diketahui umum bahawa kebanyakan orang Korea hamper fail English mereka!

Lakonan Lee Joon dalam Ninja Assassin ( Lee Joon cut)

         


JUNGLE FISH 2 / KBS1 (2010)

          Drama adalah terbitan KBS2. JUNGLE FISH 2 adalah sebuah drama remaja school-drama tentang sekumpulan enam orang remaja sekolah tinggi yang berkawan baik semenjak middle school yang cuba menyelesaikan misteri tentang kematian rakan baik mereka seorang pemegang carta no 1 sekolah.
Plot adalah mengenai pelbagai masalah umum remaja masa kini iaitu bunuh diri, kehamilan remaja (teenage pregnancy), eksploitasi remaja, masalah keluarga yang mempengaruhi sikap remaja, eksplotasi rakan sebaya untuk kepentingan diri, percintaan remaja, keganasan, perlumbaan untuk ke university, hiburan dan korupsi.
          LEE JOON memegang watak AHN BA WOOL yang terbabit dalam isu kekeluargaan dan keganasan rumah tangga, percintaan, eksplotasi remaja oleh orang dewasa, remaja bawah umur yang bekerja part-time untuk sara hidup sendiri dan juga berhenti sekolah awal kerana dimasukkan ke pusat pemulihan remaja serta terbabit dlm isu gangsterisme dan shaddy business.
AHN BA WOOL adalah remaja malang yang kehilangan ibu dan bapanya berkahwin lain serta mempunyai anak baru. Ibu tiri Ahn Ba Wool tidak menyenangi kehadirannya yang pulang ke rumah setelah habis tempoh hukuman. Berkecil hati dengan layanan bapanya yang lebih sayangkan keluarga baru sehingga sanggup memukulnya, Ahn Ba Wool kemudian keluar ke dunia dewasa bekerja part-time untuk mengumpul wang menyewa rumah. Lebih malang lagi, dia diambil kesempatan oleh hyung pangkat atasannya dalam kongsi gelap.            Walaupun tidak lagi bersekolah, dia masih rapat dengan rakan-rakan lamanya. Mereka selalu berjumpa di kedai guksu bapa saudara geng mereka selain untuk menyelesaikan misteri kematian tersebut.
           Dari segi lakonan pula, Lee Joon sememangnya berjaya melangkaui skill lakonan rakan-rakan co-actor yang lain walaupun usia mereka sebaya dan ia adalah drama pertama lakonan Lee Joon yang menampilkan watak leading (mereka berenam sama-sama lead actor). Lee Joon berjaya menjiwai watak rebel-teenager melalui gerak tubuh dan bahasa badan yang berkesan.
          Beliau juga berjaya menampilkan watak remaja yang memendam perasaan dengan ketidakadilan yang dilaluinya melalui eye-acting (lakonan mata) yang memberangsangkan. Jika diteliti, ini adalah drama mainstream pertama lakonan Lee Joon di Korea Selatan setelah Ninja Assassin, menunjukkan dia masih lagi rookie actor, tetapi penghayatan dan kaedah pembawakan watak olehnya adalah seperti mereka yang berpengalaman dalam bidang lakonan lebih 5-10 tahun!
Terdapat juga babak yang memaparkan sisi romantic Ahn Ba Wool dan Lee Joon berjaya membuatkan peminatnya menjerit AWWWW selain mereka terpesona dengan senyuman Little Rain ini.

   

  


(TRAILER)


SENT FROM HEAVEN / KBS2 (2012)
  
          SENT FROM HEAVEN adalah sebuah drama sitcom panjang 100 episode lakonan utama oleh Cha In Pyo sebagai President Cha dan Hwang Woo Seul Hye sebagai bidadari Chae Hwa. Sitcom ini adalah adaptasi ke dunia moden daripada dongeng/folk tale orang korea tentang tukang kayu dan bidadari dari syurga yang turun ke bumi untuk mandi di kolam sakti. Malangnya, baju bidadari disorokkan oleh tukang kayu yang terpesona dengan kecantikannya kemudian mereka hidup bahagia sehingga tukang kayu mengaku menyorokkan baju bidadari tersebut dan dia tersepit antara kasihkan keluarga di bumi atau kehidupan di syurga.

         Dalam drama ini, bidadari Chae Hwa turun mandi ke bumi yang kebetulan menjadi tempat penggambaran syarikat perfileman President Cha. Berlaku salah faham menyebabkan kru set mengambil pakaian Chae Hwa yang dianggap props kemudian dikitar semula dan diderma ke Afrika. Dipendekkan cerita, Chae Hwa tinggal bersama keluarga President Cha; duda anak dua kerana tidak mempunyai tempat tinggal.

         Lee Joon berlakon sebagai Lee Joon, seorang trainee di bawah syarikat President Cha yang akan debut dalam masa terdekat dan jatuh cinta dengan noona Chae Hwa yang selalu membersihkan gym latihannya. Berbagai babak lucu antara mereka dipaparkan dan Lee Joon berjaya pull-off untuk watak komedi dalam drama ini.

Dalam drama ini, banyak scene memaparkan Lee Joon b-boy, ballet, hip hop, tarian, popping, shuffle dan berbagai kareografi lain. Terdapat banyak kareografi untuknya dan co-host lain dikareografikan oleh Lee Joon sendiri.

          Melalui drama ini, boleh disimpulkan bahawa Lee Joon adalah pelakon versatile yang boleh berlakon sitcom dengan bersahaja dan tidak kayu, selain mempunyai skill martial art yang tinggi dan badan yang fleksibel.



Lakonan Lee Joon dalam Sent From Heaven ( Lee Joon cut)

      



IRIS2 / KBS2 (2013)
   
          Dalam instalments IRIS ini, Lee Joon memegang watak Yun Shi Hyuk, seorang Agen VIP NSS dan ace yang mempunyai skill penyamaran, seni bela diri yang tinggi serta bersifat bangga diri.

          Dalam IRIS2, Lee Joon berjaya memberi nyawa kepada watak arrogant dan egoistic Shi Hyuk sehingga menarik minat peminat drama ini walaupun drama ini mempunyai rating agak mengecewakan berbanding promosinya dan siri IRIS terdahulu tetapi masih mendahului carta di beberapa episode. Tidak dinafikan wataknya memberi impak reversal kepada IRIS2 sebagai perisik dan memberi sense of suspense kepada drama ini. Lakonan “fake-crying” nya yang menyerlah telah mendapat pujian ramai.

           

(Lee Joon Cut)


Komen netizen:
Source: Newsen via Nate

[+14, -0] His scenes were short but I remember his gaze and facial expressions clearly. He has a charm to him.

[+11, -3] This guy did 1,000 times better than Doojoon and Yunho. He's decent for a supporting role.

[+76, -7] Lee Joon's a hundred times better than Doojoon

[+17, -3] He should quit being an idol and just go into acting


Source: OSEN via Nate
[+44, -8] I don't think he had enough screentime to even make a fair judgement on his acting yet ㅋㅋㅋㅋ Barely a minute all together ㅋㅋㅋ Seems like he'll have a bigger role tomorrow but I think his character fits the drama since everyone else is so dark and heavy

[+39, -18] Lee Joon only acted for a moment but I like how he carried his character.


source: X Sports News via Naver
[+121, -11] Lee Joon barely had any screentime~ but his acting was good

[+140, -16] Oh, so this kid was Lee Joon?? An idol?? ㅋㅋㅋ He was not bad, his face led me to think he was an actor ㅋㅋㅋ

[+106, -11] It was decent and natural!

[+106, -11] It was decent and natural!



GAP-DONG / tvN (2014)
Gapdong adalah drama genre thriller, misteri dan detektif terbitan tvN. Ia berdasarkan kes pembunuhan bersiri Hwaseong iaitu kes pembunuhan dan rogol bersiri wanita secara pelik dan kejam dalam tahun 1986 -1991serta diinspirasikan daripada filem Memories of Murder.

   

           Dalam drama ini, kes pembunuhan yang yang pembunuhnya dikenali sebagai Gap Dong kembali terjadi setelah 17 tahun dan detektif Mu Yeom lakonan Yoon Sang Hyun perlu menyelesaikan kes tersebut selain untuk membersihkan nama ayahnya seorang OKU yang dituduh sebagai Gapdong. Walaubagaimanapun, pembunuh sebenar siri jenayah terancang ini bukanlah Gap Dong tetapi rakan sepenjara psikiatrinya iaitu Ryu Tae Oh yang genius yang mempunyai IQ 150 yang mempunyai daya memori yang kuat, instict yang tinggi serta keupayaan memperdayakan orang lain.

          Dalam drama ini, Lee Joon memegang watak Ryu Tae Oh seorang psikopath dan sociopath yang menganggap Gap Dong idola dan tuhannya. Malahan Ryu Tae Oh mempunyai keupayaan merancang jenayah dan IQ yang lebih tinggi daripada Gap Dong. Ryu Tae Oh akhirnya turut membantu dalam menagkap pembunuh sebenar Gap Dong iaitu polis senior dalam pasukan pemburu Gap Dong juga

         Lee Joon diberi kepercayaan oleh pengarah untuk membawa watak berat yang bermain dengan berbagai perasaan dan pembunuh psikopath membuktikan skill lakonannya adalah A+. Watakse begini sukar untuk dibawa dan dihayati walaupun kepada pelakon senior sekalipun namun Lee Joon berjaya membawa watak Ryu Tae Oh melangkaui jangkaan penulis skrip itu sendiri.
Terdapat babak Lee Joon menari tarian klasik dan ballet di dalam drama ini dan tariannya kena dengan babak dan kesinambungan cerita. Dia berjaya beralih perasaan daripada menangis, sedih, ketawa, gembira, ketawa dalam sedih, dan memaparkan berbagai perasaan dalam satu masa serta dalam sekelip mata tanpa ‘take’ yang banyak yang menjimatkan masa penggambaran.

         Drama memaparkan Lee Joon banyak bermain dengan reaksi muka, bahasa badan dan lakonan mata (eye acting) dan bahasa badan yang tinggi. Jika tvN mempunyai festival awards nya sendiri tidak mustahil Lee Joon bakal membawa pulang tittle pelakon pembantu terbaik atau pelakon baru terbaik kerana komen yang diterima amat memberangsangkan.

     



Gapdong MV

      


LEE JOON CUT

      
      

  


MR BACK / MBC (2014)
           Drama ini mengisahkan tentang seorang taikun conglomerate berusia 70tahun bernama Choi Go Bong yang terlalu kuat bekerja sehingga mengabaikan diri dan keluarga termasuk anak lelaki tunggalnya; Choi Dae Han (lakonan Lee Joon) dari kecil sehingga berusia 28tahun sekarang. Pada suatu hari, selepas kemalangan jalan raya, Choi Go Bong bertukar menjadi lelaki berusia 30an tetapi tidak dikenali oleh orang sekelilingnya kecuali setiausaha dan tidak lama kemudian anaknya. Plot cerita adalah berkenaan struggle Choi Go Bong untuk mengekalkan syarikatnya agar tidak jatuh ke tangan orang lain, mendekati anaknya dan kisah cintanya dengan wanita muda.

          Lakonan Lee Joon sebagai 2nd lead telah berjaya membawanya dicalonkan sebagai PELAKON BARU TERBAIK MBC DRAMA AWARDS 2014.

Lee Joon sebagai Dae Han juga jatuh cinta kepada wanita yang sama dengan ayahnya. Akibat kehilangan ayahnya, Dae Han terpaksa menggantikan bapanya mengetuai syarikat gergasi mereka.

Adalah sangat jelas Lee Joon berjaya menjiwai watak sebagai Dae Han, seorang spoil brat, rebel, minat terhadap aktiviti lasak, berbakat dalam tarian dan ingin menjadi panari serta menggilai seorang wanita biasa. Ada babak Dae Han menari ballet, dan seperti dijangka ia melakonkanya secara bersahaja.



HEARD IT THROUGH THE GRAPEVINE (2015)
   Drama bergenre satira keluarga ini mengisahkan tentang sebuah keluarga sosilite yang terpaksa berdepan dengan kejutan anak remaja mereka yang terkenal dengan term budak baik yang skor dalam pelajaran tiba-tiba membawa pulang kekasih yang ditemui di summer camp. Lebih parah lagi, teman wanitanya itu terpaksa melahirkan anak di rumah mereka kerana sudah cukup bulan. Bermula daripada babak mendebarkan itu, maka bermulalah tragedy dalam keluarga berpengaruh ini yang terpaksa menjadi nenek segera, menantu bukan pilihan, anak lelaki sulung harapan keluarga bernama HAN IN SANG yang tiba-tiba menjadi bapa dan perjalanan kisah mereka menepis khabar angin.

Han In Sang amat sayangkan isterinya sehingga kedua ibu bapanya terpaksa melakukan berbagai cara untuk memastikan pelajaran dan masa depannya tidak terjejas.



Lakonan Lee Joon sebagai pelajar tahun akhir sekolah tinggi yang bijak tetapi sayangkan anak isterinya yang bersahaja mendapat pujian para peminat. Malahan turut menjadi topic di program variety dan program hiburan. Selain itu, beberapa babak lakonan Lee Joon turut diparodikan di mainstream sama ada di rancangan anugerah ataupun variety, dan youtube oleh fans.



Melalui drama ini, Lee Joon berjaya merangkul anugerah Exellence Award, Actord dan Excellence Award, Actor in a Serial Drama serta beberapa pencalonan lain.


  



ROUGH PLAY / FILEM (2014)

Filem ROUGH PLAY jika diterjemahkan secara literasi daripada “BAEUNEUN BAEUDA” bermaksud “An Actor Is An Actor”

Filem ROUGH PLAY adalah kali pertama Lee Joon menjadi pelakon utama. ROUGH PLAY adalah bergenre thriller, black theme dan aksi yang membawakan kisah seorang pelakon OH YOUNG yang menjadi superstar dalam sekelip mata melalui lakonan watak sampingannya di dalam sebuah filem kerana keberkesanan dan karisma yang ditunjukkan dalam lakonannya yang outshine pelakon-pelakon utama serta kerana attitude OH YOUNG yang menjadi perhatian. Walaubagaimana pun, popularitinya tidak disukai oleh para pelakon utama sehingga mengundang bahaya kepada orang sekelilingnya. Akibat daripada popularitinya, OH YOUNG hanyut dalam dunia baru dengan menjadi ego, mempermainkan perasaan wanita selain dikelilingi wanita cantik serta skandal sex.

Lee Joon berjaya membawa watak gelap dalam filem ini dengan cemerlang sehingga dicalonkan pelakon terbaik dan pelakon baru terbaik filem di beberapa festival filem. Anda dapat melibat Lee Joon berjaya bermain dengan pelbagai perasaan tertekan, sombong, arrogant, ego, takut, risau dan berbagai lagi.

Melalui ROUGH PLAY, sekali lagi Lee Joon berjaya berlakon babak aksi dengan cemerlang. Selain itu, ada babak bed-scene yang hardcore tetapi Lee Joon tidak kekok melakonkannya malah mendapat pujian pengarah.

Melalui filem ini Lee Joon dianugerahkan PELAKON BARU TERBAIK dalam 1st Wildflower Film Awards dan beberapa pencalonan lain.

     

trailer edisi sopan


trailer edisi 18sx
      




.......bersambung ke post seterusnya


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2016 06:51 PM | Show all posts
Edited by plasterhati at 17-1-2016 07:59 PM
dauswq replied at 18-12-2015 12:33 PM
Jumaat, 18/12/2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini masuknya sesi kuliah ..
post 2/3
LAKONAN MUSIC VIDEO (MV)


GOING CRAZY / KAN MI YOUN


Lakonan yang baik sebagai mangsa obsesi seorang wanita yang diikat dan dikurung. Nampak di situ dia berjaya menjiwai watak terseksa, rejection, keterpaksaan dan pasrah seorang lelaki dengan obsesi tersebut melalui body-acting dan eye-acting



SINGING GOT BETTER / AILEE

Lee Joon melakonkan watak bekas teman lelaki Ailee sebelum berjaya, sebagai mentor dan sebagai teman berlatih Ailee sehingga dia nampak curang di mata Ailee. Scene romantik boleh dipertingkatkan lagi bagi MV mungkin juga ini disebabkan dia cuba meletakkan dirinya pada par yang dengan Ailee yang bukan pelakon. Pada babak bergaduh, dan lain2, nampak bahawa Lee Joon lead lakonan dan Ailee follow sesuai dengan pengalamnnya dalam bidang lakonan. Seperti biasa Lee Joon membawakan watak berperang dengan perasaan sendiri dengan baik sekali.


BUBBLE POP / HYUNA


tidak banyak parts Lee Joon dalam MV ini tetapi cukup untuk menyatakan dia kekasih Hyuna. Terdapat scene Lee Joon menayangkan Honey Abs nya di scene tepi kolam. Tidak tahulah sama ada scene yang kecil atau di-outshine oleh hyuna, ataupun skripnya memang begitu, tetapi lakonan Lee Joon dalam MV ini tidak cukup meyerlah.


CAN’T OPEN UP MY LIPS / K.WILL


video ini me suka kerana jalan cerita cinta monyet antara Lee Joon dan IU yang cute. Babak Lee Joon menari sampai patah kaki tu menarik perhatian me. Dari segi lakonan, MV ini bergenre ringan, jadi tidak memerlukan bermain dengan perasaan yg ‘makjang’. Walaubagaimanapun Lee Joon berjaya memaparkan perasaan rindu, cinta monyet dan beraksi cute.



LAIN-LAIN PROJEK LEE JOON



Gnomeo & Juliet
Adalah filem animasi yang dialihbahasa ke hanggul dan Lee Joon memnjamkan suara untuk Gnomeo (watak utama) yang mischievous dan jatuh cinta dengan Juliet.


Housewife Kim Kwang-ja's Third Activities
Memegang watak sampingan dari tahun 2008 dan berhenti untuk berlakon dalam Ninja Assassin pada 2009


The Piper
Lee Joon berlakon watak Nam-soo iaitu anak ketua kampung.


Seoul Station
juga filem animasi dialihbahasa ke bahasa korea


Sebagai Cameo
Here He Comes / MBC (2008)
History of a Salaryman / SBS (2012)
K-POP – The Ultimate Audition / Channel A (2012)
Pinocchio / SBS (2015)



LEE JOON THE PIONEER


1. ARTIS TERMUDA DARI KOREA DEBUT DI HOLLYWOOD melalui NINJA ASSASSIN (telah disimpulkan dalam bab NINJA ASSASSIN)

2. ARTIS KOREA TERMUDA dianugerahkan ANUGERAH SCENE STEALER AWARD melalui SEOGWIPO SCENE STEALER FELTIVAL

3. HAKIM TERHORMAT PALING MUDA bagi MISE-EN-SCèNE SHORT FILM FESTIVAL, 2014



SEOGWIPO SCENE STEALER FESTIVAL
SEOGWIPO SCENE STEALER FESTIVAL ialah festival pertama seumpanya di dunia iaitu satu festival penganugerahan kepada para scene-stealer yang lebih menyinar daripada pelakon utama atau dengan kata lain; outshine the lead actors.Bukan senang untuk digelar scene stealer kerana ia memerlukan suatu lakonan berskill tinggi, penghayatan watak yang mantap dan mendapat kepercayaan daripada produksi perfileman itu sendiri selain daripada oleh pengarah dan penulis skrip.

Kriteria penganugerahan? Sudah tentulah skill lakonan bertahap master semata-mata di mana lakonan mereka outshine pelakon utama. Dan ianya lebih sukar berbanding pemilihan pelakon utama mengikut kata juri anugerah.

“I’ve been to many film festivals but ‘Scene Stealer Festival’ is very unique than any other film festival in the world. Actually, it is harder to cast those scene stealers here than the main characters." (Director Yoon Je-kyoon)

Seramai 22 scene stealers berkumpul di 1st Scene Stealer Festival ini iaitu nama besar dan PELAKON MASTERS antaranya Oh Dal-su, Yu Hae-jin, Jin Kyeong, Ahn Gil-Gang, Jung Man-sik, Jang Gwang, Park Chul-min, Kim Jung-tae, Lee Min-sik, Lee Won-jong, Lee Jae-yong, Lee Cheol-min dan, Hwang Seok-jeong.

Untuk pengetahuan anda, Lee Joon adalah satu-satunya pelakon berusia 20an sebagai penerima anugerah ini.



UCAPAN PENERIMAAN ANUGERAH OLEH LEE JOON
"I feel nervous than ever with those great seniors. I don’t think I stole a scene at all.  I think I got this award to be a scene stealer later. I will try my best on acting fiercely."
"I really want to be a scene stealer"
“I will try my best on acting fiercely. Like those seniors"
"I'm honored to join this precious ceremony. I felt that I should do harder after seeing those great seniors here. I’m working on the movie ‘Key of Life’ at the moment. I’ll be a scene stealer again in next year with more matured acting"

I’M THE YOUNGEST SCENE STEALER



THE YOUNGEST HONORARY JUDGE
(MISE-EN-SCèNE SHORT FILM FESTIVAL, 2014)
Tahukah anda Lee Joon adalah juri kehormat termuda untuk (MISE-EN-SCèNE SHORT FILM FESTIVAL, 2014) iaitu satu festifal filem pendek yang sangat berprestij di Korea Selatan. Anugerah dalam festival ini sangat diinginkan oleh penggiat filem pendek di sana. Terdapat 57 filem pendek dipertandingkan. Ini menunjukkan bakat lakonan dan pengalaman Lee Joon tidak dipandang enteng oleh industri seni di sana sehingga dijemput menjadi juri untuk menilai filem-filem berkualiti yang bakal dianugerahkan dengan berbagai kategori.

Mengenangkan pengalaman Lee Joon dalam genre aksi, beliau dipertanggungjawabkan menjadi juri untuk genre aksi, martial arts dan action. Penilaian adalah berdasarkan ketulenan kareografi, lakonan babak aksi, dan keberkesanan babak.



  
P/S: Me nak upload gambar2 awards tersebut tapi tak appear pulak bila reply. kat edit post elok jah keluar walaupun x appear kat benang. Sorry....
....bersambung ke post 3/3


Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2016 06:54 PM | Show all posts
Edited by plasterhati at 17-1-2016 08:29 PM
dauswq replied at 18-12-2015 12:33 PM
Jumaat, 18/12/2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini masuknya sesi kuliah ...

LEE JOON DAN PROGRAM VARIETY


Variety yang menampilkan Lee Joon sebagai host tetap adalah;

1.   STAR GOLDEN BELL

         


     


2.   OH!MY SCHOOL

     

      


Variety di mana LEE JOON menjadi hos tetap bersama MBLAQ ialah
1. Hello Baby
2. MBLAQ's Art of Seduction juga
3. Making the Artist
4. Idol Army





Variety dimana LEE JOON menjadi ‘recurring guest’
1. Running Man
2. We Got Married Season 4
3. Strong Heart
4. Star King
5. Let's Go Dream Team Season 2
6. Happy Together

        

   


   



click at your own risk. Boleh menyebabkan berdarah hidung dan cramp perut!




KOMEN PARA SUNBAENIM TERHADAP LAKONAN LEE JOON



"I metLee Joon for the first from the drama ‘Gap-dong’. Everybody loved him becausehe was good at acting. He is skillful at acting, I want him to challenge morefor play and musical also" (Jang Gwang)
“He has a nice voice andhe’s a good actor, too. And his manners are great. He’s the single maincharacter of the movie and if you consider his acting debut, he’s my senior,and much more popular than I am. Regardless, when we were doing the bed scene,even though it was edited out, and during action scenes as well, he took careof me. Especially during the bed scenes, it’s somewhat vague when the directoryells ‘cut.’ But when the staff handed us clothes, he’d always give it to mefirst. He has a way of being considerate with the small things. I was reallythankful for that.”(Min Ji Oh)
"Whenfilming the scene, Lee Joon showed exceptional power of concentration. He isvery passionate about what he is doing and always asks his senior actors foradvice."(Kang Hee Joon, a producer of CJ E&M)




AWARDS AND NOMINATION



AWARDS


Best New Actor or Actress - 1st Wildflower FilmAwards [Rough Play] 2014
Excellence Award, Actor - 8th Korea Drama Awards[Heard ItThrough the Grapevine] 2015
Excellence Award, Actor in a Serial Drama - 4th APAN Star Awards [Heard ItThrough the Grapevine] 2015



NOMINATION



2014
BestActor - 1st Wildflower FilmAwards   [Rough Play]
BestNew Actor - 7th Korea Drama Awards   [Gap-dong]
BestNew Actor (Film) - 50th Baeksang ArtsAwards  [Rough Play]
MostPopular Actor (Film) - 50th Baeksang ArtsAwards  [Rough Play]
BestNew Actor - 23rd Buil Film Awards  [Rough Play]
BestNew Actor- MBCDrama Awards  [Mr.Back]


2015
BestNew Actor (TV) - 51st Baeksang Arts Awards [Heard It Through the Grapevine]
MostPopular Actor (TV) - 51st Baeksang ArtsAwards [Heard ItThrough the Grapevine]
BestCouple Award with Go Ah-sung - SBS Drama Awards [Heard It Through the Grapevine]





KOMEN PERIBADI TERHADAP LAKONAN DAN MASA DEPAN LEE JOON

1.     1. LEE JOONbakal menjadi pelapis kepada barisan pelakon yang disegani dalam masa sepuluhhingga lima belas tahun lagi bila mengambil kira 2 tahun dalam army disebabkanmutu lakonannya yang mantap

2   LEE JOONbakal menjadi pelapis kepada pelakon aksi atau action movie yang bagus.
Selain mempunyaiskill martial arts yang tinggi, badan yang agak fleksible, beliau juga sentiasamember komitmen yang tinggi terhadap kerjanya.
Jadi tidak hairanlah jika diapelakon muda ini bisa menjadi next Jang Hyuk, Lee Byung Hun,Jo Dong Hyuk atauWon Bin.
Maksudnya, bukan skill sahaja yang diperukan untuk menjadi lead actordalam drama dam filem, harus diakui personal appearance juga penting.
Dengan wajahyang boleh dijual, diakui juga Lee Joon mempunyai nice abs!

     3. Tidakmustahil jika Lee Joon bakal mewarnai drama atau filem bergenre melodrama.
Ini keranabeliau adalah antara pelakon muda yang mendapat pujian terhadap lakonan matadan gerak tubuh yang phenomenal dan (eye acting and body language acting) juga berkesan.

Contohnya dalam Gapdong, Heard It Through The Grapevine dan Rough Play yangmendapat pujian umum.
Harus diingat bahawa lakonan gerak tubuh danmenampilkan perasaan melalui mata dengan bersahaja adalah suatutugas kompleks yang harus dilakonkan oleh seorang pelakon.

Tidak mudah bagimereka untuk memberikan persona mata dan bahasa badan yang berkesan walaupunmelalui penghayatan yang cemerlang jika kurang bakat dan komitmen walaupunmereka pelakon senior.

Antara pelakon yang terkenal dengan expressive eyeacting ialah Johnny Depp, Choi Min Soo, Robert Downey Jr, Song Joong Ki, dan HelenaBonham Carter



TRIVIA LEE JOON


1. Lee Joon adalah seorang cheapskate dalam     berbelanja tetapi kerana itu dia boleh membeli kereta dulu sebelum rakan     MBLAQ lain dan membiayai kos rawatan dan pembedahan major ibu saudaranya     dan dia berbangga dengannya.

2.  Lee Joon pernah patah hidungnya semasa     berlakon filem Ninja Assassin
3. Lee Joon sangat meminati bidang lakonan     sehingga berkorban untuk tidak menyambung kontrak sebagai anggota MBLAQ tetapi masih tetap ingin meneruskan bidang nyanyian.
4. Lee Joon adalah antara idol 2nd     wave yang terawal dikategorikan sebagai muscle-dol dan acting-dol
5. Lee Joon pernah mengikuti kelas ballet
6. Malangnya lee Joon tidak pernah tecalon dalam     mana-mana kategori Cari K-Drama Awards.

7. Lee Joon terkenal dengan aksi leg-spreading     nya yang sering dijunjukkan dalam Star Golden Bell dan beberapa variety     lain.pernah terjadi seluarnya koyak semasa melakukan aksi itu.

8. Lee Joon mempunyai bipolar disease dan     insomnia sebelum debut dan hamper sembuh apabila debut akibat kepenatan.



      



TAMMAT
MUAHS STEPEK UNTUK RAKAN-RAKAN SEKULIAH DAN
prof @dauswq DAN Assc Prof@ismaha


Maap kalau panjang, kalau x cantek, kalau membosankan.
Asalnya me buat pasal choi soo jong dan isterinya ha hee ra, tapi tragedi karangan tak dapat dibaca bila tukar lappy me terpaksa tukar subjek rujukan sebab sumber info utk mereka berdua x banyak kt website english..

TQ







SUMBER RUJUKAN:
·       Soompi.com
·       Youtube
·       memori sepanjang zaman menonton filem, drama dan variety
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2016 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
YoonArang replied at 17-1-2016 05:55 PM
ahaha.. sempat buat takat ni je

tu pun kuiz2 yg dulu kala x smpt nk cover... :sweat ...

Uolls aame dgn iolls.. buat research semate.. kuiz lelain haram xjwb

Motip sgt kn...

Tahniahla pm ye selamat siap buat research zirafah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2016 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah kepada semua orang yg sudah siapkan research project
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2016 11:17 PM | Show all posts
Edited by thafly at 17-1-2016 11:22 PM

Aktor Muda Berbakat Besar-Yoon Shi Yoon(1/3)

Untuk research project kali ini saya memilih untuk menulis tentang Yoon Shi Yoon, seorang pelakon yang berbakat besar yang berjaya mencuri hati saya melalui lakonan mantapnya dalam drama King of Baking, Kim Takgu.


Yoon Shi Yoon

Yoon Shi Yoon telah dilahirkan pada 29 September 1986 diSuncheon, Korea Selatan. Beliau yang telah diberi nama Yoon Donggu ketika dilahirkan telah mengambil keputusan untuk menukar nama setelah mendapa tcadangan tersebut daripada pihak agensi beliau. Yoon Shi Yoon merupakan anaktunggal dan dibesarkan oleh nenek&datuknya. Pendidikan awal beliau dimulakan di sekolah tradisional yang mengajar tentang Konfusianisme dan huruf-huruf Cina. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Kyonggi dalam bidang Seni. Beliau sangat-sangat minat membaca buku dan mempunyai perpustakaan mini sendiri dirumah beliau. Menurut beliau, terdapat 2000 koleksi buku telah dimiliki oleh beliau. Beliau juga takutkan ketinggian dan air. Kedua-dua fakta ini telah dipertontonkan kepada umum melalui rancangan variety yang disertai oleh beliau iaitu Barefoot Friends.

Koleksi buku di perpustakaan mini beliau


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2016 11:19 PM | Show all posts
(2/3)

Sitkom

High Kick 2!

Yoon Shi Yoon memulakan karier lakonannya menerusi siri Sitkom ‘High Kick Through The Roof’. Siri sitkom yang dibintangi barisan pelakon yang mantap ini mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada penonton. Siri sitkom ini diakhiri dengan rating sebanyak 24.4%. Melalui sitkom ini, Yoon Shi Yoon telah menerima anugerah Best Couple bersama-sama Shin Se Kyung. Beliau juga turut tercalon untuk kategori Pelakon Baru Terbaik TV dan Pelakon Baru Terbaik Komedi/Sitcom. Ketika sedang sibuk dengan shooting sitkom ini, beliau telah disahkan terkena jangkitan virus H1N1 yang menyebabkan penggambaran sitkom ini ditangguh.


Drama

Melalui lakonan mantap beliau dalam siri High Kick, beliau telah mendapat tawaran untuk melakonkan watak utama dalam drama King of Baking,Kim Takgu bersama-sama seorang lagi pelakon baru pada ketika itu iaitu Joo Won.Lakonan beliau yang mantap dalam drama ini membuatkan beliau tercalon untuk banyak anugerah dan memenangi lima daripada lapan yang tercalon. Watak beliau sebagai Kim Takgu, anak kepada seorang perempuan simpanan menjadi satu watak yang sangat-sangat diingati oleh penonton drama tersebut sehingga ke hari ini dan telah melonjakkan nama beliau sebagai salah seorang pelakon pelapis.

Me Too, Flower! dan Flower Boy Next Door
Walau bagaimanapun, drama seterusnya yang dilakonkan oleh beliau tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Drama Me Too, Flower lakonannya bersama-sama Lee Ji-ah yang disiarkan pada tahun 2011 terpaksadihentikan awal kerana mendapat rating yang agak rendah iaitu sebanyak 6.5% sahaja. Pada tahun 2013, beliau menerima tawaran untuk melakonkan watak Enrique Geum menerusi drama Flower Boy Next Door bersama-sama dengan Park Shin Hyesebagai teraju utama. Beliau berjaya membawa watak komedi ini dengan berkesan. Drama daripada siaran kabel ini mendapat rating sekitar 1% sahaja sepanjang tayangannya namun ianya menjadi drama kabel pertama yangdijual pada harga tertinggi kepada Jepun.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2016 11:21 PM | Show all posts
Edited by thafly at 17-1-2016 11:25 PM

(3/3)

Yoon Shi Yoon dalam drama Prime Minister and I

Lakonan terakhir beliau sebelum memulakan latihan ketenteraan ialah menerusi drama Prime Minister and I bersama-sama dengan LeeBeom Soo dan Yoona SNSD. Drama ini juga kurang mendapat sambutan penonton-penonton di Korea Selatan.

Beliau juga telah melebarkan sayapnya ke negara China menerusi drama Happy Noodle yang mendapat rating tinggi di China.


Filem

Death Bell 2

Yoon Shi Yoon juga membuat kemunculan pertama dilayar perak melalui filem Death Bell 2: Bloody Camp. Kemunculan pertamanya dalam filem thriller ini dianggap berjaya kerana kutipan filem ini  mencecah lebih 5 juta dolar. Selain daripada itu, beliau juga berlakon dalam filem Mr. Perfect yang telah ditayangkan pada 2014 bersama-sama dengan Yeo Jinggoo.
Pada 28 April 2014, beliau telah memulakan latihanketenteraan beliau dengan memasuki pasukan Tentera Laut Korea secara rahsia.


Anugerah dan Pencapaian

Year
Award
Category
Nominated work
Result
2009MBC Entertainment AwardsBest New Actor in Comedy/SitcomHigh Kick Through the Roof
Nominated
Best Couple Award with Shin Se-kyung
Won
201046th Baeksang Arts AwardsBest New Actor in TV
Nominated
3rd Korea Drama AwardsBest New ActorKing of Baking, Kim Takgu
Won
18th Korean Culture and Entertainment AwardsPopularity Award, Actor
Won
11th Korean Entertainment Culture AwardsMale Grand Prize (Daesang) for Drama
Won
KBS Drama AwardsBest Couple Award with Lee Young-ah
Won
Popularity Award, Actor
Nominated
Best New Actor
Nominated
Excellence Award, Actor in a Special Production Drama
Won
201147th Baeksang Arts AwardsBest Actor in TV
Nominated
2012CETV Acting AwardsTop Ten Asian Stars
Won
sumber; wikipedia

Semoga beliau akan menerima tawaran lakonan & skrip yang baik sekembalinya beliau dari latihan ketenteraan nanti.




Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2016 11:27 PM | Show all posts
Edited by thafly at 17-1-2016 11:31 PM

ampon lsss klu hazab tang mana2 or tak ikut format..fly hentam aje..ni je yg mampu dibuat dlm mase 2jam terakhirampooonnnnnnnn


@dauswq @ismaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2016 11:53 PM | Show all posts
Edited by zanierpk at 17-1-2016 11:59 PM

ASIA PRINCE
JANG KEUN SUK / 장근석


Zanie start meminati JKS sejak tertengok satu klip yang dia menghantar seorg peminat dia balik ke rumah. Klip ini di uploadkan oleh peminat itu sendiri ketika berada di dalam kereta JKS sambil JKS membebel sbb peminat perempuan tu sanggup tunggu sampai awal pagi dan menanya arah rumah budak perempuan tu (tapi dah tak jumpa klip tu di youtube ) Zanie rasa macam "wow" bagusnya... Menjalankan aktiviti seninya sendiri di bawah pengurusan nya sendiri yang bernama Tree-J company. Seorang yang sangat-sangat open ketika berbicara menyebabkan ia tidak berapa di sukai di Korea.

Jang Keun Suk di lahirkan di Seoul, Korea pada Aug 4, 1987 (7 tahun muda dari zanie, huhuhu). Seorang actor, singer dan MC. Menjadi model sejak berumur 5 tahun.


      


Seorang yang fasih berbahasa English dan Japanese. Dia memulakan career dalam lakonan sejak tahun 1997. Sitcom pertama yang dibintangi JKS ialah Selling Happiness. Terpaksa berhenti belajar di Nelson College, New Zealand setelah mendapat tawaran untuk berlakon di dalam sitcom popular Nonstop 4. Selain daripada berlakon, JKS menubuhkan group hip hop yang dikenali sebagai Team H bersama rakan satu universiti Big Brother (nama sebenar = Kurt Jung). H bermaksud Hanyang University. Team H sangat terkenal di luar Korea terutama Japan dan Taiwan oleh sebab itu kebanyakkan lagunya dalam bahasa Jepun. Untuk pengetahuan semua, Team H tidak pernah debut di Korea.

Lagu2 bersama Team H





Lagu terbaru tahun 2015


Permulaan Tahun 2015 adalah tidak memberangsangkan bagi JKS disebabkan isu cukai. Pihak media di Korea telah memburuk-burukkan JKS dengan memberi gambaran bahawa JKS cuba mengelak dari membayar cukai. Punca sebenar adalah bukan disebabkan JKS mengelak cukai, tetapi ia disebabkan kesilapan akauntan syarikat dan akhirnya pada Jan 14, 2015 JKS telah membayar sebanyak USD 9,220,900 kepada Korean Natinal Tax Service. Walaupun terbukti bukan salah JKS, tetapi disebabkan isu cukai ini, JKS telah di keluarkan dari variety show Three Meal's a Day (oh kejam!). Untuk tahun 2016 ini, JKS telah diberi kepercayaan untuk menjadi MC di dalam sebuah program yang bernama Produce 101. Di harap ini adalah permulaan utk JKS mula di terima di Korea.


Drama
Year
Title
Role
Network
Notes
Ref.
1998HugWon-jooSBS
2000School 3Kang Won-seok's younger brotherKBS1
2001Ladies of the Palaceyoung Jeong RyeomSBS
Four Sistersyoung Lee Young-hoonMBC
2002OrangeJang Keun-sukSBS
The Great Ambitionyoung Park Si-young
2003Nonstop 4Keun-sukMBCJKS menerima offer ini ketika dia masih belajar di New Zealand
2005Lovers in PragueYoon Gun-heeSBSMelakonkan watak sebagai anak President.
2006Alien TeacherBong-sam/AlexanderTooniverse
Hwang JiniKim Eun-hoKBS2Di dalam drama ini, JKS melakon kan watak sebagai kekasih pertama Hwang Jini yang akhirnya mati.
2008Hong Gil-dongLee Chang-hwi
Beethoven VirusKang Gun-wooMBCDisebabkan drama ini, dia telah menolak tawaran berlakon di dalam drama Boys Over Flower yang akhirnya di ganti oleh Lee Min Ho dan secara tidak langsung telah menaikkan nama Lee Min Ho. Walaupun drama ini tidak mendapat sambutan yang di tinggi di Korea, JKS tidak merasa kecewa tetapi dia menganggap banyak pengalaman yang di timba dari pelakon2 yang lebih senior.
2009You're BeautifulHwang Tae-kyungSBSAntara drama yang menyebabkan nama JKS melonjak tinggi di Japan dan China. Membawa watak sebagai ketua di dalam K-pop band yang terkenal bernama A.N.Jell.
2010Mary Stayed Out All NightKang Mu-gyulKBS2Drama ini jugak tidak terkenal di Korea tetapi mendapat perhatian di Jepun.
2011Ikemen desu neHimselfTBSCameo, Episode 8
2012Love RainSeo In-ha/Seo JoonKBS2
2013Pretty ManDokgo Ma-teDrama ini dikecam hebat di Korea. Netizen Korean menanggap JKS tidak pandai memilih drama. Walaupun drama ini tidak dapat sambutan yang tinggi di Korea, tetapi ia di sambut baik oleh peminat2 di Japan.
Films
Year
Title
Role
Studio
Notes
Ref.
2003The Owl MuseumLee Jung-woo
N/A
Short film
2006One Missed Call: FinalAhn Jin-woKadokawa Pictures & TohoJapanese film
2007The Happy LifePark Hyeon-junCJ Entertainment
2008Do Re Mi Fa So La Ti DoShin Eun-gyuNew Crayon Entertainment
Baby and IHan Joon-soo
N/A
Crazy WaitingPark Won-jaeCinema Service
2009The Case of Itaewon HomicideRobert J. PearsonWatermelon Pictures Co., LtdMembawa watak sebagai seorang pembunuh yang sgt psyco. Di dalam filem ini, JKS bertutur di dalam bahasa inggeris.
2011Budapest diaryKeun-Suk
N/A
Short film
2011You're My PetKang In-ho ("Momo")Lotte Entertainment
2015CampFilm director & lead role
N/A
Short film
TV Shows[edit]
Year
Title
Network
Notes
Ref.
2007InkigayoSBSCo-host with Kim Heechul
2012The Center of the New Hallyu, I Am Jang Keun-sukKBS2
Sekai no Purinsu e! Chan Gunsoku ~ 24 sai no Sugao~Fuji TV
2012Happy campHunan TVGuest ep. 16.06.2012[28]
2014The Return of SupermanKBS2Guest, episodes 39 & 48
2015Three Meals a Day: Fishing VillagetvNHis scenes were edited out
2016Produce 101MnetMentor and MC[29]
Music Videos[edit]
Year
Title
Artist
Notes
Ref.
"Black Engine"HimselfDebut Single
"We Can Make It"Tim Hwang and Son Hoyoung
2009"Toucholic"Himself
"Just Drag"
2010"Magic Drag"Jang Keun-suk feat. Hyolyn
2011"Let Me Cry"Himself
2012"Crazy Crazy Crazy"
"Can't Stop"Team H
"Abracadabra"Himself
"Stay"
2013"Nature Boy"
"I See You (ICU)"Jang Keun-suk feat. Park Min-young[30]
"I Just Wanna Have Fun"Team H
"Beautiful Change"
"Feel The Beat"
"What is Your Name?"
2014"Dream Journey in Jeju"Jang Keun-suk and Park Shin-hye[31]
"Raining on the Dance Floor"Team H
"Take Me"
2015
"Hidamari"HimselfMonochrome[32]


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2016 12:22 AM | Show all posts
MAKLUMAN:


Tempoh penyiapan Research Project telah berakhir sebentar tadi.
Tahniah kepada mereka yang telah menyiapkan kerja ini. Sebanyak ~40% kredit diperuntukkan untuk Research Project dimana 30% telah terjamin masuk dalam kredit kerja khusus.
Juri2 daripada kalangan tenaga pengajar akan menentukan pemenang 'Artikel Terbaik'.
Justeru, markah yang diadili akan digunakan untuk menentukan baki 10% kredit
U
ndian luar penonton akan membantu sebagai 'extra topping' bagi mengisi kekurangan markah yang diadili oleh juri-juri untuk ~10% kredit Research Project.
Ketua juri: Prof. @isabel
Juri 1: Prof. dauswq
Juri 2: Assoc Prof. @ismaha


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2016 12:39 AM | Show all posts
Edited by dauswq at 18-1-2016 12:55 AM

Dear honorable students:


Laporan Progress Kerja Khusus untuk setiap pelajar sedang dalam proses.
Dengan laporan ini , pelajar akan melihat sendiri jumlah mata kredit kerja khusus yang telah terkumpul setakat ini.
Tak lama lagi akan dihantarkan ke peti mesej masing-masing.

Dan satu lagi, tarikh final EXAM ditangguhkan bermula 1 Feb bulan depan, bermakna dua minggu lagi akan ada tiga sesi kuliah terakhir (LEC 06, 07 & 08) menjelang final EXAM.

KALENDAR AKTIVITI



Download Calendar: LINK 1


Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 11:01 AM | Show all posts
zanierpk replied at 17-1-2016 11:53 PM
ASIA PRINCEJANG KEUN SUK / 장근석

Zanie start meminati JKS sejak tertengok satu ...

first time tgk dia berlakon dlm Love Rain..
and i'm loving it..

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 01:29 PM | Show all posts
nohas replied at 18-1-2016 11:01 AM
first time tgk dia berlakon dlm Love Rain..
and i'm loving it..

betul... pada zanie, compare antara love rain dgn you are beautiful.. love rain lagi best!
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 02:24 PM | Show all posts
Edited by plasterhati at 18-1-2016 02:36 PM


JAWAPAN:

Quiz:

1. Pilih salah satu kategori terbaik/popular top 5 yang anda tahu tentang perihal calon-calonnya.
Kemudian, KUPASKAN
secara logik mengikut fikiran anda , apakah yang membuatkan calon-calon tersebut boleh menduduki top 5 kategori tersebut setelah ianya dipilih oleh fans kdrama Malaysia secara konsesus? Siapakah anda rasa layak memenangi kategori tersebut ?
Anda boleh gunakan info daripada teks berkenaan atau dari sumber luar. Anda juga boleh bandingkan dengan cari kdrama awards sebelum ini.


JAWAPAN:

PILIHAN: DRAMA TERBAIK (DRAMA OF THE YEAR) 2012

Untuk tahun 2012, Drama of the Year Cari Awards telah dimenangi oleh Rooftop Prince. Selain peminat k-drama Malaysia memilih Rooftop Prince sebagai Drama Terbaik, drama ini juga turut memenangi drama terbaik daripada
7th Seoul International Drama Awards dan 3rd Remarkable Awards. Rooftop Prince mendapat saingan sengit daripada drama-drama top 5 lain iaitu Moon Embraces the Sun, Reply 1997, Nice Guy dan King 2Hearts memandang drama-drama ini adalah drama tangga atas daripada channel masing2.

       Drama Moon Embraces the Sun telah merangkul anugerah Drama Terbaik bagi stesen tv MBC dan ianya memang dpersetujui oleh peminat dan pengkritik k-drama kerana mempunyai rating yang tinggi, lakonan mantap dan jalan cerita yang kuat serta sambutan yang memberangsangkan. Selain itu, drama ini turut diakui di feltival award lain iaitu anugerah Best Drama di 48th Baeksang Arts Awards dan Silver Award for Best Foreign TV Series  di 18th Shanghai Television Festival Magnolia Award. Boleh dikatakan drma ini menang besar di beberapa feltival awards kerana pelbagai anugerah telah dimonopoli olehnya.

Bagi pendapat me pula, drama My Husband Got Family patut juga memasuki carta mungkin menggantikan King 2Hearts memandang drama kekeluargaan ini mesejnya lebih baik, keserasian pelakon dan skrip yang lebih menonjol serta lebih layak untuk menduduki carta top5. Drama ini telah memenangi kategori best drama di beberapa festilam filem besar yang lain seperti Outstanding Korean di 7th Seoul International Drama Awards Drama dan Best Drama di 5th Korea Drama Awards

Drama Reply 1997 pula membawa tema yang adak refreshing dengan membawa penonton mengimbau memori zaman peralihan dunia analog ke dunia digital akhir 90an serta tema yang agak asing bagi k-drama kerana berunsur quizzical terhadap watak hero iaitu siapa bakal suami kepada heroin cerita. Walaupun pengarah bereksperimen dengan tema baru, drama cable networks tetap leading sebagai antara drama favourite kerana lakonan dan jalan cerita yang menarik selain penonton dapat mengimbau memori zaman kegemilangan masing-masing. King 2Hearts pula lebih mendapat sambutan di luar korea selatan beranding di negara sendiri mungkin disebabkan pelakonnya Lee Seung Ki dan Ha Jiwon.

Walaubagaimanapun, bagi pendapat me, kategori ini harus dimenangi oleh Nice Guy yang mempunyai skrip lebih mantap, jalan cerita yang kuat serta chemistry antara pelakon yang lebih superb. Mungkin drama Nice Guy tidak menjadi pilihan pengundi Cari K-drama awards kerana tema beratnya berbanding Rooftop Prince yang bertema romantik komedi dan fantasi yang lebih menjad pilihan para pengundi selain faktor pelakon quadruplets prince, eunuch, scholar dan bodyguards yang hensem dan cute tetapi lakonan tidak mengecewakan tersebut. Dalam Nice Guy, boleh dilihat bahawa tema yang dibawa mempuyai nilai freshing ang agak lari daripada fantasi semata walaupun masih lagi mengekalkan sub-tema chaebol. Adalah jarang untuk heavy drama mendapat sambutan yang baik dari segi rating kerana sukar untuk dihadam oleh ajumma dan remaja. Berlainan pula dengan Nice Guy, rating dicatat adalah tingggi walaupun ia heavy and dark drama. Ini menunjukkan ia adalah sebuah produksi yang berjaya melalui skrip yang suspense, pelakon yang berwibawa, sinematografi yang baik, serta pengarahan yang berkesan serta beberapa aspek teknikal lain yang boleh dipuji. Walaupun begitu, drama Rooftop Prince sememangnya layak memasuki carta top5 drama terbaik.


[assignment : 0-3 kredit]

2. Cari SATU 'trivia' menarik yang sesuai untuk gabungkan segala maklumat mengenai CARI Kdrama Awards. Pastikan trivia itu belum lagi disebut di dalam benang ini: CARI K Drama Awards (Results & Trivias)


1. Joo Woon adalah aktor paling banyak tercalon sebagai Best Actor dalam Cari K-Drama Awards sebanya 3 kali iaitu pada 2012 (Bridal Mask), 2013 (Good Doctor), dan 2015 (Yong Pal) diikuti oleh Kim Soo Hyun sebayak 2 kali pada 2012 Moon That Embraces The Sun dan 2014 You Who Came From the Stars.

2. Tidak ada aktress yang tercalon lebih dua kali untuk kategori Best Actress sepanjang Cari K-drama Awards diadakan. Choi Jiwoo, Hwang Jeung Um dan Gong Hyojin masing-masing hanya berjaya berkongsi juara carta dengan dua kali pencalonan.

3. Drama
Moon That Embraces The Sun pada 2012 telah mendahului carta win big dengan memenangi paling banyak kategori dalam Cari K-drama Awards pada tahun 2012 sebanyak 5 kategori dan diikur rapat dengan 4 kategori oleh Secret Love pada 2013.



@ismaha @dauswq


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2016 02:35 PM | Show all posts
awat plk background jadik ijo tu ye..agaknya kes copy stepek malas nak copy satu soalan quiz kot..

ambik ko..mendapat laa kan post pelik dari org lain
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 08:00 PM | Show all posts
Edited by nohas at 18-1-2016 08:38 PM

Kuiz Kuliah No. 5

Q1. Sila rujuk soalan number 13 dan 14, Berikan sebab mengapa jawapan soalan tersebut diberikan sebegitu oleh prof.  Erti kata lain....mintak bagi anything spt video kah atau statement dr blog /media yg boleh menyokong jwpn tersebut.

13. Adegan di atas dipetik daripada drama tvN Reply 1988 yang sedang hangat ditayangkan. Didapati heroin drama ini, Hye Ri yang memegang watak sebagai Seo Dok Sun tiada dalam perbincangan ini. Apakah agaknya yang dibicarakan oleh mereka?
Jawapan
B. Taek mengakui dia mencintai Dok Sun menyebabkan Jun Hwan terpinga dan kecewa malah rakan-rakan lain turut terkejut sama.

Ulasan
Dalam drama ni, watak Taek ialah seorang yang ‘introvert’, pendiam dan ‘nerd’ yang hanya tahu main baduk saja (tahap pro). Jun Hwan pula seorang yang ‘outgoing’ tapi tentang perasaan pada perempuan, dia reserve juga.



Sebenarnya, heroin Seo Dok Sun ada bersama-sama mereka pada awalnya seperti dalam klip video diatas.  Semasa Dok Sun ada sesama mereka, Dong-Ryong dan Sun Woo dah pun bertanya Taek, adakah dia minat pada Dok Sun tapi Taek menafikannya. Bila Dok Sun keluar dari bilik tu, dua rakan tu semakin ligat menggiat-giat, mengkenen-kenen Taek dengan Dok Sun. Barulah Taek mengaku yang dia suka Dok Sun sebagai wanita bukan sebagai kawan. Dong-Ryong dan Sun Woo terkejut dengan pengakuan Taek sebab mereka tidak menyangka karakter Taek yang macam tu (nerd) pun ada perasaan dengan perempuan…walaupun nerd tapi dalam hati ada taman…

Sinopsis dari blog clover-blossom: moga2 prof dan teman-teman bisa faham
http://www.clover-blossoms.com/2015/12/sinopsis-reply-1988-episode-10-part-2.html



Taek sebenarnya dah lama suka dengan Dok Sun.  Dalam episod 6, Taek dengan berani mengajak Dok Sun keluar berdua tengok wayang pada hari pertama salji turun.

Confession on the first day of snow. Before she can hang up, he calls out, “Deok-sun-ah! Should we… go see a movie?” He then amends it to: “Let’s go see a movie.”

sumber: Dramabeans

Kenapa Jun Hwan terpinga dan kecewa? Taek, Dong-Ryong dan Sun Woo tak tahu yang Jun Hwan dah lama ada hati dengan Dok Sun. Sebab tu dalam adegan tersebut, Jun Hwan tidak sama-sama mengkenen-kenenkan Taek dengan Dok Sun. Bila dengar pengakuan Taek, dia terpinga dan kecewa. Lain kali kalau dah suka..cakap, cakap . Jun Hwan mula ada perasaan cinta pada Dok Sun bila mereka berdua menyorok dalam lorong yang sempit dalam episod 3.


Kemudian, beberapa cute scenes Jun Hwan's crush pada Dok Sun...dan kemuncaknya bila Jun Hwan temankan Dok Sun di McDonald di Gangnam dan balik naik bas sama2..

Jun Hwan bengang sebab Dok Sun 'blur' dgn tindakan dia yg sanggup berkejar ke Gangnam tuk bersama Dok Sun..
He’s so frustrated that she can’t tell (but can’t actually say it either), and suddenly grabs her face in his hands and says, “Use that head of yours and think carefully. Why did I come?” He walks away, leaving her more confused than ever.

source: dramabeans

14. Sila tick kan kenyataan benar mengenai pelakon di atas.
Jawapan
i. Pernah tercalon dua kali dalam kategori Best Actor CARI K Drama Awards tetapi tidak menang.
ii. Merangkul daesang pertama kali menerusi watak sebagai intern produser untuk rancangan realiti tv.
iii. Pernah bergandingan dengan Song Joong Ki dalam sesuatu drama.
iv. Pernah memegang watak sebagai professor universiti.

Jawapan: C. i, iii dan iv

Ulasan:
Pelakon tersebut ialah Kim Soo-hyun. First time tengok dia berlakon dalam drama the Moon Embracing the Sun. Soalan ni memang confimed saya salah jawap sebab tak tahu yang Kim Soo Hyun dan Song Joong Ki pernah berlakon bersama dalam drama Will It Snow For Christmas? pada tahun 2009-2010. Dalam drama ni, Kim So Hyun memegang watak hero Cha Khang Jin semasa belasan tahun dan Song Joong Ki pula memegang watak abang kepada heroin.



Kim So Hyun tercalon dalam kategori Best Actor CARI KDrama Awards pada tahun 2012 (Moon Embracing the Sun) dan 214 (My Love from the Star) tetapi tak menang.  Dalam drama My Love from the Star, beliau memegang watak professor universiti.  Lakonan beliau dalam ini juga berjaya merangkul Daesang award buat pertama kali pada 7th Korean Drama Awards 2014.



Kim Soo-hyun berjaya menggondol Daesang award buat kali kedua dan ketiga bagi drama the Producers dalam tahun 2015, so jawapan no. ii tu adalah salah.

2.  Setamatnya kalian belajar di Gangnam university collage, berikan pengalaman sepanjang mengikuti kursus ini?

Kursus yang ‘fun’ dan santai membuatkan pelajar tidak merasa stress sepanjang mengikuti kursus ini.  

Pelbagai pengalaman, pertamanya, dapat mengenali pelajar-pelajar lain yang mempunyai minat yang sama, walaupun saya ni tak banyak berinteraksi dlm benang Gangnam…maklumlah saya ni 2P..pemalu & pendiam...ahaks..

Pengalaman yang sangat saya suka sepanjang kursus ni ialah dapat menimba ilmu kdrama daripada nota-nota kuliah dan research yang ‘terpaksa’ dilakukan untuk menjawab kuiz-kuiz, research project, midterm exam dan juga final exam nanti. Kursus ini juga mencetuskan satu pengalaman yang dah lama saya tak alaminya iaitu stress dan debaran sebelum dan semasa menjawab exam..huhu..real one, no kidding..dah lama tak ambik exam sebenarnya. Memang stress bila kena google, kena scroll thread, blogs dalam masa yang limited..

Akhir kata, walaupun tidak mengenali keseluruhan BOD university college ni (cuma kenal Prof Daus & Associate Prof Ismaha je), nak ucapkan syabas pada semua kerana idea yang bagus menubuhkan college ni dengan syllabus yang menarik

submitted: @dauswq @ismaha

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 08:33 PM | Show all posts
plasterhati replied at 18-1-2016 02:35 PM
awat plk background jadik ijo tu ye..agaknya kes copy stepek malas nak copy satu soalan quiz kot..
...

nice one..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2016 08:43 PM | Show all posts
nohas replied at 18-1-2016 08:00 PM
Kuiz Kuliah No. 5

Q1. Sila rujuk soalan number 13 dan 14, Berikan sebab mengapa jawapan soalan te ...

wah details sungguh  penerangan nohas tentang soklan psl reply 1988 tu
@naqibnasuha dipersilakan bace

nohas tgk drama ni ker?


setakat ni, jwpn quiz nohas plg tepat sekali




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.537580 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list