CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatwaran75

DIRANG MATI DIBAKAR: IBUNYA TERKILAN BILA PESALAH DIHUKUM 1 BULAN PENJARA ! post

   Close [Copy link]
Post time 14-3-2012 08:50 AM | Show all posts
Post Last Edit by mixed at 14-3-2012 08:53

Reply 1286# mixed

Motif dendam




KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan dendam peribadi terhadap keluarga Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang menjadi motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kejam kanak-kanak berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, setakat ini, empat suspek termasuk tiga ditahan beberapa jam selepas laporan kehilangan Nur Nadirah dibuat neneknya pada 1 Mac lalu.

Katanya, suspek keempat yang juga bapa Dirang ditahan beberapa hari lalu.  

Bantuan segera daripada masyarakat membolehkan polis menangkap tiga suspek beberapa jam selepas laporan kehilangan Dirang dibuat. Suspek keempat ditahan beberapa hari kemudian. Dengan empat penangkapan ini, kami percaya polis berada di landasan yang betul untuk menyelesaikan kes ini.

Kami menyiasat dari semua sudut untuk memastikan motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kanak-kanak ini dapat dikenal pasti,?katanya dalam satu kenyataan yang dibuat dalam facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.
Katanya, polis juga ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai yang membantu polis dalam kes ini, terutama dalam memberikan maklumat yang membawa kepada penangkapan suspek dan penemuan mayat.  



Sekali lagi pihak polis mengingatkan ibu bapa untuk mengawasi anak mereka terutama yang masih kecil pada setiap masa dan tidak meninggalkan mereka tanpa pengawasan,?katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2012 08:52 AM | Show all posts
Published: Rabu Mac 14, 2012 MYT 9:05:00 PM


MAIJ Bantu Urus Jenazah Dirang



PASIR GUDANG: Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) akan membantu dalam urusan pengebumian serpihan rangka jenazah kanak-kanak mangsa bunuh dan bakar Nurul Nadhirah Abdullah, selepas keluarganya dibenarkan menuntut jenazah itu esok.

Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin berkata jenazah kanak-kanak malang itu akan diuruskan seperti jenazah sempurna sebelum dikebumikan.

"MAIJ akan bantu mengurus jenazah Dirang secepat mungkin. Rangka yang tinggal akan dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan seperti jenazah sempurna," katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Nurul Nadhirah di Flat Seri Delima Bandar Seri Alam, di sini, Selasa.

Beliau menyifatkan perbuatan individu yang bertindak membunuh dan membakar kanak-kanak berusia lima tahun itu yang juga dikenali dengan panggilan Dirang, sebagai kezaliman luar biasa yang dilakukan manusia.

Perbuatan itu katanya, tidak seharusnya berlaku lebih-lebih lagi individu yang disyaki terlibat dalam kes itu beragama Islam kerana Islam sendiri sentiasa mengajar umatnya untuk berbuat baik sesama insan. "Termaktub dalam al-Quran yang menyebut bahawa sesiapa yang membunuh seseorang dengan sengaja balasannya adalah neraka," katanya.

Dalam masa yang sama beliau turut berharap agar seluruh masyarakat di negara ini mengambil iktibar daripada kejadian yang menimpa keluarga tersebut.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri Johor, Dr Robiah Kosai yang turut melawat keluarga mangsa, berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyalurkan bantuan untuk meringankan bebanan keluarga mangsa.

Katanya ia termasuk khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa terutama ibunya, Roselyn Alan, 25, sebanyak dua kali seminggu yang telah dimulakan sejak kehilangan mangsa pada 1 Mac lalu bagi memastikan mereka dapat menghadapi kejadian itu.

Selain itu, katanya JKM juga akan menyalurkan bantuan sebanyak RM200 sebulan kepada keluarga arwah itu sehingga ayah tirinya, Lima Medeng, 25, mendapat pekerjaan tetap untuk menyara kehidupan.-BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 08:52 AM | Show all posts
Reply 1273# tongkatwaran75


   mak bapaknyer sila dakwa skali..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 08:54 AM | Show all posts
Reply  tongkatwaran75


   mak bapaknyer sila dakwa skali..
skymania Post at 14-3-2012 08:52



    betul tu geram aku

statement mmg minta penampor

pembunuh ni dendam dgn nenek mulot longkang cucu jd mangsa:@

ko belasah ler nenek apa kena mengena dgn dirang
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 08:57 AM | Show all posts
Reply  mixed
Sekali lagi pihak polis mengingatkan ibu bapa untuk mengawasi anak mereka terutama yang masih kecil pada setiap masa dan tidak meninggalkan mereka tanpa pengawasan,?katanya.
mixed Post at 14-3-2012 08:50

berbuih mulut dah mengingatkan......tapi tak diambil perhatian..akhirnya kejadian yg serupa berulang.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 09:01 AM | Show all posts
Tu la terbayang2 aku, dirang ni dah makan ker belum. Ape la salahnya mak dia buat kodok sikit, y ...
Peya Post at 14-3-2012 00:33

alaaaah kalau malas sangat, pergilah beli nasi lemak ke apa sebelum anak2 bangun......bukannya kerah anak yg kecik gi beli.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2012 09:02 AM | Show all posts
Kejam !! Hanya kerana hendakkan wang tunai RM30k ,budak kecik yang tak berdosa dibunuh dan dibakar h ...
mysweetisha Post at 13-3-2012 22:35



    betul ke SMS ugutan itu dr pompuan kelantan?
apasal tulisan tu perfect sgt? langsung tak de short form tak de kesilapan tatabahasa?
bagus betoi pompuan kelantan itu dlm BM.... ke itu sms wartawan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 09:02 AM | Show all posts
smlm minah pegi tesco,mak dukung baby,ayah jalan sorang,sebelah mak,anak laki dlm 4 thn,teetinggal kat blkang,ye lah kan mak bapak jln laju...sampai nak meyeberang kat parking lot,parents selambe je cross,tak tengok pun anak laki tu,tp si anak sempat pegang baju mak dia,tp terlepas sebab mak jalan laju....yg bapak tu mmg celaka sgt...susah sgt ke pegang la tangan anak laki tu....boleh pulak biar tinggal kat blkang,n biar jln seblah kanan bila crossing....

klu kita tegur boleh tak ek bila jadi situation mcm ni??? careless ya amat....bodoh piang punya parents...mcm nak maki je ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2012 09:02 AM | Show all posts
berbuih mulut dah mengingatkan......tapi tak diambil perhatian..akhirnya kejadian yg serupa berula ...
ruffleen Post at 14-3-2012 08:57



    jiran aku anak 6th & 2th bole main kt luar x kira panas,hujan, magrib xda sape yg tgk

maknya dok dlm layan TV gamaknya...

kadang2 deme dtg rmh aku main dgn anak ku bila dh msk senja x reti nk blk aku suh dia blk.

tp bkn dia blk dia pg plak rmh jiran sblh last2 jiran ku hantar deme dia blk

jiran ku pngil maknya...... baru ler jengok kt luar dgn senyum simpul malu ler tu org hantar anak ko blk.

anak 3 x reti jaga laki keja bini dok dlm rmh lepaskan anak2 biar main kt luar. menghrp ada jiran tlg jaga gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 09:09 AM | Show all posts
Reply 1295# mixed

serius...aku tak paham orang macam ni.......
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 09:15 AM | Show all posts
Reply 1294# minahsenget

apa lak tak bole tegur..lenkali tegur je kalo ada situasi camni..kang kalo jadi pape suke salahkan org lain
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 09:17 AM | Show all posts
Mmg bersepah budak2 kecik main tepi jln kawasan taman perumahan tiki....kalau tarik masuk seorang dalam kete pun takkan ada orang perasan...ntah apa lah perangai parents biarkan anak2 mcm tu....senang sgt beranak kut...mcm nak tampo jer rasa nyer...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 09:20 AM | Show all posts
smlm minah pegi tesco,mak dukung baby,ayah jalan sorang,sebelah mak,anak laki dlm 4 thn,teetinggal k ...
minahsenget Post at 14-3-2012 09:02



org yg jenis senang dapat anak kot.. tu yg senang je nk biar anak2 cenggitu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 09:21 AM | Show all posts
dendam ngan nenek.. knp aku rasa mcm suspek yg ni je yg buat ek.. xleh nk spekulasi
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 09:22 AM | Show all posts
Mmg bersepah budak2 kecik main tepi jln kawasan taman perumahan tiki....kalau tarik masuk seorang da ...
TIKITAKO Post at 14-3-2012 09:17



kat area sd II apartment, bdr sri d'sara ade sorang budak ni sesuke hati sesedap rase naik motor kecik yg ade enjin tu tanpa pengawasan org tua... bulat terserempak few times dah mase nk amik anak bulat balik nursery...

yg bulat marah sgt tu sebab motor tu kecik... kalau jenis kereta yg tinggi besar mmg takkan perasan kewujudan budak tu...
senang2 je leh langgar... heran tul camane la mak bapak dia boleh biar anak cenggitu...

kalau kena langgar, mase tu nk menyesal pun rasenye mmg x guna dah....

ish.. ish.. ish...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 09:25 AM | Show all posts
Selain itu, katanya JKM juga akan menyalurkan bantuan sebanyak RM200 sebulan kepada keluarga arwah itu sehingga ayah tirinya, Lima Medeng, 25, mendapat pekerjaan tetap untuk menyara kehidupan.-BERNAMA

kenapa diberi bantuan RM200 sebulan??...sah2 kecuaian dari mak bapak..naper tak dakwa je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2012 09:29 AM | Show all posts
polis, tolonglaaaa belasah betul betul penjenayah ni sebelum dibawa ke mahkahmah

rintihan 20 juta rakyat malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 09:33 AM | Show all posts
Reply 1302# mak

kan? rasa aku ramai lagi keluarga yg lebih susah dan memerlukan bantuan
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 09:35 AM | Show all posts
Reply 1298# TIKITAKO

ya la tu kot, nak2 kalo jenis yg ramai anak
sbb org yg susah giler2 nak dapat anak ni, aku perhatikan protective dia lain macam

betul kot mmg lumrah dunia...yg senang dapat tak berapa nak dihargai

yg susah dapat...baru dijaga betoi2....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 09:35 AM | Show all posts
penjenayah tu mmg binatang, rasanya lebih teruk lagi, bab binatang pun x buat macam tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.572941 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list