CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CikSiti07

~ Perkembangan Aku--> UPDATED TAHUN 2021 PG.68 ~

[Copy link]
Post time 7-10-2013 10:19 AM | Show all posts
CikSiti07 posted on 1-10-2013 11:01 AM
Assalamualaikum w.b.t kengkawan forumers sekalian...

Hari ni genap 4 bulan dia menjadi suami oran ...

cik siti....aku kurang jelas ngan statement ko yg kawan opismate ex kau mencurahkan perasaan beliyau...

adakah maksud nya si dia ingin mengubati hati ciksiti yg telah direnyukkan x ubah seperti kertas??

n ciksiti..mmg susah nak terima hakikat..perpisahan memang perit..ia memerlukan kekuatan mental yg kuat untuk melupakan...segalanya akan bermain dlm kepala bak wayang yang x blh nak nak di 'pause' kan..

aku doakan kau bertabah...sebab Allah nak ko dpt yg lebih baik...sebab itu dia xbagi korang bersama...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2013 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku amik mase 2 thn....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 12:48 PM | Show all posts
ajis_kg posted on 3-10-2013 04:37 PM
.. haah aku nih idup bermuka2..

setiap kita, memang ada sisi setajah atau setad...
bila sisi ini 'bersuara'....kita sendiri pun macam tak percaya kemampuan yang kita ada...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 02:35 PM | Show all posts
outcast posted on 6-10-2013 09:35 PM
hahah tumpang baca.. sambil tuh amik nasihat yg mana berguna
ampat bulan x ckp . aku dah setahun  ...

yang penting...
TAHAN DIRI DARI STALK EX...
JANGAN NGENGADA SKODENG FB DIA..

perasaan nak tau perkembangan ex tetap ada..

even kita tahan diri kita,
akan tetap datang juga perkhabaran mengenai dia yang sampai pada kita...

so, jadikan itu penguat semangat untuk kita bangkit..

bukan sebaliknya meratib mengenang hubungan dulu..

seandainya hati sedih dan terkenang,
adatla..

tapi, jangan terbawak-bawak...

bangkit..

kalau dulu, u pernah berkorban untuk dia...
so...itu maknanya u kuat / mampu..sampai boleh berkorban untuk orang lain...


outcast:
ya,
dalam tempoh nak pulih..
memang kita akan cuba ambik nasihat yang berguna..
sebab..
kita nak nasihatkan diri sendiri..
nak yakinkan diri sendiri...
yang memang degil untuk faham apa sebenarnya yang berlaku dan menerima hakikat yang sebenarnya bahawa dia takkan kembali pada kita..

bila kita dah ok..
sebenarnya..
kita sendiri pun tanak dia balik pun...

dalam pada tu,
sibukkan diri...
dan cubalah siap sediakan diri untuk membina perhubungan baru..
cuba...
sebab..
anda pun layak untuk hidup dengan masa depan yang baik..
anda tidak kurang pape pun...







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmm....org yg korang syg dump korang....treat korang like dirt...and here u r....meratapi pemergian diorg....amik masa bertahun2 tuk melupakan diorg....what in d world is wrong with u gals?

Kalu jd kat aku....hell no aku nak fikir psl diorg....they can go and die...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 04:16 PM | Show all posts
ajis_kg posted on 3-10-2013 04:37 PM
.. haah aku nih idup bermuka2..

amboi dah macam hero filem tamil pulak hidup ko ni...nak bunuh diri bagai


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2013 04:25 PM | Show all posts
CikSiti07 posted on 1-10-2013 11:01 AM
Assalamualaikum w.b.t kengkawan forumers sekalian...

Hari ni genap 4 bulan dia menjadi suami oran ...

hmmm...stalk life ex-bf la pulak...ada faedah ke? boleh membantu hidup kau lebih berjaya ke?

mungkin berfaedah kalau kau jadikan kebahagiaan dia sbg motivasi utk kau kejar impian yg lebih hebat dari dia

kalau setakat sedih2 lepas tu terus terkenang2 sampai tak boleh buat apa2, susah tu

dia dah tipu kau, dia dah kawin nk jadi ayah...so what now?? byk sgt mengeluh tak disukai Allah dek non oi


Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 05:18 PM | Show all posts
midori888 posted on 3-10-2013 03:02 PM
Aku setuju...takyah compare rezeki org dgn rezeki kita...nanti akan rasa sakit hati...berdoa lah s ...

manja rasa TT bukan nak compare..
tp kalau dh keliling pinggang..org semua..rezeki melimpah ruah..
kite pulak..nisbahnye jauh beza..sure tercompare punye..
thats normal la....sape yg x terasa..

just 2 share..sbb manja pun pernah alami situasi mcm ni..
cume i rs "jgn compare" as in..jgn terlalu terbawa2 kot..dgn situasi & feeling tu..
tp bile dlm keadaan yg emosional..mmg susah...cabarannye kat situ la..

amboi2..pjg citer manja..
tp problem..TT pun manja blum bc lagi..uhuhu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2013 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Bile dh get over.. tt akan sedor betap bodohnyer meratap ex yg x guna tuh...

Soo pecaya laa..just bertahan..everythg gonna be alright.. ape yg tt rase ni sikit je sebenarnyer

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 07:27 PM | Show all posts
kalau dok ambik tahu hal belah sana memang akan down la...dia sengaja nak bagi tt sakit hati...dah species macam tu memang perangai macam tu la...kalau betul sangat nak ambik tahu,,,sedih bagai...tak leh nak move on...p jadi bini no 2 le..(jangan marah aku, dah thread ni sampai ms 51 dah,mcm2 nasihat bagi alih2 down balik)
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 08:23 PM | Show all posts
sedihnye bace kes ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 10:08 PM | Show all posts
cara paling selamat putuskan terus hubungan dari pihak ex-bf... kawan, sedara, adik kaka malah bau2 bacang die pun putuskan terus... bukan niat kita nak mewujudkan permusuhan atau memutuskan sillaturahim, tapi niat kita hanya nak MENYELAMATKAN DIRI SENDIRI...

putuskan terus, apa yang jadi kat sana lantak lah... jangan amik taw... kalau masih dok tengok fb... gemuk ke die..kurus ke bini die... dah mengandung ke belum... dan dapat anak ke belum... memang la merana idup sis...

2 ke 3 ke 10 tahun lagi die akan ada 5 anak, lebih kaya, bini die lagi gemuk... dan awak masih menangis.... tak kahwin2 lagi.... tak de arah tujuan hidup... nak ke macam tu sis....

jangan macam tu... putuskan hubungan... baru perlahan2 hidup silam awak akan terlepas dari dunia sebenar....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak berbaloi utk ambik tau hal ex n famili dia.  Move on and do something meaningful with your life.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 04:19 PM | Show all posts
everyone has their own path ...
including u ...
so just enjoy ur path ...


jangan compare idup u ngan org len .. yup
life  isn't  fair

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 11:47 PM | Show all posts
Cik Siti,

Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah kerana awak berjaya untuk tidak bersama atau berkahwin dengan bekas bf awak yang kahwin dengan tunang dia tu. Kenapa saya cakap macam ni?

Okay, cuba cik Siti pikir dalam-dalam apa yang dia buat, dan apa yang you dah lalui, sengsara menangis siang malam, menjeruk rasa, terbayang-bayang apa yang dia buat dekat awak. Lepas tu cuba pikir lak kalaulah dia dump tunang dia tu, dan berkahwin dengan awak la misalnya, awak akan end up berkahwin dengan lelaki penipu dan suka memanipulasikan keadaan dan juga diri awak semata-mata untuk melepaskan diri dia.

You rasa lelaki macam ni layak ke nak dibuat husband? Worth it tak awak rasa menangis dan sedih beriya-iya padahal dia hidup macam biasa je..macam you ni tak ada apa-apa makna pun dalam hidup dia sebelum ni. Yes honey, you ni just a rebound. Please do accept that in your mind. Bunyi kejam kan apa yang saya cakap ni? Memang, hidup ni memang kejam. Tapi saya just nak bagi awak tersedar dan ingat balik apa yang dia buat, dan kenapa dia buat macam tu. He just need somebody by his side, at that time. Dan kebetulan you datang dalam hidup dia. Itu sahaja. That's why dia tak lepaskan tunang dia, that's why dia tipu you kononnya kena kerja oversea.

So sekarang ni bila awak stalk facebook dia, masih berhubung dengan kawan-kawan dia, awak akan rasa hidup ni tak adil. Such as apa yang awak type di page 49 tu. Awak rasa sakit hati bila tengok dia bahagia..siap nak dapat baby dah pun. Actually memang itu perkara biasa bila awak masih dalam keadaan shock, tak dapat terima kenyataan dan masih lagi dalam proses memulihkan diri.

Oleh itu, ikutlah nasihat yang kebanyakan forummers bagi sebelum ni. Tukar terus nombor phone, block dia dari FB, tukar email address & delete email account yg lama, dan sebolehnya jangan ada hubungan dengan kawan-kawan dia. Even as a friend. Tukar gaya hidup, sibukkan diri buat benda yang awak tak pernah buat. Pergi gym, atau bercuti ke mana-mana dengan kawan-kawan..kalau takde kawan pun ikut rombongan tours ke pun boleh. Kalau awak tak buat macam ni, jawabnya awak akan down dan stress dalam jangka masa yang amat panjang.

Apa yang awak rasa, saya pernah rasa lebih teruk kena dump, masa tu tidak ada sesiapa pun di sisi saya walaupun kawan-kawan dan keluarga. Nasib baik tak jadi gila. Masa tu memang tak ada sesiapa yang support saya mental dan fizikal. Sakit sendiri rasa..pendam sorang. So apa yang saya buat, cuba nampak tabah, dan selalu fikir positive, walaupun masa tu rasa down sangat... Sampai sekarang masih ada satu titik hitam di sudut hati yang mengatakan kalau aku jumpa dia tepi jalan ke apa ke memang kena ludah le engkau jawabnya.

Cik Siti,

Yang paling penting sekali, berserah kepada Allah. Bersyukurlah at least awak dah terlepas dari satu dugaan. God works in mysterious ways. Kita tak tahu apa sebab dan kenapa Allah jumpakan awak dengan dia, tapi tak berakhir dengan perkahwinan. At least awak dah berusaha dan awak patut bangga yang awak tak end up marrying that loser. Kenapa saya panggil dia loser? Sebab dia tak berani nak berterus terang dengan awak yang dia dah bertunang dan dah nak kahwin pada masa dia jumpa awak, dan tak sanggup nak bagi penamat dekat awak sampai kena berbohong konon kena kerja di luar negara. Selfish, arrogant and manipulative.

Semua orang di sini berharap satu je, cik Siti bangkit balik dari perasaan down tu, dan live life to the fullest. Jangan sempitkan fikiran dan hati awak, think positive dan doa pada Allah. Ingatlah, tak berbaloi awak menangis kerana dia. Kuatkan semangat okay!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 01:47 PM | Show all posts
Ok. Aku tak baca pun page 1, tup2 terus p page 51.
Tapi aku dapat agak apa masalah TT.
Aku pun penah rasa kot apa yang ko rasa. Cuma situasi tu mungkin berbeza.
Penahlah aku ternampak kaum kerabat ex aku post gambar kat FB. Nie bukan skodeng ker apa, tapi sebab kaum kerabat dia adalah dalam list friend aku, so bila upload gambar, surelah akan ternampak.
Bila tgk, zupppppppppppppp!!!! Dengan muka ceria dia, gembira dia, nampak bahagia dia, automatik aku rasa lain macam. Bohonglah kalau tak rasa apa2. Time tu jujur aku cakap aku sedih, terkilan, ralat, menyampah, meluat. Hahahahaha... Banyak kan rasa kat situ
Tapi itu cuma amik masa beberapa minit atau jam kot sebab lepas tu aku dah tak rasa apa.
Cuma aku suka set dalam pala aku kot. Ok, alhamdulilah ko bahagia. Aku pun boleh bahagia jugak dengan cara aku. So, life aku sampai skrang tetap bahagia, aku boleh ketawa dengan ikhlas, aku boleh senyum dengan jujur dan aku boleh hidup tenang dengan cara aku sebab keliling aku ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sangat orang yang tetap sayangkan aku. Mak, adik badik, kawan-kawan
Ko pun kena kuat. Buang jauh-jauh even sangat-sangat susah sebab ko pun berhak bahagia. Lepaskan dia secara keseluruhan daripada hidup ko sebab perancangan DIA mesti yang terbaik untuk ko

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2013 09:24 AM | Show all posts
Assalamualaikum..forumers sekalian...

Aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas nasihat korang...
Kali ni aku berani bagitahu korang yang aku benar-benar move on...
Aku dah boleh terima kenyataan...
Ni betul-betul ni, aku bukan hipokrit...
Betul cakap sesetengah forumer yang satu hari nanti aku akan menyesal sebab menangis pasal dia...
Ye itulah yang aku rasai sekarang...

Ok pasal ex aku...
Aku tak tahu perkembangan dia sekarang, aku tak tahu apa dia buat sekarang ..
Sebab aku dah block email and fb dia..
Cuma baru-baru ni ada kawan kitorang bagitau yang funder company dia lari...
So, aku tak tahu apa terjadi dekat dia and aku memang tak nak ambik tahu...

Pasal life cinta..
Dalam tempoh aku merawat hati..
Aku mengaku memang ada yang cuba mengetuk pintu hati aku...
Tapi kebanyakannya adalah suami orang...
Mungkin sebab umur aku di penghujung 20an, jadi kebanyakan yang bujang-bujang semua dah berpunya...haha
Tapi jangan risau, aku masih waras..aku tak kan menjebakkan diri dengan masalah lagi...
Buat masa ni aku berkawan je dengan semua orang tak kira status..
Aku tak nak fikir pasal jodoh and memang aku lalui je hidup aku..

Pasal life aku pulak..
Aku sedang diuji lagi...
Company yang aku kerja sekarang akan ditutup...
Bermakna aku akan jobless....
Jadi, aku belum ada perancangan untuk masa depan aku...
Cuma apa yang aku fikir sekarang aku nak balik kampung tolong mak aku menguruskan kenduri adik aku..
Nanti pelan-pelan aku akan cari kerja...
Bila fikir balik mungkin ada hikmahnya aku putus dengan bf aku...
Aku rasa kalau aku still bersama dengan bf aku, dengan aku hilang kerja...
Aku rasa kalau dia sorang kerja mesti dia tak mampu...
Jadi, ni lah hikmahnya...
Memula aku tahu aku akan hilang kerja tu..
Aku rasa macam aku ni loser, tak ada apa-apa..
Tapi sedikit demi sedikit aku berfikir dan aku cuba untuk redha...
Dan yang paling penting aku tak meroyan dan down lagi tiap kali ditimpa ujian..
Aku harap aku tabah sampai aku temui kemanisan dalam hidup...

Oklah...ni serba sedikit kisah hidup aku yang ingin aku kongsi dengan korang...Maaf sebab menggunakan medium ni untuk berkongsi masalah dan luahan rasa...aku hargai setiap pendapat yang korang bagi..thanks sangat-sangat=)

XOXO,
CikSiti


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 09:32 AM | Show all posts
next   
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
CikSiti07 posted on 18-11-2013 09:24 AM
Assalamualaikum..forumers sekalian...

Aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas nasihat  ...

tngk.Allah dah atur cntik untuk ko.even comp ko nk ttup.ko dah break off dgn jntan tu.then ko dpt blik kg.tolong mak ayh.jg diorng.mmg DIA yg lebih tahu
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 09:59 AM | Show all posts
banyakkan sabar. percaya lah pada rezeki Allah dan berdoa supaya dipermudahkan untuk cari kerja lain..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.067918 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list