|
BORAK KOSONG, CHAT, GOSIP, LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOL. 9
[Copy link]
|
|
Wah Akela, kami buat habis baik 
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 17-8-2020 11:53 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
keypochino replied at 17-8-2020 11:45 AM
hehe dlu sy pun ada blog.. tulis je utk simpanan diri sendiri.. tp dah lama x update sbb xtau nk u ...
Akak dah lupa password.. Dah berapa kali entah tukar password sebab dah terlupa. Sudahnya dah x rajin. Bersawang tebal dah blog tu. Hihihihi |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 17-8-2020 11:48 AM
Apa beza/unik laksa Nyonya? Saya suka laksa yang haluih2 sekarang...cam kuetiau ada haluih2
Ikut resepi guna udang.. Tu nak cuba.. X pernah makan lagi laksa nyonya. |
|
|
|
|
|
|
|
hehe tdo lewat sbb minum nescafe hrtu.. kalau minum kopi ok je..
|
|
|
|
|
|
|
|
kite je yg minum..ank2 x minum.. buat dlm mug jela
|
|
|
|
|
|
|
|
Wah...jap nak cari resepi dia 
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 17-8-2020 12:01 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
keypochino replied at 17-8-2020 11:41 AM
boleh jadi terapi jugak.. tp sy xde le beli aquarium besar.. setakat bela ikan laga je 3 ekor.. he ...
Kisahnya aquarium tu akak beli sebab si bongsu saja ikut kami pindah ke Kluang masa 6 bulan pertama tahun 2014. Kakak2 duduk di asrama sekolah di Kuantan sebab kakak first batch PT3 utk PBS masa tu. Kami x nak ganggu dia dan yg sulung masih semester akhir di kolej masa tu. Bongsu ni dah biasa ada kakak2 & abang sepjg hidup dia. Nampak dia sunyi. Dia sejenis suka berbual.. So, kami decided belikan dia aquarium sebab tengok dia suka pandang ikan berenang2 dalam kolam. Jadi ralit. Tu yg akak cakap, kita beli yg berkaki je terus. Terus order kat kedai. Hehehehe.. Tu le asalnya.. Kalau tak ikan laga je akak bagi. Tp akak rasa tenang bila dengar bunyi air.. |
|
|
|
|
|
|
|
Laksa Lemak Nyonya Melaka
Azlita Aziz8:35 PMLAKSA,
Assalamualaikum..
Mungkin ada antara rakan-rakan di luar sana yang sedang mencari juadah atau sajian hidangan yang ingin di jadikan santapan untuk merai rakan-rakan atau saudara mara pada hujung minggu ini.
Raya kan sebulan... sekarang pun ramai yang dah mula mengambil cuti hujung minggu untuk mengadakan rumah terbuka.
Raya setahun sekali.. masa inilah dapat berkumpul bersama rakan dan taulan bagi mengeratkan lagi silatulrahim di samping menjamu rakan-rakan dengan air tangan tuan rumah sendiri.
Jika buget lebih.. bolehlah oder aje.. tapi bagi yang dah over buget tu.. rasanya masak sendiri lagi lumayan. Walaupun penat lah sikit.. tapi bila lihat rakan-rakan puji hasil sentuhan air tangan tuan rumah.. pasti berbunga-bunga rasa di hati ye tak..
Bagi anda yang sedang mencari juadah istimewa untuk tetamu, hari ini ita kongsikan satu lagi resepi yang sesuai untuk di jadikan hidangan bagi merai tetamu. Cara penyediaannya cukup mudah dengan bahan-bahan yang mudah di dapati. Apa yang paling utama resepi laksa nyonya Melaka ini memang sangat sedap! berulang-ulang ita makan tau! sedap sangat lah pada selera ita dan keluarga.
Bagi pengemar laksa bolehlah mencuba!
LAKSA LEMAK NYONYA MELAKA
1 bungkus laksa beras ~ di rebus hingga lembut, angkat dan toskan
1 batang timun ~ di potong halus mancis
1 cawan taugeh
1 ikat daun kesum ~ di hiris halus
1 labu bawang besar ~ hiris halus
1 kuntum bunga kantan ~ hiris halus
3 keping tauhu ~ di goreng dan hiris nipis
2 keping fish cake ~ di goreng dan hiris nipis
Telur rebus ~ jika suka
Kuah laksa
Sambal tumis
KUAH LAKSA
Bahan Kisar
15 ulas bawang merah
4 inc lengkuas
1 inc kunyit hidup
20 tangkai cili kering ~ rendam lembut
6 biji buah keras
1/2 cawan udang kering ~ rendam lembut
2 inc belacan
2 batang serai
1 ikan daun kesum
2 kuntum bunga kantan
6 keping asam keping
2 kiub ikan bilis
1 keping gula Melaka
1 cawan santan
10 biji fish ball
10 ekor udang
Stock udang secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Udang di buang kepala dan kulitnya.
Kulit dan kepala udang di kisar dengan air untuk di jadikan stock udang
Selepas kisar , tapis
Panaskan minyak dalam periuk
Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
Kemudian masukkan stock udang
Masukkan juga daun kesum
Biarkan kuah mendidih
Bila kuah dah didih, masukkan kiub ikan bilis, asam keping dan gula Melaka
Kemudian masukkan bunga kantan dan santan
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali masukkan bebola ikan dan udang
Biar kuah didih
SAMBAL TUMIS
Bahan Kisar
15 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inc belacan
sedikit air asam
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan terbit minyak
Tambahkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
Masak sambal hingga betul-betul garing dan kering
|
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 17-8-2020 12:02 PM
Laksa Lemak Nyonya Melaka
Azlita Aziz8:35 PMLAKSA,
Yummy.. Tu nak cuba tu |
|
|
|
|
|
|
|
Eh...jom...ni leh beli udang fresh...udang kering...rupanya x pakai ikan ye...saya memang dah ada laksa kering halus dan besar kat rumah...nak try gak la...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak buat list apa yg perlu dibeli 
|
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 17-8-2020 12:09 PM
Nak buat list apa yg perlu dibeli
Senang sikit bila ada list. |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 17-8-2020 12:06 PM
Eh...jom...ni leh beli udang fresh...udang kering...rupanya x pakai ikan ye...saya memang dah ada ...
Tu la.. Nak cuba.. Tapi sy nak tambah udang lipan.. Tunggu anak tok mai baru seronok nak masak. |
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Leen replied at 17-8-2020 10:48 AM
Akak suka ke Kuching. Plan utk menjelajah Sarawak sementara anak masih beljar di sana. Sekali dah ...
Sya pon mcam teragak nk ke Sana jugak...ank2 da besar (3,5,7) ok la kot nk bwak naik flite..tpi tu la time covid ni x tau safe ke tidak..
Uni. Malaysia Sarawak ke kak..adik sya dlu blaja di unimas, time xda tiket balik rya ke semenanjung dia akan blik ke srawak la..rya dgn family sana..
Sorry kak, sya x tau,kalu diabetic kenapa x boleh travel ke srawak kak... |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 17-8-2020 11:10 AM
Senang sikit bila ada list.
Dok tepi laut ni bhn fresh  |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 17-8-2020 11:12 AM
Tu la.. Nak cuba.. Tapi sy nak tambah udang lipan.. Tunggu anak tok mai baru seronok nak masak.
Wah...nak tengok apa yg ada sini gak  |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 17-8-2020 12:21 PM
Wah...nak tengok apa yg ada sini gak
Beli fresh sedap... Yum2..udang lipan sy suka goreng celup tepung isinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak cari shells le sini 
Wah Tan Sri 
Noor Hisham dikurnia Tan Sri sempena keputeraan Agong
Bernama -August 17, 2020 11:44 AM
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
KUALA LUMPUR: Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dan Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arshad Ayub mendahului senarai 829 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2020, hari ini.
Tengku Maimun dan Arshad merupakan tokoh utama dikurniakan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’.
Gelaran itu dianugerahkan sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Mereka antara 31 individu yang akan menerima darjah kebesaran masing-masing dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (hari pertama) yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya.
Empat lagi tokoh utama menerima darjah kebesaran Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.
Tokoh berkenaan ialah Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali, Peguam Negara Idrus Harun, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang dan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.
Seramai 12 lagi menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran ‘Tan Sri’, manakala 29 orang menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) dan 5 penerima Darjah Panglima Setia Diraja (PSD), masing-masing membawa gelaran Datuk.
Penerima PSM ialah Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Panglima Tentera Darat Jeneral Zamrose Mohd Zain, Panglima Tentera Udara Jeneral Ackbal Abdul Samad, bekas Timbalan Ketua Polis Negara Mazlan Mansor dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Mohamad Norza Zakaria.
Noor Hisham dikurnia Tan Sri sempena keputeraan Agong
|
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 17-8-2020 12:26 PM
Nak cari shells le sini
Wah Tan Sri
Mmg Dr Hisham layak.. |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 17-8-2020 12:30 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
seribulan replied at 17-8-2020 11:48 AM
Apa beza/unik laksa Nyonya? Saya suka laksa yang haluih2 sekarang...cam kuetiau ada haluih2
Akak biasa tolong Ibu je. Akak x pernah buat sendiri sebab laksa nyonya ni banyak guna air rebusan udang yg anak akak allergic. Lagi banyak air rebusannya lagi sedap. Tambah ada letak udang kering. Udang kering akak beli sejenput dah 3,4 tahun pun x habis2.. Sebab x guna pun. Dia kan sentiasa ada kat rumah. Kalau akak letak udang kering, habis dia bersin non-stop pulak nanti. Kesian tengok..
Kalau nak try laksa nyonya yg Melayu buat, akak recommend pergi kedai kawan akak di Ujong Pasir waktu pagi. Memang sedap.
Lagi satu, laksa nyonya ni guna bee hoon yg kasar tu saja kalau di Melaka. Bee hoon kan ada jenis yg kasar dan halus. Cari yg kasar sikit baru sedap.
And another thing,bagi akak x perlu masuk chicken maggi cube tu. Air rebusan udang dah cukup bagi lidah kami. Tp back to one’s taste bud. Kalau nak letak, boleh je. Kita masing2 makan, kan.. hehehehe
Credit to mybookresepi.blogspot
Resepi Laksa Nyonya Chef Wan
Bahan Kuah Laksa
50 g udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1 genggam daun kesom (dgn tangkai2nya sekali)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
1 liter santan
1 liter air rebusan kulit udang
2 kiub ikan bilis “Maggi”
1 camca besar sos ikan
250 g bawang merah*
2 batang serai, hiris halus*
20 g belacan, dibakar*
1 inci lengkuas*
8 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup*
3 biji cili merah*
1 camca besar ketumbar biji*(*bahan2 rempah ini dikisar halus)
saya tambah sikit air lagi untuk kuah
Bahan Laksa
1 kg mee laksa basah, cuci dan celur 30 saat, toskan
500 g udang sederhana besar, rebus dan kupas kulitnya (simpan stok udang utk kegunaan kuah laksa) (saya lebihkan)
200 g taugeh, cuci dan buang ekor
1 biji timun, hiris halus
2 biji bawang besar, hiris halus
2 keping kek ikan, goreng sekejap dan hiris nipis (saya lebihkan)
2 keping tauhu, goreng dan hiris (nak sedap guna tauhu “pok”) (saya lebihkan)
Belahan limau kasturi@limau nipis
Hirisan halus pucuk daun kesom
Hirisan bunga kantan
Sambal tumis
Bahan Sambal Tumis
1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar*
1/2 inci belacan*
1 camca besar udang kering, rendam 1o minit dan toskan*
2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Cara Cara Membuat
Kuah Laksa
Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang kering hingga harum, masukkan bahan2 rempah kisar halus dan tumis hingga harum dan terbit minyak. Alih rempah tadi dalam bekas lain.
Dalam periuk, panaskan stok udang hingga mendidih, masukkan daun kesom dan renih 10 – 15 minit.
Masukkan rempah tadi, santan dan kiub ikan bilis.
Masukkan bunga kantan, sos ikan dan perasakan dengan garam dan gula. Biar mendidih perlahan sambil dikacau selalu.
Rasa dan jika ok boleh matikan api. (saya tak alih rempah dalam bekas lain sebab saya masak terus dlm periuk (tak guna kuali).. lepas rempah dah harum tu.. tuang terus stok udang, santan dll ke dalam periuk & tambah bahan2 lain seperti biasa..)
Sambal Tumis
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing.
Tuang jus asam jawa, tambah garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga sambal tumis pekat dan terbit minyak.
Rasa dan jika ok. boleh matikan api.
Cara Penyediaan
Dalam mangkuk sesuai, isi kan laksa dan tuangkan kuah secukupnya.
Hias dengan ulam2man, tauhu, hirisan fishcake, belahan limau kasturi dan juga sambal tumis tadi.
Resepi laksa nyonya chef wan sedia dihidangkan
Tips
Kalau nak buat dalam kuantiti yang sikit, rempah tu tak payah habiskan, boleh simpan dalam peti sejuk dan boleh digunakan pada masa lain.
Kalau guna susu cair, masukkan susu akhir sekali dan didih kan sekejap saja, untuk mengelakkan susu berketul2…
Sambal tumis tu pun kalau tak habis boleh simpan. Kot2 nak goreng nasi ke, goreng mee hoon ke, boleh lah digunakan sebagai perencah segera.
source : mamawandiha |
|
|
|
|
|
|
| |
|