CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANDAINYA KAU JADI MILIKKU ( rating U)

   Close [Copy link]
Post time 6-5-2010 08:59 AM | Show all posts
iskandar dah insaf rupanya...alhamdulillah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2010 09:09 AM | Show all posts
bagus jugak si Is nie...
bertanggungjawab jugak walaupun hantar gambar je...
x nak menyusahkan orang lain...
tuan rumah, kalu free letak n3 lagi erkkk...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 09:15 AM | Show all posts
best, best, best
iwimz memang follow citer smiley sejak dari teratak lg
memang mengancam
x sabar nak tau apa noraini nak buat
huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 09:54 AM | Show all posts
peant merempit tapi puas hati..citer smiley ni mcm biasala tak menghampakan... so..bila nak sambung ni??????
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 09:56 AM | Show all posts
Smiley ...babak seterusnya.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 10:34 AM | Show all posts
best smiley... tapi sakit hati ngan Datin Noraini tu..... sedor kan sikit makcik tu... busuk sgt hatinya....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-5-2010 01:00 PM | Show all posts
Mulia gak Iskandar nie yerk....sanggup mengaku kesalahan sendiri.....semoga Is akan jumpa jodoh yg b ...
allamanda Post at 5-5-2010 17:04


kisah iskandar nanti smiley buat dlm cerita lain - kalau rajin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2010 01:02 PM | Show all posts
Kan dah kata, baik dan mulia hati Is ni, ailah dia pernah tersongsang sekejap, harap-harap dia dap ...
cmf_blingblings Post at 5-5-2010 17:27


dia dah baik sbb dia tak nak hampakan peminat dia kat sini.... cik blingblings
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-5-2010 01:03 PM | Show all posts
Reply 1230# Kia_picanto

lagi sorang tu sapa?
partner Is kah?
belum selamat kot sbb mak org tu tak gi jumpa Nyai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2010 01:06 PM | Show all posts
Reply 1243# iwimz

tq iwimz
noraini tgh terkejut
nasib baik tak gila terus
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2010 01:08 PM | Show all posts
Reply 1235# mamiayu

tulis tangan bahasa Arab dengan translation melayu
sbb tu mahal
tp berbaloi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2010 01:10 PM | Show all posts
Reply 1231# asyriqa

belum ending lagi

kalau tak rugi je kumpulan marhaban prektis tp tak keluar

selalunya citer smiley ending bila kawin, then ada satu dua bab then tamat.... tak pandai cerita pasal rumahtangga
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 01:23 PM | Show all posts
bila la datin noraini nak tahu kenapa iskandar dgn najlah tak jadi kawin....

smiley...sambung lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 07:08 PM | Show all posts
yang paling i risau, kalau Iskandar dah taubat (which of course bagus)
tapi dia nakkan si Lala.......oh tidak.....

tak jadi camtu kan Smiley....huhuhu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2010 07:09 PM | Show all posts
Najlah menyelusuri rak baju di Zara sambil membelek baju baju yang tergantung. Tiada yang memikat hati. Dia sendiri tak pasti apa yang di cari tapi dia perlu keluar rumah untuk melegakan otak. Dua jam lalu dia menyelinap keluar dari pintu belakang rumah . Rasa tension di kelilingi saudara mara, jiran tetangga, wedding planner, tukang buat pelamin. Semua sibuk bertanyakan itu ini. Kecoh mengalahkan persiapan untuk majlis pembukaan Olimpik. Dua hari lagi aku nak kahwin. Takuuutttt!

Tasha mengacu sehelai blaus putih ke tubuhnya

“ Okay tak?”

Najlah mengangguk sambil lewa. Otaknya entah ke mana. Ke JB, mungkin. Sudah tiga hari Adham di sana. Dia sepatutnya balik hari ni tapi tak dengar khabar pun. Patuh betul dengan pantang larang Mak Tam dan Mak aku. Kononnya bakal pengantin tak boleh jumpa sekurangnya seminggu sebelum kahwin, takut hilang seri. Atau darah manis? Entah lah yang mana satu aku pun tak tahu.

“Woi! Kau tengok tak baju yang aku pegang ni? Tak bestlah shopping dengan orang angau.” Bahu Najlah di tampar

“ Aku dah cakap cantik. Kau pergi lah try.” Najlah membelek I phone nya lagi sekali. Tak ada pun panggilan atau mesej yang mungkin terlepas dengar.

“ Kau ingat tak? Masa kau mula jumpa Adham, apa kau kata?”

Najlah buat muka bodoh. Mahunya tak ingat. Siapa sangka musuh ketat bakal jadi suami ? ? Macam dalam novel Harlequin dan Mills & Boons pula.

“ Kau kata kalau kau jatuh cinta dengan Adham, kau suruh aku bawa kau pergi jumpa bomoh sebab sah kau kena santau. Aku dah kata dah. Jangan nak tunjuk lagak. Kononnya kau kebal dengan Adham punya daya tarikan. Tengok apa dah jadi. Piraaah!” Tasha membuat aksi tangan stail aci

Melampau kawan aku ni!
“ Cepatlah pergi try baju tu. Aku dah lapar.” Mee udang Little Penang Kafe sudah terbayang di mata.

“ Orang nak kahwin tak lalu makan, kau ni selera makin menjadi jadi. Nanti baju kahwin tak muat, padan muka” gerutu Tasha sambil melangkah ke fitting room.

Najlah berlegar di bahagian jaket dan pakaian musim sejuk. Otaknya menerawang. Mana agaknya Adham nak bawa aku pergi honeymoon? Ke tempat sejuk? Ke pulau?

Bunyi deheman seorang perempuan menyentaknya. Dia berpaling.

“ Hi Liza” Senyuman Najlah tidak di balas. Gadis berambut perang di depannya memandang dari atas ke bawah

" Shopping lagi? Dah nak bersanding pun sempat lagi?"

" I temankan my friend"

“Beli apa tu? ”

“ I beli selendang untuk my mum dengan aunties. Ada special offer” Najlah mengangkat beg kertas ARZU.

“ Seronoknya jadi anak orang kaya. Apa you nak semua dapat. ”

Apa yang makcik ni merapu, Najlah mula tak selesa.

“ Ya lah. You anak tunggal Datuk. Mestilah Adham pilih you. Siapa tak nak hidup senang” Senyum sinis Liza menyirap darah Najlah

“ Ini semua jodoh. Tak ada kena mengena dengan bapa I atau harta dia” Najlah mula bergerak meninggalkan Liza. Malas nak layan perempuan cemburu. Lengannya di paut

“ Oh, really? You tak kenal Adham macam I kenal dia. I kasihan kat you. Masa di Oz dulu pun dia buat taktik sama. Anak orang kaya selalu jadi target dia” Liza menggeleng kepalanya perlahan dengan wajah penuh simpati.

Oh, provoke nampak. Sengal betul lah minah ni. “ Terimakasih Liza. I appreciate your concern. By the way, kalau senang datanglah majlis kita orang nanti”

Tasha yang  keluar dari fitting room menjadi sasaran Najlah. Dia ingin jauhkan diri dari perempuan itu. Ingatkan Puan Noraini saja yang psiko, rupanya ada seorang lagi yang meroyan.

“ Kalau tak percaya, tanyalah Am berapa bapak you bagi supaya dia kahwin dengan you. I tak tipu. Akaun dia kat bank tempat I kerja” Suara lantangnya membuat ramai menoleh. Darah Najlah menyirap.

Tasha menarik tangan Najlah sebelum terjadi adegan tarik rambut . “Crazy woman! Let’s get out of here.!” Mereka terus menaiki escalator. Najlah masih terkedu bila mereka sampai di Little Penang Café. Keinginannya untuk makan Prawn mee terus hilang. Mangkuk yang penuh cuma di tenung.

“ Takkan kau percaya apa minah tu cakap. By the way, itukah Liza yang syok sendiri, perasan dia girlfriend Adham?”

Najlah mengangguk. Kalau tak banyak pun, ada sikit kecurigaan yang mula bertunas dalam benak hati. “ Liza cakap macam konfiden saja”

“ Aku tak percaya satu sen pun. Aku cakap betul Naj, aku dah lama kerja dengan Adham. Sebelum kau masuk memang dia ada ramai kawan perempuan tapi cara dia pandang kau lain. Masa kau masih tunang Is pun aku dah nampak dia suka kat kau. Takkan bapa kau dah bayar dia masa tu? Cuba lah kau fikir pakai logik”

“ Entahlah, aku tak tahu apa nak fikir. Dia beli hantaran kat aku semua mahal mahal. Gaji dia takkanlah banyak sangat walaupun dia akitek kesayangan Datuk Badri.” Najlah menggigit bibirnya. Cincin berlian 1 karat dari Selberan dah cecah RM20,000. Tak termasuk lagi hantaran beg kulit dan kasut dari Prada dan satu set barang kemas saphire.

“ Sudahlah, kau jangan bersangka buruk. Liza tu jealous sebab tak dapat Adham.  Makan cepat lepas tu kita balik. Aku tak nak kena marah dengan Mak kau.” Tasha menyuap koayteow goreng dengan penuh selera

“ Malam ni kau tidur rumah aku ya”

“ Okay, no problem. Ini last time aku tidur di rumah kau. Lepas ni kau dah ada roommate baru.” Tasha tersengih nakal.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 07:15 PM | Show all posts
jahat punya b*tch... geram aku !!!

sabar lala, jangan termakan. Adham tu betul2 punya chenta....

next !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2010 07:15 PM | Show all posts
jahatnyer mulut liza ni..
meh cni nk cili skit...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 07:16 PM | Show all posts
ya midar, ko tolong blend lebih sikit, akak pun nak sental mulut liza ngok ngek ni....

geram betul aku maghrib2 ni hahahahaha
(aku tengah cuti ! - wahs satu malaysia tahu kekekekekek)
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 07:24 PM | Show all posts
Reply  Kia_picanto

lagi sorang tu sapa?
partner Is kah?
belum selamat kot sbb mak org tu tak g ...
sang_arjuna Post at 6-5-2010 13:03


sape lagi.. bekas partner dia la.. sape ek nama dia.. Syah ker??
oh.. tak selamat.. patut la.. tak jupe Nyai cemane nak selamat..
berapa byk sgt copy yg Nyai ade pon..

Juna.. aku sokong ade citer samb utk Is.. cemane terjebak ngan perbuatan luar alam tuh.. bertaubat.. jupe permata belahan jiwa dia.. then kawen.. sure ade dilema dia bila nak kawen.. gangguan ex-partner dia.. takut bini dia tak terima kisah silam dia.. takut anak dia jadi cam dia.. waaaa.. bunyi cam bg idea plak
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 07:30 PM | Show all posts
cili2kan si Liza pot pet tuh.. sengal giler..tak habis dengki tul:@

aku rasa nak picit2 je si Tasha nih.. klaka tak ingat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.050288 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list