CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: menatang

KEK RED VELVET

  [Copy link]
Post time 19-9-2012 08:34 PM | Show all posts
red velvet cheese brownies


Bahan-bahan (loyang 4 segi 7x7 inci) update resipi
125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
1/2 sudu kecil garam
60g mentega - suhu bilik
110g gula halus
1 biji telur saiz A - suhu bilik
1/2 sudu kecil essen vanilla
120ml susu segar - suhu bilik
1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi
kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emolco
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil baking powder

Lapisan Cheese
200g cream cheese - suhu bilik
1 biji telur saiz B@a - suhu bilik
60g gula galus
1 sudu besar jus lemon

Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.

2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.

3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.

4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.

5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.

6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.

7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.

8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.

Lapisan Cheese

Cara

1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.

2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay.
3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2012 08:36 PM | Show all posts


ilhamdapur.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2012 09:23 AM | Show all posts
sitipayung posted on 19-9-2012 08:34 PM
red velvet cheese brownies

bestnye...tima kasih share recipe
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2012 10:00 AM | Show all posts
nak tanya, sukatan kat bawah ni mcm mana ek,
125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
- 125 g tepung gandum + 1 sudu besar tepung serba guna/tepung kek/tepung halus ke?
tq, sudi bantu,
resepi ni saya dah ada tp x paham kat atas tu je...heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2012 02:40 PM | Show all posts
ieman47 posted on 20-9-2012 10:00 AM
nak tanya, sukatan kat bawah ni mcm mana ek,
125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flo ...

memula sukat 125 gm tpg gandum/kek kemudian campur pula 1 satu sudu besar tepung gandum/kek juga.kalau ikut resepi asal rv.. guna tepung kek aje kan.
Last edited by kodoklawa on 20-9-2012 02:44 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2012 09:11 PM | Show all posts
ni version lebih clear

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2012 09:59 PM | Show all posts
red velvet cheese brownies  yang diorder oleh kawan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2012 12:05 PM | Show all posts
nsutra posted on 25-6-2012 04:04 PM
pergi bakeri baru2 nie nampak tepung segera kek velvet...tgk pada arahan just add in minyak..sebungk ...

sutra, nak tanya premix ni just add air dan minyak je ker? ... telur x yah letak ker?.. sbb honeyz dh lama x buat rv ni... tetiba teringin nk makan... tadi pergi bakery shop tetiba ada lak premix rv ni.. trus je beli.. sbb ingat malas nk sukat2 dah... sekali baca arahan xpayah letak telur.... tu yg musykil tu....harap reply

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2012 11:24 AM | Show all posts
Weee!! Nak share gambar RVC terbaru...




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 09:41 AM | Show all posts
nazadiyah - yg putih tu sebenarnya bekas kek plastik yg bertutup tu...ingatkan muat letak dalam tu...bila dah letak frosting, nak tutup tak boleh. nak transfer ke cakeboard, sejukkan kek dalam sejam, then baru transfer atas cakeboard..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 12:18 PM | Show all posts
saya tak penah lagi wat RV ni. Saya suka membaking ni....lebih2 lg cheese kek tp RV ni tak sempat wat lagi. Penah 2 kali
order online. Satu tu cream cheese dia manis sgt sampai dah xder rasa masam2 cheese. Saya msg dia, ni cheese ker buttercream. Org tu kata cheese tp rasa manis sungguh. Tobat saya x order lagi dari dia.

2nd time order ngan member seopis, Rasa kek tu ekstrem sket. Bila dah mkn byk2 jadi pahit pulak. Saya tak tahu bahan apa yg terlebih. Adakah baking soda yang terlebih. Saya beli RM65 utk besday hubby. Dia makan sepotong jaahhh.... Anak2 pun tak makan sgt. Jenuh saya dah abiskan sebiji kek tu dlm 2-3 ari jugak laa....
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 02:40 PM | Show all posts
Orange_7491 posted on 2-10-2012 12:18 PM
saya tak penah lagi wat RV ni. Saya suka membaking ni....lebih2 lg cheese kek tp RV ni tak sempat wa ...

maybe dia terlebih letak the vinegar
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 12:33 PM | Show all posts
Achik-Yaya posted on 14-9-2012 10:45 AM
kali ni berjaya buat dengan rupa yg molek sket...

hyee achik still ingat eena ). achik nk recipe RV nih...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 03:02 PM | Show all posts
duyong95 posted on 2-10-2012 02:40 PM
maybe dia terlebih letak the vinegar


tak pun terlebih pewarna..

aritu try buat cupcake RV letak 1/2 sudu besar pewarna. bawa gi opis member dah kata kaler tu extreme.. Last edited by bottombikini on 4-10-2012 03:05 PM

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 10:34 AM | Show all posts
eena05 posted on 4-10-2012 12:33 PM
hyee achik still ingat eena ). achik nk recipe RV nih...

eena. lamanya tak nampak kat sini..
yg tu achik guna resepi JOB.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 12:04 PM | Show all posts
bottombikini posted on 4-10-2012 03:02 PM
tak pun terlebih pewarna..

aritu try buat cupcake RV letak 1/2 sudu besar pewarna. bawa gi op ...

Isk..isk...1/2 sb pun member dh kata extreme? huhu...Tu belum lagi pakai 2sb atau 1 1/2 sb. Saya selalu letak 1 1/2 sb instead of 2sb besar kaler merah. Kalau letak kurang lagi nnt rvc tak berapa menarik macam kaler coklat pucat gitew...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2012 02:21 PM | Show all posts
serikandi_gurl posted on 5-10-2012 12:04 PM
Isk..isk...1/2 sb pun member dh kata extreme? huhu...Tu belum lagi pakai 2sb atau 1 1/2 sb. Saya s ...

itu la pasal..tu pun sy cakap kat depa..helo itu kaler belum cukup merah la, sudah salah sukat..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 02:40 PM | Show all posts
bottombikini posted on 5-10-2012 02:21 PM
itu la pasal..tu pun sy cakap kat depa..helo itu kaler belum cukup merah la, sudah salah sukat..

Hehe...Kalau ikut sukat mesti terus depa takut kot sbb lagi extreme
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 03:41 PM | Show all posts

RV kalau kaler dia tak extremely shocked, bukan RV namanya..achik suka guna bright red. letak 2 camb penuh2...haaa amik..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2012 09:33 AM | Show all posts
serikandi_gurl posted on 5-10-2012 12:04 PM
Isk..isk...1/2 sb pun member dh kata extreme? huhu...Tu belum lagi pakai 2sb atau 1 1/2 sb. Saya s ...

akak pernah kurangkan warna merah..guna 1/2 botol aje ..endingnya rv jadi pucat lesi...pengajarannya klu guna kaler star brand tu boh sebotol..jgn memandai2 nak kurangkan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.200255 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list