|
TAHNIAH NICKI LEE!
|
|
|
|
|
|
|
|
Ololololo.... Cutenye seringai camtu. Rasa nak lepuk-lepuk.....
Si tukang karang ceritanya....
|
|
|
|
|
|
|
|
Thanks Ipo.
|
|
|
|
|
|
|
|
romancinta ada publish sini kah?
|
|
|
|
|
|
|
|
meh aku lepuk dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Nicki.... |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks Zameyla
|
|
|
|
|
|
|
|
oooooooooo.....crita fifi yg mengandung ank luar nikah tu kan.....
nak beli la.....
|
|
|
|
|
|
|
|
muka depan gambor naga dan jerung ka?
ada sekor kucing gebus kan.. aponama ntah.. comel??
|
|
|
|
|
|
|
|
Haa...yang itulah...
|
|
|
|
|
|
|
|
isk isk.. tak kompius ka.. tajuk romancinta.. gambor naga.. nama pena nicki lee..
dah mcm citer cinta ala2 braveheart plak
|
|
|
|
|
|
|
|
Haaa...itulah yang misteri....
Misterinya bila orang tengok terus jadi konpius
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Nicki_Meow at 13-6-2015 01:10 AM
BAB 44
Maafkan aku.
Dia hanya mampu berbicara dalam hati. Langkah Qi disoroti dengan renungan sayu. Tidak sekalipun matanya berkelip sehinggalah kelibat pemuda asing itu hilang dari pandangan mata. Ingin sekali dia menahan Qi dari pergi namun Syakilla tahu, tak mungkin dapat berbuat begitu.
Dia sudah hilang. Hati berbisik runtun. Dia tidak akan kembali lagi...
Pilu dalam hati semakin bercambah. Pedih yang menikam jiwa ditahan sehabis daya. Seumur hidupnya, tidak pernah sekalipun dia jatuh hati dengan mana-mana jejaka. Baru dia sedar, betapa sakitnya saat kehilangan cinta.
“Syakilla.”
Syakilla berpaling semula pada Arania. Wajah Puteri itu kelihatan tegang.
“Aku tidak berniat untuk menyakiti hatimu, apatah lagi, membohongimu. Apa yang aku lakukan ini adalah atas perintah ayahanda sendiri.” Syakilla mengulangi penjelasannya.
“Tapi aku...” Belum sempat Arania menghabiskan kata, Syakilla segera memotong.
“Kau adalah bakal pewaris takhta, Arania. Kau perlukan seseorang yang sesuai untuk menjadi penemanmu. Pemuda itu...Qi, dia tidak layak. Malah dia tidak akan mampu bertahan untuk kekal di Amariya ini.”
“Kenapa kau tidak pernah berterus-terang selama ini?” Arania bertanya.
“Kerana aku sedang melindungimu. Lebih baik kau kecewa dan putus harap sekarang daripada kau berterusan hanyut dengan perasaan lalu menderita di kemudian hari.”
“Aku bukan lagi anak kecil yang perlu kau asuh dan lau lindungi. Aku tahu menjaga diriku sendiri.” Balas Arania.
“Aku tahu, Arania. Tapi, sudah menjadi tanggungjawabku untuk menjagamu. Bukan hanya kerana kau adalah pewaris takhta. Tetapi juga kerana aku menyayangimu. Aku tidak sanggup melihat kau terluka dan kecewa.” Tutur Syakilla.
Buat seketika, mereka terdiam. Hanya saling memandang antara satu sama lain.
Arania melepaskan keluhan. Kepalanya tergeleng perlahan.
“Bagaimana dengan dirimu sendiri?” Soalan itu dilontar.
“Aku tidak mengerti.” Berkerut dahi Syakilla.
“Kau asyik memikirkan tentang perihal mereka disekelilingmu sehingga kau sanggup melukakan hati dan perasaanmu sendiri. Apakah kau fikir, aku betah melihat dirimu menderita?”
Syakilla diam. Masih kurang mengerti akan maksud Arania itu.
“Kau juga sudah jatuh hati pada pemuda asing itu, bukan?”
Syakilla tersentak. Soalan dari Arania itu membuatkan dia terdiam lebih lama.
“Aku tidak buta, Syakilla. Aku sudah menyaksikan apa yang berlaku tadi. Cara kau dan dia saling memandang...” Arania menarik nafas seketika. “Sepertinya ada sesuatu. Kau berbohong jika mengatakan itu bukan cinta.”
Syakilla berterusan membisu.
“Kenapa perkara ini juga mahu disembunyikan?” Arania menyoal lagi. “Adakah kerana kau mahu menjaga perasaanku?”
“Aku...” Syakilla tak mampu menjawab. Nafas dihela panjang.
“Kau harus tahu, Syakilla. Aku juga menyayangimu. Apakah kau fikir, aku akan berasa senang hati apabila melihat kau kecewa dan merana?”
“Arania...”
“Iya benar. Aku jatuh suka pada pemuda itu. Tapi, seandainya kau berterus-terang tentang perasaanmu lebih awal, aku rela mengundur diri. Aku sanggup melupakan Qi jika itu dapat membuatkan kau lebih bahagia.”
Syakilla kembali terdiam. Dia benar-benar kelu untuk mengucapkan walau sepotong ayat. Dia juga sudah tidak mengerti akan perasaannya sendiri. Kehilangan Qi dan kata-kata yang diungkapkan oleh Arania sebentar lagi membuatkan dia terasa nanar.
“Itu semua sudah tidak bermakna lagi.” Ujar Syakilla setelah lama terdiam. “Qi sudah tiada.” Nafas ditarik dalam. Pilu.
“Kau mahu melupakan dia begitu saja?” Soal Arania.
“Dunia dia dan dunia ini, terpisah oleh misteri.” Tutur Syakilla. “Tidak mungkin jadi nyata.”
“Tapi, kau cintakan dia, bukan?”
“Lebih baik jika dia terus pergi dan tidak kembali lagi ke sini.”
Walaupun perlahan, nada suara Syakilla kedengaran tegas sekali, seolah-olah semangatnya yang hilang telah diraih kembali.
“Sudah menjadi tanggungjawabku untuk melindungi pewaris Amariya, dan itulah yang akan aku lakukan.”
Arania mendiamkan diri. Dari riak wajah Syakilla, dia tahu saudara angkatnya itu sedang berperang dengan perasaan.
“Puteri Arania. Puteri Syakilla.”
Perbualan mereka terganggu. Lantas mereka menoleh ke arah suara yang memanggil. Tunduk hormat diberikan pada mereka oleh hulubalang itu.
“Ampunkan patik kerana menganggu puteri berdua.” Tuturnya.
“Ada apa, tuan?” Soal Syakilla.
“Raja Amsyar menitahkan agar puteri berdua kembali ke istana. Sekarang.” Hulubalang menyampaikan utusan.
Syakilla dan Arania saling memandang seketika sebelum mengorak langkah untuk kembali ke istana. Hati dipenuhi tanda-tanya. Titah Raja Amsyar itu pastinya kerana perkara penting.
Perkara apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Nicki_Meow at 13-6-2015 04:15 PM
Mereka berjalan beriringan namun tidak seorang pun yang membuka mulut. Hulubalang yang mengiringi mereka juga tidak bersuara apa-apa setelah menyampaikan pesan. Arah tujuan mereka adalah ke balairung seri istana.
Sesampainya Syakilla dan Arania di situ, kelihatan Raja Amsyar dan Ratu Malaeka sudah sedia menunggu. Memanda Zaffar juga ada. Selain itu, ada dua orang lagi yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini. Seorang lelaki dan seorang wanita. Kedua-duanya kelihatan sudah dimamah usia.
Semakin mereka menghampiri, semakin berdebar rasa di hati. Entah mengapa, Syakilla merasakan sesuatu yang tidak elok akan berlaku. Berbeza dengan Arania, debar hatinya adalah kerana direnung oleh wanita separuh umur itu. Sesekali, dia menukar pandangan ke arah Ratu Malaeka. Wajah ibunya itu sugul sekali. Semakin banyak persoalan yang bermain dalam minda. Siapa mereka ini? Apa sebenarnya yang telah terjadi?
“Puteri...”
Hampir beberapa langkah lagi mendekati, Arania diterpa oleh wanita tua itu. Kakinya terhenti. Tindakan tiba-tiba wanita tua itu membuatkan dia tergamam.
“Puteri...”
Wanita tua itu mula mengongoi-ngongoi. Dalam keliru, bahu wanita tua itu di usap untuk menenangkannya. Sempat Arania menjeling sekali lagi pada Raja Amsyar dan Ratu Malaeka, mahukan penjelasan.
Syakilla yang berada disebelah Arania juga terkejut. Mahu saja dia menghalang wanita tua itu dari menyentuh Arania namun dia kaku. Wajah wanita tua itu seperti pernah dilihat satu ketika dulu. Begitu juga dengan wajah lelaki tua yang ada menemani.
“Maafkan beta. Tapi siapa sebenarnya nenek?” Arania melontar soalan dengan lembut.
“Puteri, ini Inang sayang. Puteri tidak ingat sama Inang?” Wanita tua itu menjawab dengan soalan.
“Inang?” Berkerut kening Arania. Wajah tua itu diamati bersungguh-sungguh namun tiadalah dia dapat mengingati siapa Inang.
“Bonda.” Arania menghala pandangan pada Ratu Malaeka, mahukan jawapan.
“Inang.” Rouman menarik Mak Inang dari Arania dengan perlahan. Pada mulanya, Mak Inang tidak mahu melepaskan. Tapi setelah dipujuk, dia menurut. Hanya tangisannya yang masih tenggelam timbul.
“Maafkan Inang, wahai Puteri. Fikirannya sedikit nyanyuk.” Rouman meminta maaf bagi pihak Mak Inang. Matanya tidak lepas dari memandang wajah Arania. Semarak rasa lega dalam hati. Penantiannya selama bertahun ini telah berakhir. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Nicki_Meow at 13-6-2015 05:44 PM
“Bonda.” Arania segera mendapatkan Ratu Malaeka. Semakin risau melihat wajah bondanya yang galau. Dipandang pula wajah Raja Amsyar. Walaupun tampak tenang, bimbang yang tergambar tidak dapat disembunyikan.
“Apa yang berlaku, bonda?” Arania bertanya lagi. Sungguh dia tidak dapat mencerna, apa yang sedang terjadi ketika ini. Siapa Inang? Siapa pula lelaki tua yang bersama dengan Inang?
Sayang…sayang Puteri Ku sayang
Wajahmu seindah bulan mengambang
Sayang…sayang Puteri Ku sayang
Manis senyuman cantik rupawan
Sekali lagi, Mak Inang bertindak diluar kawalan. Dia bersenandung sendiri tanpa memperdulikan orang-orang disekelilingnya. Berulang-ulang. Matanya terus memandang pada Arania, seolah-olah mengharapkan sesuatu.
Arania terpegun. Bait-bait lagu itu menyentak ingatannya. Dia cuba mengingati sesuatu namun payah sekali. Lalu sakit kepalanya yang baru sembuh datang kembali. Jari terus memegang kepala dan badannya terasa mahu melayang.
“Anakanda.” Pantas Ratu Malaeka memegang tubuh Arania.
|
|
|
|
|
|
|
|
syakilla ni anak sebenar raja amsyar dan ratu malaeka khennn... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|