|
GULONG NG PALAD [MONDAY - FRIDAY 12.30PM TV2]
[Copy link]
|
|
Originally posted by amoy257 at 31-1-2007 09:50 AM
cite ni remake ke ate??
Yes kapatidku, cerita ni remake tahun 1970's. Asalnya drama radio yang ditulis oleh atenya si Loida Virina, si Carolina Flores or ate Lina Flor. Cerita ni gave a great impak on Loida's life sebab dengan memegang watak Luisa dalam dram radio tu, dia mampu sambung belajar ke kolej. Then, lepas atenya meninggal, si Loida Virina buat script untuk drama tv, which pelakon adalah Marianne and Ronald, which later kawin lari. Tapi jodoh depa tak panjang, and now Marianne dah kawin lain.
Now, almost 20 years later, depa pilih Kristine and TJ pegang watak Luisa n Carding, tapi depa berdua ni tak kawin lari...
A few scenes between Carding and Mimi were altered in this new GNP.....jut have to watch it to know....Ada gambar the whole cast GNP then and now, so amoy can browse a few pages front....37 or 46....
Ok amoy?
[ Last edited by HeavenLeigh at 31-1-2007 08:12 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1262 Nisda_'s post
ade tp tunggu yer.. kene upload ikut Q...tp kalo dh tak tahan sgt nk tgk kebengapan kading..i try to do it asap..ekekeke... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1261 azazral's post
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rp17 at 31-1-2007 01:28 PM
Good afternoon! I'm just curious, is there any pinoy film shown in Malaysia? thanks!
Yes dear rp, Sukob was recently shown in our local cinemas. But ate missed it..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rp17 at 31-1-2007 01:28 PM
Good afternoon! I'm just curious, is there any pinoy film shown in Malaysia? thanks!
yups..meron..sukob entered our cinema last year/early this year..n if i'm not mistaken.. they also brought sigaw here..
but if u're referring to films such as dreamboy..NNK..forevermore etc..we've all the VCDs available in our stores..
sometimes we can watch 'em on our local channels too... |
|
|
|
|
|
|
|
Es, is episode 7 available? Curiosity kills the cat..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1264 eskremVanila's post
memang tak sabar nak tgk si karding lembab tu..kalau i jadi luisa, dah lama i tengking dia :@ ..asyik2 cakap i lap u, buat susah orang aje, dia punya pasal si luisa yang dapat susah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Es, salamat for the vids..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1269 HeavenLeigh's post
ado...satgi sy upload ye ate.. |
|
|
|
|
|
|
|
~The Honeymoon~
[ Last edited by HeavenLeigh at 31-1-2007 07:57 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
~SINOPSIS EPISODE 17~WED JAN 31 2007~
~Recap: Mimi menggugut Luisa, katanya jangan fikir kau dah menang, aku akan pastikan yang Carding akan cari perempuan lain yang setaraf dengannya, seperti aku. Kalau kau beritahu Carding hal ini, hidup mak kau akan susah.
~Nene sedang memilih kasut tetiba dia disapa oleh 2 orng rakan kayanya. nene bagi tau yang dia sedang pilih kasut untuk dipakai pada majlis kawin kawan keluarganya iaitu Carding Medel. S minah kaya sorang tu kata dia dengar yang si Carding Medel terpaksa kawin engan anak tukang cuci. Dia tanya Nene lagi adakah rupa perempuan itu macam pelacur. Nene mengamu katanya kenapa tanya dia. Then this rich girl bagi tau yang dia jumpa seorang budak lelaki yang kacak di kafe. Then nene kata mungkin budak tu tak lah sekacak mana.
~ Mimi belum habis mengutuk Luisa. katanya si Carding ibarat permata dan dia ibarat sampah. Mimi cuba menampar Luisa tapi berjaya di halang Luisa. Luisa kata dia tak ada masa nak layan Mimi.
~Luisa bawa balik pakaian untuk Edad. Dia cuba bercakap dengan Edad tapi Edad masih degil dan terus pergi dari situ. Tomas perhatikan saja. Bila Edad pergi, Tomas datang kepada Luisa dan dia kata jangan risau, nanti dia akan pujuk Edad.
~Luisa keluar rumah dan ternampak Diego. Diego datang kepadanya dan bertanya kenapa dia sedih sedang kan orang nak kawin selalu gembira. Luisa kata macam mana dia nak happy sedangkan dad masih marah dan tidak restu perkahwinan dia dengan Carding. Diego kata kalau itu baik jangan teruskan takut dia menyesal nanti. Luisa kata banyak perkara yang dia fikirkan dan satu perkara yang dia pasti ialah cinta antara dia dan Carding. Diego pulak kata kalau itu keputusannya, dia harap satu hari nanti Edad akan dapat menerima Luisa kembali.
~Tomas heran dengan perangai Edad. Tomas kata sampai bila dia nak berdegil begini. Edad kata dia tak akan diperdaya lagi dengan air mata Luisa. Tomas kata anak mereka kawin hanya sekali dan ini majlis istimewa keluarga mereka dan Edad tak nak mengiringi Luisa. Edad suruh Tomas bawa keluar kotak baju itu. Edad kata dia tak sekali-kali tak akan menangis sebab menangis tandanya lemah.
~ Malam itu, Edad masuk ke bilik Luisa dan Nene. Dia pandang saja pada Luisa, cuba pegang Luisa tapi tak jadi. Kemudian dia teringat masa mula-mula dia menimang Luisa dulu.
~Nene mengada-ngada sedang cuba baju untuk di pakai di majlis kawin luisa nanti. Edad kata Nene nampak cantik tak kiralah apa pun yang dia pakai. Kemudian Nene tanya ada tak rantai untuk dipakai bersama gaun itu, then Edad terus bagi duit uuntuk dia beli rantai yang sesuai. Bukan main melompat lagi si Nene.......
~Nene sedang memilih rantai tapi harganya mahal, so dia tak jadi beli. Bila dia beredar dari situ, the sales lady tiba-tiba jerit panggil Nene sebab dia nampak Nene masukkan rantai itu dalam begnya. Berlaku sedikit kekecohan kat situ dan tiba-tiba ada seorang budak lelaki yang kebetulan ada kat situ kata dia akan bayar untuk rantai Nene. Sedang si mamat tu membuat pembayaran, Nene pergi dari situ. Belum sempat dia pergi jauh, nene terserempak dengan mamat tadi. Mamat tu kata rantai tu untuk dia, tak nak ucapkan salamat ker....Nene pulak tak pasal- pasal marah pada mamat tu dan dia dengan sombongya kata kalau setakat rantai harga p300 tu, 10x ganda dia boleh bayar. (Boleh join Mimi and jadi anak angkat Menang).
~Luisa sedang berbincang dengan Menang pasal majlis kawinnya itu. Si Menang suka-suka hati jer tempah bunga lily dari luar negara dan pecat katerer yang dah dipilh Luisa. Then Carding balik ntah dari mana. Menang pulak tanya Luisa bila dia nak bawa barang nya ke situ sebab lepas kawin nanti dia akan tinggal di situ. Luisa sangka dia akan ikut Carding ke Maynila, tapi Menang kata asrama yang ada untuk pelajar lelaki saja. Carding pulak kata dia kena habiskan pengajiannya di universiti dulu sebab hanya ini saja cara dia nak balas budi maknya itu. Luisa terdiam. Carding pujuk juga si Luisa dan akhirnya Luisa setuju. Carding kata, sekarang dia dah dapat Luisa, dia tak akan lepaskan Luisa lagi.
~Hari yang dinanti pun tiba. Luisa bangun dan sangat happy. Pero, hanya Tomas, Luisa , Nene dan peping saja yang beria-ia tentang majlis itu. Luisa didandan dan Carding pun sama bersiap. Tomas heran kenapa Edad dan Totoy belum bersiap lagi. Luisa dah siap berpakaian dan nampak cantik sekali sehingga Edad, Totoy pun terpegun. (Aku rin). Tapi sapa pun tak kata apa kecuali Peping. Totoy kata dia nak pergi kerja dan Tomas kata suka hatilah dia dan Edad. Luisa pandang sayu pada Totoy keluar tanpa menyapa dia.
~ Diego yang dah siap bertembung dengan Totoy. Dia heran kenapa Totoy belum siap lagi. Totoy kata dia nak pergi kerja. Kemudian sempat pulak dia puji Jojo maganda.
~Majlis perkahwinan pun bermula. Macam biasa la si Mimi gedix, pandang semacam kat Carding dan Luisa. (Kesian pulak kat Diego). Edad rupa-rupanya senyap-senyap datang ke majlis luisa tapi lepas tu terus balik.
~Edad balik ke rumah dengan perasaan bercampur baur. Dia balik dan sentuh gambar-gambar Luisa , tapi kemudian dia pegang baju-baju Luisa sambil teringat kisah dia dan Luisa . Dia kemudian hlang kawalan dan mengamuk terus dia baling-baling baju-baju Luisa, perabot pun tunggang langgang lalu diambilnya balang untuk simpan duit lalu dihempas ke lantai. (Dapat rasa betapa kecewanya Edad). Totoy pulak merasa sedih sebab tak g majlis Luisa. (Gatal tak p tu kenapa).
~Di majlis resepsi, Luisa sempat berkenalan denga Alex, sepupu Carding. Alex bagi tau Luisa di Manila nanti, mereka rakan sebilik.
~ Jojo bengang dengan Diego kerana dia mabuk, sedangkan batu api dua ekor tu beriya-iya nak mengurat Diego. Peping berlari-lari anak dan dia terlanggar Menang. pada mulanya Menang nak marah tapi bila dia sedar dia diperhatikan Saling, terus tak jadi.
~Saling kata adakah Jojo sedih sebab Totoy tak datang. Then Jojo tanya Saling macam mana nak tau lelaki tu sukakan kita. Saling kata kita akan tahu sendiri.
~Menang datang ke meja Mimi. Mimi heran kenapa menang benarkan Carding kawin dengan Luisa sedangkan dia tak suka pada Luisa. Menang kata semua tu kerana politik. menang kata Mimi jangan risau sebab tak selamanya dia akan mengada muka Luisa anak tukang cuci tu, dan dia ada rancangan. Dia dan Mimi sengih macam ngan apa.
~Luisa dan Carding singgah di rumah Luisa untuk berjumpa dengan Edad sebelum pergi honeymoon. Luisa terkejut tengok keadaan rumah yang tunggang langgang dan menangis dis itu. Edad yang duduk diam dlam bilik langsung tak peduli pada Luisa dan Carding yang datang. Carding pun pujuk Luisa yang sedang kesedihan itu.
~Tomas, Peping dan Nene pulang ke rumah dan menceritakan perihal majlis tu. Edad kata dia tau dan Tomas heran macam mana dia tau. Then mereka perasan yang tabung balang dah pecah dan Edad kata merreka boleh guna duit tu. Si Jojo pulak dengan pakaian bridesmaidnya menunggu Totoy konon nak tunjuk yang dia tu lawa. Jojo marah pada Totoy sebab merahsiakan perasan dia dan bersedia untuk jadi girlfriend Totoy. Tapi Totoy kata dia tak suka Jojo. Jojo pulak kata dia pun tak harap Totoy suka pada dan dia pun tak nak pada orang yang tak sukakan dia.
[ Last edited by HeavenLeigh at 4-2-2007 10:08 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
con't
~Luisa masih sedih dengan peristiwa yang berlaku di rumhnya tadi. Carding kata, Luisa jangan risau sebab dia sanggup buat apa saja untuk cuba berbaik-baik dengan Edad. (Ada part kena potong).
~Esoknya, Luisa dan Carding datang melawat Edad dan sekali gus nak ambil barang, tapi Edad tetap tak pedulikan Luisa dan Carding.
~Carding dan Luisa balik ke rumah Menang. Menang pulak terus beritau Carding yag dia kena segera pergi ke Manila untu pendaftaran. Luisa pun siapkan baju-baju Carding dan Carding kata dia akan cuba balik setiap minggu.
~Nene pulak kata dia heran dengan Rica dan Apple yang taksub dengan mamat baru yang baru mereka jumpa. Dia tak paham apa yang mereka rebutkan. Bila mamat tu berpaling, Nene terkejut sebab dia mamat yang sama dia jumpa di kedai rantai tempoh hari. Mamat tu datang ke meja mereka dan terus menegur Nene. Si Apple dan Rica terkejut sebab mereka tak sangka mamat tu kenal Nene. Nene cuba untuk mengelak dari soalan rakan-rakannya dan mamat tu yang dikenali sebagai Mark berasa heran dengan sikap Nene.
~Tekla pula perkenalkan orang gaji baru rumah Menang bernama Belen. Rupanya Menang dah merancang sesuatu dengan Mimi. Bila Carding nak bertolak, terus dia bagi tau yang kereta dia di bengkel dan dia perlukan kereta Carding. Rupanya dia dah arrange dengan Mimi supaya bawak Carding ke Manila. (Jahat betul Menang ni).
~Selepas Carding pergi, Luisa minta kebenaran untuk ambil angin dan jumpa Saling tapi tak dibenarkan Menang. Menang kata, sekarang Luisa di rumah dia, so Luisa kena ikut apa-saja cakap Menang.
[ Last edited by HeavenLeigh at 4-2-2007 10:28 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eskremVanila at 31-1-2007 07:03 PM
ado...satgi sy upload ye ate..
Es,
Maraming maraming salamat sa inyong lahat....
|
|
|
|
|
|
|
|
NEW VIDEO
:dia: Gulong Ng Palad Ep. 7
*amaran keras: video ini MEMANG mengandungi unsur2 SUNYI SEPI yg amat*
[ Last edited by eskremVanila at 31-1-2007 11:14 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|