CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL ( Rating U)

   Close [Copy link]
Post time 20-12-2010 03:23 PM | Show all posts
hohoho..
brenti kt part yg mengujakan.. buat sy x sabar menanti..
chaiyok amir..chaiyok3x..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2010 04:00 PM | Show all posts
Reply 1240# kaypo

caman hj.zul nak jirus kay,,,, dia ada kat kg, cik pai gi sorang2 je
ke KL.  

aku rasa kejap lagi jumpa leerrr gambar si FB tu atas meja rumah tok mi

kwang...kwang...kwang...padan muka FB
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 04:15 PM | Show all posts
Reply  kaypo

caman hj.zul nak jirus kay,,,, dia ada kat kg, cik pai gi sorang2 je
ke KL.  :droo ...
wwannurr Post at 20-12-2010 16:00


Hj zul...datang spot check...dok risau tok mi...ngap ngap cik pai...

wah cik pai jumpa gambor gambor tu...abislah smiley...cik cik puan puan speku dah terlebih idea ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 06:54 PM | Show all posts
x sabar nak tau kejutan selanjutnya....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 07:17 PM | Show all posts
dato' azmi jadi tok mi
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 08:37 PM | Show all posts
Reply 1243# kaypo


    takpe kay,,,,,,,,,,,biar kite speku banyak, ni nak menambah idea smiley biar lebih bernas

jeng..jeng...........jeng.......... pai ayam + FCCA
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2010 09:04 PM | Show all posts
mana n3 nie....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 09:43 PM | Show all posts
akak smiley mane? dah byk speku kat sini nih...
tak sabar nak tau speku sape yg tepat.. heheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2010 11:08 PM | Show all posts
wah..... gatai gatai semua ekk

oleh kerana permintaan ramai nak scene cikgu amir pakai tuala, smiley akan uruskan

tp tunggu jap
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 11:20 PM | Show all posts
okeh kita TUNGO.......
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 11:23 PM | Show all posts
Reply 1249# sang_arjuna


    Wakakakakak yeay pasni ada scene cikgu Amir pakai towel mesti shekshi ekekekek
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 11:28 PM | Show all posts
blm ada lagi ke cikgu amir pakai tuala..hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2010 12:26 AM | Show all posts
Setelah beberapa hari asyik berulang alik antara Prince Court dan Sri Conlay, akhirnya Amir dapat meluangkan masa berjalan dan window shopping di KLCC.  Selain membeli belah, dia ingin menjamu mata memerhati gelagat warga kota dengan gaya trendy mereka. Tapi kesesakan hujung minggu dengan berduyun duyun kaki shopping membuatnya letih mental dan fizikal. Aku rindu KK dengan suasana yang tenang tanpa hiruk pikuk dan penduduknya yang berhemah. Penduduk KK yang paling aku rindu tentulah Dahlia. Berita buruk dari Khairul ketika dia menelefon untuk bertanya khabar membuat Amir tak senang duduk. Dahlia akan bertunang dengan Farid pada hari Sabtu. Tinggal kurang seminggu saja lagi. Kalau bukan kerana ibunya, dia akan balik ketika ini juga. Gambar gambar dari Ivan sudah selamat di terima. Mata Amir terbeliak  melihat aksi pegawai bank yang terlampau. Togak arak macam jus. Bertukar pasangan setiap malam. Macam mana lah dia boleh kaburkan mata semua orang. Mak bapak dia, Cikgu Zul dan Dahlia pasti terkejut kalau rahsia nya bocor. Paling penting aku kena selamatkan Dahlia dari membuat kesilapan besar.

Amir membeli beberapa helai pakaian kerja dari Isetan dan pakaian santai dari A/X.  Akhirnya dia ke Kinokuniya untuk mencari bahan bacaan. Selesai membayar, dia ke café di tingkat atas untuk makan tengahari. Café yang agak lengang itu sesuai untuk dia bersantai sambil mengatur strategi. Sandwic yang di pesan belum luak bila telefon nye berdering. Panggilan dari Maya terus di jawab.

“ Amir, you balik rumah Jalan Duta hari ini kan?”

Amir mengeluh. Bosan betul kalau tinggal di rumah Jalan Duta. Rumah agam itu terlalu besar. Lagipun Kak Elly suka menyibuk. Ada saja agendanya. Macamlah aku suka sangat nak berkenalan dengan kawan kawannya yang single. Tak minatlah bimbo bimbo yang memperabihkan duit mak bapak.

“ Do I have to? Malas lah nak pindah. Tak boleh kah Amir terus duduk di kondo. After all I’m going back in a couple of days”

“ Sorry lah, Amir. Your brother’s friend is coming today. Dia nak guna kondo itu.”

Amir menipiskan bibir. Mesti awek abang. Bukan aku tak tahu, abang aku simpan perempuan di merata tempat. What a marriage! Abang dengan girlfriends, Kak Elly dengan toyboys. Macam tak kenal dosa pahala.

“ I’m in KLCC now. Nanti I kena balik ambil barang. Pukul berapa dia datang?”

“ Lambat lagi agaknya. She hasn’t taken the keys from me.”

Confirm lah. Maya kata SHE. Kalau aku jumpa betina gatal itu, biar aku sound dia cukup cukup.  Kalau di diamkan aku di kira bersubahat.

“ Okay. I ‘ll go back now and pack up.” Leceh betul lah, dengusnya. Beginilah nasib kalau berabangkan buaya.

Amir segera kembali ke kondo. Badannya terasa letih, mungkin sebab sudah beberapa malam dia bersengkang mata menemani ibunya. Tubuhnya di rebahkan di katil king size Matanya di pejam dan dia terus belayar ke alam mimpi

………………………………………………………………………………
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 12:32 AM | Show all posts
cepat next
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2010 12:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 23-12-2010 10:48

“ Terimakasih Pak Wan. “ ucap Dahlia sebaik saja kereta sampai di perkarangan Sri Conlay Condominium. Kondo sepuluh tingkat dengan senibina ala Sepanyol itu agak tersorok dari jalan utama. Pepohon rimbun di sekitar memberi lebih privasi pada penghuni dan pelawat. Tempat yang baik untuk perempuan yang di simpan orang kaya, detik hati Dahlia.

“ Nanti kalau Dahlia nak pergi mana mana, telefon saja Pak Wan. Pak Wan standby kat Prince Court. Bosan juga kalau tak ada apa nak buat. Takkan Dahlia tak nak jalan jalan di KL? Kalau datang KL setakat nak masak untuk Puan Sri tak cun lah. ” Pemandu yang sudah berumur itu peramah dan kelakar orangnya.

“ Pagi tadi saya dah puas jalan, Pak Wan. Malam nanti kawan saya datang. Kita nak lepak kat sini saja. Lepas saya siap masak nanti, saya telefon Pak Wan untuk datang ambil ya”. Malas nak pergi ke hospital lagi sekali. Mesti Puan Sri nak luangkan masa dengan keluarganya pada waktu malam.

Dahlia menjinjit beg plastik dari Cold Storage dan menggunakan access kad untuk mebuka pintu kaca di lobi. Pengawal bangsa asing di situ memandangnya tekun.

“ You resident here?” tanya pengawal dengan telo yang pekat. Mungkin orang Nepal.

“ No, I am staying at my friend’s place. No 8-3A”

“Then you have to give me your IC and sign here”

Dahlia cuma menurut. Butir butir peribadinya di catit.

“ Take that lift” Pengawal itu menunjuk kea rah lif

Sebelum menaiki lif kena cucuk access card lagi sekali sebelum pintu lif di buka. Ketat sungguh sekuriti di sini. Mesti penghuninya semua hartawan dan jutawan belaka. Sampai ke tingkat 8, dia mencari kondo bernombor 8-3A. Bukan susah pun, cuma ada tiga unit di setiap tingkat.

Kunci di masuk ke lubangnya dan tombol di pulas. Seperti yang di jangka, kondo Datuk Azmi luas dan di hias dengan perabot moden. Kemasan nya kombinasi hitam putih dan kaca. Lukisan abstrak menghiasi dinding dan permaidani menutup seluruh lantai ruang tamu dan ruang makan. Impaknya sedap mata memandang. Dia terpaksa melupakan keinginan untuk bersantai di sofa berbentuk L depan TV flat screen 42 inci. Kerja dulu beb.

Dahlia meletakkan bahan masakan di dapur. Peralatan dapur semua canggih belaka. Dapur dan kabinet dari Electrolux. Blender, cerek dan pembuat kopi Le Benstil. Pinggan mangkuk Corningware dan Noritake. Perghh.. matilah kalau aku rosak perkakas dalam rumah ini. Kabinet di buka satu persatu. Lega rasanya bila perkakas untuk memasak semuanya cukup.

Bilik mana yang harus di gunakan? Dia menimbang pilihan yang ada. Kata Datuk Azmi ada tiga bilik tidur. Dia membuka pintu yang paling hampir dengan dapur. Bilik itu tidak terlalu besar dan ada dua katil bujang. Jadilah. Sekarang sudah pukul 6 petang. Baik aku mandi dan solat Asar dulu.

Usai solat Asar, dia menyarungkan seluar pendek dan baju T. Sesuai untuk bertungkus lumus di dapur mengadun tepung dan membakar pai. Dia terus ke ruang dapur dan memulakan tugasan.

“ Tukang masa kerja nya enteng
Pagi pagi masak nasi goreng”

Dahlia menyanyi kecil sambil mendadu ayam dan cendawan.

………………………………………………………………………..

Amir terjaga dari tidur bila mesej masuk ke telefon bimbit. Dia membaca dan terus  delete mesej dari Maxis. Mengacau tidur aku. Mukanya di raup. Sudah pukul berapa ni? Nyenyak betul tidurnya hingga tak sedar hari sudah lewat petang. Dia membuka pintu dan menjenguk keluar. Tiada tanda yang awek abang aku dah sampai. Amir terus ke bilik air. Selesai mandi dia terdengar bunyi dari dapur. Tuala di ikat di pinggang dan dia membuka pintu.

“ Tukang masa kerja nya enteng
Pagi pagi masak nasi goreng”

Ya Allah, suara macam radio tak dapat signal. Pitching ke lautan Hindi. Tapi macam pernah aku dengar suara itu. Amir pantas menapak ke dapur.

“ DAHLIA! Apa you buat di sini?”

KELETANG KELETUNG! Pisau yang di pegang terpelanting.

Mulut Dahlia terlopong. Cikgu Amir kah di depan aku? Cikgu Amir kah yang berdiri di depan aku dengan cuma  sehelai tuala ? Matanya tak dapat di alihkan dari tubuh sasa yang makin hampir. Bau sabun dari tubuh lelaki itu menusuk ke hidungnya. Lututnya menjadi lemah. Dahlia terus alpa yang dia cuma berseluar pendek.

“ Cik..gu.. Amir?”  Alamak! Aku masuk kondo silap kah?

Mata Amir menjamah tubuh Dahlia dari atas ke bawah. Very nice. Buat seketika otaknya berhenti berfungsi. Aku hanya lelaki normal. Ingin saja dia mengulang aksi TER peluk masa pertama kali berjumpa dulu. Astaghfirullah! Dia menggeleng. Segalanya sudah nyata. Dahlia berskandal dengan abang aku. Patutlah abang sanggup ke KK. Bukan sebab nak jumpa aku tapi nak jumpa Dahlia. Cik Pai Ayam rupanya dah kena tebuk. Aku silap. Dahlia dan Farid sebenarnya serasi bersama. Dua dua barang terpakai.

Dahlia mencapai apron dan kelamkabut memakai nya. Ya Allah.. Aurat, aurat. Mukanya berbahang. Matanya di halakan ke lantai. Tak boleh tahan woo tengok Cikgu Amir bertuala. Rambutnya yang masih lembab di suak kebelakang dan sisa sisa air mandian masih melekat di tubuh.

“ Apa Cikgu Amir buat di sini?”Dia bertanya pada lantai.

“ Ini kondo abang I. I nak tanya apa AWAK buat disini?” suara Amir meninggi.

Ha? Ini kondo abang dia? Cikgu Amir adik Datuk Azmi? Ayoyo! Susah nak percaya. Dahlia merenung muka Cikgu Amir, cuba mencari persamaan.

“ I betul betul tak sangka. I thought you were a nice and decent girl. Rupanya you sama dengan perempuan lain yang sanggup buat apa saja untuk hidup senang” Cikgu Amir tersenyum sinis

“ Apa yang Cikgu merepek ni?” Muka Dahlia berubah kelat. Rasa rasanya aku faham apa yang Cikgu Amir cuba sampaikan. Pembuluh darahnya terasa sempit.

“ Oi, Cik Pai Ayam. Jangan buat buat innocent lah.  Takkan abang aku senang senang saja bagi engkau tinggal sini. Mesti ada bayarannya kan? Huh… bodohnya aku sebab tertipu. But Allah is great. Hari ini dia dah tunjukkan siapa kau sebenarnya. You are just one of the many girls that uses her body to get what she wants. Hmm.. kesian.”

Dahlia mengetap bibir untuk menahan tanggis tapi airmatanya degil. Tetap juga nak jatuh dari tubir mata. Tak pernah aku menangis depan seorang lelaki. Sial punya Cikgu Amir. Dia mengesat airmata dengan belakang telapak tangan.

‘ Cikgu Amir, sebelum ini saya suka awak. Saya hormat awak. Awak lain dari lelaki yang saya pernah kenal. Tapi hari ini saya tahu kenapa awak tak kahwin kahwin. Sebab tak ada perempuan yang nak  lelaki macam awak. Awak kuat berprasangka, awak berfikiran sempit.  Awak dah melakukan dosa besar sebab tuduh saya penzina.  And you know something, I really don’t care what you think of me. Saya dah nak bertunang dan akan kahwin tak lama lagi. Ada lelaki yang sayangkan saya dan hormati saya.” Dadanya terasa berat dan kerongkongnya tersekat tapi dia gagahkan dirinya untuk bercakap. Amarahnya masih meluap luap.

“ Awak… awak.. boleh pergi flush kepala awak dalam jamban. Biar bersih otak awak yang kotor tu. Nama saja cikgu tapi orang macam awak memalukan kerjaya  perguruan. Sebelum awak tuduh saya, pergi tanya abang awak dan mak awak kenapa saya ada di sini. Ada berani?” Selar Dahlia. Mata nya mula berpinar. Eh.. kenapa ada dua Cikgu Amir? Eh.. kenapa lantai jongkang jongket? Dengan tangan yang menggeletar Dahlia memaut belakang kerusi untuk menahan diri dari terjatuh. Pandangannya menjadi gelap dan dia dapat rasa tubuhnya di angkat. Dia cuba meronta tapi anggota badannya lemah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 12:53 AM | Show all posts
aduh cikgu amir..tgk apa dh jd ngan dahlia tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2010 12:58 AM | Show all posts
apalah cikgu amir ni..kan dahlia dah mengamuk..

smiley..agak2 geng2 JAIS buat overtime tak mlm tu...suruh serbu condo
dato azmi...hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2010 01:06 AM | Show all posts
Reply 1257# nallepooh

nak serbu boleh je
tp kesian plak kat Hj Zul di kampung nun kalau dahlia kena tangkap basah
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 01:17 AM | Show all posts
abis la Cikgu Amir.. susah la nak tawan balik hati Dahlia  
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 01:21 AM | Show all posts
mmglah kesian...tapi lagi kesian kalau cikgu zul dapat tahu perangai hantu bakal menantu dia..elok serbu je...dari dahlia jadi mangsa FB

tapi tu terpilang pada smiley..mana2 pun nalle baca dan ikut cite ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.059877 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list